Sumbangan Tamadun Cina
-
Upload
ultraman-nexus -
Category
Documents
-
view
4.272 -
download
123
description
Transcript of Sumbangan Tamadun Cina
2.0 SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA KETAMADUN MALAYSIA
2.1 PENGENALAN
Tamadunan China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi ini. Tamadun
China juga merupakan tamadun yang terbesar selain Tamadun Islam dan Tamadun
India. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian
selatan China. Tamadun China suatu ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun
Hwang Ho. Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa
teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam
tamaduntamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu,
dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud
beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan
antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih
bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya,
mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka
ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan
yang lebih saksama.
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan
dan penemuan sains. Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka munculnya pinjam
meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi beberapa
pengetahuan kepada dunia mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China juga
tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Oleh itu, perkembangan
ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia.
Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan
magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang
fenomena-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan, pergerakan matahari, bulan
dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Cina. Oleh
itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa jawapan kepada
persoalan alam. Daripada pengkajian orang Cina terhadap kulit kura-kura, tulang
binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka mengenai jawapan
alam.
Dengan erti kata lain, magik dan kuasa gahib masyarakat Cina secara tidak
langsung membantu orang Cina mempelajari atau menghasilkan pengetahuan
mengenai bidang-bidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik, astronomi
dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan oleh nujum
mengenai pentafsiran fenomena siang dan malam telah membantu proses
perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari formula untuk
hidup lebih lama membawa penemuan kajian kimia dan perubatan.
Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu
perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan lagi tamadun mereka. Keadaan ini
ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat pada abad ke-19.
Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan. Keadaan ini merupakan
satu pengajaran besar bagi China untuk maju ke hadapan bagi meningkatkan
perkembangan tamadun mereka.
Terdapat beberpa sumbangan Tamadun China kepada ketamadunan Malaysia.
Kita akan melihat beberapa sumbangan Tamadun China kepada ketamadunan
Malaysia dari segi beberapa aspek, iaitu:
2.2 SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA KETAMADUNAN MALAYSIA DARI
SEGI ASPEK:
2.2.1 ALAM SEKITAR
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua
agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai
anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai
khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi
Islam, Buddhisme (Antara agama Yang diamalkan oleh Tamadun China) dan
beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar sangat bermakna dan kita perlu
menggunakan anugerah Tuhan ini secara bertanggungjawab. Tetapi dalam tamadun
tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu
disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,
tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar.
Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan
tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari
bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan
semesta sesuatu pengamalan budaya. Jadi, kita rakyat Malaysia juga memelihara
alam sekitar agar tidak pupus ditelan harus permodenan negara.
2.2.2 KELUARGA
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu
dihayati oleh tamadun China. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah
keluarga yang terus berkembang. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang
menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan
seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional.
Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep
kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti
ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan..
Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum
perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap
mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih
sayang dan hormat-menghormati. Oleh itu, nyatalah bahawa seluruh rakyat Malaysia
juga mengamalankan konsep tersebut dalam institusi kekeluargaan mereka.
2.2.3 KOMUNITI
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam tamadun China
khususnya. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam
menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat
memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa
dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan
psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan
komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada
nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama. Bagaimanapun,
fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti
tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat
diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai
keseimbangan dalam tradisi Buddhisme. Terdapat juga rakyat Malaysia yang
berpegang kepada agama Buddhisme ini, iaitu kaum Cina. Mereka menjadi seseorang
rakyat yang baik kerana dengan adanya kepercyaan seperti ini.
2.2.4 KERAJAAN
Falsafah tamadun China juga begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai
dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui
peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil
merupakan tema utama tamadun China ini. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze,
Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan
perkara ini. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada
rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun China. Namun demikian,
kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya
seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh
membantah dengan tujuan untuk membetulkannya. Lelaki merupakan ketua bagi
sesebuah kerajaan.Tamadun Malaysia dan China sama-sama mengamalkan sistem
beraja dimana hanya lelaki saja yang boleh menjadi ketua Negara. Rakyat Malaysia
juga setia kepada Raja dan Negara dan mereka tidak akan sesekali derhaka atau
membelot kepada negara sendiri.
2.2.5 KEGIATAN EKONOMI
Dalam tamadun china, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral
Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran
Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Hakikat ini
menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap
moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan
moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat
dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini
bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk
penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara ini yang
membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu
pengukurnya. Negara kita juga, mengamalkan kegiatan ekonomi yang pelbagai demi
mencapai kemajuan yang lebih bermakna dan negara kita akan menjadi sebuah negara
yang terkenal di mata dunia.
2.2.6 PENDIDIKAN
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan
awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah
dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan
mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa
memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan
dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah
buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan
awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen,
dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap
kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti
yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah,
tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di
istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang
berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik.
Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam
China adalah yang tertua di dunia.
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun China adalah pembinaan sifat-sifat
seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu
rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara tersebut, dimensi Inner
Being begitu penting dalam konsep pendidikan Buddhisme. Manusia tidak digalakkan
menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan
dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara
transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Hal ini
membuktikan bahawa negara kita juga mempunyai sistem pendidikan dan terus
memperkasakan sistem tersebut untuk memacu pembangunan negara di masa akan
datang.
2.2.7 KESIHATAN
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang
masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun China tidak boleh dipisahkan
daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan
tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di
sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang
dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik
berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan.
Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam.
Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui
proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
keseimbangan dalam kehidupannya. Kebanyakan rakyat Malaysia juga amat
menitikberatkan akan kesihatan tubuh badan mereka agar mereka dapat menikmati
kehidupan dengan sempurna.
2.2.8 ASAS SAINS.
Terdapat dua asas penting perkembangan sains Cina iaitu Yin dan Yang, dan teori lima
unsur. Prinsip Yin dan Yang ini merujuk kepada kestabilan alam. Walaupun dua unsur
ini bertentangan namun ia memainkan peranan penting dalam perkembagan dan
imbangan alam. Jika tiada imbangan ini maka berlakulah masalah bagi alam semula
jadi. Yin dan Yang merupakan dua kuasa yang lengkap-melengkapi.
Manakala teori Lima Unsur tidak ketahui siapa penciptanya ia dimualai oleh ahli
falsafah Tsou Yen pada abad ke-3 S.M. (350-270 S.M.). beliau membuat andaian
bahawa kebanyakan fenomena alam manusia berlaku berlaku berdasarkan lima
perkara. Warna misalnya datang dari warna kuning, hijau, merah, putih dan hitam. Arah
datang dari lima arah iaitu timur, barat, selatan, utara dan tengah. Begitu juga berlaku
ke atas rasa. Terdapat lima rasa yang ketara iaitu pahit, manis, pedas, masam dan
masin. Kelima-lima unsur ini dikaitkan dengan satu kitaran supaya satu unsur tidak
mendomonasi keadaan.
2.2.9 PERKEMBANGAN ILMU SAINS
Dari dua unsur tadi golongan cerdik pandai Cina mula meneroka alam dan
memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Antara bidang-bidang utama
perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan matematik, astronomi, fizik dan
biologi. Bidang sains yang terdapat di negara kita ini juga lahir hasil dari pengaruh
tamadun China selain tamadun-tamadun tradisional yang lain.
2.2.10 BIDANG PERUBATAN
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu.
Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui
pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah
akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan
tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina
juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-
karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod
menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik
yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia
disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan
falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik
dari akupuntur, herba, diet dan senaman.
Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis
oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial
Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming.
Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis
perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup
berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.
Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana
ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan
dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia
dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan
tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam
menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota
tadi.
Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica,
moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian
bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang
Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu
mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati
penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan
sebagainya.
Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan
sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan.
Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.
2.2.11 BIDANG MATEMATIK
Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan
mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan
matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab
mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semasa Dinasti Tang,
matematik telah dimasukkan dalam peperisaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh
tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul
Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah
dicetak. Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan
awam kerajaan pada tahun 1230.
Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan
masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Ini kerana
setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap. Sebagai
contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan
bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang
standard bagi China.
Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300),
Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat
hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa meletusnya era
Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana
pengembara yang pernah ke segenap pelusuk China bagi mengajar ilmu yang dibawa
oleh beliau.
Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14 S.M
maka tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke 3 Masihi muncul
pula sistem tulisan yang stabil.
Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi empat
ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-
angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat
jumlah yang sama iaitu 15.
Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif disukai
kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan
iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genab dan ganjil. Orang Cina
menyukai angka genab yang membawa kabaikan, manakala angka ganjil memberi
makna sial. Selain itu juga orang Cina juga elah pandai menggunakan angka
perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar. Jelaslah bahawa bidang matematik yang
kita guna pakai pada masa kini juga adalha hasil penemuaan ahli-ahli matematik
tamadun china itu sendiri.
2.2.12 BIDANG ASTRONOMI
Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang
alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu
mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda menggambarkan
alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien.
Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.
Kajian astronomi Cina mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada alam ini sebagai
makhluk yang hidup, apa jua kesakitan yang timbul daari satu bahagian alam akan
dirasai oleh alam yang lain. Dalam kepercayanan roh nenek moyang, orang Cina
percaya bahawa roh-roh yang telah mati akan berhimpun secara kekal di langit. Oleh itu
mereka mengadakan hubuangan dengan roh ini menerusi upacara pemujaan nenak
moyang.
Orang Cina juag pecaya bahawa jika anak cucu yang melakukan perkara tidak baik
maka nenek moyang mereka akan marah dan akan menurunkan malapetaka. Selain
perkara ini orang Cina mengkaji astroomi juga kerana keperluan mengadakan kalendar.
Kalendar adalah penting bagi urusan-urusan pentakbiran, menetapkan misim dan apa-
apa juga pekerjaan.
Oleh kerana itu ahli astronomi merupakan pegawai kerajaan. Mereka percaya bahawa
langit atau syurga akan memerhati maharaja dan kerajaannya. Oleh itu apabila
wujudnya pentakbiran yang gagal maka wujudnya kekacauan dalam negeri.
Pemerhatian alam semesta telah berlaku kira-kira 1300 S.M Contohnya kexing atau
guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab Nebula talah direkod pada abad ke-11
di China. Manakala komet Halley hanya boleh di kesan menerusi rekod Cina. Orang
Cina juga mempelajari matahari dan merekodkannya secara sistematik. Selain itu
gerhana bulan dan matahari juga direkodkan. Hal ini juga membuktikan bahawa bidang
astronomi ini telah wujud pada zaman tamadun China lagi.
2.2.13 BIDANG FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI
Bidang fizik Cina yang paling penting adalah perkembangan tentang magnet. Ahli
nujum China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan
bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia. Manakala penciptaan
kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang
diletakkan batu lod. Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.
Manakala bidang kimia dimajukan oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang
kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat
manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga mereka telah
berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di
bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat
Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia.
Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput. Mayat yang ditemui itu kelihatan
masih segar dan tidak reput.
Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah
kepada emas dan perak. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka
percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga
dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan
mereka dalam ini maka mereka juga telah mencipta beberapa peralatan penting bagi
kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.
Salah satu ciri umum Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian.
Oleh kerana itu juga berlakunya perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak
lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk
tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi,
kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang
belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan
mengadakan kawalan serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan
kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-
buahan.
2.2.14 BIDANG PENCIPTAAN
Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang
mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah
mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-
sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han.
Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku
pada zaman Dinasti Tang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan
mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105.
Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut
Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di
sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama
menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun
demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api.
Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh
penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata. Kita juga telah menggunakan pelbagai
hasil ciptaan tamadun Chian pada hari ini,seperti kertas, jarum dan mesin pencetak
akan tetapi kita juga telah melakukan penambah baikan terhadap bahan ciptaan
tersebut.
2.2.15 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor
perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu
Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas.
Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air
seperti giant bamboo yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan
air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di
Sichuan.
Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna
untuk tiang-tiang dan layar kapal. Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu
binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong-jong yang unik ini, ia juga
mempunyai kedudukan yang kukuh.
Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada
sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja pegisaran bijirin dan kira-kira pada 30 Masihi bagi
kerja-kerja membersihkan bijih. Perkara ini juga membuktikan bahawa manusia pada
hari ini kebanyakan mencipta sesuatu berdasarkan penemuaan tamadun China
terdahulu selain tamadun-tamadun tardisional yang lain
2.2.16 IDEA INTELEKTUAL
Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun Malaysia dengan
tamadun China.Ini kita dapat lihat dari segi pemilihan pemerintah dimana Malaysia
dipilih oleh semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas.Malaysia juga mengamalkan
demokrasi dimana pemilihan pemerintah ditangan rakyat. Di China,pemilihan dibuat
melalui kuasa tertinggi bergantung kepada tahap pendidikan seseorang itu.
Walaupun berbeza tamadun namun penyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa
perkara penting seperti soal kerajaan dan sistem pemerintahan
2.2.17 BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan
beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba,
1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang
kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci
(1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
(c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan,
beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok
(belenggu tengkok haiwan), cacing.
(d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin,
kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong,
band, cuak, culai, lancong.
(e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong
2.2.18 BUDAYA DAN KESENIAN
Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan
di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De
Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk
komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita
tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja
semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan
kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses pembudayaan Melayu
telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik
dinamakan Baba dan Nyonya.
Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan
mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya
sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa
Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-
bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta.
Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut.
Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien
iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di
kalangan komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap
kembali ciri-ciri budaya Cina Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi
komuniti peranakan Cina di Kelantan.
Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala
Krai di hulu sehingga ke Tumpat di muaranya. Kewujudan hubungan yang rap at antara
Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan penyerapan ciri-ciri
budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan
yang fasih dan jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-
menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya kegemaran kepada wayang kulit,
wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran dan permainan mahjong.
Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan
Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya
Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan
agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang
dan juga amalan agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya
Melayu yang berasaskan agama Islam