T-AND-~~rrN-N-G~~'~P~ENU~-L I~S~)----eprints.ums.edu.my/4203/1/ae0000000581.pdf · toksisiti juga...
Transcript of T-AND-~~rrN-N-G~~'~P~ENU~-L I~S~)----eprints.ums.edu.my/4203/1/ae0000000581.pdf · toksisiti juga...
PUt-.1S 99: 1 Ul'HVERSITI _ fALA YSIA SARAH
BOR.A. ~ -G PENGESAHAl - STATUS TESIS
S PRfI G-t-l E DAWL.j;~ (JANTAN DAN \?>el1 NA ') r---~~--~~--~----------~----~----------------
..J --'-\2AH: . 5ARJAN.ArnUD~ .. SA1NS YYlAj(.ANA-N .PEN(;,A-N
SESI PENGAJIAN: .200£- :l()09 ----------~-----------
'"' ~aya __ ~N~b~g~H~A~F~12~A~H~~~~I~N~I~I __ ~13~m~~~1~L~~~~~~~ ________________________________ __ (HURUF BESAR)
~engaku membenarkan tesis (LPS7 Sarjana/ ~ah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah c3.~ngan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
I. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara insritusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (/)
SULIT
TERHAD
~ J ,TIDAK TERHAD
~--~"~·->-(T-AND-~~rrN-N-G~~'~P~ENU~-LI~S~)----_amat Tetap: __ :-\\f....:.o_- 1 i J"A-LAl'I )l.lt-A 1)1 it
(Mengandungi maldumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA R.AHSlA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
~IhA ~ \ L)t-A In I _~_b_O....:..O_() _________ _ PN NOP. ~~A-I¥2-\A\.. 1"2."2gCSN 'lyJlStlD ~(2 Nama Penyelia
"----- \~ L \A Ptf'J 6 . JD ftD r2.
arik.h: 1- 2.. MEl 2. 00'1 ----------------~-----------
Tarikh: ).2 MEl z..~oq , --- - ....
~~------------------------------------------------------------------------------..... ~ .. lATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
* Jika tesis ini SULlT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasalorgansasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
* ~;s~E~!~.~~ldkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyeli£~an, ata disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, alau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM)
TOKSISITI SUBKRONIK EKSTRAK TEH SABAH TERHADAP TIKUS SPRAGUE DAWLEY
(JANTAN DAN BETINA)
NORHAFIZAH BINTI ISMAIL
LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPUJIAN
(TEKNOLOGI MAKANAN DAN BIOPROSES)
SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSm MALAYSIA SABAH
2009
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
17 April 2009
PENGESAHAN
DISAHKAN OLEH
1. PENYELIA
(NOR QHAIRUL IZZREEN BINTI MOHO NOOR)
2. PEMERIKSA 1
(PROF. MADYA DR. CHYE FOOK YEE)
3. PEMERIKSA 2
(FAN HUI YIN)
4.DEKAN
(PROF. MADYA DR. MOHO ISMAIL ABDULLAH)
ii
Tandatangan
~.
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dlpanjatkan kepada yang Maha Kuasa kerana dengan izinNya, dapatlah saya menylapkan kajian ini. Pertama sekali, saya ingln mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor, selaku penyelia projek penyelidikan ini dimana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan projek penyelidikan ini. Tanpa kerjasama, bantuan dan naslhat beliau, projek ilmiah ini kemungkinan tidak akan terhasil. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, pensyarah-pensyarah, dan semua kakitangan makmal di atas bantuan prasarana yang lengkap, dan khidmat nasi hat yang diberikan. Saya juga Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya khususnya ibu bapa saya Puan Samaniah binti Hj. Omar dan Encik Ismail bin Jals diatas dorongan dan nasihat yang diberikan. Penghargaan juga buat insan yang tersayang dl atas bantuan, nasi hat dan galakan yang tidak pernah jemu diberikan kepada saya. Tanpa bantuan beliau sukar untuk saya menyiapkan projek ini. Akhlr sekali, bagl rakan-rakan seperjuangan, ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan kerjasama, dan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan projek penyelidikan tahun akhir saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Semoga tuhan memberkati anda semua.
iii
ABSTRAK
Kajian tokslsiti subkronik ekstrak teh Sabah selama 28 hari telah dijalankan terhadap tikus Sprague Dawley jantan dan betina yang masing-masing berumur 13 dan 8 minggu. likus telah dibiarkan mengambil makanan iaitu pellet komersial dan air minuman secara bebas. T1kus jantan dan betina masing-maslng terdlri daripada empat kumpulan yang diberikan kepekatan dos yang berbeza iaitu 0 (kawalan), 1250, 2500, dan 5000 mg/kg b.b./hari. Isipadu dos yang diberikan bergantung kepada purata berat badan tikus. Sebanyak 2.7 dan 1.4 ml ekstrak teh Sabah masing-masing telah diberikan kepada tikus jantan dan betina secara suapan paksa. Selepas 28 hari, tiada sebarang kematian dan petanda perubahan klinikal yang jelas dapat dlperhatikan pada tikus sepanjang tempoh kajian kecuali pengurangan berat badan tlkus jantan (p<0.05) yang diberikan dos 5000 mg/kg b.b/hari sejak minggu 1 sehingga akhir kajian. Bagi bioklmia k1lnikal serum, terdapat peningkatan enzim alanin transferase dengan kenaikan berat hati relatif (p<0.05) pada tikus jantan yang diberikan dos 5000 mg/kg b.b/hari. Peningkatan enzim alanin transferase dan kreatinin pada tikus betina tidak dikira sebagal kesan toksikologi kerana tiada sebarang perubahan pada berat hati dan buah pinggang relatif diperhatikan. Kesan toksisiti juga dijangka telah berlaku ke atas organ testis pada kumpulan tikus jantan yang diberikan dos 5000 mg/kg b.b./hari dengan terdapatnya penurunan berat organ testis (p<0.05) pada kumpulan in!. Berdasarkan pemerhatian, kepekatan dos paling rendah yang menampakkan kesan sampingan (lowest observed adverse effect level, LOAEL) terhadap tikus jantan adalah 5000 mg/kg b.b/hari. Bagi tikus betina pula, kepekatan dos 5000 mg/kg b.b./hari adalah pada paras yang tidak menampakkan sebarang kesan sampingan terhadapnya (no observed adverse effect level, NOAEL).
iv
ABSTRACT
SUBCNRONIC TOXICITY OF SABAN 7E4 EXTRACT IN SPRAGUE DAWLEY RA TS (MALE AND FEMALE)
A 28-day subchronic toxicity study of Sabah tea extract was done in male and female Sprague Dawley rats aged 13 and 8 weeks respectively. The rats were given free access to commercial peDet and drinking water. For both sex, there were four groups given a different dosages which are 0 (contro!), 1250, 2500 and 5000 mg/kg b. w/day. The dosage volumes depended on means of rats' body weights. The male and female rats were given 2.7 and 1.4 ml of the Sabah tea extract respectively by forced feeding. No mortality and obvious clinical sign were observed throughout the experiment period but body weights were reduced (p<0.05) from week 1 to the end of the experiment in 5000 mg/kg b. w./day males. In serum biochemistry, there were increased in alanine transferase together with relative liver weight (p<0.05) in 5000 mg/kg b. w./day males. Although there were Increased in alanine transferase and creatinine in 5000 mg/kg b. w./day females, these changes not considered as toxicological sign as no changes was observed in relative liver and kidney weights. Toxicity also expected to be occurred on testis of 5000 mg/kg bw/day males as there was the decreased of testis absolute weight (p<0.05) In this group. Based on above findings, the lowest observed adverse effect level (LOAEL) of Sabah tea extract on males was 5000 mg/kg b. w./day, and the no observed adverse effect level (NOAEL) of Sabah tea extract on female was 5000 mg/kg b. w/day.
v
SENARAI KANDUNGAN
PENGAKUAN
PENGESAHAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI lADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL DAN UNIT
BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Objektlf
BAB 2: ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Teh dan kJasifikasi teh
2.1.1 Teh hitam
2.1.2 Teh hijau
2.1.3 Teh oolong
2.2 Pemprosesan teh hitam
2.2.1 Pelayuan atau ' withering'
2.2.2 Penggulingan atau 'rolling
2.2.3 Ferrnentasi
2.2.4 Pengeringan
2.2.5 Pengasingan dan penggredan
vi
Halaman
ii
iii
iv
v
vi
ix
X
xi
xii
xiii
1
4
5
6
6
7
7
8
8
9
10
10
Halaman
2.3 Pemprosesan teh hijau 11
2.4 Pemprosesan teh oolong 11
2.5 Kandungan polifenol dalam teh 11
2.6 Fungsi teh terhadap kesihatan manusla 15
2.6.1 Teh sabagai agen antioksidan 15
2.6.2 Teh membantu mengurangkan be rat badan 17
2.7 Aplikasi teh dalam penghasilan pelbagai produk makanan 18
2.8 Kesan sampingan pengambilan ekstrak teh 19
2.8.1 Kajian lepas terhadap toksisiti katekin teh 19
2.8.2 Tannin sebagai toksin semulajadi 20
2.9 Tokslkologl 21
2.9.1 Toksisiti akut 22
2.9.2 Tokslsiti subkronik 22
2.9.3 Toksisiti kronik 23
2.10 Pemerhatian terhadap kesan toksik 23
2.10.1 Berat organ dan berat organ relatlf 24
2.10.2 Ujian kimia k1lnikal serum 24
BAB3: BAHAN DAN KAEDAH
3.1 Sampel 27
3.2 Pengekstrakan air panas daun teh 27
3.3 Haiwan dan pengurusan 28
3.4 Rekabentuk kajian 28
3.5 Pengiraan dan pemberian dos 29
3.6 Pemerhatian terhadap t1kus 29
3.7 Analisis kimia k1inikal 30
3.8 Analisis statistik 31
BAB 4: HASIL DAN PERBINCANGAN
4.1 Parameter k1lnikal 32
33
35
4.2 Perubahan berat badan
4.3 Pengambilan makanan
vii
Halaman
4.4 Berat organ dan berat organ relatif 36
4.4.1 Organ buah pinggang 38
4.4.2 Organ jantung 39
4.4.3 Organ hati 39
4.4.4 Organ paru-paru 40
4.4.5 Organ testis 40
4.5 Biokimia k1inikal serum 40
4.5.1 Enzim ALT dan AST 42
4.5.2 Enzim kreatin kinase 44
4.5.3 Kreatinin dan urea nitrogen 45
4.5.4 Glukosa 46
BABS: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 48 5.2 Cadangan 49
RUlUKAN 50
LAM PI RAN 57
viii
SENARAI LAMPIRAN
Halaman
LAMPlRAN A: Cara pengiraan bagi menentukan iSipadu dos ekstrak teh
Sabah terhadap tikus jantan dan betina 57
LAMPlRAN B: Anallsis statistik parameter berat badan tikus jantan dan
betlna 58
LAMPIRAN c: Anallsis statistlk parameter be rat organ dan berat organ
relatif tikus jantan dan betina 70
LAMPIRAN D: Analisis statistik parameter biokimia klinlkal serum bagi tikus
jantan dan betina pada sebelum dan selepas pemberian
ekstrak teh Sabah 82
LAMPlRAN E : Gambar-gambar sepanjang kajlan 98
Ix
SENARAI JADUAL
Halaman
JaduaI2.1: Anggaran komposisi kimia pucuk muda teh Camellia sinensis
var. assamica 14
JaduaI3.1: Kepekatan dos dan jumlah tikus bagi setiap kumpulan kajian 29
JaduaI4.1: Berat organ dan berat organ relatif bagi tikus jantan selepas
28 hari pemberian ekstrak teh Sabah 37
JaduaI4.2: Berat organ dan berat organ relatif bagi t1kus betina selepas
28 hari pemberian ekstrak teh Sabah 38
JaduaI4.3: Data biokimia klinikal serum bagi tikus jantan pada sebelum
dan selepas 28 hari pemberian ekstrak teh Sabah 41
JaduaI4.4: Data biokimia serum bagi tikus betina pada sebelum dan
selepas 28 hari pemberian ekstrak teh Sabah 42
x
SENARAIRAlAH
Rajah 2.1: Struktur kimia polifenol utama dalam teh hijau dan teh
hltam
Rajah 4.1: Purata berat badan tikus jantan dan betina sepanjang kajian
Halaman
13
28-hart toksisiti ekstrak teh Sabah 33
Rajah 4.2: Purata pengambllan makanan oleh tikus jantan dan betina
sepanjang kajian 28-hari toksisiti ekstrak teh Sabah 35
xi
ANOVA ALP ALT AOAC
AST BHA BHT DNA EDTA EGC ECG EGCG EC GC LDL LOAEL NOAEL OECD TFs TRs
SENARAI SINGKATAN
Analysis of Variances Alkaline phosphatase Amnmeammouange~se
Official Methods of Analysis of the Association of Official Analytical Chemist Aspartate aminouansfe~se 8utylated hydroxyanisole 8utylated hydroxytoluene Deoksiribonucleic Acid Ethylenediaminetetraacetic acid Epigallocathechin Epicathechin gallate
Epigallocathechin gallate Epicatechin Gallocatechin Low density lipoprotein Lowest observed adverse effect level No observed adverse effect level Organization of Economic Cooperation and Development -nteaffavins -ntearubigins
xii
SENARAI SIMBOL DAN UNIT
a - Alpha b.b - Berat badan & - Dan
°c - Darjah Celcius 9 - Gram kg - kilogram < - Kurang daripada :I: - Lebih atau kurang L - Uter LDso - Median lethal dose m - Meter m2 - Meter persegi
~ - Mikro mg - miligram ml - mililiter
/ - Per Ok - Peratus w/v - Weight per volume
xiii
BABl
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teh ataupun nama saintifiknya camellia sinensis merupakan tumbuhan malar hijau
daripada keluarga Theaceae yang tumbuh dengan ketlnggian 10 hingga 15 m secara
liar, atau 0.6 hingga 1.5 m secara penanaman (Ross, 2005). Ia tumbuh dengan balk
dl kawasan troplka dan subtropika dengan taburan hUjan yang mencukupi, pengairan
yang balk, dan tanah yang sedlkit berasld (Graham, 1992). Negara pengeluar teh
utama di dunia adalah India, China, Kenya, Sri Lanka, Indonesia dan Jepun (Ross,
2005). Oi Malaysia, teh ditanam di kawasan tanah tinggi bersuhu sederhana seperti
di Tanah Tinggi cameron dan di Ranau, Sabah.
Terdapat tiga jenis teh yang utama iaitu teh hijau, teh hitam, dan teh oolong
dimana masing-masing terhasil daripada tumbuhan teh yang sama, tetapi melalui
pemprosesan yang berbeza. Kebanyakan teh yang berada di pasaran adalah teh
hitam. Teh hitam dlhasilkan dengan proses fermentasi penuh, teh oolong melalui
proses fermentasi separa, manakala teh hljau tanpa sebarang proses fermentasi.
Proses fermentasi menyebabkan pengoksidaan polifenol pada daun teh, contohnya
katekin, oleh enzim polifenol oksidase, menghasilkan teh yang lebih kuat rasa dan
aromanya (Taylor, 2003). Teh hijau hanya melalui proses pelayuan dan stlm untuk
menyahaktifkan enzim polifenol oksidase. Oleh ltu, teh hijau mengandungi kepekatan
katekin yang lebih tinggi berbanding teh hitam dan teh oolong (Frei & Higdon, 2003).
Daun teh dengan berat kering mengandungi 10 hingga 30% komponen
polifenol, termasuk katekin, flavonol, flavanon, asid fenolik, glikosid, dan pigmen
tumbuhan agilkons (Pan et aI., 2003). Polifenol teh adalah antioksidan semulajadi
dan memainkan peranan kepada sifat anti-karsinogenlk dan anti-mutagenik dalam
teh, selain bertindak sebagai penghalang daripada penyakit kardiovaskular (Shahidl &
Wanasundara, 1992; lijburg et aI., 1997; Wiserman et aI., 1997). Selain itu, polifenol ,
teh juga mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi daripada 'butylated
hydroxyanisole'(BHA), 'butylated hydroxytoluene'(BHT) dan DL-a-tokoferol. Toksisiti
polifenol teh pula adalah lebih rendah berbanding BHA, BHT dan DL -a-tokoferol
(Chen & Wan, 1994). Selaln polifenol, teh juga mengandungi komponen lain seperti
metil xantin khasnya kefein, asid amino dan protein serta lemak tak tepu (OWour,
2003a). Secawan teh mengandungi kira-kira 40 mg kafein. Pengambilan teh
sebanyak lima hingga enam cawan sehari bersamaan dengan 200 hingga 225 mg
kafein, dan jumlah ini dikira sederhana (SOH Plantation, 2006).
Sejak kebelakangan ini, teh semakin mendapat perhatian disebabkan oleh
kebaikannya darl segi kesihatan (Wang et aI., 2000). Terdapat banyak keistimewaan
teh antaranya, la mencegah pertumbuhan sel-sel tumor, mengurangkan rlsiko
penyakit kardiovaskular, menurunkan kolesterol dalam darah, mencegah gigi
berlubang dan sakit gusi, serta merangsang penurunan berat badan. Para penyelidik
merumuskan bahawa antloksidan dalam teh membantu mencegah penghasilan
lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang boleh menyebabkan strok dan
serangan jantung. Selain itu, pengguna yang minum empat cawan teh sehari
mempunyai rislko yang lebih rendah untuk menghadapl strok berbandlng dengan
pengguna yang hanya meminum dua hingga tiga cawan teh sehari. (SOH Plantation,
2006). Disebabkan khasiatnya yang banyak, klni produk daripada pekatan ekstrak
teh hijau sebagai makanan tambahan semakin bertambah di pasaran. Antara yang
terkenal adalah produk pelangsingan dan penurunan berat badan. Selain itu, ekstrak
teh hijau juga dijadikan sebagai antloksldan tambahan dalam pembuatan makanan
seperti bljirin, kek, dan biskut, hasil tenusu, mi segera (yang et aI., 1995),
konfeksionari, alskrim (Miki et aI., 1991) dan makanan ringan (Wang et aI., 2000).
Pengambilan teh dengan kadar blasa sebagai minuman mungkin tidak
mendatangkan sebarang masalah kepada kesihatan manusia. Namun, dengan
wujudnya produk-produk pekatan ekstrak teh seperti ekstrak teh hijau dan
.,
penggunaannya sebagai antioksidan tambahan dalam produk makanan telah menarik
perhatian para saintis untuk melihat kesan pengambilannya dalam dos yang tinggi.
Pengambllan pekatan ekstrak teh hijau dengan jumlah yang berlebihan mungkin
boleh mendatangkan kesan . sampingan (Schmidt et aI., 2005). Sebagai penilaian
terhadap keselamatan penggunaan ekstrak teh, beberapa kajian toksisiti telah
dilakukan terhadap haiwan dan juga manusia. Takami et al. (20OS) telah
menjalankan kajian tokslsiti selama 90 han ke atas katekin teh hijau terhadap tikus
F433 dan mendapati terdapat beberapa petanda toksisiti seperti penurunan berat
badan dan peningkatan enzim AST dan ALP pada tikus jantan, serta penlngkatan
berat hati relatif pada tikus jantan dan betina yang diberlkan campuran 5.0%
pekatan katekin teh hijau dalam makanan. Selaln itu, Cheng ells et al. (2008) juga
telah menjalankan kajian toksisiti selama 28 han ke atas katekin teh hijau terhadap
tikus Crl:CD(SD) dan mendapati pada kepekatan dos 2000 mg/kg b.b/hari, tiada
petanda toksisiti yang jelas dapat dlperhatikan. Dalam kajian Schmidt et al. (2005)
mengenai kesan ekstrak teh hijau terhadap kultur sel hepatoslt tikus, kajian inl
mendapati kepekatan ekstrak teh hijau yang tinggi memberikan kesan toksik
terhadap sel hepatosit. Walau bagaimanapun, batas keracunan bagi ekstrak teh hijau
adalah tinggl. Ekstrak teh memberikan kesan toksik akut yang rendah, dengan angka
batas dos mematikan secara oral (LDso) terhadap tlkus adalah antara 3090 mg/kg
hingga 5000 mg/kg. Dalam kajlan Leslie et al. (2006), kesan negatif yang dilaporkan
dapat dlllhat pada sukarela yang diberikan dos ekstrak teh sebanyak 600 mg/hari
selama dua bulan hanyalah diarrhea.
Aktiviti antioksidan dalam teh segar berbeza-beza mengikut cuaca dan
musim, praktis hortikultur, usia daun, dan bermacam faktor lain lagi (Chan et aI.,
2007). Daun teh Sabah mungkin mengandungi aktivlti antioksidan yang berbeza
dengan teh dart ladang lain. Oleh itu, toksisitl yang diberikan oleh ekstrak teh Sabah
mung kin berbeza daripada toksisiti teh yang telah dilaporkan dalam kajian-kajian
lepas.
1.2 Objektif
1. Mengkaji kesan toksisiti subkronik ekstrak teh Sabah berlainan kepekatan
terhadap tikus Sprague Dawley.
2. Mengkaji kesan toksisiti subkronik ekstrak teh Sabah terhadap tikus
Sprague Dawley berlainan jantlna.
3. Menentukan kepekatan minimum ekstrak teh Sabah yang menunjukkan
kesan toksisiti subkronik terhadap tikus Sprague Dawley jantan dan
betina.
BAB2
ULASAN KEPUSTAKAAN
2.1 Teh dan klasifikasi teh
Teh adalah salah satu daripada minuman yang terkenal di dunia dan merupakan
sumber pendapatan kepada banyak negara pengeluamya. Terdapat beberapa faktor
yang menyebabkan teh begitu terkenal termasuk sifat-sifat sensorinya, harga borong
yang rendah, dan juga khasiat kesihatannya (Taylor, 2003).
Teh biasanya dlklasiflkasikan melalui dua aspek iaitu aspek botani dan aspek
pemprosesan. Oaripada aspek botani, teh dibahaglkan kepada dua jenis iaitu teh
China (Camellia sinensis var. sinensis) yang berasal dari negara China dan teh
Assam (Camellia sinensis var. assamica) yang berasal dari Assam. Kedua-dua teh ini
mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari segl rupa bentuk, wama daun, dan kawasan
pertumbuhan (Taylor, 2003).
Teh China mempunyai pertumbuhan yang perlahan dengan pokok yang renek
iaitu empat hingga enam meter dan daun yang keeil berwama hljau gelap. Ia juga
tahan pada kesejukan dan oleh itu, spesis ini dijumpai di negara-negara bersuhu
rendah seperti China, Jepun, Turkey, Iran dan sebahagian kawasan dengan altitude
tinggi seperti India. Sebaliknya, teh Assam pula tumbuh dengan lebih cepat dan
mempunyai pokok yang lebih tinggi iaitu 12 hingga 15 meter dengan daun yang lebih
besar berbanding teh China. Tetapi teh Assam tidak tahan pada suhu sejuk dan oleh
itu, ia hanya boleh hidup pada kawasan berhampiran garisan khatulistiwa (Taylor,
2003). Secara umumnya, teh Assam memberikan hasil yang lebih berbanding teh
China. 01 kebanyakan kawasan di Asia tenggara, tanaman teh China telah dlgantikan
dengan teh Assam (Werkhoven, 1974).
Satu lagi klasifikasi teh adalah melalui pemprosesannya dimana teh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu teh hitam atau 'black tea~ teh oolong, dan teh
hijau atau 'green tea' (Cheng & Chen, 1994). Ketiga-tiga jenis teh Ini dihasilkan
daripada tumbuhan yang sama. Ciri yang membezakan ketiga-tiga jenis teh ini
adalah pemprosesannya khususnya proses fermentasi. Hasil daripada pemprosesan
yang berbeza, teh-teh inl masing-masing mempunyai rasa, aroma, dan wama yang
tersendiri (Kubo et al, 1992).
2.1.1 Teh hitam
Teh hitam merupakan jenis teh utama yang diminum di dunia. Ia dihasilkan daripada
proses fermentasi penuh dan dikelaskan kepada dua jenls iaitu teh hitam kosong
atau 'plain black tea' dan juga teh hitam beraroma atau 'flavory black tea' (Taylor,
2003).
Teh hitam kosong dihasilkan dan dijual berdasarkan ciri perisanya yang
disebabkan oleh penghasilan bahan fenolik semasa proses fermentasi. Teh jenis ini
banyak dihasilkan dan dieksport daripada negara Afrika seperti Kenya dan Malawi
dan juga negara India seperti Assam (Taylor, 2003).
Teh hitam beraroma pula dijual berdasarkan ciri aromanya. Teh jenis ini
dikilangkan terutamanya di kawasan altitude tinggi seperti Sri Lanka dan Oarjeeling,
India. Oi Sri Lanka, teh hitam beraroma yang sangat kuat dihasilkan semasa bulan
Januari dan Februari di daerah Oimbula, dan pada bulan Ogos dan September di
daerah Uva. Oi kawasan-kawasan Ini, aroma yang dikehendaki dapat dihasilkan
ketika cuaca sejuk, cerah dan berawan dengan suhu siang dan malam masing
masing kira-kira 20°C dan 6 hingga 10°C. Keadaan ini mesti bertahan sekurang
kurangnya dua minggu dan walaupun sedikit hujan akan menyebabkan teh diproses
semula bermula dari langkah awal (Taylor, 2003).
2.1.2 Teh hljau
Teh hijau berbeza secara keseluruhannya daripada teh hitam dari segi
pemprosesannya. Tiada sebarang proses fermentasi berlaku dan daun teh pada
produk akhir masih kekal berwama hijau. Ia secara umumnya dihasilkan daripada teh
var. sinensis. dan wama minuman teh hijau adalah kunlng pucat, kehljauan, atau
6
kuning lemon dengan tiada langsung warna merah atau coklat. Teh hijau
kebanyakannya dihasilkan dan diminum di negara China dan Jepun. Selalunya, teh
hijau dihasilkan melalui industri yang keell, bukan sahaja di negara China dan Jepun,
malah di negara lain seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Indonesia.
Pemprosesan ini biasanya dilakukan oleh pembuat teh berpengalaman berbangsa
Cina (Taylor, 2003).
2.1.3 Teh oolong
Teh oolong terhasil daripada proses fermentasi separa daun teh. Oleh kerana ia
melalui pengoksidaan separa, teh oolong kelihatan seperti di pertengahan antara teh
hitam dan teh hijau. Ia dikilangkan terutamanya di negara China dan Taiwan.
Keistimewaan teh oolong ialah keupayaannya memberikan aroma bunga-bungaan
kepada produk akhimya (Taylor, 2003).
2.2 Pemprosesan teh hitam
Seperti yang telah diketahui, teh terbahagi kepada tiga jenis dan ketiga-tiga jenis teh
ini dihasilkan melalui pemprosesan yang berbeza. Perubahan klmia yang berlaku
semasa pemprosesan juga berbeza-beza bergantung kepada jenis produk akhir teh
yang dihasilkan (Owour, 2003b).
Pemprosesan teh bermula sebaik sahaja daun teh dipetik dan dibawa balik
dari ladang. Adalah penting untuk memastikan daun teh yang dipetik masih segar
untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Ketika penuaian, pueuk muda yang
terdiri daripada hujung pueuk sehingga dua hingga empat daun teratas dahan pokok
teh akan diambil untuk diproses (Parvin & Gordon, 1999). Oi kebanyakan negara,
pemetikan teh dari pucuk sehingga dua daun teratas adalah disarankan (Owuor,
2003b). Kualiti teh ditentukan berdasarkan jumlah aktiviti antioksidannya. Pemetlkan
menggunakan tangan dari hujung pueuk sehingga dua daun teratas dapat
memberikan kualiti teh yang terbaik. Tetapi kos upah pekerja yang tinggi di
sesetengah negara menyebabkan penuaian mekanikal dipilih sebagai cara yang
ekonomi (caffin et 81., 2004).
7
Secara umumnya, pemprosesan teh hitam terbahagi kepada lima peringkat
iaitu proses pelayuan, penggullngan, fermentasi, pengeringan dan pengasingan serta
penggredan (Werkhoven, 1974).
2.2.1 Pelayuan atau 'withering
Dalam pemprosesan teh hitam, peringkat pelayuan merupakan langkah yang
pertama dijalankan selepas daun teh dituai dan dibawa balik dari ladang. Tujuan
proses pelayuan ini adalah untuk menyejat kelembapan dari daun teh (Eden, 1976).
Kadar pelayuan boleh dipengaruhi oleh suhu udara, kelembapan relatif, dan
pergerakan udara. Selain itu, ketebalan sebaran daun teh di atas para juga penting
(Pintauro, 1977). Proses pelayuan boleh dijalankan dalam kilang yang tertutup
dengan membuka tingkap dan pergerakan udara boleh diperolehi dengan
menggunakan kipas angin. Semasa musim hujan atau lembab, penggunaan alat
pengering dapat menyalurkan udara panas kepada daun teh untuk mempercepatkan
proses pelayuan (Eden, 1976).
Proses pelayuan melibatkan banyak perubahan khasnya kandungan
kelembapan daun teh yang berkurangan sehingga 45 hingga 70% (Werkhoven,
1974). Selain daripada kandungan kelembapan, proses pelayuan juga menghasilkan
beberapa perubahan kimia. Proses pelayuan adalah penting untuk meningkatkan
ketelapan membran sel yang akan mempengaruhl percampuran enzim, polifenol dan
oksigen semasa pemprosesan teh. Kecekapan peningkatan enzim akan
menggalakkan proses fermentasi manakala asid amino pula memainkan peranan
terhadap wama dan aroma teh (Eden, 1976).
2.2.2 Penggulingan atau 'rollinlf
Peringkat kedua dalam pemprosesan teh hitam adalah penggulingan. Sejak dahulu
lagi, langkah penggulingan ini dijalankan dengan memusingkan daun teh di antara
plat berputar yang melintang yang terletak selari antara satu sama lain. Satu lagi
cara adalah dengan menggunakan penyepit yang terdlri daripada pemutar beralun
untuk merenyukkan daun teh. Walau bagalmanapun, cara ini memerlukan pra
perlakuan pada daun teh seperti memotong daun teh kepada saiz yang lebih keeil
untuk meningkatkan kecekapan pemutar (Pintauro, 1977).
8
Semasa proses penggulingan, jus dikeluarkan daripada daun teh sebagai satu
lapisan cecair yang nipis pada permukaan daun. Perubahan keadaan fizikal tisu daun
teh selepas proses pelayuan telah menyebabkan jus dipaksa keluar tanpa pemecahan
sel. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kecacatan pada protoplasma tisu untuk
memecahkan pembahagian antara vakuol dan plasmid. Kesan daripada ini, katekin
dan enzim yang pada mulanya terasing antara satu sama lain telah bercampur
dengan sempurna dan terdedah kepada atmosfera. Oengan ini, tiga unsur utama
iaitu oksigen, polifenol, dan enzim yang dlperlukan dalam proses fermentasi
bercampur dan seterusnya proses pengoksidaan enzim pada polifenol katekin akan
bermula. Pada peringkat inl, wama perang mula wujud pada daun teh menggantikan
wama hijau daun (Eden, 1976).
2.2.3 Fermentasi
Fermentasi merupakan langkah yang paling penting dalam pemprosesan teh kerana
ia menentukan ciri dan jenis teh yang dlhasilkan. Teh hitam dlhasilkan daripada
proses fermentasi penuh. Proses fermentasi bermula semasa proses penggulingan
dan berakhir pada peringkat pengeringan. Semasa proses fermentasi, daun-daun teh
disebarkan dengan sama rata di atas para yang diperbuat daripada sarna ada jubin,
simen, atau aluminium kerana ia mudah dibersihkan. Ketebalan sebaran daun teh
mengawal tiga faktor yang penting iaitu suhu daun, kadar kehilangan kelembapan,
dan penyerapan oksigen (Eden, 1976). Proses fermentasi memakan masa leblh
kurang tiga jam (Pintauro, 1977). Pada satu masa tertentu, proses fermentasi
terhenti dengan sepenuhnya akibat kehilangan kelembapan daun teh semasa proses
pengeringan (Werkhoven, 1974).
Proses fermentasi melibatkan beberapa perubahan dari segl kimia untuk
menghasilkan aroma dan warna yang dikehendaki. Kumpulan polifenol seperti
epigalokatekin (EGC), epigalokatekin gallat (EGCG) dan epikatekin gallat (ECG) dalam
sap sel mengalami perubahan kimia sebaik sahaja daun teh menjadl lembut dalam
proses pelayuan. Kadar perubahan kimia komponen-komponen polifenol inl
bergantung kepada suhu, kepekatan oksigen, dan juga amaun komponen itu sendiri.
Selain itu, perubahan kimia ini juga boleh berlaku secara semulajadi. Proses
pengoksidaan kumpulan polifenol adalah lambat jlka hanya didedahkan kepada udara
sahaja. Oleh itu, penambahan enzim yang sesuai seperti polifenol oksidase atau
katekol oksidase diperlukan (Werkhoven, 1974).
9
RUlUKAN
Alexis, A.F., Jones, V.A. & Stiller MJ. 1999. Potential Therapeutic Application. Shokuhin Koygo 35:28-33.
Anadon, A., Maria, R.M., Marla, A.M., Irma, A., Monica, R.G., Francisco, J.S., & Guillermo,R. 2008. Acute oral safety study of rosemary extract in rats. J Food Protection, Vol. 714: 790-795.
AOAC. Helrich, K. (ed.). 1990. Official Methods of Analysis of the Association of Official Analytical Chemist (AOAC) 15th ed., Vol.2. USA
Auletta, C.S. 1995. Acute, Subchronic, and Chronic Toxicology. Dim. Derelonko, MJ. & Hollinger, M.A. (eds.). eRC Handbook of Toxicology. New York: CRC Press, Inc.
Balentine, D.A., Wiserman, S.A. & Bouwens, L.C.M. 1997. The chemistry of tea flavonoids. Crit Rev. Food Sci. Nutr. 37: 693-704.
Brielmann, H.L.J. 1999. Phytochemicals: The chemical components of plants. Natural Products from Plants 19-25.
Brune, M., Rossander, L. & Hallberg, L. 1989. Iron Absroptlon and Phenolic Compound: Importance of Different Phenolic Structures. Eur. J. Clln. Nutr. 43: 547-558.
Caffin, N., D'Arcy, B., Yao, L.H., & Rintoul, G. 2004. Developing and Index of quality for Australian tea. Australla:RIRDC Publication.
Cattley, R.C. & Popp, J.A. 2002. Liver. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Walllg, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Pathology, 2nd ed., Vol. 2. californIa: Academic Press.
Cerven, D., DeGeorge, G. & Bethell, D. 2008. 28-Day repeated dose oral tOXicity of recombinant human apo-Iactofenin or recombinant human lysozyme In rats. J. Regulatory Toxicology Pharmacology 51: 162-167.
Chan, M. M., Fong, D., Ho, C. T. & Huang, H. I. 1997. Inhibition of Inducible nitric oxide synthase gene expression and enzyme activity by eplgallocatechln gallate, a natural product from green tea. Biochem. Pharmacol. 54: 1281-1286.
Chengelis, C.P., Kirkpatrick, J.B., Regan, K.S., Radovsky, A.E., Beck, MJ., MOrita, 0., Tamaki, Y., & Suzuki, H. 2008. 28-Dayoral (gavage) toxicity studies of green tea catechins prepared for beverages in rats. Food and Chemical ToxIcology 46: 978-989.
Chen, C. N., Liang, C. M., Lai, l. R., Tsai, Y. J., Tsay, J. S., & Lin, J. K. 2003. Capillary electrophoretic determination of theanine, caffeine, and catechins in fresh tea leaves and oolong tea and their effects on rat neurosphere adhesion and migration. Joumal of Agricultural and FoodChemistry51: 7495-7503.
50
Chen, W. J., & Wan, S. Q. 1994. Research progress on polyphenols of tea. Natural Products Research and Developments 6: 74-80.
Cheng, Q.K. & Chen, Z.M. 1994. Tea and Health. Press of Chinese Agricultural Sciences, Beijing, China.
Christian, P. & Seshadri, S. 1989. Counteracting the Inhibitory Effect of Tea on the invitro Availability of Iron from Cereal Meals. 1. Sci. Food Agrlc. 49: 431-436.
Copland, E.L., Clifford, M.N. & William, C.M. 1998. Preparation of (-)-eplgallocatechln Gallate from Commercial Green Tea by Caffein Precipitation and Solvent Partition. Food Chem. 61:81-87.
Creasy, D.M. & Foster, P.M.D. 2002. Male Reproductive System. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Wallig, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Pathology, 2nd ed., Vol. 2. California: Academic Press.
Disler, P.B., Lynch, S.R., Torrance, J.D., Sayers, M.H., Bothwell, T.H., Walker, R.B. & Charlton, R.W. 1975. The Mechanism of the Inhibition of Iron Absorption by Tea. South African 1. Med. Sci. 40: 109-U6.
Dixon, M.D. & Hammond, E.G. 1984. The flavor IntenSity of some carbonyl compounds important in oxidized fats. JAWS61(9): 1452-1456.
Dufresne, C. J., & Farnworth, E. R. 2001. A review of latest research flndlngs on the health promotion properties of tea. Joumal of Nutritional Biochemistry 12:404-421.
Dulloo, A.G., Duret, C., Rohrer, D., & Girardier, L. 1999. Efficacy of a Green tea extract rich in catechin polyphenols and caffeine in increasing 24h energy expenditure and fat oxidation in human. Am J c/ln Nutr. 70: 1040-5.
Dulloo, A.G., Seydoux, J., Girardler, L., Chantre, P. & Vandermander, J. 2000. Green tea and thermogenesis: interactions between catechln-polyphenols, caffelns and sympathetic activity. Int 1. Obes. Relat Metab, Dlsord. 24 (2): 252-258.
Dunnett, C.W. 1964. New tables for multiple comparisons with a control. Biometrics. 20: 482-491.
Eden, T. 1976. Tea. Dim. Tropical Agricultural Series, 3rd ed. London: Longman
Ecobichon,D.J. 2005. Toxicity, Acute. Dim. Wexler, P. (ed.). Encyclopedia of Toxicology, 2nd ed., Vol. 4. Oxford: Elsevier Ltd.
Engelhardt, U.H., Rnger, A., Herzig, B. & Kuhr, S. 1992. Determination of Flavonol Glycosidees in Black Tea. Deutsche Lebensmlttel-Rundschau 88:69-73.
Everitt, J.I. & Dorman, D.C. 2002. Issues in Laboratory Animal Science. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Wallig, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Pathology, 2nd ed., Vol. 1. California: Academic Press.
51
Finger, A.,Engelhardt, U.H. & Wray, V. 1991. Flavonol Glycosides in Tea - Kaempferol and Quercetin Rhamnodiglucosides. 1. Sci. Food Agric. 55: 313-321.
Frei, B. & Higdon, J.V. 2003. Antioxidant activity of tea polyphenol In Vivo: Evidence from animal studies. 1. Nutr. 133:32755-3285.
Gabrielli, G.B. & De Sandre. 1995. Excessive Tea Consumption can Inhibit the Efficacy of Oral Iron Treatment in Iron-deficiency Anemia. Heamatologica 80: 518-520.
Gad, S.C. & Rousseaux, C.G. 2002. Preparation of the Report for a Toxicology/Pathology Study. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G. & Walllg, M.A. (eds.). Handbook of Toxicology Pathology, 2nd ed., Vol. 1. San Diego: Academic Press.
Graham, H. N. 1992. Green tea composition, consumption, and polyphenol chemistry. Preventive Medicine. New York: John Wiley & Sons.
Hallberg, M.D. & Rossander, L. 1982. Effect of different drinks on the absorption of non-haem iron from composite meals. Human Nutr.: Appl. Nutr. 36A: 116-123.
Halliwell, B. & Gutteridge, J.M.C. 1985. Free Radicals in Biology and Medicine, pp. 218-313. New York: Oxford University Press.
Harbowy, M. E., & Balentine, D. A. 1997. Tea chemistry. Critical Reviews In Food Science and Nutrition 16: 415-480.
Haschek, W.M., Witschi, H.R. & Nikula, KJ. 2002. Respiratory System. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Wallig, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Pathology, 2nd ed., Vol. 2. california: Academic Press.
Higdon, J. V., & Frei, B. 2003. Tea catechins and polyphenols: health effects, metabolism and antioxidant functions. Critical Reviews in Food Science and Nutrition43: 89-143
Isbrucker, R.A., Edwards, J.A., Wolz, E., Davidovich, A. & Bausch, J. 2006. Safety studies on epigallocatechin gallate (EGCG) preparations. Part 2: Dermal, acute and short-term toxicity studies. Food and Chemical Toxicology 44: 636-650.
Janssen, M.M.T., Put, H.M.C. & Nout, MJ.R. 1997. Natural toxins. Dim. John deVrles (ed.). Food Safety and Toxicity. New York: CRC Press
Khan, K.N.M. & Alden, c.L. 2002. Kidney. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Wallig, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Pathology, 2nd ed., Vol. 2. callfomla: AcademiC Press.
Khan, N. & Mukhtar, H. 2007. Tea polyphenols for health promotion. Life Sciences 81: 519-533.
Khan, S.M. & Kour, G. 2007. Subacute oral toxicity of chlorpyriphos and protective effect of green tea extract. 1. Pectic/de Biochem. PhJ'S/0Iogy89:118-123
52
Kubo, I., Murol, H. & Hlmejima, M. 1992. Antimicrobial activity of green tea flavor components and their combination effects. 1. Agric. Food Chem. 40:245-248.
Leslie, H., Musa-Veloso, K., Marshall, V., & Haighton, L. 2006. The safety of green tea extract associated with weight loss products. Canada: Cantox Health Science Intemational.
Levine, B.S. 1995. Animal Clinical Pathology. Dim. Derelanko, M.l. & Hollinger, M.A. (ed.). CRC Handbook of Toxicology. New York: CRC Press.
Un, Y. 5., Tsai, Y. J., Tsay, J. 5., & Un, J. K. 2003. Factors affecting the levels of tea polyphenols and caffeine in tea leaves. Joumal of Agricultural and Food Chemistry 51: 1864-1873.
Masao, 5., Saito, H. & Takeo, T. 1994. Irratation Test of Skin and Eye Mucosa on Oolong Tea Water-soluble Extracts. Preclinical Reportss of the Central Institute for Experimental Animals 19: 199-203.
Merhar, H., Amitai, Y., Palti, H. & Godfrey, S. 1985. Tea drinking and microcytic anemia in infants. Am. 1. Gin. Nutr. 41: 1210-1213.
Miki, U., Hideyuki, Y., & Masaki, S. 1991. Effect of Tea Catechins in HalitOSis and Their Application in Chewing Gum. Nippon Shokuhin Kogyo Gakkalshi 38: 1098-1102.
Mitruka, B.M. & Rawnsley, H.M. 1977. CllnlC81 BiochemiC81 and HematologiC81 Referances Values in Nonnal Experimental An/mals. New York: Masson Publishing.
Mltscher, L., lung, M., Shankel, D., Dou, l.H., Steele, L. & Pillal, S.P. 1997. Chemoprotection: A Review of the Potential Therapeutic Antioxidant Properties of Green Tea and Certain of its Constituents. Ned. Res. Rev. 17:327-365.
Nakagawa, M. 1975. Contribution of green tea constituents to the intenSity of taste element of brew. Nippon Shokuhin Kogyo Gakkai-ShI22:S9-64.
OWuor, P.O. 2003a. Tea: Chemistry. Dim. Caballero, B., Trugo, L.C. & Rnglas, P.M. (eds.). Encydoped/a of Food Science and NUtrition, 2nd ed., Vol. 9. New York : Academic Press.
OWuor, P.O. 2003b. Tea: Processing. Dim. Caballero, B., Trugo, L.C. & Rnglas, P.M. (eds.). Encydoped/a of Food Sc/ence and Nutrition, 2nd ed., Vol. 9. New York : AcademiC Press.
Pan, X., Niu, G., & Uu, H. 2003. Microwave-assisted extraction of tea polyphenols and tea caffeine from green tea leaves. Chemical Engineering and Processing 42:129-133.
Parvin, Z. & Gordon, M.H. 1999. Antioxidant activity of extracts from old tea leaves. 1. Food Chem. 64: 285-289.
53
Pearson, D.A., Frankel, E.N., Aeschbach, R. & German, J.B. 1998. Inhibition of endothelial cell mediated low-c!wndity lipoprotein oxidation by green tea extracts. 1. Agric. Food Chem. 46:1445-1449.
Pintauro, N.D. 1977. Tea and soluble tea products manufacture. Noytes Data Corporation
Plaa, G.L. 2005. Toxicology. Dim. Wexler, P. (ed.). Encyclopedia of Toxicology, 2nd
ed., Vol. 4. Oxford: Elsevier Ltd.
Powers, W.J. 1995. Renal Toxicology: Renal Function Parameter for Adult Flscher-344, Sprague-Dawley, and Wistar Rats. Dim. Dedelanko, M.J. & Hollinger, M.A. (ed.). CRCHandbookofToxicology. New York: CRC Press.
Price, K.R., Rhodes, M.J.C. & Barnes, K.A. 1998. Flavonol Glycoside Content and Composition of Tea Infusions made from Commercially Available Teas and Tea Products. 1. Agric. Food Chem. 41:1242-1246.
Raederstoff, D.G., Schlachter, M.F., Elste, V., & Weber, P. 2003. Effect of EGCG on lipid absorption and plasma lipid levels in rats. 1. Nutr. Biochem. 14: 326-332.
Ravichandran, R. & Parthiban, R. 1998a. The impact of mechanization of the harvesting on the quality of south India erc tea. Food Chemistry 63(1): 61-64.
Ravichandran, R. & Parthiban, R. 1998b. Occurrence and distribution of Iipoxygenase I Camellia sinensis (L.) Kuntze and their changes during erc black tea manufacture under Southern Indian condition. 1. Science of Food and Agr. 78:67-72.
Reza, F., Gholam, A.G., & Mohammad, H.H.K. 2006. Antioxidant activity of various extracts of old tea leaves and black tea waste (Camellia sinensis L.)
Rice-Evans, C.A. & Miller, N. 1997. Structure-antioxidant Activity Relationships of Ravonolds and Isoflavonoids. Dim Rice-Evans, C.A., Parker, L. (eds.). Flavonoid in Health and Disease, pp. 199-219. Marcel Dekker.
Ross, I. A. 2005. Medicinal Plants of The World: Chemical Constituents, Traditional and Modem Medidnal Uses, Vol. 3. New Jersey: Humana Press Inc.
Salah, N., Miller, N. J., Parganga, G., Tifburg, L., Bolwell, G. P. & Rice-Evan, C. 1995. polyphenollc flavonols as scavengers of aqueous phase radicals and as chalnbreaking antioxidants. Archives of Biochemistry and Biophysic. 322: 339-346.
Sanderson, G.W. 1972. The chemistry of the and tea manufacturing. Dim. Runeckles V.C. (ed.) Structural dan Functional Aspects of Phytochemistry 247-316. Ne~ York: Academic Press.
Schmidt, M., Schmitz, H.J., Baumgart, A., Guedon, D., Netsch, M.I., Kreuter, M.H., Schmidlin, C.B., & Schrenk, D. 2005 Toxicity of green tea extracts and their constituents In rat hepatocytes in primary culture. Food Chem Toxicol. 43(2):307-14.
54
Shahidi, F. & Wanasundara, P. D. 1992. Phenolic antioxidants. Critical Reviews In Food Science and Nutrition 32: 67-103.
Shomon, MJ. 2003. Green Tea Extract Increase Metabolism, May Aid In Weight loss.
Smith, G.S., Hall, R.L. & Walker, R.M. 2002. Applied Clinical Pathology In Preclinical Toxicology Testing. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G. &. Walllg, M.A. (eds.). Handbook of Toxicology Pathology, 2nd ed., Vol. 1. San Diego: Academic Press.
Siglin,R.D. & Rutledge,M.S 1995. Basic animal management requirement. Dim. Oerelonko, MJ. &. Holllnger, M.A. (eds.). CRC Handbook of Toxicology. New York: CRC Press, Inc
South, P.K., House, W.A. &. Miller, D. 1997. Tea Consumption Does Not Affect Iron Consumption In Rats Unless Tea and Iron are Consumed Together. Nutr. Res. 17: 1303-1310.
Sur, P. &. Dllip, K.G. 1994. Tea Plant Root Extract (TRE) as Antineoplastic Agent. Plant Medica 60: 106-109.
Swaim, LD., et al. 1985. The effect of handling techniques on serum Al T activity in mice. J. App/. Toxico/' 5: 160-162.
Takami, S., Imai, T., Hasumura, M., Cho, Y.-M., Onase, J., &. Hirose, M. 2008. Evaluation of toxidty of green tea catechins with 9O-day dietary administration to F344 rats. Food and Chemical Toxicology46: 2224-2229.
Tanlzawa, H., Toda, 5., Sazuka, T., Tanlyama, T., Hayashi, T., &. Arichl, S. 1984. Natural Antioxidants: Antioxidative components of tea leaf (Thea sinenSiS L.). Chemical and Pharmaceutical8ulletin 32:2011-2014.
Taylor, S. 2003. Tea: Types, production and trade. DIm. Caballero, B., T~o, L.C. &. Finglas, P.M. (eds.). Encydopedia of Food Science and NUtrition, 2 ed., Vol. 9. New York: Academic Press.
Tijburg, L B. M., Mattern, T., Folts, J. D., Weisgerber, U. M., &. Katan, M. B. 1997. Tea flavanoids and cardiovascular diseases: a review. Critical Reviews in Food Science and Nutrition 37:771-785.
Vleet, J.F.V., Ferrans, VJ. &. Herman, E. 2002. Cardiovascular and Skeletal Muscle Systems. Dim. Haschek, W.M., Rousseaux, C.G., Wallig, M.A. (ed.). Handook of Toxicologic Patilology, 2nd ed., Vol. 2. california: Academic Press.
Wang, H., Cal, Y., Davies, A.P. &. You, X. 1998. Study on Bitterness and Astringency of Green Tea. Dim. Proceedings of tile ~ Annual Meeting of LSSC8 pp.58-59, 24-25 Cambridge, UK.
wang, H., Provan, GJ. &. Hellwell, K. 2000. Tea flavanolds: their functions, utilization and analysis. Trends in Food Science & Technologyl1:152-160.
Wang, H., Takeo, T., Ina, K., &. U, M. 1993. Characteristic aroma components of Qlmen Black Tea. 1. Tea ScI. 13:61-68.
55
Werkhoven, J. 1974. Tea processing. Dim. Food and Agricultural Organization of the United Nations. Werkhoven, J. (ed.). Rome
Williams, S.N., Pickwell, G.V., & Quattrochi, L.C. 2003. A combination of tea (Camellia sinensis) catechins is required for optimal inhibition of Induced CYP1A expression by green tea extract. 1. Agric. Food Chem. 51: 6627-6634.
Wlserman, S.A., Selentine, D.A. & Frei, B. 1997. Antioxidant In tea. Critical Review In Food Science and Nutrition 37(8):705-718.
Yang, X.Q., Wang, Y.F., & Xu, F. 1995. Natural Antioxidant Tea Polyphenols Application on 011 and Food: Study on Inhibiting the Deterioration of Salad 011 and Instant Noodles. 1. University of Agriculture of Zhejlang 21: 513-518.
Yen, G. C., & Chen, H. Y. 1995. Antioxidant activity of various tea extracts in relation to their anti mutagenicity. Joumal of Agricultural and Food Chemistry 43: 27-32.
Yilmaz, Y. 2006. Novel uses of catechins in foods. Trend In Food Sci. & Tech. 17: 64-71.
Yokohira, M., Hosokawa, K., Yamakawa, K., Hashimoto, N., Suzuki,S., Matsuda, Y., Saoo, K., Kuno, T. & Imaida, K. 2008. A 9O-day toxiCity study of L-asparagine, a food additive, in F344 rats. 1. Food Chemical Toxlrology46:2568-2572.
Yoshino, K., Tomita, I., Sano, M., Oguni, I., Hara, Y., & Nakano, M. 1994. Effects of longterm dietary supplement of tea polyphenols on lipid peroxide levels In rats. Age 17: 79-85.
Zandi, P. & Gordon, M. H. 1995. Stabilisation of rapeseed oil by green tea extracts. Dim. Proceedings of the Intematlonal Tea Symposium pp. 216-227. Anonymous, Shanghai, China.
56