Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

6
SUMMER CITY CHURCH Lot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching. No. Tel: 082-622102 23 September 2015 Kepada semua pastor dan pemimpin gereja-gereja Bahasa Malaysia di seluruh Malaysia, Salam sejahtera dalam nama Tuan yang kita layani Yesus Kristus! Apabila saya mula melayani, lebih 30 tahun yang lalu, konvensyen-konvensyen pemimpin dan pastor banyak kali memberkati saya dan membangun iman saya. Pertemuan dengan pastor-pastor lain, mendengar khutbah-khutbah penuh urapan dan berganding bahu dengan saudara seiman dari pelbagai bangsa dan denominasi menyuntik semangat baru dan memberi idea-idea untuk pelayanan saya. Menyedari kuasaanfaat baik konvensyen, saya bersama dengan pemimpin- pemimpin gereja Grace Levites Sanctuary dan Gereja Baptis Emanuel (BM) di Kuching telah mengambil langkah iman untuk menganjurkan Konvensyen ANGKAT 2015, khas untuk semua pastor dan pemimpin gereja-gereja Bahasa Malaysia di seluruh Malaysia yang akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 18-19 November di Kuching bertempat di dewan ibadah gereja Good News Fellowship. Tujuan Konvensyen Konvensyen ini diberi nama ANGKAT kerana ia bertujuan untuk Mengangkat semangat peserta Mengangkat taraf keberkesanan dan pelayanan para peserta Mengangkat tahap kehebatan pelayanan Bahasa Malaysia di Malaysia Tema Konvensyen Untuk tahun ini tema Konvensyen ANGKAT 2015 ialah METANOIA: Berubah Untuk Berjaya yang bertujuan untuk mencabar para peserta untuk memeluk perubahan dan mengubah diri serta pelayanan mereka supaya lebih berkesan dan bertahan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pengkhutbah Konvensyen Untuk ini berlaku tiga pengkhutbah telah dijemput sebagai penceramah utama: Pastor Arman Harijanto (CMN Indonesia) - Pastor Arman ialah pengasas & ketua eksekutif CBrio Indonesia, Perunding Kelakuan bertauliah dan pengarah latihan Lelaki Kuat Tahap Seterusnya CMN Indonesia. Beliau adalah penceramah seminar dan jurulatih bebas (2000 - sekarang) kepada banyak syarikat-syarikat antarabangsa dan organisasi kerajaan tempatan. Beliau juga adalah seorang pengajar dan pensyarah

Transcript of Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

Page 1: Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

SUMMER CITY CHURCHLot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching.No. Tel: 082-622102

23 September 2015

Kepada semua pastor dan pemimpin gereja-gereja Bahasa Malaysia di seluruh Malaysia,

Salam sejahtera dalam nama Tuan yang kita layani Yesus Kristus!

Apabila saya mula melayani, lebih 30 tahun yang lalu, konvensyen-konvensyen pemimpin dan pastor banyak kali memberkati saya dan membangun iman saya. Pertemuan dengan pastor-pastor lain, mendengar khutbah-khutbah penuh urapan dan berganding bahu dengan saudara seiman dari pelbagai bangsa dan denominasi menyuntik semangat baru dan memberi idea-idea untuk pelayanan saya.

Menyedari kuasaanfaat baik konvensyen, saya bersama dengan pemimpin-pemimpin gereja Grace Levites Sanctuary dan Gereja Baptis Emanuel (BM) di Kuching telah mengambil langkah iman untuk menganjurkan Konvensyen ANGKAT 2015, khas untuk semua pastor dan pemimpin gereja-gereja Bahasa Malaysia di seluruh Malaysia yang akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 18-19 November di Kuching bertempat di dewan ibadah gereja Good News Fellowship.

Tujuan Konvensyen

Konvensyen ini diberi nama ANGKAT kerana ia bertujuan untuk

Mengangkat semangat peserta Mengangkat taraf keberkesanan dan pelayanan para peserta Mengangkat tahap kehebatan pelayanan Bahasa Malaysia di Malaysia

Tema Konvensyen

Untuk tahun ini tema Konvensyen ANGKAT 2015 ialah METANOIA: Berubah Untuk Berjaya yang bertujuan untuk mencabar para peserta untuk memeluk perubahan dan mengubah diri serta pelayanan mereka supaya lebih berkesan dan bertahan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Pengkhutbah Konvensyen

Untuk ini berlaku tiga pengkhutbah telah dijemput sebagai penceramah utama:

Pastor Arman Harijanto (CMN Indonesia) - Pastor Arman ialah pengasas & ketua eksekutif CBrio Indonesia, Perunding Kelakuan bertauliah dan pengarah latihan Lelaki Kuat Tahap Seterusnya CMN Indonesia. Beliau adalah penceramah seminar dan jurulatih bebas (2000 - sekarang) kepada banyak syarikat-syarikat antarabangsa dan organisasi kerajaan tempatan. Beliau juga adalah seorang pengajar dan pensyarah program sarjana di Universiti Indonesia. Beliau akan menyentuh soal kewangan dalam konvensyen ini.

Pastor Sam Surendran (Excel Community Church, Pulau Pinang) – Pastor Sam merupakan perintis Excel Community Church dan kerinduan beliau adalah untuk melihat tuaian jiwa bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Beliau rindu

Page 2: Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

SUMMER CITY CHURCHLot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching.No. Tel: 082-622102

melihat pastor-pastor diangkat dari gereja lokal untuk pelayanan dan pemuridan yang efektif melalui perlengkapan Firman Tuhan. Firman yang beliau bawa adalah untuk memimpin para peserta mengalami kasih kurnia Tuhan yang luar biasa.

Pastor Andy Anyi Wan (BEM On The Rock, Miri) – dengan visi dan panggilan yang jelas untuk menjangkau generasi muda, beliau meninggalkan perniagaannya untuk memulakan BEM On The Rock, sebuah gereja yang bertenaga dan kontemporari dengan tujuh orang anak muda termasuk isterinya pada tahun 2001 di Miri, Sarawak. BEM On The Rock kini telah berkembang kepada purata kehadiran mingguan 1000 orang. Pastor Andy juga terlibat dalam menanam gereja baru di kawasan pendalaman dan pada masa ini memantau 5 buah gereja di kawasan pendalaman. Beliau akan mengongsi kesaksian peribadinya dan pengalamannya memimpin gereja BEM On The Rock.

Usaha menggalakkan perubahan yang membawa kejayaan akan diperluaskan kepada umat Kristian di Kuching dan kawasan berdekatan dengan mengadakan dua kebaktian umum terbuka pada dua malam konvensyen.

Tempat Konvensyen

Konvensyen ini akan diadakan di dewan ibadah gereja Good News Fellowship yang bertempat di Green Heights Commercial Centre, Lorong Lapang Terbang 2, Kuching (tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching).

Makan Dan Penginapan

Makan tengah hari dan malam tidak disediakan tetapi ada banyak kedai makan di sekeliling pusat konvensyen yang dapat memenuhi selera peserta dengan makanan yang enak dan murah.

Para peserta diminta mencari tempat penginapan sendiri. Para peserta mempunyai tiga pilihan:

Tinggal bersama kenalan/ahli gereja sama denominasi/ahli keluarga yang ada di Kuching, di ruang ibadah gereja Grace Levites Sanctuary yang tidak jauh dari gereja Good News

Fellowship atau di satu dari hotel-hotel dekat pusat konvensyen. Senarai hotel-hotel murah dekat dengan

gereja akan dibekalkan kepada mereka yang memerlukannya (e-mel kami untuk maklumat lanjut di [email protected] )

Pendaftaran Dan Yuran

Yuran pendaftaran untuk konvensyen dua hari ini adalah RM100 yang mesti dibayar apabila anda mendaftar atas talian (‘online’) atau dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diminta dengan menghantar e-mel kepada kami.

Page 3: Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

SUMMER CITY CHURCHLot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching.No. Tel: 082-622102

Untuk pendftaran atas talian, pergilah ke http://angkat2015.wix.com/angkat15#!borang/cqi3 dan isikan borang yang tertera di sana. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 4 November 2015.

Sesudah mendaftar, buat bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM100 kepada akaun bank RHB 21114600023354 (nama akaun - Anddy Toda, Sulong Anak Gipang, Maysun Anak Redjo). Sesudah anda mendepositkan wang dalam bank, sila kirim bukti deposit (nombor rujukan atau gambar kertas deposit ) ke [email protected] atau Whatsapp gambar resit deposit ke 0194679465 (Pastor Abeng). Jika anda ada apa-apa persoalan lanjut tentang pendaftaran, sila hubungi Ps Abeng (0194679465).

Semua maklumat ini boleh dilihat di http://angkat2015.wix.com/angkat15

Harapan saya semua maklumat yang telah diberikan mencukupi dan sudah menggerakkan anda yang sedang membaca surat ini untuk membuat pilihan menghadiri Konvensyen ANGKAT 2015. Jumpa di Kuching pada 18 November 2015.

Dalam perkhidmatan Raja,

Pastor Peter De RunSummer City Church

Page 4: Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

SUMMER CITY CHURCHLot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching.No. Tel: 082-622102

Poster

Page 5: Surat Rasmi Konvensyen ANGKAT 2015

SUMMER CITY CHURCHLot 6295 (SL 13), Palm Villa, Phase 1, Lorong Palm Villa 2, Jln Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan, 94300 Kuching.No. Tel: 082-622102

Jadual Waktu ANGKAT 2015

Rabu 18 November Khamis 19 November

8.00-9.00 pagi Pendaftaran

9.00-10.00 pagi Pleno 1: Ps Peter Pleno 5: Ps Andy

10.00-11.00 pagi Pleno 2: Ps Andy Pleno 6: Ps Sam

11.00-12.00 tengah hari

Pleno 3: Ps Arman Pleno 7: Ps Sam

12.00-2.00 petang Makan tengah hari dan rehat Makan tengah hari dan rehat

2.00-3.00 petang Bengkel 1,2,3 (pilih 1) Bengkel 1,2,3 (pilih 1)

3.00-4.00 petang Pleno 4: Ps Arman Pleno 8: Ps Peter

4.00-7.30 malam Bersurai/Rehat Bersurai/Rehat

7.30-10.30 malam Ibadah Khas (Ps Andy) Ibadah Khas (Ps Peter)