Surat rasmi
-
Upload
nurul-fatihah -
Category
Documents
-
view
55 -
download
0
description
Transcript of Surat rasmi
Nurliyana Faseha binti Abd Aziz,
Bilik 07, Blok Uthman,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030, Kuala Terengganu. TEL: 014-8476283
Ahmad bin Omar,
Ketua Unit Displin, Penguatkuasaan Dan Perjanjian,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu. Tarikh : 11 Oktober 2015
Tuan,
TUNJUK SEBAB DAN AKUR JANJI TERHADAP SALAH LAKU DISIPLIN
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, bahawa saya Nurliyana Faseha binti Abd Aziz, No I/C 930313-11-
5708, No. Matriks 125204 tidak hadir ke perhimpunan mingguan. Saya gagal hadir atas
alasan bangun lewat pada hari tersebut.
3. Berikut merupakan butiran kesalahan disiplin:
3.1 Tarikh : 4 Oktober 2015
3.2 Tempat : Dewan Al Farabi, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
3.3 Kesalahan : Tidak menghadiri perhimpunan mingguan.
4. Saya gagal hadir ke perhimpunan mingguan pada hari tersebut kerana kelalaian diri
sendiri dan sikap tidak ambil berat terhadap peraturan disiplin di IPG.
5. Saya sedia maklum akan kesalahan saya dan berjanji akan memperbaiki etika perguruan
dan tidak akan sesekali mengulanginya sepanjang pengajian di sini.
6. Bersama-sama ini disertakan borang maklumat salah laku pelajar yang telah lengkap
diisi.
Sekian.
Yang benar,
………………………………………………..
(NURLIYANA FASEHA BT ABD AZIZ)
Guru pelatih,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu.