TAHUN 1 PKJR

57
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Bahasa Malaysia

description

pdp

Transcript of TAHUN 1 PKJR

PendidikanKeselamatan Jalan Raya dalam Bahasa Malaysia

Objektif Tahun 1

1. Jalan raya adalah berbahaya.

2. Berpimpin tangan dengan orang dewasa.

3. Lima langkah untuk melintas dengan selamat.

Tajuk-tajuk Utama PKJR Tahun 1

Unit 1 – Jalan Raya dan Kenderaan

Unit 2 – Melintas Dengan Orang Dewasa

Unit 3 – Lampu Isyarat dan Tanda Jalan Raya

Unit 4 – Lima Langkah Melintas Dengan Selamat

Unit 5 – Berhenti Sebelum Melintas

Unit 6 – Melihat Kenderaan

Unit 7 – Mengesan Arah Bunyi Kenderaan

Unit 8 – Berfikir Sebelum Melintas

Kit Mengajar PKJR Tahun 1

• Buku Panduan Guru• Buku Aktiviti 1• Video Teknikal Tahap 1• Video Rasional• CD Lagu dan Bunyi• Media (Kad imbasan gambar, perkataan & poster) • Buku Bergambar

Unit 1Jalan Raya dan Kenderaan

Objektif Unit 1

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bercerita tentang tatacara untuk mereka memulakan perjalanan dengan selamat

2. menamakan pelbagai jenis kenderaan yang dinaiki oleh murid

3. menyatakan bahawa jalan raya adalah tempat yang berbahaya.

Aktiviti 1 – Kenderaan dan lalu lintas

• Perbincangan – kad imbasan gambar dan perkataan.

• Kenderaan di jalan raya berbahaya:– saiz– kelajuan– arah

• Mengenal saiz, kelajuan serta arah datang kenderaan

• Memadan gambar dengan perkataan– kad imbasan gambar dan perkataan.

• Mengetahui fungsi

Mengenali bahagian-bahagian jalan raya serta fungsinya.

Aktiviti 2 – Bahagian-bahagian jalan raya

• Memadan bahagian-bahagian jalan raya dengan perkataan – poster.

• Mengenali bahagian-bahagian tertentu dalam satu gambaran yang menyeluruh.

Mengenali bahagian-bahagian jalan raya serta fungsinya.

Aktiviti 3 – Bahagian-bahagian jalan raya

Aktiviti 4 – Jalan raya dan kenderaan

• Berbincang - pelbagai jenis kenderaan di jalan raya.

• Gunakan untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Memahami bahawa jalan raya adalah tempat yang berbahaya. Bahagian-bahagian jalan raya tertentu boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan diri.

Unit 2Melintas Jalan Dengan Orang

Dewasa

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. mengemukakan permintaan secara telus dan bertatasusila kepada orang dewasa supaya memimpin tangan mereka semasa hendak melintas jalan raya dengan bahasa yang mudah difahami

Objektif Unit 2

2. menyatakan keperluan untuk memegang tangan orang dewasa sebagai langkah keselamatan dan menerangkan bahaya yang mungkin berlaku jika mereka tidak berwaspada

3. menunjukkan cara berpimpin tangan dengan betul setiap kali hendak melintas.

Objektif Unit 2 samb.

Aktiviti 1 – Jalan raya merupakan tempat yang berbahaya

• Menyanyikan lagu “Saya Sayang Semua”– mengukuhkan pemahaman bahawa jalan raya

adalah tempat yang berbahaya– berbincang-siapakah orang dewasa yang boleh

membantu mereka untuk melintas jalan

Memahami bahawa jalan raya adalah tempat

yang berbahaya. Penting untuk berpimpin

tangan supaya lebih selamat.

Aktiviti 2 – Berpimpin tangan semasa berada dekat dengan jalan raya

• Poster “Ibu Memimpin Tangan Anaknya”– bersoal jawab apa yang berlaku

dalam gambar– bincang mengapa.

Memahami cara yang betul untuk berpimpin tangan dengan orang dewasa

Aktiviti 3 – Melintas jalan denganorang dewasa

• Melakukan simulasi berpimpin tangan dengan orang dewasa.

• Orang dewasa lain yang boleh membantu mereka.

Memahami kepentingan berpimpin tangan dan dengan siapa hendak berpimpin tangan

• Sesi sumbang saran mengenai kepentingan dan cara berpimpin tangan serta dengan siapa.

• Aktiviti rumusan dan peringatan.

Memahami kepentingan berpimpin tangan, cara dan dengan siapa berpimpin tangan.

Aktiviti 4 – Melintas dengan selamat

Memahami kepentingan berpimpin tangan, cara dan dengan siapa berpimpin tangan.

Aktiviti 4 – Melintas dengan selamat

Unit 3Lampu Isyarat dan Tanda Jalan

Raya

Objektif Unit 3

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menjelaskan fungsi lampu isyarat

2. menulis warna lampu isyarat dan maksud dengan betul

3. menyatakan dua tanda jalan raya dan kepentingan lampu isyarat.

Aktiviti 1 – Mengenal lampu isyarat

• Menggunakan poster, terangkan:– bentuk – warna – maksud.

• Fungsi lampu isyarat:– mengurus pergerakan lalu

lintas.

Aktiviti 1 – Mengenal lampu isyarat samb.

• Meneliti lirik dan menyanyikan lagu “Lampu Isyarat”.

Mengetahui warna lampu isyarat, memahami maksudnya dan memahami fungsi lampu isyarat.

Aktiviti 2 – Mengenal pasti tanda isyarat jalan raya

• Terangkan

- nama dan maksud tanda

jalan raya.

Mengenali nama dan maksud sekurang-kurangnya 2 jenis tanda jalan raya.

Aktiviti 3 – Simulasi “Mari Jalan-jalan”

• Simulasi:– Lakarkan jalan raya dan simpang – sekumpulan murid berlakon sebagai kenderaan

yang berbeza– guru berlakon sebagai lampu isyarat.

Mengetahui bagaimana lampu isyarat mengurus trafik.

Aktiviti 4 – Tanda jalan raya dan

lampu isyarat

• Bincangkan:– kepentingan tanda jalan raya dan lampu isyarat

untuk pengguna jalan raya– peranan tanda jalan raya dan lampu isyarat

dalam membantu mengawal trafik.

Memahami warna dan fungsi lampu isyarat serta nama dan maksud tanda jalan raya

Unit 4Lima Langkah Melintas Dengan

Selamat

Objektif Unit 4

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan lima langkah melintas jalan dengan selamat

2. meyusun lima langkah melintas jalan dengan selamat

3. menunjukkan lima langkah melintas jalan dengan selamat.

Aktiviti 1 – Melintas dengan selamat

• Menonton video “5 Langkah Untuk Melintas” (6.06 – 7.38).

• Penerangan mengenai 5 Langkah Melintas dengan Selamat menggunakan kad imbasan gambar.

• Pelajar harus diingatkan bahawa mereka MASIH PERLU berpimpin tangan dengan orang dewasa.

Mengenali 5 Langkah Melintas dengan Selamat

Aktiviti 2 – Menyanyikan lagu “Kanan dan Kiri”

• Menyanyikan lagu “Kanan dan Kiri”– terangkan mengenai melihat arah yang betul

untuk melihat kenderaan menggunakan kad imbasan

– bincang

Mengetahui arah yang betul untuk melihat kenderaan sebelum melintas.

• Aktiviti latihan praktikal untuk melintas:– patuhi aspek keselamatan, jalankan aktiviti ini di

dalam kawasan sekolah– guru menunjukkan cara melintas dengan selamat,

seterusnya diikuti oleh murid-murid.

Menunjukkan 5 Langkah Melintas dengan Selamat.

Aktiviti 3 – Melakukan aksi melintas

Aktiviti 4 – Lima langkah melintas dengan selamat

• Bincangkan semula mengenai lima langkah melintas dengan selamat– bincangkan juga apa yang perlu dilakukan

dalam setiap langkah.

• Unit ini ditamatkan dengan peringatan.

Memahami tatacara 5 Langkah Melintas dengan Selamat dan memahami untuk tidak menggunakannya pada usia ini.

Unit 5Berhenti Sebelum Melintas

Objektif Unit 5

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan sebab-sebab kita berhenti sebelum melintas

2. memilih tempat yang selamat untuk berhenti sebelum melintas jalan raya

3. menyatakan prosedur mengambil satu langkah ke belakang semasa berhenti.

Aktiviti 1 – Berhenti sebelum melintas

• Bincang:– mengapa penting untuk

berhenti?– prosedur berhenti – tempat berhenti yang selamat

(dengan menggunakan kad imbasan gambar).

Memahami mengapa harus berhenti dan mengetahui tempat-tempat yang selamat untuk berhenti.

Aktiviti 2 – Tempat berhenti yang selamat

• Menonton video “Di mana hendak melintas” (3.41 – 4.41).

• Menerangkan bahawa tempat berhenti yang selamat adalah di mana kita boleh melihat kenderaan dari semua arah– tiada halangan untuk kanak- kanak melihat dan

dilihat.

Mengenal pasti tempat-tempat yang selamat untuk berhenti dan mengapa ia selamat.

Aktiviti 3 – Berlatih untuk berhenti

• Melakukan simulasi ‘berjalan, berhenti dan berlari, berhenti”

• Membincangkan:– Adakah senang untuk berhenti apabila

berjalan atau berlari?– Adakah senang untuk kenderaan berhenti?– Apa akan terjadi bila berlari ke arah jalan raya sebelum

melintas?

Memahami kepentingan berhenti sebelum melintas.

Aktiviti 4 – Berhenti untuk keselamatan

• Perbincangan: – kepentingan berhenti– prosedur berhenti– tempat-tempat selamat untuk berhenti

Memahami prosedur, kepentingan serta tempat-tempat untuk berhenti dengan selamat.

Unit 6Melihat Kenderaan

Objektif Unit 6

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. bercerita tentang keadaan bahaya yang terdapat dalam gambar dengan perkataan dan ayat yang betul

2. membaca ayat tunggal tentang keselamatan jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul

3. menyatakan kepentingan memerhati kenderaan di sekeliling sebelum melintas

Aktiviti 1 – Melihat kenderaan

• Penerangan dan perbincangan mengenai kepentingan melihat kenderaan sebelum melintas.

• Kepentingan melihat kenderaan:– kanak-kanak sukar dilihat (saiz, perabot jalan)– kecuaian pemandu– keadaan berbahaya di jalan raya

kenderaan tidak boleh berhenti dengan serta-merta tidak tahu tindakan pemandu

Mengetahui kepentingan untuk melihat kenderaan sebelum melintas.

Aktiviti 2 – Tempat selamat untuk melihat kenderaan

• Menonton video “Kebolehlihatan” (7.40 – 8.22).

• Bincang mengapa tidak selamat untuk melintas di:– selekoh– jalan yang bercerun– antara 2 kereta yang diletakkan.

Aktiviti 2 – Tempat selamat untuk melihat kenderaan (samb.)

• Perbincangan bagi mengenal pasti tempat yang sesuai dan selamat untuk melintas berpandukan poster.

Mengetahui dan memahami mengenai tempat-tempat yang membolehkan kita untuk melihat dan dilihat di jalan raya.

Aktiviti 3 – Memerhati lalu lintas

• Memerhati lalu lintas dari kawasan sekolah.

• Perbincangan mengenai apa yang dilihat:– melihat arah pergerakan lalu lintas– persimpangan jalan

– keadaan lalu lintas yang sukar dijangka.

Memahami bahawa lalu-lintas adalah sukar untuk dijangka – membuatkannya berbahaya.

Aktiviti 4 – Berlatih melihat lalu lintas

• Berbincang dengan pelajar: – kepentingan melihat kenderaan– memilih tempat yang selamat untuk melihat

kenderaan– melihat sekeliling untuk lalu lintas.

Memahami kepentingan, prosedur serta tempat-tempat yang selamat untuk melihat kenderaan.

Unit 7Mengesan Arah Bunyi Kenderaan

Objektif Unit 7

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan secara lisan bunyi kenderaan berdasarkan rangsangan bunyi yang diperdengarkan

2. menyatakan arah bunyi yang diperdengarkan

3. mengesan arah bunyi kenderaan.

• Mendengar CD Lagu dan Bunyi.

• Berlatih untuk menamakan jenis kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

Menamakan kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti 1 – Bunyi Kenderaan

• Mendengar CD Lagu dan Bunyi.

• Berlatih untuk menentukan jarak dan kelajuan kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

Menentukan jarak dan kelajuan kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.

Aktiviti 2 – Menentukan jarak kenderaan

Aktiviti 3 – Berhati-hati di jalan raya

• Menonton video “Di mana hendak melintas” (3.41 – 4.41).

• Berbincang mengenai kepentingan mendengar bunyi lalu lintas.

Memahami kepentingan mendengar bunyi kenderaan.

Aktiviti 4 – Latihan mendengar

• Berbincang mengenai kepentingan untuk mengesan arah bunyi kenderaan.

• Melakukan latihan mendengar– melatih pelajar mengesan arah datang bunyi.

Memahami kepentingan untuk mengesan arah bunyi kenderaan dan menyatakan apa yang diperdengarkan dengan betul.

Unit 8Berfikir Sebelum Melintas

Objektif Unit 8

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyatakan secara lisan tentang keperluan berfikir sebelum melintas jalan raya

2. menunjukkan situasi yang selamat untuk melintas jalan raya

3. menyatakan tempat dan waktu yang selamat untuk melintas jalan raya.

Aktiviti 1 – Fikir sebelum melintas

• Perbincangan – video segmen “Pengenalan” (0.04 – 0.44).

• Menentukan samada sesuatu situasi adalah selamat untuk melintas jalan raya atau tidak.

Memahami mengapa sesuatu situasi itu selamat untuk melintas atau tidak.

Aktiviti 2 – Melintas dengan berwaspada

• Bernyanyi – lagu “Cara Lintas”.

• Berbincang tentang situasi-situasi selamat dan tidak selamat untuk melintas.

• Mengaitkan lirik lagu dengan cara untuk menentukan samada sesuatu situasi itu selamat untuk melintas atau tidak.

Aktiviti 3 – Enam situasi melintas jalan raya

• Menonton video “Di mana hendak melintas” (3.41 – 4.41).

• Menyatakan tempat-tempat yang selamat untuk melintas (berdasarkan enam situasi yang diberikan).

Memahami mengapa sesuatu tempat itu selamat untuk melintas atau tidak.

Aktiviti 4 – Melintas jalan raya yang sibuk

• Simulasi melintas jalan raya yang sibuk– berlatih melintas jalan raya di bawah pengawasan

guru– gabungkan simulasi dari unit 2, 3 dan 4.

Memahami bagaimana untuk melintas dengan selamat. Juga, memahami bahawa jalan raya itu sukar untuk dijangka – menjadikannya berbahaya.

Kesimpulan PKJR Tahun 1

JALAN RAYABERBAHAYA

LIMA LANGKAHMELINTAS

BERPIMPIN TANGAN DENGAN

ORANG DEWASA