TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK...

44
TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK TERHADAP KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL ROSLENA BINTI CHE JUHAN NEGARA Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Jabatan Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor JANUARI 2012

Transcript of TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK...

TAHAP KESEDIAAN PELAJAR KEJURUTERAAN POLITEKNIK

TERHADAP KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

ROSLENA BINTI CHE JUHAN NEGARA

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknikal

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor

JANUARI 2012

ABTRACT

Safety is the most important key in our daily life. This study was carried out to

examine the readiness of security in the lab of polytechnic engineering students. The

objective of this study was to identify the readiness of the student safety in the lab of

engineering course in Polytechnic Ungku Omar in terms of the attitudes,

environment and skills of student using hand tools. The method used in this study

was stratified random sampling method. Sample of this study comprised 243

respondents consisting of Civil, Electrical and Mechanical Engineering students.

Research instruments used were questionnaires containing 40 items questions. A

path study was conducted on 30 respondents of engineering students in Polytechnic

Shah Alam to see the reliability of the questionnaires items. The result of value of

the reliability of a path study was 0.899. SPSS software (Statistical Package For

Social Science Ver 16) was used for statistic analysis. Question number 1 and 3 were

analysed by using descriptive statistic mean. The second question was used ANOVA

test. The findings found the readiness of engineering course students of Polytechnic

Ungku Omar in terms of attitudes, environment and skills of hand tools is at high

level. The findings also found that there were significant differences skills towards

the safety in the lab by the departments in terms of attitudes, environment and hand

tools. While, the findings of lab safety rules practised by engineering students of

Polytechnic Ungku Omar are at high level. Even though the findings shows a high

level of readiness but the persons involved need to make some improvements to

minimize the risk of accidents occur in the lab.

ABSTRAK

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan

Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk

mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar

dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap

keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak

berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar

Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan

adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah

dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah

Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan

hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science

Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis

menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA.

Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan

Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan

alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat

perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan

alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala

hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh

pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu,

pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko

berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

KANDUNGAN

JUDUL TESIS iPENGAKUAN iiDEDIKASI iiiPENGHARGAAN ivABTRACT vABSTRAK viKANDUNGAN viiSENARAI JADUAL xiSENARAI RAJAH xiiiSENARAI SINGKATAN xivSENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Masalah 51.3 Penyataan Masalah 81.4 Tujuan Kajian 81.5 Objektif Kajian 91.6 Persoalan Kajian 91.7 Hipotesis 101.8 Kerangka Teori 101.9 Kepentingan Kajian 111.10 Skop Kajian 111.11 Batasan Kajian 121.12 Definisi & Istilah 121.13 Rumusan 14

viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan15

2.1.1 Politeknik 16 2.2 Kajian Lepas 17

2.2.1 Faktor Sikap 18 2.2.2 Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel 20

2.2.3 Faktor Kemahiran 21 2.3.4 Faktor Kelengkapan Alatan tangan 22 2.3 Keselamatan 24 2.3.1 Konsep Keselamatan 24 2.3.2 Peraturan Keselamatan 25 2.3.2.1 Keselamatan Diri 26 2.3.2.2 Keselamatan Alat dan Perkakasan 27 2.3.2.3 Keselamatan Persekitaran 28 2.4 Kemalangan 29 2.4.1 Teori Penyebab Kemalangan 29 2.5 Rumusan 32BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan 33 3.2 RekaBentuk Kajian 34 3.3 Populasi dan Persampelan 34 3.4 Tempat Kajian 35 3.5 Instrumen Kajian 35 3.6 Pengesahan Pakar Dan Kajian Rintis 38 3.7 Kaedah Pengumpulan Data 39 3.8 Rangka Kerja Operasi 40 3.9 Analisis Data 40 3.9.1 Analisis Deskriptif 41 3.9.2 Analisis ANOVA 41 3.10 Rumusan 42BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 43 4.2 Bahagian A 44 4.2.1 Jantina Responden 44 4.2.2 Jabatan 44 4.2.3 Jumlah Penggunaan Bengkel Dalam

Seminggu45

4.3 Bahagian B 45 4.3.1 Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan

Politeknik Terhadap Keselamata Di dalam Bengkel

46

4.3.1.1 Persoalan pertama 46 4.3.1.2. Persoalan Kedua 49 4.4 Bahagian C 56 4.4.1. Persoalan ketiga 56 4.5 Rumusan 57

ix

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN, CADANGAN 5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan 59 5.2.1 Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar

kursus kejuruteraan di Politeknik Ungku

Omar dari aspek sikap, persekitaran dan

kemahiran penggunaan alatan tangan

terhadap keselamatan di dalam bengkel?

59

5.2.1.1 Aspek Sikap 60 5.2.1.2 Aspek Persekitaran 61

5.2.1.3 Aspek Kemahiran Penggunakanalatan tangan

63

5.2.2 Apakah terdapat perbezaan yang

signifikan dari aspek sikap, persekitaran

dan kemahiran penggunaan alatan tangan

terhadap keselamatan di dalam bengkel

mengikut jabatan

65

5.2.2.1 Aspek Sikap 65 5.2.2.2 Aspek Persekitaran Bengkel 66 5.2.2.3 Aspek Kemahiran Penggunaan

Alatan Tangan

67

5.2.3 Adakah peraturan keselamatan diamalkan

semasa menjalan amali bengkel?

68

5.3 Cadangan 69 5.3.1 Pihak Politeknik

5.3.2 Pihak Pensyarah

70

70 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71 5.5 Rumusan 72RUJUKAN 73

x

SENARAI JADUAL

BIL TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor (2007-2010)

5

1.2 Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian

Tinggi di Malaysia

7

1.3 Rekod Kemalangan Bengkel di politeknik Setempat

dan Luar Negara

7

2.1 Peraturan Keselamatan Diri 26

3.1 Bilangan pelajar semester akhir (semester 6)

Diploma Kejuruteraan Elektrik, Awam, dan

Mekanikal di Politeknik Ungku Omar

35

3.2 Bahagian di dalam instrument Kajian 36

xi

3.3 Bilangan item soal selidik 37

3.4 Skala Likert 38

3.5 Interpretasi skor Alpha Cronbach 39

3.6 Analisis Data berdasarkan setiap Persoalan Kajian 41

4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut jantina

44

4.2 Bilangan responden mengikut jabatan 45

4.3 Jumlah Penggunaan bengkel dalam seminggu 45

4.4 Skor min bagi tahap kesediaan pelajar Kejuruteraan

Politeknik

46

4.5 Analisis skor min bagi aspek sikap 47

4.6 Analisis skor min bagi aspek persekitaran 48

4.7 Analisis skor min bagi aspek kemahiran penggunaan

alatan tangan

48

4.8 Analisis skor min bagi aspek sikap, persekitaran dan

kemahiran pengunaan alatan tangan terhadap

keselamatan di dalam bengkel

49

4.9 Skor Min bagi aspek sikap mengikut jabatan 50

4.10 Anova sehala perbandingan aspek sikap mengikut

jabatan

50

4.11 Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek sikap mengikut

jabatan

51

4.12 Skor Min bagi aspek persekitaran mengikut jabatan 52

4.13 Anova sehala perbandingan aspek persekitaran

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut

jabatan

52

4.14 Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek persekitaran

mengikut jabatan

53

4.15 Skor min bagi aspek kemahiran penggunaan alatan

tangan mengikut jabatan

54

4.16 Anova sehala perbandingan aspek kemahiran

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan

54

4.17 Ujian Post Hoc (Tukey) dari aspek kemahiran

penggunaan alatan tangan mengikut jabatan

55

xii

4.18 Analisis skor min bagi Peraturan Keselamatan

Bengkel

56

SENARAI RAJAH

BIL TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Teori 102.1 Struktur Teori Domino Heinrich 303.1 Kerangka Kerja Operasi 403.2 Konsep ujian ANOVA 42

xiii

SENARAI SINGKATAN

NOISH - National Institute for Occupational Safety and Health

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

OSHA - Occupational Safety and Health Administration

JKKP - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

SPSS - Statistical Package for the Sosial Science Version 16

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK LAMPIRAN MUKA SURAT

A Jadual Krejcie, R.V. and Morgan 82

B Soal Selidik 84

C Pengesahan Soal Selidik 91

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 92

E Analisis Kajian Rintis 93

F Demografi 96

G Analisis Skor Min Item 98

H Analisis Ujian ANOVA 101

I Carta Gantt 108

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam perkembangan teknologi industri yang semakin maju, Negara memerlukan

banyak pekerja mahir dan faham tentang penggunaan alat dan mesin yang canggih.

Oleh itu, pelajar adalah generasi akan datang memainkan peranan penting kearah

merealisasikan teknologi berasaskan peralatan mesin dan automasi yang canggih.

Pendidikan Teknik dan Vokasional sebenarnya menyediakan landasan

alternatif yang baik bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka. Bagi

membolehkan mereka mendapat pendidkan teknikal dan latihan vokasional,

kemudahan pendidikan teknik dan Latihan vokasional akan dipertingkatkan

(Rancangan Malaysia Ke -10)

2

Sehubungan dengan itu, untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yang

diperlukan ke arah Negara perindustrian, maka pelajar perlu dilatih supaya

mempunyai sikap kerja yang betul dan mempunyai nilai-nilai positif seperti

berdisiplin, tekun dan dedikasi. Industri yang berteknologi adalah memerlukan

tenaga kerja yang berdisiplin, yang dilengkapi dengan asas kemahiran yang lebih

luas serta mempunyai budaya dan etika kerja yang positif. Dalam usaha ini, pihak

Kementerian Sumber Manusia berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang

selamat untuk bekerja.

Sasaran kementerian adalah untuk menurunkan kadar kes kemalangan

industri kepada 3.5 peratus kes menjelang 2020. Kadar tersebut adalah menyamai

kadar kes kemalangan bagi negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Sehingga ini tahun 2005, negara kita telah mencatatkan statistik kemalangan yang

dilaporkan di sekitar 5.6 peratus (Bakar, 2007).

Kebanyakkan pekerja industri kini tidak mementingkan aspek keselamatan

semasa berada di tempat kerja. Menurut Thye (2009), aspek keselamatan dan

kesihatan pekerjaan di Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju

meskipun jumlah kemalangan industri menunjukkan penurunan ketara. Walaupun

berjaya mencapai kadar 6.5 kes kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja pada 2008

namun ia masih tinggi berbanding negara maju seperti Sweden dan Norway yang

merekodkan hanya dua atau tiga kes setahun bagi setiap 1,000 pekerja.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (2010) , undang-undang keselamatan

dan kesihatan ketika ini hanyalah peraturan dalaman dan oleh itu banyak syarikat

tidak mengambil berat untuk memberikan perhatian terhadap aspek tersebut.

Sebagai contoh katanya, sesetengah pekerja tidak dibekalkan dengan topi keledar

keselamatan atau tidak memasang tali pinggang bagi pekerja yang bekerja di

bangunan tinggi. Pekerja juga tidak diajar tentang langkah berjaga-jaga yang harus

diambil apabila bekerja di tempat berbahaya, yang boleh mengakibatkan

kemalangan. Sesungguhnya keselamatan pekerja mempunyai kaitan rapat dengan

produktiviti. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Malaysia (DOSH) Basri, (2010) menyatakan satu jawatankuasa akan

dibentuk untuk mencari kaedah terbaik agar kemalangan melibatkan pekerja dapat

dikurangkan

3

Menurut Sarip (2002), politeknik merupakan salah satu institusi pengajian

yang melahirkan tenaga kerja separuh mahir terutamanya di dalam bidang

kejuruteraan di dalam pelbagai disiplin. Bagi mengeluarkan bakal-bakal profesional

ini kemahiran yang tinggi dalam latihan teknikal amatlah diperlukan. Di dalam

melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran tinggi pada kebiasaannya mereka akan

lebih kerap menggunakan bengkel bagi latihan amali mereka. Ini adalah untuk

memantapkan lagi ilmu yang dimiliki oleh pelajar sebelum melangkah ke alam

pekerjaan. Akan tetapi aspek keselamatan hendaklah diutamakan supaya dapat

menyahut seruan kerajaan supaya dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam

bidang teknikal.

Politeknik menekankan dua aspek pengajian iaitu teori dan amali. Di

samping menimba ilmu dalam pendidikan amali, perkara yang perlu dititik beratkan

dan diberi perhatian oleh pelajar ialah tentang keselamatan, alatan dan mesin serta

persekitaran tempat kerja kerana setiap pelajar akan terlibat dengan penggunaan

pelbagai kelengkapan bengkel seperti alatan tangan dan mesin dan sekaligus

mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.

Menurut Hamdan (1994), keselamatan merupakan satu aspek yang paling

penting dalam pengendalian bengkel mahupun makmal. Semua yang terlibat dalam

perkerjaan makmal mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja,

persekitaran dan orang lain yang bekerja bersama mereka. Pada hari ini, setiap

individu yang bekerja di makmal mestilah diberikan peringatan, panduan, tatacara

dan pengetahuan untuk mengendalikan makmal dan melakukan uji kaji dengan

selamat.

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam

melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik

beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila

masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan boleh dianggap

sebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang positif. Ianya tidak

akan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya sama

ada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Menurut Bakar

(1994), peraturan keselamatan di bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari

semasa ke semasa. Untuk mengelakkan kemalangan dan kecelakaan, seseorang

harus sedar dan bertanggungjawab.

4

Dalam pendidikan teknik dan vokasional, pelajar-pelajar dikehendaki

menggunakan banyak mesin-mesin berkuasa tinggi dan alatan tangan yang tajam dan

merbahaya (Buhari, 2008). Oleh itu, pendidikan keselamatan perlu ditekankan

kepada pelajar yang beraliran teknik dan vokasional, yang mana sesi pengajaran dan

pembelajarannya lebih banyak dilakukan di dalam bengkel. Ia bagi menjamin

keselamatan diri pelajar, keselamatan orang sekeliling, keselamatan alatan dan mesin

serta keselamatan persekitaran bengkel itu sendiri.

Semasa melakukan kerja amali, pelajar akan terdedah dengan pelbagai

bahaya terutamanya semasa melakukan aktiviti menyediakan bahan untuk projek

amali, ketika mengendalikan pelbagai jenis alatan yang tajam dan mesin berkuasa

tinggi dan juga ketika menjalani proses pembelajaran di dalam bengkel. Beberapa

aspek yang lain seperti sistem pengudaraan bengkel, pencahayaan dan keselesaan

susun atur bengkel juga perlu diambil kira. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana

dan pada bila-bila masa. Oleh itu, pelajar harus menitikberatkan kefahaman dan

amalan keselamatan terhadap diri, alatan dan mesin serta persekitaran tempat kerja

semasa berada di dalam bengkel (Buhari, 2008). Kemalangan tidak dapat dielakkan

namun dapat dikurangkan atau dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat dalam

pengurusan bengkel bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab

supaya peraturan keselamatan bengkel dapat difahami dan diamalkan oleh semua

pelajar.

Untuk memenuhi keperluan sektor industri, pelajar-pelajar akan didedahkan

dengan pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga dilatih

bagaimana hendak menggunakan peralatan tangan serta pengendalian mesin. Dalam

usaha mempelajari dan memenuhi semua kemahiran ini, pelajar bukan sahaja

berdepan dengan kemungkinan berlakunya kesilapan dan kegagalan tetapi juga akan

menghadapi pelbagai risiko kecuaian dan kemalangan yang boleh berlaku pada bila-

bila masa. Kemalangan yang terjadi di dalam bengkel bukan sahaja akan

mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan anggota badan manusia malah

boleh membawa maut.

Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam

bengkel dengan menjaga keselamatan diri dan juga orang lain. Kesedaran terhadap

keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan

5

keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja-kerja amali di sekolah dan

seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Azhar, 2008).

1.2 Latar Belakang Masalah

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan,

kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya

daripada semua pihak (Loganathan, 2008). Walaupun beberapa usaha telah dibuat,

namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan

kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh

mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.

Jadual 1 dibawah menunjukkan kes kemalangan maut yang dilaporkan

mengikut sektor dari tahun 2007-2010. Merujuk kepada jadual 1, sektor yang paling

tinggi mencatat kemalangan maut ialah pada sektor pembinaan, di ikuti dengan

sektor Pengilangan, Pertanian, Kemudahan dan yang terakhir ialah Perlombongan.

Bukan itu sahaja, sektor pembinaan juga mencatat kes kemalangan maut yang paling

tinggi pada setiap tahun. Daripada jumlah yang dicatatkan, didapati kadar

kemalangan yang berlaku di industri walaupun tidak mengerunkan tetapi amatlah

perlu untuk disifarkan jika berkemampuan.

Jadual 1.1: Kes kemalangan maut yang dilaporkan mengikut sektor (2007-2010)

(Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2007-2010))

2007 2008 2009 2010 Jumlah

Pengilangan 63 76 63 75 277

Perlombongan 9 6 3 1 19

Pembinaan 95 72 71 85 323

Kemudahan 10 19 23 11 63

Implikasi dari perkembangan industri yang semakin meningkat maju. Negara

memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang tinggi

mengenai amalan keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai

perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.

6

Oleh itu, menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

(NOISH), Thye (2010), pihak majikan di negara ini disarankan supaya

meningkatkan pendedahan mengenai Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(OSH) kepada pekerja bagi mengurangkan risiko kemalangan berkaitan tempat kerja.

Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang

melakukan kerja, penggunaan peralatan serta mesin dan tempat kerja itu sendiri serta

orang awam. Justeru, Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia

dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi

memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Ini bertujuan untuk

melatih para pelajar menceburi alam pekerjaan serta mendedahkan mereka kepada

suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa bekerja kelak (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2001).

Kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian manusia

sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Menurut Kementerian Sumber

Manusia (2010), satu jawatankuasa akan dibentuk yang akan bertindak untuk

mengumpul data dan melaksanakan pelbagai program dalam usaha mengurangkan

kadar kemalangan membabitkan pekerja. Oleh itu, kesedaran berhubung amalan

keselamatan terhadap diri sendiri, penggunaan alatan dan mesin serta persekitaran

tempat kerja perlu ditanamkan kepada setiap pelajar seawal di bangku sekolah lagi.

Ini adalah kerana segala amalan yang baik ketika melakukan kerja di bengkel

sekolah akan dapat diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan kelak.

Kemalangan juga turut berlaku dikalangan pelajar kejuruteraan di sekolah

mahupun di pusat institusi pengajian tinggi. Mereka tidak terlepas dari bahaya

kemalangan semasa bekerja di dalam bengkel amali. Ini kerana mereka turut

menggunakan mesin-mesin, alatan tangan dan bahan yang boleh membawa bahaya

kepada mereka sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Ini bermakna secara dasarnya pelajar kursus kejuruteraan di Malaysia

sepatutnya mempunyai pengetahuan asas mengenai aspek-aspek Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan. Jadual 2 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di sebuah

Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

7

Jadual 1.2: Rekod Kemalangan Bengkel Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

(Mesyuarat jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan Universiti Bil

1/2010)

Tempat Bengkel Jenis Kecerderaan Tahun

IPTA

(UTHM)

Makmal Kayu Patah Kaki akibat dihempap

mesin

2009

IPTA

(UTHM)

Makmal Konkrit Kaki cedera dan pengsan

(kaki terkena kiub konkrit)

2009

IPTA

(UTHM)

Makmal Polimer dan

Seramik

Cedera pada Peha & kaki(

ditimpa acuan membuat

seramik)

2009

IPTA

(UTHM)

Makmal JalanRaya Luka di jari (Tidak

Mengenakan pin

keselamatan yang terdapat di

mesin pemampat

2010

Kemalangan ini melibatkan pelajar-pelajar kejuruteraan yang meliputi kursus

pendidikan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal sepanjang tahun 2009-

2010. Walaupun pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan

di dalam bengkel terutamanya sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran

amali. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kecederaan sama ada

serius atau ringan, kecacatan anggota dan ada kalanya boleh membawa maut.

Jadual 1.3: Rekod Kemalangan Bengkel di Politeknik Setempat dan Luar Negara

Tempat Bengkel Jenis Kecerderaan Tahun

Bay of Plenty ,Tauranga

(New Zealand)

Bengkel kayu Putus ibu jari kiri, menderita

akibat kerosakan saraf pada

telapak tangan kiri

2009

Politeknik

(PUO)

Bengkel

kimpalan

Tangan Melecur (Terkena

besi panas)

2010

Politeknik

(PUO)

Bengkel Mesin Kepala cedera (terkena besi

pengetat bindu)

2010

Jadual 3 menunjukkan rekod kemalangan bengkel di politeknik setempat dan Luar

Negara. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di politeknik tidak didedahkan

kepada media berikutan menjaga reputasi dan nama baik politeknik. Pada tahun

2009, Di Bay of Plenty, Tauranga misalnya, seorang pelajar kejuruteraan awam

putus ibu jari kiri serta menderita akibat kerosakan saraf akibat terkena mesin

pemotong kayu . Bukan itu sahaja, terdapat juga kes kemalangan bengkel di dalam

negara, pada tahun 2010 dimana seorang pelajar melecur tangan akibat terkena besi

8

panas semasa melakukan kerja kimpalan. Kejadian tersebut berlaku di Politeknik

Ungku Omar.

Ini jelas menunjukan bahawa kesedaran terhadap amalan keselamatan semasa

di dalam bengkel masih rendah di kalangan para pelajar politeknik. Walaupun

pelbagai usaha telah dibuat, namun masih lagi berlaku kemalangan di dalam bengkel

sewaktu sedang berlangsungnya aktiviti pembelajaran amali.

1.3 Penyataan Masalah

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian.

Dalam melahirkan pekerja yang mempunyai amalan kerja yang sihat serta selamat,

pendidikan yang sewajarnya perlu diberikan kepada pelajar supaya ilmu yang

dipelajari akan dapat diserap dan menjadi amalan mereka pada setiap masa dan pada

masa akan datang. Peristiwa kemalangan bengkel yang berlaku di pusat pengajian

tinggi dan politeknik menunjukkan kesedaran pelajar- pelajar terhadap kepentingan

keselamatan di dalam bengkel masih lagi lemah walaupun kita sudah berada di alaf

baru. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kesediaan pelajar

kursus kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal terhadap keselamatan di dalam

bengkel Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran

menggunakan alatan tangan.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar

kejuruteraan Elektrik, Awam dan Mekanikal terhadap keselamatan bengkel dari

aspek sikap, persekitaran dan kemahiran menggunakan alatan tangan dan mesin.

9

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian yang dijalankan adalah :

(i) Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik

Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran

penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel.

(ii) Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara

kesediaan pelajar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran

penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel

mengikut jabatan.

(iii) Mengenalpasti kepatuhan pengamalan peraturan keselamatan semasa

menjalani amali bengkel.

1.6 Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik telah mengariskan tiga persoalan kajian

iaitu:

i. Sejauhmanakah tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik

Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan

alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel?

ii. Apakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari

aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

iii. Adakah peraturan keselamatan diamalkan semasa menjalani amali

bengkel?

10

1.7 Hipotesis

1.7.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pelajar dari aspek

sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap

keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

(i) Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan

pelajar dari aspek sikap terhadap keselamatan di dalam

bengkel mengikut jabatan.

(ii) Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan

pelajar dari aspek persekitaran terhadap keselamatan di dalam

bengkel mengikut jabatan.

(iii) Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan

pelajar dari aspek kemahiran penggunaan alatan tangan

terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan.

1.8 Kerangka Teori

Rajah 1.1 : Kerangka Teori

Pelajar

Kesediaan

Pelajar

Kesan dan

Sumbangan Persekitaran

Kemahiran

penggunaan alatan

tangan

Sikap

Peraturan Keselamatan

Bengkel

Input Proses

Output

11

Rajah 1.1 menunjukkan kesediaan pelajar terhadap keselamatan di dalam bengkel.

Para pelajar harus sedar bahawa peraturan keselamatan amat penting untuk difahami

dan diketahui. Budaya kerja yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja

amali di bengkel akan membawa kesan baik kepada diri sendiri, orang di sekeliling

serta harta benda. Hasil daripada kesediaan pelajar dalam mengamalkan peraturan

keselamatan bengkel, ia menghasilkan kesan dan sumbangan kepada pelajar sendiri.

Kesan ini mewujudkan sikap pelajar yang mementingkan amalan keselamatan,

menjaga dan mewujudkan persekitaran bengkel yang selamat, serta mempraktikkan

kemahiran menggunakan alatan tangan.

Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan

suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Kekemasan

dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga

dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Dengan kemahiran yang diterapkan

akan dapat membantu pelajar memperoleh hasil kerja yang baik dan dapat mengelak

daripada berlakunya kecederaan. Dengan ini, tahap keselamatan dapat ditingkatkan

serta dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku di dalam bengkel.

1.9 Kepentingan Kajian

Dalam merealisasikan proses pembangunan modal insan yang merangkumi

keterampilan dalam pelbagai aspek, amatlah diharapkan dapatan kajian ini akan

dapat memberi impak yang besar terhadap perkembangan Pendidikan Teknik dan

Vokasional di Malaysia dan seterusnya menyediakan latihan dan peluang kepada

pelajar-pelajar untuk peringkat separa profesional dalam bidang teknikal melalui

insitusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan seperti sekolah vokasional,

politeknik, institusi latihan, universiti dan sebagainya. Bidang pengajian yang

mantap perlu mengambil kira perkembangan dan keperluan semasa bagi memastikan

kualiti pengajian yang tinggi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Keselamatan merupakan suatu perkara asas yang bukan hanya perlu diterapkan

ketika melakukan kerja-kerja amali di bengkel ketika belajar tetapi juga penting

untuk diamalkan serta dipraktikkan semasa di alam pekerjaan.

12

(i) Meningkatkan budaya kerja yang lebih baik, serta menerapkan kesedaran

tentang betapa pentingnya amalan keselamatan semasa melakukan kerja

amali di dalam bengkel.

(ii) Memberikan sumbangan kepada tenaga pengajar yang terlibat sebagai garis

panduan dalam mempertingkatkan lagi peraturan-peraturan dan amalan

keselamatan sedia ada dan seterusnya membimbing pelajar mengamalkan

budaya kerja yang selamat.

1.10 Skop Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan awam,

elektrik dan mekanikal dari aspek :

(i) Sikap pelajar

(ii) Persekitaran

(iii) Kemahiran penggunaan alatan tangan

(iv) Peraturan Keselamatan Bengkel

1.11 Batasan Kajian

Kajian akan dibuat ke atas pelajar kejuruteraan daripada Jabatan Awam, Elektrik dan

Mekanikal di Politeknik Ungku Omar, Perak yang menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran di bengkel amali. Kajian akan difokuskan kepada pelajar diploma

kejuruteraan semester 6 .

1.12 Definisi & istilah

(i) Keselamatan

13

(ii) Sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau

kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya

daripada semua pihak (Loganathan, 2008).

(iii) Sikap

Sikap merupakan perasaan suka atau tidak suka kepada objek, manusia, idea atau

persekitaran (Loganathan, 2008).

(iv) Persekitaran

Menurut Khalid (2002), adalah perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan

suasana, keadaan di sekeliling ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran merujuk

kepada keadaan ruang kerja amali di dalam bengkel sama ada pengudaraan,

pencahayaan dan kebersihan berada dalam keadaan baik dan selesa untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran.

(v) Kemahiran

Kemahiran bermaksud kebolehan mental, sosial atau fizikal yang diperolehi daripada

hasil amalan dan latihan yang berulang dan berterusan (Azad, 2003). Menerusi kajian

ini, kemahiran boleh di takrifkan sebagai suatu kebolehan untuk melakukan suatu

garak kerja tertentu yang dipraktikakan oleh para pelajar di dalam bengkel amali.

(vi) Kemalangan

Sebagai sesuatu peristiwa yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan

kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan

kecederaan fizikal, penyakit kepada individu, kerosakkan harta benda, kehilangan,

pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi kesan-kesan tersebut.

(vi) Bengkel

Menurut kamus dewan (2004), bengkel bermaksud tempat membuat atau membaiki

sesuautu misalnya mesin. Bengkel adalah tempat khusus untuk menjalankan kerja-

14

kerja amali yang dilengkapi kemudahan peralatan-peralatan bagi menjalankan kerja-

kerja amali di dalam bengkel.

(vii) Makmal

Merupakan tempat untuk mengadakan percubaan atau pemyelidikan sesuatu yang

berhubung dengan ilmu sains (Hamdan, 1994). Makmal yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah makmal-makmal kejuruteraan.

(viii) Pelajar

Pelajar ditarifkan sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di

maktab, dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).

(ix) Politeknik

Politeknik adalah sebuah institusi pengajian awam yang dibangunkan oleh KPTM di

seluruh negara bagi melahirkan tenaga separa profesional dalam pelbagai bidang

teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan tenaga kerja di Malaysia.

Politeknik menawarkan pelbagai kusus di peringkat sijil dan diploma untuk memberi

pengiktirafan dan kelayakan bekerja kepada pelajarnya

1.13 Rumusan

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam

melakukan kerja-kerja amali ketika berada di dalam bengkel. Ianya hendaklah dititik

beratkan bukan sahaja ketika melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila

masa sahaja ketika pelajar berada di dalam bengkel. Keselamatan bermaksud

keadaan terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan,

pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan

atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung

daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan

ekonomi.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur didefinisikan sebagai membuat rujukan secara kritikal dan sistematik

ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, dan data. Kajian-

kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan satu persatu mengikut faktor

yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan

serta teori-teori daripada tokoh-tokoh yang menguasai bidang-bidang yang

berkenaan. Perkara-perkara yang dibincang secara jelas adalah seperti berikut :

(i) Politeknik

(ii) Kajian Lepas

(iii) Keselamatan

(iv) Kemalangan

16

2.1.1 Politeknik

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik

pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development

Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa

Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian

Kebangsaan pertama (1985–1995). Bagi mengukuhkan peranan Politeknik dalam

bidang pendidikan dan latihan, Jemaah Menteri pada 20 November 2009 telah

menimbang Memorandum dari Menteri Pengajian Tinggi No. 871/2670/2009 dan

bersetuju dengan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang melibatkan empat teras

berikut:

(i) Memperkasa Politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan

universiti awam yang lain.

(ii) Membangunkan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan

yang bertunjangkan kekuatan di setiap Politeknik.

(iii) Memperkasa warga Politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi.

(iv) Membina imej bereputasi tinggi dan budaya kerja cemerlang.

Sejajar dengan hala tuju transformasi Politeknik ini, maka Politeknik memainkan

peranan yang penting untuk melahirkan individu yang berkemahiran bagi

membolehkan seorang pekerja yang produktif, rasional, dan cekap. Kewujudan

pendidikan teknik dan vokasional adalah salah satu faktor penyumbang bagi

menyediakan sumber tenaga bagi keperluan sektor industri. Mereka dilatih dengan

pelbagai bidang kemahiran dan pengetahuan. Pelajar-pelajar ini juga diajar

bagaimana untuk menggunakan peralatan tangan dan pengendalian mesin.

Memandangkan betapa pentingnya latihan kemahiran dalam PTV yang

dilaksanakan di dalam latihan kemahiran amnya dan amali bengkel khasnya, maka

aspek-aspek latihan ini haruslah di rancang dan diawasi dengan baik supaya

matlamatnya tercapai. Aspek keselamatan bengkel haruslah dititikberatkan untuk

17

mewujudkan persekitaran amali yang baik dan mengelakkan daripada berlakunya

perkara-perkara yang tidak diingini semasa uji kaji dijalankan (Hamdan, 1994).

Penglibatan pelajar terhadap penggunaan mesin semasa melakukan kerja

amali mendedahkan pelajar kepada risiko kemalangan diri sendiri mahupun orang

lain. Menurut Laney (1982) lazimnya sikap cuai, tak peduli atau tidak mengambil

berat perkara yang berkaitan dengan keselamatan serta berdiplin kerja yang lemah

merupakan punca kejadian kemalangan. Bersikap positif, kesedaran dan

keprihatinan terhadap amalan keselamatan dapat memastikan keselamatan terjamin.

Aspek keselamatan ini amat berkait rapat dengan kemalangan. Kepentingan

mengenai keselamatan melibatkan individu yang menjalankan kerja amali,

penggunaan peralatan dan persekitaran tempat kerja. Kefahaman dan kesedaran

tentang kepentingan perlu dipupuk dan dipraktikkan oleh semua pihak. Budaya kerja

yang selamat yang diamalkan ketika melakukan kerja amali di sekolah akan

membawa kesan baik apabila ia di bawa ke alam pekerjaan.

2.2 Kajian Lepas

Amalan keselamatan amat penting dalam alam pekerjaan. Tidak kira di mana saja

berada, aspek keselamatan tidak boleh di abaikan. Pendek kata, amalan keselamatan

amat dititikberatkan. Pihak berkuasa yang mengawasi sesuatu kerja dan mempunyai

kuasa untuk menghentikan kerja-kerja yang dilakukan sekiranya prosedur

keselamatan diabaikan.

Pelbagai langkah dan tindakan telah diambil oleh syarikat-syarikat berhubung

aspek-aspek keselamatan ini kerana masing-masing menyedari akan kepentingan

aspek keselamatan dalam industri. Jika dilihat di peringkat antarabangsa juga

dilaporkan bahawa terdapat banyak juga syarikat-syarikat yang menyertai program-

program anjuran Occupational Safety and Health Administration (OSHA) sebagai

tanda menyedari pentingnya mereka mengikuti program-program keselamatan

(Charles, 2007).

18

Di Malaysia misalnya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

adalah merupakan agensi Kerajaan yang telah diberi untuk mentadbir dan

menguatkuasakan perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan (KKP) di negara ini. Dalam hal ini, JKKP adalah komited untuk

memberikan perlindungan dalam hal yang berkaitan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan kepada semua orang yang bekerja dan persekitarannya. Tambahan pula

keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang bekerja adalah satu aspek yang

sentiasa diberi penekanan oleh pihak kerajaan bagi memastikan suasana tempat kerja

adalah kondusif dan hasil keluaran dapat dibuat secara produktif dan berkualiti

(Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja, 2011 ).

Jika diperhatikan, sebahagian besar pekerja di sektor perindustrian dan

pembinaan amat terdedah dengan bahaya di persekitaran tempat kerja mereka.

Pelbagai jenis bahaya yang mengancam pekerja. Antaranya bahaya yang

mengancam kesihatan, nyawa, harta benda dan sebagainya. Oleh kerana ini, dapat

dilihat bahawa aspek keselamatan amat penting dalam situasi pekerja.

Bermula daripada proses pendidikan, suasana kerja amali yang selamat amat

penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang berkualiti di sekolah-

sekolah mahupun institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT). Aspek keselamatan

bengkel pula haruslah dititiberatkan oleh pihak pengurusan bengkel untuk

memastikan segala aktiviti di bengkel dilakukan dengan selamat. Amalan

keselamatan ini perlu ditekankan oleh guru, pensyarah mahupun juruteknik kepada

pelajar-pelajar dalam memastikan amali yang dijalankan dengan selamat. Melalui

penegasan kepentingan amalan-amalan keselamatan ini, kadar kemalangan di

bengkel dapat dikurangkan, seterusnya menjadikan bengkel sebagai zon kemalangan

sifar.

2.2.1 Faktor Sikap

Pengetahuan tentang aspek sikap pelajar adalah amat perlu diambil perhatian oleh

para pelajar. Sikap boleh mempengaruhi setiap gerak kerja yang dilakukan oleh

pelajar. Sikap yang baik yang selari dengan peraturan akan dapat menjadikan

19

suasana kerja di bengkel selamat dan bebas daripada risiko kemalangan. Menurut

Mustapha (2000), punca yang menyebabkan kemalangan ialah kelalaian oleh pihak

pentadbir dan pengurus serta pelajar dan juga kegagalan peralatan yang digunakan.

Sikap lalai ini boleh mengakibatkan kemalangan berlaku. Oleh yang

demikian sikap yang sedemikian perlu dihapuskan dalam usaha mensifarkan

kemalangan di bengkel. Menurut John (2001), sifat-sifat yang tidak baik pada

manusia seperti kecuaian, degil, sambil lewa dan lain-lain lagi boleh menyebabkan

kesilapan dan kemalangan. Dengan mengetahui aspek mana yang perlu diberi lebih

perhatian, strategi untuk menghapuskan risiko kemalangan akan menjadi lebih

mudah.

Untuk mengurangkan kemalangan di dalam industri yang berpunca daripada

kesilapan manusia , majikan mesti memperingkatkan para pekerjanya bahawa

kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Untuk mencegahnya pihak majikan

mestilah membentuk satu budaya kerja yang lebih selamat dan praktikal untuk

pekerjanya. Disamping itu juga perlu mewujudkan kesedaran tentang pentingnya

langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.

Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap

acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan

juga rakan sekerja (Buhari, 2008). Kesedaran pelajar terhadap amalan keselamatan

hendaklah dipupuk dari awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada

jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu, hasil kerja dapat dipertingkatkan dan suasana

kerja berjalan dengan selamat. Pengabaian aspek keselamatan mungkin akan

mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Malahan,

imej institusi yang terlibat juga akan buruk serta memberi kesan terhadap kelancaran

operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga, kerugian terpaksa di tanggung akibat

kerosakan dan tanggungan kos perubatan.

Menurut Mustapha (2000), sebelum suatu kemalangan yang mungkin

melibatkan banyak nyawa terkorban berlaku, langkah-langkah untuk mengelakkan

perkara itu daripada berlaku perlu diambil. Sikap dan kesedaran terhadap

keselamatan bengkel ialah mestilah dipupuk kepada semua peringkat pengguna

bengkel. Keselamatan bengkel ialah tanggungjawab bersama antara pihak pengguna

dan perlu diberikan perhatian yang serius pada masa ini. Setiap individu yang

20

terlibat juga melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang mengamalkan budaya

kerja yang teratur, berdisiplin dan selamat.

Sikap pekerja di Malaysia kurang mengamalkan penggunaan peralatan

perlindungan ketika bekerja, kurang perhatian kepada aspek pakaian, kurang

memberi latihan, kesihatan kurang memuaskan, bersikap ego, dan kurang bertanya,

kurang memberi tumpuan semasa bekerja serta sikap memandai diri adalah menjadi

punca utama berlakunya kemalangan.

Jika kita lihat pada sistem berlakunya kemalangan industri, situasi tidak

selamat, iaitu kemalangan-kemalangan yang disebabkan oleh kerosakan fasiliti,

mesin-mesin dan cara bekerja merangkumi 80% daripada keseluruhan, dan di mana

ada kerja, di situ ada masalah kesilapan manusia. Apa yang dikenali sebagai

tindakan tidak selamat boleh mengakibatkan kemalangan kerana teknik yang tidak

cukup matang, tetapi kebanyakan kemalangan yang berpunca daripada kesilapan

manusia telah mencecah lebih kurang 90% daripada keseluruhannya.

2.2.2 Faktor Persekitaran di Dalam Bengkel

Persekitaran berperanan memberi keselesaan kepada pelajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran untuk melakukan kerja-kerja amali. Persekitaran kerja yang

selamat adalah satu situasi di mana seseorang pekerja atau pelajar berada di tempat

kerja tanpa menerima atau ditimpa sebarang risiko teruk dan situasi yang tidak

selamat ketika berada di kawasan yang berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan.

Kekemasan dan kebersihan di tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan

tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja (Buhari, 2008). Mereka

mencadangkan beberapa perkara supaya suasana dan persekitaran di bengkel adalah

selamat untuk pengguna. Perkara-perkara yang dititik beratkan ialah:

(i) Tidak membiarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau di sekeliling

mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada dilanggar,

disepak atau dipijak.

21

(ii) Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat

licin dan menyebabkan kita mudah tergelincir dan jatuh.

(iii) Tidak membiarkan serpihan logam bersepah di atas lantai dan di sekeliling

mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah

dibersihkan.

(iv) Bengkel mestilah mempunyai ruang dan mendapat bekalan cahaya yang

terang, mempunyai peredaran yang baik, mempunyai laluan untuk berjalan

dan hendaklah dilengkapkan dengan rak tempat menyimpan alatan dan

bahan, supaya alat-alat tangan dapat disusun dengan kemas dan teratur.

(v) Salah satu tanggungjawab guru bengkel adalah memastikan persekitaran

bengkel selamat digunakan oleh pelajar.

Menurut Mustapha (2000), sistem pencahayaan dan peredaran udara yang baik

diperlukan dalam sesebuah bengkel. Bengkel yang bising, gelap, tidak selesa dan

buruk tidak berupaya membekalkan persekitaran yang selamat untuk bekerja.

Menurut Mustapha (2000), ruangan yang disediakan untuk sesebuah bengkel

mestilah mengambil kira aspek pencahayaan, peredaran udara dan bunyi bising.

2.2.3 Faktor Kemahiran

Kelemahan dalam menguasai pengendalian dan penyenggaraan mesin akan

mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan

mesin. Ini adalah kerana amat penting pengetahuan dan kemahiran dalam menguasai

ilmu pengendalian mesin ini bagi melindungi keselamatan diri dan mengelakkan

kemalangan. Menurut Nasir (1987) dalam Kamarudin & Boon (2010), kemalangan

tidak dapat dielakkan, tetapi penyenggaraan yang rapi dapat mengurangkan tahap

kemungkinan berlakunya kemalangan di dalam sesebuah bengkel.

22

Menurut Buhari (2008), penggunaan semua jenis peralatan dilakukan dengan

cermat dan kecuaian atau penggunaan tanpa kebenaran bukan sahaja membahayakan

diri tetapi juga orang lain. Adalah membahayakan untuk mengendalikan sesuatu

peralatan jika kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakannya, serta memilih

peralatan atau mesin yang salah untuk operasi. Beliau juga menyatakan terdapat

empat faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan iaitu kecuaian, kurang

pengetahuan, penyalahgunaan alat atau mesin dan ketidakkemasan tempat kerja

seperti minyak, grid dan peralatan di atas lantai.

2.2.4 Faktor Kelengkapan Alatan tangan

Pada zaman perkembangan teknologi industri ini, pelbagai kelengkapan seperti

alatan dan mesin yang canggih digunakan di kilang-kilang dan di bengkel-bengkel.

Pengetahuan tentang fungsi dan cara mengendalikan sesuatu mesin dan peralatan

sangat penting bagi setiap pekerja. Menurut Khalid (2002), kesalahan

mengendalikan mesin dan pekerja yang kurang mahir adalah antara punca

kemalangan yang dikenalpasti. Pelajar menggunakan pelbagai peralatan mesin dan

bengkel yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi.

Langkah pertama untuk memastikan sama ada pelajar berupaya melakukan

kerja yang melibatkan penggunaan peralatan dengan selamat adalah memastikan

setiap peralatan dan mesin ditempatkan pada kedudukan tetap dan tersusun.

Ruangan khas perlu disediakan untuk setiap jenis peralatan dan mesin agar ia mudah

dicari, disimpan dan tidak mudah hilang. Menurut John (2001), peralatan perlu

dikembalikan ke tempat asalnya selepas setiap kali digunakan.

Kebolehan dan kemahiran pelajar mengendalikan mesin yang membahayakan

dapat mengatasi masalah yang berhubung dengan amalan peraturan keselamatan.

Keadaan fizikal bengkel, kekerapan mengendalikan mesin dan waktu latihan yang

singkat merupakan fenomena yang dihadapi oleh pelajar untuk memahirkan diri

tentang penggunaan mesin dan peralatan. Justeru itu, Bunawan (2007) menyarankan

supaya pelajar-pelajar diberikan latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi sebelum

mengendalikan mesin dan peralatan di bengkel. Menurut Mustapha (2000), pekerja

23

yang kurang latihan terhadap bidang tugasnya lebih cenderung melakukan kesilapan

dan lebih terdedah terhadap kemalangan. Beliau mencadangkan seharusnya pekerja

diberi latihan yang sistematik terhadap kemahiran dan pengetahuan yang dapat

membentuk sikap budaya yang cermat. Begitu juga dengan pelajar yang

menjalankan amali di bengkel sekolah.

Keperluan kelengkapan bengkel seperti alatan dan mesin haruslah diambil

kira. Ini adalah kerana ianya mestilah bersesuaian dengan kandungan program

pengajaran. Khalid (2002) menyatakan keperluan kemudahan dan peralatan

bergantung kepada kandungan program pengajaran. Beliau menambah lagi bahawa

kemudahan dan peralatan perlu dikendalikan dan dijaga supaya ianya tidak

mengganggu pengajaran. Alatan dan mesin perlu diselenggara, dibaik pulih,

disimpan dan tahu tentang cara penggunaannya untuk mengelak alatan dan mesin

tersebut mengalami kerosakan. Mustapha (2000) menyatakan peralatan tangan dan

mesin- mesin yang terdapat dalam bengkel atau makmal mempunyai jangka hayat

tertentu.

Laporan International Labour Office (1990) dalam Sharudin (2008),

menjelaskan banyak kemalangan yang melibatkan alat tangan dan peralatan berkuasa

elektrik berpunca dari kelemahan pekerja atau pelajar itu sendiri, cuai semasa

membuat kerja. Kegagalan menggunakan alatan yang betul serta tidak mengambil

berat tentang kesempurnaan alatan boleh menyebabkan berlakunya sesuatu yang

tidak diingini, terutamanya kecederaan terhadap individu itu sendiri. Justeru

itu,penyelenggaraan alatan dan kemudahan di dalam bengkel hendaklah sentiasa

dilakukan bagi menjamin keberkesanan kerja-kerja amali dijalankan. Sebelum kerja

amali dijalankan, penyediaan peralatan yang lengkap dan sempurna dapat

menghasilkan kerja yang baik.

Penyediaan kelengkapan sebelum melakukan kerja amali perlu dilakukan

agar kerja yang akan dilakukan kelak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kemalangan yang berlaku berpunca daripada keadaan alatan tangan yang tumpul,

mesin yang tidak selamat dan tempat kerja tidak dikemaskan setelah digunakan.

Sesungguhnya kelengkapan seperti peralatan dan bahan di dalam bengkel banyak

menyumbang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekiranya

penggunaan dan penyelenggaraan dilakukan dengan baik serta penyediaan alatan

yang cukup untuk satu sesi amali yang dijalankan.

24

2.3 Keselamatan

Aspek keselamatan adalah satu faktor yang patut diambil kira oleh pihak pengurusan

bengkel dalam meningkatkan keselamatan terhadap manusia. Menurut Amran

Khalid (2002), pengurusan bengkel yang baik adalah penting bagi mendapatkan kerja

yang dilakukan mempunyai tatacara prosedurnya yang tersendiri. Ini adalah

bertujuan untuk memudahkan tugas dan juga bagi mengelakkan kemalangan dari

berlaku (Buhari, 2008). Walau bagaimanapun, jika tugas yang dilakukan tidak

dijalankan dengan berhati-hati dan bertanggungjawab makan tidak hairanlah

kemalangan ditempat kerja mudah berlaku.

Biasanya pekerja akan didedahkan dengan amalan keselamatan dan juga

teori-teori yang berkaitan bagi membolehkan pelajar itu menjadikannya sebagai

panduan dalam melaksanakan tugas sama ada di makmal atau di bengkel. Di

samping itu juga keselamatan fizikal makmal juga adalah penting dalam

meningkatkan keselamatan. Menurut kamus Webster perkataan keselamatan

mempunyai berbagai makna. Antaranya:

(i) Keadaan selamat dan kebebasan daripada dedahan kepada bahaya, termasuk

kecerderaan atau risiko.

(ii) Kualiti keadaan yang tidak membawa risiko,

(iii) Pengetahuan atau kemahiran di dalam kaedah mengelakkan kemalangan atau

penyakit.

2.3.1 Konsep Keselamatan

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang selamat ataupun terhindar

daripada bahaya serta bencana. Peraturan keselamatan perlulah dimaklumkan

kepada pengguna bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Sebagaimana yang

dinyatakan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dalam Idrus

(2004),menyatakan pihak majikan bertanggungjawab menyediakan maklumat,

RUJUKAN

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi

Malaysia

Abdullah, N. Q. & Hassan, I. H (2009). Pengetahuan Dan Sikap Pelajar Pkpg Dan

Perdana Tahun Empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Dan Peraturan Keselamatan Di

Bengkel Fabrikasi Logam Dan Kimpalan, N30, Universiti Teknologi

Malaysia : Satu Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10941/1/Pengetahuan_Dan_Sikap_Pelajar_Pkpg_Dan_P

erdana_Tahun_Empat_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf

Abdun, Z. (2006). Amalan pengurusan penyelenggaraan bengkel dalam kalangan

guru-guru kemahiran hidup bersepadu di 12 buah sekolah menengah di negeri

perlis. Dicapai pada Julai 1, 2011:

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ZAINOLBP050214D200

8TTP.pdf

Ahmad, I. & Boon, Y (2008). Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-

Guru Pelatih 4SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran

Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah. Dicapai pada Ogos

12, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10796/1/AMALAN_KESELAMATAN_BENGKEL_DAL

AM_KALANGAN_GURU.pdf

Anuar, K. & Zulhilmi, S. (2010). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

Oleh Pelajar tingkatan 3 Di sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Oktober

24, 2011di

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511

D2008TTP.pdf

74

Alan, C. (1999). Evaluation Research: An Introduction to Principle, Methods and

Practise. London: Sage Publication Ltd. Hlm.50-60.

Azad. A. (2003). Pengendalian Makmal Dan Bengkel. Dicapai pada Januari 29,

2011di:

http://www.unimap.edu.my/images/Prosedur%20Pengendalian%20Makmal%

20Dan%20Bengkel.pdf

Azhar, K. (2008). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar-pelajar

tingkatan 3 aliran Kemahiran Hidup sekolah menengah kebangsaan taman

Conveinct. Dicapai pada November 24, 2011di:

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/KHAIRULAP040511

D2008TTP.pdf

Baharum, N. H. (2008). Tahap Kepatuhan dan Amalan keselamatan bengkel

kemahiran hidup di kalangan pelajar kemahiran hidup. Dicapai pada March

24, 2011 di:

http://images.hafizah87agro.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/TMpib

QooCpQAAAtesD01/jurnal%20fiza%20new%28pdf%29.pdf?key=hafizah87a

gro:journal:60&nmid=379185854

Bahran, Z. (2005). Pengurusan makmal Kemahiran Hidup Melalui pendekatan

Kolaboratif : Satu Tinjauan Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Daerah

Johor Bahru. Dicapai pada November 24, 2011di :

http://www.docstoc.com/docs/28604336/PENGURUSAN-MAKMAL-

KEMAHIRAN-HIDUP-MELALUI-PENDEKATAN-KOLABORATIF-SATU

Bakar, R. (1994). Peraturan keselamatan Bengkel. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Basri, J. (2010). Laporan Tahunan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Kementerian Sumber Manusia. Dicapai pada Febuari 24, 2011di :

http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_content&view=articl

e&id=331&Itemid=176&lang=en

75

Bakar, A.R. (2007). Jawatankuasa Basmi Kemalangan Pekerja Dibentuk. Dicapai

pada Febuari 12, 2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_m

alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

Buhari. N (2008). Tahap Kesediaan Pelajar-Pelajar Kursus Binaan Bangunan

Terhadap Keselamatan Di Dalam Bengkel. Di capai pada Mac 3, 2011 dari :

http://eprints.utm.my/10905/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar.pdf

Bunawan, A. (2007). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Perlaksanaan Pengurusan

Bengkel Oleh Guru-guru Kemahiran Hidup di Sekolah-sekolah Daerah Batu

Pahat, Johor. Dicapai pada Mac 18, 2011, dari ms 14 di

http://www.bing.com/search?q=Tinjauan+Terhadap+Keberkesanan+Perlaksa

naan+Pengurusan+BengkelOleh+Guru guru+Kemahiran+Hidup+di+Sekolah-

sekolah+Daerah+Batu+Pahat%2C+Johor&src=IESearchBox&FORM=IE8SC

Charles,Y. J. (2007). Construction Safety and Health Factor at the industry Level.

Dicapai pada April 05, 2011 di

http://web.usm.my/jcdc/input/JCDC%20Vol%2012(2)/5_Charles%20(p.81-

99).pdf

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Vol 2.

Kuala Lumpur: McGraw Hill

Hammidi A.H.(1985). “Industrial And Occupational Safety Health And Hygience .”

Delhi: Sushi Kumar

Hamdan, H. (1994). Keselamatan Makmal. Edisi dua. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Hashim, S. & Yusuf, M. Z.(2007). Tahap Penguasaan Pertolongan Cemas Di

Kalangan Pelajar-Pelajar Pendidikan Kemahiran Hidup (S.P.A.C.E) Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di:

http://eprints.utm.my/11212/1/Tahap_Penguasaan_Pertolongan_Cemas_Di_K

alangan_Pelajar.pdf

76

Hashim, A. F. (2006). Amalan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup Oleh Pelajar

Tingkatan 3 Di Sekolah Menengah Harian. Dicapai pada Julai 8, 2011

http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESEL

AMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_PE

LAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf

Idrus, D. et al., (2004). Kajian Kesedaran Staf UTM Terhadap Keselamatan Dan

kesihatan Di Tempat Kerja. Dicapai pada November 10, 2011 di:

http://eprints.utm.my/3781/1/PM_DURRISHAHIDRUS71960.pdf

Isa, M. I. (2002). Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2009). Kemalangan pekerjaan

mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada November 2,

2011, dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:

http://www.dosh.gov.my/doshv2/phocadownload/stats/Malay/vm_maut_

ect_2009.pdf

Jabatan pengurusan keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan UPM (2009). Manual

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia. Dicapai

pada September 5, 2011di:

http://econ3.upm.edu.my/osh/muat_turun/draf_manual_OSH_2009.pdf

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. (2011). Kemalangan pekerjaan

mengikut sektor bagi kategori kemalangan maut. Dicapai pada Mac 12, 2011,

dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja:

http://www.dosh.gov.my/doshV2/index.php?option=com_phocadownload

&view=category&id=81&Itemid=141&lang=ms

Jabatan Pengajian Politeknik (2011). Fakta ringkas Mac 2011. Dicapai pada April

03, 2011, dari Jabatan Pengajian Politeknik:

http://politeknik.gov.my/webjpp2/files/quick%20fact%20mac%202011.pdf

John, T. (2001). Occupational Safety and Health Management. Second Edition.

United Kingdom. Mcgraw Hill.

77

Johari, K. (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan: Konsep dan Prosedur. Petaling

Jaya: Prentice Hall

Kamaruddin, M. I & Mustafa, K. S. A. (2010). Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap

Peraturan Dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. Dicapai pada April 12,

2011 di:

http://eprints.utm.my/1079/tahap_kesedaran_pelajar_terhadap_peraturan.pdf

Kamus Dewan (1991). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim, M. R. (2005). Hubungkait Kemalangan Industri Dengan Kurikulum

Kejuruteraan : Satu Kajian. Dicapai pada JULAI 23, 2011 di:

http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view

&gid=1118&Itemid=113

Kamarudin, S & Boon, Y. (2010). Tahap Penguasaan Amalan Keselamatan

Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah

Menengah Kebangsaan Dato Yunus Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian, Johor

Darul Takzim. Dicapai pada November 10, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10750/1/TAHAP_PENGUASAAN_AMALAN_KESE

LAMATAN_BENGKEL_KEMAHIRAN_HIDUP_DALAM_KALANGAN_

PELAJAR_TINGKATAN_EMPAT_DI_SEKOLAH.pdf

Kementerian Sumber Manusia. (2010).Wajibkan aspek keselamatan di tempat

kerja.Dicapai pada Febuari 15, 2011 dari Kementerian Sumber Malaysia:

http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=

1603&Itemid=558

Khalid. M. (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional

yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis

Sarjana Muda.

Khalida, T. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan kesihatan pekerja.

Dicapai pada Mac 14,2011, dari

78

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utu

san_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Konting, M. (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Laney, D.H. (1982). Construction Safety Manual. New York.: National Highway

Traffic Safety Administration

Loganathan, E. (2008): Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar di

sebuah IKM. Dicapai pada Mac 2, 2011,dari ms. 14 di

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/EZRALOGAN

ATHANAP040087L2008TTP.pdf

Minghat, A. D & Pandin, I (2008). Amalan Keselamatan Di Bengkel Membuat

Perabot Dalam Mata Pelajaran Vokasional ( Mpv ) Di Negeri Johor: Satu

Tinjauan. Dicapai pada September 3, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10824/1/Amalan_Keselamatan_Di_Bengkel_Membuat_

Perabot_Dalam_Mata_Pelajaran_Vokasional.pdf

Mustapha, H. (2000). Amalan Peraturan Keselamatan Bengkel di Kalangan Pelajar

4 STP (Kejuruteraan Awam / Jentera / Elektrik / Kemahiran Hidup) di

Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai : SatuTinjauan. Universiti Teknologi

Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

Najib, M. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Pertama. Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia

Najib, M. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Universiti

Teknologi Malaysia.

.

Paran, R (2010). Curtin Sarawak utamakan OSH. Dicapai pada Mac 12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0209&pub=utusa

n_malaysia&sec=Kampus&pg=ka_04.htm&arc=hive

79

Rahman, M. A & Wahab, M. Z. (2008). Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan

Bengkel Dikalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di

Negeri Terengganu. Dicapai pada Ogos 12, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10999/1/Pengetahuan_Dan_Pengamalan_Keselamatan_B

engkel_Dikalangan_Pelajar_Di_Sebuah_Institut_Kemahiran_Belia_Negara_Di

_Negeri_Terengganu.pdf

Rahman, K. (2002). Tinjauan Amalan Keselamatan Dalam Makmal Dan Bengkel

Elektrik Di Politeknik Dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Dicapai

pada November 1, 2011:

http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/0204/fptek/khairunnisa.pdf

Rahman, A (2011). Kurangkan risiko kemalangan . Dicapai pada Mac 12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0206&pub=utusan_m

alaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm&arc=hive

Rosli, A. (2010). Jawatankuasa basmi kemalangan pekerja dibentuk. Dicapai pada

Mac 14,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=utusan_

malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm&arc=hive

Ramli, S. (2011). Kakitangan TNB terkena renjatan elektrik. Dicapai pada Mac

12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=utusan_

malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive

Lindbeck, R. J. (1986). “Fundamental of Construction Safety”. Hocthinson of

London. London.

Samsuddin, H. (2008). Tahap Perlaksanaan Pengurusan Bengkel Mata Pelajaran

Vokasional Di Sekolah Menengah Akademik Harian Di daerah Kuala

Selangor.Di capai pada Mac 13, 2011 di:

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HASSANBP050045

D2008TTP.pdf

80

Sarip, R. (2002). Amalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar kursus amalan

bengkel mesin di Sekolah Menengah Teknik Kemaman, Terengganu : satu

tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda

Shaari, A. R. (1993). “Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan di Bengkel

Pemasangan Elektrik di Sekolah Menengah Vokasional Ipoh, Kuala Kangsar

Taiping, Perak”. Dicapai pada September 28, 2011 di:

http://eprints.utm.my/5893/2/Abdrahman.KH.pdf

Shafii, H. (2007). Kajian Pengurusan Keselamatan Pekerjaan Di Tapak Bina.

Dicapai pada November 24, 2011 di:

http://www.mohr.gov.my/ismk/pdf/kajian_pengurusan_2vol2.pdf

Sharudin, S. A. (2008). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran Dan

Pelajaran Di Dalam Bengkel Vokasional Di Dua Buah Sekolah Menengah

Teknik Di Negeri Sembilan. Dicapai pada Ogos 1, 2011 di:

http://eprints.utm.my/5899/1/PSM_JILID-TQAH.pdf

Siahaan, H (2009). Pengurusan Risiko: Perusahaan dan Birokrasi : PT ELEX media

Komputindo

Suruhanjaya Tenaga (2009). Laporan tahunan 2009. Dicapai pada March 4, 2011di

http://spn.selangor.gov.my/v5/images/v4/laporan_20091.pdf

Tahir, L. (2007). Pengurusan Bengkel Manipulatif: Persepsi Pelajar Terhadap

Kaedah Pengurusan Bengkel Kemahiran Manipulatif Di Salah Sebuah Smk

Luar Bandar. Dicapai pada JULAI 3, 2011 di:

http://eprints.utm.my/10916/1/Pengurusan_Bengkel_Manipulatif_Persepsi_Pel

ajar_Terhadap_Kaedah_Pengurusan_Bengkel_Kemahiran_Manipulatif_Di_S

alah_Sebuah_Smk_Luar_Bandar.pdf

Talibin, M. N (2003). Kesediaan Guru Pelatih Kuittho Memantau Keselamatan

Pelajar Dalam Proses Pengajaran Di Bengkel Kejuruteraan Pembuatan

Politeknik Malaysia. Dicapai pada Nov 28, 2011 di:

81

http://eprints.uthm.edu.my/1134/1/24_Pages_from_KESEDIAAN_GURU_PE

LATIH_KUiTTHO_MEMANTAU_KESELAMATAN_PELAJAR_DALAM_

PROSES_PENGAJARAN_.pdf

Thye, L. (2009). Malaysia ketinggalan aspek keselamatan, kesihatan pekerja.

Dicapai pada Mac 12,2011, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0624&pub=Utusan_

Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Toylor, G. (2002). Enhancing Occupational Safety and Health. Second Edition.

Burlinton. British Library Catalog in Punlication on Data

Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia

Kesepuluh 2011-2015. Dicapai pada Febuari 24, 2011di :

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf

Wiersma, W. (1995). Research Method in Education. Boston: Allyn & Bacon.

William, M. K. (2002). Likert Or Summative Scalling. Dicapai pada Febuari 24,

2011di

http://www.indiana.edu/~educy520/sec5982/week_3/scaling_trochim.pdf

Yahaya, A. & Pang, C. S. (2008). Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Menengah Daerah Segamat.

Dicapai pada September 1, 2011 di:

http://eprints.utm.my/5894/1/Aziziyah.KH.pdf

Yahaya, A. et. al (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yusoff, W. A. (2008).Tahap Kepatuhan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup

Bersepadu Dikalanngan Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kota

Bharu. Dicapai pada November 24, 2011di :

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/WANSITIAZIZAHB

P050208D2008TTP.pdf