surat khabar

12
Akhbar hari an 22 AUGUST 2012 Malaysia RM1.50 SABAH/SARAWAK RM 2.00 C HERAS : Tindakan tekad sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang au- tomatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kes- emua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada enam lelaki berusia 30-an bertindak nekad dengan menarik serta menyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu. Penjenayah tidak bertopeng itu menyasarkan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut. Semasa kejadian, bank tersebut tiada pengawal keselama- tan.Suspek-suspek yang mengambil masa kurang 10 minit untuk merompak itu dipercayai menggunakan lori atau ken- deraan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu. BERITA DI MUKA 3 Wang RM316,000 dalam ATM lesap Bahana main mercun >> 2 Tanah runtuh di Cameron Highland >> 4 3238 pelajar mendaftar di UM >> 5

description

thypography

Transcript of surat khabar

Page 1: surat khabar

Akhbar harian22 AUGUST 2012 Malaysia RM1.50 SABAH/SARAWAK RM 2.00

CHERAS : Tindakan tekad sekumpulan penjenayah melarikan sebuah mesin pengeluaran wang au-tomatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kes-

emua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri daripada enam lelaki berusia 30-an bertindak nekad dengan menarik serta menyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu.

Penjenayah tidak bertopeng itu menyasarkan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut.

Semasa kejadian, bank tersebut tiada pengawal keselama-tan.Suspek-suspek yang mengambil masa kurang 10 minit untuk merompak itu dipercayai menggunakan lori atau ken-deraan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu.

BERITA DI MUKA 3

Wang RM316,000 dalam ATM lesap

Bahana main

mercun >>2Tanah runtuh di

Cameron Highland >>43238 pelajar mendaftar

di UM >>5

Page 2: surat khabar

Pemberian insentif kepada swas-ta termasuk pusat tuisyen untuk menyediakan program prase-

kolah membantu meluaskan aktiviti berkenaan terutama ke kawasan luar bandar.Tokoh akademik, Tan Sri Dr Ab-dul Rahman Arshad, berkata inisiatif itu sekali gus meningkatkan jumlah pe-nyertaan kanak-kanak mengikuti pro-gram pendidikan asas sebelum memu-lakan sesi persekolahan secara rasmi.

Beliau berkata, peruntukkan itu me-nyumbang kepada usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan dengan menyediakan program pendidi-kan pada awal usia seseorang individu.

Pemberian ini menyuntik seman-gat swasta untuk terus aktif mena-warkan program pendidikan awal pengembangan kanak-kanak berkual-iti kepada golongan sasar,” katanya ketika mengulas insentif kerajaan me-nerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menyediakan RM10,000 kepada swasta untuk tujuan itu.

Abdul Rahman berkata, penyediaan pendidikan prasekolah adalah tang-gungjawab berat dan perlu dilaksana-kan secara sistematik. Program awal itu adalah proses pembelajaran yang sangat penting dalam membentuk kanak-kanak supaya mencintai ilmu.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala aspek perlu diberi perhatian bagi me-mastikan tanggungjawab sosial itu dilak-sanakan dengan sempurna bukan bero-rientasikan keuntungan semata-mata.

Katanya, kerajaan perlu mengkaji in-sentif itu di samping mengadakan lang-kah tertentu memastikan pengisian program prasekolah lebih seimbang.“Jurang perbezaan antara kanak-kanak di bandar dan luar bandar perlu didekat-kan supaya mereka dapat menikmati kemudahan pendidikan berkualiti hasil pembangunan dan kemajuan negara.

Pemantauan berterusan membantu kanak-kanak luar bandar men-erima pendidikan pada usia muda.

Persediaan awal membantu mereka untuk lebih bersedia sebaik memula-kan sistem pendidikan formal,” katanya.

Abdul Rahman berkata, jika dilihat ke-biasaan kini, kurikulum prasekolah kerajaan hanya untuk pembelaja-ran setahun berbanding prasekolah swasta yang memulakan sesi pemb-elajaran seawal usia empat tahun.

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 2

Insentif kepada pusat tuisyen tingkat peralatan pendidikan luar bandar

Ketika umat Islam baru em-pat hari menjalani ibadah

puasa, sudah ada yang ter-paksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, tu-rut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letu-pan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil mem-bonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk

melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam gengga-mannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ke

tika dia dan rakannya menunggang motosikal di

kawasan kampung berkenaan.“Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya ke-mudiannya menghidup mer-

cun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.“Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tia-da. Kawan saya kemudian-nya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lan-jut,” katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi ber-main mercun selepas ini.

Putus jari main mercun

SETEMPAT

Page 3: surat khabar

AKHBAR HARIAN 322 AUGUST 2012

Wang RM316,000 dalam ATM lesap

CHERAS : Tindakan tekad sekumpu-lan penjenayah melarikan sebuah

mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berbaloi apabila mereka berjaya memecah mesin ATM itu dan melarikan kesemua wang berjumlah RM316,000 dari dalam mesin yang disamun di sebuah bank di Taman Midah di sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi, kumpulan yang dipercayai terdiri dari-pada enam lelaki berusia 30-an bertin-dak nekad dengan menarik serta me-nyeret sebuah daripada lapan buah mesin ATM yang berada di bank itu.

Penjenayah tidak bertopeng itu menyasar-kan mesin ATM yang terletak berhadapan dengan pintu cermin bagi memudahkan mereka menarik keluar mesin tersebut.Semasa kejadian, bank terse-but tiada pengawal keselamatan.

Suspek-suspek yang mengambil

masa kurang 10 minit untuk merom-pak itu dipercayai menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda bagi menarik keluar mesin itu.

Selepas lapan jam kejadian itu, mes-in ATM tersebut ditemui di tepi Ja-lan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ber-hampiran Taman Pinggiran Hulu Klang, Ampang Jaya dekat sini.Jarak antara mesin ATM itu disamun dan ditemui semula kira-kira 15 kilometer.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kecurian mesin ATM itu dis-edari oleh polis yang melakukan ron-daan di Taman Midah sebelum terna-mpak pintu kaca di bank itu pecah.

“Pemeriksaan mendapati sebuah mes-in ATM yang terletak di tengah-tengah daripada lapan mesin hilang,” kata be-liau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan mengesyaki lima hingga enam suspek melarikan mes-in tersebut dengan menarik dan meng-heret berkemungkinan menggunakan lori atau kenderaan pacuan empat roda.Mohan memberitahu, mesin itu dite-mui semula pada pukul 11 pagi apabila polis menerima maklu-mat orang awam yang hairan meli-hat mesin itu di tepi jalan di MRR2.

Bagaimanapun, kata beliau, pemerik-saan terhadap mesin ATM terse-but mendapati kesemua wang berjumlah RM316,000 lesap.“Polis sedang menyiasat bagaimana mesin itu mampu dipecah sehingga wang boleh diambil,” kata beliau den-gan memberitahu semasa kejadian alat penggera di bank itu tidak berbunyi.

Tambah Mohan, kejadian mel-arikan mesin ATM di bank di situ merupakan yang pertama.Orang ramai yang mempunyai mak-lumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi talian 03-9284 0083 atau menghubungi pegawai penyiasat In-spektor Norliza Murad di talian 012-5413005 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.Pada 22 Jun 2008, seorang lelaki berjaya melarikan mesin ATM di se-buah stesen minyak di Batu 6 1/2, Jalan Klang Lama-Puchong di sini.Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, suspek merempuh cermin hada-pan stesen minyak sebelum ‘menyo-dok’ dan menarik keluar mesin ATM berkenaan menggunakan jengkaut.Bagaimanapun, polis tidak dapat menentukan nilai wang yang ada dalam mesin ATM yang dilarikan malah mesin itu juga belum ditemui.

SETEMPAT

Page 4: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 4SETEMPAT

Tanah runtuh : 3 maut, 3 masih hilang

CAMERON HIGHLANDS: Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wan-

ita, cedera parah dalam kejadian tan-ah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Cameron High-lands, DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada 5.45 petang se-malam berlaku semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cede-ra itu dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali di-jumpai oleh pasukan penyela-mat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan dimasukkan ke hospital sama.Dua lagi mangsa yang terkorban di-jumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.Wan Mohd Zahari berkata tiga ru-mah terbabit dalam kejadian itu.Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan ban-tuan penduduk menjalankan usaha mencari sehingga tengah malam tadi.Perkampungan berkenaan terletak kira-ki-ra 2 kilometer dari Jalan Brinchang ke Tan-ah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

JOHOR BAHRU – Nordi Adi, 57, yang tidak sabar untuk bertemu dengan anak kesayangannya,

Siti Norzana, 12, tidak menolak ke-mungkinan untuk berkahwin sekali lagi sekiranya menemui jodoh yang sesuai.

Siti Norzana kini sedang dalam proses terakhir untuk dibawa pulang dari Indonesia oleh Biro Aduan Ko-muniti Pergerakan Pemuda UMNO.

Nordi ketika dihubungi Kosmo! se-malam mengakui agak sukar untuk kaum Adam sepertinya menjaga em-pat orang anak lebih-lebih lagi kese-mua zuriatnya pernah melalui mimpi ngeri sepanjang tinggal bersama den-gan ibu tirinya di negara berkenaan.

“Tapi sebenarnya, saya tak fikirkan hal-hal ini (berkahwin) kerana saya kini nak fokus kepada anak-anak dulu,” katanya yang sudah serik den-gan wanita warganegara Indonesia.

Baru-baru ini, keluarga Nordi Adi mendapat perkhabaran gembira dari-pada Pengerusi Biro Aduan Komu-niti Pergerakan Pemuda UMNO, Da-tuk Muhammad Khairun Aseh yang memberitahu, kes Siti Norzana kini di peringkat akhir dan kanak-kanak itu akan dibawa pulang tidak lama lagi selepas urusan Imigresen selesai.

Pada minggu lalu, Nordi menge-jutkan banyak pihak apabila nekad ke Indonesia untuk membawa pu-lang Siti Norzana tetapi dia dinasi-hat untuk tidak meneruskan hasrat tersebut atas faktor keselamatan.

.

ANGGOTA bomba dan penyelamat menggu-nakan jengkaut untuk mengeluarkan enam lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Nordi simpan hasrat ingin kahwin

“Kalau ditakdirkan saya jumpa jodoh, bagus juga sebab boleh bantu saya dan menjadi ibu untuk menjaga anak-anak yang semakin membesar.”

NORDI (dua dari kanan) bersama Nurul Safiza Fitri (kanan), Muhammad Nurhan (kiri) dan Nur Masyita Amiera di rumah mereka di Flat Kempas dekat Johor Bahru baru-baru ini.

Page 5: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 5SETEMPAT

3,238 pelajar mendaftar di UM

PETALING JAYA – Seramai 3,238 orang pelajar mendaftarkan diri di Universiti Malaya (UM) dalam

pelbagai bidang akademik bagi sesi kemasukan 2012/2013 semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 14 pela-jar merupakan golongan orang kelainan upaya (OKU) dan mereka ditempatkan di Kolej Kediaman Ketujuh (Zaaba).

Tinjauan Kosmo! mendapati, para pelajar dan ibu bapa mula memenuhi pekarangan kolej kediaman seawal

pukul 7 pagi meskipun kaunter pen-daftaran dibuka pada pukul 8 pagi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehw-al Pelajar, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof berkata, daripada keseluru-

han pelajar yang mendaftar, 2,090 daripadanya adalah perempuan.

Katanya, UM telah bersedia sejak awal khususnya dalam menambah baik fasiliti di kolej kediaman pelajar golongan OKU.

Menurutnya, setiap kolej kediaman dilengkapi kemudahan seperti bi-lik air yang dekat dengan bilik pengi-napan dan kemudahan-kemudahan lain yang diperlukan oleh mereka.

“Kita juga telah menyusun pelbagai ak-tiviti dan program-program khas un-tuk golongan tersebut agar mereka dapat merasai suasana pembelajaran yang kondusif,” katanya ketika ditemui.

Katanya, pengambilan pelajar yang agak berkurangan tahun ini mem-bolehkan pihak universiti mem-buat persiapan sebaik mungkin.

Sementara itu, seorang pelajar OKU, Mohd. Shahir Ramli, 22, berkata, dia berasa sangat bertuah kerana da-pat merealisasikan impian menyam-bung pengajian ke universiti yang memang menjadi pilihan utamanya.

Page 6: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 6LUAR NEGARA

Wanita bela 50 patung bayi

APABILA Alice Winstone, ibu ke-pada lima orang anak ini diber-itahu yang dia tidak boleh men-

gandung lagi atas sebab kesihatan, dia tetap berazam untuk mengisi setiap inci ruang rumahnya dengan bayi.Ibu beru-sia 39 tahun ini sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli 50 anak patung bayi yang kelihatan betul-betul hidup.Dalam masa tujuh tahun, dia membelanjakan sebanyak RM59,500 untuk membeli anak patung palsu itu, walaupun tiga daripada lima anaknya masih berkongsi rumah yang sama.

Obsesi Alice terhadap patung bayi yang setiap satunya berharga RM5,900 menyebabkannya perlu menyimpan sebanyak RM247 sebulan. Akibat hobi melampau itu, suaminya, Chris bertindak keluar dari rumah mere-ka di Cardigan, Mid Wales, Britain.Alice membeli bayi palsu pertaman-ya yang diberi nama Emily pada har-ga RM892 selepas dia melihat iklan dalam majalah. Dia serta-merta jatuh cinta dengan patung bayi itu.Sele-pas melahirkan anak bongsunya, Jes-sica, yang kini berumur 12 tahun, Winstone diberitahu dia tidak boleh mengandung disebabkan mempun-yai gangguan darah yang akan mem-buatkan kandungannya tidak selamat.

“Disebabkan masalah kesihatan yang di-alami, saya tidak bekerja dan mula men-gumpul anak patung bayi. Setiap hari saya akan menguruskan ‘anak-anak’ saya ini dan sekali-sekala membawa

mereka bersiar-siar menaiki kereta.

“Saya menjaganya seperti saya men-gasuh bayi saya sendiri. Mereka sep-erti patung bernyawa dan saya be-rasa terjalin satu ikatan yang rapat dengan mereka,” beritahu Alice.Dia turut mengakui lebih gemar menjaga anak patungnya daripada mengada-kan hubungan seks dengan suaminya.

“Saya cuba membela kucing, dan men-jaganya seperti kanak-kanak tetapi saya tidak dapat membayangkan per-asaan di mana saya terpaksa mengu-capkan selamat tinggal kepada kuc-ing belaan saya itu.“Anak patung ini adalah yang terbaik. Saya dapat me-

makaikan mereka baju, menyikat ram-but dan mencuci pakaian mereka tanpa lampin kotor dan menidurkan mereka,” ujarnya.Alice memberitahu, dia men-jadi sensitif terhadap patung-patungnya itu dan bimbang sekiranya anak atau kucingnya berada berhampiran pa-tung-patung kesayangannya itu.

Disebabkan itu, dia membeli katil bayi dan memindahkan kesemua bayi palsu-nya itu ke bilik tidur.“Akhirnya Chris ber-pindah keluar kerana dia tidak dapat menerima kegilaan saya terhadap pa-tung bayi palsu itu. Dia turut menyata-kan yang dia tidak faham mengapa saya melayan anak patung itu seperti bayi sebenar.“Saya cuba memberitahunya betapa mereka berjaya membuatkan saya gembira selepas disahkan tidak boleh mengandung lagi tetapi dia hanya men-ganggap itu adalah obsesi yang bodoh.

“Mereka (patung bayi) kemudian men-jejaskan kehidupan seks kami kerana saya mahu sesetengah daripada mere-ka berada di katil dengan kami, tetapi Chris enggan.“Kami telah berbincang tentang perkara-perkara lain dalam hubungan kami, tetapi anak patung benar-benar tidak membantu walaupun mereka kelihatan begitu hidup,” jelasnya.

Bayi sebenarTuturnya, dia lebih rela ke-hilangan suami daripada patung-patung bayinya itu. Dia gemar apabila ‘anak-anak’ patungnya itu berada dekat den-gannya malah tidak dapat menanggung rindu sekiranya berjauhan daripada mereka untuk tempoh yang lama

Page 7: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 7LUAR NEGARA

.“Selepas Chris berpindah keluar, saya menukar bilik kami menjadi nurseri kerana saya tidak memerlukan ruang tambahan.“Chris masih melawat rumah kami untuk berjumpa tiga daripada lima orang anak kami yang tinggal bersama saya iaitu Kyle, 17; Charlie, 15, dan

Jessica, 12.“Sudah tentu, saya lebih menyayangi anak-anak saya kerana saya tahu bayi-bayi ini adalah palsu. Saya masih waras,” katanya.Ujarn-ya lagi, walaupun sudah menghabis-kan banyak wang untuk membeli anak patung bayi itu, dia juga sering pergi

ke pameran anak patung dan menu-kar mereka dengan anak patung lain.“Rhys adalah kegemaran saya, saya mahu tidur dengannya pada setiap malam. Baru-baru ini, saya membawan-ya melawat Zoo Chester dan ramai orang datang kepada saya sambil mem-beritahu dia comel tetapi mereka tidak percaya apabila saya memberitahu yang Rhys adalah anak patung,” tambahnya.

Dia juga pernah ditahan oleh pihak po-lis kerana membiarkan empat daripada anak patungnya itu duduk di bahagian be-lakang tanpa menggunakan kerusi bayi.

“Apabila saya memberitahunya mereka adalah anak patung, dia tidak memper-cayai saya dan saya rasa dia fikir saya gila.“Tetapi apabila dia sedar mereka bukan bayi sebenar, itu menunjukkan berapa banyak peratus mereka kelihatan seper-ti kanak-kanak yang sebenar. Sebab itu-lah saya menyukai mereka,” ceritanya.

Page 8: surat khabar

22 AUGUST 2012 SELEBRITI

SelektifERRA FAZIRA

SELEBRITI minggu ini

MENCORAKKAN kanvas hidup mengikut selera hati adakalanya jauh daripada apa yang telah ditentukan oleh-Nya. Itu takdir setiap manusia dan ketentuan itu jugalah yang sedang lalui pelakon Erra Fazira.

Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun di sebalik silau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. Dia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan.Ke-

tika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran mulai sunyi dari-pada topik bualan, kini masuk pula skandal cinta yang entah mana da-tangnya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah.Berbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu digelar pasrah. Memberi jawapan yang juga kedengarannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas.

“Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang kedenga-ran klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk men-jadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya den-gan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini,” katanya.Resolusi terakhir

Mencari sisi terbaik untuk menguraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun

tidak melatah biar banyak dan sudah berulang-ulang juga disua-kan dengan persoalan yang sama. Ternyata sepak terajang sepan-jang berbelas tahun berumah di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah dalam menepis mahupun menelan api kontroversi.

Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu digali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana Bu-daya diketepikan seketika, sementara wanita beranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri.

Kata Erra, dalam memilih dan mencari sesuatu yang terpilih untuk diambil sebagai keputusan jalan hidup, dia terlebih dahulu con-dong untuk memikirkan perasaan orang lain.“Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menuntut saya untuk tidak lagi terlalu memikir-kan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat.

AKHBAR HARIAN 8

Page 9: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 9 SELEBRITI

“Seboleh-bolehnya, saya seorang yang mahu membahagia-kan orang, namun sebelum ia menjadi racun dalam diri, ba-rulah saya beratkan perasaan sendiri pula,” katanya.Ruang pilihan Erra Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke dalam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci ‘selektif’ masih tak lepas dari pandangan.“Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi.

Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keterlaluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripa-da fasa lakonan saya yang terdahulu,” katanya menjawab soal pilihan atas kekerapan persembahan di kaca televisyen ketika ini.Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya.“Saya memang cinta-kan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolo-kan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap,” getusnya optimis.

Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan batinnya turut ter-panggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.“Cuma saya bertuah sebab ada seseorang yang saya boleh beri sepenuh kepercayaan. Dia berpangkat mak-cik saya sendiri tapi kami sebaya. Kadang-kadang nasihatnya

bukanlah perlu diikuti pun tapi bila dapat berkongsi masalah dengannya, saya akan berasa lega. Kalau simpan, boleh jadi gila,” ulas Erra yang sudah diketahui umum mempunyai ika-tan persahabatan akrab bersama rakan artis seperti Datin Paduka Umie Aida dan Zahidi Rafik itu.Bercerita pula tentang keselesaan dan pilihannya untuk separuh terbuka dan sepa-ruh tertutup bersama kalangan rakan media sendiri, peristiwa ditikam seorang teman media yang pernah dianggap kawan baik sendiri sentiasa memberi ingatan kepada Erra.Terpahat di

fikiran ibu kepada Engku Aleesya, 3, bahawa wartawan tetap seorang wartawan.“Insiden itu berlaku pada saat-saat awal saya bergelar artis, sejak peristiwa itu saya selalu le-tak garisan antara saya dengan wartawan. Namun, selama hari ini juga, saya boleh nampak, selalunya wartawan yang senior punyai pemahaman yang lebih, yang tidak menam-bah masalah dalam penulisannya.“Kematangan penulisan seseorang wartawan itu juga boleh bina kepercayaan anta-ra saya dengan wartawan itu sendiri,” katanya saban kali terhimpit dengan kepastian yang dipinta pihak wartawan.

“Ada masanya, saya sedar ba-hawa saya harus menghampa-kan wartawan dengan jawapan standard apabila ditanya isu rumah tangga. Jawapan kepa-da isu rumah tangga tak sama dengan jawapan isu zaman bercinta. Banyak pihak dan banyak hati yang harus dijaga”.

AKHBAR HARIAN 8

Page 10: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 10ARENA SUKAN

TIADA sasaran khusus ditetapkan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gambar kecil) menjel-

ang kejohanan jemputan Piala SCTV yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, Ahad ini.Sebaliknya, pengendali berusia 42 tahun itu mahu meman- faatkan pelu-ang menguji ‘ketahanan mental’ barisan pemain mudanya ketika dijadualkan berdepan skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno kelak.Biarpun majoriti anak-anak buah beliau telah pun menyelami ‘gelora’ beraksi di stadium keramat itu termasuk menaiki ‘Barracuda’ semasa memperta-hankan emas temasya Sukan SEA tahun lalu, Kim Swee menyifatkan pengalaman sekali lagi beraksi di stadium berkenaan tidak wajar dilepaskan sebegitu sahaja.

“Saya tidak meletakkan sebarang sasa-ran pada kejohanan itu nanti, cuma saya mahu menilai mana-mana pemain baharu yang tidak tersenarai dalam skuad Sukan SEA sebelum ini sama ada mereka mampu beraksi di bawah teka- nan di depan ribuan penyokong lawan ataupun tidak.“Kejohanan ini

merupakan sebahagian daripada per-ancangan awal mempertahankan emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, jadi su-dah tentu saya harap pemain-pemain saya dapat meraih pengalaman bergu-na beraksi di Gelora Bung Karno nan-ti,” katanya kepada Kosmo! semalam.Pada kejohanan itu nanti, aksi skuad Harimau Muda dengan B-22 Indonesia dijadualkan bermula pukul 7.30 malam (8.30 malam waktu Malaysia).Ia meru-pakan aksi tunggal anak-anak buah Kim Swee pada kejohanan itu, dan mereka dijangka ‘terbang’ ke Indonesia esok.Se-lain perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan, satu lagi aksi melibatkan anta-ra skuad kebangsaan Indonesia dan Ko-rea Utara juga dijadualkan berlangsung di stadium yang sama sehari kemudian.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaskan bahawa ketiadaan beberapa pemain Harimau Muda seperti Mahalli Jasuli, Mohd. Fadhli Mohd. Shas, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang dipanggil memperkuatkan skuad

kebangsaan menjelang aksi perlawanan

persahabatan antarabangsa menentang Vietnam di Stadium Shah Alam pada 11 September ini juga memberikan peluang kepada beliau menguji beberapa pemain selain daripada skuad Harimau Muda.

ROZAIMI turut disenaraikan dalam skuad Harimau Muda bagi menghadapi Piala SCTV hujung minggu ini.

Murray hampiri gelaran Grand Slam pertamaNEW YORK - Juara Olimpik London

2012, Andy Murray nekad untuk menjadi pemain lelaki pertama Britain yang memenangi gelaran Grand Slam selepas kejayaan mengalahkan Tomas Berdych pada aksi separuh akhir Kejo-hanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) kelmarin.Selaku pemain pilihan ketiga, Murray mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan lawannya dari Re-publik Czech itu 5-7, 6-2, 6-1, 7-6 (9/7).

Dia bakal berdepan sama ada juara bertahan, Novak Djokovic (Serbia) atau pemain pilihan keempat dari Sepanyol, David Ferrer pada saingan akhir nanti.“Ia satu situasi pertemuan yang paling sukar pernah saya hadapi,” ujar Mur-ray merujuk tentangan yang diberikan Berdych dan keadaan berangin yang tidak menentu.Murray yang memegang rekod 6-5 menentang Ferrer dan 6-8 dengan Djokovic, kini masih tidak dapat meneka mengenai pesaingnya pada aksi akhir selepas perlawanan separuh akhir ditunda dengan Ferrer mendahu-

lui 5-2.Berusaha untuk menamatkan badi pemain lelaki Britain memenangi kejohanan tersebut sejak kali terakhir dilakukan oleh Fred Perry pada 1936, pemain berusia 25 tahun itu kini menda-pat peluang kedua untuk melakukannya selepas gagal ketika aksi di Wimbledon.

“Saya amat berharap dapat melaku-kannya. Anda tidak boleh menyatakan-nya dengan pasti dan saya mengakui ini akan menjadi perlawanan paling sukar.“Jadi, banyak perkara boleh ber-laku.Anda hanya perlu kekal fokus bagi setiap mata. Perlu berada di po-

sisi terbaik setiap masa.tambahnya yang kini dilatih bekas juara lapan kali Grand Slam, Ivan Lendl. - AFP

“Pukulan sempurna mungkin sukar dilakukan tetapi saya perlu berusaha untuk itu,”

Page 11: surat khabar

22 AUGUST 2012 AKHBAR HARIAN 11ARENA SUKAN

PELUMBA Malaysia terus tenggelam pada Pusingan 4 Ke-johanan Motosikal Asia Petronas

(ARRC) yang berakhir di Litar Anta-rabangsa Autopolis, Jepun semalam.Seperti dijangka, pelumba Jepun terus bermaharajalela untuk memahat nama sebagai pemenang.Pada perlumbaan kategori Supersports 600cc semalam, Katsuaki Fujiwara terus mempamer-kan penguasaan apabila meraih ke-menangan pada Perlumbaan 1 dan 2.

Pelumba pasukan Manual Tech BEET Kawasaki Racing itu yang menguasai

saingan sejak hari pertama lagi, mem-pamerkan kemahirannya menundukkan rakan senegara, Yuki Ito (PETRONAS Syntium Moto Yamaha) di tempat kedua.Fujiwara menamatkan perlumbaan 11 pusingan itu dengan masa keseluruhan 21:09.583s manakala Ito yang cuba mem-berikan cabaran ketinggalan 1.403 saat dengan masa keseluruhan 21:10.986s.

Pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaru-zaman (MUSASHi Boon Siew Honda Racing) pula muncul di tempat ketiga den-gan catatan masa 21:17.405s.“Masalah jentera yang dihadapi pada pusingan

kelayakan dan Perlumbaan 1 semakin ketara sewaktu Perlumbaan 2 tadi se-hingga menyukarkan saya untuk men-unggang dengan kelajuan maksimum terutama di laluan menurun bukit.“Saya

terpaksa mempertahankan kedudukan di hadapan Ito dengan mencari laluan sempurna dan pada beberapa pusin-gan terakhir barulah saya mengguna-kan keupayaan jentera secara optimum.

Penguasaan pelumba Jepun di Autopolis

LONDON - Penyerang baharu Ful-ham, Dimitar Berbatov ternyata

masih tidak berpuas hati dengan pengu-rus Manchester United, Alex Ferguson.Pada satu sidang akhbar khas di Sofia, Bulgaria kelmarin, Berbatov berkata, dia tidak mengucapkan selamat tinggal kepada Ferguson selepas meninggal-kan Old Trafford.Difahamkan, Berbatov masih berang dan tidak berpuas hati den-gan layanan yang diterimanya daripada Ferguson apabila diketepikan daripada skuad utama United sejak 18 bulan lalu.

“Saya hanya mengucapkan selamat ting-gal kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Saya hanya menemui beberapa pemain (United) sahaja kerana tidak sempat ber-temu dengan semua rakan-rakan yang lain.“Bagaimanapun, saya tidak ber-cakap dengan Ferguson. Mungkin saya akan me- ngutuskan sepucuk surat untuk beliau suatu hari nanti,” jelas Berbatov.

Ferguson kena bidas

Page 12: surat khabar

AKHBAR HARIAN 12

ROZAIMI turut disenaraikan

TIADA sasaran khusus ditetapkan pengen-dali Harimau Muda, Ong Kim Swee (gam-bar kecil) menjelang kejohanan jemputan Pi-

ala SCTV yang berlangsung di Jakarta, Indonesia

22 AUGUST 2012 ARENA SUKAN

BERITA DI MUKA >> 10

ARENA SUKAN

Ferguson dibidas >> 11

Murray kefinal >> 10

Jepun menguasai >> 11