Syor wajibkan lepasan SPM sertai PLKN wajar ditelitipsasir.upm.edu.my/20618/1/scan0015.pdf · semua...

2
Syor wajibkan lepasan SPM sertai PLKNwajar diteliti

Transcript of Syor wajibkan lepasan SPM sertai PLKN wajar ditelitipsasir.upm.edu.my/20618/1/scan0015.pdf · semua...

Syor wajibkan lepasan SPMsertai PLKNwajar diteliti

NoorShakii

Hameed

[email protected]

BARD-BARD ini Majlis LatihanKhidmat Negara (MLKN) men­cadangkan kepada kerajaan supayamewajibkan semua pelajar lepasanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) yangdianggarkan 500,000 orang sertaremaja berusia 18 tahun menyertai­Program Latihan Khidmat Negara(PLKN).

Pengerusinya, Datuk Dr Tiki Lafe,berkata syor itu dibuat kerana pi­haknya, mendapati PLKN adalahprogram berkesan dalam mendisip­linkan golongan remaja yang me­nyertainya. Tanibah beliau, PLKNadalah program lengkap yang me­ngajar mengenai disiplin, sejarah,sistem pentadb'iran kerajaan.

Sehingga kini, maklum balas yangditerima menunjukkan sambutandaripada ibu bapa serta individuuntuk menyertai program ini cukupmemberangsangkan.

Menteri pertahanan, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi, pula berkata,kerajaan sedia menimbang cadanganuntuk mewajibkan semua pelajarlepasan tingkatan lima mengikutiPLKN, tetapi ia perlu diteliti secaramendalam kerana membabitkankos tinggi.

Tambah Zahid, buat masa seka­rang dengan 120,000peserta PLKNsetiap tahun di 80kern seluruh nega­ra, belanjanya lebih kurang RM260juta dan kalau kerajaan bersetujudengan cadangan MKLN ini, ertinyakita akan belanja empat kali gandaiaitu hampir RMI bilion untuk me­latih lebih 500,000 pelajar lepasantingkatan lima ke kern PLKN.

Sememangnya kita perlu akuiisu pertambahan kos membabitkanpenyediaan infrastruktur, pertam­bahan kakitangan dan pembinaankern baru adal<ihaspek penting yangwajar diberi perhatian, namun satu

perkara lagi yang sepatutnya men­jadi lebih penting ialah sejauh manaPLKN yang dilaksanakan sejak 2004berjaya mencapai objektifnya iaitumenyuburkan perpaduan dan memu­puk semangat patriotisme dalamkalangan generasi muda negara ini.

Walaupun kajian dengan kerjasa­ma sekumpulan penyelidik UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) sebe­lum ini yang membabitkan 61,950responden, menunjukkan maklumbalas positif, namun keberkesananhakiki program ini masih menjaditanda tanya apabila kita meneliti duakeadaan yang cukup mencemaskankhalayak iaitu, gelagat pelatih ketikamenjalani latihan itu serta masalahsosial yang sedang melanda remajakita mutakhir ini.

120,000peserta

Kem PLKNseluruh negara setiap tahun

Pelbagai isu sering kedengaranmembabitkan gelagat pelatih PLKN,dari masalah kesihatan dan kematianyang mengejutkan sehingga masalahpergaduhan antara kaum, gengster­isme dan vandalisme di beberapa kernlatihan di seluruh negara.

Mungkin bilangannya kecil mahu­pun dikategorikan sebagai kes ter­pencil, namun hakikatnya ia tetapberlaku dan masih gagal untukdikawal sepenuhnya. Maka dalamkes seperti ini kita tertanya-tanyaapa impak PLKN kepada kelompokberkenaan dan bagaiman PLKN me,mainkan peranan dalam mengubahtingkah laku anilk muda ini.

Kita percaya masalah disiplin danjati diri seperti ini bukanlah satuisu baru dan sudah berlaku di kernlatihan sejak 2004 lagi dan didapatimasih berterusan sehingga ke hariini.

Masalah kedua pula lebih meri­saukan khalayak iaitu membabitkanmasalah sosial dalam kalangan ge­nerasi muda kita. Hampir setiap harimedia massa melaporkan pelbagaimasalah sosial membabitkan remajakita terutama kesalahan jenayahdan pembabitan dalam najis dadah.Malah statistik pembabitan remajadalam pelbagai kesalahan jenayahdan sosial juga semakin meningkat.Kita percaya majoriti daripada kelom­pok ini pernah mengikuti PLKNsebelum ini kerana bilangan remajayang mengikuti PLKN sejak 2004mencecah hampir 600,000orang.

Maka sekali lagi kita tertanya­tanya apa kesan PLKN yang merekajalani selama ini kepada diri masing­masing? Kalau benar PLKN berke­san kenapa masalah seperti ini terusberlaku?

Jelas ada yang tidak kena dalamhal ini. Memang tidak wajar kitamembuat rumusan bahawa PLKN .gagal mahupun menyalahkan PLKNsepenuhnya kerana kejayaannyatetap ada dalam membina dan mem,bentuk jati diri remaja kita, namunpersoalan yang perlu diteliti dandikupas ialah ia masih belum men­capai objektif asal secara sepenuh­nya walaupun sudah berusia Iapantahun.

Hal ini perlu diberi perhatian khu­sus secara serius kerana sejak 2004,masyarakat menganggap PLKN se­bagai alat penting untuk mendisiplin­kan dan membentuk belia kita men­jadi aset masa depan negara. Namunsehingga sekarang harapan itu belumdapat ditunaikan sepenuhnya.

Justeru sebelum kita mewajibkansemua pelajar lepasan SPM nienja­lani latihan ini seperti yang dicada­ngkan, adalah lebih wajar kandu­ngan modul dan kaedah pelaksana­annya serta kesesuaian tempohmasa PLKN ini dinilai dan dikaji.lagi terlebih dulu secara lebih men­dalam dan terperinci.

Penulis ialah Ketua Bahagian

Perancangan Korporat,

Universiti Putra Malaysia

PLKN dianggap program berkesan mendisiplinkan golongan remaja.