SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi...
Transcript of SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN · berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi...
SURAT PEKELILING BAHAGIAN PENTADBIRAN BILANGAN 04 TAHUN 2017
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
(SKKR)
1
s
1.0. PENDAHULUAN
Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA, Syarikat
Milikan RISDA, NARSCO dan KARISMA untuk menyertai Skim Khairat
Kakitangan RISDA (SKKR) bagi tempoh perlindungan bermula 1 Mei 2017
hingga 30 April 2017.
2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN
2.1. Penyertaan SKKR adalah terbuka kepada semua kakitangan RISDA /
Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA yang berjawatan tetap
dan menerima gaji bulanan.
2.2. Penyertaan SKKR juga terbuka kepada pesara RISDA atau kakitangan
Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA yang telah
menamatkan perkhidmatan.
2.3. Mana-mana kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan
perkhidmatan selepas tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1
Mei tahun semasa) juga boleh menyertai SKKR.
2.4. Penyertaan juga terbuka kepada pasangan (suami/isteri) kakitangan
atau pesara / kakitangan yang menamatkan perkhidmatan termasuk
isteri kedua, ketiga dan keempat serta anak-anak di bawah
tanggungan untuk menyertai SKKR.
2.5. Anak-anak di bawah tanggungan yang layak menyertai SKKR adalah
anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf di sisi undang-
undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang
masih belum bekerja dan belum berkahwin.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
2
2.6. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang
menyambung pengajian di Tingkatan Enam (6) atau Institut Pengajian
Tinggi (IPT) selepas tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei
tahun semasa) juga boleh menyertai SKKR.
2.7. Umur penyertaan SKKR mengikut kategori adalah seperti berikut:
2.8. Had umur penyertaan SKKR bagi setiap kategori ialah pada tarikh
polisi perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei setiap
tahun.
2.9. Bagi kakitangan dan pasangannya (suami/isteri) yang bekerja di
RISDA / Syarikat Milikan RISDA / NARSCO / KARISMA boleh
menyertai SKKR secara berasingan. Bagaimanapun, anak kakitangan
BIL KATEGORI UMUR PENYERTAAN
a. Kakitangan Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.
b. Pesara / kakitangan tamat perkhidmatan
Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.
c. Pasangan (suami/isteri) kakitangan atau pesara / kakitangan tamat perkhidmatan termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat.
Sehingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 70.
d. Anak-anak di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin: i. Bayi hingga anak tamat
sekolah menengah tingkatan 5.
ii. Anak belajar di tingkatan 6
atau menuntut di IPT dalam dan luar negara.
Mulai umur satu (1) tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh pendaftaran Tingkatan Enam (6) atau IPT hingga tamat belajar atau satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 26 mengikut mana yang terdahulu.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
3
dan pasangannya hanya dibenarkan menyertai SKKR sekali sahaja
sama ada mengikut penyertaan ibu atau bapa.
3.0. PENAMATAN KEAHLIAN
Kelayakan seseorang sebagai ahli SKKR akan hilang atau tamat apabila:
3.1. Kakitangan atau pesara meninggal dunia.
3.2. Kakitangan bersara / menamatkan perkhidmatan dan berhenti
mencarum.
3.3. Kakitangan meninggalkan perkhidmatan.
3.4. Kakitangan meletak jawatan.
3.5. Kakitangan ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.
3.6. Gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.
3.7. Anak-anak di bawah tanggungan yang telah bekerja atau telah
berkahwin atau telah menamatkan pengajian. Anak yang telah bekerja
atau telah berkahwin atau telah menamatkan pengajian boleh
menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis kepada
Urusetia SKKR dan caruman SKKR yang telah dibayar sebelumnya
tidak akan dikembalikan.
4.0. CARUMAN
4.1. Caruman keahlian SKKR tidak dikenakan GST sebanyak 6%.
4.2. Kadar caruman SKKR bagi kakitangan dan pasangan (suami/isteri)
yang berumur di bawah 60 tahun serta anak-anak di bawah
tanggungan yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan adalah
seperti di lampiran 1.
4.3. Caruman SKKR yang perlu dibayar mengikut nilai perlindungan bagi
pasangan (suami/isteri kakitangan) yang berumur 60 tahun hingga satu
(1) hari sebelum ulang tahun ke 70 adalah seperti di lampiran 2.
4.4. Caruman kakitangan kepada SKKR akan dibuat secara potongan gaji
pada setiap bulan oleh majikan masing-masing.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
4
4.5. Ahli yang bercuti tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SKKR
secara tunai atau kaedah lain yang sesuai bagi tempoh cuti tanpa gaji
tersebut.
4.6. Bagi ahli SKKR yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans
berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang
keahlian pesara dan membayar caruman untuk tempoh bermula dari
tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan insurans.
4.7. Kadar caruman SKKR bagi pesara / kakitangan yang menamatkan
perkhidmatan dan pasangan (suami/isteri) yang berumur di bawah 70
tahun dan anak-anak di bawah tanggungan yang perlu dibayar
mengikut nilai perlindungan adalah seperti di lampiran 3.
4.8. Caruman pesara kepada SKKR hendaklah dibayar sekaligus secara
tunai atau melalui cek atau pindahan dalam talian atas nama Skim
Khairat Kakitangan RISDA akaun Bank Muamalat nombor 1403-
0004273-714. Jika caruman dibuat secara pindahan dalam talian,
pesara perlu menyatakan nama dan mengemukakan salinan slip
berkaitan.
4.9. Apa-apa perubahan nilai perlindungan dan kadar caruman SKKR
adalah tertakluk kepada Syarikat Insurans yang dilantik oleh pihak
Pengurusan RISDA.
5.0. PENAMAAN WASI
5.1. Kakitangan dan pesara dibenar menamakan dua (2) wasi bagi
menerima pampasan perlindungan SKKR yang terdiri daripada ibu,
bapa, suami, isteri, anak dan lain-lain.
5.2. Kakitangan dan pesara bertanggungjawab memaklumkan kepada wasi
bahawa wasi yang dinamakan adalah sebagai pemegang amanah dan
bukannya sebagai penerima hak atau wasiat. Wasi yang beragama
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
5
Islam bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan
secara faraid dan bagi wasi yang bukan beragama Islam pula
bertanggungjawab menguruskan pembahagian pampasan tersebut
menurut Akta Pembahagian 1958.
5.3. Usia wasi yang dinamakan mestilah 18 tahun dan ke atas.
5.4. Urusetia SKKR akan menguruskan pampasan selepas ditolak segala
hutang kepada Tabung untuk diserahkan kepada Wasi pertama. Jika
Wasi pertama telah meninggal dunia, pampasan tersebut akan diberi
kepada Wasi kedua. Sekiranya kedua-dua wasi telah meninggal
dunia, pampasan tersebut akan diserah kepada Pemegang Amanah
atau Pentadbir yang telah ditentukan oleh Mahkamah Tinggi atau
Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.
6.0. HUTANG KEPADA TABUNG
Hutang kepada Tabung yang dimaksudkan ialah:
6.1. Baki caruman bulanan SKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan
mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.
6.2. Baki caruman bulanan SHPB yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan
mulai tarikh kematian sehingga tamat perlindungan insurans.
6.3. Baki hutang bil hospital yang tidak dilindungi oleh insurans SHPB yang
sepatutnya dibayar oleh kakitangan atau pesara.
6.4. Baki hutang pinjaman TKKR yang sepatutnya dibayar oleh kakitangan.
7.0. PERLINDUNGAN SKKR
7.1. SKKR melindungi kematian atau keilatan kekal menyeluruh bagi ahli
yang berumur di bawah 65 tahun.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
6
7.2. Bagi ahli yang berumur 65 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang
tahun ke 70, SKKR hanya melindungi kematian sahaja.
7.3. Nilai perlindungan tertakluk kepada kategori dan umur penyertaan
seperti berikut:
BIL. KATEGORI NILAI PERLINDUNGAN
MINIMA MAKSIMA
a. Kakitangan umur < 60 tahun RM10,000
60 x pendapatan bulanan @ RM350,000 (mana yang terendah)
b. Pesara umur < 70 tahun RM10,000 RM20,000
c. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 60 tahun
RM10,000
Sama dengan pilihan kakitangan @ RM150,000 (mana yang terendah)
d. Pasangan kakitangan (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur 60 hingga < 70 tahun
RM10,000
e. Pasangan pesara (suami/isteri per-1, ke 2,3 dan 4) umur < 70 tahun
RM10,000
f. Anak-anak di bawah tanggungan kakitangan (umur < 60 tahun)
RM10,000
Sama dengan pilihan kakitangan @ RM100,000 (mana yang terendah)
g. Anak-anak di bawah tanggungan pesara (umur < 70 tahun)
RM10,000
7.4. Kakitangan yang memilih nilai perlindungan RM160,000 dan ke atas
untuk pasangan (suami/isteri) semasa polisi perlindungan insurans
tahun 2014-2015 boleh mengekalkan atau mengurangkan nilai
perlindungan tersebut.
8.0. KEILATAN KEKAL MENYELURUH
8.1. Keilatan kekal menyeluruh bermaksud ketidakupayaan seseorang
melakukan sebarang aktiviti, pekerjaan atau perniagaan bagi
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
7
memperolehi upah, ganjaran atau keuntungan akibat kemalangan atau
penyakit.
8.2. Keilatan kekal menyeluruh ini berterusan bagi satu tempoh tidak
kurang dari enam (6) bulan berturut-turut.
8.3. Keilatan kekal menyeluruh mengakibatkan seseorang tidak berupaya
untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti harian tanpa
bantuan pihak lain seperti berikut:
a. Bergerak atau berpindah - keupayaan untuk bergerak sendiri dari
satu bilik ke bilik yang lain atau di dalam bilik yang sama atau
baring dan bangun dari katil atau kerusi.
b. Mengawal perkumuhan - keupayaan untuk mengawal
pembuangan air kecil dan besar.
c. Berpakaian - keupayaan untuk memakai atau menanggalkan
pakaian sendiri.
d. Ke tandas - keupayaan membersihkan diri sendiri di dalam tandas
atau bilik air termasuk masuk dan keluar tandas atau bilik air.
e. Makan - keupayaan untuk menyuap makanan atau minuman
sendiri.
8.4. Keilatan kekal menyeluruh juga merangkumi keadaan seseorang
seperti berikut:
a. Kehilangan penglihatan kedua-dua belah mata, atau
b. Kehilangan sekurang-kurangnya dua (2) anggota pada atau atas
pergelangan tangan atau buku lali, atau
c. Kehilangan penglihatan satu (1) mata dan satu (1) anggota pada
atau atas pergelangan tangan atau buku lali.
9.0. PENGECUALIAN
Insurans tidak melindungi bagi kematian atau keilatan kekal menyeluruh yang
disebabkan oleh punca-punca seperti berikut:
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
8
9.1. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang
disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.
9.2. Dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Acquired Immune
Deficiency Syndrome (AIDS) atau lain-lain penyakit kelamin.
9.3. Aktiviti penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang
membayar tambang menggunakan penerbangan komersil berjadual
melalui laluan yang ditetapkan.
9.4. Peperangan atau apa-apa tindakan peperangan, diistiharkan atau tidak
diistiharkan, aktiviti jenayah atau penganas, bergiat cergas dalam
mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam
mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.
10.0. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan insurans adalah satu tahun bermula dari 1 Mei tahun
semasa hingga 30 April tahun berikutnya atau sehingga had umur penyertaan
seseorang ahli SKKR mengikut mana yang terdahulu atau satu tempoh yang
ditetapkan oleh pengurusan RISDA.
11.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN
11.1. Kakitangan RISDA/Syarikat Milikan RISDA/NARSCO dan KARISMA
yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui keahlian SKKR
bagi tempoh perlindungan yang baru tidak perlu mengisi borang.
11.2. Maklumat kakitangan, pasangan (suami/isteri) dan anak-anak di bawah
tanggungan hanya perlu dikemaskini dalam Sistem e-Tabung dengan
melayari laman sesawang di www3.risda.gov.my/etabung.
11.3. Bagi pesara yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui
keahlian SKKR bagi tempoh perlindungan yang baru perlu mengisi
borang.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
9
11.4. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,
anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas
tarikh pembaharuan perlindungan insurans (1 Mei tahun semasa) yang
ingin menyertai SKKR juga perlu mengisi borang.
11.5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia
SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe,
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.
12.0. TUNTUTAN PAMPASAN
Setiap tuntutan pampasan perlindungan mestilah dilengkapkan dengan
dokumen-dokumen berikut:
12.1. Borang tuntutan pihak insurans yang telah lengkap diisi
12.2. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan
12.3. Salinan Sijil Kematian yang disahkan
12.4. Salinan Kad Pengenalan si mati yang disahkan
12.5. Salinan Kad Pengenalan wasi yang disahkan
12.6. Laporan polis jika kematian akibat kemalangan
12.7. Laporan perubatan jika diperlukan
12.8. Laporan bedah siasat jika diperlukan
13.0. BORANG DAN KEGUNAAN
BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN
13.1. SKKR 01/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Kakitangan
13.2. SKKR 02/2016 Borang Penyertaan SKKR Bagi Pesara
13.3. SKKR 03/2016 Borang Penamaan Wasi SKKR
13.4. SKKR 04/2016 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
10
14.0. URUSETIA
Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia
SKKR di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu
Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
11
Lampiran 1
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR
BAGI KAKITANGAN DAN PASANGAN UMUR DI BAWAH 60 TAHUN
TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN
10,000.00 3.10 37.20
15,000.00 4.65 55.80
20,000.00 6.20 74.40
25,000.00 7.75 93.00
30,000.00 9.30 111.60
35,000.00 10.85 130.20
40,000.00 12.40 148.80
45,000.00 13.95 167.40
50,000.00 15.50 186.00
55,000.00 17.05 204.60
60,000.00 18.60 223.20
65,000.00 20.15 241.80
70,000.00 21.70 260.40
75,000.00 23.25 279.00
80,000.00 24.80 297.60
85,000.00 26.35 316.20
90,000.00 27.90 334.80
95,000.00 29.45 353.40
100,000.00 31.00 372.00
110,000.00 34.10 409.20
120,000.00 37.20 446.40
130,000.00 40.30 483.60
140,000.00 43.40 520.80
150,000.00 46.50 558.00
160,000.00 49.60 595.20
170,000.00 52.70 632.40
180,000.00 55.80 669.60
190,000.00 58.90 706.80
200,000.00 62.00 744.00
210,000.00 65.10 781.20
220,000.00 68.20 818.40
230,000.00 71.30 855.60
240,000.00 74.40 892.80
250,000.00 77.50 930.00
260,000.00 80.60 967.20
270,000.00 83.70 1,004.40
280,000.00 86.80 1,041.60
290,000.00 89.90 1,078.80
300,000.00 93.00 1,116.00
310,000.00 96.10 1,153.20
320,000.00 99.20 1,190.40
330,000.00 102.30 1,227.60
340,000.00 105.40 1,264.80
350,000.00 108.50 1,302.00
NILAI
PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN
BULANAN
KADAR CARUMAN
TAHUNAN
RM RM RM
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
12
Lampiran 2
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR
BAGI PASANGAN BERUMUR 60 TAHUN HINGGA
1 HARI SEBELUM ULANG TAHUN KE 70
NILAI PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN BULANAN
KADAR CARUMAN TAHUNAN
RM RM RM
10,000.00 12.77 153.20
SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA
13
Lampiran 3
NILAI PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SKKR
BAGI PESARA DAN PASANGAN BERUMUR DI BAWAH 70 TAHUN
TERMASUK ANAK DI BAWAH TANGGUNGAN
NILAI PERLINDUNGAN
KADAR CARUMAN BULANAN
KADAR CARUMAN TAHUNAN
RM RM RM
10,000.00 - 153.20
20,000.00 - 306.40
14
SKKR 1/2016
Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baru 3. No. Pekerja
- -
4. Tarikh Lahir 5. Pendapatan Sebulan (Gaji asas + elaun tetap)
- - R M .
6. Jawatan
7. Tempat Bertugas
8. Alamat
Poskod Bandar
9. No. Telefon Kediaman 10. No. Telefon Bimbit
- -
BIL
NO. PELAJAR
MAKLUMAT ANAK
BIL NAMA NO. KP
BARU /
MYKID
UMUR
(tahun)
HUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT
BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI KAKITANGAN
MAKLUMAT KAKITANGAN
MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)
NAMA NO. KP BARU UMUR
(tahun)
HUBUNGAN TEMPAT BERTUGAS
(lengkapkan jika berkhidmat
di RISDA / SMR / NARSCO /
KARISMA)
15
SKKR 1/2016
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR serta membenarkan gaji bulanan
saya dipotong sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . untuk caruman SKKR.
- -
Tarikh
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Tarikh
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:
# NOTA:
1. Nyatakan maklumat ahli keluarga yang layak dan ingin menyertai SKKR sahaja.
2. Sertakan salinan Kad Pengenalan, MyKid dan Kad Pelajar ahli keluarga yang menyertai SKKR.
Tandatangan Ketua Jabatan
RM RM
JUMLAH CARUMAN
PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN POTONGAN GAJI
Tandatangan Kakitangan
PENGESAHAN MAJIKAN
PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN
BIL NAMA NILAI PERLINDUNGAN NILAI
CARUMAN
BULANAN
16
SKKR 2/2016
Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baru 3. Tarikh Lahir
- - - -
4. Tempat Bertugas Terakhir
5. Alamat
Poskod Bandar
6. No. Telefon Kediaman 7. No. Telefon Bimbit
- -
BIL
BORANG PENYERTAAN SKKR BAGI PESARA
MAKLUMAT PESARA
MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)
NAMA NO. KP BARU UMUR
(tahun)
HUBUNGAN TEMPAT BERTUGAS
(lengkapkan jika berkhidmat
di RISDA / SMR / NARSCO /
KARISMA)
NO. PELAJAR
MAKLUMAT ANAK
BIL NAMA NO. KP
BARU /
MYKID
UMUR
(tahun)
HUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT
17
SKKR 2/2016
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SKKR dan membayar caruman tahunan
SKKR sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . secara * tunai / pindahan / cek atas nama
"SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0004273-71-4.
- -
Tarikh
* potong mana yang tidak berkenaan
# NOTA:
1. Nyatakan maklumat ahli keluarga yang layak dan ingin menyertai SKKR sahaja.
2. Sertakan salinan Kad Pengenalan, MyKid dan Kad Pelajar ahli keluarga yang menyertai SKKR.
PILIHAN PELAN PERLINDUNGAN
BIL NAMA NILAI PERLINDUNGAN NILAI
CARUMAN
TAHUNAN
RM RM
JUMLAH CARUMAN
PENGAKUAN
Tandatangan Pesara
18
SKKR 3/2016
Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baru
- -
1. Nama Wasi Pertama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baru 3. Hubungan
- -
4. Alamat
Poskod Bandar
5. No. Telefon Kediaman 6. No. Telefon Bimbit
- -
7. Nama Wasi Kedua (mengikut kad pengenalan)
8. No. Kad Pengenalan Baru 9. Hubungan
- -
10. Alamat
Poskod Bandar
11. No. Telefon Kediaman 12. No. Telefon Bimbit
- -
1. Saya bersetuju melantik penama di atas sebagai wasi untuk menerima dan mengurus pembahagian baki
wang perlindungan yang layak diterima dari SKIM KHAIRAT KAKITANGAN RISDA selepas kematian saya.
2. Saya bersetuju semua wang tersebut diserahkan kepada wasi pertama atau wasi kedua sekiranya wasi
pertama meninggal dunia.
3. Saya akan memaklumkan kepada wasi yang dilantik bahawa mereka merupakan pemegang amanah dan
bertanggungjawab menguruskan pembahagian wang tersebut secara faraid.
- -
Tarikh
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Tarikh
Nama:
No. KP:
# NOTA: Wasi mestilah berumur 18 tahun ke atas.
PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI
Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi
BORANG PENAMAAN WASI SKKR
MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA
MAKLUMAT WASI
PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA
Tandatangan Kakitangan / Pesara
19
SKKR 4/2016
Urusetia SKKR KEGUNAAN URUSETIA
Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. No. Kad Pengenalan Baru
- -
Saya faham dan bersetuju membenarkan Urusetia Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR) untuk mengurus
pemotongan atau menyelaras wang perlindungan SKKR yang layak diterima selepas kematian saya bagi
menyelesaikan semua hutang saya dan perkara-perkara seperti berikut:
1. Menyelesaikan semua baki hutang bil rawatan hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh
insurans Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN
2. Menyelesaikan semua baki pinjaman Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA saya (jika ada), DAN
3. Menyelesaikan baki caruman saya yang tertunggak kepada Skim Khairat Kakitangan RISDA (jika ada)
dan Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (jika ada), DAN
4. Menguruskan bayaran baki wang perlindungan SKKR yang layak diterima (jika ada) kepada wasi yang
telah dinamakan oleh saya atau menurut apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.
- -
Tarikh
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Tarikh
Nama:
No. KP:
Tandatangan Ketua Jabatan / Saksi
BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG
MAKLUMAT KAKITANGAN / PESARA
PENGAKUAN KAKITANGAN / PESARA
Tandatangan Kakitangan / Pesara
PENGESAHAN MAJIKAN / SAKSI