sukan

38
1 SCIENCE & TECHNOLOGY FACULTY MAY / 2015 HBEF1303 CO CURRICULAR EDUCATION MATRICULATION NO : 800914115171001 IDENTITY CARD NO. : 800914115171 TELEPHONE NO. : 0129876726

description

latihan

Transcript of sukan

Page 1: sukan

1

SCIENCE & TECHNOLOGY FACULTY

MAY / 2015

HBEF1303

CO CURRICULAR EDUCATION

MATRICULATION NO : 800914115171001

IDENTITY CARD NO. : 800914115171

TELEPHONE NO. : 0129876726

E-MAIL : abnu80

LEARNING CENTRE : PAHANG DARUL MAKMUR

Page 2: sukan

2

KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

Pendahuluan

Definisi Kokurikulum

Strategik Pihak Sekolah

Pemasalahan-Pemasalahan Dalam Pelaksanaan

Penyelesaian kepada Masalah

Kesimpulan

Rujukan

Temubual Guru

Contoh Surat Pemohonan Penubuhan kelab daan Persatuan

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan

3

5

6

11

15

18

19

20

24

25

Page 3: sukan

3

PENDAHULUAN

Pengenalan

Aktiviti kokurikulum sudah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah sama ada diperingkat rendah,

tinggi ataupun diperingkat institusi-institusi di negara kita ini. Ia adalah merupakan sebahagian

daripada kurikulum asas sekolah dan setiap sekolah adalah bertanggungjawab untuk merancang

dan melaksanakan program aktiviti kokurikulum yang bersesuaian dan selaras dengan visi dan

misi Kementerian Pendidikan. Dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum ini

sememangnya adalah salah satu cara guru-guru mencari bakat murid-murid melalui aktiviti-

aktiviti yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Oleh itu, sistem pendidikan

negara kita adalah berteraskan falsafah pendidikan negara yang memberi tumpuan kepada

perkembangan potensi diri pelajar secara menyeluruh dalam melahirkan individu yang seimbang

dari segi intelek, jasmani dan emosi serta bertujuan untuk melahirkan seorang warganegara yang

berketrampilan, bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam

menuju Wawasan 2020.

Matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan satu bangsa bercorak

Malaysia yang bersatu dan dihormati. Hasrat ini akan dicapai sekiranya generasi muda sekarang

dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna

sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu kurikulum (akademik) dan gerak

kerja kokurikulum. Ini bermakna seorang pelajar itu diberi pendidikan yang menyeluruh

merangkumi aspek mental, fizikal dan rohani.“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang

berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.(Kementerian Pendidikan

Malaysia 1990).

Page 4: sukan

4

Kelab dan persatuan merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan

Pendaftar Pertubuhan Malaysia yang bertujuan bukan mencari keuntungan tetapi untuk menjaga

kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan

perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan (Pengurusan Sekolah, 2010). Di sekolah

kelab dan persatuan merupakan sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan,

berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai

minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling

bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai

cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan

minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Ini sekaligus merapatkan

hubungan muhibah, menyatupadukan ahli serta menggalakan penglibatan ahli-ahli dalam

aktiviti-aktiviti berfaedah. Pengelolaan ko-kurikulum dan guru-guru secara teratur dan sistematik

akan membawa keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi

pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar menyertai bidang

ko-kurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan komitmen yang tinggi terhadap

aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar menimba pengalaman. Ini mendorong mereka

menghadapi dunia sebenar apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

Page 5: sukan

5

DEFINISI KOKURIKULUM

Kokurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.

Program ini merupakan program pengukuhan dan penggayaan bagi melengkapi pengajaran di

bilik darjah. Semua sekolah rendah digalakkan menubuhkan kelab, persatuan dan pasukan

beruniform serta mengadakan kegiatan permainan, sukan dan olahraga untuk menanam semangat

perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum. Manakala menurut Mohd Sofian (2002)

pula, aktiviti kokurikulum boleh didefinisikan sebagai aktiviti terancang dan berstruktur di luar

bidang akademik. Ia juga merupakan kegiatan di luar bilik darjah seperti badan beruniform,

kelab dan persatuan serta sukan. Aktiviti ini mestilah dianjurkan oleh pihak sekolah. Disamping

itu, ia juga bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam minat murid-murid agar

kegiatan-kegiatan ini diteruskan menjadi kegiatan berfaedah untuk mengisi masa lapang selepas

mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.

Kokurikulum juga akan dapat membantu menjadikan sekolah sebagai tempat yang

menarik dan mengembirakan murid-murid. Ianya juga dapat mencungkil dan mengembangkan

minat, bakat dan kemahiran murid- murid di dalam bidang tertentu. Disamping itu murid-murid

akan dapat menimba pengalaman berinteraksi di antara satu sama lain sama ada di dalam sekolah

atau di luar sekolah. Kokurikulum juga dapat membantu membina dan meningkatkan disiplin

murid dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

KOMPONEN-KOMPONEN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Sukan dan Permainan

2. Keagamaan, Kesenian dan Kebudayaan

3. Kelab dan Badan

4. Pasukan Beruniform

Page 6: sukan

6

STRATEGIK PIHAK SEKOLAH

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK KPM, 1990): “Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan murid-murid Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. Strategi pihak

sekolah dalam melaksanakan aktiviti kelab dan persatuan di sekolah bagi membentuk murid

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang

bukan sahaja dari segi aspek intelek, tetapi juga dari aspek sosial, rohani dan jasmani telah

membuahkan hasil yang memberangsangkan walaupun terdapat beberapa kekangan dalam

merealisasikan aktiviti kelab atau persatuan di sekolah. Pelbagai usaha oleh pihak pentadbiran

sekolah dan guru-guru sekolah turut dikerahkan dalam menjayakan aktiviti ini.

Bagi pihak pentadbiran sekolah, inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan

yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat

menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara.

Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti

yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan

bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah

menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-

1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-

Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

2. Hobi dan rekreasi;

3. Sukan dan permainan;

4. Badan beruniform; atau

Page 7: sukan

7

5. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.

Guru Besar atau Pengetua memahami akan rasionalnya penubuhan kelab dan persatuan.

Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk

memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan.

Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan

mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi (Abdul Shukur,

1997). Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-

proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung,

perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan. Ini, agar dapat membantu guru dan murid-

murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang

berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi

mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi

dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Strategik berikutnya adalah usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah

juga usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip,

kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka

menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang

tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Farzanah, 2012). Ini kerana

sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin,

dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan

memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum terutamanya

kelab dan persatuan sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila

pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan

mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan

berterusan.

Strategik pemahaman akan kepentingan aktiviti kelab dan persatuan yang ada disekolah.

Dengan bantuan pihak pentadbir dan semua guru, kempen akan kepentingan menyertai kelab dan

persatuan telah dijalankan (Rokiah,2015). Didalam kempen tersebut guru-guru perlu :

Page 8: sukan

8

a. Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk

memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah.

b. Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan

secara berkesan.

c. Mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli

kelab atau persatuan yang dipimpin.

d. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai

aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

e. Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan

berwawasan.

Penerangan mengenai objektif penubuhan kelab dan persatuan dan kepentingannya kepada murid

hendaklah telus dan jitu. Objektif pula boleh dikategorikan kepada objektif khusus dan objektif

am. Bagi memantapkan lagi penubuhan kelab dan persatuan tersebut, objektif yang spesifik dan

khusus perlu diperjelaskan seperti berikut:

a. Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam

konteks kependidikan dan kepimpinan.

b. Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

c. Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan.

d. Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab

atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang.

e. Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Page 9: sukan

9

f. Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan

Rukun Negara, Perlembagaan Negara dan Wawasan 2020.

Penerangan objektif yang jelas dan berkesan mampu melahirkan generasi pelajar yang

berwibawa, berdisiplin, bersemangat, berwawasan dan tahan lasak disamping menyemai sifat-

sifat dan nilai-nilai murni dan luhur untuk membolehkan pelajar-pelajar menimba ilmu

pengetahuan dan mempelajari kemahiran-kemahiran asas dan mengembangkannya demi untuk

mencapai kecemerlangan sekaligus melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja mahir dalam

akademik tetapi juga berkemahiran dalam bidang-bidang yang dapat menyumbang kepada

pertumbuhan dan perkembangan jasmani, rohani, peribadi, intelek, emosi dan sosial yang

menyeluruh dalam sama-sama mendukung tanggungjawab terhadap agama, raja, bangsa dan

negara.

Pemantapan pemahaman mengenai tugas dan tanggungjawab kelab dan persatuan kepada

semua guru-guru perlu diperkukuhkan. Ini kerana guru merupakan pengendali program dan

memerangkap penasihat persatuan dan kelab (Farzanah, 2012). Dalam konteks pembahagian

tugas dan tanggungjawab sebagai penyelarasan, pengawasan dan pengendalian aktiviti-aktiviti

kokurikulum hendaklah dibincangkan bersama guru-guru melalui perundingan. Garis panduan

pembahagian tugas dan tanggungjawab seperti berikut:-

a. Aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab rasmi

guru-guru.

b. Memastikan guru hendaklah mengambil salah satu daripada aktiviti kokurikulum dan

mahir dalam aktiviti tersebut.

c. Dalam pembahagian tugas dan tanggungjawab penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum

tersebut hendaklah diambil kira aktiviti kokurikulum yang berat dan kurang

membebankan.

d. Pengajaran dalam bilik darjah, penyelarasan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tugas-tugas

lain di sekolah hendaklah diambil kira dalam pembahagian bebanan tugas guru

berkenaan.

Page 10: sukan

10

e. Pembahagian tugas dan tanggungjawab mengajar, aktiviti-aktiviti kokurikulum dan

tugasan lain adalah di atas budi bicara Pengetua dan Guru Besar.

f. Tidak ada jangka waktu yang tetap bagi penyelarasan guru dalam aktiviti-aktiviti

kokurikulum kerana ini bergantung kepada jenis aktiviti.

g. Kelas-kelas tambahan atau tugas-tugas pentadbiran tidaklah termasuk dalam tugasan dan

tanggungjawab aktiviti-aktiviti kokurikulum.

h. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih (fizikal)

hendaklah dikendalikan pada sebelah pagi atau petang dimana cuaca tidak begitu panas

melainkan aktiviti yang dibuat dalam bilik darjah atau dewan.

Page 11: sukan

11

PEMASALAHAN-PEMASALAHAN DALAM PELAKSANAAN

Jika dilihat pada sistem pembelajaran sekarang kokurikulum tidak dititikberatkan terutamanya

kelab dan persatuan oleh pihak pentadbir sekolah, guru dan pelajar. Ini kerana ia bukanlah

perkara utama yang dititikberatkan oleh sekolah. Sistem persekolahan yang menitikberatkan

kecemerlangan akademik menyebabkan ko-kurikulum diabaikan. Pelajar enggan dan kurang

berminat dalam aktiviti kelab dan persatuan. Tambahan pula sikap sambil lewa guru dalam

melaksanakan kokurikulum itu menyebabkan ianya terabai. Ini adalah bertentangan dengan

falsafah pendidikan negara yang ingin membangunkan jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Sedangkan dalam falsafah pendidikan itu jelas menunjukkan ko-kurikulum memainkan peranan

yang penting. Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell(1931)

menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko-kurikulum dengan sepenuh

hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga terlatih

yang terhad di bidang ko-kurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh Jonson dan

Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum dijalankan dengan baik

kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih. Sistem pendidikan tradisional

sebelum dikemaskinikan tidak begitu seimbang dan ianya terlalu mementingkan kecemerlangan

akademik (pencapaian di dalam peperiksaan) sehingga membuatkan pelajar mengabaikan aktiviti

luar bilik darjah sewaktu melalui proses pembelajaran.

Pemasalahan lain yang sering dialami oleh pihak pentadbiran dan guru-guru sekolah

dalam menjayakan aktiviti kelab dan persatuan di sekolah adalah perlu melihat kepada aspek

kedudukan sekolah sama ada sekolah tersebut berada di luar bandar ataupun di dalam kawasan

bandar dan berhampiran dengan kemudahan-kemudahan yang dipunyai oleh agensi kerajaan,

pertubuhan-pertubuhan, dan sebagainya untuk memudahkan murid-murid menjalankan kegiatan

kokurikulum tersebut (Abu Bakar, 2006/2007). Masalah kemampuan kewangan sekolah adalah

penting untuk mengerakkan kegiatan kelab dan persatuan ini. Adalah sebaiknya sekolah

memperuntukan jumlah kewangan yang berpatutan untuk pengurusan aktiviti-aktiviti kelab dan

persatuan seperti bagi pembelian peralatan, penyewaan kemudahan, bayaran perjalanan dan

sebagainya.

Tenaga pengajar atau kepakaran guru atau ahli masyarakat adalah juga penting dalam

menyusun aktiviti. Jika perlu, pengubahsuaian dibuat untuk memastikan aktiviti-aktiviti kelab

Page 12: sukan

12

atau persatuan boleh berjalan. Latihan dan bantuan bolehlah didapatkan daripada Jabatan

Pendidikan Kokurikulum dalam memberi tunjuk-ajar dan kursus yang berkenaan dengan

pengurusan aktiviti- aktiviti kelab dan persatuan amat diperlukan.

Dalam pemerhatian saya, kini pelaksanaan kelab atau persatuan di sekolah yang saya

mengajar masih lagi dijalankan seperti biasa. Kegiatan kokurikulum ini diadakan setiap hari

selasa. Masa yang ditetapkan ialah dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Ini ditambah pula

dengan aktiviti kegiatan kelab atau persatuan ini tidak banyak mengalami perubahan terutama

dari segi masa dan aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam program kokurikulum ini kecuali ada

beberapa tambahan aktiviti. Walaupun pendidikan SPN sudah bermula, kegiatan kokurikulum ini

tetap dijalankan dan semestinya dapat memberi peluang murid-murid untuk merehatkan minda

mereka.

Hasil pemerhatian saya juga, didapati kegiatan kelab dan persatuan di sekolah tidak

banyak perubahan. Perubahan hanya nampak pada bertambahnya aktiviti seperti drama, spelling

competition, mini marathon dan mari bercerita. Ini ditambah pula dengan waktu atau masa bagi

kegiatan kelab dan persatuan ini masih sama iaitu selama satu jam (Abu Bakar, 2006-2007). Ini

ditambah lagi dengan masalah tidak ada perubahan dari segi kemudahan dan peralatan. Peralatan

masih seperti biasa hanya ada tambahan sedikit tetapi dari segi kemudahan dewan masih sama

dan penggunaan hanya tertumpu pada akademik kerana keadaan dewan yang kecil dan tidak

sesuai untuk permainan seperti sepak takraw, badminton, bola jaring dan sebagainya. Didapati

juga tidak terdapat laporan tentang perkembangan kegiatan kokurikulum sepanjang tahun. Ini

kerana tidak ada rekod pencapaian murid-murid yang aktif dalam kelab dan persatuan hanya

berpandukan pada kebolehan murid-murid tersebut. Contohnya penglibatan murid dalam

pasukan beruniform terutama pengakap tidaklah begitu ramai.Tidak tahu sama ada aktiviti ini

dijalankan atau atas dasar nama mengikuti di dalam kertas.Tidak ada murid-murid yang

mengikuti persatuan Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana hanya beberapa orang guru terutama

guru yang baru diberikan tugas tersebut untuk dikendalikan. Pasukan pengakap ini diadakan

setiap hari selasa petang.

Melalui sesi temubual dengan Guru Kanan Aktiviti Kokurikulum, Pn. Rokiah Ibrahim

(2015) iaitu Guru kanan aktiviti kokurikulum yang dilantik ini adalah seorang perempuan. Dia

baru mengajar dua tahun disekolah berkenaan. Guru ini sudah mengajar selama dua puluh lima

tahun. Antara tugas dan tanggungjawabnya ialah menyelaras dan menyelia semua aktiviti

Page 13: sukan

13

kokurikulum ini dijalankan dan merancang dan mengagih tugasan kepada semua guru untuk

melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ini serta membantu Guru Besar di dalam

perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum. Tugas yang diberikan kepadanya ialah

membuat jadual dan melantik guru-guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum tersebut.

Beliau juga memastikan semua murid dari rendah bawah hingga rendah atas mengikuti semua

aktitiviti yang diadakan mengikut kebolehan masing-masing.

Dalam pengamatan saya disekolah, sebenarnya guru ini tidak mempunyai pengalaman

dalam mengendali bahagian kokurikulum memandangkan selama dia mengajar hanya tertumpu

kepada darjah yang diajarnya sahaja. Tetapi Alhamdulillah dengan adanya jadual tahun lepas

kegiatan kokurikulum ini dapatlah membantunya membuat dan merancang pembahagian jadual

dan tugas-tugas kepada guru-guru lain walaupun mengalami beberapa masalah. Tambahan pula,

masalah kerjasama guru-guru. Terdapat juga guru-guru yang telah diberi tugas tersebut menolak

dengan alasan tidak pandai bermain atau tidak minat. Jadi sebagai guru kanan kegiatan

kokurikulum setentunya dia terpaksa mencari guru yang lain. Jadual juga turut terjejas dan

terpaksa dirombak semula.

Masalah yang lain turut dikongsikan ialah murid-murid terutama murid-murid rendah

bawah. Murid-murid ini selalunya ingin mengikut kawannya sehingga aktiviti yang diberikan

kepadanya tidak diikutinya. Jadi kadang-kadang guru yang mengajar akan keliru dengan

keramain murid yang diberikan kepadanya begitu juga dengan guru yang kekurangan muridnya

yang tidak mengikuti aktiviti yang diberikan. Contohnya guru persatuan muzik, guru tarian

diberikan seramai dua puluh orang murid tetapi yang datang hanya separuh tetapi guru yang

mengajar kelab komputer melebihi daripada bilangan muridnya. Inilah kadangkala membuat

guru tarian terpaksa mencari murid-murid tersebut. Tetapi yang lebih pening adalah masa. Masa

juga menjadi satu masalah terutama bagi rendah bawah yang hanya mengambil selama tiga

puluh minit dan rendah atas selama sejam. Masa ini sungguh singkat bagi mengajar murid-murid

rendah bawah. Kadangkala masa ini bila diajar hanya cukup untuk cikgu bercakap untuk

menerangkan.

Dari segi kemudahan juga kekurangan seperti dewan atau bilik untuk melakukan kegiatan

kokurikulum tersebut. Kadangkala bilik darjah digunakan sebagai tempat untuk melatih murid-

murid (Abu Bakar, 2006/2007). Dewan sekolah kebiasaannya hanya digunakan untuk minum

dan peperiksaan serta acara-acara akademik dan sebahagian besarnya tidak bersifat “multi-

Page 14: sukan

14

purpose” yang menjadikannya tidak sesuai bagi acara-acara seperti bola jaring, futsal, sepak

takraw dan badminton. Dewan yang digunakan untuk latihan sepak takraw dan badminton ialah

dewan berdekatan kepunyaan orang kampung. Oleh sebab itu penglibatan sekolah-sekolah hanya

sekadar menyertai pertandingan kejohanan atau pertandingan yang dikendalikan kerana murid-

murid tidak mampu untuk mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka secara konsisten

memandangkan latihan-latihan dan perkembangan tidak dapat dijalankan di peringkat akar umbi

lagi.

Page 15: sukan

15

PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

Untuk memperbaiki dan memajukan kegiatan kelab dan persatuan ini sememangnya perlu ada

kerjasama daripada beberapa pihak supaya dapat dikendalikan dengan lebih baik lagi. Dari segi

masa, perlulah ditambah masa tersebut terutama pada peringkat rendah bawah sekurang-

kurangnya satu jam supaya murid-murid tidak akan merasa sekejap mempelajari kegiatan yang

disertainya (Farzanah, 2012). Itu juga memberi peluang kepada guru-guru melihat kebolehan dan

bakat murid tersebut melalui pengajaran yang dibuatnya.

Penambahan peralatan-peralatan kegiatan kelab dan persatuan perlu dilaksanakan

(Farzanah, 2012). Jabatan Pendidikan Kokurikulum sepatutnya bukan hanya membekalkan

peralatan-peralatan yang berkaitan dengan kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan tetapi

juga membantu sekolah-sekolah menyempurnakan peralatan-peralatan yang kurang. Selain itu

juga guru besar dan guru-guru boleh juga mencari alternatif lain dengan memohon tajaan dalam

bentuk barangan atau peralatan daripada agensi-agensi swasta atau kerajaan.

Guru-guru perlu juga diberi kursus-kursus atau bengkel-bengkel supaya dapat

memperolehi kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang kegiatan luar. Ini juga memudahkan

sekolah yang bukan hanya mengharapkan guru khas pendidikan jasmani menjalankan semua

kegiatan luar secara bersendirian (Abu Bakar, 2006/2007). Ini sedikit sebanyak dapat

meringankan dan membantu guru yang berkemahiran dan berkebolehan. Ini juga dapat

meningkatkan kualiti penglibatan guru malahan juga dalam mempelbagaikan kemahiran-

kemahiran dan seterusnya melahirkan pakar-pakar dikalangan pendidik di negara ini.

Dalam kegiatan kokurikulum ini, guru-guru yang diberi tugasan sepatutnya perlu tegas

dengan murid-murid terutama murid-murid rendah bawah. Mereka harus sentiasa diingatkan

dengan jadual mereka supaya mereka tidak lupa dan mengikut kawan-kawan yang lain. Kalau

perlu, guru perlu mengulang dan memanggil nama mereka dan menyebut aktiviti yang telah

dipilihkan oleh mereka.

Guru kanan Aktiviti Kokurikulum (Rokiah Ibrahim, 2015) perlu tegas dengan

pembahagian jadual kepada guru-guru yang lain supaya guru-guru akan merasa

bertanggungjawab dengan tugasan yang diberi. Tidak ada istilah “tidak pandai” atau “tidak tahu”

kerana sebagai guru perlu, guru perlu bersikap kreatif, inovatif dan inisiatif. Sebagaimana

menurut Abu Bakar dalam Mohd sofian(2002) menyatakan penyertaan guru adalah sangat

Page 16: sukan

16

penting dalam memastikan perlaksanaan kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan dengan

lancar. Perlaksanaan kokurikulum memerlukan penglibatan semua guru.sebagaimana

Fretwell(1981) menyarankan guru menerima tugas dan mengendalikan aktiviti ko kurikulum

dengan sepenuh hati. Long (1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain

daripada tenaga terlatih yang terhad di bidang kokurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga

disebut oleh Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kurikulum

dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih.

Jabatan kokurikulum juga perlu memikirkan tentang sekolah yang tidak mempunyai

dewan sendiri. Sepatutnya sekolah dan pihak berkenaan sentiasa berusaha untuk membina

sebuah dewan khas untuk kegunaan sekolah sendiri (Abu bakar, 2006/2007). Sampai sekarang

sekolah hanya tahu meminjam dewan kepunyaan orang kampong. Bila sekolah akan dapat

memiliki dewan sendiri kerana memikirkan dari aspek keselamatan kerana kawasan dewan orang

kampong tersebut adalah berdekatan dengan hutan, tempat kauri tanah dan lintasan trak-trak

pengangkut tanah dan batu.

Guru Kanan aktiviti Kokurikulum perlu membuat laporan atau perkembangan tentang

kegiatan kokurikulum yang dijalankan. Ini adalah melihat perkembangan sama ada kegiatan

kelab dan persatuan itu berjaya dilaksanakan atau sebaliknya.

Tugas Guru Besar juga perlu peka dengan guru-guru terutama pembahagian tugas

sebagai guru kanan aktiviti kokurikulum. Sepatutnya Guru Besar perlu memberi tugasan ini

kepada guru yang mempunyai pengalaman dalam bidang kegiatan kokurikulum supaya semua

perancangan yang akan dibuat dapat berjalan dengan lancer (Rokiah Ibrahim, 2015). Selain itu

juga Guru Besar sebagai pemimpin perlu membantu guru kanan aktiviti kokurikulum ini

terutama masalah pembahagian jadual kepada guru-guru lain.

Peranan Guru Besar perlu mengawasi setiap aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dibuat

oleh guru-guru sama ada setiap aktiviti yang dijalankan telah terlaksana bukan hanya sekadar

membuat aktiviti di dalam kertas tetapi tidak menjalankannya.

Meningkatan Penyertaan Dan Penglibatan Pelajar dalam kelaab dan persatuan.

Kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-

mata malahan ia juga dilihat dari pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum. Aktiviti

kokurikulum dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

dan ianya juga mengajar pelajar untuk bermasyarakat dalam masyarakat berbilang kaum.

Page 17: sukan

17

Kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segi kecerdasan (IQ) sahaja tetapi juga diukur

melalui kecerdasan emosi (EQ). Bagaimanapun, untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan

diri dalam aktiviti kokurikulum ini, pelajar mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di

tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan dapat

menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Selain dari itu, para

pelajar juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf kemudahan sekolah.

Bagaimanapun, sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti yang berbentuk aktiviti

“outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara dan juga aktiviti-aktiviti yang

mencabarkan diperbanyakkan untuk menarik minat pelajar disamping diadakan pertandingan-

pertandingan sama ada untuk aktiviti kokurikulum sukandan permainan, kawat kaki juga

pertandingan antara kelab dan persatuan.

Secara keseluruhanya, penyertaan dan penglibatan serta minat para pelajar dalam aktiviti

kelab dan persatuan di sekolah-sekolah di pengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan

juga kemudahan dan perlatan yang lengkap. Disamping itu juga, peranan guru-guru penasihat

juga mempengaruhi penyertaan dan penglibatan para pelajar dalam aktiviti yang dirancang

bersama-sama dan melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Minat bukan sahaja oleh para

pelajar malah guru penasihat juga harus mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikuum yang

diceburinya disamping yang paling penting ialah guru juga harus mempunyai minat terhadap

kelab dan persatuan tersebut (Abu Bakar, 2006/2007). Jelaslah, aktiviti-aktiviti kokurikulum

yang dilaksanakan di sekolah-sekolah mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam

membentuk pelajar yang seimbang dari segi JERI sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah

Pendidikan Negara. Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada mata pelajaran teras

yang diajar didalam kelas.

Page 18: sukan

18

KESIMPULAN

Dalam era globlisasi ini, setentunya kegiatan kelab dan persatuan diteruskan supaya kegiatan

kokurikulum ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan di sekolah-sekolah. Disamping itu

juga jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-latihan, kursus-

kursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada kesinambungan dan

penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan semasa. Selain itu juga pihak

Pentadbir atau Guru Besar perlu juga peka dengan perkembangan kegiatan kokurikulum yang

dijalankan di sekolah (Rokiah Ibrahim, 2015). Guru Besar berperanan besar dalam memberikan

sokongan, dorongan dan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid dalam memajukan

kegiatan kokurikulum terutamanya kelab dan persatuan di tempat sekolah tersebut.

Kerjasama antara pendidik dengan jabatan kokurikulum memang dialu-alukan serta perlu

sentiasa berhubung dalam sama-sama memperluaskan dan memajukan kegiatan kelab dan

persatuan ini dari peringkat sekolah rendah lagi supaya kegiatan kokurikulum yang dijalankan

dapat disinambungkan hingga ke peringkat sekolah menengah contohnya dalam pasukan

pengakap serta sukan-sukan seperti bolasepak, sepak takraw dan sebagainya seterusnya hingga

ke peringkat yang lebih tinggi (Mohd Aliff Hamzah, 2015). Oleh yang sedemikain, pendidikan

kokurikulum di negara kita akan mampu memantapkan kualiti sumber tenaga manusia di masa

akan datang untuk mencabar dan menyaingi pencapaian-pencapaian di peringkat kebangsaan,

serantau dan antarabangsa. Bukan setakat itu saja malah bidang sukan juga menjadi semakin

maju dan juga kualiti kesihatan, kepimpinan, hidup bermasyarakat, nilai-nilai tradisi dan budaya

negara akan terus subur dan berkembang dalam era yang penuh dengan ledakan teknologi yang

pesat berkembang ini.

(3481 patah perkataan)

Page 19: sukan

19

RUJUKAN

1. Abdul Shukur Abdullah. 1997. Pengurusan Ko-Kurikulum, Fajar Bakti.

2. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah (1990)

3. Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah (1989),

Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Buku Panduan Pentadbiran Sekolah (1982).

5. Omar Mohd Hashim. 1993. Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan.

DBP.Kuala Lumpur.

6. Farzanah Abdullah (2012). Sikap guru terhadap aktiviti kokurikulum dan hubungannya

dengan amalan pengurusan kokurikulum dalam kalangan guru sekolah menengah, UTM.

7. Abu Bakar Mohd Husain (2006/2007). Kedudukan kokurikulum di sekolah: persepsi

guru dan persepsi pelajar, UKM.

8. Mohd Sofian (2002). Pelaksanaan Kokurikulum dalam Pembelajaran.

9. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

10. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum

Kebangsaan).

11. Long (1977). Tugas dan peranan guru dalam kokurikulum.

12. Fretwell (1931). Responsibility of teachers in co-curricular. Cambridge.

13. Jonson and Ronald (1952). Important of co-curricular for High school students.

Page 20: sukan

20

Temubual Guru : En. Mohd Aliff B. Hamzah, guru Persatuan Bahasa inggeris 2015

Saya :Apa khabar sir? Maaf saya mengganggu sir. Saya datang untuk menemubual sir

mengenai kelab dan persatuan.

Sir :Khabar baik. Ok silakan, tapi tak boleh lama-lama sebab saya ada kelas selepas ni.

Saya :Sir mengajar subjek apa?

Sir : Saya mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Saya : ooo.. padanlah oraang panggil cikgu dengan sir. Maaf saya sir. Sudah berapa lamakah

sir mengajar subjek tersebut?

Sir :Tahun ini tahun ke 7.

Saya :Adakah sir merupakan Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris?

Sir :Ya.

Saya :Apakah yang cikgu faham mengenai kelab dan persatuan?

Sir :Nak dalam Bahasa Inggeris ker Bahasa melayu! Hehehehehee. Kelab dan persatuan

merupakan entiti bukan perniagaan yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan

Malaysia yang bertujuan bukan mencari keuntungan tetapi untuk menjaga kepentingan

dan kebajikan ahli-ahlinya serta menyediakan kemudahan dan mengadakan perkhidmatan

sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan.

Saya :Pada pendapat sir, bagaimanakah penglibatan adan penyertaan murid-murid dalam

berpersatuan dan kelab?

Sir :Masih di tahap rendah walaupun kita tahu kecemerangan seseorang pelajar bukan sahaja

diukur dari segi kecemerlangan akademik semata-mata malahan ia juga dilihat dari

pelbagai sudut termasuklah aktiviti kokurikulum iaitu berpersatuaan dan kelab kerana

kita lihat trend kini kecemerlangan pelajar bukan sahaja diukur dari segikecerdasan (IQ)

sahaja tetapi juga diukur melalui kecerdasan emosi (EQ).

Saya :Bagaimana untuk menarik minat mereka menyertai kelab?

Sir :Untuk menarik pelajar menyertai dan melibatkan diri dalam kelab dan persatuan, saya

ada bertanyakan kepada murid-murid, mencadangkan agar kemudahan dan peralatan di

tambah dan diperlengkapkan oleh pihak sekolah agar lebih ramai pelajar berpeluang dan

dapat menyertai dan mleibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Page 21: sukan

21

Saya :Apakah yang mereka mahukan?

Sir :Mereka juga mencadangkan agar menambahbaikkan dan menaik taraf padang sekolah.

Saya :Bagaimana pula dengan aktiviti yang telah dilaksanakan?

Sir :Mereka berkata borig dan bosan. Sebahagian besar pelajar mencadangkan agar aktiviti

yang berbentuk aktiviti “outdoor” seperti perkhemahan, “jungle tracking”, mengembara

dan juga aktiviti-aktiviti yang mencabarkan.

Saya :Apakah saranan sir untuk menjayakan aktiviti kelab atau persatuan murid-murid?

Sir : Satu je nak, iaitu kerjasama antara semua guru dengan jabatan kokurikulum memang

dialu-alukan serta perlu sentiasa berhubung dalam sama-sama memperluaskan dan

memajukan kegiatan kelab dan persatuan contohnya dalam pasukan pengakap serta

sukan-sukan seperti bolasepak, sepak takraw dan sebagainya seterusnya hingga ke

peringkat yang lebih tinggi

Saya :Saya juga menyokong kalau aktiviti outdoor diperbanyakkan.

Sir :Ok, maaf ya saya kena beredar dulu nak ke kelas. Cikgu tak der kelas ker?

Saya :Ada slot ke 3 dan 4. Ok sir terima kasih banyak-banyak.

Sir :boleh lah belanja air lepas nie. Ok sama-sama.

Page 22: sukan

22

Temubual Pentadbir sekolah : Puan Rokiah Bt. Ibrahim, Guru Penolong Aktiviti

Kokurikulum 2015

Saya :Assalamualaikum wkth Cikgu?

Cikgu :Wakalaikumussalam wkth. Ada aper cikgu?

Saya :Saya datang nak temubual sikit boleh?mengenai kelab atau persatuan.

Cikgu :Panggil akak kak Kiah jer cikgu.heeehe. ok boleh tuh boleh jap yang kena bawak sekali

dengan kitab-kitab lama pengurusan kokurikulumlah. Jap ya.

Saya :Ok, silakan. Apakah yang akak faham dengan kelab dan persatuan?

Cikgu :Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan

berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat,

kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling

bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan

mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi

memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing.

Saya :Wah cantik penerangan kak kiah maklumlah ader buku…kak kiah bagaimankah kita

hendak menarik minat sertai kelab dan persatuan?

Cikgu` :Beri pemahaman akan kepentingan aktiviti kelab dan persatuan yang ada disekolah.

Sepatutnya cikgu-cikgu kena bagitahu kepentingan kelab dan persatuan kepada pelajar

dengan buat kempen ker ceramah ker? Baru murid paham. Tapi kena bagi tahu dan

terangkan jugok objektif khas dan am baik-baik.

Saya :Adakah cikgu rasa cikgu berkemampuan melaksanakan tugas guru kanan kokurikulum?

Cikgu :Akak dah tua dik, tetapi dilantik oleh jabatan untuk menyandang jawatan itu jadi akak

terima jer. Kat sekolah nie baru 2 tahun walau pun dah ngajar semala dalam 25 tahun dah.

Saya :Adakah akak pernah terlibat secara langsung dalam kelab dan persatuan? Dan akak

pernah memegang ker jawatan GPKokurikum?

Cikgu :Tak pernah, akak pompuan jadi kurang minat sedikit.hhhihihihihi. biasanya akak ngajar

jer.

Saya :Maaf akak nak Tanya lagi, apakah tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada akak

di sekolah nie selaku GPKokurikulum?

Page 23: sukan

23

Cikgu :Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum ini dijalankan dan merancang dan

mengagih tugasan kepada semua guru untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

ini serta membantu Guru Besar di dalam perancangan dan pelaksanaan kegiatan

kokurikulum. Ada tu GB suruh membuat jadual dan melantik guru-guru dalam

melaksanakan kegiatan kokurikulum terutamanya kelab atau persatuan. Tapi GB bagi

tahu dia nok nya pastikan semua murid dari rendah bawah hingga rendah atas mengikuti

semua aktitiviti yang diadakan mengikut kebolehan masing-masing tu yang susah dik

maklumlah dik akak tua dah.

Saya :ooooo macam tuh. Apakah masalah yang akak biasa dapat dalam melaksanakan kelab

dan persatuan?

Cikgu :Masalah kerjasama guru-gurulah dik oiii. Ada cikgu-cikgu yang telah diberi tugas

tersebut menolak dengan alasan tidak pandai handle persatuanlah kelablah atau tidak

minat. Jadi sebagai guru kanan kegiatan kokurikulum akak terpaksa mencari guru yang

lain. Jadual pun turut terjejas dan terpaksa dirombak semula lah dik. Penatlah akak dik.

Nie adik akak bagi pegang kelab dan persatuan jangan menolak pulak…ya

Saya :Hehehehee. Ok akak saya akan menerima dengan hati yang terbuka. Hahhahahahaa.

Apakah kata-kata terakhir sebelum kita akhirkan temubual kita kak kiah?

Cikgu :Jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-latihan, kursus-

kursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada

kesinambungan dan penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan

semasa.

Saya :Bagaimana pula dengan penglibatan guru-guru disekolah nie dan GB? Napok GB asyik

duk dalam bilik dia jer masa kelab daan persatuan berjalan.

Cikgu :Cikgu-cikgu atau Guru Besar perlu juga peka dengan perkembangan kegiatan

kokurikulum yang dijalankan di sekolah mana boleh harap akak sorang dik penat akak.

Guru Besar berperanan besar dalam memberikan sokongan, dorongan dan motivasi

kepada guru-guru dan murid-murid dalam memajukan kegiatan kokurikulum terutamanya

kelab dan persatuan di tempat sekolah tersebut.

Saya :Ok. Lah akak terima kasih lah atas maklumat semua tadi tu… saya nak ke kelas pulak.ok

terima kasih sekali lagi.

Cikgu :Sama-sama dik, lepas nie kantin lah ya hihihihi.

Page 24: sukan

24

Contoh Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan

Persatuan Bahasa Inggeris,

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman,

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-8 8675111

_____________________________________________________________________

Ruj kami : SKSG /11/01/10(1)

Tarikh : 01 Januari 2011

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ………………( nama)….………… berdasarkan Peraturan (4) dalam

Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996

dengan ini memohon untuk menubuhkan Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor, mulai 1

Januari 2011.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

2.1 Draf Perlembagaan.

2.2 Draf Aktiviti Asas.

2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

(Pn. Rokiah Bt Ibrahim)

Guru Penasihat,

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Page 25: sukan

25

Contoh Surat Jawapan Kelulusan Penubuhan.

Persatuan Bulan Inggeris,

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-8 8675111

____________________________________________________________________

Ruj kami: SKSG 06/11/01/(01)

Tarikh : 08 Januari 2011

Guru Penasihat,

Persatuan Bahasa Inggeris

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Tuan,

KELULUSAN PERMOHONAN PENUBUHKAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Merujuk surat tuan SKSG 11/01/01( 01) bertarikh 01 Januari 2011 dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan

kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan

bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, sukacita dimaklum permohonan tuan untuk menubuhkan Persatuan Bahasa

Inggeris Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor Kerteh Kemaman Terengganu Darul Iman adalah diluluskan

berkuatkuasa mulai 5 Januari 2011

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat yang diluluskan:

2.1 Draf Perlembagaan

2.2 Draf Aktiviti Asas

2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja.

Diharap dapat tuan mengambil tindakan selanjutnya mengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei, 1998,

P.U.(A) 196.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut Perintah,

(EN ABDUL AZIZ BIN MOHD ZAIN)

Pendaftar Kelab Dan Persatuan,

Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor,

Kerteh, Kemaman, Terengganu Darul Iman

s.k. - Fail Timbul