Sy Arahan
-
Upload
muhd-fadhil -
Category
Documents
-
view
26 -
download
0
description
Transcript of Sy Arahan
SYARAHAN; Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan
Pengetua Sekolah Menegah Seri Peramu Jaya, guru guru dan murid
murid sekalian. Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan
Alam Sekitar untuk menyampaikan tajuk syarahan saya yang bertajuk,
Punca Punca Pencemaran Alam Sekitar.
Dasawarsa ini, sama ada para pelajar dan guru sedar atau tidak akan kepentingan alam sekitar ini. Bumi ini telah dicemari oleh tangan tangan rakus yang mahukan keuntungan tanpa memikirkan kesan yang menimpa alam sekitar. Kesan pencemaran alam sekitar telah memberikan impak impak negatif seperti gangguan ekosistem, pencemaran air dan pencemaran udara.
Malahan terdapat banyak punca punca yang menyebabkan pencemaran
alam sekitar. Antaranya, kekurangan ilmu terhadap pemilik kilang
industri ini tentang pencemaran alam ini telah menyebabkan mereka
ini membuang sisa - sisa toksik industri mereka ke dalam sungai.
Hal ini telah menyebabkan binatang akuatik mati dan menghadapi
kepupusan. Air sungai yang tercemar juga akan memudaratkan
kesihatan manusia.
Hadirin yang dihormati sekalian, Selain itu, pembuangan sampah
merata rata juga antara punca pencemaran alam sekitar. Oleh itu,
pelajar pelajar seharusnya menjaga kebersihan di sekolah ini.
barangan sampah seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium boleh
dikitar semula dan barangan sisa makanan boleh dibuat baja untuk
pertanian. Pembuangan sampah dengan kadar yang banyak boleh
meningkatkan jumlah haiwan perosak yang membawa penyakit seperti
tikus dan lipas.
Seterusnya, punca yang lain ialah pembebasan gas klorofluorokarbon
daripada racun serangga. Ramai masyarakat di negara ini yang
mengguna racun seranga seperti Ridsect bagi menjaga keselamatan
keluarga tanpa memikirkan alam sekitar. Gas ini akan menyebabkan
menipiskan lapisan ozon yang lama - kelamaan membenarkan sinaran
ultra unggu memasuki bumi dan memudaratkan manusia. Kita boleh
menggunakan racun serangga water base yang lebih mesra alam.
Akhir sekali, punca yang terakhir ialah penebagan hutan yang
berleluasa. Penebangan yang tidak terkawal boleh membawa banyak
keburukan terhadap flora dan fauna serta manusia. Contohnya seperti
perubahan landskap dan kepupusan flora dan fauna yang menyebabkan
ekosistem terganggu.
Oleh itu, langkah perlu diambil untuk menjamin kesejahteraan hidup
pada masa akan datang. Contoh langkah yang perlu diambil ialah
menguatkusakan undang undang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa
dalam aktiviti yang diadakan seperti Sayangi Sungai Kita. Semua
pihak memainkan peranan yang penting untuk menjaga alam
sekitar.
Sekian, terima kasih.