Tadbir Urus Yg Baik
Transcript of Tadbir Urus Yg Baik
1
Tadbir Urus Yang Baik
Dato’ Kaswuri Keman
Di Hotel Empress, Selangor
18 Julai 2008 (2:30-4:30ptg)
2
Tadbir Urus yang terbaik merupakan
faktor penting untuk mencapai Misi
Nasional yang dihuraikan dalam RMK9
3
Misi Nasional
a. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi;
b. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’;
c. Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif;
d. Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup; dan
e. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
4
Beberapa program untuk
Mengukuhkan Keupayaan Institusi
dan Pelaksanaan: Meningkatkan sistem penyampaian
perkhidmaan awam;
Memperbaiki penggunaan dan kecekapan kos
dana sektor awam;
Menangani rasuah nyata dan tidak nyata;
Meningkatkan tadbir urus korporat dan sistem
penyampaian sektor swasta; dan
Memperkukuhkan peranan Parlimen, media
dan masyarakat sivil.
5
Tadbir Urus Sektor Awam
merangkumi:
a. Tatacara seseorang Menteri, Ketua
Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua
Eksekutif dan pegawai di semua
peringkat pengurusan melaksanakan
tanggungjawabnya secara telus,
berakauntabiliti dan berhemat dari segi
pengambilan keputusan dan
penyampaian hasil.
6
b. Struktur, termasuk budaya, dasar dan
strategi serta tatacara mereka
berurusan dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan (Stakeholders).
c. Proses bagaimana Agensi Awam
diarah, dikawal dan
dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan objektif seperti yang
telah dipersetujui.
7
Objektif Tadbir Urus
Menyemai dan meningkatkan keyakinan
rakyat terhadap keupayaan Kerajaan
untuk melaksanakan dasar yang telah
dimandatkan di samping mengekalkan
akauntabiliti di dalam sistem
penyampaian awam.
8
Tumpuan kepada dua aspek:
Prestasi – untuk menyampaikan
perkhidmatan secara cekap dan
berkesan (harapan stakeholders); dan
Pematuhan – setiap Agensi mematuhi
undang-undang, peraturan, piawaian
yang diguna pakai dan harapan
masyarakat terhadap amalan kejujuran,
akauntabiliti dan integriti serta kewajipan
perkongsian maklumat secara telus.
9
Empat Prinsip Tadbir Urus
dalam Sektpr Awam
1. Integriti – berdasarkan kejujuran dan
objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi
dan penuh tanggungjawab.
2. Akauntabiliti – kewajipan memberi
jawapan mengenai sesuatu tindakan
dan prestasi kepada sesiapa yang
berhak untuk mendapat jawapan dan
penjelasan.
10
3. Pengamanahan dan Pengawasan
(stewardship) – pelaksanaan kuasa
pegawai awam yang telah
diamanahkan oleh pihak Kerajaan.
4. Ketelusan – keperluan untuk memberi
keyakinan kepada orang awam terhadp
proses pengambilan keputusan dan
tindakan pegawai awam dengan kuasa
dan tanggungjawab.
11
Tanggungjawab Ketua Agensi
a. Komitmen Pengurusan Kepada Tadbir Urus
b. Hubungan Erat Dengan Stakeholders
c. Akauntabiliti Kepada Pihak Luar
d. Pematuhan Kepada Akauntabiliti Dalaman
e. Pengurusan Strategik dan Pemantauan Prestasi
f. Pengurusan Risiko
12
a. Komitmen Pengurusan
Kepada Tadbir Urus
i. Menjadi teladan dan mempamerkan komitmen yang tinggi kepada prinsip tadbir urus yang baik.
ii. Memainkan peranan kepimpinan .
iii. Memastikan semua tatacara kewangan diambil kira dalam penggubalan dasar .
iv. Mendokumenkan perwakilan tanggungjawabnya kepada pegawai bawahan.
13
b. Hubungan Erat Dengan
Stakeholders
i. Kepentingan Stakeholders diberi
pertimbangan yang saksama.
ii. Hubungan dengan Stakeholders perlu
dikenalpasti secara formal. Setiap
Agensi harus mempunyai struktur
perhubungan dan mekanisma
berkomunikasi dua hala bagi
memastikan maklum balas berkualiti.
14
c. Akauntabiliti Kepada Pihak
Luar
Agensi awam bertanggungjawab kepada
institusi luar seperti Parlimen dan
Jawatankuasa Kira-Kira Awam.
Agensi perlu mengemukakan maklumat
mengenai prestasi dan pematuhan
kepada peraturan yang berkaitan.
Agensi wajib menyelenggara sistem
rekod dengan lengkap, selamat dan
kemas kini.
15
d. Pematuhan Kepada
Akauntabiliti Dalaman
Akauntabiliti dalaman perlu penjelasan mengenai peranan semua pihak. Agensi perlu mendokumentasikan rekod:
Kuasa KSU, Ketua Jab, Peg Eksekutif, Lembaga dan JK BB Berkanun;
Objektif, kuasa dan peranan Jawatan Kuasa Pentadbiran;
Pelan Strategik dan operasi bagi mencapai objektif Agensi;
16
Perancangan dan pemantauan prestasi pelaksanaan program dan projek;
Proses penyemakan dan auditan dalaman;
Rancangan pengesanan dan pencegahan penipuan (Fraud);
Peraturan terkini dan konsisten mengenai laporan kewangan; dan
Piawaian profesional dan etika kerja.
17
e. Pengurusan Strategik dan
Pemantauan Prestasi
i. Perlu mempunyai Pelan Strategik
Agensi;
ii. Pelan Strategik Agensi hendaklah
memastikan perkhidmatan yang cekap,
berkesan, ekonomik, dan bersesuaian;
iii. Menggubal Petunjuk Prestasi Utama
Strategik (Strategic KPI).
18
f. Pengurusan Risiko
i. Semua pegawai awam bertanggung
jawab mengenalpasti dan menangani
risiko yang dihadapi;
ii. Pengurusan Risiko harus diutamakan
untuk mencapai tahap prestasi yang
tinggi dan pematuhan kepada
peraturan yang sedia ada.
19
Senarai Semak Bagi
Pelaksanaan Tadbir Urus
1. Menerajui matlamat strategik Agensi
2. Mengurus Stakeholders
3. Mewujudkan Strategic KPI setiap tahun
untuk mengukur dan mengesahkan
pencapaian prestasi Agensi
4. Mengurus modal insan untuk mencapai
matlamat strategik Agensi secara
berkesan
20
5. Mengurus sumber kewangan sejajar dengan matlamat strategik Agensi
6. Melaksanakan Sistem Kawalan Dalaman
7. Melaksanakan Pengurusan Risiko
8. Memantapkan nilai dan etika organisasi
9. Menangani Fraud dan rasuah
10. Menggalakkan Pembaharuan Dalam Pengurusan
21
Penutup
Semua pegawai awam dikehendaki memainkan peranan yang penting dalam mengamalkan prinsip tadbir urus yang terbaik agar dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang.
Pegawai awam harus dapat mempertahankan apa jua keputusan, tindakan yang diambil atau tidak diambil dari kaca mata awam.
NRE Tadbir Urus kas1878 22
Sekian, Terima Kasih
Selamat Maju Jaya