TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan...

18
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains ). Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 2006

Transcript of TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan...

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN

KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN

FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya, FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengujian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-3-3 Taman Nusantara, Jalan Makloom, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman 10150 Pulau Pinang. Nama Penyelia Tarikh: 14 APRIL 2006 Tarikh: 14 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Page 3: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

“Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .....................................

Nama Penulis : Faseeha Binti Shaik Ibrahim

Tarikh :

Page 4: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah sarjana

Muda Faseeha Binti Shaik Ibrahim”.

Tandatangan : .....................................

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman

Tarikh :

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

PENGHARGAAN

Dimulai dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi

kerana dengan izin dan limpah kurnianya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan

dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi

Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.

Di kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman yang

sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan moral

yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan

penyelidikan. Tidak lupa kepada pihak sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang

terlibat sebagai responden kajian saya ini.

Buat seisi keluarga, insan-insan istimewa yang sentiasa memberi sumbangan

serta sokongan, setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan di atas

pengorbanan mereka.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada makcikku Nasira Banu Binti

Abdul Samad yang meminjamkan laptop disaat yang amat ku memerlukan sehingga

berjaya menyiapkan laporan penyelidikan ini. Terima kasih atas pertolongan mu ini.

Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan

terutamanya Normahajazrin Suria dan Suryakala kerana sudi memberi bantuan dalam

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

menyiapkan penyelidikan ini. Dengan bantuan kalian, alhamdulillah penyelidikan ini

dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan laporan penyelidikan ini. Semoga

segala bantuan, jasa baik dan kerjasama yang kalian hulurkan diberkati oleh Allah

S.W.T.

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

ABSTRAK

Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar

tingkatan empat tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan. Sebanyak 90

pelajar tingkatan empat yang berasal dari sekolah campuran jantina di daerah Pulau

Pinang telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 44 pelajar lelaki dan 46 pelajar

perempuan. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini bagi

meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi

aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh badan dan penyakit, aspek alam

sekitar dan tenaga dan aspek tanggungjawab personal dan sosial. Analisis data adalah

menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0

(SPSS software) skor maksimum, peratus pencapaian dan ujian-t. Tahap kefahaman

pelajar dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap

tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi

tubuh badan, penyakit dan aspek alam sekitar dan tenaga berada pada tahap rendah

manakala aspek tanggungjawab personal dan sosial berada pada tahap sederhana.

Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan tahap

kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan di antara jantina lelaki

dan perempuan.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

ABSTRACT

This descriptive study is conducted to examine form four students’ level of

understanding of science concepts and their applications in life. 90 form four students

from the mixed school in of Penang are involved in this survey. The respondents consist

of 44 male students and 46 female students. Researcher used a questionnaire as the

instrument to determine the students’ level of understanding on science concepts and

their applications in life. The aspects being studied are health, food, cleanest, disease,

nature, energy, personal liability and social. The data were collected and analyzed using

the Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0 (SPSS software).

Students’ level of understanding of science concepts were categorized to three groups

namely low, medium and high level. It also found aspect health, food, cleanest, disease,

nature and energy aspect are at low level however for personal liability and social aspect

the level is medium. And then, this survey shows that these is no significant differences

in students’ understanding level of understanding on science concepts in life between the

male and female students.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSRTAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Sains 7

1.8.2 Konsep Sains 7

1.8.3 Penggunaan konsep Sains 8

Dalam Kehidupan

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9

2.2 Kepentingan Sains 10

2.3 Kurikulum Sains Sekolah Menengah 13

2.4 Tujuan dan Matlamat Pendidikan sains 14

2.5 Konsep 15

2.6 Penggunaan Konsep sains 16

2.7 Konsep Sains Dapat Membantu 19

Pelajar Dalam Kehidupan

2.8 Konsep Sains Membawa Manfaat 19

Dalam Kehidupan Harian

2.9 Konsep Sains Menyelesaikan Masalah 20

2.10 Fungsi Kognitif Mengikut Jantina 22

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk kajian 23

3.3 Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian. 24

3.4.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden. 25

3.4.2 Bahagian B : Soalan Selidik 25

3.5 Prosedur Mengumpul Data 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Analisis Data 28

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

3.7.1 Analisis Tentang Penguasaan 28

Konsep Sains Dalam Kehidupan.

3.7.2 Analisis Tentang Kefahaman 29

Konsep Sains Dalam Kehidupan

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 31

4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan 33

Konsep Sains Dalam Kehidupan

4.4 Konsep Awal Responden Tentang Penggunaan 36

Konsep Sains Dalam Kehidupan

4.4.1 Respon Pelajar Bagi Aspek Kesihatan, 36

Pemakanan, Kebersihan, Fungsi

Tubuh Badan Dan Penyakit

4.4.2 Respon Pelajar Bagi Aspek Alam Sekitar 38

Dan Tenaga

4.4.3 Respon Pelajar Bagi Aspek 39

Tanggungjawab Personal Dan Sosial

4.5 Perbandingan Tentang Kefahaman Penggunaan 40

Konsep Sains Dalam Kehidupan Dikalangan

Pelajar Lelaki Dan Perempuan

4.5.1 Perbandingan Tahap Kefahaman 40

Tentang Penggunaan Konsep Sains

Dalam Aspek Kesihatan, Pemakanan,

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

Kebersihan,Fungsi Tubuh Badan Dan

Penyakit

4.5.2 Perbandingan Tahap Kefahaman 41

Tentang Penggunaan Konsep Sains

Dalam Aspek Alam Sekitar Dan Tenaga

4.5.3 Perbandingan Tahap Kefahaman Tentang 42

Penggunaan Konsep Sains Dalam Aspek

Tanggungjawab Personal Dan Sosial

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Perbincangan 44

5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar 45

Tentang Penggunaan Konsep Sains

Dalam Kehidupan

5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 45

Aspek Kesihatan, Pemakanan,

Kebersihan, Fungsi tubuh Badan

Dan Penyakit

5.2.3 Kefaham Pelajar Bagi Aspek 47

Alam Sekitar Dan Tenaga

5.2.4 Kefahaman Pelajar Bagi Aspek 48

Tanggungjawab Personal Dan Sosial

5.2.5 Perbandingan Tentang Kefahaman 49

Penggunaan Konsep Sains Dalam

Kehidupan Merentasi Jantina Bagi

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

Ketiga-Tiga Aspek.

5.3 Kesimpulan 49

5.4 Cadangan Kajian 50

5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 51

RUJUKAN 52

LAMPIRAN 56

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cabaran abad ke-21 terhadap hidup masyarakat di Malaysia tidak hanya

terhad kepada ekonomi sahaja, malah ia merangkumi peringkat yang lebih asas.

Sistem pendidikan adalah merupakan perkara yang paling asas kepada semua

faktor yang lain. Seperti mana apa yang telah berlaku lebih daripada tiga puluh

tahun dulu, apabila Russia telah berjaya melancar sputnik ke angkasa lepas,

maka Amerika Syarikat telah mengubah kurikulum matematik dan sains di

sekolah (Bybee, 1997).

Kesan perubahan kurikulum di Amerika Syarikat dan Britain juga telah

memberikan impak secara langsung kepada Kurikulum Sains di negara jajahan

yang belum atau baru sahaja mencapai kemerdekaan seperti negara Malaysia.

Oleh yang demikian di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

berusaha mengubahsuai sistem pendidikannya untuk menyahut cabaran ini,

terutama untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

2

Justeru, dengan penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

atau KBSM pada 1988 yang merupakan kesinambungan dari perlaksanaan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan sebelas objektif (Huraian

Sukatan Pelajaran Sains, 1990). Diantara objektif sains KBSM tingkatan 2

menyebut bahawa diharap pelajar boleh mengkaitkan konsep dan prinsip sains

yang dipelajari di sekolah dengan pengalaman sehari-hari dan pelajar dapat

menggunakan konsep sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana

bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.

Pendidikan sains memang diakui dan diterima dalam falsafah dan

matlamat pendidikan negara sebagai satu matapelajaran yang progresif. Di

samping itu, pendidikan sains juga bertujuan untuk melahirkan individu yang

produktif dan dinamik dalam usaha untuk membangun negara dan individu yang

berkemampuan memanfaatkan teknologi dan mengaplikasikan konsep sains

dalam kehidupan supaya melahirkan insan yang bertanggungjawab mengurus

alam dan sumbernya demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian alam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Diketahui pendidikan sains pada masa kini mempunyai dua matlamat

utama. Matlamat pertama ialah untuk menghasilkan sainstis, pekerja mahir dalam

bidang teknikal dan yang keduanya untuk melahirkan ahli-ahli masyarakat yang

literat sains.

Tujuan matlamat pertama ialah untuk memenuhi permintaan negara bagi

menghasilkan ahli-ahli sains dan profesional yang mempunyai kepakaran sains.

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

3

Manakala matlamat kedua pula bertujuan untuk menyediakan masyarakat yang

literat dalam sains dan akan memperolehi faedah peribadi dan sosial dari

penggunaan sains.

Menyedari hakikat ini ahli-ahli pendidikan sains di seluruh dunia telah

terlibat dalam Refomasi Pendidikan Sains 1980an yang berkonsepkan “Sains

Untuk Semua”. Cadangan untuk perubahan dalam kurikulum sains yang

disarankan ialah memberi penekanan kepada pengetahuan sains yang berkaitan

dengan kehidupan iaitu konsep sains yang kontekstual (Seth, 2000).

KBSM yang dimulakan secara menyeluruh di sekolah menengah pada

1989 yang lalu adalah kesinambungan dari peringkat KBSR dari segi kandungan,

objektif, cara pembelajaran dan kemahiran yang lain tidak jauh berbeza dengan

pengajian sekolah rendah.

Sains KBSM telah mengariskan objektifnya tersendiri. Di antara objektif-

objektif tersebut ialah kebolehan pelajar mengaitkan konsep dan prinsip sains

yang dipelajari dengan pengalaman sehari-hari dan menggunakan pengetahuan

sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan

masalah dalam kehidupan seharian.

Oleh kerana sistem pendidikan Malaysia tidak boleh dielakkan dengan

budaya peperiksaan yang masih dikekalkan sehingga sekarang ( Mohd Salleh

Lebar, 1996) maka aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif-objektif

di atas terjejas. Di mana pelajar-pelajar lebih menekankan kepada kejayaan

mereka dalam peperiksaan daripada memerah otak untuk menyelesaikan masalah

harian mereka. Keadaan ini lebih ketara jika strategi-strategi pengajaran dan

pembelajaran yang disaran oleh Sains KBSM diabaikan. Walaupun demikian

usaha untuk menilai keberkesanan kurikulum sains yang telah dilaksanakan tidak

begitu menyeluruh diseluruh dunia. Kajian ini merupakan satu usaha untuk

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

4

meninjau tahap konsep sains dan penggunaannya dalam kehidupan di kalangan

pelajar sekolah menengah di Malaysia.

1.3 Penyataan Masaalah

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam

mengaitkan konsep sains yang dipelajari dalam kehidupan dan kebolehan pelajar-

pelajar tersebut menggunakan konsep sains secara kreatif dan bijaksana bagi

menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan seharian mereka sebagai mana

tercatat dalam objektif kurikulum sains KBSM.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk :

i) Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan

konsep sains dalam kehidupan.

ii) Mengenalpasti kefahaman konsep sains dalam kehidupan.

iii) Menentukan jika ada perbezaan yang signifikan tentang

kefahaman penggunaan konsep sains dalam kehidupan merentasi

jantina.

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh

5

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diselidiki ialah :

i) Apakah tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan konsep

sains dalam kehidupan.

ii) Adakah pelajar faham tentang konsep sains yang ada kaitan

dengan kehidupan.

iii) Adakah wujud perbezaan yang signifikan tentang kefahaman

penggunaan konsep sains dalam kehidupan dikalangan pelajar

lelaki dan perempuan.