Surat Potong Rumput
-
Upload
leeann-brewer -
Category
Documents
-
view
650 -
download
8
description
Transcript of Surat Potong Rumput
En.Raman,
Pengurus Ladang Benta,
27300 Benta,
Pahang Darul Makmur. 15 September 2015
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN
PADANG BAGI SUKAN TAHUNAN SJKT LADANG BENTA KALI KE-21
Adalah dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Merujuk kepada perkara di atas, pihak kami ingin menggunakan padang awam Benta bagi tujuan
sukan tahunan SJKT Ladang Banta kali ke-21 pada ketentuan berikut:
Tarikh : 18 Oktober 2015 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
3. Oleh itu, pihak kami amat berbesar hari sekiranya tuan dapat menjalankan kerja-kerja
pembersihan kawasan padang seperti memotong rumput sebelum 10 Oktober 2015 bagi
memudahkan urusan kami mengadakan raptai sukan tahunan.
4. Kerjasama dan jasa baik pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih
Yang Benar,
--------------------------------(PN AMMALU A/P RAMAN)Guru BesarSJKT Ladang Benta