TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · komersial di Malaysia iaitu sekitar tahun 1990,...
-
Upload
truongthuan -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI … · komersial di Malaysia iaitu sekitar tahun 1990,...
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN SATU, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA.
ISMAIL ALI BIN ABDUL AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN SATU, JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA.
ISMAIL ALI BIN ABDUL AZIZ
Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Oktober 2004
III
Untuk Ayahanda dan Bonda tercinta......
Tn Hj Abdul Aziz Bin Hj Che Ismail,
Pn Hjh Halijah Binti Hj Abdul Rahim
Serta insan teristimewa,
Norshafrinawati Binti Hariri
IV
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah, rahmat dan
keizinannya maka dapat saya menyiapkan laporan kajian ini.
Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada En. Johari Bin Hassan, selaku penyelia yang telah banyak
mengorbankan masa untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan galakan
kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.
Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada para pelajar tahun satu
Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM kerana
sumbangan, kerjasama dan sudi terlibat secara langsung dalam kajian ini.
Kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya Rosmadinor Bin Mohamad
saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan dan sumbangan yang diberikan
sepanjang saya menyiapkan kajian ini.
Seterusnya kepada ahli keluarga terutamanya Ayahanda dan Bonda, Tn Hj
Abdul Aziz Bin Hj Che Ismail dan Pn Hjh Halijah Binti Hj Abdul Rahim, adik-adik
yang disayangi, Mohd Wafi Ali, Mohd Taufiq Ali, Abdul Hakim Ali, Siti Amirah
dan Siti Syahirah yang banyak memberi galakan dan sokongan.
Akhir sekali jutaan ucapan terima kasih saya kepada semua yang terlibat
dalam kajian ini tidak kira mereka terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Sekian, wassalam.
V
ABSTRAK
Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), sentiasa mengikut perkembangan
arus Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) negara. Dengan adanya projek Kampus Siber yang telah dilancarkan pada Jun 1997, telah membuktikan pihak UTM juga serius dalam mengharungi zaman serba canggih ini. Penyelidik telah menjalankan satu kajian mengenai tahap kemahiran penggunaan komputer di kalangan pelajar Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan perisian komputer, mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan perkakasan komputer, perisian yang sering digunakan, sikap pelajar terhadap penggunaan komputer serta kekangan yang dihadapi dalam penggunaan komputer untuk tujuan pembelajaran. Populasi kajian ini adalah para pelajar tahun satu Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Daripada keseluruhan populasi, seramai 102 orang atau 73 peratus diambil sebagai sampel bagi kajian ini. Pemilihan sampel adalah secara rawak mudah. Data diperoleh menggunakan kaedah ‘Drop and Collect’. Perisian SPSS (versi 11.0) digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Hasil kajian ini menunjukkan tahap kemahiran penggunaan perisian komputer oleh para pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Bagaimanapun bagi tahap kemahiran penggunaan perkakasan komputer, masih lagi berada pada tahap yang rendah. Perisian-perisian asas atau perisian yang sedia ada di dalam sesebuah komputer merupakan perisian yang sering digunakan. Para pelajar didapati mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan komputer untuk tujuan pembelajaran. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar adalah kekurangan komputer dan masalah kerosakan komputer di makmal komputer fakulti.
VI
ABSTRACT
In this tremendous development of Information and Communication Technology ( ICT ) in our country, University Technology Malaysia ( UTM ) has always contributes into the growth. The ‘Cyber Campus’ project launched on June 1997, has proven that UTM views this new upcoming era of technology seriously. This research was conducted to determine the level of computer usage skills among the first year student of Department of Technical and Vocational Education ( PTV ), Faculty of Education in University Technology Malaysia. The objectives of this research were to determine the computer software usage skills, to determine the computer hardware usage skills, common software used, students attitude towards computer usage and obstacles faced in using computer for education. The population for this research were the first year student of Department of Technical and Vocational Education ( PTV ), Faculty of Education in University Technology Malaysia. However, only 73 percent or 102 were selected to be the research’s sample. The samples were chosen randomly and data was collected using ‘Drop and Collect’ method. ‘Statistical Packages For Social Science’ ( SPSS ) software has been used for data analysis and presented in the form of frequencies and percentages. The findings of the research showed that the level of computer software usage skills was in the average level. However, the students were still in the low level in computer hardware using skills. As for the software usage it was still bounded to the basic software installed in the computer. Nevertheless the students showed positive attitude towards computer usage for education purposes. The major problems faced were the lack of computers and computers faulty at faculty’s computer laboratories.
VII
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul
Pengakuan
Dedikasi
Penghargaan
Abstrak
Abstract
Isi Kandungan
I
II
III
IV
V
VI
VII
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Masalah
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.4 Persoalan Kajian
1
3
5
7
7
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Perubahan yang pantas dan di luar jangkaan dalam pelbagai bidang seperti
ekonomi, sosio, politik dan teknologi menjanjikan masa depan yang tidak menentu
dan penuh cabaran. Perkembangan ini menuntut kebijaksanaan seluruh barisan dan
angkatan pendidikan melakukan muhasabah terhadap pegangan dan amalan
pendidikan selama ini dan menyediakan generasi hari muka. Kritikan tajam sering
dilontarkan terhadap pelaksanaan pendidikan yang ada lantaran harapan yang begitu
tinggi terhadapnya. Itulah antara pesanan utama yang ingin disampaikan oleh Y.Bhg
Tan Sri Datuk Dr.Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia pada tahun 1994 dalam ‘Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian’ ( Mohd
Zahid, 1994 ).
Ketika menjawat jawatan menteri pendidikan dalam tahun 1996, Datuk Sri
Najib bin Tun Razak ada menyatakan, sekolah-sekolah di masa akan datang akan
dilengkapi dengan program pusat sumber elektronik yang di hubungkan dengan
internet bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. ( Mingguan
Malaysia, 28 Januari 1996 ). Kata-kata Datuk Sri Najib berjaya dibuktikan dengan
wujudnya satu konsep baru bagi bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Sekolah
2
bestari yang diwujudkan masih lagi berada dalam peringkat pertengahan dan sedang
mengalami proses pembaikan. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan komputer
dan perisian aplikasi sekolah bestari yang merangkumi bahan pengajaran dan
perisian pengurusan sekolah.
Kewujudan sekolah bestari sebenarnya adalah merupakan salah satu cabang
di dalam projek mega negara iaitu Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super
Corridor atau MSC ). Menurut Abu Bakar dan Siti Fatimah (1999), MSC berfungsi
sebagai tapak pemupukan penyelidikan dan pembangunan perisian-perisian baru
untuk salah satu daripada komponen asas industri teknologi maklumat. Perisian-
perisian yang berteraskan multimedia, iaitu persembahan data yang mengandingkan
teks, suara dan gambar dijangka menjadi komponen asas pelbagai bidang seperti
pendidikan, kesihatan, perniagaan pengilangan pengurusan kesenian dan banyak lagi.
Selaku seorang mahasiswa universiti, adalah wajar untuk para pelajar
menyiapkan diri mereka dalam menghadapi zaman yang serba canggih dan pantas
ini. Menurut Datuk Dr. Ahmad Zaharudin di dalam ucapan beliau ketika perasmian
Kampu Siber dalam tahun 1997, adalah perlu untuk mewujudkan satu program
menyeluruh yang bukan sahaja akan menyediakan infrastruktur dan penggunaan
Teknologi Maklumat ( IT ) terkini dalam proses pembelajaran tetapi perlu meliputi
pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di asrama dan pekerjaan di
universiti. Dengan adanya program sedemikian sewajarnya dijadikan batu loncatan
oleh para pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan diri agar seiring
dengan pembangunan dan kemajuan negara.
Para pelajar perlu sedar bahawa perkembangan pendidikan bergantung pada
teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer dan internet. Antara
penggunaannya ialah mendapatkan fakta-fakta bahan kursus, membuat perbincangan
dengan pensyarah, menyertai forum, membentangkan kertas kerja dan menyebarkan
maklumat. Komputer adalah merupakan satu teknologi terkini dan ia sering
digunakan dalam pelbagai situasi pendidikan. Perkembangan perkakasan komputer
telah memberi peluang membentuk satu pengajaran yang dapat mengintegrasikan
teks, bunyi, grafik, animasi, dan video bagi merangsang pembelajaran. ( Iskandar
Abdul Rashid & Zaitun Ismail, 2001)
3
1.1 Latar belakang masalah
Dunia kini sebenarnya sedang mengalami revolusi ketiga iaitu Revolusi
Maklumat. Berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
bin Mohamad pada Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat,
beliau menyatakan revolusi ini sedang mempercepatkan lagi proses globalisasi,
mencorakkan semula ekonomi kita dan mempengaruhi cara hidup kita dan cara kita
bekerja ( Ismail Zaim, 2002 ). Ini menunjukkan bahawa perlunya sesebuah negara
mencari alternatif atau kaedah terbaik agar tidak ketinggalan dari negara-negara
serantau.
Semenjak Internet pertama kali terbuka penggunaannya untuk kegunaan
komersial di Malaysia iaitu sekitar tahun 1990, penggunaan komputer menjadi
semakin hangat dan seolah-olah menjadi keperluan asas bagi sesebuah isi rumah.
Menurut Harun Arrasyid (2001), kemunculan teknologi maklumat berserta dengan
internet ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia. Penggunaannya kini
tidak dapat dielak oleh mana-mana organisasi sekalipun. Komputer sebenarnya tidak
hanya tertumpu pada tujuan pengkeranian sahaja, malah ianya kini telah menjadi satu
alatan penting dalam mengurus kehidupan seharian. Ditambah pula dengan
wujudnya kemudahan internet, peranan komputer menjadi semakin hebat.
Penggunaan komputer dan internet amat meluas tidak kira sama ada untuk tujuan
berkongsi maklumat, menyampaikan berita, berhubung menggunakan mel-
elektronik, perniagaan seperti e-dagang, sidang video dan sebagainya. Bidang
pendidikan juga termasuk dalam salah satu kegunaan komputer dan internet.
Komputer dan internet menjadi agenda hangat apabila segala kemudahan
yang dimiliki oleh komputer dan internet dapat di kesan. Komputer merupakan
sebuah alat yang boleh memindahkan, memproses dan memanipulasi maklumat
secara serentak tetapi tidak dapat memahami data dan mengikut segala arahan.
Ledakan maklumat yang terdapat pada internet pula menjadikan internet sebagai
gedung ilmu tanpa sempadan.
4
Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan 1500 buah
rangkaian komputer dan internet kepada setiap pensyarahnya. Rangkaian komputer
dan internet yang disediakan berkeupayaan menghubungkan semua bilik pensyarah,
bilik kuliah, dewan kuliah, makmal komputer dan pejabat fakulti. Teknologi yang
menghubungkan rangkaian antara bangunan menggunakan teknologi ‘switched
ethernet berkelajuan 10 Mbps. Pihak UTM juga telah menyediakan 1000 buah
rangkaian komputer dan internet untuk kegunaan pelajar. Seramai 7200 orang pelajar
kampus skudai yang sering menggunakan jaringan komputer dan internet. Justeru itu
setiap kolej dimuatkan dengan 350 buah komputer manakala sebanyak 105 komputer
dan jaringan bagi kolej luar. ( Sabri Ahmad, 2001 ).
Bagi para pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, terdapat
pelbagai mata pelajaran yang mempunyai hubung kait secara langsung dengan
penggunaan komputer. Antaranya termasuklah Literasi Komputer, Teknologi
Maklumat dalam Pendidikan, Multimedia dalam Pendidikan, Teknologi Pendidikan,
dan Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Semua mata pelajaran ini bakal
melatih dan membimbing pelajar ke arah penggunaan komputer selain menuntut
seseorang pelajar untuk memiliki kemahiran dalam penggunaannya.
Berdasarkan pemerhatian, hampir kesemua bilik kuliah memiliki Over Head
Projektor ( OHP ) yang digunakan pensyarah untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Malahan di Fakulti Pendidikan, terdapat banyak bilik kuliah yang
mempunyai kemudahan ‘LCD’ projektor. Terdapat juga sebuah bilik kuliah yang
dinamakan ‘Smart Classroom’ di fakulti ini yang menyediakan kemudahan LCD
projektor dan ruang bilik kuliah yang amat selesa untuk kegunaan para pensyarah
dan pelajar. Fakulti ini juga memiliki dua buah makmal komputer yang dijadikan
sebagai tempat utama bagi para pelajar untuk mempelajari subjek komputer seperti
Literasi Komputer dan Lukisan Kejuruteraan Berbantukan Komputer ( AutoCAD ).
Manakala bagi kemudahan para pelajar untuk menaip tugasan atau melayari internet,
terdapat sebuah makmal multimedia yang menyediakan perkhidmatan tersebut
kepada para pelajar.
Pada bulan Jun 1997, pihak UTM telah melancarkan satu projek iaitu
‘Kampus Siber’ yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan waktu itu iaitu Dato’
5
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Buku Cenderamata Majlis Perasmian dan
Pelancaran Kampus Siber. 1997). Berdasarkan matlamat projek tersebut, UTM bakal
menjadi sebuah kampus yang dilengkapi dengan rangkaian maklumat antara yang
terbaik di negara ini menjelang tahun 2005. Antara agenda yang terdapat dalam
projek ini yang telah berjaya dilaksanakan termasuklah para pelajar dapat mendaftar,
menyemak atau menggugurkan mata pelajaran secara talian terus (online). Pelajar
juga dapat melakukan rujukan di perpustakaan elektronik atau sumber on-line lain,
dapat menyemak perkembangan akademik semasa, menggunakan e-mail, melayari
internet dan sebagainya.
Dengan adanya segala kemudahan ini, para pelajar diharap dapat
menggunakannya dengan maksimum dan sebaik mungkin. Dalam mengharungi
dunia sebagai seorang mahasiswa, para pelajar sebenarnya bakal berhadapan dengan
pelbagai tugasan yang perlu dihantar dalam bentuk cetakan komputer (hardcopy)
mahupun di dalam disket (softcopy). Hampir setiap mata pelajaran mempunyai
tugasan yang tersendiri tidak kira sama ada dalam bentuk penulisan tugasan,
penulisan laporan, analisis data, surat-menyurat, persembahan menggunakan
komputer, pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
1.2 Pernyataan Masalah
Peranan komputer dan internet telah menjadi terlalu penting. Terlalu banyak
manfaat yang boleh diperoleh dengan adanya media tersebut. Penggunaan komputer
dapat mempelbagaikan kaedah mengajar bagi seseorang guru. Menurut Okey (1985),
yang dipetik daripada kajian Mat Sopi ( 2003 ), beliau berpendapat, keadaan ini
berbeza dengan kaedah pembelajaran yang statik dan bahan pembelajaran yang tidak
mencukupi dan tidak menarik menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar. Para
pelajar disuakan dengan gedung ilmu yang tiada sempadan atau batasan tertentu.
6
Di UTM, segala kemahiran penggunaan komputer dan internet boleh
dianggap satu keperluan bagi seseorang pelajar. Pelajar akan disogokkan dengan
pelbagai tugasan yang pastinya memerlukan kemahiran penggunaan komputer yang
baik, tidak kira dalam penulisan tugasan mahupun untuk tujuan pencarian maklumat.
Apatah lagi, dengan adanya sistem ‘online’ yang diamalkan oleh pihak universiti
tidak kira sama ada berurusan di pejabat akademik mahupun di Perpustakaan
Sultanah Zanariah pastinya menuntut kemahiran penggunaan komputer dan internet
di kalangan pelajar-pelajar mereka.
Para pelajar yang memasuki UTM sewajarnya telah pun memiliki sekurang-
kurangnya sedikit pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan komputer. Ini juga
merupakan tanggapan universiti terhadap pelajar yang memasuki universiti ini. Pada
tanggapan pihak universiti, mereka telah pun mempelajari tentang asas penggunaan
komputer tidak kira sama ada di pusat matrikulasi mahupun di pusat pengajian yang
sebelumnya.
Kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat adakah benar tanggapan pihak
universiti tentang tahap kemahiran pelajar-pelajar ini. Penyelidik berpendapat adalah
penting untuk memastikan tahap kemahiran mereka adalah sesuai dengan kaedah
pengajaran dan cara hidup alam universiti agar para pelajar ini dapat meneruskan
pelajaran mereka dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian dan pengamatan secara rambang, penyelidik
mendapati masih ramai di kalangan para pelajar tahun satu yang gagal
mengendalikan komputer dengan baik. Ada di kalangan mereka yang memerlukan
bimbingan serius untuk menggunakan komputer dalam menyiapkan tugasan.
Oleh yang demikian, persoalan yang cuba dibangkitkan oleh penyelidik
adalah tentang tahap kemahiran penggunaan komputer di kalangan pelajar tahun satu
dalam menghadapi dunia pembelajaran berkomputer di Universiti Teknologi
Malaysia.
7
1.3 Objektif kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berdasarkan beberapa objektif yang
tertentu, antaranya adalah
- Mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perisian
komputer
- Mengenal pasti tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perkakasan
komputer
- Mengenal pasti jenis perisian yang sering digunakan pelajar
- Mengetahui sikap pelajar terhadap penggunaan komputer
- Mengenal pasti bentuk-bentuk kekangan dalam penggunaan komputer
1.4 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dikemukakan terdahulu, beberapa persoalan
kajian wujud bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya.
- Setakat manakah tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perisian
komputer?
- Setakat manakah tahap kemahiran pelajar dalam penggunaan perkakasan
komputer?
- Apakah perisian yang sering digunakan oleh pelajar ?
- Bagaimanakah sikap pelajar terhadap penggunaan komputer untuk tujuan
pembelajaran ?
- Apakah bentuk-bentuk kekangan dalam penggunaan komputer di
kalangan pelajar?