Tahsin Alquran Asgment

download Tahsin Alquran Asgment

of 31

Transcript of Tahsin Alquran Asgment

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    1/31

    PENGENALAN

    Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar

    Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan

    disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya

    merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut

    bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie,

    dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk

    dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna

    seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

    Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasulullah saw :

    Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,

    sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-

    Quran itu.(Hadith Riwayat Abu Daud)

    Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan

    suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang

    sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum

    Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu

    Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak

    boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas

    diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    2/31

    Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara

    berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu

    ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi).

    (Hadis Riwayat Imam Thabrani & Baihaqi)

    Seorang muslim meyakini kesucian dan keutamaan kalamullah, kalam yang

    paling utama dan sempurna; tidak ada cela dan kebatilan sedikitpun padanya.

    Barangsiapa yang berpegang teguh dengan Al-Quran (dan Al-Hadits) sebagai jalan

    hidupnya dalam segala aspek kehidupanya maka dengan izin Allah Taala hidupnya

    akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Namun hal itu tidak akan mungkin

    tercapai kecuali jika kita mempelajari dan melaksakannya dalam kehidupanseharian. Maka kita sebagai seorang muslim tidaklah boleh melupakan Al-Quran

    dan mengambil hukum lain dalam menyelesaikan permasalahan hidup. Dengan

    tilawah (membaca) dan memahami Al-Quran secara terus menerus, sedikit demi

    sedikit, Insya`Allah kita akan dapatkan berbagai ilmu pengetahuan bagi menambah

    keimanan kita.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    3/31

    RUKUN-RUKUN TILAWAH AL-QURAN

    1. Sah sanad.

    Sanad secara mudah bermakna sandaran, sijil tauliah atau syahadah. Secara

    lebih khusus iaitu seseorang membaca al-Quran sehingga khatam daripadabimbingan guru-guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad

    bacaannya sehingga kepada bacaan Rasulullah. Pemeliharaan rukun ini sangat

    penting kerana bacaan al-Quran merupakan sebahagian daripada sunnah Nabi

    s.a.w.

    Definisi sebenar cara penerimaan sanad untuk meyakinkan bahawa bacaan

    tersebut adalah datangnya daripada Rasululah s.a.w ialah dengan membaca al-

    Quran di hadapan guru yang thiqoh (dipercayai), serta keilmuan guru tersebut dalam

    bidang al-Quran diketahui umum dan guru kepadanya juga terkenal di dalam

    masyarakat. Inilah dimaksudkan sanad atau sijil ketika menuntut ilmu bacaan al-

    Quran.

    Sanad yang dikenali umum dalam bentuk sehelai kertas yang dinamakan sijil

    atau tauliah merupakan suatu perkara yang baru. Kewujudannya kerana terhakisnya

    ilmu daripada hati manusia dan pembohongan serta penipuan berleluasa. Jika

    diimbas kepada sirah Rasulullah kita dapati orang yang menanggung al-Quran

    ketika itu adalah mereka yang sangat amanah (sahabat-sahabat). Penerimaan

    mereka terhadap ilmu yang dipelajari daripada Rasulullah tidak diragui

    kesahihannya walaupun ketika itu tidak terdapat sijil dan bentuk-bentuk perakuan

    bertulis yang lain.

    Bertepatan dengan

    nahu Bahasa Arab Bertepatan denganmushaf Rasm Uthmani Sah sanad.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    4/31

    Oleh itu untuk mengelakkan keraguan dalam bacaan al-Quran, setiap individu

    muslim hendaklah mencari kepastian terhadap diri sendiri tentang pembelajaran dan

    penerimaan di dalam ilmu al-Quran yang dibaca sekarang.

    2. Bertepatan dengan mushaf Rasm Uthmani

    Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu daripada mushaf-mushaf

    Rasm Uthmani. Mushaf Kufi adalah salah satu mushaf Rasm Uthmani dan

    digunakan secara meluas di Malaysia dan di dunia. Penggunaan mushaf ini selari

    dengan riwayat bacaan yang tersebar luas di Malaysia dan di dunia iaitu bacaan

    Imam Asim, Riwayat Hafs Torik (aliran bacaan) Syatibi. Penulisan Rasm Uthmani

    merupakan sesuatu yang tauqifi (ketentuan Allah) dan bukan daripada ijtihad (buah

    fikiran) mana-mana pihak.

    Pengabaian terhadap penggunaan mushaf Uthmani akan menyebabkan bacaan

    kurang tepat seperti menambah bacaan huruf-huruf tambahan di dalam penulisan al-

    Quran, penghentian (waqaf) bacaan kurang tepat.

    3. Bertepatan dengan nahu Bahasa Arab.

    Iaitu bacaan-bacaan mesti bertepatan dengan salah satu wajah (bentuk) kaedah

    nahu Bahasa Arab samada ia fasih atau lebih fasih, yang disepakati atau

    yang tidak disepakati selama mana sanad bacaan tersebut tetap sahih.

    Berapa banyak bacaan-bacaan al-Quran yang diingkari oleh ahli-ahli nahu bahasa

    arab tetapi keingkaran mereka tidak diterima kerana ulama-ulama salaf berijma

    menerimanya. Ini kerana jika sesuatu riwayat diakui keesahannya ahli-ahli nahu

    tidak boleh menolaknya dan dikira sebagai satu kesalahan bahasa kerana bacaan

    al-Quran adalah sunnah muttabaah yang mesti diterima.

    Jika kekurangan salah satu daripada rukun tersebut bacaan itu dikira Syaz (yang

    meragukan)

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    5/31

    MARATIB TILAWAH YANG DIBENARKAN DAN YANG DILARANG

    1. TARTIL

    2.TAHQIK

    3. TADWIR

    4.HADAR

    Iaitu kelajuan seperti tartil. Cuma ia lebih lambat dan perlahan.

    Kelajuan ini biasanya dilaksanakan bagi mereka yang baru

    belajar tentang al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut

    huruf dan sifatnya dengan tepat dan betul

    Ialah bacaan perlaha-lahan, tenang ketika melafazkan huruf-huruf daripada makhrajnya dan sifatnya dengan memberikan hak

    sifat semula jadi huruf dan mustahaknya (sifat-sifat mendatang)

    serta bertadabbur dengan maknanya. Biasanya dibaca oleh

    mereka yang sudah mengenal makhraj huruf, sifat-sifatnya dan

    tahu hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan

    lebih diutamakan

    Kelajuan bacaan pertengahan di antara kelajuan bacaan tartil

    dan hadar

    Bacaan cepat serta tetap dengan menjaga kesemua hukum tajwid

    dan biasanya diamalkan oleh para penghafaz al-Quran atau orang

    yang mentasmik hafazan di hadapan gurunya.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    6/31

    BACAAN KHUSUS RIWAYAT HAFS TORIK SYATIBI

    Talfiq

    Bahasa:Rekaan

    Istilah:Mencampurkan bacaan sebahagian daripada torik dengan torik yang lain. Ia

    juga dikenali dengan tarkib turk

    Hukum: Tidak harus

    Imam Nuwairi-Haram,Makruh dan mengaibkan.

    Menjadi kesalahan jika menggabungkan bacaan antara torik Imam Syatibi dengan

    torik Imam Ibnu Jazari dalam satu masa kerana terdadap jurang perbezaan antarakedua-dua torik tersebut.

    Antara ciri-ciri khusus riwayat hafs torik Syatibi:

    1. Attakbir: bermaksud ucapan "" atau sekurang-kurangnya "" atau ketika khatam Quran riwayat hafs melaluitorik Syatibi tidak membaca takbir.

    2. Mad munfasil dibaca dengan kadar 4 dan 5 harakat.

    3. Mad Muttasil dibaca dengan kadar 4 atau 5 harakat dan 6 harakat apabila diwaqaf

    atas huruf mad berada dihujung kalimah.

    4. Idgham nun sakinah atau tanwin bertemu huruf Lam ()dan .)tanpa ghunnah)5. Saktah hanya berlaku pada 4 tempat.

    6. Pada fatatih suwar surah Yasin dan surah Rum dibaca dengan Izhar.

    7. Pada perkataan ()pada surah al-Insan ayat 4 boleh dibaca 2 wajah ketikawaqaf sama ada dihazaf alif atau diisbat alif.

    8. Kalimah-kalimah () pada ayat 24 surah Rum dibaca 2 wajah berbaris di atasdan berbaris dhommah.

    9. Pada kalimah () pada surah an-Naml ayat 36 harus dibaca 2 wajahketika waqaf

    10. Pada kalimah () pada surah Syuara ayat 63 harus dibaca 2 wajah Tafkhimdan Tarkik.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    7/31

    TAHSIN AS-SOUTIlmu Tahsin Al-Sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang

    menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak.

    Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan

    puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini telahpun berkembang sehingga

    sekarang.

    Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai

    paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila

    disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung.

    HALKUM

    . MULUT

    HIDUNG

    Iaitu alat salur suara

    Iaitu corong bawah

    Iaitu corong atas

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    8/31

    Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada

    empat kategori iaitu:

    SIFAT-SIFAT

    SUARA

    SUARA TERBAIK

    Ia mempunyai sebelas sifatiaitu ketepatan nada, tinggi,rendah, garau, lembut, manis,licin, bersih, terang,lantang dantajam.

    SUARA BAIK

    Ia mempunyai sepuluh sifatiaitu ketepatan nada,sederhana, rendah, garau,lembut, manis, licin, bersih,terang dan lantang.

    SUARA KURANGBAIK

    Ia mempunyai sembilan sifat iaituketepatan nada, tinggi, kecil,lembut, manis, licin,bersih,terang dantajam.

    SUARA TIDAKBAIK

    Ia mempunyai sifat-sifat sumbang,nipis, lembab, lemah, keras,serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,tersepit,terputus, tercekik dan sebagainya

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    9/31

    Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni

    suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka

    memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak dari

    sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah seni

    bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula tidak

    dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum). Suara merupakan salah satu

    anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada manusia. Kepentingan suara dalam

    kehidupan manusia membolehkan segala aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan

    dengan lancar. Seni suara jika diteliti dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini

    kerana ia adalah fitrah manusia yang sukakan keindahan dan hiburan.

    Keharusannya akan berubah dan bertukar menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu

    haram jika didapati ianya melanggar batas-batas syarak.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    10/31

    Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan al-

    Quran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum.

    PERANAN SUARA DALAM

    BACAAN AL-QURAN

    1. Menentukan bunyi sesuatu huruf

    atau kalimah al-Quran dengan

    tetap. Iaitu menerusi alat-alat

    pertuturan yang tertentu seperti

    Halqi, Lisani dan Shafawi.

    2. Menentukan bunyi sifat-sifat huruf

    mengikut lahjah yang dikehendaki.

    Iaitu menerusi alat-alat pembesaran

    dan penyuburan suara seperti

    Halqum, Khayshum dan Jawf.

    3. Menentukan tekanan bunyi yang

    menarik seperti lembut, keras,

    halus, kasar dan licin. Iaitu menerusisaluran udara dan pernafasan yang

    tertentu.

    5. Menentukan nada dan irama (lagu)

    yang tertentu. Iaitu menerusi proses

    penyusunan perkara-perkara di atas

    dengan teknik teknik yang tertentu.

    4. Menentukan peningkatan

    (Tabaqah) rendah, sederhana,

    tinggi dan tertinggi. Iaitu menerusi

    alat proses suara seperti dada,

    tekak, rongga hidung dan rongga

    otak.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    11/31

    HUKUM TAJWID

    Tajwd() dari segi bahasanya bermaksud melakukan sesuatu denganelok yang berasal dari perkataan Jawwada. Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu

    yang boleh mengenalkan tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang

    patut baginya dari segi sifat-sifat huruf itu seperti menyatakan dan menyembunyikan

    atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari sifat-sifat luar dari segi panjang,

    pendek, tebal, tipis dan sebagainya. Anggaran ilmu tajwid itu serta hukum

    tajwid ialah menyampaikan dengan sedalamnya kesempurnaan tiap-tiap sebutan

    dari ayat al -Quran. Para ulama menyatakan yang hukum bagi mempelajari hukum

    tajwid itu adalah fardhu kifayah tetapi mengamalkan ilmu tajwid ketika membaca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf.

    Firman Allah s.w.t:

    Bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzammil: 4)

    Membaca al-Quran dengan tartil bermakna membaca dengan tenang, perlahan

    serta dapat mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul serta

    menyempurnakan segala syarat-syaratnya.

    Aisyah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda:

    Orang yang mahir dengan al-Quran ( hafalan dan bacaannya yang amat baik dan

    lancar) kedudukannya di akhirat adalah bersama para malaikat yang mulia dan taat,

    adapun orang yang membaca al-Quran dan tersekat-sekat dalam bacaannya,

    sedang ianya amat payah, baginya adalah dua pahala.

    [HR. Bukhari dan Muslim]

    http://cahayapurnama.com/hukum-tajwid-al-quran/http://cahayapurnama.com/hukum-tajwid-al-quran/http://cahayapurnama.com/hukum-tajwid-al-quran/http://cahayapurnama.com/hukum-tajwid-al-quran/
  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    12/31

    Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah. Mengamalkan bacaan al-

    Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap Muslim yang mukallaf.

    Membaca al-Quran dengan bertajwid boleh dihuraikan dalam dua keadaan:

    1) Membaca al-Quran dengan bertajwid pada kadar yang paling minimum iaitu

    bacaannya tidak mengubah struktur perkataan atau merosakkan maknanya.

    Hukumnya adalah fardu ain.

    2) Membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu dengan memelihara keseluruhan

    hukum-hukum tajwid dalam bacaan. Hukumnya wajib ke atas mereka yang mahir

    dengan ilmu tajwid.

    Ulama Qurra (orang yang ahli dalam ilmu bacaan al-Quran) telah membahagikan

    kesalahan dalam bacaan al-Quran kepada dua jenis iaitu:

    Lahn Jali

    ()Kesalahan yang terdapat dalam lafaz dan mempengaruhi tata cara bacaan, sama

    ada mengubah makna ayat atau tidak. Dinamakan kesalahan besar kerana

    kesalahan ini diketahui oleh ulama qiroah maupun orang awam, seperti:

    a. Perubahan huruf dengan huruf

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    13/31

    b. Perubahan harokat dengan harokat

    c. Penambahan huruf

    d. Penghilangan tasydid

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    14/31

    e. Penambahan tasydid

    f. Penghilangan bacaan panjang

    Kesalahan-kesalahan di atas hukumnya haram. Ulama telah sepakat tentangkeharamannya, dan pelakunya berdosa

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    15/31

    Lahn Khafi

    ()

    Kesalahan yang berkaitan dengan tidak sempurnanya pengucapan bacaan,kesalahan seperti ini hanya diketahui oleh orang yang ahli dalam bidang ini (bidang

    qiroah), seperti:

    a. Tidak sempurna dalam pengucapan dhommah. Seharusnya dibacawa nuuduu tetapi dibaca wa noodoob. Tidak sempurna dalam pengucapan kasroh. Seharusnya dibacasabiilih tetapi dibaca sabiilehc. Tidak sempurna dalam pengucapan fathah. Seharusnya dibacaal-baathilu tetapi dibaca al-boothilu

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    16/31

    TARANNUMAl-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar

    Rasulullah saw melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. secara beransur-ansur dan

    disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir serta membacanya

    merupakan suatu ibadah. al-Quran mempunyai kesenian yang unik dari sudut

    bacaan yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, qiraat sabie,

    dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasaan bacaan Tartil mengikut bentuk

    dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna

    seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

    Tuntutan bertarannum dalam sabda Rasul saw :

    Maksudnya: Perelokkanlah bacaan al-Quran itu dengan suara-suara kamu,

    sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menambahkan keelokkan bacaan al-

    Quran itu. (Hadith Riwayat Abu Daud)

    Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan

    suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang

    sebenar (Nik Jaafar 1998). Menurut Nurliana Mohd Shariff (2003), alunan tarannum

    Al-Quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti Lagu

    Penglipur Lara, Syair, Qasidah, Nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak

    boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian tersebut. Perkara ini telah jelas

    diterangkan oleh baginda saw dalam sabdanya :

    Bermaksud : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara

    berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu

    ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (Hadis Riwayat Imam Thabrani &

    Baihaqi)

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    17/31

    JENIS-JENIS TARANNUM

    TARANNUM

    BAYYATI

    TARANNUM SOBABermaksud rindu.dipopularkan kini oleh qari

    mesir

    Sifat Tarannum Soba

    Gerak ringan meresap jiwa.

    Alunan lembut yang mendayu.

    Sesuai dengan tobaqot

    sederhana.

    Sesuai dengan ayat memohon,

    merayu, merintih dan

    sebagainya.

    Peranan Tarannum Soba

    Menenangkan persembahan.

    Membawa kekhusyukan dan

    keinsafan.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Dapat menimbulkan perasaan

    mengkagumi mukjizat Al-Quran.

    Peranan Tarannum Al-Bayyati

    Memantapkan persembahan.

    Sesuai sebagai tarannum pembukaan

    dan penutup.

    Pengukuran kepada tarannum

    sesudahnya.

    Dapat menimbulkan kesenian fasohah

    Perkataan bayyati adalah dari bahasa

    Arab yang bererti rumah atau tempatkediaman.

    Sifat Tarannum Al-Bayyati

    Lembut disamping tegas.

    Sesuai dengan tobaqot sederhana.

    Harmoni.

    Berunsur ketenangan

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    18/31

    Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu

    cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh

    Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

    Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran).

    Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq

    budaya mereka.

    TARANNUM HIJAZ

    Sifat Tarannum Hijaz

    Gerak lambat tapi berkesan.

    Ketegasan pendorong semangat.

    Kelincahan menghidupkan

    persembahan.

    Sesuai dengan mana-manatobaqot.

    Sesuai dengan ayat perintah,

    tegas atau marah.

    Peranan Tarannum Hijaz.

    Memberi semangat kepada

    persembahan.

    Memberi kepuasan kepada

    pembaca dan pendengar.

    Memberi tenaga kepada

    tarannum sesudahnya.

    Menunjukkan Ketegasan kepadamesej Al-Quran.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Dapat menimbulkan perasaan

    mengkagumi mukjizat Al-Quran.

    TARANNUM NAHWAND

    Peranan Tarannum Nahawand

    Melembutkan bacaan. Menenangkan jiwa pembaca

    dan pendengar.

    Sesuai dengan ayat memohon,

    bercerita dan sebagainya.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Dapat menimbulkan perasaan

    mengkagumi mukjizat Al-Quran.

    Sifat Tarannum Nahwand

    Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan bersopan.

    Sederhana memikat jiwa.

    Kehalusan seni.

    Sesuai dengan tobaqot

    sederhana.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    19/31

    Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini

    tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

    Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-

    kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh

    qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

    TARANNUM RAST

    Peranan Tarannum Rast

    Memberi semangat kepada

    persembahan.

    Memberi tenaga kepada

    tarannum berikutnya.

    Memberi kepuasan kepada

    pembaca dan pendengar.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Sifat Tarannum Rast

    Gerak lembut disamping

    ketegasan.

    Kelembutan alunan.

    Lincah menyemarakkan.

    Sesuai dengan mana-mana

    tobaqot.

    Sesuai dengan mana-mana bentuk

    a at.

    TARANNUM SIKAH

    Sifat Tarannum Sikah

    Gerak lambat meyakinkan.

    Kelembutan menusuk kalbu.

    Berciri kesedihan dan kerintihan.

    Sesuai dengan ayat-ayat merayu,

    memohon, merintih dan sebagainya.

    Sesuai dengan mana-mana

    tobaqot.

    Peranan Tarannum Sikah

    Melembutkan persembahan.

    Memberi kepuasan kepada

    pembaca dan pendengar.

    Membawa kekhusukan dan

    keinsafan.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Da at menimbulkan erasaan

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    20/31

    Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-

    kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai

    oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

    TARANNUM JIHARKAH

    Sifat Tarannum Jiharkah

    Gerak ringan yang berkesan. Kelembutan menusuk kalbu.

    Harmoni.

    Sesuai dengan ayat-ayat merayu,

    memohon, merintih dan sebagainya.

    Sesuai dengan tobaqot sederhana.

    Peranan Tarannum Jiharkah

    Menenangkan ketegangan

    persembahan. Melembutkan persembahan.

    Membawa kekhusukan dan

    keinsafan.

    Dapat menimbulkan kesenian

    fasohah Al-Quran.

    Da at menimbulkan erasaan

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    21/31

    SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

    Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi

    Muhammad s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda

    mengarahkan penulis- penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang

    diterimanya. Antara penulis wahyu tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat

    baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit. Mereka mencatat ayat-ayat al Quran

    tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan-

    bahan tulisan.

    Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a memerintah islam, telah

    berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraqdan negara-

    negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajaridan

    membaca a lQuran menuru t kaedah-kaedah bacaan da r ipada pa ra

    sahaba t yangmasyhur di kalangan mereka.Khalifah Uthman telah membentuk

    satu jawatankuasa penulisan al Quran yangdiketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugasmereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin lembaran- lembaran al Quran

    yang diambil daripada Hafsah bint i Umar untuk dijadikan mushaf.

    Sesudah itu,Khalifah Uthman Bin Affan telah memerintahkan supaya

    dikumpulkan semua lembaran a l Quran yang d i tu l is sebelumnya i tu

    di ba ka r. Den gan de mi ki an ma ka pembukuan al Quran pada zaman

    Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat

    Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang

    seragam menurut ejaan dan tulisannya.Ia juga menyatukan bacaan,

    walaupun masih terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak

    berlainan dengan Mushaf Uthmani.

    7

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    22/31

    Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis

    lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari

    segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah

    menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.

    Penulisan (rasm ) al Quran ini adalah satu sunnahRasulullah s.a.w yang

    diikuti secara ijma( se paka t ) o leh se lur uh ul ama mujtahidin kerana tulisan

    ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi

    s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.

    .

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    23/31

    KAEDAH PENULISAN RASM

    UTHMANI

    1.Al-Hazf

    ) )Membuang huruf.

    5.Al-Fasl wa al-Wasl

    ( )Memisah dan

    menyambung tulisan

    pada kalimah dan

    huruf.

    6.Ma fihiQiraatani

    )( Kalimah yang

    mengandungi dua bacaan

    ditulis dengan salah satu

    2.Al-Ziadah

    ) )Menambah huruf.

    3.Al-Hamzah

    ) )Penulisan hamzah.

    4.Al-Ibdal

    ) )Menggantikan huruf

    dengan huruf lain.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    24/31

    1.KAEDAH AL-HAZF ( )

    Hazf bermakna membuang atau menggugurkan huruf dari struktur kalimah.

    Terbahagi kepada 3 bahagian:

    i. Hazf al-Isyarat () = Dibuang kerana menunjukkan terdapat beberapacara bacaan.

    ii. Hazf al-Ikhtisar .)= Dibuang mengikut kaedah yang telah ditetapkan)iii. Hazf al-Iqtisar )= Dibuang pada kalimah yang tertentu, pada tempat)yang tertentu.

    iv. Huruf-huruf yang digugurkan ialah Alif ,() Ya ,() Wau ,() Lam () dan Nun.()

    2.KAEDAH AL-ZIADAH( )Huruf tambahan atau Al-ziadah tersebut ialah alif, wau dan ya. Contohnya pada ayat

    yang berikut:

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    25/31

    3.KAEDAH AL-HAMZAH( ) BAHAGIAN HAMZAH

    Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian

    iaitu:

    Hamzah Al Wasl

    Iaitu huruf hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah

    tertentu. Ia hanya di baca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika

    menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya. Dalam al-Quran rasm

    Uthmani, huruf hamzah ini di tulis dalam bentuk huruf alif,

    contonya seperti:

    Hamzah al-Qat'

    Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di

    hujung.

    Contohnya seperti yang terletak di permulaan: 4.KAEDAH AL-IBDAL ) )

    Dalam penulisan mashaf RasmUthmani huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi

    kepada lima bahagian iaitu:

    (a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.

    (b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya.

    (c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.

    (d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Taal-Maftuhah.

    (e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    26/31

    Contohnya:

    5.KAEDAH AL-FASL WA AL-WASL ( )Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-mushaf Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

    (a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.

    (b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.

    (c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam

    semua mushaf Uthmaniah.

    (d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalamsemua mushaf Uthmaniah

    Contoh: Kalimah yang di tulis bersambung dalam semua Mushaf Uthmaniah ditulis

    dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-

    kalimah berikut: Semua Yaal-Nida dengan kalimah yang selepasnya seperti:

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    27/31

    6. KAEDAH MA FIHI QIRAATANI( )Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi duaa atau beberapa wajah

    qiraat, maka kalimah yang di tulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat

    tersebut. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termassuk dalam bahagian ini

    boleh di bahagikan ke[ada tiga bahagian, iaitu:

    1. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis bertepatan dengan cara bacaan

    2. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berpandukan salah satu dari

    keduanya ( wajah yang lebih masyur) dan banyak digunakan oleh qiraat-

    qiraat mutawatirah

    3. Mengandungi dua wajah qiraat dan ditulis berbeza-beza antara mushaf

    berpandukan kepada cara bacaannya masing-masing.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    28/31

    DHABT AL-QURAN

    Dhabt Al-Quran' ialah satu disiplin ilmu yang membahaskan mengenai

    tanda/simbol yang diciptakan oleh para Ulama' untuk membantu di dalam

    pembacaan Al-Quran. Contohnya tanda baris atas, bawah, dan depan, tanda sabdu,

    titik-titik pada huruf dan lain-lain lagi.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a, Al-Quran ditulis tanpa

    apa-apa tanda/simbol seperti baris dan titik. Huruf-huruf Hijaiyah (seperti 'ba', 'ta',

    'tsa', 'jim' dll) ditulis tanpa titik. Kebanyakan umat Islam ketika itu, mahir dan

    menguasai ilmu bahasa arab. Ini membolehkan mereka membaca tulisan Al-Quran

    walaupun tanpa titik, baris, dan simbol-simbol lain.

    KELEBIHAN DAN KEPENTINGAN DHABT AL-QURAN

    Di antara kelebihan dan kepentingan Dhabt Al-Quran ialah :

    1) Dapat membaca Al-Quran dengan tepat mengikut hukum tajwid.

    2) Menghilangkan kesamaran cara bacaan pada tanda baris dan tanda hukum

    bacaan seperti tanda sabdu, mad, dan lain-lain.

    Jenis Dhabt

    Terdapat dua jenis dhabt (tanda), iaitu

    Naqt al-I'rab : Tanda/simbol dalam bentuk baris atas, bawah, dan

    hadapan

    Naqt al-I'jam : Tanda dalam bentuk titik, untuk membezakan huruf

    bertitik dan huruf tidak bertitik

    8

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    29/31

    Alamat atau tanda-tanda yang terlibat dengan dhabt pada huruf-huruf al-Quran dari

    segi bentuk, warna dan tempat meletakkannya ialah:

    Harakah

    Sukun

    Syaddah

    Mad

    Hamzah

    Perbezaan ilmu Rasm dan ilm Dhabt

    Ilmu rasm:

    Dicipta untuk memberi perhatian pada permulaan dan waqf(berhenti) kalimah

    al-Quran.

    Contoh: kalimah Muhammadun ditulis dengan hruf mim, ha, mim & dal.

    Dibuang huruf nun yang bertanwin

    Berhubungkait dengan huruf pada kalimah-kalimah Al-Quran dari segi isbat

    dan hazaf (ada dan buang)

    Ilmu dhabt:

    Dicipta untuk memelihara bacaan ketika wasal(bersambung)

    Contoh: Huruf nun yang mati dibiarkan tanpa tanda mati bagi menunjukkan

    berlaku hukum idgham pada nun tersebut apabila dibaca secara wasal.

    Berhubungkait dengan semua yang dipamerkan oleh huruf-hruf al-Quran dari

    segi baris, mati, syaddah dan sebagainya

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    30/31

    REFLEKSI

    Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana di beri kesempatan kepada saya

    untuk menyiapkan tugasan Tahsin Al-Quran tepat pada masa yang telah diberikan.

    Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya yang memberi

    semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada

    rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencari bahan-bahan tugasan

    Didalam menyiapkan tugasan yang di beri tentu sahaja mempunyai cabaran

    yang terpaksa di tempuhi terutamanya dari segi masa yang terhad untuk saya

    menyiapkannya ditambah pula dengan tugasaan di sekolah menyebabkan sayaterpaksaa menggagahkan diri untuk menyelesaikannya. Disebabkan halangan masa

    juga saya tidak dapat mencari lebih banyak bahan rujukan yang lebih mendalam

    tentang tajuk Tahsin Al-Quran ini yang mana saya rasa, saya mampu membuat

    tugasan ini dengan lebih baik dan lengkap. Selain itu juga, tugasan ini perlu di hantar

    dalam waktu atau tempoh yang singkat menyebabkan tugasaan ini tidak dapat di

    buat dengan lebih terperinci lagi.

    Setelah saya teliti dan analisa daripada apa yang telah saya himpunkan

    segala rujukan berkenanaan tajuk-tajuk diatas, saya mendapati banyak ilmu baru

    yang telah saya ketahui yang mana sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan

    saya tentang ilmu al-quran ini yang mana sebelum ini saya tidak pernah

    mempelajarinya. Istilah-istilah yang digunakan contohnya maratib al-quran, jenis-

    jenis tarannum merupakan perkara baru yang saya ketahui. Dengan adanya tugasan

    ini juga menyebabkan saya banyak membaca tentang kesalahan-kesalahan di

    dalam membaca al-quran yang mana mungkin sebelum ini saya tidak mengambil

    berat dari segi bacaan mahupun tajwid. Dengan pengetahuan yang sedia ada ini

    ditambah dengan ilmu yang baru saya dapati ini sedikit sebanyak akan

    menyebabkan saya lebih berhati-hati dan memperelokkan bacaan saya dari segi

    tajwid, kesalahan yang biasa di lakukan atau dari segi sebutan.

  • 7/22/2019 Tahsin Alquran Asgment

    31/31

    Oleh yang demikian, tugasan berkaitan ilmu ql-quran ini sedikit sebanyak

    telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang al-quran dan saya juga yakin

    saya dapat membuat tugasan ini dengan lebih baik jika di berikan waktu yang

    panjang. Semoga ilmu yang telah saya dapati ini akan menjadi manfaat yang

    berguna pada diri saya terutamanya serta akan saya ingati untuk diajarkan pada

    generasi akan datang.