Syair Li-Attar Ghib

11
Syair Li- Attar Ghib Abu Hassan Sham (Penyelenggara) Oleh : Ahmad Haikal bin Tomin Luqman AlHakim bin Abd Baki Yang BESAR itu NAFSU..... Yang BERAT itu AMANAH… Yang INDAH itu SOLAT….. Yang DEKAT itu MATI…... ~IMAM AL-GHAZALI~

Transcript of Syair Li-Attar Ghib

Syair Li-Attar GhibAbu Hassan Sham (Penyelenggara)

Oleh : Ahmad Haikal bin Tomin Luqman AlHakim bin Abd Baki

Yang BESAR itu NAFSU.....

Yang BERAT itu AMANAH…

Yang INDAH itu SOLAT…..

Yang DEKAT itu MATI…... ~IMAM AL-GHAZALI~

Syair Li-Attar

Ghib

Pengenalan

Maksud setiap rangkap

Tema

Persoalan

Bentuk

Gaya Bahasa

Nilai

Pengajaran

Nota ini boleh didapati di :-

AkhiAhmad14.blogspot.com

Sekian , Terima Kasih .

PENGENALANSyair Li-Attar Ghib mengisahkan kesedihan Daing Celak setelah kedua-dua abangnya, iaitu Daing Parani dan Daing Merewah meninggal dunia. Penyair cuba menyelitkan mesej tentang ajal yang pasti akan menjemput manusia tanpa mengira darjat dan usia kerana demikian ketetapan Ilahi. Murid tidak perlu risau dengan sesetengah perkataan bahasa Arab, kerana tugasan soalan tidak akan menguji tentang makna atau terjemahan sesuatu perkataan.

Li-Attar Ghib mungkin bermaksud haruman atau wangian yang hilang, kerana versi asal tulisan jawi tidak dipaparkan. Versi lain ialah kata dasar "ra-ghi-ba" yang membawa maksud kecenderungan. Namun, apabila disekalikan dengan "li" sudah membawa maksud "memujuk hati (yang lara)" sejajar dengan cerita Daing Celak itu.

Rangkap Maksud

1 Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

2 Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

3 Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.

4 Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

5 Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.

6 Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

7 Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia

8 Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

TEMA

Mengambil iktibar daripada kematian.

Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.

PERSOALAN

i. Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. ii. Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama. iii. Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian

BENTUK

i. Mempunyai 8 rangkap.

 

ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

 

iii. Semua baris adalah maksud.

 

iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris

  

v. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris

  

vi. Rima akhir ialah aaaa.

 

vii. Bentuk syair ialah terikat.

Gaya Bahasa

Pengulangan vokal a

Asonansi

Pembalikan kata

Inversi

Pengulangan konsonan d

Aliterasi

Penggunaan bahasa Arab dan Arkaik

Diksi

Pengulangan perkataan dalam

satu baris Repitisi

Kata ganda

Nilai

Keinsafan

Kesabaran

Kerajinan

Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat

kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan

merasainya.

Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan

memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para

nabi. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi

musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita

wajib pasrah pada ketentuan-Nya.

Rangkap 8

Rangkap 3

Rangkap 7

PENGAJARAN

Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.

Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.