Syarahan bulan Ramadhan l 10 - alistighfar.org Ramadhan Latest.pdfPanduan puasa Ramadhan l 3...
Transcript of Syarahan bulan Ramadhan l 10 - alistighfar.org Ramadhan Latest.pdfPanduan puasa Ramadhan l 3...
Panduan puasa Ramadhan l 3
Peristiwa-peristiwa bulan Ramadhan l 8
Syarahan bulan Ramadhan l 10
Qiyamullail bulan Ramadhan l 13
Jadual kuliah subuh di bulan Ramadhan l 14
Jadual tazkirah Zuhur di bulan Ramadhan l 15
Imsakiah Ramadhan 1432H bagi Singapura l 18
Segala puji bagi Allah diatas segala nikmat yang telah dikurniakan
sehingga kita masih lagi hidup dengan aman dan harmoni dan
mengamalkan perintah agama dengan sebaiknya. Sekali lagi
Ramadhan kian menjelang, umat islam bersiap sedia bagi menyambut
ketibaan Ramadhan pada tahun ini. Namun, apakah perkara yang harus
kita pastikan agar Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yg terbaik
bagi diri kita serta keluarga dan masyarakat yg kita cintai. Keimanan
seseoran g mukmin tidak akan bersinar memancarkan keimanan yang
kukuh dan keperibadian serta akhlak yang mulia lagi terpuji tanpa
memupukkan ruh Al Quran itu sendiri di dalam diri dan sanubari setiap
individu di dalam masyrakat Islam. Al Quran merupakan sebuah kitab
suci lagi mukjizat yang memberi pedoman dan menjadikan sebuah
masyarakat unggul dan disegani seperti masyarakat arab di zaman
jahiliyyah yang hidup dengan penuh kemunduran dan keruntuhan
akhlak kemudian bertukar menjadi satu bangsa dan masyarakat yang
disegani serta menakluki sepertiga dunia di zaman kegemilagannya
dengan cahaya dan petunjuk Al Quran. Justeru itu marilah kita bersama
menghidupkan budaya Al Quran dengan bertadarrus, bermuzakkarah,
dan tidak pernah mengenal putus asa atau terlewat dalam
mempelajarinya. Mudah mudahan dengan keberkahan bulan Ramadhan
ini yang diturunkan di dalamnya Al Quran, kita dapat memupuk petunjuk
Al Quran ini kedalam jiwa dan sanubari diri serta keluarga dan
masayarakat kita serta memperolehi kejayaan yang cemerlang di dunia
dan di akhirat dengan cahaya dan petujuk Al Quran. Amin. 2
Apakah yang dimaksudkan dengan puasa?
Puasa bermakna menahan diri daripada perkara-perkara
yang membatalkannya dengan cara yang tertentu.
Apakah syarat-syarat sah puasa?
Syarat-syarat sah puasa ialah :
1) Islam.
2) Berakal
3) Baligh
4) Suci daripada haid dan nifas.
5) Niat
6) Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan
puasa.
Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:
1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka.
2) Muntah dengan sengaja sehingga keluar sesuatu dari
dalam perutnya.
3) Bersetubuh dengan sengaja.
4) Mengeluarkan air mani dengan sengaja
5) Gila, sekali pun selahzah.
6) Pitam dari terbit fajar hingga masuk matahari.
7) Berbuka
8) Murtad
9) Datang haid dan nifas sekali pun sedikit.
10) Beranak yang ada basahnya.
3
Bolehkah saya berniat puasa selama sebulan sekali di
malam awal Ramadhan?
Niat puasa wajib mesti ditakyinkan pada tiap-tiap malam
Ramadhan di dalam Mazhab Syafie. Tetapi mengikut
Mazhab Maliki harus berniat puasa sebulan dari malam
awal.
Apakah hukum orang yang mengambil suntikan dan
menggunakan ubat yang dititiskan di mata?
Tidak batal puasa orang yang menggunakan ubat yang
ditiskan di mata dan tidak batal mengambil suntikan ketika
berpuasa kerana ianya tidak dimasukkan melalui rongga
yang terbuka.
Bagaimanakah hukum orang yang menggunakan “inhaler”
ketika berpuasa?
Terdapat khilaf dikalangan ulama dalam masalah ini.
Namun jawatankuasa fatwa Singapura berpendapat tidak
batal puasanya kerana menjaga maslahah orang yang
sakit.
Bagaimana puasa orang yang tidur sepanjang hari dari
subuh sehingga maghrib?
Hukumnya sah puasa tersebut kerana tidur tidak dikira
hilang akal.
4
Apakah hukumnya suami isteri yang melakukan
persetubuhan di siang Ramadhan?
Jika persetubuhan itu dilakukan di siang Ramadhan dalam
keadaan berpuasa dan sedar, maka batallah puasa
tersebut dan dikenakan kaffarah ke atas suami.
Adakah suami sahaja yang dikenakan?
Ya, hanya suami sahaja yang dikenakan kaffarah tanpa
isteri kerana di dalam Al Quran dan dikuatkan juga oleh
Hadis Rasulullah saw hanya menyebut suami tanpa isteri.
Apakah kaffarah tersebut?
Kaffarah tersebut ialah:
1) Berpuasa selama 2 bulan berturut-turut jika terbatal
mesti diulangi dari mula.
2) Memberi makan fakir miskin seramai 60 orang tidak
diharuskan memilih mesti dibuat secara urutan.
Bagaimana pula wanita yang datang haid kemudian tidak
mengqaqdaknya sehingga bertemu dengan Ramadhan
seterusnya?
Berdosa bagi orang yang lalai dari mengqadakkan
puasanya, Mereka akan dikenakan fidyah secupak beras
bagi setiap hari yang ditinggalkan.Muktamad dalam
mazhab Syafie dikenakan ganda cupak beras jika bertemu
dengan Ramadan seterusnya.
5
Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadikan puasanya
puasa yang berkualiti?
Puasanya akan menjadi kualiti dengan berikut:
1) Memelihara lidah dari berkata yang tidak baik
2) Menundukkan pandangan
3) Banyakkan membaca Al Quran
4) Membasahkan lidah dengan berzikir
5) Banyakkan bersedekah
6) Menjamu orang yang berpuasa
7) Membantu dalam kerja kemasyarakatan
8) Menahan marah
Apakah lafaz niat puasa?
“ Nawaitu sauma ghadin a`n adai fardis shahri ramadhana
hazihis sanati Lillahi ta`ala”
Maksudnya “ Sahaja Aku berpuasa pada esok hari untuk
menunaikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan
pada tahun ini kerana Allah swt”
Apakah lafaz ketika berbuka puasa?
6
Lafaznya ialah : “ Allahumma laka sumtu wabika
amantu wa`ala rizqika aftartu” Ertinya ialah : ”Ya
Allah Kerana Mu aku berpuasa dan dengan
rezekimu aku berbuka.” (Riwayat Bukhari)
Apakah zikir yang baik dibaca di bulan Ramadhan?
Antara zikir yang baik dibaca ialah :
“Asyhadu anla ilaha illallahu, Astaghfirullaha, Nas alukal
jannata wa na`uzubika minan nar. (3 kali)
Allahumma innaka a`fuwwun tuhibbul afwa fa`afu anna. (3
kali)
Maksudnya: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan
Allah. Aku memohon keampunan kepada Allah. Kami
memohon syurgamu Ya Allah dan kami memohon
perlindungan kepadamu dari azab api neraka. (3 kali)
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau memberi
ampun dan suka mengampunkan maka ampunkanlah
kami Ya Allah. (3 kali)
7
Banyak sekali peristiwa peristiwa yang berlaku di dalam
bulan Ramadhan. Yang dapat memberikan pengajaran
kepada umat hari ini iaitu:
1) Turunnya Al Quran keseluruhannya dari Luh Mahfuz ke
Baitul Izzah pada malam 27 ramadhan mengikut pendapat
yang masyhur dikalangan para ulama dan fuqaha`.
2) Turunnya Al Quran (wahyu yang pertama) surah Al Alaq
ayat 1-5 pada malam 17 Ramadhan mengikut pendapat
masyhur dikalangan para Ulama dan Fuqaha`.
3) Berlakunya peperangan Badar yang hebat ( Ghazwah
Badaril Kubra) suatu peperangan yang hebat yang
memisahkan antara hak dan bathil. Kemenangan yang Allah
swt kurniakan sebagai mercu kejayaan bagi agama yang
membawa perpaduan dan tauhid kepada yang Agung dari
kesesatan berhala dan kemusnahan akhlak. Peperangan ini
berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a pada hari itu jugalah
terbunuhnya Firaun umat ini iaitu Abu Jahal musuh Islam
4) Pembukaan kota suci Mekah di dalam firman Allah swt di
dalam surah Al Fath ayat 1. Peristiwa ini berlaku pada hari
Jumaat 21 Ramadhan tahun 8 Hijriah.Pada hari ini telah
dihancurkan segala berhala disekeliling Ka`bah.
5) Persiapan bagi peperangan Khandaq pada tahun 5 Hijrah
di bulan Ramadhan. Peperangan Khandaq berlaku pada
bulan Syawal tahun tersebut.
6) Berlakunya beberapa adegan peperangan tabuk pada
tahun 9 hijrah bulan Ramadhan. Berlakunya peperangan
Qadisiyyah, peperanagan Buaib dan peperangan Rouds di
bulan Ramadhan.
8
7) Tersebarnya Islam di negeri Yaman pada tahun 10 hijrah di
bulan Ramadhan. Rasulullah saw telah mengutus Saiyidina
Ali ra ke Yaman sebagi ketua delegasi dan membawa
bersamanya kitab kepada mereka.
8) Khalid bin Walid membinasakan patung Uzza di suatu
tempat bernama Nakhla pada 5 hari terakhir di bulan
Ramadhan pada tahun 8 Hijriyah. Dan telah berkata Khalid
bin Walid kepada Rasulullah saw “Itulah dia patung Uzza
yang disembah Arab Jahiliyyah dan ianya tidak akan
disembah lagi selepas ini”.
9) Pada tahun 9 Hijriyah di bulan Ramadhan telah datang
rombongan Thaqif dari Thaif untuk memeluk Islam. Dan
dihancurkan berhala Allata yang disembah oleh orang orang
Thaqif dari Thaif.
10) Pada pagi hari Jumaat 25 Ramadhan tahun 479 Hijriyah
telah berlaku peperangan Azzallaqah ( suatu lembah terletak
di kawasan negara Portugal hari ini). Telah berjaya tentera
Islam bersatu di Andalus dengan kepimpinan Panglima Yusuf
ibnu Tashfin ke atas tentera Al Faranjah yang menjankau
jumlah tentera sebanyak 80 ribu bala tentera yang diketuai
oleh panglima AlFunis yang keenam Raja Qishtalah.
11) Peperangan Ain Jalut ( Suatu perkampungan di antara
Bisan dan Nabulus) berlaku pada pagi hari Jumaat 15
Ramadhan tahun 658 Hijriyah bersamaan 3 September 1260
Masihi.Dengan kepimpinan Sultan Qutuz Sultan Mamalik di
Mesir. Tentera Islam dapat menumpaskan tentera Mongol.
12) Pembukaan kota Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92
Hijriyah bersamaan 19 julai 711 Masihi. Dibawah kepimpinan
Thariq bin Ziyad mengalahkan tentera Ruzriq ketua AlQut di
suatu tempat bernama “Al Bahirah”. Mereka juga dapat
membuka kota Qurtubah Gharnatah T ulaithalah ibu kota
bagi Andalus.
9
No Tarikh/
Masa
Imam/Bilal Pensyarah Tajuk
1 31/07/11
Ahad
29 Syaaban
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Abdullah Shariff
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi
Ahlan wa sahlan ya
Ramadhan.
2 01/08/11
Isnin
1
Ramadhan
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Mas’oud
Ust Tengku Md Fouzy Fadhilat berpuasa
dan natijah dari
puasa yang diterima
oleh Allah.
3 02/08/11
Selasa
2
Ramadhan
1432
Hj Zulhilmi Abdul
Hamid/
Hj Noh Nordin
Ust Md Hasbi Hassan Puasa melahirkan
sifat cinta kepada
Allah dan Rasul.
4 03/08/11
Rabu
3
Ramadhan
1432
Ust Taufiq Ismail/
Rosman Abdul Wahab
Ust Taufiq Ismail Fadhilat
memakmurkan rumah
Allah di bulan
Ramadhan.
5 04/08/11
Khamis
4
Ramadhan
1432
Hj Sallehuddin
Ramlan/
Hj Ishak Ameer
Ust Irwan Hadi
Shuhaimy
Berlumba-lumba
dalam mengerjakan
amal kebajikan
merupakan sunnah
sahabat Rasul.
6 05/08/11
Jumaat
5
Ramadhan
1432
Hj Zainol Abidin/
Hj Abdul Ghani
Ust Md Ilyas Bin
Abdul Raub
Puasa mendidik
rohani agar tidak
tamak kepada
keduniaan.
7 06/08/11
Sabtu
6
Ramadhan
1432
Hj Zainol Abidin/
Hj Hassan Jauhari
Ust Izal Mustafa
Kamal
Puasa mengukuhkan
iman bagi
menghadapi dugaan
kehidupan.
8 07/08/11
Ahad
7
Ramadhan
1432
Hj Sakdun Sardi/
Hj Ayouub
Ust Md Yusri Yubhi
bin Yusof
Puasa mengeratkan
hubungan
kekeluargaan.
9 08/08/11
Isnin
8
Ramadhan
1432
Ust Suhaimi Md Fauzi/
Hj Salleh Abu
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi
Membahas
penafsiran Surah Al-
Hujjurat
10 09/08/11
Selasa
9
Ramadhan
1432
Hj Zulhilmi Abdul
Hamid/
Hj Abdullah Shariff
Ust Ahmad Khushairi
Zainal Abidin
Pengajaran dari
Surah Al-Kahfi
mengenai remaja
yang beriman.
10
No Tarikh/
Masa
Imam/Bilal Pensyarah Tajuk
11 10/08/11
Rabu
10
Ramadhan
1432
Hj Sapuan Samuri/
Hj Mas’oud
Ust Md Zaid Isahak Mengetahui
puasanya Rasulullah
SAW ketika genting.
12 11/08/11
Khamis
11
Ramadhan
1432
Hj Sapuan Samuri/
Hj Noh Nordin
Ust Md Noor Derus Mengenali
keperibadian sahabat
Salman Al-Farisi r.a.
13 12/08/11
Jumaat
12
Ramadhan
1432
Madrasah
Al-Irsyad
Madrasah
Al-Irsyad
Kekuatan Iman
Saiyiduna Bilal bin
Rabah r.a. dalam
menghadapi ujian.
14 13/08/11
Sabtu
13
Ramadhan
1432
Ust Mahfuz Al-Hafiz/
Hj Ishak Ameer
Ust Mahfuz Al-Hafiz Mengenali sahabat
Talhah ibnu
Ubaidillah r.a.
15 14/08/11
Ahad
14
Ramadhan
1432
Ust Mahfuz Al-Hafiz/
Hj Abdul Ghani
Ust Bahrul Ulum
Buang
Abu Hurairah r.a.
seorang sahabat
yang berjiwa tabah
dalam menghadapi
ujian.
16 15/08/11
Isnin
15
Ramadhan
1432
Ust Fahmi Hamdani/
Hj Hassan Jauhari
Ust Fahmi Hamdani Kesabaran Saiyidina
Ali r.a. dan
Sayyidatuna Fatimah
dalam mengharungi
cabaran hidup
sebagai mukmin
sejati.
17 16/08/11
Selasa
16
Ramadhan
1432
Ust Abdul Jalel Isahak/
Hj Ayouub
Ust Saiful Alam Shah Sejarah malam nuzul
Al Quran dan
implikasi wahyu
pertama pada umat
Rasulullah SAW.
18 17/08/11
Rabu
17
Ramadhan
1432
Ust Abdul Jalel Isahak/
Hj Salleh Abu
Ust Syed Ahmad
Aidid
Sifat-sifat mulia Kaum
Ansar dan Muhajirin
19 18/08/11
Khamis
18
Ramadhan
1432
Ust Abdul Jalel Isahak/
Hj Abdullah Shariff
Ust Md Nuzhan Mengenali sahabat
Abdullah ibnu Mas’ud
r.a.
20 19/08/11
Jumaat
19
Ramadhan
1432
Ust Md Fauzy Ramli/
Hj Mas’oud
Ust Md Fazalee
Jaafar
Mengenali sahabat
Abdullah ibnu Abbas
r.a.
11
No Tarikh/
Masa
Imam/Bilal Pensyarah Tajuk
21 20/08/11
Sabtu
20
Ramadhan
1432
Ust Md Fauzy Ramli/
Hj Noh Nordin
Ust Saripi Rawi Keutamaan umat
Nabi Muhammad
SAW ke atas umat-
umat yang lain.
22 21/08/11
Ahad
21
Ramadhan
1432
Hj Kamil Nordin/
Rosman Abdul Wahab
Ust Md Nazeeh
Mohamad
Fadhilat membaca
dan bertadabbur
dengan Al Quran
23 22/08/11
Isnin
22
Ramadhan
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Ishak Ameer
Ust Nul Hafiz Keutamaan orang
yang mempelajari Al
Quran dan
mengajarnya.
24 23/08/11
Selasa
23
Ramadhan
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Abdul Ghani
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi
Fadhilat zakat dan
bersedekah serta
membantu golongan
fakir miskin.
25 24/08/11
Rabu
24
Ramadhan
1432
Hj Kamil Nordin/
Hj Hassan Jauhari
Ust Md Nabil
Isnin
Fadhilat solat tahajjud
dan qiyamullail.
26 25/08/11
Khamis
25
Ramadhan
1432
Ust Md Faezin Hussein/
Hj Ayouub
Ust Feisal Hassan Amalan-amalan
Rasulullah SAW pada
10 malam terakhir
Ramadhan.
27 26/08/11
Jumaat
26
Ramadhan
1432
Ust Md Faezin Hussein/
Hj Salleh Abu
Ust Mohamad Bin Ali Membahas
penafsiran surah Al
Qadr dan keutamaan
malam Lailatul Qadr.
28 27/08/11
Sabtu
27
Ramadhan
1432
Ust Md Faezin Hussein/
Rosman Abdul Wahab
Ust Azmi Abdul
Samad
Tanda-tanda amalan-
amalan hamba yang
diterima oleh Allah
swt.
29 28/08/11
Ahad
28
Ramadhan
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Ishak Ameer
Ust Md Suhaimi Md
Suhaimi
Istiqamah dalam
amal merupakan
sunnah Rasulullah
SAW yang sering
diabaikan.
30 29/08/11
Isnin
29
Ramadhan
1432
Ust Md Suhaimi Md
Fauzi/
Hj Abdul Ghani
12
Tarikh Masa Hari
20/08/11
20 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Sabtu
21/08/11
21 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Ahad
22/08/11
22 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Isnin
23/08/11
23 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Selasa
24/08/11
24 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Rabu
25/08/11
25 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Khamis
26/08/11
26 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Jumaat
27/08/11
27 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Sabtu
28/08/11
28 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Ahad
29/08/11
29 Ramadhan 1432
Jam 3.00 pg Isnin
Bagi setiap sesi Qiyamullail, solat-solat sunat
berikut akan diadakan:
1) Solat Sunat Tahajjud
2) Solat Sunat Taubat
3) Solat Sunat Hajat
4) Solat Sunah Tasbih
5) Solat Sunat Witir
13
No Tarikh Pensyarah Tajuk
1 7/08/11
7 Ramadhan
1432
Ust Md
Nuzhan
Ramadhan
menurut
kacamata Al
Quran
2 14/08/11
14 Ramadhan
1432
Ust Sallim Bin
Jasman
As-Syifaa’ – Al
Quran
sebagai
penawar
3 21/08/11
21 Ramadhan
1432
Ust Md Noor
Derus
Lailatul Qadar
dari perspektif
Al Quran
4 28/08/11
28 Ramadhan
1432
Ust Abdul
Manaf
Rahmat
Pemahaman
Al Quran
mendorong
sikap
keihsanan
dalam
berinfaq dan
berzakat
*Kuliah subuh pada bulan Ramadhan
memberikan fokus khusus terhadap
tema Al Quran pada Ramadhan kali ini.
14
Tarikh Imam Tajuk
1 Ogos 2011 Ust Nul Hafiz Tafsir Surah Ad Dhuha
2 Ogos 2011 Ust Md Fauzy Tafsir Surah Asy Syarh
3 Ogos 2011 Ust Md Nabil Tafsir Surah At Tin
4 Ogos 2011 Ust Md Nazeeh Tafsir Surah Al Alaq
8 Ogos 2011 Ust Nul Hafiz Tafsir Surah Al Qadr
9 Ogos 2011 Ust Md Fauzy Tafsir Surah Al Bayyinah
10 Ogos 2011 Ust Md Nabil Tafsir Surah Al Zalzalah
11 Ogos 2011 Ust Md Nazeeh Tafsir Surah Al Aadiyat
15 Ogos 2011 Ust Nul Hafiz Tafsir Surah Al Qariah
16 Ogos 2011 Ust Md Fauzy Tafsir Surah At Takaathur
17 Ogos 2011 Ust Md Nabil Tafsir Surah Al Asr
18 Ogos 2011 Ust Md Nazeeh Tafsir Surah Al Humazah
22 Ogos 2011 Ust Nul Hafiz Tafsir Surah Al Fil & Quraisy
23 Ogos 2011 Ust Md Fauzy Tafsir Surah Al Maaun & Al Kauthar
24 Ogos 2011 Ust Md Nabil Tafsir Surah Al Kaafirun & An Nasr
25 Ogos 2011 Ust Md Nazeeh Tafsir Surah Al Masad & Al Ikhlas
29 Ogos 2011 Ust Md Nabil Tafisr Surah Al Falaq & Surah An Naas
*Kesemua tazkirah diadakan selepas solat Zuhur (Isnin –
Khamis)
15
Tadarrus Al Quran
Setiap malam selepas Solat Terawih
Dari 1 Ogos hingga 28 Ogos
Di dewan solat utama, Aras 1
Jadual Pungutan Zakat Harta & Fitrah
Setiap hari bermula dari 3 Ogos (2 Ramadhan)
(2 Ramadhan 1432) Jam 10 pg hingga 10 mlm.
(kaunter pungutan akan ditutup semasa waktu
solat)
Solat Hari Raya Aidilfitri
1 Syawal 1432 /Jam 7.45 pagi
Imam Solat Hari Raya: Ust Md Suhaimi Md Fauzi
Bilal: Hj Hassan
16
Kuliah Muslimin & Muslimah
Kesemua kelas Muslimin & Muslimah akan ditutup
pada bulan Ramadhan. Pembukaan setiap kelas
dan tarikh-tarikhnya akan diumumkan pada akhir
Ramadhan.
Penjagaan kanak-kanak sewaktu Solat Terawih
Penjagaan kanak-kanak akan diadakan di aras dua
kelas Babur Rahmah setiap hari sewaktu solat
terawih. Bagi para jemaah yang membawa kanak-
kanak kecil, boleh meletakkan anak mereka di bilik
Babur Rahmah dan akan dijaga oleh pegawai
masjid.
Pembahagian Bubur Ramadhan
Setiap hari dari 1 Ogos hingga 25 Ogos
Selepas solat Asar (Aras 1)
17
Ramadhan Imsak Subuh Syuruk Zuhur Asar Maghrib Isyak
1 5.36 5.45 7.06 1.13 4.34 7.18 8.29
2 5.36 5.46 7.06 1.13 4.34 7.18 8.29
3 5.36 5.46 7.06 1.13 4.34 7.18 8.29
4 5.36 5.46 7.06 1.12 4.33 7.17 8.29
5 5.36 5.46 7.06 1.12 4.33 7.17 8.28
6 5.36 5.46 7.06 1.12 4.33 7.17 8.28
7 5.36 5.46 7.06 1.12 4.32 7.17 8.28
8 5.36 5.46 7.06 1.12 4.32 7.17 8.28
9 5.36 5.46 7.06 1.12 4.32 7.17 8.27
10 5.36 5.46 7.06 1.12 4.31 7.17 8.27
11 5.36 5.46 7.06 1.12 4.31 7.16 8.27
12 5.36 5.46 7.06 1.11 4.30 7.16 8.26
13 5.36 5.46 7.05 1.11 4.30 7.16 8.26
14 5.36 5.46 7.05 1.11 4.29 7.16 8.26
15 5.36 5.46 7.05 1.11 4.29 7.16 8.26
16 5.36 5.46 7.05 1.11 4.28 7.15 8.25
17 5.36 5.46 7.05 1.10 4.28 7.15 8.25
18 5.36 5.46 7.05 1.10 4.27 7.15 8.24
19 5.36 5.46 7.04 1.10 4.27 7.15 8.24
20 5.35 5.45 7.04 1.10 4.26 7.14 8.24
21 5.35 5.45 7.04 1.10 4.26 7.14 8.23
22 5.35 5.45 7.04 1.09 4.25 7.14 8.23
23 5.35 5.45 7.04 1.09 4.24 7.13 8.23
24 5.35 5.45 7.03 1.09 4.24 7.13 8.22
25 5.35 5.45 7.03 1.09 4.23 7.13 8.22
26 5.35 5.45 7.03 1.08 4.22 7.13 8.21
27 5.35 5.45 7.03 1.08 4.22 7.12 8.21
28 5.34 5.44 7.02 1.08 4.21 7.12 8.21
29 5.34 5.44 7.02 1.07 4.20 7.12 8.20
“Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani.
Latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampaui batas.”
(Maksud hadith Nabi Muhammad S.A.W)
Oleh itu, marilah kita menyempurnakan puasa ini dengan penuh ketakwaan.
Tingkatkan ilmu, teguhkan iman dan lahirkan keihsanan.
18
Borang Sukarelawan untuk bulan Ramadhan
Nama: _______________________________________
Alamat:_______________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
Tarikh Lahir: __________________________________
Telefon: ______________________________________
Emel: ________________________________________
Bagaimana anda ingin membantu Masjid Al-Istighfar?
Membantu pembahagian bubur
Membantu mengendalikan berbuka puasa
Membantu mengendalikan sahur
Lain-lain, sila nyatakan:
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
_____________________________________________
*Hantarkan borang ini ke kaunter di aras 1…
19
Nota
20
Nota
21
Masjid Al Istighfar
No 1 Pasir Ris Walk Singapore 518239
www.alistighfar.org . Tel 6583 8711 . Fax 6583 8722