SPM Karangan Rangsangan

33

description

spm

Transcript of SPM Karangan Rangsangan

Page 1: SPM Karangan Rangsangan
Page 2: SPM Karangan Rangsangan

S PM K arangan Ra ngsa ngan1 . Car a -cara memp er o leh mak lu mat p ek er jaanMaklumat Pekerjaan 

Pendahuluan Usaha tangga kejayaan dan kita perlu berusaha. - rajin untuk mendapatkan pekerjaan - cara memperoleh maklumat bergantung kepada atas kratif diri sendiri 

Idea-idea Utama Maklumat pekerjan banyak disebarkan melalui media massa. - contohnya televisyen dan radio - orang ramai dapat mengikutinya sepanjang masa 

Menerusi laman internet yang diwujudkan untuk pencari kerja. - pelbagai jenis pekerjaan dipaparkan - memberi pelung kepada pencari pekerjaan 

Temuduga terbuka dianjurkan oleh syarikat tertentu. - dalam usaha mendapatkan pekerja yang berkelayakan - cara ini lebih mudah dan pantas 

Penutup Negara kita menawarkan pelbagai bidang pekerjan. - lubuk rezeki kepada golongan yang rajin berusaha. - tiada ruang pekerjaan di negara kita adalah tidak munasabah 

2 . Ak t i v i t i k er jas ama s emas a pe ngan ju ran ru mah t erb u kaPendahuluan Penganjuran rumah terbuka telah menjadi tradisi di negara kita. - diadakan sempena sambutan sesuatu perayaan - melibatkan kerjasama semua kaum 

Idea-idea Utama Menyediakan juadah yang mana kaum lelaki menyediakan bahan mentah. - kaum wanita memasak lauk-pauk - kaum lelaki melakukan pekerjaan yang agak berat Mengawal keadaan lalu lintas untuk mengelakkan kesesakkan. - memastikan orang ramai tidak meletakkan kenderaan di merata-rata tempat - mengikut arahan petugas dan memberikan kerjasama 

Mengadakan persembahan kebudayaan. - bekerjasama membuat perancangan dan menjalani latihan - berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik 

Penutup Aktiviti yang dijalankan mampu mengeratkan hubungan masyarakat. - berat sama dipikul ringan sama dijinjing - mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan 

3 . Pu n ca-p un ca yan g men yeb ab k an mu r i d-mu r i d men ghad ap i s t re sPendahuluan Stres atau tekanan bermaksud keadaan cemas, resah, marah, bimbang dan pelbagai lagi. 

Page 3: SPM Karangan Rangsangan

- ramai pelajar telah mengalami masalah ini. - ada yang terjebak dalam gejala sosial akibat tidak dapat mengawal stres 

Idea-idea Utama Keluarga kurang prihatin dalam menangani masalah anak-anak. - emosi anak-anak akan bercelaru jika mendengar pertengkaran ibu bapa pada setiap hari - menyebabkan mereka berasa marah atau resah - memendam perasaan dan menyebabkan jiwa mereka tertekan 

Anak-anak menjadi mangsa gejala buli di sekolah. - perlu menyediakan sejumlah wang kepada ketua geng buli setiap hari - berasa gelisah atau bimbang jika tidak dapat menunaikan arahan tersebut - berasa bimbang akan dicederakan oleh mereka 

Tiada masa rehat kerana jadual persekolahan yang sangat padat. - dibebani pula dengan kerja rumah, kelas tambahan dan aktiviti lain - sentiasa berasa kecewa atau susah hati - tidak bermaya dan kurang bersemangat akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi 

Penutup Stres perlu ditangani dengan segera dan secara bijaksana. - belajar untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan stres - belajar untuk menyelesaikan tekanan yang dihadapi - mengelakkan kesan buruk yang berpunca daripada stres terhadap mental dan fizikal 

4 . Faed ah - faed ah memb e l i bar angan b u atan M alays iaPendahuluan Kerajaan Malaysia mengalakkan rakyatnya membeli barangan buatan Malaysia. - mengadakan kempen tentang hal ini dan pernah dibuat pada tahun 1998 dan 2009 - berterusan hingga hari ini melalui pelbagai media massa 

Isi-isi Penting Amalan ini mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara. - memberikan keuntungan besar kepada peniaga tempatan - meningkatkan perolehan hasil cukai perniagaan oleh pihak kerajaan 

Pendapatan usahawan tempatan meningkat. - strategi dapat disusun, perniagaan dapat dipelbagaikan dan diperbesar - peluang pekerjaan kepada rakyat di negara kita 

Penggunaan bahan mentah negara meningkat. - memajukan industri negara yang semakin berkembang pesat - memberikan faedah kepada pembekal dan pengilang 

Penutup Rakyat perlu mengutamakan barangan Malaysia. - berkualiti dan murah harganya berbanding barangan yang diimport - wang negara dapat dijimatkan, jumlah usahawan tempatan bertambah - ekonomi negara meningkat 

5 . Ci r i - c i r i pe nggu n a yan g b i jaks an aPendahuluan - para pengguna ialah entiti ekonomi terbesar dan paling berpengaruh - para pengguna harus tahu tentang tanggungjawab mereka 

Page 4: SPM Karangan Rangsangan

- tidak teraniaya apabila berurusan dengan peniaga 

Isi-isi Penting - meningkatkan pengetahuan kepenggunaan - dapat mengetahui tanggungjawab dan hak pengguna - merancang perbelanjaan - menyenaraikan barangan yang perlu dibeli - mematuhi senarai itu - berbelanja mengikut keperluan - tidak mengikut perasaan dan nafsu - supaya tidak rugi - melihat iklan dan promosi - mendalami iklan dan promosi dengan sewajarnya - bandingkan / semak harganya dahulu - walaupun murah , jika barangan itu sudah dimiliki / masih baik jangan beli 

Penutup - pengguna yang bijak ialah pengguna yang teliti dan rasional - pengguna harus memiliki kesedaran tentang hak masing-masing 

6 . Ci r i - c i r i ban d ar s e lamat yan g men jad i imp i an mas yarak atPendahuluan - kebanyakan orang berkeinginan untuk tinggal di kawasan yang aman dan damai - berasa selesa dan selamat 

- terdapat beberapa ciri kawasan tempat tinggal yang selamat yang menjadi impian setiap orang - bebas daripada jenayah - tidak bimbang untuk ke mana-mana - bebas bergerak dan melakukan pelbagai kegiatan - bebas daripada bencana alam - banjir , tanah , runtuh dan lain-lain - bebas daripada suasana permusuhan - mementingkan konsep kejiranan dan perpaduan - tidak bertingkah lalu dapat hidup aman damai - bebas daripada pencemaran alam - asap kilang, kenderaan, dan lain-lain – mengancam kesihatan 

Penutup - anggota masyarakat bertanggungjawab untuk memelihara kawasan tempat tinggal agar selamat dan selesa - semua pihak haruslah berkerjasama untuk mewujudkan tempat tinggal yang selesa 

7 . Faed ah - faed ah men abu n gPengenalan Menabung merupakan amalan mulia dan perlu diamalkan sejak kecil. - pelbagai faedah dapat dinikmati oleh golongan yang suka menabung - masa depan terjamin dan tidak menghadapi kesusahan pada waktu-waktu kecemasan - perlu disahut oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita 

Isi-isi Utama Amalan menabung mengurangkan sikap boros kepada pelajar. - berbelanja dengan berhemah kerana lebihan wang yang ada akan ditabung - membeli barangan yang perlu sahaja dan tidak membazirkan wang - bijak berbelanja dan kadar inflasi negara dapat dikurangkan 

Page 5: SPM Karangan Rangsangan

Wang yang ditabung akan dapat mengurangkan beban ibu bapa. - membantu mereka untuk membayar yuran dan pelbagai lagi keperluan sekolah - membeli barangan atau buku yang dikehendaki oleg guru dengan segera - berasa bangga dan bersyukur mempunyai anak yang sebijak ini 

Amalan menabung juga sebagai persediaan untuk pelajar melanjutkan pelajaran. - mampu untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS - mampu membayar segala yuran pengajian sepanjang tempoh tersebut - tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa 

Tabungan yang ada boleh dijadikan sumber untuk menambahkan wang yang ada. - memasukkan wang tersebut ke dalam saham-saham amanah yang disediakan - mendapat pulangan yang lumayan pada setiap tahun - wang tabungan kita akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun 

Pelajar dapat menggunakan wang tabungan tersebut pada waktu-waktu kecemasan. - peristiwa yang tidak diduga seperti kemalangan atau penyakit yang berbahaya - mendapatkan rawatan yang sempurna di hospital kerajaan atau swasta - kehidupan para pelajar juga tidak akan terjejas 

Penutup Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. - perlu disemai dalam kalangan pelajar sejak kecil - melalui kempen-kempen dalam media massa atau cetak - sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit 

8 . Keb u ru k an mak an an r in ganPengenalan Makanan ringan mudah diperoleh di negara kita. - di pusat-pusat beli- belah, kedai-kedai runcit dan warung-warung di tepi jalan - menjadi kegemaran utama golongan kanak-kanak - harganya murah dan tidak membebankan pembeli 

Isi-isi Penting Makanan ringan sebenarnya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kita. - mempunyai bahan perasa yang tinggi - mudah terdedah kepada pelbagai penyakit - menjadikan kita lesu dan tidak bermaya 

Ketagihan makanan ringan ini juga mendorong meningkatkan berat badan. - badan bertambah gemuk dari sehari ke sehari - mengundang penyakit lemah jantung tanpa disedari - menyusahkan diri sendiri serta ahli keluarga yang lain 

Makanan ringan yang dijual langsung tidak berkhasiat. - tidak mempunya zat-zat galian mahupun protein - tidak memberikan faedah kepada pemakannnya - membazirkan wang dan masa sahaja kepada kita 

Kandungan kolestrol juga amat tinggi di dalam makanan ringan. - mudah mendapat penyakit paru-paru, jantung dan masalah pernafasan - saluran pernafan di dalam badan kita akan tersumbat - kesihatan akan terjejas dan terpaksa mendapat rawatan daripada doktor 

Makanan ringan turut mendatangkan ketagihan kepada kita. 

Page 6: SPM Karangan Rangsangan

- menambahkan berat badan seperti kegemukan. - mudah dihinggapi pelbagai jenis penyakit - tidak aktif dan lemah dalam aktiviti seharian 

Penutup Amalan suka akan makanan ringan perlu dielakkan. - membazirkan wang ringgit semata-mata - walaupun dianggap begitu lazat namun tetap mengundang padah - utamakanlah kesihatan kerana jauh lebih berharga daripada segala-galanya 

9 . Us ah a-u sah a yan g p er lu d i l aku k an un tu k men angan i van d a l i smePendahuluan Gejala vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda awam yang sering dilakukan oleh remaja kini - untuk menunjukkan kekuatan diri atau sebagai saluran untuk melepaskan tekanan. 

Isi-isi Penting - Gejala vandalisme boleh diatasi dengan kerjasama erat anggota masyarakat yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengawasi kejadian vandalisme yang berlaku di kawasan tempat tinggal mereka. - Rondaan dan pemantauan yang lebih kerap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak polis perlu dijalankan, terutamanya pada waktu malam di kawasan yang sering berlaku kejadian vandalisme. - Penguatkuasaan undang-undang berkaitan kes yandalisme oleh pihak kerajaan perlu diperketat dengan mengenakan hukuman penjara mahupun denda yang lebih berat terhadap pesalah, jika perlu denda dikenakan terhadap ibu bapa bagi pesalah di bawah umur. 

Penutup - Kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam usaha menangani gejala vandalisme yang jelas merugikan masyarakat dan negara. 

10 . Keh armon ian Mas yarak at D i Mal ays i aPendahuluan - Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan makmur - masyarakat pelbagai kaum – Melayu, Cina, India dan lain-lain - terkenal dengan semangat perpaduan kaum yang tinggi 

Isi-isi Penting - amalan kunjung-mengunjungi telah lama diamalkan - contohnya semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri,Tahun Baru Cina, Deepavali dan pebagai lagi - menziarahi sanak saudara dan sahabat handai - menghormati adat dan kepercayaan kaum lain - tidak menghina atau memperlekehkan kebudayaan sesuatu kaum - contohnya sambutan Maulidul Rasul,Thaipusam, Hari Gawai dan pelbagai lagi - mengamalkan semangat kejiranan di sesebuah taman perumahan - mengunjungi jiran tetangga yang sakit - menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan - menghormati golongan yang lebih tua - membantu mereka yang kurang berkeupayaan - menjaga mereka dengan penuh kasih sayang 

Penutup - keharmonian hidup masyarakat mestilah dipelihara - tidak berlaku salah faham dan persengketaan - negara akan aman dan sentosa sampai bila-bila 

Page 7: SPM Karangan Rangsangan

Ka tego r i D i r i / I nd i v idu / Re ma ja1 . Car a -cara Me mbe ntu k Ja t i D ir i Pe l a jarPengenalan Pelajar merupakan khazanah yang amat berharga kepada Negara. - kesinambungan untuk memimpin negara pada masa hadapan - memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tertentu - berpengetahuan tinggi di samping perilaku yang mulia 

Idea-idea Utama Para pelajar mestilah melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi - sekurang-kurangnya memilik ijazah, ijazah sarjana dan yang terbaik hingga peringkat PhD. - belajar dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya - menyumbangkan kekaran mereka kepada negara - tidak bergantung kepada pekerja dari luar 

Para pelajar memiliki budi pekerti dan tingkah laku yang baik. - mengamalkan budaya timur yang penuh dengan kesopanan - menghormati orang yang lebih tua daripada mereka - mempamerkan ketinggian perilaku walau di mana mereka berada - menjadi contoh dan teladan kepada orang lain 

Golongan pelajar juga tidak terlibat dalam gejala sosial. - tidak terlibat dalam kegiatan dadah, jenayah dan pelbagai lagi - sentiasa berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang membawa kemusnahan - tidak terpengaruh dengan budaya kuning seperti gejala punk dan black metal - sentiasa berfikir sebelum bertindak dalam sesuatu perkara 

Para pelajar sentiasa menyumbangkan tenaga dan idea mereka di sekolah umpamanya. - melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah - menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar - tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah - memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan 

Golongan pelajar juga mestilah taat akan perintah Tuhan. - memiliki pegangan agama yang kukuh - melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti - sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu - mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif 

Penutup Jati diri dalam kalangan pelajar amat penting. - mampu menjana ke arah pembangunan yang berterusan - merealisasikan kejayaan negara yang berterusan - membentuk negara mengikut acuan yang positif - melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan 

2 . Per anan Mas yarak at D a lam Me nju ru s Kes e jah teraan H id upPengenalan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di negara kita pada hari ini. - perlu dikekalkan kerana menjamin keharmonian hidup - apatah lagi negara kita didiami oleh pelbagai bangsa - semakin hari semakin dipertingkat demi kebaikan bersama 

Idea-idea Utama Dalam membicarakan tajuk di atas, antara langkah yang perlu dilakukan dengan meningkatkan amalan

Page 8: SPM Karangan Rangsangan

bekerjasama dalam kalangan masyarakat. - pelbagai aktiviti masyarakat seperti gotong -royong jangan dipandang remeh - landasan yang paling tepat yang mana masyarakat dapat berkenal-kenalan - dapat bertukar-tukar pandangan dalam menjamin kesejahteraan hidup - keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila 

Masyarakat di negara kita mestilah menghormati budaya, agama dan cara hidup kaum yang lain. - sentiasa sensitif dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka berdasarkan tiga elemen tadi - sewajarnya mempelajari budaya mereka agar kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam - dapat mengelakkan daripada melukai perasaan mereka tanpa disedari - kaum yang lain juga akan berasa hormat terhadap kita dan impaknya kita akan hidup dengan aman dan damai 

Pelbagai kaum juga disarankan menyertai pasukan Rukun Tetangga. - manfaatnya amat besar yang mana keselamatan tempat tinggal kita akan terjamin - rondaan yang dilakukan pada waktu malam pasti akan menyukarkan kecurian - pada masa yang sama perpaduan antara kaum akan bertambah kukuh - pembangunan yang dirancang turut berjalan dengan berkesan 

Kehidupan akan harmoni jika masyarakatnya mengamalkan nilai-nilai murni. - saling menghormati, bertolak ansur dan pelbagai lagi membentuk acuan kehidupan yang amat indah - antara jiran terikat erat semangat kejiranan yang tinggi - bermuafakat dijadikan amalan kehidupan dalam membuat keputusan - ketenteraman wujud dan aktiviti harian berjalan dengan lancar 

Semangat patriotisme perlu menebal dalam jiwa masyarakat. - sanggup bergadai nyawa demi negara yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakatnya - tidak memburuk-burukkan negara di mata orang luar - sentiasa menjulang martabat negara Malaysia - melestarikan perpaduan dan membuahkan keharmoniah hidup masayarakatnya 

Penutup Sebatang lidi mudah dipatah manakala sebatang penyapu sebaliknya. - dijadikan pegangan dalam hidup bermasyarakat - jangan menjadi enau yang hanya melepaskan pucuk masing-masing - hidup bersatu padu dalam apa-apa jua perkara - kesejahteraan hidup diperoleh dan terus dihayati di negara kita 

3 . Per anan Pe la jar D a lam M asyarak atPengenalan Pelajar merupakan sebahagian daripada masyarakat di negara kita. - turut berperanan besar dalam masyarakat - menjadi idola kepada adik-adik mereka di sekolah rendah - sentuhan mereka kepada masyarakat turut ditagih - menjadi pemimpin pada suatu hari nanti 

Idea-idea Utama Pelajar memaparkan akhlak yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi - menjadi teladan kepada adik-adik mereka - mendidik mereka mengamalkan nilai-nilai yang murni - dapat diamalkan dan diteruskan hingga mereka dewasa - bersikap jujur, hormat-menghormati dan pelbagai lagi 

Pelajar memberikan sumbangan tenaga kepada masyarakat. - bekerjasama sewaktu diadakan aktiviti kemasyarakatan - contohnya hari terbuka, majlis perkahwinan dan pelbagai lagi - dapat menimba pengalaman apabila mereka bergaul dengan orang yang lebih tua 

Page 9: SPM Karangan Rangsangan

- menjadi kebanggaan mereka atas keprihatinan dan kerajinan yang ditunjukkan 

Golongan pelajar memberikan bantuan kepada golongan yang ditimpa musibah. - sama-sama membantu masyarakat mencari dana - membersihkan rumah penduduk seperti banjir besar yang berlaku di Kelantan - tenaga gagah mereka akan mengurangkan beban masyarakat - menjadi kebanggaan di tempat tinggal mereka 

Para pelajar turut berperanan besar dalam melaksanakan ajaran agama. - rajin bersembahyang di surau ataupun di masjid - membersihkan tempat beribadat pada masa lapang - bersama-sama masyarakat ketika menyambut aktiviti keagamaan - contohnya bagi penganut agama Islam seperti Majlis Maulidul Rasul dan Sambutan Awal Muharam 

Para pelajar sentiasa menjaga nama baik masyarakt itu sendiri. - tidak menyapu arang di muka mereka - bak kata pepatah “ Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga” - haruslah menjauhkan diri daripada pelbagai gejala sosial - antaranya menjadi Mat Rempit, bohsia dan pelbagai lagi 

Penutup Tuntasnya, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dalam masyarakat memang berat. - hebat atau mundurnya masyarakat itu juga bergantung kepada mereka - masyarakat yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang, pasti dikenali di negara kita - didiklah generasi muda ini ke arah kebaikan - impaknya pasti hebat kerana mampu menjulang imej masyarakt di sesebuah tempat 

4 . Per anan Pe la jar Te rh adap Ke lu argaPengenalan Keluarga amat penting kepada seseorang pelajar. - ayah dan ibu merupakan tulang belakang terhadap kejayaan mereka - adik-beradik pula antara penyokong dan pemberi motivasi - peranan pelajar terhadap mereka juga besar - gabungan ini perlu mantap dalam melahirkan keluarga yang bahagia 

Idea-idea utama Para pelajar perlu tahu akan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. - berjaya dalam pelajaran antara yang utama - perlu belajar dengan bersungguh-sungguh - memastikan kejayaan cemerlang buat mereka - sebagai hadiah kepada keluarga 

Para pelajar mestilah menjaga nama baik keluarga. - tidak menconteng arang ke muka ayah dan ibu - mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam gejala sosial - memberi kehancuran kepada keluarga - memusnahkan masa hadapan mereka. 

Para pelajar bersikap ringan tulang terhadap keluarga. - rajin membantu ayah dan ibu di rumah - dapat mengurangkan beban dan tekanan mereka - mengemaskan rumah, mencuci pakaian, menyiram pokok bunga dan pelbagai lagi - ayah dan ibu pasti akan berasa bangga terhadap mereka 

Para pelajar memaparkan tingkah laku yang mulia bersama keluarga. - tidak bercakaran sesama adik-beradik di rumah 

Page 10: SPM Karangan Rangsangan

- mengamalkan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati - dapat membina keluarga yang bahagia - ikatan kekeluargaan turut bertambah kukuh 

Para pelajar juga mestilah taat akan perintah kedua-dua ibu bapa mereka. - tidak membantah arahan dan sentiasa mendengar pesanan mereka - menjadikan ibu dan ayah sebagai tempat mencurahkan segala masalah - akan membantu mereka pada bila-bila masa - kehidupan mereka pasti dirahmati oleh Tuhan 

Penutup Pelajar dan keluarga tidak boleh dipisahkan. - gabungan penting dalam merealisasikan kejayaan yang cemerlang - keluarga sentiasa di belakang mereka - mendoakan kejayaan dan pemberi inspirasi - tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan seikhlasnya 

5 . Per anan R emaja D a lam Me mup u k Perp ad u an K aumPengenalan Remaja merupakan aset negara yang amat penting. - kesinambungan kepada wawasan dan kecemerlangan negara - menjadi pemacu supaya negara mampu bersaing dengan negara-negara lain - menjadi ’role model’ kepada adik-adik mereka - penyumbang kepada perpaduan kaum di negara kita 

Idea-idea utama Para remaja di Malaysia mestilah bersikap perkauman. - mampu bercampur gaul dengan pelbagai bangsa - boleh belajar bersama-sama, melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dan pelbagai lagi - tidak hanya tertumpu kepada bangsa mereka sahaja - situasi ini pasti akan mengukuhkan perpaduan antara kaum 

Remaja di negara kita juga mestilah menghormati kaum yang lain - menghormati agama, budaya dan cara hidup mereka - tidak mempersendakan atau melakukan sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti mereka - digalakkan untuk mempelajari budaya kaum di Malaysia - tali persahabatan pasti bertambah erat dan perpaduan turut meningkat 

Golongan remaja perlu aktif dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan. - menyertai perkhemahan ataupun sebarang ekspedisi di sekolah - antaranya perkhemahan pengakap, ekspedisi mendaki gunung dan pelbagai lagi - sikap bekerjasama, permuafakatan dan nilai murni yang lain dapat diterapkan - perpaduan yang diterapkan dalam diri mereka pasti dapat dikekalkan 

Remaja juga wajar bercampur gaul dalam kalangan masyarakat. - elakkan untuk berasa kekok walaupun berada dalam masyarakat yang pelbagai kaum - ringankan tulang dalam aktiviti bergotong royong mahupun majlis-majlis tertentu - masyarakat bertambah padu dan hidup dalam suasana yang harmoni - pasti berterusan jika diamalkan sejak usia muda lagi 

Para remaja tanpa mengira bangsa perlu peka akan kebajikan dalam masyarakat. - menolong golongan tanpa mengira bangsa jika dilanda kesusahan - bekerjasama dalam apa-apa jua perkara - contohnya memnbantu masyarakat yang dilanda banjir besar baru-baru ini - menghulurkan bantuan tanpa mengira wang ringgit mahupun tenaga 

Page 11: SPM Karangan Rangsangan

Penutup Intihanya, jika sesuatu perkara dilakukan sejak usia muda pasti akan berkekalan. - perpaduan yang stabil dan kukuh perlu dibentuk sejak tunas lagi - bangsa yang kuat pasti menjadikan negara kita bertambah hebat - peranan remaja ke arah ini tidak perlu dipertikaikan lagi - apa yang pasti pelbagai kaum akan hidup dalam suasana yang bahagia buat selama-lamanya 

6 . Per anan D an Tanggu n gjawab S eoran g P e la jarPengenalan Pelajar sekolah pada hari ini menggalas satu tanggungjawab yang amat berat. - perlu dipikul tanpa perasaan yang berbelah bahagi - bukan calang-calang beratnya malah memerlukan seribu pengorbanan - jika tergelincir hasrat keluarga, masyarakat dan negara akan hancur - berapa banyak yang telah terkandas dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar 

Idea-idea Utama Dalam menyentuh isu ini, tanggungjawab mereka yang utama adalah untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. - mestilah bersungguh-sungguh dalam pembelajaran di sekolah - bekerja keras dalam menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di rumah - memastikan kejayaan cemerlang milik mereka - tidak lalai ataupun leka dengan perkara-perkara yang merugikan. 

Mereka mestilah kuat dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ini. - tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur yang negatif - terlibat dalam penagihan dadah, jenayah dan pelbagai lagi mestilah dielakkan - bijak dalam memilh yang mana baik dan yang mana buruk - sentiasa berada dalam landasan kehidupan yang sebenar 

Golongan pelajar mestilah aktif dalam aktiviti anjuran sekolah. - sikap berat tulang wajar dijauhi seperti bersikap pasif - bergiat cergas dalam bidang kokurikulum seperti kelab, persatuan, sukan dan permainan - membentuk jati diri di peringkat sekolah lagi - mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan 

Para pelajar mestilah berusaha menjulang nama sekolah mereka. - melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah - menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar - tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah - memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan 

Golongan pelajar juga mestilah hidup dalam landasan agama yang sebenar. - memiliki pegangan agama yang kukuh sejak kecil lagi - melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti - sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu - mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif 

Penutup Konklusinya, tanggungjawab seorang pelajar bukanlah kecil. - wajar menjana ke arah pembangunan yang berterusan - perlu merealisasikan kejayaan negara yang berterusan - membentuk negara mengikut acuan yang positif - melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan

Ka tego r i Ma sya ra ka t / Ke ra j aa n / N ega ra1 . Lan gkah - lan gk ah Kera jaan Me nan gan i M asa l ah P en ganggu ran

Page 12: SPM Karangan Rangsangan

Pengenalan Kebelakangan ini masalah pengangguran telah meningkat di negara kita. - diburukkan lagi dengan kedatangan pendatang asing - merangkumi industri perkilangan dan pertanian - langkah segera perlu diambil oleh kerajaan untuk menanganinya - rakyat tidak terbeban dan hidup dalam kemiskinan 

Idea-idea Utama Industri perkilangan perlu dipelbagaikan. - mendirikan kilang di kawasan luar bandar - menawarkan banyak peluang pekerjaan - tidak perlu berhijrah ke kota - kos hidup dapat dikurangkan 

Menarik lebih ramai pelabur dari luar datang ke negara kita. - memberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan - memudahkan mereka mendirikan kilang dan juga pertanian - memerlukan banyak penggunaan sumber manusia - masalah pengangguran dapat diatasi dengan segera 

Kerajaan memberikan dana untuk meningkatkan pertanian negara. - pelbagai jenis pertanian dapat dijalankan - contohnya sayur-sayuran dan pelbagai lagi - memerlukan banyak tenaga kerja - membuka peluang pekerjaan yang tinggi 

Kerajaan mengurangkan penggunaan banyak pekerja asing. - mengehadkan penggunaan tenaga mereka - majikan dikehendaki mengutamakan warga tempatan - menyaman majikan jika menggunakan pekerja asing yang melebihi kuota - warganegara kurang menganggur kerana peluang pekerjaan yang meluas 

Pelbagai kemahiran diberikan kepada generasi muda. - kepelbagaian kemahiran diserlahkan di IKBN, pusat kegiatan MARA dan pelbagai lagi - memiliki kemahiran dan mudah untuk memperoleh pekerjaan - mampu memperoleh pulangan yang tinggi - kadar pengangguran dapat dikurangkan 

Penutup Intihanya, kebijaksanaan kerajaan mampu menangani masalah ini. - bijak mengatur langkah yang strategik - menggunakan aset yang ada di negara kita - pengangguran mestilah ditangani - menjamin keharmonian hidup rakyatnya 

2 . Us ah a-u sah a Ke ra jaan Men an gani Mas a lah Banj i r

Pengenalan Fenomena banjir besar yang berlaku di negeri-negeri pantai timur tidak dijangka oleh kita semua. - mengundang kerugian dan kemusnahan harta serta kehilangan nyawa. - mencecah berbilion ringgit dan paling tragis dalam alaf ini - membuka mata semua pihak dalam menanganinya pada masa akan datang - kerajaan turut menggunakan pendekatan yang releven dalam mengatasinya 

Idea-idea Utama 

Page 13: SPM Karangan Rangsangan

Pihak perhutanan perlu mengambil langkah yang lebih drastik. - pembalakan haram hendaklah dihapuskan dengan serta merta. - denda yang tinggi dikenakan dan tidak ada tolak ansur - pembalakan haram punca utama banjir besar berlaku - balak-balak yang hanyut telah meranapkan banyak rumah para penduduk 

Jabatan saliran bertungkus-lumus memperdalam sungai-sungai yang cetek - aliran air berjalan dengan lancar apabila sungai telah dalam dan lebar - membawa bersama sampah-sarap ke dalam laut - air hujan tidak lagi melimpah ke rumah para penduduk - masalah banjir besar dapat ditangani 

Pihak berwajib membuat tambatan di tebing-tebing sungai. - turut meninggikan tebing sungai agar tidak mudah melimpah - menggunakan simen agar tidak mudah runtuh dilanda arus deras - mampu mengelakkan banjir kilat mahupun banjir besar - dilaksanakan dengan seberapa segera 

Kerajaan melakukan kempen sayangi sungai kita secara berterusan. - melalui media massa seperti di radio mahupun di televisyen - menyedarkan masyarakat betapa pentingnya sungai yang bersih - sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi cetek - punca banjir berlaku akibat sungai gagal menampung kuantiti air yang besar 

Pihak perbandaran lebih peka dalam membuat longkang di kawasan yang sering digenangi air. - pada masa yang sama memperdalam longkang yang sedia ada - membuang sampah–sarap yang tersekat dan menghalang aliran air - punca utama banjir kilat yang melanda di bandar-bandar besar - melakukan alternatif untuk mengelakkan penutup longkang dicuri 

Penutup Masalah banjir bukan masalah yang baharu. - menjejaskan imej negara di mata luar - menyebabkan aktiviti harian terjejas teruk - perlu ditangani walaupun melibatkan kos yang tinggi - cara untuk menarik para pelabur untuk melabur di negara kita 

3 . Us ah a-u sah a Ke ra jaan Men an gani Mas a lah Jen ayah

Pengenalan Jenayah di negara kita semakin meningkat dari hari ke hari. - rompak, samun, pembunuhan dan pelbagai lagi sering menghiasi dada-dada akhbar. - masyarakat semakin bimbang kerana keharmonian semakin terjejas - turut dilakukan oleh pendatang asing seperti Indonesia dan Filipina - perlu ditangani dengan segera sebelum bertambah buruk 

Idea-idea Utama Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan pelbagai langkah yang efektif. - menghantar para pegawainya berkursus di luar negara - meningkatkan pengetahuan dalam membanteras jenayah - menggunakan peralatan yang canggih untuk mengesan jenayah - melatih anjing-anjing pengesan yang pintar 

Pihak kastam mengetatkan laluan di pintu-pintu masuk negara. - beroperasi 24 jam sehari sama ada di darat dan di laut 

Page 14: SPM Karangan Rangsangan

- mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin - banyak terlibat dengan aktiviti jenayah - sukar untuk menembusi sempadan-sempadan negara 

Kerajaan telah menggalakan masyarakat menjadi rakan cop. - menjadi telinga dan mata pihak polis dalam menyalurkan maklumat - pihak polis dapat bertindak dengan segera berdasarkan maklumat - penjenayah sukar untuk meloloskan diri - statistik jenayah pasti dapat dikurangkan 

Pihak PDRM telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara jiran. - memberkas penjenayah yang melarikan diri ke negara tersebut - mengekstradisi penjenayah tersebut ke negara asal - tidak berpeluang untuk berlindung di negara-negara yang lain - menjamin keharmonian sejagat 

Kerajaan menggalakkan penubuhan program rukun tetangga dalam kalangan masyarakat. - mengawal keselamatan di kawasan perumahan masing-masing - mampu mengekang kes pecah rumah dan samun - memupuk semangat perpaduan yang jitu - menjamin keharmonian hidup bermasyarakat 

Penutup Keharmonian hidup kunci kecemerlangan sesebuah negara. - bersihkan negara daripada pelbagai unsur jenayah - banteras kegiatan ini hingga akar umbi - masyarakat mestilah bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam perkara ini - pembangunan yang dirancang berjalan dengan lancar 

4 . Mas a lah Ob es i t i

Pengenalan Masalah berat badan yang berlebihan semakin menghantui masyarakat di Malaysia. - masalah obesiti ini telah menular dalam peringkat kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa - mewujudkan pelbagai masalah mahupun penyakit kepada golongan ini - perlu ditangani dalam melahirkan masyarakat yang sihat 

Idea-idea Utama Antara punca berlakunya obesiti ini kerana makan dengan berlebihan. - selera makan sentiasa memuncak dan tidak boleh dikawal - makan berulang kali pada setiap hari dengan kuantiti yang banyak - masalah kegemukan tidak dapat dibendung kerana nafsu makan yang keterlaluan 

Masyarakat di negara kita kurang mengamalkan pemakanan yang sihat. - gemar menikmati makanan yang berlemak seperti ayam dan daging - gemar makan makan yang manis seperti cokelat dan kuih-muih - agen kegemukan yang utama dan sewajarnya dikurangkan 

Menikmati makanan ringan sudah menjadi rutin masyarakat di Malaysia. - ketagih dan dimakan pada setiap hari - mengandungi perwarna serta kandungan perasa yang tinggi - mampu menambahkan berat badan seseorang 

Kurang bersenam juga antara punca kegemukan. - malas dan dikekang dengan kesibukan bekerja 

Page 15: SPM Karangan Rangsangan

- badan tidak berpeluh dan lemak berkumpul di dalam badan - sukar untuk diturunkan jika sudah terlalu gemuk 

Gemar tidur dan tidak membuat sebarang aktiviti. - aktiviti yang paling disukai oleh rakyat Malaysia - kononnya cara berehat yang paling ideal di rumah - menjadi malas dan akhirnya golongan ini menjadi obesiti 

Penutup Obesiti menelurkan pelbagai masalah kepada mereka yang terlibat. - terdedah kepada pelbagai penyakit seperti serangan jantung - menjadi lembab dan lambat untuk bertindak - mudah penat dan kurang memberikan yang terbaik kepada negara 

5 . Per anan Mas yarak at D a lam Me nju ru s Kes e jah teraan H id up

Pengenalan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat amat sinonim dengan kehidupan masyarakat di negara kita pada hari ini. - perlu dikekalkan kerana menjamin keharmonian hidup - apatah lagi negara kita didiami oleh pelbagai bangsa - semakin hari semakin dipertingkat demi kebaikan bersama 

Idea-idea Utama Dalam membicarakan tajuk di atas, antara langkah yang perlu dilakukan dengan meningkatkan amalan bekerjasa dalam kalangan masyarakat. - pelbagai aktiviti masyarakat seperti gotong-royong jangan dipandang remeh - landasan yang paling tepat yang mana masyarakat dapat berkenal-kenalan - dapat bertukar-tukar pandangan dalam menjamin kesejahteraan hidup - keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila 

Masyarakat di negara kita mestilah menghormati budaya, agama dan cara hidup kaum yang lain. - sentiasa sensitif dan jangan sesekali menyinggung perasaan mereka berdasarkan tiga elemen tadi - sewajarnya mempelajari budaya mereka agar kita dapat mengetahui dengan lebih mendalam - dapat mengelakkan daripada melukai perasaan mereka tanpa disedari - kaum yang lain juga akan berasa hormat terhadap kita dan impaknya kita akan hidup dengan aman dan damai 

Pelbagai kaum juga disarankan menyertai pasukan Rukun Tetangga. - manfaatnya amat besar yang mana keselamatan tempat tinggal kita akan terjamin - rondaan yang dilakukan pada waktu malam pasti akan menyukarkan kecurian - pada masa yang sama perpaduan antara kaum akan bertambah kukuh - pembangunan yang dirancang turut berjalan dengan berkesan 

Kehidupan akan harmoni jika masyarakatnya mengamalkan nilai-nilai murni. - saling menghormati, bertolak ansur dan pelbagai lagi membentuk acuan kehidupan yang amat indah - antara jiran terikat erat semangat kejiranan yang tinggi - bermuafakat dijadikan amalan kehidupan dalam membuat keputusan - ketenteraman wujud dan aktiviti harian berjalan dengan lancer 

Semangat patriotisme perlu menebal dalam jiwa masyarakat. - sanggup bergadai nyawa demi negara yang mengancam kesejahteraan hidup masyarakatnya - tidak memburuk-burukkan negara di mata orang luar - sentiasa menjulang martabat negara Malaysia - melestarikan perpaduan dan membuahkan keharmoniah hidup masayarakatnya 

Page 16: SPM Karangan Rangsangan

Penutup Sebatang lidi mudah dipatah manakala sebatang penyapu sebaliknya. - dijadikan pegangan dalam hidup bermasyarakat - jangan menjadi enau yang hanya melepaskan pucuk masing-masing - hidup bersatu padu dalam apa-apa jua perkara - kesejahteraan hidup diperoleh dan terus dihayati di negara kita 

6 . Pu n ca-p un ca M asyar akat d i M alays ia Men gh id ap Pen yak i t Ber bah aya

Pengenalan Masyarakat di negara kita hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. - bebas untuk menikmati segala jenis makan yang terhidang - pendapatan yang tinggi membolehkan mereka menikmati pelbagai jenis makanan - mengikut cita rasa - mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit tanpa disedari 

Isi-isi Penting Masyarakat di negara kita amat menyukai makanan segera. - cepat disediakan dan boleh didapati sama ada siang mahupun malam - antaranya restoren Kentucky Fried Chicken, Kenny Rogers, McDonald dan pelbagai lagi - terdedah kepada kolestrol dan penggunaan gula yang tinggi - golongan obesiti semakin lama semakin meningkat. - gagal mengawal berat badan mereka - mempunyai nafsu makan yang tinggi dan sukar untuk dibendung - mudah diserang pelbagai jenis penyakit seperti jantung dan darah tinggi. 

Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. - menghisap rokok dan meminum arak. - tidak mementingkan kesihatan walaupun sedar akan risiko yang bakal diperoleh - peningkatan serangan jantung di negara kita juga semakin meningkat. 

Kurang bersenam dan banyak memerap di rumah selepas habis bekerja. - badan kurang berpeluh dan bahan toksik di dalam anggota badan semakin tinggi - malas dan hanya berminat menonton televisyen sahaja di rumah - pelbagai penyakit akan menyerang mereka walaupun pada usia yang muda 

. Tidak memeriksa kesihatan walaupun banyak kempen yang dijalankan. - malas berjumpa dengan doktor dan beranggapan mereka dalam keadaan yang sihat - banyak kes yang dikesan sudah pun terlambat untuk diubati - sikap yang paling sukar untuk dibentuk dalam masyarakat di negara kita 

Penutup Minda masyarakat di negara kita perlu diubah. - sikap mementingkan kesihatan perlu dibentuk - penyakit yang menyerang manusia tidak mengenal usia - jangan seperti “ Sudah terhantuk baru hendak mengadah “

Ke r t a s 1 Bahag i an B : K a ra ngan Res pons Te rbuka - Ka tego r i K e l ua rga1 . Per anan I b u Bap a D a lam A malan Ber j i mat Ce rmat Kep ad a A nak -an akPengenalanBerjimat-cermat adalah amalan yang mulia dan terpuji.- wajar diterapkan kepada anak-anak sejak kecil- tidak kekok untuk melaksanakannya sehingga dewasa- menjurus banyak faedah terutama kepada keluarga, masyarakat dan negara

Page 17: SPM Karangan Rangsangan

Idea-idea UtamaIbu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka menabung sejak kecil.- menabung itu amat penting dan wajar dilaksanakan- menabung secara sedikit demi sedikit pada setiap minggu mahupun bulan- wang tabungan akhirnya akan bertambah jika amalan ini terus berjalan

Mendidik anak-anak agar tidak boros berbelanja.- membeli barangan yang penting sahaja- makan tidak berlebihan terutama sewaktu berada di sekolah- wang saku dapat dijimatkan dan ditabung di dalam bank

Ibu bapa juga tidak memberikan duit poket secara berlebihan.- boros berbelanja kerana memiliki wang banyak di tangan- tidak menghargai betapa susahnya ibu bapa dalam mencari wang - tidak menghargai penat-lelah ibu bapa mereka dalam menyara keluarga

Menggalakkan anak-anak berdikari dan membuang sikap suka meminta-minta.- tidak mudah memberikan wang kepada mereka- mengambil tahu ke arah mana wang tersebut dibelanjakan- anak-anak akan menghargai setiap wang yang diberikan oleh ibu bapa

Tidak terlalu memanjakan anak-anak.- menyediakan apa-apa sahaja kemahuan yang dipinta- fenomena ini akan merosakkan anak-anak tanpa disedari- menjadi malas dan tidak tahu untuk berjimat-cermat 

PenutupIbu bapalah yang melentur anak-anak mereka agar menjadi yang terbaik.- menjadi anak yang berhemat dalam perkara- wang tabungan juga turut bertambah

2 . Per anan I b u Bap a D a lam Me njami n K es ih a tan A n ak -anakPengenalanKesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.- perlu dititikberatkan sejak kecil lagi- aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar- kesihatan yang baik amat penting

Idea-idea UtamaIbu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.- menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.- perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak- membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit

Menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap hari.- bergiat aktif dalam bidang sukan terutama di sekolah- membawa anak-anak mereka beriadah pada hujung minggu- badan mereka berpeluh dan situasi ini baik untuk kesihatan

Menasihati anak-anak mereka agar tidak mengamalkan tabiat yang buruk.- menghidu gam, menghisap rokok mahupun meminum arak- merosakkan sistem badan dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit- tidak menjadi ketagih hingga di peringkat dewasa

Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.

Page 18: SPM Karangan Rangsangan

- tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video- mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas- tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara

Mengurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera.- makanan yang dimakan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi- tinggi pasti akan kebersihan makanan tersebut- diletakkan banyak perasa dalam usaha melazatkan makanan tersebut.

PenutupAmalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.- kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit- menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak- hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai

3 . Per anan Ke lu arga D a lam Me mup u k Se mangat P a tr io t i k D i K a lan gan A n ak -an akPengenalanSemangat patriotik amat penting dalam kalangan generasi muda pada hari ini.- perlu dipupuk dalam kalangan remaja terutama para pelajar- manfaatnya amat besar kepada negara kita- akan menyayangi negara walau di mana mereka berada- sanggup mempertahankan negara hingga titisan darah terakhir

Idea-idea UtamaIbu bapa wajar menggalakkan anak-anak mereka menyertai aktiviti kenegaraan.- Program Latihan Khidmat Negara antara contoh terbaik- didedahkan dengan pelbagai aktiviti ke arah semangat patriotik- mampu menyuburkan semangat ini dalam kalangan generasi muda

Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku sejarah.- dapat mengetahui perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan- dapat merasai semangat pejuang bangsa seperti Mat Kilau, Rentap dan pelbagai lagi- akan menyayangi negara walau di mana mereka berada

Membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah.- melihat secara dekat akan kehebatan negara kita- dapat meneladani sesuatu perkara yang baik- melihat kehebatan pahlawan bangsa, mercu negara dan pelbagai lagi

Membawa anak-anak melihat Sambutan Hari Kemerdekaan Negara.- dapat menyaksikan pelbagai kaum bergerak dalam nada yang sama- merasai semangat cinta akan negara yang dipamer semasa perarakan berlangsung- bercita-cita tinggi dalam memberi sumbangan kepada Negara

Membelikan buku-buku berunsurkan semangat patriotisme kepada anak-anak.-jauh lebih bermanfaat daripada novel-novel yang berunsurkan percintaan-celik sejarah umpamanya mengetahui sejarah Bukit Kepong-mencontohi pengorbanan dan semangat sayang akan negara-menjadi idola dan berazam untuk berkorban seperti mereka

PenutupTuntasnya, semangat sayang akan negara merupakan tunjang kekuatan negara.- tidak mudah dijajah, diperkotak-katikkan mahupun dipandang rendah- generasi muda sanggup berkorban untuk negara pada bila-bila masa

Page 19: SPM Karangan Rangsangan

- menyumbang idea, tenaga mahupun wang ringgit demi kejayaan negara- terus bersinar dan dihormati oleh negara-negara luar

4 . Per anan Ke lu arga D a lam Me mup u k S i kap Ber he mah D a lam K eh id u panPengenalanNilai-nilai murni amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. - perlu diterapkan dalam kalangan anak-anak- menjana kehidupan yang baik dan harmoni- perlu bimbingan sejak kecil- menjadi amalan hingga dewasa

Idea-idea UtamaAnak-anak mestilah dididik dengan amalan menabung sejak kecil.- amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit perlu diterapkan- bijak menghargai wang ringgit- menyimpan daripada lebihan wang poket- lama kelamaan tabungan menjadi banyak

Mendidik anak-anak dengan menyenaraikan keperluan penting semasa membeli belah.- tidak membazir dengan membeli barangan yang tidak penting.- bersikap boros ketika berbelanja juga dapat dielakkan- berbelanja dengan penuh berhemah dapat diterapkan- akan diamalkan pada bila-bila masa

Mengajar anak-anak untuk memantau harga barangan yang ingin dibeli.- melakukan perbandingan harga melalui media massa dan Internet- mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan- mengajar supaya berhati-hati sebelum membeli barangan- tidak mudah terpengaruh dengan iklan yang menarik

Mengurangkan makan di luar bersama keluarga.- kos makan di luar amat tinggi dan kurangn enak- tidak digalakkan kepada anak-anak sejak kecil- menjelaskan kepada mereka kebaikan makan di rumah- kebersihan terjamin dan amat lazat berbanding di luar

Ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak.- tidak membuang wang ringgit dengan sewenang-wenangnya- makan dan minum di kedai-kedai kopi- menghabiskan wang dengan bermain golf dan sebagainya- menjadi contoh yang buruk kepada anak-anak

PenutupTuntasnya, amalan berhemah dalam kehidupan seharian amat penting.- perlu diterapkan kepada generasi muda- menjadi amalan mereka sehingga dewasa- menzahirkan pelbagai manfaat- negara juga tidak terjebak dalam kancah inflasi yang tinggi 

5 . Per anan Ke lu arga D a lam Me ngga l akk an A nak -an ak Bers uk anPengenalanKeluarga merupakan tunjang utama kepada pencapaian anak-anak dalam pelbagai bidang.- memberi sokongan dan motivasi dalam mereka memajukan diri- mereka tidak berseorangan malah sentiasa mendapatkan galakan daripada keluarga

Page 20: SPM Karangan Rangsangan

- mendapat suntikan semangat dan berusaha dengan bersunguh-sungguh- maju dan berjaya dalam sesuatu bidang sukan yang diceburi

Idea-idea UtamaKeluarga mengambil berat aktiviti anak-anak dalam kegiatan kokurikulum.- sentiasa prihatin tentang masa dan tempat latihan sukan yang akan disertai oleh anak-anak mereka- memantau aktiviti anak-anak dalam sukan yang diceburi- contohnya bola sepak , hoki dan pelbagai lagi- sentiasa memberikan semangat agar cemerlang dalam sukan yang diceburi

Ibu bapa menyediakan kelengkapan sukan yang mencukupi kepada anak-anak mereka.- tidak timbul masalah ketika melakukan aktiviti sukan- dapat berlatih dengan sempurna dengan kelengkapan sukan yang mencukupi- contohnya kasut sukan, pakaian sukan dan peralatan sukan- jangan terlalu kedekut untuk mengeluarkan wang bagi tujuan ini

Jika ada kemampuan, ibu bapa digalakkan menghantar anak-anak mereka ke klinik sukan yang diadakan oleh pihak luar.- dapat menambah pengetahuan dan pengalaman- mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang sukan yang diceburi- dilatih oleh jurulatih yang berpengalaman- banyak terdapat di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur

Ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyertai pertandingan sukan yang diadakan.- pertandingan badminton,ping pong dan pelbagai lagi- dapat mengukur setakat mana pencapaian anak-anak- mengenal pasti kelemahan yang ada- mampu mematangkan mereka dalam sukan yang diceburi

Ibu bapa membawa anak-anak menyaksikan pertandingan sukan ataupun kejohanan olahraga.- dapat menyemai semangat dan minat dalam diri anak-anak- menyaksikan idola mereka secara langsung- menanam cita-cita yang tinggi untuk berjaya dalam bidang sukan- contohnya Sukan SEA, Sukan Komenwel dan Sukan Olimpik.

PenutupIbu bapa sewajarnya memberi galakkan dan semangat jika anak-anak mereka berminat dalam sukan seperti bola sepak, hoki, tenis, bola jaring dan sebagainya.- bijak mengurus masa swupaya tidak menjejaskan pelajaran- bidang sukan juga mampu memberi pulangan yang lumayan- contohnya Datuk Lee Chong Wee dan Dauk Nicole David- mampu menjulang nama Negara di persada dunia

6 . Per anan Ke lu arga D a lam Me rap atkan Hu b u ngan S i l a tur ahi mPengenalanInstitusi kekeluargaan amat penting dalam kehidupan.- perlu dipupuk sejak kecil kepada anak-anak- keharmonian hidup terbentuk dan tidak menjadi sampah masyarakat- perlu dititik beratkan dalam kehidupan bermasyarakat- perpaduan turut meningkat dalam pelbagai kaum

Idea-idea UtamaIbu bapa mendidik ajaran agama sejak kecil lagi.- hidup berlandaskan keagamaan yang tinggi- tahu membezakan yang mana dosa dan pahala

Page 21: SPM Karangan Rangsangan

- tiada wujud perasaan yang negatif- saling mengasihi sesama ahli keluarga

Membawa anak-anak melancong dalam mahupun di luar negara.- hubungan bertambah erat dan mampu bertukar-tukar fikiran- anak-anak berasa disayangi dan dihargai- ibu bapa menjadi tempat mencurahkan masalah- hubungan telah menjadi begitu erat

Banyak melakukan aktiviti kekeluargaan di rumah.- mengemas rumah dan membersihkan kawasan rumah- sikap saling membantu akan terbentuk- semua ahli kelurga bagai aur dengan tebing- menanam sikap kasih sayang yang mendalam.

Keluarga terutama ibu bapa bersama-sama ketika makan dan bersarapan.- peluang untuk bertanya masalah kepada anak-anak- mengambil berat akan permasalahan yang berlaku- tidak lalai kepada anak-anak walaupun sibuk bekerja- anak-anak akan menyanjung tinggi ibu bapa mereka

Ibu bapa meluangkan masa yang banyak dengan anak-anak.- sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak mereka- bersama mereka sewaktu anak-anak belajar di rumah- mengambil berat tentang pelajaran- anak-anak akan berjaya atas hubungan yang rapat ini

PenutupKebahagiaan kekeluargaan amat penting.- kekayaan bukan janji kebahagiaan keluarga- jangan menyesal jika anak-anak terjebak dalam gejala sosial- perlu dididik dari kecil hingga dewasa- anak-anak berjaya dan kehidupan bertambah bahagia

Ke r t a s 1 Bahag i an B : K a ra ngan Res pons Te rbuka - Ka tego r i A n ta r aba ngsa1 . Per anan N egara -n egar a Se ran tau D a lam M eles tar i kan I k a tan Y an g Ku k uhPengenalanNegara-negara serantau kini semakin pesat membangun dan seolah-olah seperti berlumba-lumba antara satu sama lain.- pelbagai jenis pembangunan berlaku di negara-negara tersebut- bangunan-bangunan pencakar langit berdiri kukuh di samping pelbagai prasarana yang mega dan canggih- namun begitu, peranan negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh tidak boleh dipandang ringan

Idea-idea UtamaPelbagai peranan dapat dimainkan oleh negara-negara ini dalam melestarikan ikatan yang kukuh.- sentiasa peka dengan permasalahan yang melanda di negara jiran mereka- memberikan bantuan dengan secepat yang mungkin- contohnya kehilangan kapal terbang MH 370 kepunyaan Malaysia- negara sekeliling seperti Singapura,Thailand, Indonesia, Australia dan pelbagai lagi memberikan pelbagai bantuan- meningkatkan ikatan persahabatan yang telah sedia ada

Perdagangan yang telah terbentuk perlu diperluas dan dipelbagaikan.- memberikan keuntungan yang lumayan kepada kedua-dua buah negara- tidak dieksploitasikan oleh negara-negara luar yang lain- hubungan bertambah erat kerana saling mempercayai

Page 22: SPM Karangan Rangsangan

- tidak perlu bergantung kepada negara-negara seperti Eropah

Ikatan kukuh ini boleh ditingkatkan dengan mengadakan pelbagai program bersama.- antaranya program usahasama dari aspek pendidikan, ekonomi dan pelbagai lagi- pertukaran pelajar dan dialog ekonomi boleh dijadikan sandaran- banyak menjurus kebaikan kepada kedua-dua pihak- sikap menghormati antara negara yang terlibat akan terpahat kukuh

Penglibatan sukan antara negara-negara ini juga langkah yang paling berkesan.- Sukan Asia dan Sukan Sea boleh dijadikan contoh- penggiliran tuan rumah antara idea yang terbaik- membentuk ikatan yang kukuh sesama atlet dari negara-negara serantau- landasan dalam merapatkan hubungan negara-negara ini

Negara-negara ini sentiasa menghormati maruah dan imej antara satu sama lain.- tidak akan mencampuri urusan pentadbiran di negara-negara jiran mereka- bersedia memberikan pandangan jika diminta- bersama-sama menggembeling tenaga dalam usaha meningkatkan kemajuan- tidak akan berasa rugi malah berbangga melihat negara-negara serantau menjana kemajuan yang berterusan

PenutupIkatan yang kukuh amat penting dalam melestarikan keamanan yang berterusan.- pertelingkahan mendatangkan kerugian kepada negara-negara yang terlibat- semakin hari semakin banyak kerjasama perlu dilakar antara negara-negara tersebut- kebijaksanaan para pemimpin perlu ditagih dalam merealisasikan senario ini- tidak mustahil negara-negara serantau ini mampu mencipta kegemilangan dan standing dengan negara-negara maju yang lain.

2 . Per anan N egara S er antau D a lam Me mbas mi N aj i s D adahPengenalanNajis dadah kini telah menjadi masalah di seluruh dunia.- negara-negara serantau turut mengalami masalah yang sama- Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan negara serantau yang lain menghadapi nasib yang sama- rakyat di negara tersebut kini semakin bimbang dengan ancaman najis dadah ini- generasi muda yang bakal menjadi pemimpin ramai yang telah tewas angkara dadah ini

Idea-idea UtamaNegara-negara serantau perlu bermuafakat dalam senario ini.- sempadan negara perlu diperketat oleh negara-negara serantau- tiada ruang untuk penyeludupan dadah berlaku- najis dadah ini tidak sampai ke tangan para pembekal- menyelamatkan generasi muda di Negara masing-masing

Negara serantau perlu mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang terlibat dalam kancah penagihan dadah.- hukuman mati seperti di Malaysia dan di Indonesia perlu diikuti oleh negara serantau yang lain- menjadi teladan kepada golongan yang cuba berjinak dengan najis dadah- tidak berani untuk menjadikan negara serantau ini sebagai transit pengedaran dadah- selamat dan bebas daripada angkara dadah

Negara-negara serantau tidak melindungi pengedar-pengedar dadah yang ditangkap.- mengekstradisi pengedar dadah yang ditangkap ke negara asal- bekerjasama dengan polis di negara-negara serantau- tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri- tidak menjadikan sesebuah negara serantau sebagai tempat persembunyian mereka

Page 23: SPM Karangan Rangsangan

Ketua-ketua polis di negara serantau sering mengadakan rundingan kerjasama.- mengadakan latihan dan teknik mengesan dadah selari dengan alaf moden ini- bertukar-tukar maklumat dan idea dalam membanteras najis dadah- penyebaran dadah semakin sukar dan golonga ini juga semakin tersepit- tidak sesekali untuk berkompromi dengan golongan ini

Negara-negara serantau membanteras sepenuhnya masalah najis dadah.- mengadakan kempen, forum dan pelbagai lagi kepada masyarakat di negara masing-masing- tiada tempat di negara-negara serantau untuk urusan jual beli dadah- mengadakan operasi demi operasi tanpa mengenal erti putus asa- masalah dadah dapat dikurangkan dan seterusnya dapat ditangani sepenuhnya

PenutupMasalah dadah di negara serantau bukan masalah yang baharu.- menjadikan negara serantau sebagai tempat menyeludup dan menjual dadah- menjadikan golongan ini kaya raya dengan aktiviti yang tidak bermoral ini- tidak lagi berpanjangan dengan langkah-langkah yang telah dilakukan- dikenakan hukuman yang setimpal akan gejala ini terkubur buat selama-lamanya

3 . Per anan N egara -n egar a Se ran tau D a lam M en angan i K emis k in anPengenalanMasalah kemiskinan masih lagi berlaku di negara-negara serantau.- Malaysia, Filipina, Myanmar, Indonesia dan negara-negara mengalami masalah yang sama- perlu ditangani dengan segera melalui kerjasama negara-negara serantau- memiliki tanah dan hasil bumi yang melimpah ruah- dapat dijadikan dana dan landasan yang tepat ke arah kegemilangan sesebuah negara

Idea-idea UtamaPerdagangan antara negara-negara serantau perlu dipertingkat.- negara-negara ini memiliki keistimewaan masing-masing- Malaysia seperti kelapa sawit,Thailand dangan beras yang berkualiti dan negara lain dengan pengeluaran yang tersendiri- pulangan yang lumayan mampu menjana negara-negara serantau ini- taraf kemiskinan mampu dikurangkan oleh negara-negara tersebut

Negara-negara serantau ini bertukar-tukar kepakaran dalam pelbagai aspek.- membantu membangunkan pengeluaran di negara-negara tersebut- menjana pengeluaran kelapa sawit,beras, aspek teknologi dan perusahaan yang lain- tidak memerlukan kepakaran dari negara barat- menjimatkan kos dan membuka pulangan yang lumayan

Para pelabur di negara-negara ini digalakkan membuat pelaburan di negara jiran mereka.- memberikan banyak kemudahan kepada para pelabur- mampu membuka ruang pekerjaan dengan pembinaan banyak kilang- industri pertanian turut dipertingkat selari dengan industri perkilangan- memberikan pendapatan yang lumayan juga kepada para penduduk

Negara-negara serantau tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada para pelabur dari negara tersebut.- menggalakkan kedatangan para pelabur dari negara berhampiran- memberikan kerjasama yang sepenuhnya dari pelbagai aspek- menambahkan pelaburan baik dari aspek pertanian mahupun perindustrian- rakyat tempatan turut beroleh manfaat dan mampu memiliki kehidupan yang senang

Negara-negara serantau bertukar-tukar kepakaran yang terkini dan tercanggih.

Page 24: SPM Karangan Rangsangan

- menghantar pakar-pakar ini untuk membantu negara yang masih miskin- kepakaran yang ada dipelajari oleh anak-anak tempatan- contohnya kepakaran dalam meningkatkan sektor pertanian- penggunaan jentera moden,benih tanaman yang berkualiti

PenutupMasalah kemiskinan perlu ditangani dengan segera.- mampu menggugat keharmonian sesebuah negara- kes jenayah semakin meningkat akibat tekanan hidup yang dialami- para pemimpin negara serantau perlu bijak memainkan peranan- negara terus maju dan bersaing dengan negara-negara maju yang lain

4 . Per anan N egara S er antau D a lam Me ni ngk atk an Kes e lamatan K awas an S emp adanPengenalan- masalah pencerobohan perairan ataupun sempadan semakin membimbangkan negara-negara terbabit- masalah ini menimbulkan pelbagai impak kepada negara terbabit- perlu ditangani dengan segera melalui kerjasama negara-negara serantau supaya dapat mengurangkan masalah pencerobohan sempadan atau perairan

Idea-idea Utama- kerjasama pihak imigresen antara negara yang bersempadan - imigresen antara unit yang bertanggungjawab untuk mengurus kemasukan warga luar ke sesebuah negara - kerjasama untuk memastikan tiada warga asing masuk secara haram - memastikan warga asing yang mempunyai dokumen yang sah masuk ke sesebuah negara- kerjasama penguat kuasa perairan sesebuah negara - jalan air biasanya menjadi jalan masuk yang paling popular bagi pendatang asing atau penyeludup - pihak kastam dan polis negara serantau bekerjasama mematahkan usaha pencerobohan sempadan- pasukan tentera meningkatkan usaha menjaga keselamatan sempadan negara - menjalinkan hubungan yang baik dengan pasukan tentera negara-negara jiran - memastikan keselamatan sempadan antara kedua-dua buah negara terjamin - pasukan tentera perlu memastikan sempadan negara tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya- pertukaran risikan pasukan keselamatan antara negara yang berjiran - mampu untuk mengetahui situasi semasa berkaitan dengan keselamatan sempadan sesebuah negara - pertukaran maklumat seperti ini akan memudahkan pasukan keselamatan mengawal sempadan sesebuah negara- pihak kerajaan negara berjiran mengadakan perbincangan dua hala - perbincangan bersama dapat mencambahkan pelbagai idea untuk kepentingan bersama - perbincangan yang melibatkan menteri atau pemimpin tertinggi negara-negara yang terlibat dapat menyelesaikan banyak isu keselamatan yang membabitkan negara-negara tersebut

Penutup- menjaga keselamatan sempadan bukan tanggungjawab sesebuah negara sahaja- kerjasama yang erat antara negara yang terlibat dapat memastikan kes pencerobohan sempadan dan perairan dapat dikurangkan jumlahnya

5 . Pemb an gu nan I n du s tr i P e lan con gan Di Se se bu ah N egara A kan Me mbaw a Pe l baga i Keb a ik an Ke pad a N egara Ter bab i t .Pendahuluan- pelancongan antara industri yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk dunia- sesebuah negara boleh berkembang maju melalui industri pelancongan- untuk memastikan perkara ini menjadi kenyataan, negara terbabit perlu membangunkan industri ini- jangan sekadar indah khabar daripada rupa

Idea-idea Utama- pertukaran mata wang asing - kemasukan pelancong dengan membawa dana - mereka akan menukar mata

Page 25: SPM Karangan Rangsangan

wang negara asal dengan mata wang yang dikunjungi - negara terbabit akan memperoleh keuntungan- pelancongan akan meningkatkan ekonomi sesebuah negara - Thailand misalnya berkembang maju disebabkan faktor pelancongan - setiap pelancong akan berbelanja dan akan merancakkan ekonomi sesebuah negara- pelancongan akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat - bidang perhotelan, pengangkutan, dan sebagainya akan menjadi tumpuan pelancong - malahan pusat beli-belah juga akan dikunjungi pelancong - semua bidang ini perlu digerakkan oleh para pekerja- pelancong yang datang terdiri daripada pelbagai lapisan golongan masyarakat - ahli peniaga, sambil melancong mereka akan melihat peluang-peluang perniagaan - sambil menyelam minun air - mereka akan datang kembali untuk membuat pelaburan di negara berkenaan- negara yang ingin dikunjungi para pelancong perlu melengkapkan segala kemudahan - dengan cara ini pelancong yang berkunjung akan mempromosikan negara terbabit kepada rakan-rakan mereka - secara tidak langsung bilangan pelancong akan meningkat

Penutup- industri pelancongan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia- negara-negara membangun terutama ASEAN yang kaya dengan keindahan alam semula jadi perlu mengambil peluang untuk menarik pelancong berkunjung ke negara mereka

6 . Per anan N egara -n egar a Maju Da l am Memb er i kan Ban tu an K ep ada N egar a -n egara Mi sk in Y an g Men gh adap i Bu ta Hu ru f D a lam K alan gan R ak yatPendahuluan- negara-negara miskin tidak mampu menyediakan prasarana pendidikan yang sempurna- rakyat tercicir dalam pendidikan- meningkatkan bilangan rakyat yang buta huruf- negara-negara maju wajar menghulurkan bantuan untuk membantu negara-negara ini

Idea-idea Utama- bantuan kepakaran dan teknikal dalam bidang ilmu pengetahuan - menyediakan dana dan sukarelawan yang sanggup berkhidmat di negara terbabit - meringankan beban negara miskin- mendirikan sekolah-sekolah sebagai prasarana untuk belajar - memperbanyak sekolah dan institusi pendidikan di kawasan pedalaman - meningkatkan mutu pendidikan di kawasan tersebut- menyediakan biasiswa dan peluang belajar secara percuma kepada individu yang berkelayakan di negara-negara maju - golongan ini dapat berkhidmat di negara sendiri apabila tamat pengajian - dapat membantu anak bangsa sendiri- memberikan dana khas kepada negara terbabit - mewujudkan tabung khas untuk membasmi masalah buta huruf di negara miskin- membuat kajian dan mencari kaedah terbaik untuk menangani masalah buta huruf di negara miskin- membekalkan buku-buku asas bacaan - diagihkan secara percuma - buku-buku tersebut perlulah memenuhi ke¬perluan dan tahap pemikiran pembaca sasaran

Penutup- tanggungjawab sosial perlu dilaksanakan oleh semua negara maju agar kesusahan negara miskin turut terbela- usaha ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan konsisten