SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) · PDF file1 suruhanjaya hak asasi manusia (suhakam)...
Transcript of SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) · PDF file1 suruhanjaya hak asasi manusia (suhakam)...
1
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
(SUHAKAM)
KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA
DI SEKOLAH
TINGKAT 11, MENARA TH PERDANA,
JALAN SULTAN ISMAIL 50250 KL
03-26125600
2
Kandungan
m/s
1.0 Pengenalan 3
2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah 4
3.0 Strategi 5
4.0 Kesimpulan 7
3
Kertas Konsep Pendidikan Hak Asasi Manusia Di Sekolah
1.0 Pengenalan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Secara amnya, SUHAKAM ditubuhkan
untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia. SUHAKAM menmpunyai empat
fungsi utama yang termaktub di dalam seksyen 4(1) AKTA Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia. Ia adalah :
(i) Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan
dengan hak asasi manusia
(ii) Untuk menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan
arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu
diambil;
(iii) Untuk mengesyor kepada Kerajaan bekenaan mengenai penandatanganan atau
penyerahan dalam perjanjian triti dan suratcara antarabangsa yang lain dalam
bidang hak asasi manusia;
(iv) Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia.
Disebabkan adanya keperluan untuk menggalakkan kesedaran dan memberikan pendidikan
hak asasi manusia kepada setiap rakkyat demi kesejahteraan mereka, SUHAKAM telah
ditubuhkan untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai hak-hak ini.
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
4
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara. Falsafah ini selaras dengan usaha untuk menggalakkan kesedaran hak asasi
manusia di kalangan rakyat Malaysia.
Wawasan 2020 yang dicetuskan pada 1991, menekankan pembentukan masyarakat
Malaysia yang bermoral, beretika, bertanggungjawab dan penyayang. Wawasan 2020 ini
juga berhasrat membentuk masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu, berjiwa bebas,
tenteram, liberal dan bertolak ansur. Kesemua unsur tersebut merupakan landas utama
matlamat pendidikan hak asasi manusia.
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights, UDHR)
pula menekankan bahawa pendidikan yang dapat membentuk perkembangan
keperibadian manusia harus diberikan kepada setiap orang.
Sehubungan itu, SUHAKAM berhasrat menegaskan lagi pengajaran pendidikan hak asasi
manusia di sekolah Malaysia. Ini adalah kerana sekolah merupakan satu institusi unggul
yang menjadi tempat membangunkan insan dan kehidupan seseorang manusia. Sekolah
menjadi satu tempat pembentukan minda dan tingkah laku generasi muda.
Pendidikan hak asasi manusia merupakan satu usaha membentuk pemahaman mengenai
hak asasi dan tanggungjawab di kalangan pelajar, untuk memberi kepekaan mengenai hak
orang lain dan menggalakkan perlakuan yang bertanggungjawab untuk melindungi hak
setiap orang di sekolah dan di dunia luar.
Pendidikan hak asasi manusia ini bukanlah perkara yang baru di sekolah. Sebenarnya, hak
asasi sudah diajar walaupun secara tidak langsung kerana apabila hal-hal demokrasi,
keadilan sosial, kemerdekaan dan sikap hormat-menghormati dibincangkan, hak asai
manusia telah diperkatakan secara tidak langsung. Malah, dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam telah memberikan penekanan kepada nilai
hak asasi manusia. Selain daripada itu trdpat juga elemen-elemen hak asasi manusia dalam
mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran
Hidup.
2.0 Matlamat Pendidikan Hak Asasi Manusia di Sekolah
Secara umumnya, pendidkan hak asasi manusia di sekolah yang dicadangkan oleh
SUHAKAM bertujuan untuk menegaskan lagi pengajaran dan penghayatan nilai-nilai
kemanusiaan yang akan membentuk tingkah laku pelajar yang murni seperti sikap hormat-
5
menghormati, bertoleransi, bertanggungjawab, kasih sayang dan persaudaraan sesama
manusia di sekolah dan masyarakat. Pendidikan ini juga bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran mengenai hubungan kekeluargaan, persekolahan, kemasyarakatan dan
kenegaraan.
Antara matlamat pendidikan hak asasi manusia ini diperkenalkan di sekolah adalah seperti
berikut:
(i) Menyediakan para pelajar sebagai seorang warganegara yang
bertanggungjawab. Ini termasuk pengajaran dan pembelajaran mengenai hak-
hak individu dan hak orang lain, menggalakkan keharmonian sosial demi
pembangunan dan keamanan yang berterusan.
(ii) Menerapkan nilai-nilai dan norma kehidupan terhadap pengembangan
personality supaya setiap individu berkelakuan baik.
(iii) Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak
asasi dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
(iv) Meningkatkan pemahaman dan penggunaan hak asasi untuk tujuan kehidupan
yang adil dan berperikemanusiaan.
Hak asasi manusia dapat difahami dengan baik melalui amalan dan pengalaman hidup.
Kehidupan seharian di sekolah dapat memberikan pengalaman ini dan ia boleh membantu
penghayatan konsep-konsep hak asasi manusia dalam pendidikan formal seperti
kebebasan dari keganasan, toleransi, keadilan, dan kebenaran.
Justeru, pendidikan hak asasi manusia yang dihasratkan ini akan memajukan kepentingan
masyarakat bersama dan bukan hanya terhad kepada pengetahuan di dalam bilik darjah.
Pendidikan hak asasi manusia menggalakkan amalan nilai murni seprti hormat-
menghormati, sayang-menyayangi dan bertanggungjawab sesama manusia yang menjadi
tunjang budaya kita.
3.0 Strategi
i.Kaedah
Pendidikan hak asasi manusia yang dicadangkan ini akan diintergrasikan secara eksplisit ke
dalam kurikulum yang sedia ada. Ini bermakna pendidikan hak asasi tidak akan diajar
sebagai satu mata pelajaran yang berasingan. Kaedah mengintergrasikan hak asasi manusia
6
ke dalam kurikulum yang sedia ada ini juga digunakan di negara ASEAN lain seperti Filipina,
Indonesia, India dan Sri Lanka.
SUHAKAM mencadangkan bahawa penerapan unsur-unsur hak asasi manusia ditumpukan
terhadap mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Pendidkan Agama, Pendidikan
Moral, Bahasa, Sejarah, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual dan Kemahiran Hidup.
Proses mengintergrasikan hak asasi manusia ke dalam kurikulum sekolah akan
memperkayakan lagi mata-mata pelajaran tersebut dengan penerapan nilai-nilai murni
secara lebih berfokus.
ii.Kandungan Kurikulum
Kandungan pendidikan hak asasi manusia akan berdasarkan tiga dokumen penting iaitu
Perlembagaan Persekutuan Malaysia terutamanya Bahagian II, Perisytihraan Hak Asasi
Manusia Sejagat dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak. Disamping itu dokumen
atau suratcara antarabangsa juga akan digunakan dalam usaha mengenal pasti unsure-
unsur hak asasi manusia untuk diterapkan ke dalam kurikulum sekolah. Perkara-perkara
yang tidak sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara akan dijadikan asas pembentukan
kurikulum.
SUHAKAM telah mengenal pasti beberapa unsur/bidang hak asasi manusia untuk
diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan setelah meneliti dokumen-dokumen yang
dinyatakan diatas.
iii.Kumpulan Sasaran
Pendidikan hak asasi manusia akan ditujukan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah
SUHAKAM memilih pelajar sekolah sebagai salah satu kumpulan sasaran untuk penerapan
pendidikan hak asasi manusia kerana:
Nilai-nilai murni perlu dipupuk di kalangan pelajar lagi supaya mereka dapat
menerima dan menghayati pendidikan hak asasi manusia dengan lebih mudah.
7
Memandangkan pelajar terdedah kepada masalah sosial yang semakin meruncing,
pendidikan hak asasi manusia dapat membantu meningkatkan sikap beretika dan
bermoral kea rah kesejahteraan hidup.
Pelajar perlu mengamalkan budaya sosial kea rah kebebesan asasi manusia dan
tanggungjawab dalam membentuk persekitaran yang adil, saksama dan demokratik.
Pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan pengundi di masa
hadapan, harus memahami tanggungjawab masyarakat dan hak mereka sebagai
seorang warganegara.
Secara ringkasnya, mendidik generasi muda mengenai demokrasi dan hak asasi manusia
dan hak asasi manusia merupakan satu pelaburan yang amat bernilai untuk membentuk
cara hidup masyarakat di masa hadapan. Alam persekolahan merupakan satu mekanisma
semulajadi untuk penera