Stem Utusan
-
Upload
normanfoul -
Category
Documents
-
view
226 -
download
1
description
Transcript of Stem Utusan
NEW YORK 23 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan Malaysia meletakkan sasaran 60 peratus daripada kanak-kanak dan orang muda memilih pengajian dan kerjaya dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kerangka menjadikan negara lebih cemerlang.
Sambil menyifatkan matlamat tersebut sebagai pelaburan bermakna kepada masa depan Malaysia, beliau mahukan usaha memupuk minat generasi baharu ke arah tersebut perlu dilakukan kerana ia suatu keperluan dalam menzahirkan sebuah negara maju.
Oleh itu, kerajaan berharap nisbah 60:40 untuk kanak-kanak yang berminat dalam STEM berbanding bidang dan kerjaya bukan STEM dapat dicapai, katanya sambil memberitahu kini nisbah itu adalah 42:58, berbanding 25:75 pada tahun 2000.
"Ia suatu peningkatan ekoran komitmen kerajaan menyokong pendidikan STEM. Adalah menjadi keperluan bagi kita untuk memastikan generasi baharu kanak-kanak dan orang muda meminati pendidikan STEM supaya mereka akhirnya memilih STEM sebagai kerjaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perikatan STEM Global di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini.
Perikatan STEM Global merupakan inisiatif Akademi Sains New York dalam perkongsian dengan lebih 70 kerajaan, syarikat, sekolah, universiti, badan bukan kerajaan di seluruh dunia dalam usaha memberi peluang terbaik kepada generasi muda menerokai STEM.
Najib menjelaskan, sebagai komitmen ke arah usaha tersebut, kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti program Sains Untuk Tindakan (S2A), program bermulanya kerjaya dalam memacu minat kepada STEM dan mencerna minda ke arah kemunculan Ahli Nobel.
Bagi program S2A, katanya, ia memberi tumpuan bagi meningkatkan pembinaan sains dan teknologi melalui pendidikan dengan pengetahuan teknologi, keupayaan kejuruteraan, kuasa dan pengetahuan perindustrian dijana dan dikembangkan secara pesat.
"Kerajaan mahu Malaysia berusaha untuk menjadi pemenang Anugerah Nobel kerana ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada orang awam untuk menjadikan STEM sebagai kerjaya utama.
"Malah, sekiranya Malaysia tidak menghasilkan pemenang Anugerah Nobel pun, keseluruhan proses yang terlibat dalam mencapai matlamat itu akan membawa kepada kemunculan minat yang lebih ketara dalam STEM sebagai kerjaya," kata Najib yang tetap berharap Malaysia suatu masa kelak berkemampuan melahirkan pemenang Anugerah Nobel.
Sambil mengiktiraf idea mewujudkan program untuk kanak-kanak pintar dan berbakat iaitu Permata Pintar oleh isterinya, Najib berkata, program itu adalah dalam kerangka ke arah memupuk minat dalam pendidikan STEM melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.
Fokus Malaysia terhadap STEM itu turut mendapat perhatian Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova apabila beliau memuji usaha Malaysia itu dalam menggalakkan keupayaan sains dan teknologi dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menekankan tiada diskriminasi berkaitan jantina malah usaha dibuat untuk memperkasakan wanita di Malaysia.
Wanita mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti malah terdapat penetapan dasar tertentu seperti meletakkan sasaran nisbah 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam dan swasta, tambahnya. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140924/dn_01/Generasi-baharu-STEM#ixzz3tsOeGVXw © Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melaksanakan pelbagai strategi
pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang
itu untuk kepentingan negara.
Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan berkata antara strategi itu
termasuk meningkatkan minat murid melalui pendekatan pembelajaran yang
baharu, pemantapan kurikulum serta menggabungkan kemahiran berfikir aras
tinggi.
“Inisiatif lain ialah meningkatkan kemahiran guru termasuk melatih mereka di
sekolah rendah dan menengah untuk mengajar kurikulum yang disemak
semula selain meningkatkan kesedaran ibu bapa berkenaan STEM”, katanya
dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Izani Husin (Pas-Pengkalan Chepa) yang
meminta kerajaan menyatakan program khusus untuk melahirkan golongan
saintis.
Kamalanathan berkata inisiatif pengukuhan STEM merupakan satu daripada
100 inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 dan mengambil kira Laporan
Strategi Mencapai Dasar 60:40 iaitu Aliran Sains/Teknikal:Sastera.
Dari sudut pelaksanaan kurikulum pula, beliau berkata kementerian
mengambil beberapa langkah antaranya menambah bilangan soalan yang
memerlukan kemahiran aras tinggi dalam peperiksaan mulai tahun 2013.
“Selain itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi meluas dalam
bilik darjah, menambah bilangan waktu mengajar mata pelajaran Sains Tulen
daripada empat waktu kepada lima waktu serta memperuntukkan satu waktu
seminggu untuk guru Sains dan Matematik berkongsi amalan terbaik
pengajaran”, katanya. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=WoyLztb1K0k