SYED SYEIKH AL-HADI

30
SYED SYEIKH AL-HADI FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI SEMESTER 2 2009/2010 (bbm3101) Sejarah Dan Rumpun Bahasa Melayu Tajuk: Syed Syeikh Al-Hadi DI SEDIAKAN OLEH: NAMA : SITI NAZURANA BT KONAEN NO.MATRIK : 150648 PROGRAM : BA. PENGKHUSUSAN BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU PENSYARAH : PROF MADYA DR ABD RASHID BIN DAING MELEBEH

Transcript of SYED SYEIKH AL-HADI

Page 1: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

SEMESTER 2 2009/2010

(bbm3101)

Sejarah Dan Rumpun Bahasa Melayu

Tajuk: Syed Syeikh Al-Hadi

DI SEDIAKAN OLEH:

NAMA : SITI NAZURANA BT KONAEN

NO.MATRIK : 150648

PROGRAM : BA. PENGKHUSUSAN BAHASA DAN

LINGUISTIK MELAYU

PENSYARAH : PROF MADYA DR ABD RASHID BIN DAING

MELEBEH

Page 2: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

TAJUK MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

PENGENALAN 2 – 14

PENCETUS GELOMBANG PEMBANGUNAN INTELEKTUAL BANGSA YANG AWAL 15-19

SUMBANGAN 19- 22

KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI 23

LAMPIRAN

Page 3: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

’Selawat serta salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w serta kepada para

Sahabat

Sekalung ucapan tahniah serta terima kasih kepada pensyarah penasihat kursus Sejarah dan

Rumpun Bahasa Melayu BBM 3101, Dr Abd Rashid yang banyak memberi dorongan dan

bimbingan dalam menyiapkan kertas kerja bertajuk ‘pencemaran makanan’ ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang turut membantu dan sedia

berkongsi pendapat semasa menyiapkan kertas kerja ini. Budi dan jasa kalian amat disanjung

tinggi. Insya-Allah.

PENGENALAN

Sejarah dunia Melayu tidak dapat dipisahkan dengan Islam. Kedatangan Islam pada abad

ke-13 ke Tanah Melayu turut disusuli dengan perkembangan yang melahirkan ribuan tokoh

agama yang gigih berjuang menegakkan syiar agama suci itu. Seorang tokoh agama yang tidak

PENGHARGAAN

Page 4: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

asing dalam sejarah perkembangan Islam di Tanah Melayu ialah Syed Syeikh Al-Hadi. Beliau

adalah reformis Islam yang ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam

memajukan sistem pendidikan negara, khususnya agama Islam. Ini termasuk sumbangannya

memajukan pendidikan agama di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Singapura,

Melaka dan Pulau Pinang. Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Ulu Melaka pada

tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan

Kaum Muda. Hasil perjuangan itu, lahirlah sistem pengajian madrasah di Tanah Melayu.

Nama penuh Syed Syeikh Al Hadi ialah syed syeikh bin syed ahmad al- hadi. Syed

Syeikh al Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau dilahirkan pada hari

Selasa 24 Rejab 1281 H bersamaan 25 Disember 1864. Dalam usia 67 tahun beliau telah

meninggal dunia, iaitu pada 20 februari 1934 bersamaaan 6 zulkaedah 1352 hijrah. Beliau

menghembuskan nafas terakhirnya pada malam rabu, di rumahnya di nombor 410 jalan jelutong,

pulau pinang. Jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan masjid jelutong pulau pinang.

Beliau merupakan seorang Melayu yang bercampuran darah Arab, iaitu Ibunya berketurunan

Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad Ibn Hasan Ibn Saqaf al-Hady al-Ba’Alawi merupakan

peranakan Arab dari Hadhramaut Yemen. Syed Ahmad dilahirkan di kampung hulu, melaka

pada sabtu, 1 Syawal 1253 Hijrah dan meninggal dunia pada 15 Zulhijah 1312 Hijrah di Pulau

Penyengat Riau. Nenda Syed Syeikh al Hadi turut di lahirkan di Melaka iaitu Syed Hassan bin

Saggaf al Hadi.  Bapa nya syed ahmad telah mendirikan rumah tangga dengan perempuan

melayu melaka pada tahun 1275 Hijrah. Perkahwinan itu menghasilkan tujuh orang anak, tiga

lelaki dan empat perempuan. Adik- beradik Syed Syeikh Al- Hadi kebanyakannya telah

meninggal dunia semasa kesil dan ketika remaja lagi. Cuma Syed Syeikh Al- Hadi dan kedua-

dua adiknya, Syarifah Noor Dan Syed Hussein, hidup agak lama hingga melebihi usia 60 tahun.

Page 5: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Perkahwinan antara Syeikh dan Syarifah syeikhun menghasilkan empat orang anak, iaitu

dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Anak yang tua bernama Syed Alwi yang dilahirkan

di Pulau Penyengat Indera Sakti pada 15 Muharam 1310 Hijrah. Anak yang kedua, lelaki

bernama Syed Ahmad juga di lahirkan di Pulau Penyengat pada tahun 1314 Hijrah dan

meninggal dunia semasa kecilnya. Anak yang ketiga, Aisyah di lahirkan pada 24 Safar 1314

Hijrah dan meninggal dunia di Kampung Baru,Air Itam Pulau Pinang pada 2 Ramadhan 1352

Hijrah Bersamaan 19 Disember 1933. Yang bongsu Umhani yang di lahirkan di Pulau Penyengat

pada 18 Zulkaedah 1316 Hijrah dan meninggal dunia di Jelutong, Pulau Pinang pada 17

Zulkaedah 1344 hijrah bersamaan 4 April 1931

Syed Syeikh Al- Hadi pernah berkahwin lagi dengan seorang perempuan dari keluarga

Melayu di Singapura dan mendapat seorang anak perempuan. Anak ini merupakan anak kelima

Syed Syeikh Al- Hadi yang bernama Mariam. Dia dilahirkan di Teluk Belanga Singapura pada

tahun 1321 Hijrah dan meninggal dunia di Mukim Jelutong, Pulau Pinang pada tahun 4 Syawal

1373 Hijrah bersamaan 5 Jun 1954.

Waris dan zuriat keturunan Syed Syeikh Al- Hadi yang masih hidup dan antara yang di

kenali ialah cucunya Dr.A.M al Hadi yang pernah menjadi Pakar Bedah Kanan Di Hospital

Besar, Kuala Lumpur. Kini Dr A.M Al Hadi menceburkan diri dalam bidang pelaburan saham

sebagai Pengarah South East Asia Development Corporation Berhad (SEACORP) di kuala

Lumpur.

Zaman remaja Syed Syeikh Al- Hadi banyak di habiskan di melaka, kuala terengganu,

pulau penyengat dan timur tengah. Dalam usia remaja, beliau sudah didedahkan dengan suasana

dan tradisi hidup merantau seperti yang biasa dialami oleh orang muda pada zaman itu. Bumi

Page 6: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

melaka di tinggalkan untuk mengikuti kedua-dua orang tuanya berhijrah ke pulau penyengat. Di

pulau itilah bakatnya mula terserlah. Beliau yang mendapat pendidikan Bahasa Arab daripada

bapanya dan seterusnya mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah agama dan Sekolah

Melayu Straits Settlements, Melaka. kemudian beliau mengikut keluarganya yang mempunyai

pertalian darah dengan keluarga Di Raja Riau, berpindah ke Pulau Penyengat. Di sana beliau

dijadikan anak angkat oleh Raja Ali Kelana bin Raja Ahmad, adik tiri kepada Sultan Riau-

Lingga yang juga Raja Muda. Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali

Haji.

Kemudiannya beliau dihantar ke sebuah Pondok di Terengganu untuk mendalami ilmu

agama. Namun begitu, beliau tidak lama di situ kerana beliau berpendapat bahawa sistem

pengajian pondok hanya mengajar muridnya untuk menghafaz bukan berfikir. syed syeik al-

Hadi kembali ke pulau penyengat untuk mendalami ilmu agama, kebudayaan dan bahasa arab.

Pada ketika itu riau menjadi pusat kegiatan kesusasteraan melayu yang tersohor.

Setelah pulang ke Pulau Penyengat beliau terlibat dengan kesusasteraan di dalam Kelab

Rasyidiyyah. Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah, sebuah

kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun 1890-an.Malah semasa

tinggal di Pulau Penyengat, beliau berkesempatan ke Timur Tengah khususnya Arab Saudi dan

Mesir kerana menemani anak-anak raja yang ingin melanjutkan pengajian atau menunaikan

umrah dan haji. Beliau merupakan antara kumpulan anak melayu yang awal mendapat peluang

melanjutkan pelajaran ke timur tengah. Terdapat beberapa faktor asas yang memudahkan syed

syeikh al hadi mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke sana. Faktor utamaialah tugasnya

selaku pengiring kepada anak-anak keluarga di raja Riau-lingga yang sering melawat Timur

Page 7: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Tengah. Tempat-tempat di timur tengah yang sering di kunjungi ialah mesir, beirut dan mekkah.

Kunjungan ini bertujuan untuk melawat dan melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang ilmu

agam dan bahasa arab. Beliau menggunakan peluang yang ada untuk memperluaskan

pengetahuannya dalam bahasa arab dan agama islam yang memang di minatinya. Di Universiti

Al-Azhar Di sinilah beliau terpengaruh dengan reformis dari Mesir, Syed Muhamad Abduh

yang membawa pemikiran Islah yang akhirnya pemikiran tersebut dikembangkan di Tanah

Melayu. Di kaherah Syed Syeikh Al- Hadi menerima pelajaran daripada syeikh muhammad

abduh (1849-1905) yang merupakan pengasas gerakan islam yang termasyur ketika itu. Peristiwa

ini berlaku pada tahun 1895 ketika beliau berusia 28 tahun.

Syed Syeikh Al- Hadi begitu terpengaruh dengan cara berfikir syeikh muhammad abduh.

Sejarah membuktikan Syed Syeikh Al- Hadi mempunyai semangat dan fikiran yang progresif

dan cuba membawakan pembaharuan dalam masyarakat melayu, tyerutam dari segi pandangan

melayu terhadap islam yang maha suci. Sungguhpun beliau tidak mendapat pendidikan formal di

al azhar, namun ia tertarik dengan fikiran-fikiran revolusioner daripada syeikh muhammad abduh

dan lain-lain tokoh agama yang progresif.

Tahun 1909 menandakan titik penting dalam sejarah hidup Syed Syeikh Al- Hadi apabila

beliau di lantik menjadi peguam di mahkamah syariah Johor Bahru. Beliau dilantik sebagai

peguam kerana jasa dan sumbangan pemikirannya yang progresif amat di perlukan. Beliau

memulakan kerjaya sebagai seorang peguam syariah ketika usianya menjangkau 42 tahun dan

mengundurkan diri daripada bidang itu pada tahyn 1916. Syed Syeikh Al- Hadi di minta

meninggalkan negeri johor oleh sultan abu bakar apabila beliau mengeluarkan fatwanya bahawa

perkahwinan beliau dengan lady marsila tidak sah kerana dilakukan cara pendaftaran, dan tidak

Page 8: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

mengikut lunas-lunas islam. Akibatnya bukan sahaja Syed Syeikh Al- Hadi di perintah

meninggalkan johor , tetapi beberapa hektar tanah yang di kurniakan kepadanya di johor diambil

balik oleh baginda.

Selepas berhenti daripada jawatan peguam di johor bahru, syed syeikh al hadi pulang ke

melaka, kampung kelahirannya. Beliau menyambung perjuangan sebagai seorang ulama,

pendakwah dan penyebar ajaran islam dengan mendirikan madrasah al hadi di bandar kaba,

melaka. Di madrasah ini, beliau mengajar ilmu-ilmu agama da ajaran islam berasaskan

pemikiran progresif yang di pelopori oleh syeikh muhammad avduh. Cara berfikirnya yang

sering mendahului zaman itu belum dapat di terima oleh penduduk zaman itu menyebabkan

madrasah al-hadi terpaksa ditutup. Penentangan dan kemarahan golongan tua dan ulama

tradisional terhadap kegiatannya itu melumpuhkan kegiatannya di melaka. Beliau di ugut dan

akhirnya terpaksa meninggalkan melaka dengan menyamar dan memakai pakaian perempuan.

Kemudian, syed syeikh al hadi berhijrah ke pulau pinang pula untuk meneruskan

perjuangannya dalam usaha memulihkan maruah dan imej umat islam yang tercabar oleh

penjajahan barat dan kejahilan umat islam itu sendiri yang enggan menerima pembaharuan dan

kemodenan. Pulau pinang terbukti menjadi tapak yang subur untuk mengembangkan bakat dan

skop perjuangannya dalam bidang penyebaran dakwah islamiah, kesusasteraan dan

persuratkhabaran sehingga beliau di kenali sebagai “bapa novel melayu”. Sungguhpun Pulau

Pinang menjadi destinasi terakhirnya, namun di Pulau Pinang ini perjuangannya menjadi lebih

penting dan berkesan. Pulau Pinang telah memberi ruang yang di harapkan oleh Syed Syeik al-

Hadi untuk bergerak dengan lebih luas. Pelbagai prasarana telah wujud untuk memungkinkan

perkembangan ini seperti adanya institusi pendidikan seumpama madrasah, syarikat percetakan,

majalah dan akhbar serta secara tidak langsung sistem politik yang wujud ketika itu. Kedudukan

Page 9: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Pulau Pinang sebagai salah satu negeri dalam kelompok negeri-negeri selat yang di bawah

pentadbiran Inggeris telah memberi ruang kepadanya untuk lebih cergas kerana tidak ada

kekangan daripada raja-raja Melayu atau majlis agama Islam negeri seperti di negeri-negeri

Melayu yang lain.

Kampung Hulu, di Melaka adalah tanah tumpah darahnya. Kemudian beliau berhijrah

pula ke Pulau Penyengat Sumatera bersama keluarga, berulang alik ke Timur Tengah menemani

kerabat diraja, berkampung dan kemudian bersemadi di Pulau Pinang. Begitulah jejak-jejak Syed

Syeik al- Hadi (1867- 1934). Selama 67 tahun melakukan ziarah ilmu kesana ke mari dan Pulau

Pinang menjadi bumi terakhir untuk berbakti kepada agama dan bangsanya.

Sungguhpun pulau pinang menjadi tempat terakhir syed syeik al- Hadi bergiat dalam

bidang penulisan dan pendidikan pembaharuan islam, namun kesan dan sumbangannya pada

waktu itu kepada masyarakat melayu tidak boleh di nafikan. Tidak di nafikan pemikiran beliau

mendapat tentangan daripada golongan ulama yang mentadbir dan menguasai institusi agama

( kaum tua) namun, syed syeik al- Hadi tetap di kenang sebagai reformis islam tahun 1920-an di

Malaysia.

SYED SYEIKH AL HADI PENCETUS GELOMBANG PEMBANGUNAN INTELEKTUAL

BANGSA YANG AWAL.

Memang tidak di nafikan syed syeikh al hadi dan pengaran-pengarang yang sezaman

dengannya merupakan golongan intelektual Melayu yang awal mencetuskan gelombang

Page 10: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

keilmuan dan tradisi intelektual serta kegiatan mencintai ilmu secara lebih terbuka dan open

minded. Beliau telah bergandingan dengan kaum muda menggerakkan penerbitan malajah Al-

Iman dan Al- ikhwan yang menganjurkan idea-idea progresif dan kontroversial yang

membangkitkan polemik sengit di kalangan masyarakat Melayu khususnya di kalangan kaum

Muda dan Kaum Tua. Polemik ini memulakan tradisi keintelektualan di kalangan masyarakat

melayu bukan sahaja untuk membincagkan masalah-masalah keagamaan tetapi juga isu-isu

kehidupan yang merangkumi kepentinagan bangsa Melayu.

Pengarang sekaligus ulama yang progresif ini juga menghasilkan novel Hikayat Faridah

Hanum yang tidak kurang hebatnya mencetuskan perdebatan dan polemik di kalangan kritikus

dan sasterawan yang membahaskan apakah novel ini benar-benar novel melayu yang pertama

atau ada novel lain yang lebih awal di terbitkan sebelum hikayat faridah hanum. Persoalan

emansipasi wanita dan pemikiran kritis yang di timbulkan dalam novel itu mengundang

perbahasan yang berpanjangan di kalangan masyarakat melayu. Apakah sewajarnya seorang

yang bertaraf ulama dan reformis islam menulis novel-novel percintaan yang memaparkan

babak-babak memberahikan dan membebaskan pergaulan antara lelaki dan wanita.hal-hal seperti

ini menimbulkan tanda tanya, kritikan dan polemik yang berterusan sehingga ke hari ini. Syed

syeikh al hadi dan angkatan kaum muda yang di peloporinya bersama syeikh tahir jalaluddin al

azhari dan sebagainya mencetuskan minat yang mendalam dan meluas di kalangan masyarakat

melayu pada awal abad ke-20 untuk mengejar kemajuan duniawi dan akhiri sepanjang yang

maksimum untuk menyelesaikan masalah hidup dan berusaha menghapuskan sikap kolot yang

jumut, bertaklid buta dan khurafat yang meluas di kalangan masyarakat melayu. Bukunya agama

islam dan akal amat menitik beratkan penggunaan akal fikiran untuk mencapai kesempurnaan

hidup keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Page 11: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Berdasarkan penglibatannya yang meluas dan berpengarug dalam dunia kesusasteraan

dan persuratan melayu pada awal abad ke-20 yang telah berhasil melahirkan ramai pengarang

dan penilis kemudiannya, kedudukan dan imejnya sebagai intelektual dan ulama yang

mengerakkan massa daripada tidurnya yang panjang, memang tidak dapat di nafikan lagi. Syed

syeikh al hadi menepati ciri-ciri intelektual atau golongan inteligensia seperti yang di ungkapkan

oleh Alias Muhammad iaitu satu golongan orang-orang yang mempunyai latar belakang

pendidikan yang baik, diterima oleh masyarakatnya sebagai mewakili yang wujud dalam negara

atau dalam kalangan bangsa itu, mengambil perananan sebagai intelektual yang bertugas sebagai

pembela nasib rakyat dalam bidang-bidang sosial dan politik yang memberikan sumbangan

dalam pelbagai bentuk.

Wajarlah jika berdasarkan ciri-ciri yang di gariskan oleh Alias Muhammad dan lain-lain

sarjana juga, syed syeikh al hadi merupakan tokoh intelektual awal bangsa melayu yang

mencetuskan era pembangunan intelektual dan pemikiran bangsa melayu yang cukup

berpengaruh dan kesannya terasa hingga ke hari ini. Sejarah membuktikan sumbangan tidak

ternilai syed syeikh al hadi dalam bidang kesusasteraan, penyebaran dakwah islam

danmembangkitkan kesedaran ummah di negara ini akan terus tercatat dan dikaji zaman

berzaman. Gerakan intelektual dan pembaharuan yang di perjuangkan oleh syed syeikh al hadi

dalam bidang keagamaan, kesusasteraan dan kemasyarakatan mempengaruhi kebbangkitan

gerakan intelektual pada zaman-zaman selepas kematiannya untuk menebus imej dan maruah

bangsa yang tercabar akibat penjajahan Barat dan merebakkan budayanya di negara ini.

PERANAN DAN SUMBANGAN TERHADAP PERKEMBANGAN

Page 12: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Bahasa Dan Kesusateraan Melayu.

Jolokan yang sesuai kepada syed sheikh al hadi ialah beliau merupakan seorang

reformis, pemikir dan novelis dinamis. Syed syeikh al hadi adalah sinonim dengan hikayat

faridah hanum kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel

pertama yang di perkenalkan kepada alam sastera melayu.

Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan Hikayat Faridah Hanum kerana itulah

ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel pertama yang diperkenalkan

kepada alam sastera Melayu. Dia juga melahirkan Siri Cerita Rokamlbul (karya adaptasi), Tafsir

Juz Amma (1927), Taman Cinta Berahi (1928), Tafsir Al-Fatihah (1928), Hikayat Cermin

Kehidupan (1929), Hikayat Puteri Nurul Ain (1929) Dan Kitab Agama Islam Dan Akal (1931).

Peranan yang dimainkan oleh syed syeikh al hadi dalam dunia kesusasteraan melayu

bukan hanya sekadar melahirkan hikayat faridah hanum bahkan beliau turut mencernakan

pemikiran dan menyedarkan bangsa melayu kepada isu ekonomi dan perjuangan anak watan.

Sebagai reformis , beliau menengahkan kefahaman islam yang di war- warkan oleh muhammad

abduh. Syed syeikh al hadi menggunakan majalah dan akhbar yang di pimpinkan untuk

menyebarkan fikrahnya. Dalam novelnya pula, syed syeikh al hadi menyeru agar oarang melayu

di zaman itu bersedia untuk menghadapi arus perubahan.

Oleh kerana kelantangan beliau dalam mengutarakan idea pembaharuan, tulisannya tidak

di senangi oleh golongan establishmen terutama jabatan agama islam negeri- negeri di tanah

melayu. Apapun kritikan dan teguran dari golongan ini, beliau hanya menjawab ‘ saya menulis

apa yang saya kira sebagai suatu usaha yang benar” ( al- ikhwan, 16 november 1929)

Page 13: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Segala yang diluahkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi adalah kesinambungan daripada fikrah

reformis Muhammad Abduh di bumi Mesir dan banyak tulisannya dirujuk daripada reformis

Muslim yang lain dan dalam bidang sastera dia berguru dengan Raja Ali Kelana di Pulau

Penyengat Riau yang terkenal sebagai pusat sastera Melayu pada zamannya.

  Keterlibatan syed syeikh al hadi dalam bidang penulisan telah di ketahui umum. Selain

menghasilkan buku-buku berunsur agama, beliau jiga terkenal sebagai penulis karya-karya

saduran, terutamayang berlatarbelakangkan mesir moden. Karyanya yang paling terkenal,

Faridah Hanum yang di terbitkannya dalam dua jilid, pada 1925 dan 1926, mendapat sambutan

meluas dan ini menggalakkan syed syeikh al hadi terus nerkarya dalam genre tersebut.

Keuntungan daripada penjualan novel pertama dalam bahasa melayu itu membolehkan syed

syeikh al hadi memulakan percetakan Jelutong Press yang memudahkan lagi rancangan

penerbitan beliau selepas itu. Hal yang penting di sentuh di sini ialah walaupun Hikayat Faridah

Hanum itu ialah kisah hubungan lelaki dengan perempuan dan mengandungi adengan-adengan

dan kata-kata yang dianggap berlebihan dari segi adat dan agama, ia pada asasnya tidak lari

daripada matlamat perjuangan syed syeikh al hadi selama ini. Inti patinya ialah tentang cinta

suci, kebebasan memilih pasangan hidup, keperluan menuntur ilmu, dan membuat perubahan

sesuai dengan keadaan, kesungguhan mempertahankan lunas agama di tengah-tengah cabaran,

dan kecekalan dalam perjuangan.unsur hubungan antara lelaki- wanita yang agak berlebihan itu

barangkali di sengajakan untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu-isu yang lebih besar

yang mahu beliau ketengahkan. Ulasan-ulasanyang menganggap penulisan kitab itu bermatlamat

keuntungan kewangan semata-mata tidaklah tepat. Jelas, dalam keadaan tersepit pun, syed syeikh

al hadi terus berusaha untuk membawa perubahan dala pemiliran masyarakat melayu zamannya.

Pendidikan terus di sampaikannya, termasuk dalam novel.

Page 14: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

KARYA

NOVEL:

1. Faridah Hanum (Cetakan Asal Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau Hikayat

faridah Hanum (1925-1926) . Dicetak oleh Pustaka Antara (1964).

2. Hikayat Taman Cinta Berahi Mahir atau Affandi dengan Iqbal Hanum,

Penang: Jelutong Press, 1928

3. Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia atau Kasih Saudara Kepada Saudaranya,

Penang, Jelkutong Press, 1929

4. Hikayat Nurul Ain, Penang: Jelutong Press, 1929

5. Hikayat Anak Dara Ghassan atau Hindun dengan Hammad (1928-1929)

6. Hikayat Cermin Kehidupan (1929)

KITAB- KITAB AGAMA

1. Tafsir Juz Amman (1927)

2. Tafsir Al-Fatihah (1928)

3. Kitab Alam Perempuan (1930)

4. Kitab Ugama Islam dan Akal (1931)

5. Hadiah Kebangsaan (1933)

CERITA-CERITA ROKAMBUL ( adaptasi)

1. Cerita Rokambul Dalam Jail Dan Di Paris

Page 15: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

2. Cerita Rokambul Dalam Siberia

3. Cerita Rokambul Dengan Korban Hindi

4. Cerita Rokambul Dengan Malin Kaum Nur

5. Cerita Rokambul Dengan Taman Penglipur Lara

6. Cerita Rokambul Dengan Perbendaharaan Hindi

Sumbangan dalam penerbitan dan pencetakan

Beliau telah menubuhkan sebuah syarikat percetakan iaitu jelutong press. Melalui

syarikat ini beliau telah menerbitkan sebuah majalah bulanan Al- Ikhwan pada tahun 1926 dan

akhbar dwi-mingguan iaitu saudara pada tahun 1928 Syed Syeikh Al- Hadi juga mempuyai satu

keistimewaan yang hampir sama dengan Hamka iaitu membabitkan diri dalam perkembangan

kesusasteraan dengan mengahasilkan novel saudara yang laris pada ketika itu. Salah satu

novelnya yang terkemuka ialah novel Faridah Hanum. Dengan adanya novel, majalah dan akhbar

yang di hasilkan ini, ia dapat menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulihan

orang-orang Melayu dan seterusnya menaikakn taraf hidup orang Melayu yang kritikal pada

masa tersebut.

Minat syed syeikh al hadi dalam bidang penulisan menjadi nyata dengan tertubuhnya

malajah al iman di singapura sekembalinya dari timur tengah. Majalah ini diterbitkan pada 22

julai 1906. Kandungan dan intisari majalah al- iman ini menitikberatkan isu dan masalah utama

seperti memperjuangkan islam berlandaskan al-quran dan hadis, memberi galakan kepada orang

melayu supaya melakukan ijtihad dan menjauhkan diri daripada taklid buta, menyarankan sistem

Page 16: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

oendidikan baru iaitu suatu sistem yang berdasarkan pendidikan islam yang sihat serta di tambah

tentang pengetahuan bahasa arab, inggeris, ilmu hisab dan agama. Penerbitan al-iman terhenti

pada tahun 1908 kerana kesulitan kewangan walaupun majalah ini pada dasarnya telah dapat

memikat hati pembaca-pembaca di tanah melayu dan indonesia.

Selepas itu beliau telah menerbitkan pula majalah al- ikhwan. Majalah ini ditulis kerana

mempunyai tujuan nya sendiri iaitu menyeru sekalian ikhwan muslimin kepada kemajuan dalam

medan kehidupan menurut kebebasan yang dibenarkan oleh undang-undang kerajaan negeri,

menyatakan kehendak agama islam yang memberu kebajikan bagi oerhimpunan kehidupan

sekalian yang berpegang dengannya, menggemarkan kepada penunututan ilmu, membawa

perkhabaran luar negeri yang memberi syarat kiasan bagi kehidupan yang sempurna, membawa

perkhabaran di dalam negeri apa-apa faedah umum atau menolak mudarat dan membawa cerita-

cerita yang memberi ibarat kiasan bagi kehidupan yang sempurna. AKHBAR INI MULANYA

Diterbitkan pada 16 ogos 1926 dan di cetak oleh the british malaya companay, kemudiannya

oleh jelutong press, pulau pinang. Akhbar terakhir ini pada 16 Disember 1931 ( arkib negara

1995: 4)

Setelah penutupan al-ikhwan, syed syeikh al hadi menerbitkan pula akhbar saudara yang

pada mulanya diterbitkan tiga kali seminggu sekali mula di terbitkan pada 29 september 1928

Akhbar ini lebih panjang hayatnya, iaitu kira-kira 13 tahun. Akhbar ini bertulisan jawi dan di

cetak oleh jelutong press yang dimiliki oleh syed syeikh al hadi sendiri. Akhbar ini di terbitkan

secara mingguan ( setiap sabtu) dalamtahun 1928-1932, dua kali seminggu sepanjang tahun-

tahun 1932-1941 dan di terbitan akhir ialah dalam tahun 1941. Syed syeikh al hadi mula

melibatkan diri dengan akhbar ini pada tahun 1933 hingga februari 1934, beberapa bulan

sebelum beliau meninggal dunia. kemudiannya di kendalikan oleh anaknya, syed alwi al hadi.

Page 17: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Oleh sebab hayatnya yang panjang akhbar ini di pimpin oleh ramai pengarang iaitu:

Sumbangan Syed Syeikh Al Hadi dalam Kewartawanan

Syed syeik al- Hadi melihat bidang penulisan, sama ada melalui bidang kewartawanan

ataupun kesusasteraan , boleh membawa gelombang pembaharuan islam dengan lebih berkesan.

Syed Syeikh Al Hadi telah melihat medan penulisan sebagai satu elemen yang dapat

membantunya dalam usahanya untuk menyedarkan umat Melayu ketika itu. Maka banyak

tulisan yang membawa semangat pembaharuan islam telah di hasilkan melalui pelbagai media

penerbitan seperti majalah, akhbar dan karya kreatif.

Bidang penulisan menjadi lebih rancak apabila syed syeik al- Hadi mempunyai syarikat

percetakannya sendiri,iaitu jelutong press yang didirikan di pilau pinang. Usahanya ini terbukti

apabila majalah Al Imam dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan tulisan jawi

berukuran lebar 6.3 inci serta panjang 8.6 inci. Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah

Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al Imam Printing Company Limited. Al Imam

mengandungi 32 halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al Imam telah

diterbitkan bersama-sama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari,

Syeikh Salim Al Kalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha.

Namun begitu Al Imam terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi majalah ini telah

mendapat sambutan hangat di Tanah melayu dan Indonesia. Kemudiannya beliau menerbitkan

akhbar Al Ikhwan pada 1926 dan akhir sekali akhbar Saudara pada 1928. Daripada akhbar-

akhbar inilah Syed Syeikh Al Hadi telah menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah

Page 18: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf orang Melayu yang krtikal ketika

itu. Beliau telah berusaha dengan gigihnya untuk menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya

untuk bangun dan berusaha dan bukannya sekadar bermalas-malasan.

Bersama-sama beberapa orang rakannya, syed syeik al- Hadi telah meniup angin

perubahan pemikiran progresif ke dalam masyarakat melayu pada waktu itu melalui sebuah

majalah bertajuk al- iman ( 1906) yang di terbitkan di singapura, kemudian al_-ikhwan (1926)

dan akhbar saudara (1928) di pulau pinang. Kandungan dan intisari majalah al- iman ini

menitikberatkan isu dan masalah utama seperti memperjuangkan islam berlandaskan al-quran

dan hadis, memberi galakan kepada orang melayu supaya melakukan ijtihad dan menjauhkan diri

daripada taklid buta, menyarankan sistem oendidikan baru iaitu suatu sistem yang berdasarkan

pendidikan islam yang sihat serta di tambah tentang pengetahuan bahasa arab, inggeris, ilmu

hisab dan agama. Penerbitan al-iman terhenti pada tahun 1908 kerana kesulitan kewangan

walaupun majalah ini pada dasarnya telah dapat memikat hati pembaca-pembaca di tanah melayu

dan indonesia.

Sumbangan Dalam Bidang Pendidikan

Sebagai seorang cendakia ulung, Syed Syeikh Al Hadi menyedari bahawa pendidikan

adalah medan ke arah pembinaan jiwa yang murni. Syed syeikh al- hadi memainkan peranan

yang penting dalam emamjukan sistem pendidikan di negara ini khususnya dalam bidang

pendidikan agama di negeri- negeri melayu tidak bersekutu seperti singapura, melaka dan pulau

pinang.tidak boleh di lupakan negitu sahaja. Menerusi pengajian madrasah inilah beliau dan

Page 19: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

angkatannya dari kalangan kaum muda yang dipelopori oleh beliau dan rakan-rakannya

menyebabkan berkembangnya sistem pengajian madrasah di tanah melayu.

Sistem pengajian madrasah yang di pelopori oleh syed syeikh al hadi memberi kesan yang

tidak sedikit kepada sistem pengajian pondok yang telah bertapak di negeri- negeri melayu

khususnya di pantai timur. Sistem pengajian ini memberi sainagn juga kepada sistem pendidikan

sekular yang di anjurkan oleh penjajah British. Sistem ini juga bertujuan melahirkan pelajar-

pelajar yang alim, berilmu dan bertangggungjawab kepada dirinya, bangsa san agama.

Perjuangan syed syeikh al hadi dalam penyebaran dakwah dan sistem pendidikan

semakin ketara dengan usahanya menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri iaitu Madrasah

Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada 1907.  Madrasah ini merupakan yang pertama

didirikan oleh syed syeikh al hadi untuk mengembangkan agama islam, menyalurkan

pemikirannya yang menentang khurafat dan berusaha membangunkan kembali sikap kritis umat

islam terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya khususnya kemodenan yang di

datangkan oleh dunia barat.

Madrasah al- iqbal yang telah didirikan selama dua tahun terpaksa ditutup disebabkan

perselisihan faham antara ibu bapa dengan guru dan beberapa masalah lain. Namun hal tersebut

tidak mematahkan semangat Syed Syeikh Al Hadi. Pada 1916, Beliau kemudiannya berhijrah ke

melaka, bumi yang pernah melahirkan dan mendewasakannya dahulu. Beliau telah menubuhkan

sebuah sekolah yang diberi nama Madrasah al Hadi di Bandar Kaba, pada tahun 1917. Madrasah

islam itu di beri nama madrasah Al Hadi sebagai memenuhi kehendak penyokong-penyokongnya

di melaka. madrasah ini telah mengajar ilmu-ilmu agama islam yang sebenar dan bebas daripada

belenggu kepercayaan khurafat yang direka-reka oleh ahli-ahli agama.

Page 20: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Syed syeikh al hadi yang mendapat pendidikan agama dan akademik di mesir mengajar

di madrasah al hadi dengan berpengantarakan bahasa Arab. Tenaga pengajar yang

mengusahakan dan menyebarkan ilmunya di madrasah ini adalah golongan kaum muda yang

berusaha menyedarkan bangsa melayu dari di belenggui dan dijajahi oleh kepercayaan dan

amalan yang bercorak tradisi yang merugikan umat islam. Bagaimanapun madrasah al-hadi ini

terpaksa di tutup pada tahun 1918 kerana pelbagai faktor. Di antara lain termasuklah di sebabkan

oleh masalah kewangan urusan pentadbiran, ketiadaan guru yang berkelayakan dan fenomena

masyarakat sekitar yang masih tebal dengan perasaan dan perasaan dan pengajaran kolot yang

masih berakar umbi dalam kalangan masyarakat ,elayu di melaka ketika itu.

Pertentangan di antara kaum muda dan kaum tua di melaka merupakan proses yang

mempercepatkan penutupan madrasah al- hadi ini. Golongan ini tidak ramai di melaka

berbanding dengan kaum tua yang sudah bertapak subur di tanah melayu dalam jangka masa

yang begitu lama.

Dalam hubungan ini ahmad adam menjelaskan iaitu, walaupun pengasas dan gurunya (syed

syeikh al hadi) seorang reformis islam yang gigih pada zaman itu namun pemikiran dan idea

yang dibawanya iaitu kefahamn kaum muda ternyata di tentang keras oleh orang-orang melaka

tengah.sementelahannya pula syed syeikh tidak disukai malah di anggap keras dalam sikap serta

pegangan kaum mudanya. Syarahan-syarahannya di pulaukan oleh golongan yang anti kaum

muda. Maka kerana itu, syed syeikh telah meninggalkan melaka dan berhijrah ke pulau pinang.

Perpindahannya ke pulau pinang membuka lembaran baru kepada perjuangan syed syeikh

al- hadi dalam usahanya mereformasikan umat islam menerusi sistem pendidikan madrasah dan

aliran pembaharuan yang mengalakkan kegiatan berfikir kritis dalam kalangan umat islam. Di

Page 21: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

sana beliaun telah menubuhkan madrasah Al masyhur Al- Islamiyah, di Tek Soon Street, Pulau

Pinang pada 1919. Pulau pinang merupakan bumi yang subur kepada perjuangan syed syeikh al

hadi dan menumpukan sepenuh usaha dan perhatiannya untuk membangunkan dan memajukan

madrasah al masyur. Dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan, syed syeikh al- hadi

mengemaskini perjalanan madrasahnya hingga nyata berjaya berbanding dengan madrasah-

madrasah terdahulu yang pendek umurnya.

Di pulau pinang , beliau tidak menumpukan semata-mata kepada usaha mengendalikan

madrasah al masyur, tetapi juga memasuki bidang-bidang kehidupan lain yang boleh

memantaokan kedudukan ekonominya. Beliau menyertai pelbagai bidang perusahaan,

perniagaan dan perkumpulan am yang berdasarkan keagamman dan kebangsaan, seperti

‘persekutuan Ikhwan Al- Masakeen.

Menurut catatan anaknya sendiri, syed alwi, persekutuan ikhwan al- masakeen didirikan

dengan anjuran syed syeikh al hadi dan terus terdiri hingga ke hari ii di mukim jelutong, pulau

pinang. Manakala madrasah al masyhur yang di usahakannya telah berhasil mengeluarkan

pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang kembali menyumbangkan bakti dan fikirannya

kepada kemajuan anak bangsanya. Tokoh- tokoh kaum muda seperti syeikh tahir jalaludin ikut

menyumbangkan sahamnya dengan memberikan syarahan dan tunjuk ajar yang banyak kepada

penuntut di madrasah itu.

Suatu kejayaan yang menggalakkan untuk madrasah ini ialah telah dijadikan sekolah

batuan kerajaan. Unsur ini tidak dapat dilihat sama sekali pada madrasah-madrasah atau sekolah

agama yang dibinanya terdahulu seperti madrasah al iqbal di singapura (1907) dan madrasah al

hadi (1917-1918) di bandar kaba , melaka yang terpaksa di tutup selepas setahun penubuhannya.

Page 22: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Kegagalan yang dialami dahulu ddi jadikan titik tolaknya bergerak dan terus melangkah maju

tanpa perlu menoleh ke belakang lagi dalam usaha menyahut cabaran pada hari muka sebelum

berjuang dan cuba di praktikkan benar-benar di pulau pinang. Penubuhan madrasah al masyur

dibina dengan bantuan dan kerjasama beberapa orang arab dan penduduk tempatan di pulau

pinang. Tokoh-tokoh terkemuka yang berkecimpung dalam penerbitan majalah al-iman dahulu

seperti syeikh tahir jalaluddin menyumbangkan tenaga yang banyak dalam memperhebatkan

perkembangan madarsah ini.

Syeikh tahir jalaluddin debenarnya di jemput oleh syed syeikh al hadi pada tahun 1920

untuk mengajar dan mencurahkan ilmunya di madrasah ini yang merupakan yang terawal di bina

di pulau-pinang. Menjelang tahun 1923 beliau berhenti dari mengajar dan kembali semula ke

medan, deli untuk berubat dan bertukar angin di tanah tumpah darahnya dan terus berkahwin di

padang panjang. Enam bulan kemudian beliau kembali ke pulau pinang.

Di samping itu,tokoh-tokoh lain seperti abu bakar Rafe dan abdullah maghribi turut

membantu syed syeikh al hadi membangunkan madarasahhya dengan memnjadi guru dan tenaga

pengajar di situ.

 

Syed Syeikh Al Hadi  dan Islah

Syed Syeikh Al Hadi terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda hasil daripada pengajiannya

dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al Din Al Afghani di Mesir dan Arab

Saudi. Pemikiran ini telah di ambil ketika beliau berulang alik dari Pulau Penyengat ke Timur

tengah khususnya Mesir. Justeru, Syed Syeikh Al Hadi berusaha menghapuskan salah faham

Page 23: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

agama yang membelenggu umat Islam dengan memerangi amalan khurafat dan bida’ah. Beliau

juga dengan bantuan beberapa teman-teman seperti Syeikh Abdullah al Maghribi dan Syeikh

Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan selama 3 bulan.

Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau membuktikan ajaran

tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut dibakar. Idea pemikiran islah atau aliran

Kaum Muda ini telah banyak membantu ke arah “membasuh” minda masyarakat Melayu ke arah

memahami Islam yang sebenarnya dan bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan

yang tidak mahu berubah.

Wahai sekelian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya. Wahai sekelian

saudara" kami yang sedang lina bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah.

Memadalah Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah sudah daripada sempadan

mengambil kesenangan bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera.

Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu..."

Syed Syeikh Al Hadi,  Al Ikhwan

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh yang banyak jasanya kepada negara

kita ini. Syed Syeikh al Hadi satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun sejak akhir-

akhir ini tokoh yang telah menjadi bapa kepada kewartawanan ini semakin dilupakan. Malah jasa

beliau yang paling teserlah adalah mendirikan sebuah Madrasah yang sangat masyur dan diberi

nama Madrasah Al Mashoor di Pulau Pinang.(kini dikenali sebagai SMKA Al Mashoor dan

Mahaad Mashoor Islami) Sejarah perjuangan beliau yang tidak mengenal penat dan lelah

tersebut seharusnya disanjug sebagai sebuah pengorbanan yang besar. Namun demikian, tidak

semuanya dihargai. Kediaman beliau di Jelutong, Pulau Pinang masih lagi menjadi monumen

Page 24: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

bersejarah yang dilupakan sejarahnya!. Justeru tulisan ini diharap dapat mengcungkil kembali

rasa tanggungjawab umat Islam di Malaysia yang seharusnya bertindak segera ke arah

menobatkan sebuah rumah yang melahirkan pemikiran-pemikiran yang menyedarkan umat Islam

sebagai salah satu warisan negara yang tidak ternilai harganya!. Namun sayang sekali kerana

rumah tersebut kini menjadi sebuah rumah berhala. Rumah di mana beliau melahirkan pemikiran

dan syor-syor yang meyedarkan masyarakat Melayu di seluruh nusantara telah tergadai begitu

sahaja.

Melihat daripada sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara sememangnya

tokoh ini kaya dengan jasa. Oleh itu penulis menyeru supaya kepada pihak-pihak terbabit agar

dapat membantu usaha mendapatkan kembali rumah Syed Syeikh Al Hadi ini. Syed Syeikh Al

Hadi  telah meninggalkan khazanah ilmu yang banyak kepada kita semua. Beliau telah tiada

yang ada hanyalah rumah sebagai tanda usahanya selama ini.  Adalah tidak patut untuk kita

membiarkan rumah beliau “terlepas” begitu sahaja. Penulis merayu supaya pihak tertentu supaya

memastikan rumah beliau kembali sebagai sebuah warisan dan bukannya rumah berhala. Marilah

kita sama-sama merenungi kata-kata Syed Syeikh Al Hadi  dalam  Akhbar Saudara untuk kita

sama-sama muhasabah wajarkah kita membiarkan rumah tersebut terlepas begitu sahaja.

“ Wahai Saudara- Apa sukakah tuan-tuan menjadi ahli-ahli kubur

sebelum mati? Ataupun menjadikan watan kita ini umpama padang-padang yang sunyi sama

sekali isinya daripada ahli-ahli iman yang kasih akan watannya?”

Saudara, 10 April 1932.

Page 25: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Syed Syeikh Al- Hadi telah meninggalkan kesan yang sangat

bermanfaat kepada masyarakat melayu.melalui sumbangannya dalam pelbagai aspek seperti

yang telah di nyatakan khasnya dalam pendidikan islam di Tanah Melayu yang telah

meninggalkan kesan yang mendalam dalam lipatan sejarah. Hasil daripada pemikiran kritisnya

telah melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu. Walaupun

pada permulaan perjuangannya, pemikiran Syed Syeikh Al- Hadi sukar untuk menembusi nadi

pemikiran masyarakat islam. Namun begitu ia telah bertapak kukuh di seluruh dunia sehingga ke

hari ini. Penibuhan madrasah yang di peloporinya telah berhasil memberi pukulan kepada sistem

pendidikan sekular yang dipaksakan oleh penjajah British di Tanah Melayu.

Beliau di anggap sebagai peneroka dan perintis dalam kebanyakan bidang di negara ini

selain bidang sastera. Syed Syeikh Al- Hadi dan rakan-rakannya dalam Golongan Muda

Page 26: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

berusaha serta mengasaskan sistem pendidikan madrasah di negara ini dan salah sebuah

madrasah yang di tubuhkannya ialah madrasah Al- MASYUR AL ISLAMIAH di pulau pinang

terus berfungsi hingga kini.

Syed Syeikh Al- Hadi merupakan seorang reformis, ahli fikir dan novelis yang progresif

dan moralis. Perjuangannya berlandaskan kepercayaan Islam. Pendekatan baharu yang terdapat

ajaran Islam dan fikirannya yang maju dalam soal kemasyarakatannya dan bangsa Melayu serta

pandangan dunianya tidak lari daripada lunas-lunas agama, iaitu kemajuan yang berlandaskan

kepada moral dan etika Islam. Beliau merupakan bapa novel melayu semenanjung.

Beliau juga merupakan seorang intelektual melayu yang mula-mula sekali mengenalkan

bentuk nivel dalam kesusasteraan melayu. Beliau seorang reformis sosial yang dapat menguasai

arus perkembangan sejarah bangsa melayu di awal abad ke- 20.

Beliau sangat lantang membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Banyak

melahirkan idea-idea sebagai seorang reformis Islam dan reformis sosial bagi menghapuskan

pemikiran kolot penganut Islam bangsa melayu pada masa itu. Segala bentuk kritikan dan

teguran yang berguna itu banyak di salurkannya melalui akhbar dan majalah.

Demikian juga sumbangannya menerbitkan majalah-majalah Al- iman, al-ikhwan dan

saudara, sewajarnya di hargai oleh generasi muda hari ini. Tulisan-tulisannya yang sering

mendahului zaman dan kontroversial telah mengubah dan mencelikkan mata dan hati mesyarakat

melayu yang di kongkong oleh penjajah Barat dengan sistem sosial masyarakat yang jumut

ketika itu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan sumbangan Syed Syeikh Al- Hadi yang meluas dan

merangkumi pelbagai bidanag merupakan antara ribuan mutiara dan permata yang perlu di

Page 27: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

hargai, terutama mereka yang hidup sezaman dengannya. Sesungguhnya Syed Syeikh Al-

Hadimasyarakat dan tokoh satrea yang istimewa bakat dan kecemerlangannya yang wajar di

teladani. Perjuangannya harus di teruskan oleh generasi muda kini dan akan datang

BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan.2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn.Bhd

Hashim Musa.1998. Falsafah Dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Sohaimi Abdul Aziz. 2003. Syed Syeikh Al- Hadi Cendekia Dan Sasterawan Ulung. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Talib Samad.1997. Syed Syeikh Al- Hadi Kehidupan Dan Pandangan Hidupnya Yang Terpancar

Dalam Karya Sastera. Pulau pinang: Seminar Kefahaman Budaya” Syed Syeikh

Al- Hadi Tokoh Melayu Pulau Pinang”

Talib Samad.1959. Syed Syeikh Al- Hadi Sasterawan Progresif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. 1992

Baharuddin Zainal Dan Lain-Lain Wajah. ( Biografi Seratus Penulis).Kuala Lumpur.1981.

Page 28: SYED SYEIKH AL-HADI

SYED SYEIKH AL-HADI

Syed Syeikh Al Hadi. Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya Atau Hikayat Faridah

Hanum.Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 1985

Abdullah Sidiq. Reformasi Islam Di Tanah Melayu:1900-1950.Latihan Ilmiah.Ukm Bangi.1979-

19809

Abdullah Bin Hj Jaafar. Al-Iman Di Dalam Khoo Kay Kim Et Al. Sejarah Masyarakat Melayu

Moden.Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.1984.