#Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108
-
Upload
albert-sia -
Category
Documents
-
view
68 -
download
0
Transcript of #Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108
5/14/2018 #Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/surat-pekeliling-ikhtisas-bil-11999-kk-gerko-waj-3108 1/4
1
1.0 Pengenalan
Weber(1997) mengatakanBahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa
yang paling berpengaruh dalam dunia. Walaubagaimanapun rakyat malaysia
masih kurang menyesuaikan diri unutk menggunakan bahasa inggeris,
contohnya berita yang dipaparkan dalam surat khabar Straits Times pada 25
Feb 1998 yang bertajuk „Officials handicapped by poor command of English‟
telah menunjukkan kakitangan kerajaan masih lemah dalam Bahasa Inggeris
dan tidak dapat menghadiri mesyuarat dalam Bahasa Inggeris atau
menghadiri krusus di luar negara.
Demi menghasilkan generasi baru yang tidak lagi lemah dalam Bahasa
Inggeris kerajaan telah cuba sedaya upaya untuk melebihkan masa
pendedahan pelajar kepada Bahsa Inggeris. Jadi satu Surat PekelilingIkhtisas (SPI) telah diperkenalkan pada hari pertama persekolahan pada
tahun 1999, iaitu 4 Jan 1999. SPI BIL. 1/1999 ini telah disertakan garis
panduan pengendalian aktiviti dan contoh aktiviti sebagai paduan kepada
pihak sekolah.
2.0 ULASAN SPI BIL. 1/1999
2.1 Faktor-faktor SPI BIL. 1/1999 Dilkemukakan
2.1.1Kelemahan pelajar dalam Bahasa Inggeris
Merujuk kepada faktor di atas dapat dibuktikab dengan satu kajian
yang dijalankan oleh DR. NORAN FAUZIAH YAAKUB dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang bertajuk “kajian berhubung penguasaan
bahasa Inggeris dan implikasinya ke atas para pelajar universiti” . Dalam
kajian ini telah jelas menunjukkan pencapaian calon atau pelajar dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah yang terendah berbanding mata
pelajaran lain dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
memang kurang membanggakan pada peringkat sekolah lagi. Salah satu
bukti yang paling jelas dalam kajian ini adalah Keputusan bahasa
Inggeris kebangsaan pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR), tidak pernah mencapai 60 peratus kadar kelulusan.
5/14/2018 #Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/surat-pekeliling-ikhtisas-bil-11999-kk-gerko-waj-3108 2/4
2
2.1.2 Peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris yang terhad
Menurut SPI BIL. 7/1994 peruntukan masa kepada mata pelajaran
Bahasa Inggeris unutk seminggu adalah seperti berikut:
Mata Pelajaran SK SJK(C) & (T)
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2
Bahasa Inggeris 240 minit
(4jam/
8 sesi)
210 minit
(3.30jam/
7sesi)
60 minit
(1jam/
2sesi)
90 minit
(1.30jam/
3sesi)
Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa peruntukan masa pengajaran
Bahasa Inggeris dalam jadual waktu adalah terhad dan kekurangan
khasnya kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan tamil.
2.2 Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Yang Dijalankan Oleh Pihak Sekolah
2.2.1 Sekolah Rendah ( SJK(C) Foon YEW 2, Johor)
Menurut takwin 2010 sekolah ini, sekolah telah menlancarkan minggu
Bahasa Inggeris atau English Week dan Program Anak Angkat bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Selain itu, sekolah ini juga
memunyai Persatuan Bahasa inggeris.
2.2.2 Sekolah Menegah ( SMK Majakir, Perak)Melalui blog sekolah ini, didapati sekolah telah menjalankan
Pertandingan Drama Bahasa Inggeris dan Koir bagi sekolah-sekolah
menengah Peringkat Bahagian Selatan pada tahun 2009.
2.3 Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Yang Dijalankan Oleh Kerajaan
Negeri ( Negeri Terengganu)
Negeri telah melancarkan program pengukuhan Bahasa Inggeris Piala
Yayasan Diraja Sultan yang bertujuan membina dan memajukan modal insan
anak-anak Terengganu. Program ini bukan sahaja memberi peluang
penyertaan pelajar yang baik pencapaian dalam bahasa Inggeris, tetapi juga
kepada pelajar yang sederhana dan yang rendah pencapaiannya.
5/14/2018 #Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/surat-pekeliling-ikhtisas-bil-11999-kk-gerko-waj-3108 3/4
3
Program ini mula dilancarkan pada tahun 2010. Program ini telah
dibahagikan kepada 2 kategori seperti di bawah:
a) Smart English – terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah
b) Speech Koir – terbuka kepada semua pelajar sekolah menegah
2.4 Impak Perlaksanaan SPI BIL. 1/1999 Kepada Keputusan Mata Pelajaran
Bahasa Inggeris Di Peringkat UPSR
Merujuk kepada sekolah rendah di 3.1, iaitu SJK(C) Foon Yew 2, selepas
setahun SPI ini diperkuatkuasakan, keputusan mata pelajaran bahasa
inggeris bagi sekolah ini adalah seperti berikut:
Tahun 2000 2001 2001 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Peratus
kelulusan
BI (%)
75.10 79.60 85.90 85.60 84.90 86.08 85.68 85.40 84.40 80.90
Merujuk kepada jadual di atas, impak positif SPI ini kepada keputusan mata
pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat UPSR telah dilihat dalam tempoh
masa yang panjang iaitu selama 3 tahun. Walabagaimanapun, impak positif
ini tidak stabil dan mula merosot pada kebelakangan tahun ini.
Hal ini berlaku mungkin disebabkan, Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeriskebanyakan hanya diambil bahagian oleh pelajar yang baik atau cemerlang
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris sahaja. Sebabkan kedua adalah,
bilagan aktiviti bagi Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris semakin berkurangan
setahun demi setahun.
2.5 Dasar Kerajaan Yang Berlanjutan Untuk Meperkukukan Bahasa
Inggeris
2.5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)
PPSMI merupakan keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada
Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah
5/14/2018 #Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999 k.k gerko WAJ 3108 - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/surat-pekeliling-ikhtisas-bil-11999-kk-gerko-waj-3108 4/4
4
pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad dan mula dilaksanakan pada tahun 2003, tetapi pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah
sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. PPSMI
merupakan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa
Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara
mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan.
Walaubagaimanapun akhirnya pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai
tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.
2.5.2 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI)
Dasar ini merupakan satu dasar yang digunakan untuk mengganti
PPSMI dan mula dikuatkuasakan pada tahun 2011. Dalam MBMMBI ini,
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan langkah-langkah berikut
untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid:
Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk
memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.
Pertambahan peruntukan waktu bahasa Inggeris kepada semuaperingakat sekolah termasuk sekolah rendah, sekolah menegah, tingkatan
enam dan matrikulasi.
3.0 Kesimpulan
Walaupun SPI BIL. 1/1999 telah diperkenalkan selama 12 tahun dan
pelbagai usaha yang berterusan telah dilakukan untuk meningkatkan tahap
Bahasa Inggeris, namun ia belum lagi menujukkan pencapaian yang
memuaskan. Hal ini demikian kerana, guru sekolah biasanya hanya pelajar
yang terlibat atau menyertai aktiviti-aktiviti sokongan bahasa inggeris
biasanya merupakan pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dalam
bahasa inggeris. Oleh itu, aktivti sokongan bahasa inggeris, tidak harus
dilaksankan dalam bentuk pertandingan, ia seharunya melibatkan semua
pelajar sama ada yang lemah atau pandai dalam bahasa inggeris.