Suatu Persepsi Terhadap Industri Pembalakan … gusar mengenai keperluan untuk pengurusan hutan...
Transcript of Suatu Persepsi Terhadap Industri Pembalakan … gusar mengenai keperluan untuk pengurusan hutan...
1
Suatu Persepsi Terhadap Industri Pembalakan Kelantan
(Keperluan Untuk Pengelolaan Hutan Yang Lebih Baik)
PUSAT MEMBANTERAS RASUAH
DAN KRONISME UNIT PENANG
2
Suatu Persepsi Terhadap Industri Pembalakan Kelantan
(Keperluan Untuk Pengelolaan Hutan Yang Lebih Baik)
Isi Kandungan
1.0 PENGENALAN................................................................................................................................ 3
2.0 SOROTAN KAJIAN ......................................................................................................................... 4
3.0 HASIL KAJIAN .............................................................................................................................. 11
4.0 TEMUBUAL ................................................................................................................................. 17
4.1 TEMUBUAL BERSAMA WAKIL AHLI PAS DAN PARTI AMANAH NEGARA ................................ 18
4.2 TEMUBUAL BERSAMA ORANG ASLI DAN LAIN-LAIN DI GUA MUSANG ................................. 22
4.3 TEMUBUAL BERSAMA WAKIL UMNO ..................................................................................... 35
4.4 LAIN-LAIN TEMUBUAL ............................................................................................................ 36
5.0 ANALISIS KAJIAN ......................................................................................................................... 39
6.0 CADANGAN ................................................................................................................................. 46
7.0 KESIMPULAN ............................................................................................................................... 51
PENGHARGAAN ................................................................................................................................ 52
3
1.0 PENGENALAN
Banjir besar yang melanda Kelantan pada tahun 2014 telah memusnahkan tempat tinggal kebanyakan
penduduk setempat. Setelah sekian lama Kelantan tidak pernah mengalami kemusnahan alam yang sebegitu
teruk sehingga mengorbankan 21 kematian dan hampir 200,000 perpindahan. Pelbagai persoalan wujud
berikutan banjir besar yang mana dikaitkan dengan penebangan hutan yang berleluasa dan pembalakan
haram dalam negeri serta pengelolaan pentadbiran yang lemah. Dengan itu, Pusat Membanteras Rasuah dan
Kronisme (C4) ‘turun padang’, melawat Kelantan dan kawasan terjejas di Gua Musang, dengan tujuan untuk
meninjau kegiatan pembalakan haram dan juga menilai sama ada wujudnya hubungan antara rasuah,
pencabulan hak asasi manusia dan alam serta pembalakan haram.
Pembuat dasar di Kelantan boleh menggunakan analisis dan penemuan kami untuk membuat draf
dan memberikan cadangan dalam meningkatkan pengelolaan pentadbiran yang lebih baik demi
menyelamatkan spesis terancam, komuniti setempat dan habitat liar serta membanteras rasuah dan
kronisme berkaitan dengan kegiatan pembalakan haram dalam negeri. Kajian ini menunjukkan beberapa
perkara yang boleh ditingkatkan oleh kerajaan Kelantan dalam mencegah pembalakan haram dan kesannya
terhadap sosio-ekonomi dan hak asasi manusia komuniti setempat termasuklah orang asli. Perkara tersebut
termasuklah – ketelusan dalam pemberian kontrak pembalakan; kebergantungan terhadap pembalakan;
penguatkuasaan dan kerjasama antara negeri dan agensi kerajaan persekutuan; dasar dalam pembalakan;
akses kepada maklumat; garis panduan yang jelas untuk penguatkuasaan, pemantauan dan penalti;
perlindungan untuk masyarakat pribumi; pendidikan awam dan jawatankuasa tindakan tempatan.
Kajian ini diharapkan dapat membantu penggubal undang-undang (ahli parlimen) dan NGO/aktivis
mencadangkan dasar-dasar mengenai penebangan hutan dan pembalakan haram, pemantauan aktiviti balak
secara bersistem, sistem dalam memperuntukkan hak penebangan, langkah-langkah untuk melindungi hak
dan petempatan komuniti setempat. Penyelidik dalam kajian ini telah mencuba yang terbaik untuk
memastikan laporan yang dihasilkan setara dan seimbang, justeru menemu bual pelbagai pihak
berkepentingan daripada pelbagai parti politik. Kami berharap agar kajian ini mampu untuk mempromosikan
kerjasama dan hubungan yang lebih erat antara penguatkuasa seperti kerajaan negeri, majlis tempatan,
Jabatan Perhutanan, JAKOA dan Jabatan Alam Sekitar dalam memastikan yang terbaik untuk negeri, alam
sekitar serta komuniti masyarakat yang terjejas. Laporan ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan
yang dipilih secara demokratik tetapi hanya berfungsi sebagai satu tujuan iaitu untuk melihat Kelantan yang
mampu mengekalkan pentadbiran dan rakyatnya dengan tidak mengambil langkah-langkah yang
membahayakan persekitaran atau masyarakat yang tinggal dalam kawasan terbabit.
4
2.0 SOROTAN KAJIAN
Mendapatkan maklumat mengenai kegiatan pembalakan di Kelantan bukanlah satu tugas yang mudah.
Hanya terdapat dua buah laman sesawang sahaja yang menawarkan maklumat mengenai pembalakan.
Antaranya laman sesawang Kerajaan Kelantan dan juga Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bertanggungjawab terhadap Kerajaan Negeri berkaitan
sektor perhutanan di negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, JPNK diletakkan dibawah pengurusan Ibu
Pejabat Perhutanan Kuala Lumpur dan ditempatkan dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.1
Ianya bersifat tidak jelas mengenai individu yang mempunyai autoriti serta kawalan utama terhadap isu
perhutanan dalam negeri.
Menurut Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Senarai II dalam Jadual
Kesembilan Perlembagaan itu, isu tanah termasuk hutan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak di dalam membentuk atau menerima
sesuatu undang-undang dan peraturan hutan bagi mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan.
Namun begitu, ianya masih tidak jelas mengapa dalam temu bual yang dilakukan, kami mendapati bahawa
pihak pentadbiran negeri menyalahkan agensi persekutuan mahupun pihak tempatan sedangkan mereka
sebenarnya yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi untuk isu perhutanan di peringkat negeri.
2.1 Permohonan bagi mendapatkan lesen
“Unit Perindustrian dan Pengusahasilan Hutan” di bawah JPNK bertanggungjawab menyediakan
dokumen perlesenan Industri Berasaskan Kayu serta memantau aktiviti-aktiviti berkenaan selaras dengan
Enakmen Industri Berasaskan Kayu.2 Prosedur bagi mendapatkan lesen pembalakan serta keperluan ciri bagi
sesebuah syarikat untuk mendapatkan lesen pembalakan juga tidak dinyatakan. Hal ini menimbulkan
permasalahan ketelusan. Proses prokumentasi untuk syarikat-syarikat, badan membuat keputusan beserta
proses membuat keputusan kesemuanya tidak bersifat jelas.
Tambahan pula, tiada statistik mengenai jumlah pemberian kontrak terhadap syarikat-syarikat
pembalakan dan senarai syarikat tersebut. Di laman sesawang JPNK, hanya statistik mengenai jumlah kilang
yang terlibat dalam kerja-kerja Industri Berasaskan Kayu, jumlah pokok yang ditebang untuk jenis kayu
tertentu dan juga saiz hutan yang ditebang yang dinyatakan. Walaubagaimanapun, informasi tersebut hanya
tertumpu pada tahun 2012.
1 http://jpnk.kelantan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=26&Itemid=323&lang=en 2 Ibid.
5
JADUAL 1: KAWASAN BERHUTAN DAN TIDAK BERHUTAN NEGERI KELANTAN PADA 31.12.2012
JADUAL 2 : KELUASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) MENGIKUT JENIS-JENIS HUTAN BAGI NEGERI
KELANTAN PADA 31.12.2012
JADUAL 3: KELUASAN HUTAN YANG DILESENKAN UNTUK PENGHASILAN BAGI NEGERI KELANTAN PADA
31.12.2012
JADUAL 4 : PENGGUNAAN KAYU BALAK DAN KAYU GERGAJI BERASASKAN KAYU YANG TERPILIH BAGI
NEGERI KELANTAN TAHUN 2012
JADUAL 5: JADUAL HASIL HUTAN BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2012
6
JADUAL 6: PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN BAGI NEGERI KELANTAN 2012
JADUAL 7: PENGELUARAN OLEH INDUSTRI BERASASKAN KAYU BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2012
JADUAL 8: BILANGAN KILANG OLEH INDUSTRI BERASASKAN KAYU DI NEGERI KELANTAN TAHUN 2012
JADUAL 9: GUNA TENAGA DALAM INDUSTRI BERASASKAN KAYU DI NEGERI KELANTAN 2012
JADUAL 10: PENGELUARAN KAYU BALAK MENGIKUT SPESIES BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 2012
(METERPADU)
7
8
9
10
2.2 Laman web Kerajaan Kelantan
Walaupun kegiatan pembalakan merupakan pendapatan utama bagi Kerajaan Negeri Kelantan,
namun jika dilihat menerusi laman sesawang kerajaan negeri, tiada dinyatakan mengenai aktiviti
pembalakan, proses aplikasi mahupun prosedur bagi mendapatkan lesen. Statistik juga tidak dinyatakan
berkenaan tanah rizab dan hutan untuk tujuan pembalakan.
Menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, maklumat mengenai pembalakan
juga tidak dinyatakan. Kegiatan pembalakan dilihat tidak menjadi isu utama yang dibincangkan dalam
Pejabat Tanah.3 Hal ini menjadi tanda tanya mengenai jabatan mengenai yang bertanggungjawab
mengenai isu perhutanan di Kelantan.
3 http://www.ptjkb.kelantan.gov.my/ptjkb/index.php/ms/perkhidmatan/senarai-perkhidmatan
11
3.0 HASIL KAJIAN
3.1 Kajian yang diterbitkan
INTELLECTUAL DISCOURSE, 2005
VOL 13, N0 2, 201-212
Environmental Issues in a Federation: The Case of Malaysia
Oleh Muhammad Yusuf Saleem
Latar Belakang
Berdasarkan kepada perspektif perundangan, tanggungjawab mengenai isu-isu alam sekitar tidak perlu
dibahagikan antara kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri. Masalah persekitaran hanya dapat
ditangani dengan jayanya, sebagai contoh dalam kes Malaysia, jika melalui bidang kuasa serentak.
Tanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang alam sekitar tertakluk kepada negeri kerana
keberadaan negeri terbabit yang begitu dekat dengan sumber permasalahan alam sekitar lebih mudah
untuk melaksanakan pemantauan. Walau bagaimanapun, masalah alam sekitar antara negeri perlu
ditangani secara bersama oleh kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri.
Hujahan
Syarikat mempunyai sumber pendapatan yang terhad. Sumber-sumber hasil yang penting diberikan
kepada negeri-negeri merupakan hasil daripada tanah, lombong dan hutan. Merujuk kepada sumber
perhutanan, dasar-dasar negeri dikuasai oleh pertimbangan ekonomi dan bukannya isu alam sekitar. Hasil
yang diperolehi daripada penjualan kayu balak digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan
dan perbelanjaan negeri. Oleh itu, peranan hutan dalam melindungi alam sekitar, penggunaan air dan
menyediakan perlindungan yang selamat bagi haiwan liar diberi kurang pertimbangan. Kerajaan negeri
begitu gusar mengenai keperluan untuk pengurusan hutan mampan dan lain-lain sekatan terhadap alam
sekitar dan ekologi bagi syarikat-syarikat pembalakan yang mana akan mengakibatkan sumber
pendapatan yang lebih rendah untuk mereka.
Terdapat kejadian yang menunjukkan bahawa negeri-negeri tidak mengikuti peraturan-peraturan di
bawah Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA). Pada tahun 1996, sebagai contoh, terdapat satu bantahan dalam
akhbar tentang aktiviti-aktiviti pembalakan dan pencemaran alam sekitar hasil di Tanah Tinggi Lojing di
Kelantan. Keadaan ini dianggap "kritikal" dan kerajaan Kelantan diminta untuk menjalankan kerja-kerja
pemulihan serta-merta, termasuk, antara lainnya penanaman semula pokok-pokok. Jabatan Alam Sekitar
12
mengenalpasti 55 projek-projek pembangunan, melibatkan keluasan sebanyak 135,000 hektar yang telah
berlaku di kawasan tersebut. 14 projek ini memerlukan laporan EIA. Walau bagaimanapun, hanya
sesetengah pemaju telah mengemukakan laporan EIA mereka.
Sumber: http://journals.iium.edu.my/intdiscourse/index.php/islam/article/view/110
Ringkasan hasil kajian
- Berikutan kebergantungan sumber ekonomi terhadap kegiatan pembalakan, kerajaan negeri
memberikan kurang perhatian terhadap pengurusan hutan mampan. Hal ini menyebabkan
mereka kurang membuat pemantauan dan penilaian terhadap laporan Penilaian Kesan Alam
Sekitar (EIA).
- Justeru itu, terdapat penafian oleh Jabatan Alam Sekitar yang menyatakan bahawa penurunan
kualiti alam sekitar adalah disebabkan oleh kegiatan pembalakan yang berlebihan
- Seperti yang disebutkan di atas, daripada 55 projek pembangunan yang diluluskan, kurang
daripada separuh telah mengemukakan laporan EIA. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan harus
dipersoalkan dalam isu pemberian konsesi sebelum mendapat kelulusan EIA
- Selain itu, Laporan EIA haruslah mudah didapati di laman web Jabatan Pehutanan Negeri. Tiada
laporan EIA yang diterbitkan untuk orang ramai bagi mengesahkan projek-projek tersebut
mematuhi EQA.
3.2 Laporan Ketua Audit
Laporan Ketua Audit 2008
Kelantan Lulus 2,200 Hektar Hutan Untuk Pembalakan
Oleh Utusan Malaysia (20 Oktober 2009)
[Ringkasan artikel]
Kenyataan daripada: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang
Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian
melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ianya
sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan sepenuhnya. Tiga kawasan iaitu Tanah Tinggi Lojing,
Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan
kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK). Katanya,
kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).
13
Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak disediakan sehingga kini dan Jawatankuasa Teknikal yang
diwujudkan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan JKKP. Syarat tidak dipatuhi itu melibatkan keahlian
Jawatankuasa Teknikal yang sebahagian besar membabitkan kakitangan syarikat yang mempunyai
kepentingan. Bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan
enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang
diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada syarikat itu.
Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan
kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum
diterokai tanpa melalui proses tender.
Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan
biasa yang lain. Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak
Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas
sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis. Kesan daripada pembalakan di kawasan itu mengakibatkan
kerosakan serius terhadap struktur tanah seperti berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang.
Sumber:
https://www.audit.gov.my/docs/BM/8Media/2Liputan%20Media%20Laporan%20KAN/2008/3Aktvt.Ke
m.Jab.Agnsi_KjaanNegeri.pdf
Ringkasan Hasil Kajian
- Pemantauan dan penguatkuasaan yang lemah oleh JPNK – pemberian konsesi terhadap syarikat
swasta untuk penebangan hutan simpan dalam keluasan hutan yang besar tanpa memberikan
laporan EIA
- 2,200 hektar hutan simpan diberikan kepada syarikat swasta dengan berselindung di bawah
projek perintis untuk ‘Pembalakan Berimpak Rendah’ – RIL.
- 6 jenis lesen yang berasingan bagi setiap 55 hektar telah diberikan kepada syarikat swasta (tanpa
nama) tanpa laporan EIA.
- Syarikat swasta dikatakan memperoleh keuntungan yang besar daripada kegiatan pembalakan di
kawasan rizab hutan yang belum pernah diterokai, dan dengan mendaftar di bawah projek
perintis untuk RIL, mereka tidak perlu melalui proses tender.
14
3.3 Surveillance Audit of Kelantan State Forest Management Unit for Forest Management Certification by
SIRIM QAS
SAMPLE
Certificate No: FMC 005
Date of Second Surveillance Audit: 20 - 23 May 2012
Background of audit report
A surveillance audit on the Kelantan State Forest Management Unit (hereafter referred to as ‘the Kelantan
FMU’) was conducted from 20 to 23 June 2011. This is an audit to assess the continued compliance of the
Kelantan State Forest Department (KSFD)’s forest management system and practices of the Permanent
Reserved Forest (PRF) within the Kelantan FMU against the requirements of the Malaysian Criteria and
Indicators for Forest Management Certification [MC&I (2002)], the standard used for forest management
certification under the Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), using the verifiers stipulated for
Peninsular Malaysia.
In addition, this surveillance audit was conducted to verify actions taken by KSFD in addressing the Non-
Compliance Reports (NCRs) and Observation for Improvements (OFIs) issued during the previous Stage 2
Audit.
The PRF within the Kelantan FMU is managed by the KSFD. The PRF comprises of 623,849 hectares (ha) of
the state’s total land area of 1,493,181 ha. The PRF consists of only inland forests. However, part of the
PRF amounting to 199,352 ha had been zoned as potential forest plantation areas for planting Timber
Latex Clones (TLC) rubber trees. These areas had been excluded from the FMU and the scope of this audit.
Thus the PRFs of the FMU that was being audited under this surveillance cover an area of 424,497 ha, the
same size as was being audited under the previous Stage 2 Audit.
Issue raised Comments
The Human Rights Commission of Malaysia
(Suhakam) Tuesday urged Kelantan's PAS-led
government to adopt immediate measures to
resolve problems pertaining to the orang asli
community in the state. Suhakam chairman Tan Sri
Hasmy Agam said the Kelantan government
The protest by the Temiar referred to by
SUHAKAM was not against specific logging
concessions in the PRF area. It was more of a
general protest against encroachment into what
they claim to be their ancestral area which the
state does not recognize. The protest was against
15
should protect the rights of the orang asli in the
state, especially on the aspects of their right to
ancestral land and right of living. Hasmy was
commenting on the police arrest of 13 orang asli
of the Temiar community for allegedly leading a
gathering of 800 of their people in Kampung Parik,
Gua Musang, and last Tuesday in protest against
encroachment of their ancestral land for logging
and opening of plantations.
the state and not specifically against logging under
control of the FMU.
Villagers and members of a non-governmental
organisation (NGO) yesterday held a peaceful
demonstration to protest against illegal logging
activities alleged to have been carried out at the
Hulu Sat Forest Reserve here since three years
ago. They claimed that as a result of the activities,
residents suffered loss of their source of water,
worsening agricultural yield, encroachment of
elephants and road damage at the Bukit Bakar
tourist centre.
The auditors did not find any evidence of illegal
logging in the area. On inspection of the nearby
villages and consultation with the village head,
there was also no evidence that logging activities
affected local water supply, worsening of
agricultural yield (rice fields in the area are not
affected) or road damage at the Bukit Bakar
tourist centre. The village headman stated that he
did not believe encroachment of elephants into
the area is solely the result of logging.
Logging in the Ulu Sat forest reserve near Bukit
Bakar here is believed to have driven elephants to
smallholdings in several villages here. Kelantan
Wildlife and National Parks Department director
Rahmat Topani said the elephants were believed
to have left the jungle during the night for the
smallholdings where they would destroy crops.
A village headman interviewed believed that
elephants encroached into village areas in search
of food and not due solely to logging.
In a filing to Bursa Malaysia today, Greenyield Bhd
said the agreement is to set out the terms,
conditions and provisions related to the right to
use over the 400 hectares of land within the Relai
Permanent Forest Reserves, Mukim Relai, Chiku
The blockade was more of a general protest by the
Temiar against encroachment into what they
claim to be their ancestral area which the state
does not recognize. The protest was against the
state and not specifically against logging under
control of the FMU.
16
Sumber: http://www.sirim-qas.com.my/attachments/article/378/Public%20Summary% 20FMC%20of%
20Kelantan %20Forest %20Management%20Unit%20-%202nd%20Surveillance%20Assessment.pdf
district, Gua Musang colony in Kelantan (Project
Area) for a period of 50 years.
Thirteen orang asli were detained in Gua Musang,
Kelantan, when they staged a protest against
alleged land encroachment. They were detained
yesterday after putting up a blockade to stop
companies from logging in the area, said Centre
for Orang Asli Concerns coordinator Colin
Nicholas.In a statement, he also alleged that the
police had burned down the barrier and the
adjacent structures that were put up. He said the
police had set up a road block from the orang asli
area to Gua Musang and prevented the Temiars
from going to the police station to show their
support for those who were detained. The Temiar
started their blockade on Jan 4 after earlier
measures to stop the logging on their land failed“.
After discussions with the police and district
officer of Gua Musang, they agreed to give the
district officer two weeks to resolve the logging
and other land-related grievances,” he said.
However, he said the orang asli decided to
resume their blockade yesterday as there had
been no word from the authorities.
17
Ringkasan hasil kajian
- Wujudnya perbezaan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan dalam laporan
pengawasan audit
- Hal ini disahkan lagi dengan temubual bersama orang asli oleh pasukan C4. Perkampungan orang
asli mendakwa protes mereka terhadap pembalakan berlebihan di tanah mereka tidak didengari
oleh Kerajaan Negeri mahupun Jabatan Perhutanan.
- Jabatan Perhutanan Negeri sering menyalahkan kerajaan negeri kerana menganugerahkan
konsesi tanpa nasihat Jabatan dengan mendakwa ianya di luar bidang kuasa mereka.
- Aduan masyarakat orang asli sering kali dibolak-balik antara Kerajaan Negeri dan Jabatan
Perhutanan. Selain itu, masyarakat orang asli diwakili oleh Penghulu Kampung yang turut sama
mempunyai agenda politik tertentu bagi sesetengah pihak.
4.0 TEMUBUAL
4.1 Temubual bersama wakil ahli PAS dan Parti Amanah Negara
4.1.1 Wan Abdul Rahim Wan Abdullah: Speaker DUN untuk 3 Penggal, Setiausaha Politik Nik Abd Aziz,
ahli politik dari Parti Amanah Negara
4.1.2 Dato Husam Musa, ADUN PAS Salak dan bekas ahli majlis eksekutif negeri Kelantan
4.2 Temubual bersama Orang Asli dan lain-lain di Gua Musang
4.2.1 Goh Ban Hoe, pro-aktivis orang asli, ahli perniagaan
4.2.2 Mustafa Along, 29, Kampung Perawas Pos Balar (800 penduduk), aktivis Orang Asli, Kampong Kerri
4.2.3 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKOA)
4.2.4 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)
4.3 Temubual bersama wakil UMNO
4.3.1 Ahli DUN Kok Lanas Dato Md Alwi Hj Che Ahmad
4.4 Lain-lain Temubual
4.4.1 Raja Pembalak Kelantan
4.4.2 Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Pengarah Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban dalam The
Rakyat Post pada Disember 20, 2015
4.4.3 Wartawan Ian Mcintyre yang membuat liputan penuh mengenai Kelantan
18
4.1 Temubual bersama wakil ahli PAS dan Parti Amanah Negara
4.1.1 Wan Abdul Rahim Wan Abdullah: Speaker DUN untuk 3 Penggal, Setiausaha Politik Nik Abd Aziz,
ahli politik dari Parti Amanah Negara
Saya merupakan bekas ahli kerajaan Kelantan, dan saya masih ingat lagi bahawa sebuah jawatankuasa
tender perhutanan beroperasi untuk menyemak permohonan bagi kegiatan pembalakan. Jawatankuasa
ini dipengerusikan oleh Menteri Besar dan ahli Majlis Eksekutif Negeri, ahli-ahli Sekretariat Negeri,
Pengarah Jabatan Perhutanan dan pegawai kewangan. Ahli-ahli Sekretariat Negeri, Pengarah Jabatan
Perhutanan dan pegawai kewangan melaporkan kepada Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Setakat yang saya tahu, jawatankuasa ini mengamalkan sistem tender terbuka. Jawatankuasa ini
telah meluluskan tanah bagi aktiviti-aktiviti pembalakan seluas 5,000 ekar setahun. Kuota ini telah di
diamalkan sepanjang tempoh bekas Kelantan MB Nik Aziz bin Nik Mat, dari tahun 1990 hingga tahun 2015.
Terdapat dua jenis hutan: tanah negeri dan hutan simpan. Kelulusan bagi pembalakan di tanah negeri
adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Menteri Besar. Terdapat sebuah jawatankuasa di setiap
kawasan pilihan raya disebut sebagai 'Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan atau JET’ yang bersidang
setiap bulan. Permohonan untuk pembalakan di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah
kesemuanya telah dikaji dan diluluskan oleh JET. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti pembalakan juga
terlibat dalam hutan simpanan.
Permohonan untuk aktiviti-aktiviti pembalakan di hutan simpan telah diserahkan kepada Kerajaan
Persekutuan (Jabatan Perhutanan) untuk diluluskan. Namun, masih terdapat kekurangan pemantauan
oleh Jabatan Perhutanan dalam mengawal pembalakan yang berlebihan. Saya masih ingat terdapat
contoh aktiviti-aktiviti pembalakan haram di tahun 1990-an. Ianya keadaan seperti "kucing dan tikus".
Terdapat juga kejadian seperti kepungan yang dilakukan oleh pembalak haram di sepanjang Jalan Balak,
menyulitkan orang ramai untuk melintasi jalan tersebut, dan Jabatan tidak pula bertindak mengenai
perkara ini. Sejak tahun 1990 sehingga hari ini, negeri ini tidak dapat menyelesaikan isu pembalakan
haram. Saya percaya pemantauan yang lemah oleh Jabatan Perhutanan disebabkan oleh kekurangan
sumber manusia. Saya menyalahkan kerajaan persekutuan kerana kurangnya tindakan dan pemantauan
yang diambil oleh Jabatan-jabatan kerajaan persekutuan seperti Jabatan Alam Sekitar dalam mencegah
pembalakan haram.
Bagi saya, kerajaan Kelantan seharusnya tidak semata-mata dipersalahkan bagi bencana banjir
yang berlaku atau tindakan pembalakan yang berlebihan. Jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan
19
Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar perlu memainkan peranan mereka dalam memantau keadaan
tersebut. Terdapat dikri diraja yang diumumkan oleh Sultan Ismail Petra. Baginda melarang ahli-ahli
keluarga diraja untuk mempunyai konsesi pembalakan. Baginda memberitahu jawatankuasa eksekutif
supaya tidak "menghiburkan kerabat diraja". Walau bagaimanapun, kita tidak tahu jika kerabat diraja
menggunakan proksi untuk mendapatkan konsesi pembalakan.
4.1.2 Dato Husam Musa, ADUN PAS Salak dan bekas ahli Majlis Eksekutif Negeri Kelantan
Husam berkata bahawa selain daripada pembalakan, turut ada masalah lain iaitu "penghutanan semula".
Hal ini melibatkan "penebangan bersih" yang mana kesemua pokok-pokok - sama ada besar atau kecil -
dipotong dan tanah menjadi terbuka dan kosong (padang). Tanah ini kemudiannya ditanam dengan kelapa
sawit atau pokok getah. Beliau menegaskan bahawa kawasan-kawasan terlibat termasuklah Gua Musang,
Kuala Krai, Jeli dan Pondok Sungai Durian.
Penghutanan Semula
Pokok getah kini dikelaskan sebagai perhutanan dan ditebang sebagai kayu. Hal ini amat malang
sekali, kata Husam, kerana pokok-pokok getah berbeza dengan kepelbagaian spesies yang terdapat di
dalam hutan. Beliau menganggarkan bahawa terdapat pelbagai spesies (kira-kira 2,000 hingga 3,000)
pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dalam satu hektar. Pokok getah memerlukan baja dan racun
makhluk perosak, ianya tidak boleh tumbuh secara semula jadi, dan kaedah-kaedah tersebut
membahayakan kehidupan manusia. Beliau menyebutkan kes orang asli yang meninggal dunia disebabkan
oleh air sungai yang diminum dicemari oleh racun perosak. Aktiviti penghutanan semula mengganggu
ekologi seluruh hutan, dan membawa kepada pengurangan dan juga kepupusan hidupan liar.
Menurut rekod kerajaan negeri, Husam berkata 500,000 ekar telah diluluskan dan dibersihkan
sejak 15 tahun yang lepas. Beliau menimbulkan beberapa kebimbangan yang termasuk:
Terdapat tiada polisi mengenai penebangan bersih. Berapa besarkah kuota atau saiz
kawasan yang boleh ditebang?
Majlis Tanah Negara dan Jabatan Perhutanan tidak mempunyai dasar untuk memantau
penebangan hutan, yang disebabkan oleh pembalakan berlebihan dan boleh
menyebabkan banjir secara besar-besaran.
Dengan tiadanya dasar yang jelas oleh kerajaan negeri, pengusaha akan memanipulasi
sistem, manakala pegawai-pegawai kerajaan menerima sogokan dengan pemberian
kebenaran untuk penebangan hutan di kawasan tanah tertentu.
20
Husam mendakwa bahawa "amalan rasuah" seperti di atas berlaku dari Kota Bahru ke Putrajaya.
Kerajaan negeri telah ditetapkan beberapa amalan seperti membenarkan getah untuk ditanam semula
pada tanah yang dibalak. Walau bagaimanapun, ia hanya wujud dalam kertas, kata Husam. Secara
pengamalannya, penanaman pokok-pokok kelapa sawit kelihatan lebih menguntungkan ekonomi. "Tiada
siapa yang peduli kerana tiada siapa yang melawat kawasan tersebut untuk memantau keadaan, Jabatan
Perhutanan hanya membutakan mata" rungut Husam.
Dasar kerajaan negeri membenarkan kawasan-kawasan hutan untuk dibalak merupakan "hutan
miskan" (atau tidak produktif dan hanya mampu menghasilkan kayu sejumlah 40 meter padu sehektar).
Tetapi selepas 15 tahun, berapa banyak "hutan miskin" kekal? Berkemungkinan tiada lagi yang tinggal,
namun syarikat-syarikat terus mendapatkan kelulusan untuk melakukan penebangan.
Husam memetik kes di Hutan Simpan Ulu Sat (berdekatan Machang) yang mana pokok-pokok di
150 hektar telah ditebang walaupun pokok tersebut berada di zon penampan. Kejadian tersebut perlu
didedahkan kerana ia memberi kesan negatif kepada alam sekitar di negeri ini, tambah Husam. Husam
berkata, penyediaan zon penampan adalah penting untuk mengelakkan banjir. Ketika dia berada dalam
pentadbiran negeri (tahun 2000 hingga 2010), dia telah menimbulkan beberapa isu seperti keperluan
enakmen khas bagi penyediaan zon penampan pada tahun 2009. Zon penampan boleh menghalang air
daripada terus meningkat pada musim tengkujuh, katanya.
Pentadbiran Nik Aziz
Sepanjang tempoh Husam dalam pentadbiran negeri di bawah Nik Aziz, Husam mengatakan
bahawa mereka cuba untuk mengehadkan pengeluaran lesen penebangan bersih dan penghutanan
semula. Walau bagaimanapun, kawalan hanya efektif untuk tiga atau empat bulan sahaja, dan kemudian
penebangan haram atau penghutanan semula akan bermula lagi. Semasa tempoh pemerintahan Nik Aziz,
setiap syarikat hanya dibenarkan untuk melakukan penebangan atau penghutanan semula seluas 200
hektar.
Walaubagaimanapun, Nik Aziz telah memberikan konsesi atas dasar belas kasihan, sebagai
contoh, syarikat yang kemudiannya menjalankan aktiviti kebajikan untuk sekolah agama atau masjid-
masjid. "Beliau tiada niat untuk melakukan rasuah tetapi amalan ini diteruskan dan pihak yang terlibat
(syarikat pembalakan) menggunakan alasan ini untuk meminta konsesi," dakwa Husam. Tambahan pula,
Husam mendakwa bahawa pentadbiran semasa membolehkan aktiviti tersebut berlaku di seluas 4,000
ekar tanah untuk setiap syarikat.
21
Husam tidak menyediakan apa-apa keterangan untuk menyokong penyataannya. Contohnya,
sesetengah syarikat mungkin mempunyai lima atau enam syarikat-syarikat subsidiari. Mereka boleh
mengemukakan 10 permohonan untuk konsesi pembalakan daripada pembekal yang berbeza. Husam
mengatakan bahawa jika persoalan ini dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, para pentadbir
atau ahli-ahli majlis eksekutif akan menolak tuntutan tersebut.
Syarikat Kroni
Kita telah menyenaraikan nama syarikat terbabit untuk tujuan keselamatan. Syarikat ini telah
diberikan kelulusan untuk pembalakan kira-kira 3,000-5,000 ekar hutan simpan yang dipanggil Hutan
Simpanan Labir di Kuala Betis. Hutan rizab ini terletak di sempadan Terengganu. Husam mendakwa
bahawa kawasan ini telah ditarah dengan melampau dan hanya sebahagian kecil daripada rizab hutan itu
ditinggalkan. Apabila hujan lebat di Gunung Gagau, tiga negeri akan mengalami banjir – Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
Dwi-Lesen
Husam mendakwa bahawa syarikat ini telah berjaya untuk mendapatkan "dwi-lesen" kerana
syarikat yang terbabit merupakan syarikat kroni yang dikaitkan dengan kerajaan pentadbiran. Syarikat ini
berdaftar hanya pada tahun 2014.
PROSEDUR PERMOHONAN LESEN UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT KRONI
Mendaftar sebuah syarikat persendirian untuk melakukan aktiviti-aktiviti perhutanan.
Menyediakan kertas cadangan berhubung bagaimana syarikat merancang untuk menjalankan
penghutanan semula.
Cuba untuk menarik perhatian kerajaan negeri dengan mengatakan bahawa syarikat merancang
untuk menanam semula pelbagai spesies cepat tumbuh, yang boleh membesar sehingga 4 kaki
selepas setahun. Spesies tersebut boleh dibawa dari Indonesia atau Kemboja.
Nota: Pelbagai spesies tersebut memerlukan kawasan yang besar, kira-kira 4,000 hektar.
Sistem Tender Terbuka
Husam mendakwa bahawa kerajaan negeri telah mengamalkan sistem tender terbuka bagi
tempoh 15 tahun. Dia teringat bahawa semasa penjawatannya, hanya satu tender terbuka yang
dijalankan bagi konsesi besar bernilai RM50 ribu juta. Disini, Husam berbalah dengan bekas speaker Abdul
22
Rahim, yang mengatakan bahawa Kelantan – sebagaimana yang dia tahu ketika dia menjawat jawatan
dalam kerajaan negeri – mengamalkan sistem tender terbuka.
Pengakuan Peribadi Husam
"Tiada orang yang berminat dalam sistem tender terbuka. Jika saya gagal semasa saya berada dalam
pentadbiran kerajaan negeri, ia tidak bermakna saya akan terus senyap.”
"Kamu boleh menyalahkan saya, menganiayai saya, tetapi saya berdiri dengan kepercayaan saya bahawa
amalan-amalan tersebut (bebas telus) mesti dihentikan," Husam berkata dalam satu temu bual bersama
C4.
"Saya melawan bersendirian, tiada siapa benar-benar menyokong saya kecuali ADUN Kota Bharu Anuar
Tan. Tetapi ia tidak mencukupi kerana sindiket ini terlalu besar. Walaupun keselamatan saya berada
dalam ancaman, gangguan dan fitnah adalah sebahagian daripada segalanya. Saya kemudian dipecat
daripada kerajaan kerana ini juga".
Rasuah Oleh Syarikat-Syarikat Pembalakan
Husam berkata pengusaha balak seringkali merungut bahawa dia seorang yang tidak ramah dan
bersikap tegas. Mereka yang tidak berpuas hati cuba untuk melemahkan reputasinya dengan menggali
bukti penglibatan Husam dalam mencadangkan syarikat kroni untuk mendapatkan konsesi pembalakan.
Walaubagaimanapun, setakat ini, sebilangan telah gagal untuk menunjukkan bukti kejadian itu.
"Ianya bukan tentang bukti, kejadian itu hanya tidak pernah berlaku," dakwanya. Tambah Husam lagi,
hanya bendahari parti berhak menerima wang bagi pihak parti.
4.2 Temubual bersama Orang Asli dan lain-lain di Gua Musang
4.2.1 Goh Ban Hoe, pro-aktivis orang asli, ahli perniagaan
Terdapat 55,000 hektar hutan simpan di Gua Musang. Pelan asal yang dilukis semasa pemerintahan
kolonial menunjukkan saiz tanah yang dimiliki oleh setiap orang asli.
Tanah tersebut merupakan hak milik kerajaan negeri – disasarkan 55, 000 hektar dikhaskan untuk
orang asli. Namun, tanah tersebut hilang hak milik kerana kerajaan persekutuan (bekas Menteri
Perpaduan dan Pembangunan Sosial Tan Sri (Datin) Zaleha Ismail) dalam tahun 1990-an/tahun 80-an
memberikan hak tanah kepada JAKOA untuk tujuan pembalakan atas nama orang asli. Pemilik tanah adat
hanya mendapat kira-kira RM1,000 atau RM2,000 sebulan daripada pembalak. Mereka masih
23
mengeluarkan kayu balak tersebut untuk tujuan pembangunan. Sultan Kelantan tidak mempunyai apa-
apa konsesi pembalakan di hutan orang asli. Saya tidak pasti jika ada di kawasan-kawasan lain. Ianya
bergantung kepada JAKOA (dan kerajaan) syarikat mana yang diluluskan.
Saya mempunyai sebuah syarikat dan juga telah meminta (untuk lesen) tetapi saya tidak pernah
mendapatkannya. Saya ingin membina sebatang jalan – 3.3km pada tahun 1993. Saya menghabiskan lebih
daripada RM100,000 meminta kepada orang asli. Pada ketika itu, Pandak menjadi seorang kerani di
syarikat saya. Dia mendapat RM500 (wang atau tanah – tidak pasti) tetapi JAKOA tidak meluluskannya.
JAKOA mempunyai syarikat koperasi yang dipanggil Koperasi Kijang Mas Bhd (Kelantan dan Terengganu)
di Ulu Kelantan yang meluluskan permohonan pembalakan di 55,000 hektar tanah. Syarikat subsidiari itu
ditubuhkan sebelum proses perlesenan diluluskan.
Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan memberi 1,000 hektar atau 1,500 hektar untuk tujuan
pembalakan dengan menggunakan sistem veto. Pengarah JAKOA membawa pengarah syarikat untuk
pergi ke dalam hutan dan menggunakan lesen pembalakan. Saya telah pergi bersama pengarah JAKOA
negeri (pada tahun 1996/7 hingga 2000) di Kota Bharu sekali. Saya pergi bersama 10 orang asli tetapi
mereka takut untuk berkata apa-apa. Penolong pengarah datang ke dalam bilik untuk bertanya jika saya
telah meminta dia memenuhi konsesi pembalakan. Saya sangat marah dan menghentak meja saya. Saya
bertanyakan kepada mereka sama ada mereka ingin membuat orang asli jatuh bankrap dengan menjual
harta mereka. Mereka tidak berniat untuk membantu orang asli. Sekarang, kira-kira 1,000 ekar ladang
kelapa sawit (di suatu tempat, nama tidak pasti) didaftarkan atas nama anak-anak pegawai JAKOA.
Jika Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan lesen, JAKOA tidak dapat berbuat apa-apa di sini.
Pada tahun 1980-an/tahun 90-an, pembalakan telah dilakukan (apabila PAS mengambil alih). Saya
sentiasa berjuang. Orang asli sangat takut. Kali terakhir saya memberitahu mereka bahawa mereka akan
dapat RM50 jika menurunkan tandatangan. Sebelum ini, Koperasi mempunyai RM6.8 juta dalam dana
mereka.
Anak syarikat Koperasi Kijang Mas, Ringgit Sesama SB ini telah diketuai oleh individu yang bergelar
' Datin' (gelaran Kehormat diberikan kepada wanita). Syarikat subsidiari tersebut digunakan untuk
membeli dan menjual kayu balak dan ianya masih beroperasi. Terdapat satu kawasan yang masih belum
ditebang lagi. Beberapa ribu tan yang wujud namun ia tidak menggunakan nama syarikat Ringgit Sesama.
Hal ini tidak pasti jika mereka menggunakan nama orang asli untuk membenarkan mereka melakukan
pembalakan.
24
Walaupun saya ingin mengambil kayu balak, saya perlu pergi melalui syarikat tersebut. Syarikat
ini merupakan syarikat yang sangat kuat. Datin tersebut pada awalnya tidak mempunyai apa-apa, namun
apabila dia tiba pada tahun 1997, dia "tidak pernah puas" kerana pada 1980-an, 20,000 hektar adalah
sudah dibersihkan oleh syarikat lain. Di hutan simpan, kamu boleh mengambil kayu balak, kemudian sekali
lagi dalam 5 tahun (atau 25 tahun), boleh mengambil lagi. Kamu boleh mendapatkan beberapa jutaan
kayu balak. Jadi bagaimana untuk menyelesaikan tanah orang asli? Ya, melalui perjanjian dengan koperasi
ataupun syarikat subsidiari tersebut tetapi ianya ternyata sukar.
Saya tidak mempunyai sebarang pembalakan di tanah orang asli. Saya ingin membantu. Jika saya
boleh mendapatkan lesen dalam bidang ini, saya akan membangunkan tanah tetapi saya tidak diberikan
peluang tersebut. Saya sebelum ini bersifat menentang dan Pandak pada ketika berada di bawah
pentadbiran Ku Li. Pendakwah agama datang pada 1990-an tetapi apa gunanya mereka datang apabila
orang asli yang tidak diajar untuk maju. Orang asli hanya mengikut kepercayaan mana-mana agama selagi
ada makanan untuk dimakan. Jika saya lakukan ini, saya akan melakukannya untuk membantu membawa
mereka kehidupan yang lebih baik dan tidak hanya memberi makanan.
Nota tambahan – untuk setiap satu ekar, RM500 akan dibayar kepada orang asli. Setiap kali lesen baru
diberikan, ianya harus melalui exco. Lesen pembalakan dikaji setiap tahun. Setiap tahun, 1,000 ekar telah
diluluskan di dalam mesyuarat.
4.2.2 Mustafa Along, 29, Kampung Perawas Pos Balar (800 penduduk), aktivis Orang Asli, Kampong Kerri
Terdapat pelbagai impak terhadap alam sekitar. Terdapat aktiviti pembalakan dan perlombongan. Tetapi
kesan yang paling ketara terhadap alam sekitar dan tanah orang asli ialah pembalakan. Kali pertama ianya
bermula sebagai pembalakan dan kemudian menjadi perladangan klon hutan balak (timber latex clone).
Jika saya tidak silap, pajakan dilakukan adalah selama 119 tahun tetapi tidak pernah berunding terlebih
dahulu dengan masyarakat. Mungkin mereka berfikir orang asli tiada hak tersebut.
Kami telah diadakan dua kepungan. Pertamanya di Parit, Depak selama tiga hari pada tahun 2011.
Kemudian satu lagi pada 21 Ogos 2015, di Pos Balar selama 43 hari. Kami mahu memberikan tekanan
kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan untuk menghentikan aktiviti dan menekankan bahawa
perlunya untuk berunding dengan kami sebelum apa-apa aktiviti sama ada ia bersifat pembalakan,
perlombongan atau ladang yang akan memberi kesan kepada tanah kita. Kami juga ingin pembalakan
diberhentikan kerana setiap kawasan pembalakan itu mempunyai nilai untuk masyarakat. Masyarakat kita
masih hidup di dalam hutan untuk kehidupan, tumbuhan ubat-ubatan dan adat.
25
Di Kelantan, terdapat 17 daerah yang mempunyai perkampungan orang asli (kira-kira 90
Kampung) di Ulu Kelantan tetapi pembalakan masih lagi berterusan sejak tahun 1980-an kerana pada
akhir 1970-an, kerajaan meluluskan sebahagian besar Nenggiri (kira-kira 70, 000 hektar) di bawah konsesi
pembalakan bagi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) – termasuk Hutan Simpan Stong Selatan
dan Hutan Simpan Berangkat.
Hanya kampung saya mempunyai sebuah peta yang menunjukkan sempadan kawasan
petempatan kami yang kami lakukan dengan bantuan NGO orang asli. Saya mempunyai rancangan
pajakan selama 119 tahun tetapi ianya hanya menunjukkan dari Kuala Wok sehingga Pasik sahaja.
Terdapat tanah pajakan mulai tahun 2006 namun kami tidak tahu mengenainya. Malah, dalam Pos Pasik,
kerajaan telah memajak tanah di kawasan tersebut tetapi tiada sebarang rancangan perumahan yang
telah dilakukan di kawasan tersebut. Hal ini cuma untuk memberitahu kamu bahawa kerajaan membuat
keputusan tanpa berunding dengan masyarakat.
Di kampung saya, pembalakan telah dikenalpasti di kawasan seluas kira-kira 10,000 ekar ladang
getah klon. Kerajaan berkata, kebanyakan hutan di Kelantan adalah 'hutan miskin' (kekurangan kayu
bernilai) tapi itu merupakan pemerhatian yang salah. Di kawasan hutan kampung saya, anda boleh
melihat pelbagai jenis kayu seperti meranti bukit, meranti tembaga, merawan dan mersawa. Tetapi
mereka mahu mengosongkan dan mengubahnya menjadi hutan klon. Ianya 100% getah klon seperti di
Kuala Wok.
Di Kelantan, terdapat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (di bawah
Setiausaha Kerajaan Negeri) yang akan mencari syarikat yang bersedia untuk membuat pajakan selama
119 tahun. Di Kampung Kuala Wias, pada tahun 1989, tiada akses pengangkutan, yang ada hanya melalui
sungai dan kos perjalanan amat tinggi. Jadi ramai orang berpindah ke Kuala Wok. Pada tahun 2007, hutan
kampung di Kuala Wias telah ditebang dan bertukar menjadi hutan klon. Wujudnya kubur lama di sana
tetapi disebabkan tiadanya rundingan, maka kawasan kubur tersebut telah musnah.
Individu di Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK) turut memiliki konsesi
pembalakan. Saya tahu tentang 10 syarikat-syarikat yang terlibat walaupun terdapat banyak lagi syarikat
yang terlibat tetapi tiada ketelusan. Kita merasakan di Semenanjung Malaysia, hak tanah adat bumiputera
perlu diakui dalam bentuk amalan adat. Salah satu adat kami adalah bersewang (keadaan seperti tarian
khayal untuk penyembuhan) dan kami punya hiburan dan perubatan tradisional tersendiri. Bila tanah kita
tidak diiktiraf, adat kami juga akan mati kerana kita tidak mempunyai tempat untuk mengamalkan adat
26
kami. Di Pos Balar, kawasan kami seluas 32,000 ekar termasuk bukit (lebih daripada 4,000 kaki tinggi) dan
juga tanah perkuburan. Kira-kira 5,000 ekar tanah telah digunakan untuk tujuan pembalakan dan seluas
10,000 ekar dikenal pasti untuk tujuan getah klon. Sepatutnya projek tersebut mula pada tahun 2011
tetapi kami memberikan halangan terhadapnya.
Untuk menanam pokok klon, pemegang konsesi membersihkan hutan (melakukan penebangan)
dan kemudian menanam semula pokok klon. Sebelum ini, beberapa syarikat telah mendapat konsesi di
Pos Balar. Kali pertama syarikat-syarikat ini datang (2011), tiada perbincangan dilakukan dan mereka
membawa masuk pekerja-pekerja asing. Mereka membersihkan kawasan seluas 10 ekar setiap hari
termasuk pokok buah-buahan yang ditanam oleh penduduk kampung. Pada masa itu, kami mula
mengetahui bahawa Pos Balar telah dikenalpasti untuk perladangan hutan klon.
Walau bagaimanapun, di Kelantan, kebanyakan ladang-ladang akan dipajak kepada sebuah
syarikat perladangan di Kuala Uyas, Kuala Betis. Mereka mendapat konsesi tersebut daripada Perbadanan
Pembangunan Ladang Rakyat. Kami pernah menjadi satu komuniti yang berpindah-randah, bergerak
setiap dua tahun selepas kita memanfaatkan sepenuhnya sesuatu kawasan. Kami berpindah kerana untuk
membenarkan pertumbuhan semula. Kami hidup secara mampan, dan sebab itulah adanya bukti kubur
dan bekas tapak pertanian.
4.2.3 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKOA) Kuala Betis,
bersempadan dengan Pahang, 39 keluarga. Kini tinggal di Kampung Ulu Sungai Raya, petani.
Kira-kira 5,500 ekar di hutan kami di Kuala Betis telah dikenalpasti di bawah Rancangan Pengumpulan
Semula (RPS) oleh JAKOA tetapi tidak dibayar kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada pelan yang
telah ditetapkan. Kemudian, kerajaan negeri (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) menarik balik 1,600
ekar dan memberikannya kepada sebuah syarikat perladangan kelapa sawit ladang pada tahun 1989. [Dua
jenis perladangan - salah satu adalah Ladang Rakyat dan satu lagi adalah PMBK. Tetapi semuanya
merupakan anak-anak syarikat negeri yang termasuk Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin)].
Setelah tanah kita diambil, kerajaan negeri menyatakan bahawa ia akan digantikan oleh JAKOA,
yang telah meminta untuk mengubah rancangannya tetapi sehingga kini terdapat tidak ada pelan
diberikan. Pihak kerajaan meluluskan tanah untuk menggantikannya. Tetapi tiada tanah negeri wujud di
sana, hanya hutan simpan. Jadi JAKOA tidak boleh menggantikannya. 5,500 ekar ini asalnya ialah
sebahagian daripada tanah apabila kami ditempatkan di bawah perjanjian supaya orang asli tidak akan
27
terlibat dengan kegiatan komunis. Ianya dilakukan khas untuk kami. Dan kami terpaksa hidup
berhampiran dengan sungai, sebagai punca kelangsungan hidup.
Jadi saya pergi untuk mencari tanah baru dan berpindah di sini (Kg Ulu Sungai Raya). Ini
merupakan tanah kerajaan dan kira-kira 1,600 ekar bagi menggantikan tanah yang mereka ambil daripada
kami. Saya meletakkan peta tempat ini pada papan notis di persimpangan ke rumah saya. Pegawai-
pegawai jabatan hutan cuba untuk mengusir kami beberapa kali tetapi saya tidak berganjak. Kerajaan
yang menjadikan kami untuk berbuat sedemikian. Kami juga perlu terus hidup. Kami juga mempunyai
keluarga dan mahu cucu kami untuk terus hidup.
Walaupun Sultan Kelantan telah berkata jika kami (orang asli) menghadapi sebarang masalah
tanah, kami perlu memaklumkan kepada Istana. Oleh sebab itulah saya turut memuatkan gambar sultan
di papan notis. Jabatan Perhutanan ingin denda RM5,000 tetapi saya memberitahu mereka bahawa
undang-undang (Akta 134) hanya memerlukan kami untuk membayar hanya RM1, 000. Pokok-pokok di
sini telah ditandai tetapi kami tidak tahu jabatan atau syarikat apa yang melakukannya. Kami tahu bahawa
3,000 ekar telah dikenalpasti untuk penanaman. Di dalam hutan ini kesemuanya merupakan ladang.
Hanya melalui jalan darat yang tidak terjejas.
Inilah sebenarnya tempat asal kami (Kampung Ulu Sg Raya) tetapi disebabkan oleh serangan
komunis pada tahun 1980, kami terpaksa berpindah ke Kuala Betis. JAKOA membuat perjanjian dengan
kerajaan negeri untuk penempatan semula tetapi malangnya tiada perjanjian bertulis. Ia menjadi tempat
yang kekal kerana wujudnya pelan pembangunan kerajaan seperti akses air, elektrik, jalan raya dibina dan
kami mempunyai beberapa tanah untuk pertanian.
Tanah kita di sini bukan hanya di Kuala Betis, ia juga terletak di Ulu Sg Raya. Tanah tersebut berada
dalam rancangan kerajaan (Jabatan Perhutanan). Datuk saya mempunyai tanah seluas 900 ekar di sini
tetapi telah diambil oleh kerajaan untuk dijadikan ladang. Tanah tersebut berada dalam peta tetapi tidak
diiktiraf atas tanah sebenar. Baru-baru saya berjuang untuk mendapat geran bagi Kuala Betis tetapi saya
hanya mendapat satu perempat ekar, cukup untuk lot banglo. Saya baru sahaja pulang dari Pejabat
Daerah Lojing. Mereka melakukan pemeetaan di ladang kelapa sawit. Kami amat takut syarikat
perladangan akan menggunakan nama rakyat kami (di bawah JAKOA) dan memberikan kami RM550
sebulan daripada hasil kelapa sawit. Tetapi mereka hanya memberikan separuh daripada RM1,000. Kami
mencabar perkara tersebut. Itulah sebabnya mengapa saya meminta Pejabat Tanah untuk mengukur
28
tapak dan kiraan lot. Kami ingin mengambil kembali tanah kami tetapi mereka yang menangguh proses
tersebut. Dimanakah wang yang lain?
Dua perkara di sini – Pejabat Tanah dan Jabatan Hutan dalang di sebalik pembalakan, dan JAKOA
merupakan satu lagi masalah. Kita mempunyai banyak bajet yang diperuntukkan oleh kerajaan
persekutuan tetapi kita masih hidup dari tangan ke mulut. Sebagai contoh, JAKOA punya rancangan
pembangunan untuk membina 50,000 rumah tetapi mereka hanya membina 25,000 unit. Kami punya
orang asli yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah di Kementerian Persekutuan (JAKOA)
tetapi individu terbabit turut membelakangi kaumnya sendiri. Kami mendengar bahawa kontraktor-
kontraktor yang ingin projek perlu membayarnya terlebih dahulu sebelum beliau menandatangani
kontrak tersebut. Semua wang untuk kami ditapis dan pada akhirnya kami hanya mendapat jumlah yang
sedikit. Lihatlah di pejabat-pejabat JAKOA di negara ini. Secara tepat, kami harus mempunyai bangunan
sendiri tetapi kami masih menyewa dengan jumlah beberapa ribu ringgit. Mengapa kami tidak boleh
punya bangunan sendiri? Kerana mereka dapat melakukan urusan dan mendapat komisen sedikit
daripada syarikat yang mereka memberikan sewa. Kami tahu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa tentang
hal itu. Hanya di pejabat di Kuala Betis ini dimiliki oleh kami sendiri. Hal ini kerana banjir tetapi bahagian-
bahagian lain di Kelantan, bangunan-bangunan semua disewakan.
Memandangkan saya tinggal di sini, JAKOA tidak membantu saya dengan bekalan air dan elektrik
kerana mereka mengatakan saya telah keluar dari kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, mereka perlu
membantu sama ada ianya kepunyaan orang asli ataupun tidak. Ada peruntukan untuk kami. Jika kamu
perhatikan, Kelantan mempunyai ramai pegawai-pegawai JAKOA daripada negeri-negeri lain. Ini kerana
terdapat banyak wang yang diperuntukkan untuk Kelantan, dan orang asli tidak semuanya bijak belaka.
Tidak ramai orang asli yang berjuang seperti saya. Saya seorang masyarakat asli, saya punya hak untuk
hidup di dunia juga. Konsesi balak yang berjumlah 54, 000 hektar telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri
untuk masyarakat orang asli pada tahun 1987 (dibawah pemerintahan Banrisan Nasional). Kerajaan negeri
tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada kami, dan kemudian melalui hasil pembalakan dibawah
nama penghulu (perlesenan untuk pembalakan). Yakin menyerahkan kepada JAKOA namun mereka telah
menipu masyarakat asli. Mereka mengambil manfaat dan kami dibiarkan tanpa apa-apa. Inilah sebabnya
kami tetap miskin. Tetapi kedua-dua pentadbiran politik menipu kita. Sekarang Tengku Razaleigh bersikap
diam diri tetapi apabila berlaku pilihanraya, ketika itu baru muncul.
Saya tidak marah dengan institusi JAKOA tetapi terhadap para pegawainya. Jabatan Perhutanan
menghalang kami dan mereka mendakwa hutan tersebut merupakan tanah rizab hutan kekal tetapi dari
29
apa yang kami perhatikan, hutan tersebut sudahpun hilang – pembalakan dan perladangan. Itulah
sebabnya mengapa kami tidak berpuas hati dan kami melawan balik. PMBK telah membuka ladang getah
dan kelapa sawit. KPK dengan pembalakan kayu balak. Terdapat banyak syarikat-syarikat subsidiari di
bawah keadaan termasuk Yakin dan Ladang Rakyat.
Di Kuala Betis sekarang, ia bukan lagi tanah orang asli. Kamu dapat lihat bahawa terdapat tanda
yang mengatakan ianya merupakan tanah negeri. Oleh kerana itu, kami semua dilihat sebagai peneroka
haram. Itulah sebabnya saya meminta geran kerana petempatan yang bercampur etnik - kumpulan
pribumi Melayu. Mereka memandang rendah pada kami. Saya tidak perlu geran di sini (Ulu Sungai Raya)
kerana ini merupakan tanah kami Di Kuala Betis, ada juga rancangan pembangunan negeri yang bererti
tanah tersebut bukan milik kami lagi.
Saya meminta 10 ekar setiap keluarga – enam ekar untuk ladang kelapa sawit, dua ekar dusun
dan dua ekar untuk rumah. Ini yang dikatakan dalam perjanjian sebelum ini. Ianya dilakukan secara lisan
yang dijanjikan semasa pilihanraya umum tetapi rakyat kita telah menjadi terlalu leka. Mereka tidak
berkata apa-apa. Mereka masih mahu JAKOA untuk membantu mereka berbanding hidup berdikari, tidak
bergantung dan bekerja keras. Mereka malas. Saya melihat hutan sebagai tanah nenek moyang saya.
Memang sedih jika mereka tidak mengakui tanah kami. Banjir sangat buruk di kawasan saya di Kuala Betis
– Kampung Teluk Untung (Blok B). Di Blok B, terdapat juga Kampung Teranek, Kampung Rood dan
Kampung Raja.
Saya mendapat kira-kira RM300 hingga RM800 sebulan menjual pisang, ubi kayu dan getah. Ia
bergantung pada nasib. Inilah kehidupan di kampung. Kadang-kadang sesetengah NGO menghantar
makanan. Saya akan tinggal di sini untuk generasi akan datang kerana kerajaan mengambil 1,600 ekar
tanah daripada kami. Saya masih punya rumah di Kuala Betis. Di tempat ini, kami masih boleh
mengamalkan tradisi dan adat budaya kami. Namun begitu, di Kuala Betis, kami telah kehilangan
segalanya. Saya telah mengutuskan surat kepada JAKOA dan kerajaan negeri mengenai tanah ini kepada
peguam, Pengarah JAKOA, MB, Jabatan Perhutanan. Mereka pula tidak memaklumkan kepada saya
berkenaan dengan penandaan pokok balak. Kerajaan membuka tender perhutanan. Tanah pula menjadi
hak milik kerajaan negeri.
Saya tidak mahu sesiapa untuk memasuki tanah ini. Memang senang untuk melihat monyet dan
burung atas pokok. Jika pembalakan dilakukan, semua ini akan hilang. Saya masih hidup berburu. Ada babi
hutan, lutong (kera), kijang, landak, gajah dan lain-lain. Saya masih menyimpan minit mesyuarat di mana
30
kerajaan negeri meluluskan dasar meminta JAKOA untuk menggantikan 1,600 ekar pada tahun 2004.
Setakat ini, mereka tidak melakukan apa-apa. Kami meninggalkan Kuala Betis pada tahun 2011, masih
tiada apa-apa. Saya tidak mahu geran (Kampung Teluk Untung) jika kami semua orang asli. Hal ini kerana
kampung tersebut sudah bercampur-campur dan di dalam pelan mengatakan bahawa ianya merupakan
tanah rizab melayu. Saya memerlukan geran tersebut sebagai bukti. Kami mengemukakan laporan polis
terhadap JAKOA yang bertindak membenarkan kegiatan perladangan di atas tanah tersebut. Mereka
mengambil hasil tanaman dan tidak pernah membayar kepada rakyat - sehingga kini. Terdapat 282 orang
termasuk 46 orang Melayu mendapat hak pemilikan terhadap perhutanan tersebut, yang sepatutnya
mendapatkan bayaran bagi hasil tanaman di RPS Kuala Betis. Jadi, jika JAKOA bertindak jujur, ia tidak akan
berlaku seperti ini (di mana orang Melayu juga mempunyai hak dalam pemilikan). Mereka berperangai
buruk, itulah sebabnya mengapa saya membuat laporan polis. JAKOA itu kepunyaan siapa? Ia milik kami.
Semua hutan telah diambil. Orang asli kini tidak mempunyai tanah. Kesemuanya telah diambil untuk
dijadikan pertanian.
4.2.4 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)
Apabila kamu berbicara mengenai hutan, kamu berbicara mengenai perlombongan tanah. Tunku Abdul
Rahman menyesali terhadap satu atau dua perkara. Dan dia mengaitkan perkara tersebut terhadap saya.
Salah satu percubaan yang gagal adalah mengambil isu tanah sebagai hal penting bagi kerajaan
Persekutuan, berbanding membiarkan hal tersebut kepada kerajaan negeri. Kebebasan akhbar juga
merupakan masalah yang lain. Perkara ini (pentadbiran tanah) mesti dikawal selia dengan baik, baik dijaga
sebagai satu perkara dasar yang penting, jadi orang tidak akan menyalahgunakannya. Amalan rasuah,
pentadbiran yang pecah amanah, banyak kerajaan telah kecundang hanya kerana tanah. Saya teringat
kata-kata beliau sehingga hari ini. Hal ini mesti diperbetulkan. Itulah apa yang beliau (Tunku) memberitahu
saya.
Pada pandangan peribadi, saya fikir kerajaan-kerajaan negeri telah mengubah urusan mereka
dengan kerajaan Persekutuan pada masa Perlembagaan digubal untuk negara. Kerajaan negeri tidak
pernah terfikir bahawa akan ada perkembangan pesat. Dan kos (wang yang banyak) bukan hanya untuk
memajukan tetapi untuk mengekalkan. Dalam pembangunan yang pesat, kerajaan negeri tidak dapat
bersaing dengan pembangunan ini di seluruh negara.
31
Cadangan oleh Tengku Razaleigh
Saya ingin mencadangkan sebagai seseorang yang mempunyai sedikit pengalaman dalam bidang
kewangan. Kita perlu lihat semula ke dalam perkongsian tanggungjawab kewangan negeri, kerajaan
tempatan dan Persekutuan. Terlalu banyak perkara tertumpu kepada pentadbiran pusat. Negeri-Negeri
punyai kuasa terhad dalam meningkatkan sumber hasil untuk peningkatan operasi mereka. Mereka perlu
bergantung terhadap apa-apa sumber dalam mengekalkan dan menyelenggara negeri. Ianya memerlukan
kos yang banyak. Lebih banyak badan yang diperolehi, lebih banyak wang yang diperlukan untuk tujuan
perkembangan. Oleh itu, negeri-negeri bergantung kepada hutan, royalti dari hak perlombongan dan
bekalan air. Cukai tanah yang dikumpul sangat tinggi.
Saya ingin melihat cara fungsi kerajaan Persekutuan boleh diwakilkan kepada peringkat kerajaan
negeri sehingga mereka mempunyai cara-cara untuk menigkatkan hasil pengeluaran. Kerajaan
Persekutuan melakukan beberapa perkara di negeri-negeri tetapi tindakan tersebut memerlukan kos.
Banjir yang berlaku merupakan kesan daripada hakisan tanah yang datang dari pembalakan yang
berlebihan selain daripada perkara-perkara lain. Terdapat pertalian yang wujud antara satu sama lain.
Kamu akan melihat sungai di hadapan rumah saya. Rumah saya ditenggelami air selama tiga hari dan tiga
malam.
Banyak wang telah digunakan untuk membaiki dan mengubahsuai. Sesetengah keluarga sehingga
kini (dua tahun kemudian) masih hidup dan tinggal di rumah sementara. Ini adalah kesan daripada tidak
mempunyai cukup pendapatan. Negeri-negeri akan dibebani dengan masalah ini. Kita perlu lihat semula
tanggungjawab ini. Negeri tidak ada mana-mana sumber pembiayaan. Mereka boleh meminjam wang
daripada kerajaan Persekutuan, tetapi mereka tidak mempunyai cara untuk membayar balik.
Pembalakan merupakan sumber utama hasil Kelantan
Pembalakan merupakan hasil utama bagi negeri Kelantan. Tiada wujudnya kegiatan
perlombongan. Walaupun dengan perlombongan, berapa banyak royalti boleh mereka dapatkan? Hanya
5% daripada hasil dapatan. Jadi, perkara seterusnya yang terbaik adalah pembalakan tetapi berapa banyak
pembalakan yang boleh lakukan. Oleh kerana itu perlunya proses penanaman semula. Ada budaya tanam
semula tetapi tiada siapa yang memberi perhatian. Kerajaan negeri tidak menguatkuasakan undang-
undnag tersebut. Untuk menguatkuasa peraturan, ianya memerlukan wang. Mematuhi peraturan-
peraturan memerlukan wang.
32
Inilah satu jalan pintas bagi mendapatkan hasil. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri tidak
mencukupi kerana pelaburan yang dihasilkan disalurkan kepada kerajaan Persekutuan dalam bentuk cukai
pendapatan, import dan duti eksais dan dari situ kerajaan Persekutuan mengaut keuntungan. Negeri tidak
mendapat manfaat daripada sistem percukaian tersebut tetapi kerajaan Persekutuan mendapatkannya.
Mungkin hasil yang diperolehi daripada minyak kelapa sawit dan penanaman semula hampir tidak
mencukupi. Kerajaan negeri hendaklah menyelenggara jalan luar bandar, mempunyai jabatan atau agensi
cukup untuk memeriksa penggunaan tanah rancangan. Jika tidak, kerajaan negeri akan mengalami
kerugian yang amat besar. Oleh itu kita perlu nilai semula dalam hal-hal tersebut.
Unsur-unsur rasuah dalam konsesi pembalakan
Terdapat unsur-unsur rasuah. Kita tidak boleh lari daripada unsur tersebut. Saya pasti jika
terdapat amalan rasuah yang dilakukan sesetengahnya lebih terbuka dan sesetengahnya pula bersifat
lebih halus untuk kta jangkakan. Rasuah berlaku apabila ianya melibatkan sejumlah wang besar. Saya
telah mengutarakan perkara ini ketika di Parlimen mengenai perhutanan dan banyak isu lain... Mereka
mendengar... tetapi memekakkan telinga. Orang-orang (penguatkuasaan) yang kononnya terlibat dalam
penguatkuasaan berkelakuan seperti itu. Mereka adalah orang-orang yang berkuasa.
Nasib Orang Asli di Gua Musang
Terdapat 10,000 daripada mereka dan mereka sering mengalami nasib malang. Mereka tidak
dapat tinggal di atas tanah mereka sendiri. Di Kelantan, tidak seperti Pahang atau Negeri Sembilan,
terdapat tiada tanah rizab orang asli. Walaupun saya bukan sebahagian daripadanya. Semua orang harus
layak untuk memiliki tanah mereka sendiri. Ia sebahagian daripada sistem perusahaan bebas. Hak-hak
untuk memiliki harta benda sendiri. Orang asli harus diberi tanah. Jika tidak, mereka akan menjadi satu
entiti berasingan. Hal ini kerana mereka meletakkan sepenuhnya pada keturunan mereka. Mereka adalah
rakyat negara kita tetapi mereka telah menjadi seperti pendatang asing. Mereka berpindah dari satu
tempat ke tempat lain dan pampasan bagi perusahaan pertanian mereka sangat kecil. Tiada banyak yang
boleh dilakukan. Kami telah memohon tanah untuk orang asli. Kita mahu orang asli memiliki tanah. Kami
cuba untuk mengintegrasikan mereka. Saya tidak suka sekolah-sekolah yang berasingan untuk orang asli.
Kami ingin mengintegrasikan mereka supaya mereka boleh bersaing atau mencontohi antara satu sama
lain.
Saya mempunyai program untuk masyarakat orang asli, kami membina rumah untuk mereka
tetapi atas tanah yang bukan kepunyaan mereka. Rayuan saya kepada kerajaan negeri untuk tanah tidak
33
diendahkan dengan begitu sahaja. Mereka merupakan orang-orang yang benar-benar tidak berdaya.
Kehidupan mereka sentiasa terjejas disebabkan banjir. Limpahan sungai yang berlaku menjadikan mereka
tiada cara lain untuk menyelamatkan diri. Masyarakat yang paling malang!
Penghantaran bekalan makanan amat sukar. Helikopter-helikopter tidak boleh menghantar
bantuan kerana rupa bumi yang sukar dan paras air meningkat. Kami telah membantu mereka membina
semula rumah mereka tetapi kami memerlukan tanah. Saya telah membina banyak rumah dari masa ke
semasa. Tiga bilik tidur rumah diperbuat daripada simen. Bagi memudahkan mereka, kami turut
menyediakan air bersih dan elektrik. Tetapi mereka tidak memiliki tanah untuk mereka bergerak dari satu
tempat ke tempat. Kebergantungan terhadap pertanian sara diri juga tidak menentu. Kami ingin melatih
mereka untuk menjadi petani yang baik tetapi kita tidak dapat ajari mereka kerana mereka tidak memiliki
tanah. Kita tidak boleh menyalahkan mereka. Saya mahu mereka untuk memiliki tanah sendiri, dan tanah
yang tidak seberapa luas memisahkan puak mereka. Ini merupakan hal yang tidak untung.
Peranan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan
Pihak berkuasa Persekutuan dan negeri hendaklah mengiktiraf hak-hak tanah mereka. Di
beberapa negeri, terdapat adat orang asli. Di Kelantan, mereka masih mengamalkannnya. Mereka kini
seperti penghuni sementara atau digelar sebagai "peneroka haram." Selain itu, bilangan mereka
malangnya amatlah kecil. Saya juga melibatkan mereka dalam skim perladangan untuk menanam pokok-
pokok "gaharu" yang mencecah nilai terbaik di pasaran eksport. Tetapi kerajaan negeri tidak meluluskan
hak tanah mereka. Kami telah membuat aduan kepada kerajaan negeri tetapi tidak ada maklum balas
setakat ini.
Kebergantungan kepada pembalakan
Kita tidak lagi boleh bergantung kepada pembalakan. Kerajaan Kelantan boleh mendapatkan
keuntungan menerusi sektor perkhidmatan atau pelaburan, namun begitu, adakah sektor terbabit
memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan negeri? Negeri ini tidak mempunyai hasil untuk
membayar perkhidmatan dan usaha rakyat terhadap kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan
negeri hendaklah duduk sama berbinciang. Mereka mesti bersama dan menyelesaikan bidang tugas dan
kuasa negeri dan Persekutuan. Dan mereka perlu mengumpul wang untuk mengekalkan kemudahan ini.
Kita tidak harus lihat dari segi politik. Menjaga kebajikan rakyat sama ada mereka adalah PAS atau
pengundi Umno, mereka masih rakyat kita, mereka membayar cukai. Ianya hak mereka untuk membuat
34
permintaan terhadap kerajaan negeri dan Persekutuan. Kita perlu membenarkan kerajaan negeri
menjalankan fungsinya bukan hanya kerana politik tetapi dari segi berkhidmat untuk rakyat.
Kewujudan Orang Tengah
SPRM dianggap tidak berkesan dalam memerangi rasuah pembalakan. Terdapat hampir tiada
sebarang penangkapan dilakukan. Saya diberitahu bahawa terdapat syarikat tengah atau peraih dalam
menjalankan urusan. Saya telah terdengar tetapi masih belum pernah lihat dengan mata sendiri. Jadi saya
tidak boleh dipastikan jika terdapat contoh-contoh syarikat tengah yang cuba mendapatkan sogokan.
Sesetengah orang diberikan konsesi pembalakan. Mereka memotong pokok-pokok balak yang
berhampiran dengan kawasan konsesi tetapi kemudian berkembang sedikit ke kawasan rizab hutan. Iaitu
pembalakan haram. Jabatan Perhutanan tidak boleh bertindak kerana mungkin mereka mempunyai
konspirasi antara satu sama lain. Pembalak haram tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Kerabat Diraja terlibat dalam pembalakan?
Saya tidak tahu mana-mana kerabat diraja yang terlibat. Mungkin terdapat beberapa tanah sultan
(Diraja) tetapi mereka perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri, terutamanya jika mereka
berada dalam kawasan hutan simpan. Majlis Tanah Negara juga menyekat sebelum mereka mendapat
kebenaran untuk pembalakan. Tetapi akhirnya keuputusan bergantung pada kerajaan negeri. Terdapat
beberapa kawasan tadahan air yang memerlukan kebenaran. Saya tidak terlibat sebaliknya saya akan
berada di dalam hutan.
Kaedah untuk mengawal pembalakan
Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu menanggung tanggungjawab sebagai asasnya, yang mana
negeri memerlukan wang, dan mereka tidak mempunyai pendapatan. Jumlah dana yang terlalu kecil
dalam menyelenggara keadaan dan membayar gaji perkhidmatan awam membuatkan pembalakan
dijalankan. Hal ini merupakan satu perkara yang buruk! Oleh itu, saya mencadangkan bahawa kerajaan
Persekutuan dan negeri perlu menilai semula perjanjian ini. 70 hingga 80 tahun pokok-pokok lama telah
ditebang. Dan penghutanan semula mengambil masa terlalu lama. Perbincangan antara kerajaan negeri
dan Persekutuan mesti diadakan. Sebaliknya negara ini akan menjadi padang pasir. Terdapat tiada jalan
lain untuk mendapatkan wang. Tidak ada perlombongan bijih timah. Secara serius, kerajaan Persekutuan
dan negeri perlu duduk bersama-sama. Kita perlu memaksa mereka kerana kita tidak mahu negara kita
menjadi padang pasir. Dan, kita tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri kerana melakukan kegiatan
tersebut.
35
Saya cadangkan bahawa kita hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa pakar untuk menasihati
kerajaan Persekutuan dan negeri terhadap usaha mencari kaedah yang mampan untuk membiayai negeri
Kelantan. Kita mestilah bersikap munasabah terhadap pihak berkuasa mengenai arah sumber-sumber ini
harus pergi; kepada kerajaan negeri dan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan mempunyai pelbagai cara
untuk mengumpul wang, namun kerajaan negeri mempunyai cara yang terhad. Kita mesti membuka
saluran ini untuk mengumpul wang. Kita tidak boleh pergi secara melulu, menebang pokok untuk
mendapatkan wang. Tunku Abdul Rahman telah mengingatkan saya tentang keperluan untuk
menyediakan tanah sebagai perkara utama bagi kerajaan Persekutuan tetapi sekali lagi, jika kita
melakukannya, kita mengabaikan hasil negeri yang sedang rakyat menikmati sekarang.
Kerajaan negeri dan Persekutuan mesti bekerjasama
Kamu harus ingat bahawa Sarawak mempunyai minyak. Kelantan tidak mempunyai apa-apa
kerana Petronas tidak dibenarkan daripada membayar apa-apa royalti minyak kepada negeri ini. Jadi dari
manakah negeri Kelantan untuk mendapatkan wang?
Ia hanya boleh berlaku sekiranya kerajaan Persekutuan dan negeri menyelesaikan perkara ini dengan
meminta nasihat dari pakar-pakar. Mesti ada cara dan kaedah pengurusan yang baik. Saya fikir kita tidak
boleh teruskan seperti ini selama-lamanya. Pada masa kini apabila sebuah helicopter sedang terbang,
seseorang dapat melihat bagaimana sepi kawasan-kawasan petempatan akibat pembalakan yang
berlebihan. Tanah yang telah ditarah mengambil masa yang lama sebelum boleh digunakan untuk tujuan
pertanian. Saya juga telah mencadangkan penanaman semula yang progresif, bermakna dalam tujuan
pembalakan, mesti punya matlamat dan kaedah untuk melakukan penanaman semula.
Pihak berkuasa akan memberitahu pengusaha balak mengenai jenis pokok-pokok untuk tanaman
semula dan untuk mengosongkan tanah secara mampan. Dan penguatkuasaan hendaklah ketat. Mana-
mana pencerobohan tanah mesti dihukum dengan hukuman berat. Sekali lagi, kerajaan Persekutuan dan
negeri perlu duduk bersama-sama untuk membincangkan perkara ini.
4.3 Temubual bersama wakil UMNO
4.3.1 Ahli DUN Kok Lanas Dato Md Alwi Hj Che Ahmad
Ahli politik UMNO mengatakan bahawa banjir besar 2014 merupakan kesan terkumpul pembalakan
selama ini. Beliau mempunyai tiada bukti untuk menyokong dakwaannya.
36
Beliau berkata terdapat banjir besar pernah berlaku pada tahun 1920 (kerana pembalakan yang
berlebihan di Tanah Merah untuk membina landasan keretapi), dan 1967 (juga kerana pembalakan
berlebihan sejak 1960). Beliau mendakwa bahawa Menteri Besar Kelantan mengakui, ketika ditanya,
bahawa keadaan di hutan simpan kekal pada 600,000 ekar, di mana 123,000 jumlah pokok telah ditebang.
Alwi menjelaskan bahawa hasil negeri Kelantan sangat rendah - kurang daripada RM3 juta - Kerajaan
terpaksa bergantung kepada aktiviti pembalakan dan perlombongan, dan konsesi bagi kedua-dua
perniagaan diberi kepada pelbagai syarikat.
Dia tidak mengenepikan kemungkinan syarikat-syarikat kroni telah diberi konsesi untuk
pembalakan dan perlombongan, tetapi tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya. Beliau
menggambarkan ini sebagai "penyelewengan terancang" (penggunaan dana melalui saluran yang salah).
Cadangan beliau untuk menyelesaikan perkara tersebut ialah dengan "tukar kerajaan". PAS telah
mengalahkan BN pada tahun 1990, dan sejak daripada itu PAS telah berada dalam kuasa. Allahyarham Nik
Aziz bin Nik Mat telah berkhidmat lama sebagai Menteri Besar sejak itu sehingga beliau meninggal dunia
pada tahun 2015. Alwi menolak dakwaan bahawa kerajaan negeri BN akan mengamalkan dasar yang sama
yang membawa kepada hasil yang sama. Dia turut menegaskan bahawa negeri-negeri lain, yang juga
menjalankan aktiviti-aktiviti pembalakan, telah mengalami banjir besar, seperti Perak. Keadaan di
Kelantan, menurut beliau lagi, bukanlah hanya isu banjir besar tetapi turut kehilangan sumber asli.
4.4 Lain-Lain Temubual
4.4.1 Raja Pembalak Kelantan (nama disembunyikan atas isu keselamatan)
Penebangan pokok-pokok yang mengikuti peraturan Jabatan Perhutanan menimbulkan tiada
sebarang masalah (alam sekitar). Kaedah-kaedah yang melibatkan penebangan 30% daripada jumlah
kayu balak di kawasan hutan. Kita tidak boleh mengambil lebih daripada yang telah dihadkan kerana
akan menjejaskan pokok baru.
Pokok mula semakin merosot selepas 50 tahun.
Setiap pokok juga memulakan pembenihan selepas 20 tahun. Jadi apabila kita menebang pokok-
pokok lama, ianya membantu cahaya matahari untuk menembusi ke atas anak-anak pokok.
Saya tidak menyokong penebangan bersih kerana ia bermakna penebangan habis pokok-pokok dari
sesuatu kawasan untuk menanam pokok-pokok getah atau kelapa sawit. Dengan berbuat demikian,
syarikat akan membunuh hutan kekal.
37
Dia mendakwa merujuk kepada rekod hujan di satu kawasan yang dipanggil Gunung Gagah, di mana
air hujan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang berkumpul. Di zaman kolonial British, kawasan
tersebut dikenali sebagai titik kritikal bagi banjir berat.
Dalam satu hari pada tahun 1924 adalah sekurang-kurangnya 680 ml jumlah hujan dicatatkan. Sebagai
perbandingan, akhir daripada 2014, dalam hanya satu hari, hanya 534 ml yang direkodkan.
Banjir yang berlaku di Kelantan pada lewat 2014 dan awal tahun 2015 adalah kurang daripada banjir
dahulu ketika hubungan komunikasi masih lemah.
Dia menyoal bagaimana ada banjir apabila terdapat tiada hujan.
Beberapa empangan dibuka pada satu-satu masa pada lewat 2014. Ini termasuk empangan di
Cameron Highlands, Kenyir, Jeli dan Temenggong. Ini menyebabkan paras air naik sebanyak 20 ke 30
kaki dalam masa hanya enam jam.
Dia mengatakan pelepasan air dari empangan bertujuan untuk menampung lebih banyak air hujan.
Pegawai perhutanan mengambil bahagian dalam pembalakan haram. Pegawai-pegawai ini
memberitahu dan meminta pengusaha balak untuk menebang balak di luar had yang diperuntukan.
"Ia adalah mustahil untuk pengusaha balak mencuri tanpa pengetahuan daripada pegawai
perhutanan."
Kadang-kadang Pengarah Perhutanan atau ketua di kawasan terbabit mengarahkan kakitangan untuk
tidak keluar ke tapak pembalakan selama satu minggu. Pada ketika ini pembalak melakukan
pembalakan haram melebihi luar bidang kuasanya.
Menurut Jabatan Perhutanan, pengusaha balak hanya boleh memotong sehingga 5,900 hektar rizab
hutan setahun, katanya.
Juga kerajaan negeri boleh menukar tanah NCR (native customary right) kepada Tanah Negeri. Setelah
ditukar, kerajaan negeri boleh mengeluarkan geran untuk pembalakan dilakukan.
Razak Abas, ahli perniagaan dan penyokong kerajaan PAS di Kelantan, telah melakukan penebangan
bersih dan menanam semula dengan pokok-pokok seperti getah dan kelapa sawit.
Rasuah untuk pembalakan haram (di dalam dan di luar had) ialah RM1, 000 seekar.
Tiada tender dibuka sejak 15 tahun yang lepas.
SPRM tidak dapat campur tangan kerana SPRM terletak di bawah bidang kuasa Jabatan PM.
"Terdapat beribu pembalak haram di Kelantan." Keluarga saya telah berada dalam industri perkayuan
sejak tahun 1940-an. Saya mula pada 30 tahun yang lalu.
Husam, ketika dia menjadi ahli Majlis Eksekutif, beliau ingin memberikan 20,000 dan 30,000 ekar plot
(daripada rizab hutan).
38
Bagi satu ekar tanah, hasil terbaik beliau sebanyak 30 tan, mencecah kira-kira RM60, 000 keuntungan.
4.4.2 Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Pengarah Kelantan, Datuk Abdul Aziz Aban dalam The
Rakyat Post pada Disember 20, 2015
Menurut Abdul Aziz, rasuah melibatkan kegiatan pembalakan haram dilihat seperti dirancang.
Situasi ini menerangkan bahawa kesemua kegiatan ini berlaku di dalam hutan, di mana terdapat
tiada sebarang saksi. Situasi seperti itu menyukarkan lagi siasatan yang dijalankan oleh SPRM. Namun
berdasarkan kepada hasil siasatan, SPRM percaya bahawa rasuah diberikan kepada pegawai kerajaan
menerusi syarikat konsesi untuk membenarkan mereka meneruskan kegiatan pembalakan haram dan
juga mengelak daripada dikenakan hukuman. SPRM menerima banyak laporan dan aduan mengenai
aktiviti antara syarikat pembalakan dan pegawai Jabatan Perhutanan namun saksi kejadian menolak untuk
tampil memberikan kenyataan.
Hal ini mungkin disebabkan saksi berikut juga merupakan seorang pembalak. Abdul Aziz
menyatakan bahawa raja balak haram menawarkan rasuah berjumlah RM30,000 kepada pegawai SPRM
yang menjalankan siasatan kes di Pahang – bertujuan mengelakkan tindakan undang-undang. Pada tahun
2015, seramai 35 orang suspek telah ditahan, berbanding hanya 11 orang pada tahun 2014.
Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/20/rasuah-di-sektor-pembalakan-sangat-
tersusun-sprm/#ixzz3uvAvheaQ
4.4.3 Wartawan Ian Mcintyre yang membuat liputan penuh mengenai Kelantan
Isu pembalakan di Kelantan merupakan isu yang berpanjangan. Saya mula melaporkan mengenainya pada
tahun 2006 ketika bersama dengan wartawan akhbar The Star, dan pada ketika itu saya berdepan dengan
beberapa masalah.
Pertama sekali, pihak berkuasa dan ahli politik tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
Tambahan pula, tidak ketelusan dalam melakukan perjanjian – kesemuanya dilakukan diluar pengetahuan
kerajaan negeri. Apabila saya membongkar mengenai penarahan tanah di Lojing, terdapat beberapa
dakwaan yang mana kerabat diraja Kelantan, dinamai Raja Perempuan turut terlibat dalam hal ini.
Walaubagaimanapun, kami diberitahu bahawa (ketika wawancara bersama beberapa ahli politik
Kelantan) tiada perkara sebegitu berlaku dan jika ada, ianya berlaku secara sembunyi oleh ahli kroni.
Individu yang terlibat secara langsung dilindungi. Terdapat banyak laporan media dibuat sejak
tahun 2006 namun tiada tindakan susulan diambil oleh kerajaan Persekutuan dan penguatkuasa kerajaan
39
negeri dalam menangani isu terbabit. Di Kelantan, isu tersebut disukarkan lagi ketika mana melakukan
rundingan dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, agensi tempatan dan juga kerabat diraja. Ianya
juga turut disukarkan dengan isu pembalakan dan penanaman semula dipolitikkan. Walaubagaimanapun,
siasatan lanjut dilakukan berikutan banjir besar yang melanda pada tahun lepas yang menyebabkan
kehancuran dan kemusnahan, membawa kepada pelbagai bantahan dan persoalan.
5.0 ANALISIS KAJIAN
A. Kekurangan Ketelusan
1. Pembalakan merupakan sumber utama bagi negeri Kelantan, namun operasi dari hari ke hari
dan cara konsesi pembalakan diberikan kepada syarikat swasta masih dalam keadaan misteri.
2. Semasa membuat penyelidikan, kami menemui prosedur atau garis panduan permohonan
atau meluluskan konsesi pembalakan yang tidak disediakan oleh pihak bertanggungjawab.
Informasi tersebut juga tidak dapat diperoleh menerusi internet mahupun laman web
kerajaan.
3. Persoalan sering kali bermain di fikiran sama ada terdapat amalan sistem tender terbuka atau
jika konsesi diberi melalui perundingan langsung atau permintaan untuk kertas cadangan.
Satu sumber menjelaskan bahawa hanya terdapat sekali sahaja prosedur tender terbuka telah
digunakan semasa pemberian konsesi pembalakan. Ia berlaku sepanjang tempoh
pemerintahan Nik Aziz bin Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan (1990 hingga 2014).
4. Kurangnya ketelusan telah membawa kepada tuntutan yang tinggi dalam pemberian konsesi
terhadap sebuah syarikat "kroni". Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekurangan
maklumat dan akses terhadap rekod rasmi atau dokumen atau minit mesyuarat jawatankuasa
yang mengkaji dan meluluskan pemberian konsesi, kami telah dapat mengesahkan dakwaan
ini lagi.
5. Walaupun para penyelidik telah bertungkus lumus untuk berhubung, menemu bual dan
membangkitkan soalan terhadap pejabat MB pada Disember tahun lalu, namun tiada jawapan
yang diterima sehingga hari ini.
6. Laporan atau rekod syarikat-syarikat yang mendapat konsesi pembalakan tidak mudah
diakses. Kami hanya boleh berharap untuk mendapatkan maklumat tersebut dengan menulis
surat terus ke Pejabat Menteri Besar atau Jabatan Perhutanan, melapor kepada Kerajaan
Persekutuan di Putrajaya. Walau bagaimanapun, maklum balas daripada Jabatan-Jabatan
tersebut kekal senyap tanpa berjawab.
40
7. Disebabkan kekurangan rekod awam, tidak pasti berapa jumlah ekar tanah yang dibenarkan
untuk tujuan pembalakan, dan sama ada konsesi yang diberikan kepada setiap syarikat boleh
dipindah milik.
8. Laporan penting daripada Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah Negeri atau Persekutuan dan
Jawatankuasa Tender Hutan tidak dibuka untuk tontonan umum.
9. Laporan tersebut juga tidak dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri,
mengikut parti-parti pembangkang Kelantan (BN).
10. Ianya tidak pasti sama ada kajian impak alam sekitar telah dijalankan sebelum aktiviti
penghutanan atau penanaman semula. Terdapat tuntutan ladang getah klon di kawasan yang
sudah dibalak tanpa kajian EIA dilakukan.
11. Ia difahamkan bahawa menurut Jabatan Alam Sekitar, perladangan getah klon sebagai
pengganti bagi penghutanan semula akan memusnahkan kawasan tadahan air.
12. Secara umumnya, kekurangan komitmen daripada semua pihak dalam menangani isu-isu
pembalakan yang semakin serius.
13. Kedua-dua sektor awam dan sektor swasta perlu memberi tumpuan terhadap kesan rasuah
dalam industri, sebagaimana jika ia dibiarkan berlarutan, ia akan terus menimbulkan bahaya
kepada alam sekitar.
14. Bencana alam buatan manusia di Malaysia semakin meningkat dari jerebu kepada tanah
runtuh dan kini haba yang tinggi direkodkan di negara ini.
15. Pihak Majlis Persijilan Kayu Malaysia menggambarkan reaksi yang agak memberangsangkan
terhadap industri pembalakan dari perspektif Malaysia berbanding serantau atau global.
16. Menurut laporan-laporan yang disediakan dalam talian, pihak majlis mengesahkan bahawa
Malaysia telah mengamalkan pengurusan mampan dalam industri kayu untuk lebih 100
tahun.
17. Jabatan Perhutanan merupakan salah satu jabatan yang tertua, ia telah ditubuhkan pada
tahun 1901 bagi memastikan dasar simpanan hutan yang sistematik.
18. Rekod Jabatan menunjukkan bahawa kira-kira 80% Semenanjung Malaysia berada dalam
litupan hutan pada tahun 1935 dan kini litupan hutan di Semenanjung Malaysia adalah sekitar
43% manakala di Sabah sebanyak 59% dan Sarawak sebanyak 81%.
19. Secara keseluruhannya, litupan hutan di Malaysia adalah 61% di atas paras purata rantau
Asean. (Rujuk sumber - Bank Dunia 2012).
41
20. Ia kelihatan menarik di atas kertas, namun terdapat kekurangan antara apa yang berlaku pada
tanah dan apa yang dinyatakan dalam laporan penyelidikan yang diumumkan kepada orang
awam.
21. Bencana banjir yang berlaku di Kelantan menunjukkan bahawa ianya mempunyai kesan ke
atas ekologi dan habitat sekeliling.
22. Orang asli – orang asal, boleh menjadi saksi kepada perkara yang menyalahi undang-undang
menghalang industri pembalakan.
23. Kerajaan menjangkakan industri pembalakan di Malaysia menyumbang sebanyak RM53 bilion
kepada pendapatan eksport menjelang tahun 2020. Hal ini merupakan dua kali ganda hasil
pendapatan daripada sedia ada.
24. Untuk memastikan matlamat RM53 bilion dapat dicapai, bekalan bahan mentah kayu yang
mencukupi dan berterusan adalah penting bagi membangunkan lagi industri pembalakan.
25. Untuk tujuan itu, di bawah dasar industri perkayuan negara, kerajaan telah menetapkan
matlamat untuk mencapai cita-cita tinggi dalam membina 375 000 hektar ladang hutan
menjelang 2020 bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli.
26. Kayu balak Malaysia yang diperakui serta barangan kayu telah dieksport ke 45 buah negara,
beberapa darinya mempunyai syarat-syarat ketat apabila ia datang kepada kepatuhan
terhadap piawaian antarabangsa.
27. Negara-negara tersebut termasuklah:
Amerika Syarikat yang mengimport RM2.4 bilion atau 12% daripada jumlah eksport
kayu Malaysia dan produk berasaskan kayu pada tahun 2014
Kesatuan Eropah yang mengimport kayu balak bernilai RM2.04 bilion pada tahun
2014
Australia 2014 yang mengimport produk kayu balak bernilai RM900 juta pada tahun
2014
28. Pada keseluruhan, kayu Malaysia dan produk kayu terutamanya perabot dieksport ke negara-
negara sekitar lebih 190 di seluruh negara yang memerlukan dan tidak memerlukan pensijilan
kayu.
29. Industri pembalakan menggajikan kira-kira 300,000 pekerja di negara ini. (Petikan dari
aseantoday.com)
42
B. Kekurangan Inisiatif Dalam Membanteras Rasuah
1. Setakat ini, kurangnya usaha atau tindakan untuk menggalakkan lebih banyak ketelusan
dalam urusan kerajaan bagi mencegah rasuah atau sogokan dalam pemberian konsesi
pembalakan kerana kekurangan akses kepada maklumat dan dasar tutup pintu Kerajaan
Negeri.
2. Ketidakpastian sama ada sistem tender terbuka yang diamalkan dalam pemberian konsesi
menimbulkan syak wasangka dan ragu-ragu jika proses kelulusan konsesi pembalakan bebas
daripada unsur rasuah.
3. Terdapat tuduhan daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa wujudnya ‘orang tengah’
untuk berunding tawaran pembalakan dengan Kerajaan Negeri. Mengapa perlunya ada ‘orang
tengah’ dalam sistem tender terbuka?
4. Terdapat tuntutan yang mana penglibatan orang tengah atau ejen dalam sogokan atau
peranan mereka untuk membayar sogokan dari segi "derma" kepada pegawai-pegawai negeri
atau Persekutuan yang terlibat dalam mengkaji semula dan meluluskan konsesi pembalakan
berkenaan.
5. Penawaran konsesi berdasarkan "belas kasihan" sebagaimana syarikat terlibat sanggup
mengeluarkan wang untuk membiayai pelbagai program kebajikan di negeri Kelantan
meskipun menganggap hal tersebut remeh kerana ianya merupakan satu lagi bentuk rasuah,
walaupun ianya bersifat halus.
6. Walaubagaimanapun, syarikat terbabit mungkin tidak berasa bersalah atas tindakan mereka
kerana terdapat juga kes, sebagai contoh, sumbangan RM2.6 bilion yang disimpan di akaun
bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2013 sebelum pilihanraya negara
tidak dianggap sebagai rasuah oleh Peguam Negara, ianya berkemungkinan bahawa syarikat-
syarikat swasta yang menawarkan "derma" kepada parti politik atau NGO bersifat kepartian
bagi pelbagai sektor kebajikan.
7. Secara peribadi, pelaku dalam industri pembalakan ini telah mendakwa bahawa pembalakan
adalah kunci utama bagi industri negeri Kelantan. Oleh itu, menerusi komitmen politik yang
akan memastikan bahawa industri ini cukup telus untuk menangani persoalan-persoalan
mengenai pembangunan mampan.
8. Mereka benar-benar percaya bahawa jika ada pemeriksaan yang lebih ketat, ia akan
menyebabkan kos dalam menjalankan urusan penebangan kayu balak akan meningkat.
9. Penguatkuasaan yang lebih berkesan bermakna lebih banyak dana yang diperuntukkan.
43
10. Pegawai Penguatkuasa perlu melakukan pemantauan sepanjang masa di kawasan
pembalakan, namun siapa yang akan membayar elaun untuk tugas tersebut?
11. Suasana tersebut wujud samada semasa pentadbiran Barisan Nasional di Kelantan atau
apabila PAS mengambil alih dari tahun 1990 sehingga kini.
C. Kebergantungan Terhadap Pembalakan
1. Kelantan perlu mengkaji lebih mendalam mengenai kebergantungan negeri kepada aktiviti-
aktiviti pembalakan bagi meningkatkan pendapatan namun ianya terus menjejaskan alam
sekitar.
2. Pada April 2015, laporan Ketua Audit Negara menyebutkan bahawa dari segi hasil
keseluruhan (Julai-Oktober 2014) terdapat peningkatan dalam perolehan iaitu RM50.91 juta
pada 2012, RM59.03 juta (2013) dan RM64.94 juta pada 2014 menerusi aktiviti-aktiviti
pembalakan.
3. Dengan peningkatan hasil, ianya tidak berkemungkinan Kelantan akan memberi tumpuan
kepada alternatif sumber pendapatan yang lain, sebagai contoh, pelancongan atau sektor
perkhidmatan.
4. Banjir besar tahun 2014 memperlihatkan hampir 200,000 orang telah dipindahkan, 21 nyawa
hilang, dan hal ini memberikan tekanan kepada kerajaan Kelantan untuk mempertimbangkan
lain-lain bentuk aktiviti bagi mendapatkan hasil-hasil negeri tetapi tiada usaha atau
perbincangan dibuat ke arah itu.
5. Sektor pelancongan boleh dilakukan di kawasan di mana Kelantan boleh mendapatkan hasil,
terutamanya jika Kelantan menggunakan pemasaran dalam sumber alam semulajadi bagi
projek-projek yang lebih bermanfaat seperti projek taman botani, hutan rizab atau sungai
yang boleh menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.
6. Pegawai-pegawai kerajaan negeri menyalahkan pihak kerajaan Persekutuan kerana
kurangnya bantuan dalam membantu mewujudkan peluang-peluang ekonomi yang baru di
negeri ini. Walau bagaimanapun, tiba masanya untuk dua buah entiti mengenepikan
perbezaan mereka bagi membantu Kelantan daripada kebergantungan kepada pembalakan
untuk menerima lebih banyak aktiviti ekonomi mampan seperti pelancongan.
7. Kajian perlu dilakukan bagi menunjukkan bagaimana bencana alam akibat pembalakan,
seperti banjir, kehilangan tempat tinggal masyarakat pribumi dan gerakan sukarelawan bakal
meningkatkan kos kerajaan negeri.
44
8. Sebagai contoh, kerajaan negeri terpaksa meneliti peruntukan bajet rumah kebajikan untuk
membina rumah dan petempatan sementara, serta memberi makanan kepada orang miskin.
Kerajaan negeri harus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha menyelamat
dan penebatan banjir.
9. Bencana tersebut juga akhirnya membawa kepada dana yang lebih banyak untuk
pembaharuan struktur seperti pembinaan dan pembaikan jalan-jalan, bangunan dan
jambatan.
10. Bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir boleh merosakkan habitat semula jadi di
negeri Kelantan, dan menyebabkan kepupusan/perpindahan flora dan fauna, haiwan dan
burung, pertanian, biodiversiti, yang boleh membawa kepada isu-isu pencemaran air,
memberikan kesan buruk kepada kesihatan, kemapanan alam sekitar, membuatkan ianya
satu cabaran bagi Kelantan untuk mempertimbangkan lain-lain bentuk pendapatan seperti
pelancongan.
D. Kekurangan Penguatkuasaan Dan Kerjasama Antara Kerajaan Negeri Dan Persekutuan
1. Pembalakan yang tidak dikawal serta ‘sistematik’ disebabkan oleh kurangnya kerjasama
antara kerajaan negeri dan agensi-agensi persekutuan seperti Jabatan Perhutanan dan
Jabatan Alam Sekitar bagi memantau aktiviti-aktiviti pembalakan, mencegah pembalakan
haram atau membasmi rasuah dalam kelulusan konsesi pembalakan.
2. Kekurangan pemantauan mahupun kawalan pembalakan telah menyebabkan kerugian yang
besar (kira-kira RM14.6 juta) bagi Yayasan Islam Kelantan. Pihak pembangkang Kelantan telah
menuduh pihak kerajaan negeri berkenaan kerana pengurusan yang lemah, terutamanya bagi
membantu mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup golongan miskin.
3. Kerajaan negeri dan persekutuan sering menyalahkan antara satu sama lain dan alasan yang
digunakan menjadi pelindung daripada bersikap tanggungjawab bagi mengekalkan industri.
E. Kekurangan Dasar Pembalakan
1. Tiada dasar yang jelas berkaitan dengan penebangan dan penghutanan semula.
2. Kekurangan dasar diburukkan lagi dengan kurangnya kawalan dan pemantauan aktiviti-
aktiviti pembalakan yang membolehkan syarikat-syarikat pembalakan bertindak secara
haram luar di luar terma-terma konsesi mereka.
3. Terdapat polisi atau dasar berkenaan dengan pembalakan mampan di Kelantan.
4. Tetapi malangnya, ianya tidak dikongsi secara terbuka kerana terdapat kecenderungan yang
menganggap bahawa jika ianya bersifat telus, ianya boleh merugikan industri pembalakan.
45
F. Kelemahan Dalam Akses Kepada Maklumat
1. Tiada maklumat awam mengenai jumlah kawasan atau ekar yang sudah dibalak sejak tahun
1990. Tahun 1990 merupakan tahun PAS mengalahkan BN dalam pilihan raya kebangsaan,
dan kembali memegang kuasa di Kelantan.
2. Kurangnya maklumat awam mengenai jumlah keluasan ekar yang telah ditebang sejak tahun
1990.
3. Berapa ekar tanah rizab telah diluluskan untuk tujuan pembalakan sejak tahun 1990.
4. Tiada maklumat awam boleh didapati berkenaan keluasan atau plot tanah yang aktif dalam
kegiatan penghutanan semula atau penanaman semula.
G. Bencana Alam – Banjir Besar 2014
1. Berdasarkan kepada laporan media, hujan lebat menyebabkan banjir besar di Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Perak.
2. Angka kematian kekal pada 21 orang, manakala 200,000 lagi terpaksa mengosongkan rumah
masing-masing.
3. Pada 2 Jan 2015, laporan media mendakwa bahawa hampir 85,000 berada di pusat-pusat
perlindungan.
4. Kerajaan negeri dan Persekutuan telah berjanji untuk membina rumah untuk mangsa banjir.
5. Walau bagaimanapun, ianya masih belum pasti jika 1,000 unit rumah yang dijanjikan oleh
kerajaan negeri Kelantan telah dibina.
6. Kerajaan Kelantan atau kerajaan Persekutuan di Putrajaya masih belum mengeluarkan
laporan konkrit mengenai punca banjir besar. Laporan ini, jika ada, boleh membantu Kelantan
untuk lebih bersedia bagi menghadapi bencana yang akan datang.
7. Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), banjir di Kelantan direkodkan yang paling buruk
dalam sejarah negara.
8. MKN melaporkan bahawa tahap sungai pada Disember 2014 melebihi daripada rekod banjir
pada tahun 2004 dan 1967.
9. Setiap individu yang ditemuduga mendakwa bahawa banjir besar disebabkan oleh
pembalakan yang berlebihan, sistem penghutanan semula yang lemah, dan kekurangan
usaha-usaha penebatan banjir.
46
H. Komuniti Masyarakat Asli Yang Terpinggir
1. Kelantan tiada dasar bagi tanah adat masyarakat orang asli, dan ini menjadikan orang asli
sebagai "tetamu" atas tanah nenek moyang mereka yang telah mereka tinggal untuk
bergenerasi.
2. Tiada status atau klasifikasi yang diberikan kepada tanah untuk orang asli membuat
petempatan mereka.
3. Tiada usaha yang diambil oleh kerajaan negeri (selain JAKOA sebagai agenda utama) bagi
melindungi pemilik tanah komuniti masyarakat asli. Jika wujudnya usaha tersebut, maka ianya
sukar untuk kami menemui mereka untuk tujuan penyelidikan.
4. Mengapa tiada ‘free prior informed choice’ (FPIC) terutamanya apabila Malaysia meratifikasi
UNDRIP?
5. Negeri memutuskan hal-hal tanah yang melibatkan hak orang asli tanpa perundingan
komuniti itu sendiri dan juga hak-hak adat mereka diambil kira.
6. Tiada pendekatan yang sistematik untuk memberi pampasan kepada masyarakat atas
kerugian mereka atau apabila mereka telah dicabul dari tanah asal mereka untuk generasi
akan datang.
7. Tanpa mengklasifikasikan tanah hutan sebagai tanah adat, masyarakat orang asli terus berasa
dipinggirkan kerana mereka bergantung kepada hutan untuk hidup setelah berabad lamanya.
8. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penglibatan masyarakat orang asli sebelum
konsesi diberikan kepada syarikat-syarikat pembalakan dan apakah tatacara operasi standard
untuk ini? Ianya tidak jelas samada JAKOA atau kerajaan negeri mempunyai jabatan sendiri
untuk berurusan dengan masyarakat setempat yang terjejas.
6.0 CADANGAN
1. Meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan pentadbiran yang baik
Kerajaan Kelantan dengan serta-merta mesti menggubal dan meluluskan undang-undang
kebebasan maklumat di Dewan Undangan Negeri.
Kelantan boleh menggunakan pelbagai contoh undang-undang dengan mengkaji semula
negeri-negeri di mana Akta itu dikuatkuasakan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang,
pembangkang dapat memohon konsesi perjanjian yang berkaitan dengan kerja-kerja
penambakan yang ditandatangani oleh kerajaan Pakatan yang diketuai oleh DAP.
Menghebahkan prosedur-prosedur untuk memohon konsesi pembalakan.
47
Menghebahkan syarikat-syarikat yang membida konsesi berkenaan, dan individu-individu
yang telah dianugerahkan atau sekurang-kurangnya mengeluarkan laporan mengenai
proses pemberian konsesi.
Terbuka kepada awam untuk melihat butiran atau pemetaan kawasan awam yang telah
diberikan kepada syarikat-syarikat swasta.
Kedua-dua kerajaan Kelantan dan Putrajaya boleh meningkatkan sumber manusia di
jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Perhutanan bagi memastikan pemantauan yang
sesuai dijalankan di hutan untuk menghalang pembalakan yang berlebihan dan menyalahi
undang-undang.
Wujudnya sebuah parti politik yang kuat bagi menangani dan mengurangkan masalah-
masalah yang datang daripada pembalakan.
Wujudnya pihak berkuasa yang kuat untuk memantau penguatkuasaan peraturan-
peraturan dan pindaan kepada undang-undang perlu dibahaskan dan dibincangkan
secara terbuka.
Sejarah telah membuktikan di Kelantan bahawa PAS dan Barisan Nasional telah gagal
menghidupkan harapan ketelusan apabila ianya datang kepada industri pembalakan.
Hal ini kerana bagi meningkatkan hasil pendapatan negara, maka berlakunya pengabaian
terhadap alam semulajadi.
Namun begitu, untuk mendapatkan bukti adalah sukar kerana pembalakan berlaku di
kawasan hutan dalam.
Ternyata ianya sukar bagi kes-kes pencerobohan tanah hutan dihadapkan ke mahkamah
di Kelantan dan pesalah dikatakan menikmati beberapa bentuk kekebalan daripada
pendakwaan.
Pihak berkuasa mendapati sukar untuk menunjukkan bukti
2. Melindungi hak komuniti orang asli
Kelantan dan kerajaan Persekutuan perlu menguatkuasakan undang-undang di mana
tanah dirizabkan untuk orang asli. Kerajaan negeri tidak boleh mengusir orang asli
daripada tanah ini kerana tanah mereka telah diwartakan sebagai tanah rizab.
Terdapat enakmen tanah bagi orang asli sejak tahun 1923, dan undang-undang ini
menggantikan Kanun Tanah Negara.
48
Membentuk satu pasukan petugas khas atau jawatankuasa untuk mengkaji masalah ini
dan mencadangkan satu undang-undang untuk memastikan undang-undang yang betul
berhubung dengan perlindungan kepada masyarakat orang asli akan dikuatkuasakan.
Sektor perladangan merupakan sumber utama bagi orang asli. Terdapat kebimbangan
yang semakin meningkat yang mana ladang-ladang berdaftar merupakan masalah bagi
orang asli. Di ladang-ladang yang berdaftar, racun dan baja boleh menyebabkan
keracunan air dan bahaya kepada kehidupan orang asli. Pengurusan serta pengamalan
yang baik dalam perladangan amat perlu.
3. Jabatan perhutanan mestilah:
Nyatakan berapa banyak lesen telah dikeluarkan bagi penebangan yang dipanggil sebagai
"hutan miskin".
Nyatakan berapa banyak pokok telah dipotong, dicop dan direkodkan oleh Jabatan
Perhutanan.
Menunjukkan bukti kawasan-kawasan yang dibenarkan untuk merupakan "hutan miskin".
Menyatakan liputan kawasan yang ditanam dengan pokok-pokok getah atau kelapa sawit.
Difahamkan bahawa setiap konsesi membolehkan 500 ekar hutan tidak ditebang namun
berapa lama tempoh permit itu sah? Sebuah syarikat pembalakan tidak membalak
kesemua 500 ekar dalam masa sehari. Jika konsesi tidak diterhadkan oleh masa, keluarga
si pembalak, termasuk cucu, dapat meneruskan aktiviti-aktiviti pembalakan pada masa
akan datang.
Memastikan sama ada pengawasan kawasan yang dibalak oleh setiap pemegang konsesi
bagi mengelakkan kemungkinan mereka memotong lebih dan keluasan penanaman
semula lebih besar daripada kawasan yang dibenarkan.
Tindakan kerajaan negeri perlu diambil untuk mengekalkan zon penimbal bagi sistem
sungai. Ini melibatkan pokok-pokok yang besar, yang berada di tahap bahaya untuk
menjalankan aktiviti pembalakan walaupun mereka menyediakan zon penimbal untuk
mengelakkan banjir yang melampau atau tanah runtuh.
Menguatkuasakan hukuman bagi pesalah yang tidak mengikut garis panduan dan kuota
pembalakan, dan individu yang tidak melaksanakan terma-terma yang disebutkan dalam
konsesi mereka (contohnya, penebangan penuh di hutan miskin).
Nyatakan berapa ekar hutan simpan yang tinggal.
49
4. Jabatan Alam Sekitar hendaklah:
Menerangkan jika pembalakan melampau di kawasan tersebut telah menyebabkan banjir
besar pada tahun 2014
Menghebahkan laporan, jika ada, kesan daripada aktiviti-aktiviti pembalakan di hutan
Kelantan, yang boleh membawa kepada banjir besar pada tahun 2014.
5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Cawangan Kelantan)
Usaha-usaha untuk menghubungi SPRM Cawangan Kelantan adalah sia-sia sepanjang
tempoh kajian Kecuali dalam satu temubual dalam sebuah portal talian mengenai
pembalakan haram, maklumat mengenai kaitan antara aktiviti pembalakan dan rasuah
adalah terhad.
SPRM perlu memberikan maklumat mengenai berapa banyak kes telah dilaporkan
berkenaan dengan pembalakan haram, berapa banyak kes tersebut yang sedang
melakukan penyiasatan dan samaada SPRM telah mencadangkan mana-mana kes untuk
tujuan pendakwaan.
6. Pengurusan yang menutup karenah birokrasi
Pengurusan perhutanan dan pembalakan harus diuruskan secara berpusat, bagi menutup
kelemahan birokrasi dan tindakan menuding jari.
Konflik antara semua jabatan yang terlibat dalam aktiviti pembalakan harus diselesaikan
menerusi kepentingan bersama kesemua pihak.
Isu utama pada masa ini merupakan kurangnya kerjasama antara kerajaan negeri,
persekutuan, JPNK, JAKOA, JAS, dan parti politik.
Dengan pemusatan permasalahan, tidak akan ada peluang bagi mereka untuk
menyalahkan antara satu sama lain.
Dalam masa yang sama, masyarakat mula tahu mencari siapa yang bertanggungjawab
dalam menyelesaikan masalah.
Walau bagaimanapun, ketelusan merupakan komponen penting dalam pemusatan
permasalahan, jika tidak, isu yang dibangkitkan tidak akan selesai dalam kerangka
karenah birokrasi.
7. Garis panduan untuk penguatkuasaan, pemantauan dan penalti
Sudah tiba masanya untuk Kelantan mencadangkan dan melaksanakan dasar-dasar dan
garis panduan yang betul mengenai penguatkuasaan, pemantauan dan penalti berkaitan
pembalakan haram.
50
Garis panduan ini perlu dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri, dan diwartakan
supaya semua agensi kerajaan negeri yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembalakan
mematuhi garis panduan.
Dalam garis panduan tersebut hendaklah dinyatakan 1) Bilakah waktu yang sesuai untuk
memantau kawasan pambalakan 2) Apakah piawaian Indeks Prestasi Utama (KPI)? 3)
Siapakah penguat kuasa yang terlibat? 4) Bagaimanakah pemilihan mereka dijalankan?
dan 5) Apakah hukuman khusus yang diberikan?
8. Pendidikan awam dan jawatankuasa tindakan tempatan
Sebaik sahaja garis panduan telah tersedia, didk masyarakat mengenai isu tadbir urus
mendidik masyarakat umum mengenai isu tadbir urus yang baik, ketelusan,
kebertanggungjawaban yang melibatkan aktiviti pembalakan dan perlindungan alam
sekitar.
Perundingan awam terutamanya dengan komuniti yang terlibat seperti orang asli itu
adalah penting. Oleh itu usaha-usaha perlu dibuat untuk mendidik pihak berkepentingan
yang berkenaan mengenai langkah yang mereka boleh ambil untuk menjadi aktif
(pemantau tempatan).
Mewujudkan sebuah jawatankuasa penyeliaan/pemantauan daripada kalangan
penduduk tempatan (penduduk kampung, orang asli, ahli majlis tempatan, ahli-ahli
politik).
Masalah tempatan hanya boleh diselesaikan oleh jawatankuasa tempatan. Penyeliaan
perlu daripada bawah ke atas, sebagaimana mereka tinggal dalam "keadaan" tersebut,
supaya mereka benar-benar memahami isu ini dengan teliti.
Jawatankuasa hendaklah melaporkan kes kepada agensi yang bersifat tidak berat
sebelah, atau agensi perhutanan sebagaimana yang disebutkan di atas.
51
7.0 KESIMPULAN
Para penyelidik dalam kajian ini telah cuba yang terbaik untuk memastikan laporan tersebut bersifat
seimbang dan tidak berat sebelah dengan menemu bual individu daripada pelbagai perspektif, daripada
semua pihak dalam parti politik yang berbeza.
Diharapkan agar kajian ini boleh membuka perbincangan yang sihat antara pelbagai sektor dan
mampu mengambil semula tumpuan pihak berkuasa untuk melindungi alam sekitar dan hak-hak komuniti
yang terjejas, dan dalam masa yang sama, menggalakkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang
baik. Masanya telah tiba bagi peringkat negeri dan agensi kerajaan supaya lebih bertanggungjawab
terhadap kesan bencana seperti banjir dan kemusnahan alam sekitar yang telah diakibatkan oleh
pembalakan yang berlebihan dan menyalahi undang-undang. Kedua-dua pentadbiran boleh melakukan
pencegahan dengan memperbaiki sistem pemantauan mereka, dengan memastikan kawalan yang lebih
ketat tetapi lebih telus dalam proses penapisan permohonan pembalakan daripada syarikat-syarikat
swasta atau individu.
Semua ini boleh mencapai dengan menggalakkan lebih penyertaan daripada komuniti yang
terjejas secara langsung dengan kegiatan pembalakan dalam proses pemberian konsesi di bawah
keputusan kerajaan. Kami juga berharap bahawa kajian ini boleh menggalakkan kerjasama yang lebih baik
dan hubungan kerja antara pihak berkuasa seperti kerajaan negeri, majlis tempatan, Jabatan Perhutanan,
JAKOA dan Jabatan Alam sekitar datang bersama-sama dengan tujuan yang sama bagi memastikan yang
terbaik untuk negara, alam sekitar dan komuniti.
Kami tegaskan disini bahawa laporan ini bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang
dipilih secara demokratik tetapi hanya berfungsi sebagai satu tujuan iaitu untuk melihat Kelantan yang
boleh mengekalkan pentadbiran dan rakyatnya tanpa mengambil langkah yang membahayakan
persekitaran atau masyarakat yang tinggal di dalam kawasan tersebut.
Semua orang yang terlibat dalam menyusun laporan ini melakukannya dengan rasa inginkan yang
terbaik untuk Kelantan. Tiada siapa yang mahu melihat semula kejadian bencana alam yang maha dahsyat
yang berlaku dua tahun yang lalu di Kelantan.
Kelantan ditelenggami air selama beberapa hari dan bantuan pula tidak tiba. Negeri Kelantan
secara teknikalnya sudah miskin, namun dengan kejadian banjir yang telah berlaku lebih menyulitkan lagi
penduduk tempatan untuk meneruskan hidup mereka.
52
PENGHARGAAN
Kami di C4 ingin mengucapkan penghargaan diatas usaha perkasa para penyelidik kami menghasilkan
laporan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah ditemu bual,
bersedia membantu kami mendapatkan perspektif dalam memberikan harapan terhadap Kelantan pada
masa akan datang.