Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

9
1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi dan Konsep Kaedah Pengajaran Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi. 1.2 Definisi dan Konsep Teknik Pengajaran Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan " facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung. Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan LCD garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain- lain lagi. Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya. 1.3 Definisi dan Konsep Pendekatan Pengajaran

Transcript of Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

Page 1: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi dan Konsep Kaedah Pengajaran

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum

atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan

tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada

beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang

dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku

yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran

adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan

masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-

lain lagi.

1.2 Definisi dan Konsep Teknik Pengajaran

Teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat

dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang

ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak

berhasil. Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar

sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada

suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan

tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu

berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri.

Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan,

bahasa yang sesuai, penggunaan LCD garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal

soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi. Satu lagi contoh kaedah

mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita

pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya

haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan

sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak

balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya

dan sebagainya.

1.3 Definisi dan Konsep Pendekatan Pengajaran

Page 2: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk

mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata

pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan

wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi

perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi

pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita

gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh

digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan

pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti

pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,

pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak

menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas

memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut. Berdasarkan kriteria

bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan

deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan

dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan

memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai

pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang

memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala

kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan

murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah

perbincangan kumpulan.

Akhir sekali dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti

pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan

terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori

pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori

mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan

terjemahan dan pendekatan nahu.

1.2 Definisi dan Konsep Strategi Pengajaran

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya

menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan

Page 3: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan

merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang,

strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-

kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan

kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita

gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah

pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan

kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah

kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan

kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-

pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang

berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk

mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR

yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang

cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai

kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik

darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan

fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.

Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah

mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun

kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam

pengajarannya.

2.0 APLIKASI KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN DAN STRATEGI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual Tahun 4, aktiviti yang dipilih ialah membuat corak Batik yang terkandung dalam

bidang Mengenal Kraf Tradisional dimana teknik yang digunakan ialah teknik resis.

Pemilihan teknik resis dalam menghasilkan corak batik merupakan pendekatan yang paling

sesuai yang digunakan supaya murid didedahkan cara yang paling senang terlebih dahulu

sebelum berpindah kepada teknik yang lebih susah dalam membuat kraf tradisional batik.

2.1 Aplikasi Kaedah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Page 4: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

Analisis merupakan suatu aspek yang sangat penting sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, guru harus mengenalpasti latarbelakang sosio-

emosi, tahap kemampuan serta kepelbagaian kecerdasan murid tersebut supaya objektif

dan hasil pembelajaran dapat dicapai. Berpandukan Rancangan Pengajaran Harian yang

dirangka, kaedah yang paling sesuai digunakan kepada semua latarbelakang murid ialah

menggunakan kaedah perbincangan. Kaedah perbincangan ini boleh dilakukan dalam

kumpulan besar atau kumpulan kecil, terbuka dan terbimbing. Langkah yang pertama

digunakan ialah dengan membahagikan murid kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada

pelbagai jantina dan tahap kemampuan dalam pelajaran. Seterusnya, guru akan

mengagihkan contoh sehelai pakaian tradisional kain batik sarung kepada setiap kumpulan

yang terdiri daripada pelbagai warna dan corak. Guru akan memperkenalkan serba ringkas

tentang pemakaian batik dalam budaya orang Melayu serta definisi batik supaya murid

didedah dan dirangsang pengetahuan mereka dengan lebih awal sebelum memulakan sesi

pembelajaran. Ini adalah bertepatan dengan teori kognitif yang diperkenalkan oleh Jean

Piaget kerana pengetahuan baru yang diambil daripada contoh batik yang diperkenalkan

kepada murid akan diasimilasikan dan disesuaikan dengan pengalaman sedia ada murid. Ini

secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran mereka untuk belajar secara mendalam

dan mengekalkan pengetahuan mereka untuk jangka masa yang panjang.

Selain itu, melalui kaedah perbincangan ini guru dan pelajar akan sama-sama mendapat

manfaat, dimana mereka akan dapat berkongsi idea tentang unsur bahasa seni visual yang

terdapat pada corak batik. Contoh unsur seni tersebut seperti penggunaan garisan tebal

atau nipis, penggunaan rupa sama ada organik atau simetri dan juga penggunaan warna

sama ada primer, sekunder atau tertier. Seterusnya guru menerangkan contoh alat dan

bahan yang digunakan untuk membuat corak batik kepada murid supaya mereka mendapat

gambaran awal yang jelas tentang kaedah penghasilan batik secara lebih mendalam. Dalam

berkumpulan juga guru menggalakan murid untuk berbincang dan mengemukakan

cadangan mengenai alternatif lain dalam menghasilkan batik tanpa menggunakan alat yang

sedia ada. Dengan cara ini, guru akan dapat memahami dan mengenali tahap kecerdasan

seseorang pelajar, dan ia memudahkan guru mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran

kepada pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Justeru, pengajaran secara

perbincangan lebih menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Keadaan ini

mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Hasilnya,

guru dan pelajar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang

diperlukan dan dapat melahirkan pelajar yang lebih bersikap berdikari dalam memperolehi

sumber pengetahuan semasa proses pengajaran dijalankan.

Page 5: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

Dalam pengajaran, kaedah perbincangan juga disusuli dengan kaedah syarahan supaya

murid jelas dengan metodologi penghasilan batik yang akan dilakukan oleh mereka.

Misalnya penerokaan media dan cara yang akan digunakan untuk menghasilkan corak batik

daripada teknik resis. Lazimnya, kognitif murid dirangsang apabila guru mengemukakan

contoh yang jelas dan mudah. Contoh yang dikemukakan akan disertai dengan penyoalan

supaya mereka mengemukakan pendapat masing-masing tentang cara penghasilan batik

yang menarik dengan menggunakan teknik resis dengan berkesan. Ini menggalakkan

perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah

konstruktivisme yang diasaskan oleh John Dewey. Justeru, aplikasi seni berlaku dalam bilik

darjah secara sendiri melalui bimbingan guru.

Melalui kaedah ini, guru menggalakan murid mempamerkan serta menceritakan tentang

karya batik yang mereka hasilkan. Murid akan rasa dihargai dan berkeyakinan untuk

melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila guru menerima dan

memberikan pujian atas hasil kerja yang mereka lakukan. Ini secara tidak langsung

mengeratkan hubungan antara guru dengan murid dan ini akan memperlihatkan minat dan

kesungguhan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Aplikasi Teknik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Dalam menghasilkan kraf tradisional batik, beberapa teknik harus dipraktikkan supaya

mereka dapat menghasilkan produk bercorak batik dengan garis panduan betul. Antaranya

ialah penggunaan teknik sumbang saran. Teknik yang dikenali sebagai brainstorming ini

berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan

aktif. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea dan

pendapat mengenai unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat pada contoh batik. Guru

harus menerima idea-idea atau cadangan murid walaupun ada kalanya idea mereka kurang

tepat tetapi idea itu perlu diperhalusi dan diolah oleh guru supaya pendapat murid dapat

diterima dan berkait dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Misalnya semasa ingin

menghasilkan batik menggunakan teknik resis, murid mengemukakan pendapat bahawa

bahan yang digunakan untuk membuat resis pada batik iaitu oil paster boleh digantikan

bahan kitar semula seperti tepung. Kemudian guru harus menerima cadangan murid

tersebut dengan membuat kesimpulan bahawa teknik resis bukan sahaja menggunakan oil

paster tetapi apa-apa bahan yang menghalang kedua-dua cat yang berlainan warna

daripada bercantum antara satu sama lain supaya garisan yang memisahkan kedua-dua cat

berlainan warna tersebut membentuk corak batik. Justeru, dalam teknik ini murid-murid

digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara

Page 6: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan diperkembangkan oleh murid-murid lain

sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran PSV tidak boleh lari daripada penggunaan teknik

simulasi atau tunjuk cara. Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang

terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan

latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa

digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan

Main Peranan. Dalam suasana pembelajaran PSV, main peranan merupakan teknik yang

sesuai digunakan. Selepas guru memberikan contoh batik dan memberi garis panduan

tentang cara membuat batik teknik resis melalui simulasi yang dilakukan oleh salah seorang

daripada wakil murid untuk cuba menghasilkan corak batik menggunakan bahan yang

sesuai sambil diperhatikan oleh rakan sebaya mereka yang lain dengan penerangan dan

bimbingan guru. Kesan daripada teknik ini, ia memberi peluang kepada murid untuk

memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan

serta membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik.

Kedua-dua teknik tersebut akan disusuli pula menggunakan teknik penyoalan. Teknik ini

dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi

pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Di awal

pembelajaran, teknik penyoalan berdasarkan kemampuan murid menjawab secara spontan

perlu supaya ia dapat merangsang pemikiran dan menarik perhatian murid untuk

mempelajari cara untuk membuat kraf tradisional batik. Semasa set induksi, guru

mengemukakan soalan mengikut aras kesukaran berdasarkan aras Taxonomi Bloom, iaitu

cara yang paling mudah untuk menarik perhatian murid ialah menggunakan aras

pengetahuan yang sedia ada. Guru boleh bertanyakan murid tentang tatacara pemakaian

batik dan unsur-unsur serta motif yang terdapat pada batik. Contohnya soalan tersebut

seperti bilakah batik akan dipakai oleh kakitangan awam pada hari bekerja? Apakah corak

yang terdapat pada batik? Apakah warna yang terdapat batik? Untuk pengetahuan kamu,

apakah cara yang digunakan untuk membuat batik? Melalui teknik penyoalan seperti ini,

guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan

menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika

mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin

tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.

2.3 Aplikasi Pendekatan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Dalam pengajaran dan pembelajaran PSV yang menumpukan bidang Mengenal Kraf

Tradisional, pendekatan yang paling sesuai digunakan ialah pendekatan secara induktif.

Page 7: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

Dalam pendekatan induktif, guru akan memulakan pengajaran dengan memberikan contoh-

contoh yang khusus berdasarkan satu prinsip yang sama. Guru perlu mengenal pasti

maklamat pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan contoh-contoh yang berkaitan

dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Contohnya menyediakan kain batik sarung

yang telah siap kepada murid. Interaksi dua hala berlaku apabila guru mengemukakan

soalan yang membolehkan murid membuat perkaitan dengan apa yang akan diajar. Murid

dibimbing melalui aktiviti penyoalan oleh guru supaya mereka dapat membuat kesimpulan

yang tepat. Dalam langkah seterusnya, guru perlu memberi contoh-contoh tambahan

supaya murid memahami dan melihat persamaan daripada contoh-contoh tersebut.

Daripada contoh-contoh tadi, murid akan membuat satu kesimpulan serta membuat

generalisasi mengenai konsep yang diajar oleh guru. Misalnya kebolehan murid

mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan corak batik apabila melihat simulasi

yang dilakukan oleh wakil murid yang dibimbing oleh guru tersebut. Dalam pendekatan ini,

guru perlu menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian seperti contoh batik sarung.

Ini kerana murid boleh merasai pembelajaran secara kontekstual dan juga berkebolehan

membuat kesimpulan apabila mereka jelas dengan penerangan guru yang disertakan

dengan alat bantu mengajar yang merangsang pemikiran mereka.

Pendekatan Chapman (1986) adalah bersesuaian dengan mata pelajaran pendidikan

seni visual disekolah. Chapman telah menggunakan empat aspek utama dalam pelajaran

seni iaitu pemerhatian yang aktif, penerokaan, penghasilan (pembuatan), dan apresiasi.

Pemerhatian yang aktif dapat diperlihatkan apabila contoh hasil batik yang dikemukakan

dapat mencungkil pengetahuan sedia ada serta mencetus idea dan imaginasi murid

terhadap seni. Seterusnya melalui penerokaan, murid diberi peluang untuk mencuba, suai

kenal dan menerokai bahan yang disediakan supaya karya yang mereka hasilkan memberi

kepuasan. Contohnya melalui penggunaan bahan untuk teknik resis iaitu oil pastel atau

krayon perlu dicuba terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesuatu karya. Melalui

penghasilan karya, guru harus memastikan tatacara, langkah dan proses membuat corak

batik yang betul. Apresiasi pula merupakan langkah akhir yang penting dalam pendidikan

seni visual. Aspek ini melibatkan aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti

sifat garisan, jalinan, warna, ton dan rupa bentuk yang terdapat pada corak batik yang

mereka hasilkan. Disamping itu, peranan guru juga perlu memastikan perasaan,

penghargaan dan refleksi diri berlaku dalam kalangan murid selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran psv.

Penggunaan pendekatan inkuiri juga menggalakan pembinaan ilmu pengetahuan yang

baru dalam kalangan murid dan menyebabkan sesi pembelajaran menyeronokkan.

Contohnya diakhir pembelajaran, guru menyuruh murid menghasilkan fail kertas yang

Page 8: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

bercorak batik daripada karya yang mereka hasilkan. Persaingan yang sihat dan pemikiran

secara kritis serta kreatif dapat diwujudkan apabila murid memikirkan cara untuk

menghasilkan fail kertas yang cantik bercorak batik. Pendekatan inkuiri ini adalah bertepatan

dengan teori Konstruktivisme yang diasaskan oleh John Dewewy. Menurut John Dewey

(1952), menyatakan bahawa pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Selain itu,

pembelajaran dan pengajaran berdasarkan konstruktif ini dilihat sebagai menyeimbangkan

peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain.

2.4 Aplikasi Strategi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV

Dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional, terdapat 2 strategi yang dikesan iaitu

pembelajaran kontekstual dan pembelajaran secara konstruktivisme. Pembelajaran

kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman

harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Teori ini menggalakkan pendidikan

memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai

pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk

mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Dalam pembelajaran kontekstual,

pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses iaitu proses motivasi,

pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Langkah pertama guru harus menjadikan pengajaran

sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek contohnya projek

menghasilkan fail kertas yang bercorak batik. Kedua, guru mengaitkan prinsip pembelajaran

dengan dunia pekerjaan dengan mencadangkan murid agar menjadi fail bercorak batik

sebagai barangan untuk dijual. Ini tidak langsung mewujudkan elemen keusahawanan

dalam kalangan murid. Langkah ketiga, murid mengaitkan pembelajaran kraf tradisional

batik dengan pekerjaan atau kehidupan harian dan belajar secara bekerjasama melalui

aktiviti berkumpulan. Kesannya, objektif pembelajaran tercapai apabila penguasaan

terhadap kaedah membuat batik dapat dipelajari dan murid dapat memahami perkaitan

antara teori pembelajaran disampaikan dengan amalan yang mereka ingin lakukan.

Strategi yang seterusnya ialah pembelajaran secara konstruktivisme yang diasaskan

oleh John Dewey. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru

harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Buktinya melalui

usaha guru yang menggalakan murid bertanyakan soalan atau mengemukakan idea dan

menggunakannya sebagai panduan merancang pembelajaran melalui contoh set induksi

diawal pembelajaran dengan menggunakan contoh kain batik sarung. Pembelajaran

koperatif atau dialog antara guru dan murid membolehkan murid membuat perkaitan dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru mengenai cara membuat

Page 9: Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik PSV (esaimen) - amir.docx

batik melalui teknik resis. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina

pengalaman secara berterusan. Penyertaan murid di dalam kelas menjadikan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan perkongsian maklumat dan

pengetahuan dapat direalisasikan serta penghasilan kraf tradisional dapat dijadikan amalan

dalam diri murid.

3.0 KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dalam pendidikan seni visual merangkumi

kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang sesuai supaya ia menyeronokkan serta hasil

dan objektif pengajaran dapat dicapai. Oleh itu penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) sudah menjadi kewajipan oleh setiap guru dalam merangka panduan yang

bersesuaian untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para guru

seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut

untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam

sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan penting

dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap sukatan dipelajari

oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar

bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus semata tanpa menghiraukan hasil yang

diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar

dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari.

Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan

semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam

keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi (TMK) seperti

pertunjukan video, atau memasang lagu diawal kelas atau penghujung kelas agar murid

tidak merasa bosan dan supaya mereka berasa seronok. Kesimpulannya, para guru

seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang

terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.