TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan...

23
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU. SURIYANA BINTI DAUD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan...

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR

SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA

PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR

TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH

KUALA TERENGGANU.

SURIYANA BINTI DAUD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

PSZ 19:16 (Pind 1/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU. SESI PENGAJIAN : 2003/2004

SURIYANA BINTI DAUD

(HURUF BESAR)

Saya

mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF MADYA DR. SETH SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh : 11 MAC 2004

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 3264-G, KAMPUNG BULUH GADING, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 11 MAC 2004

Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugarahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (SAINS).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : P.M DR. SETH SULAIMAN

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH

KUALA TERENGGANU.

SURIYANA BINTI DAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (SAINS)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

11 MAC 2004

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SURIYANA BINTI DAUD

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

iii

DEDIKASI

Buat Ayahanda

Engkaulah sumber inspirasiku

Buat Bonda

Kesabaranmu pelita hidupku

Buat kekanda dan adinda

Kalian amat bermakna bagiku

Buat insan teristimewa

Ketabahanmu penunjuk jalan buatku

Buat sahabat seperjuangan

Budimu kukenang ke akhir hayat

Buat warga UTM

Terima kasih atas segalanya

Semoga kalian dirahmati Ilahi

Di dunia dan di akhirat

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinanNya

projek sarjana muda ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Di

kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada P.M. Dr. Seth Sulaiman, pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia selaku penyelia projek atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang

diberikan sepanjang proses penyiapan projek ini.

Terima kasih juga ditujukan kepada warga sekolah yang terlibat, kakitangan

Perpustakaan Sultan Zanariah, pegawai di Jabatan Pendidikan Terengganu dan individu

yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana sudi meluangkan masa dan

memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan, 4SPN atas pertolongan yang dihulurkan.

Akhir sekali , setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan buat keluarga

tercinta terutamanya kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dan

atas dorongan yang tidak berbelah bagi kepada anakanda. Sesungguhnya jasa kalian

amat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita selama ini.

Wassalam.

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif (KBKK). Sampel kajian ini ialah 120 orang pelajar tingkatan dua di

daerah Kuala Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan untuk menguji tahap

penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah soalan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif. Keputusan kajian menunjukkkan bahawa tahap penguasaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan pelajar tingkatan dua dalam mata

pelajaran Sains adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang telah dijalankan

mendapati bahawa paling ramai pelajar menguasai kemahiran menciri diikuti oleh

kemahiran meramal, menganalisis, menghubungkait, membanding dan membeza, dan

paling lemah dalam kemahiran membuat inferens. Perbandingan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif antara pelajar lelaki dan perempuan turut dikaji dan didapati

bahawa pelajar lelaki lebih ramai menguasai tahap penguasaaan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif berbanding dengan pelajar perempuan. Namun begitu, tahap

penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kedua-dua jantina adalah sama

iaitu pada tahap sederhana. Berdasarkan ujian-T, tiada perbezaan signifikan antara

pelajar lelaki dan perempuan untuk keenam-enam komponen kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Di akhir laporan kajian ini, telah diutarakan beberapa cadangan

kepada pihak sekolah, guru dan pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir di

kalangan pelajar sekolah.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

vi

ABSTRACT The aim of the study is to investigate the level of critical and creative thinking

skills of 120 form two students from four schools in Kuala Terengganu. The instrument

is a paper and pencil test consisting of question related to critical and creative thinking.

The data collected was analyzed using Statistic Package for Social Science Windows

versa 10.0 and Microsoft Excel software. The result showed that the level of critical and

creative thinking skills of the respondents in Science subject was at a moderate level.

Results also showed that most of the students mastered in the skill of characterizing,

followed by predicting, analyzing, relating, comparing and distinguishing. Students are

very poor in making inference. Comparison of the level of critical and creative thinking

skills between male and female students showed that more male students mastered the

critical and creative thinking skills even though the level of critical and creative thinking

skills for both is gender at a moderate level. Based on T-test, there was no any

significant difference between male and female students regarding the six components of

critical and creative thinking skills. Suggestions were made to schools, teachers and

students to improve the thinking skills among students.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xi

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran xiii

Senarai Singkatan xiv BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 7

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

viii

1.7 Definisi Terminologi 10

1.8 Penutup 12 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 13

2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 14

2.2 Model Kemahiran Berfikir Dan Strategi Berfikir (KBSB) 18

2.2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 19

2.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 22

2.2.3 Strategi Berfikir 24

2.2.3.1 Mengkonsepsi 24

2.2.3.2 Membuat keputusan 24

2.2.3.3 Menyelesaikan masalah 25

2.3 Penutup 26

BAB III METADOLOGI 3.0 Pengenalan 27

3.1 Rekabentuk Kajian 27

3.2 Sampel dan Tempat 28

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Prosedur Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 30

3.6 Analisis Data 31

3.7 Penutup 32

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

ix

BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 33

4.1 Taburan Jantina Pelajar 34

4.2 Tahap Penguasaan 35

4.3 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan Dua Dalam 36

Komponen Menciri, Membanding dan Membeza,

Menganalisis, Membuat inferens, Menghubungkait

dan Meramal.

4.4 Perbezaan Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan 40

Dua Mengikut Jantina Dalam Komponen Menciri,

Membanding Dan Membeza, Menganalisis,

Membuat Inferens, Menghubungkait Dan Meramal.

4.5 Penutup 44

BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 45

5.1 Perbincangan

5.1.1 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan Dua 46

Mengikut Jantina Dalam Komponen Menciri,

Membanding Dan Membeza, Menganalisis,

Membuat Inferens, Menghubungkait Dan Meramal.

5.1.2 Perbezaan Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan 46

Dua Dalam Komponen Menciri, Membanding Dan

Membeza, Menganalisis, Membuat Inferens,

Menghubungkait Dan Meramal.

5.2 Kesimpulan 47

5.3 Cadangan 47

5.3.1 Peranan Sekolah Untuk Meningkatkan KBKK

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

x

5.3.2 Peranan Guru Untuk Meningkatkan KBKK 48

5.3.3 Peranan Pelajar Untuk Meningkatkan KBKK 49

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 49

5.5 Penutup 50

BIBLIOGRAFI 51-52 LAMPIRAN A-E 53-69

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

xi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Komponen-Komponen KBKK 3

2.1 Proses Berfikir 14

2.2 Komponen-Komponen KBKK 16

2.3 Model Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir 19

(KBSB) dalam Sains. Pusat Perkembangan

Kurikulum (2000)

4.1 Taburan Jantina Pelajar 34

4.2 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar 39

4.3 Tahap Penguasaan KBKK Mengikut 42

Jantina (Lelaki)

4.4 Tahap Penguasaan KBKK Mengikut 43

Jantina (Perempuan)

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9

Dua

2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen 17

KBKK.

3.1 Komponen KBKK Berdasarkan Nombor Soalan 29

KBKK.

3.2 Tahap penguasaan KBKK 31

4.1 Taburan Jantina Pelajar. (N=120) 34

4.2 Tahap Penguasaan KBKK 35

4.3 Tahap Penguasaan Komponen KBKK 35

4.4 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 36

Dan Sisihan Piawai. (N=120)

4.5 Peratus Pelajar Dan Tahap Penguasaan KBKK 37

Bagi Enam Komponen KBKK. (N=120)

4.6 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar. (N=120) 38

4.7(a) Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 40

Dan Sisihan Piawai. (N=48)

4.7(b) Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 40

Dan Sisihan Piawai. (N=72)

4.8 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar 42

Mengikut Jantina. (N=120)

4.9 Perbezaan Signifikan Antara Jantina 44

Menggunakan Ujian-T. (N=120)

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 53-63

dan Kreatif (KBKK).

B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian Perancangan 64-65

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan 66-67

Sampel Kajian di Sekolah-Sekolah di Bawah

Kementerian Pendidikan Malaysia Daripada Jabatan

PendidikanTerengganu.

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah 68

Menengah Daripada Jabatan PendidikanTerengganu.

E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, 69

Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

xiv

SENARAI SINGKATAN KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

IPT - Institusi Pendidikan Tinggi

PMR - Peperisaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

KBSB - Kemahiran Berfikir Dan Strategi Berfikir

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

FRISCO - Focus, Reasons, Inference, Situation, Clarity dan

Overview

SPSS - Statistic Package for Social Science

Ujian-T - Independent-Samples T-Test

N - Jumlah Responden

Bil - Bilangan

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diisytiharkan pada tahun 1988 menjadi

tunjang kepada semua aktiviti dan usaha pendidikan di Malaysia. Merujuk kepada FPN,

jelaslah bahawa matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara yang

memiliki personaliti yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani ( Ee Ah Meng, 1994). Kepentingan perkembangan daya intelek seseorang

individu menjadi salah satu komponen penting dalam FPN.

Sejajar dengan FPN, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal

supaya wujudnya kesepaduan antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penggubalan KBSM adalah bagi menyambung proses pembelajaran yang berlaku dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR dan KBSM dilaksanakan

sepenuhnya pada tahun 1983 dan 1989. Dalam perlaksanaan KBSM, satu aspek yang

disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tentang proses pengajaran dan

pembelajaran ialah :

“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka

seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif

dan rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

2

meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran kritis dan analitis akan

menjadi salah satu aspek yang penting dalam setiap aktiviti pembelajaran.”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989)

Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperolehi

kefahaman tentang peraturan dan hukum alam ( Ee Ah Meng, 1994). Pada dasarnya,

matlamat asas Sains adalah untuk membolehkan manusia memahami semua perkara dan

fenomena yang berlaku di sekeliling kita.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pusat

Perkembangan Kurikulum telah menggariskan 12 objektif khusus bagi program Sains

KBSM. Salah satu objektif tersebut adalah meningkatkan kemahiran membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah secara analitis, kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian

(Abu Hassan, 2002).

Berpandukan objektif KBSM tersebut, sistem pendidikan Malaysia harus

berusaha keras dalam mendidik dan melahirkan rakyat yang bukan sahaja

berpengetahuan dan berketrampilan, malah boleh berfikir secara kritis dan kreatif,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu,

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) wajar dijadikan sebagai asas

menimba ilmu dan kemahiran. Kemahiran Berfikir Secara Kritis mempunyai 9

komponen manakala Kemahiran Berfikir Secara Kreatif mempunyai 10 komponen

(Rujuk Rajah 1.1) .

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

3

Rajah 1.1 : Komponen-Komponen KBKK

(Low Swee Neo, 2000) Secara umumnya, tujuan KBKK diperkenalkan adalah supaya para pelajar bukan

sahaja dapat menguasai maklumat tetapi dapat memproses maklumat tersebut secara

kritis dan kreatif serta mengembangkannya menjadi ilmu pengetahuan yang lebih

berguna (Md. Idris Mansor, 1995).

1.1 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar rungutan daripada guru Sains dan

guru mata pelajaran lain bahawa pelajar kita tidak boleh berfikir, tidak mampu berfikir,

tidak mahu berfikir dan malas berfikir. Atas dasar apakah para guru membuat tanggapan

sedemikian rupa terhadap pelajarnya sendiri? Masyarakat hari ini juga sudah berani

menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap graduan yang dikatakan tidak kreatif dan

kritis.

KEMAHIRAN BERFIKIR

PEMIKIRAN KREATIF PEMIKIRAN KRITIS ● Menciri ● Membanding dan membeza ● Mengumpul dan mengelas ● Membuat urutan ● Menyusun mengikut keutamaan ● Menganalisis ● Mengesan kecondongan● Menilai ● Membuat kesimpulan

● Menjana idea ● Membuat inferens ● Menghubungkait ● Meramal ● Membuat hipotesis ● Mensintesis ● Mengitlak ● Menganalogi ● Membuat gambaran mental ● Merekacipta

Page 21: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

4

Persoalannya, adakah para pelajar yang harus dipersalahkan ataupun sistem

pendidikan Malaysia terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang dikatakan tidak

memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir? Komen-komen

ini menimbulkan persoalan sejauh manakah sistem pendidikan kita memperkembangkan

daya pemikiran dan intelek seseorang (Mohd Dahalan, 1994). Walauapapun jawapan

yang diutarakan, yang paling penting di sini ialah kini sudah ramai guru Sains mulai

sedar bahawa pentingnya pelajar menguasai kemahiran berfikir di samping menguasai isi

pelajaran (Salbiah, 1995).

Kemahiran berfikir ialah kebolehan menggunakan minda untuk mencari makna

dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan,

menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar dan merenung

kembali proses pemikiran yang telah dialami. Secara amnya, kemahiran berfikir

terbahagi kepada dua iaitu berfikir secara kritis dan kreatif. Semasa di sekolah rendah

dan menengah, para pelajar kurang didedahkan dalam aspek pembinaan dan

pembangunan minda untuk kemahiran berfikir. Kebanyakan bahan dan isi pelajaran di

sekolah rendah dan menengah adalah berdasarkan fakta-fakta yang telah disediakan

dengan formula-formula terlebih dahulu (Yusof, 1995). Sebenarnya kemahiran berfikir

berkait rapat dengan persepsi dan tanggapan serta penumpuan perhatian dalam hal-hal

yang berhubung dengan penerokaan pengalaman, penggunaan pengetahuan, maklumat

dan ilmu yang sedia ada (Mukhkta & Azahari, 1995).

Pada 28 Februari 1991, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamad telah menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara adalah ke

arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan membentuk sebuah

negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri (Abu

Hassan, 2002). Malaysia sebenarnya memerlukan tenaga pekerja yang boleh berfikir

secara kritis dan kreatif serta graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang mempunyai

kemahiran berfikir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Seperti yang kita

sedia maklum, pelajar dan graduan merupakan aset negara yang paling penting kerana

Page 22: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

5

masa depan negara terletak di tangan mereka. Namun begitu, jika kehendak ini tidak

dapat dipenuhi, sudah tentu misi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 dan menjadi

negara perindustrian tidak akan tercapai. Tanpa KBKK, dikhuatiri rakyat Malaysia tidak

mampu mengatasi pelbagai masalah dan cabaran dari dalam dan luar negara.

1.2 Pernyataan Masalah Pada awal tahun 1994, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia

Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin telah mengumumkan bahawa

sasaran kerja utama Bahagian Penilaian dan Pengukuran, Kementerian Pendidikan

Malaysia ialah memastikan bahawa 60% soalan peperiksaan hendaklah bercorak kritis

menjelang tahun 2000. Dan kini setelah tiga tahun berlalu, KPM berjaya merealisasikan

matlamat tersebut. Namun, sejauh manakah para pelajar dapat menjawab soalan kritis

tersebut dengan betul sedangkan tahap KBKK masih berada pada peringkat yang rendah.

Pada masa akan datang, KPM merancang untuk membenarkan pelajar yang bakal

menduduki SPM membawa masuk buku dan nota ke dalam dewan peperiksaan (open

book examination). Tindakan sedemikian rupa dibenarkan kerana jawapan kepada soalan

peperiksaan sebenarnya bukan terdapat dalam buku sebaliknya para pelajar perlu

membina jawapan sendiri berdasarkan KBKK.

KBKK sebenarnya sudahpun diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran sekolah rendah terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Menurut petikan

akhbar The Star yang bertarikh 5 Januari 1994, “ KBKK perlu dijadikan kemahiran asas

di sekolah bermula di sekolah rendah lagi bersama dengan kemahiran asas yang lain iaitu

membaca, menulis dan mengira (3M). ” Namun begitu, tidak semua pelajar kita yang

melangkah ke alam persekolahan menengah dapat menguasai KBKK yang sudahpun

dipelajari sewaktu di sekolah rendah. Oleh itu, penyelidik ingin mengetahui sejauh

Page 23: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan ujian-T, ... 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9 Dua 2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen

6

manakah tahap penguasaan KBKK pelajar sekolah menengah rendah iaitu pelajar

tingkatan dua di beberapa sekolah di Kuala Terengganu dalam mata pelajaran Sains.

KBKK mempunyai sembilan belas komponen tetapi hanya tiga daripada

sembilan komponen kemahiran berfikir secara kritis dikaji iaitu menciri, membanding

dan membeza, dan menganalisis. Untuk kemahiran berfikir secara kreatif pula, tiga

komponen dikaji daripada sepuluh komponen iaitu membuat inferens, menghubungkait

dan meramal. Hipotesis awal penyelidik ialah tahap penguasaan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK) pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran Sains adalah

sederhana ekoran daripada kritikan guru-guru terhadap pelajar-pelajar mereka dan

berpandukan kajian-kajian yang lepas.

1.3 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian yang bakal dijalankan oleh penyelidik akan menjawab

soalan-soalan berikut :

1.3.1 Setakat manakah tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar-pelajar tingkatan

dua dalam komponen menciri, membanding dan membeza, menganalisis,

membuat inferens, menghubungkait dan meramal?

1.3.2 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar-pelajar

tingkatan dua mengikut jantina dalam komponen menciri, membanding dan

membeza, menganalisis, membuat inferens, menghubungkait dan meramal?