SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - UPM EduTrain ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU...
Transcript of SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 - UPM EduTrain ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/KULIAH MINGGU...
SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI
FEM3313
INSTITUSI KELUARGA DAN PERKAHWINAN
KULIAH MINGGU 7
PENGENALAN• Unit terkecil masyarakat ialah individu, dan kelompok asas yang
terdekat ialah keluarga.
• Keluarga penting: kontak terawal, pengaruh yang kuat dalam personaliti.
• Fungsi keluarga penuhi:
– Keperluan biologi,
– Keperluan kasih sayang,
– Keperluan mendapatkan zuriat,
– Keperluan ekonomi.
• Keluarga terbentuk melalui institusi perkahwinan.
KONSEP FAMILI
• Banyak definisi tentang keluarga.
• Kelompok bio-sosial yang telah dilembagakan / diinstitusikan.
– Bio – kelompok haiwan biologi (hubungan biologi)
– Sosial – hubungan antara manusia (bapa, isteri, anak) yang diakui sah oleh masyarakat; dan ada status dan rol.
– Diinstitusikan – pembentukan melalui cara yang disahkan olehmasyarakat. (contoh: dalam masyarakat Melayu, bagaimanaprosesnya yang diterima umum - nikah?)
• Bagaimana pula dalam masyarakat di mana ada lelaki danperempuan yang tinggal bersama dan melahirkan anak – adakahianya dikonsepkan sebagai keluarga? Di Malaysia, adakah ianyadianggap keluarga?
• Terdapat definisi: kelompok manusia yang terdiri daripada lelakidan perempuan dan anak-anak yang ditinggal di bawah satubumbung.
FUNGSI FAMILI
SKP2102 DR SARJIT SINGH
FUNGSI KELUARGA
PEMBIAKAN
PENJAGAAN
SOSIALISASIKASIH
SAYANG
PEWARISAN
HUBUNGAN DALAM KALANGAN AHLI FAMILI
• Hubungan konjugal (perkelaminan)
– Hubungan Suami isteri
– Hubungan darah (Ibu-anak; cucu-datuk; anak saudara –mak cik)
• Hubungan afinal (semenda)
– Hubungan bisan; hubungan biras; hubungan mertua dengan menantu; adik dengan kakak ipar.
• Cuba huraikan/senaraikan gelaran-gelaran dalam hubungan tersebut, seperti pak cik, pak teh, pak lang….
SKP2102 DR SARJIT SINGH
SKP2102 DR SARJIT SINGH
JENIS KELOMPOK FAMILI
1. FAMILI ASAS (NUKLEAR)
• Suami dan isteri serta anak-anak (yang belum berkahwin) tinggal di bawah satu bumbung.
• Seseorang yang telah berkahwin adalah mempunyai dua famili:
– Famili orientasi – famili asal di mana beliau dilahirkan/dioreintasikan. Anggotanya ibu bapanya dan adik beradik yang lain.
– Famili prokreasi – famili yang beliau bentuk melalui perkahwinannya. Anggotanya, isteri/suami serta anak-anaknya.
• Jenis yang biasa terdapat dalam masyarakat moden.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
2. FAMILI GABUNGAN
• Terdiri dua atau lebih famili asas yang tinggal di bawahsatu bumbung.
• Ibu bapa asal famili-famili ini sudah tiada lagi.
• Salah satu daripadanya mengetuai keluarganya (lelakiatau perempuan).
– Famili bergabung fraternal – kedua-dua (ataulebih) lelaki/suami adalah adik beradik
– Famili bergabung sororal – kedua-dua (atau lebih) perempuan adalah lelaki.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
JENIS KELOMPOK FAMILI
3. FAMILI LUASAN
• Sepasang suami isteri sertaanak/anak-anak yang telahberkahwin tinggal di bawahsatu bumbung. – dalamsebuah rumah terdapatbeberapa famili asas.
• Biasa terdapat dalammasyarakat pertanian, tradisi.
• Faktor: ekonomi (elakpembahagian harta); sosial(keperluan orang tua untukjaga anak etc.). Jelaskanfaktor lain lagi.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
JENIS KELOMPOK FAMILI
4. FAMILI POLIGAMI SEKEDIAMAN
• Wujud akibat perkahwinan
poligami.
• Famili poligami sekediaman
Poligini – seorang lelaki kahwin
dua atau lebih perempuan dan
mereka (isteri-isteri) dan anak-
anak tinggal sebumbung.
• Famili poligami sekediaman
poliandri – seorang perempuan
kahwin dua atau lebih lelaki,
dan mereka (suami-suami) dan
anak-anak tinggal sebumbung.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
JENIS KELOMPOK FAMILI
PERKAHWINAN
SKP2102 DR SARJIT SINGH
Konsep: merujuk kepada satu
bentuk hubungan secara
realtifnya setabil antara
seorang lelaki dengan seorang
perempuan, yang dibenarkan
(sahkan) oleh masyarakat.
BAGAIMANA UPACARA PERKAHWINAN
DIADAKAN?
• Berbeza dari masyarakat
ke masyarakat,
melibatkan kewangan,
masa dan tenaga.
• Melibatkan adat resam
dan upacara tertentu,
dan upacara keagamaan.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
UPACARA PERKAHWINAN
• Perkahwinan melibatkan
upacara amal (rituals),
dan berbeza-beza
mengikut masyarakat.
• Masyarakat Melayu? Cina?
India?
• Masyarakat Taramiut?
Masyarakat Trobriand?
Masyarakat Kwoma?
SKP2102 DR SARJIT SINGH
ASPEK EKONOMI DALAM PERKAHWINAN
• Hubungan sosial kadang kala diikuti juga oleh hubungan/transaksi kewangan (barangan).
– Harga pengantin perempuan – hadiah berbentuk barangan diberi kepada pihak perempuan.
– Perkhidmatan untuk bakal mertua – bakal pengantin lelaki dikehendaki berkhidmat dengan bakal mertuanya.
– Pertukaran hadiah – antara keluarga bakal pasangan pengantin.
– Mas kawin (dowri) – pemberian barangan/wang keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
KESEJAGATAN SUMBANG MAHRAM (INCEST
TABOO)
• Larangan perkahwinan antara mereka yang ada ikatan
darah (adik beradik; datuk cucu) (incest taboo).
Mengapa?
– Teori kebiasaan zaman kanak-kanak.
– Teori psikoanalisis Freud.
– Teori kehancuran famili.
– Teori kerjasama.
– Teori pembiakan dalaman.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
PERATURAN PEMILIHAN PASANGAN
• Siapakah yang menjadi pilihan untuk pasanganisteri/suami?
• Sesetengah masyarakat telah menentukan siapa yang bolehmenjadi isteri/suami seseorang.
A. Perkahwinan diatur: diatur sejak kecil, adat Hindu di India, Cina dan Jepun (untuk pastikan hubungan keduakeluarga terjalin erat)
B. Eksogami dan endogamy
i. Eksogami – pasangan di luar daripada kerabat sendiri
ii. Endogami – pasangan daripada dalam kerabat sendiri
C. Perkahwinan pupu
i. Perkahwinan pupu-silang – emak dan ayah adik beradik
ii. Perkahwinan pupu-selari – bapa dan bapa, atau emakdan emak adik beradik.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
D. Perkahwinan Levirat dan
Sororat
i. Perkahwinan levirat –
lelaki dikehendaki
berkahwin dengan janda
mendiang abangnya.
ii. Perkahwinan sororat –
seorang perempuan
dikehendaki berkahwin
dengan bekas suami
mendiang kakaknya.
(Melayu – salin tikar).
SKP2102 DR SARJIT SINGH
PERATURAN PEMILIHAN PASANGAN
BENTUK-BENTUK PERKAHWINAN1. Monogami – seorang suami berkahwin dengan seorang isteri.
2. Poligami – poligini dan poliandri.
i. Poligini – seorang lelaki berkahwinan dengan lebih seorangperempuan secara serentak. Faktor: tanda status, mengumpul istedri yang ramai; bilangan wanita yang ramai.
➢ Poligini sororal – isteri-isteri terdiri daripada adikberadik.
ii. Poliandri – seorang perempuan berkahwin dengan beberapaorang lelaki secara serentak. Faktor: kurang wanita; hartatidak berpecah.
➢ Poliandri adelfik – suami-suami itu terdiri daripada adikberadik.
3. Cenogami – perkahwinan kelompok, dinama sekumpulan lelakiberkahwin dengan sekumpulan perempuan; isteri-isteri dansuami-suami dikongsi bersama.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
SKP2102 DR SARJIT SINGH
PERATURAN TEMPAT TINGGAL SELEPAS
KAHWIN
❖ Patrilokal – pasangan tinggal dengan famili sebelahsuami.
❖ Matrilokal – pasangan tinggal dengan famili sebelahisteri.
❖ Neolokal – pasangan tinggal berasingan daripadakedua-dua famili isteri atau suami.
❖ Avunkolokal – pasangan tinggal bersama dengankeluarga bapa saudara sebelah isteri.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
NISAB KETURUNAN DAN KEPUSAKAAN
➢Patrilineal – keturunan melalui nisab bapa.
➢Matrilineal – keturunan melalui nisab ibu.
➢Bilateral/ambilateral – keturunan daripada
kedua-dua nisab.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
PERUBAHAN DALAM INSTITUSI
FAMILI/PERKAHWINAN
• Akibat daripada pemodenan
– Fungsi famili semakin lemah
– Famili luasan semakin berkurangan (lebih kepada nuklear famili)
– Pemilihan jodoh lebih bersifat eksogami
– Love marriage dan bukan arrange marriage lebih dominasi
– Wanita lebih menumpu kepada kerjaya dan bukan perkahwinan (nilai berubah).
SKP2102 DR SARJIT SINGH
SKP2102 DR SARJIT SINGH
1. Pembubaran famili – caranya berbeza (bercerai). Sebabnya:
➢ Pengikatan fahaman individualistik.
➢ Cinta romatik menurun
➢ Wanita kurang bergantung kepada lelaki
➢ Banyak masa di luar rumah – hidup lebih menekan.
➢ Perceraian menjadi lebih lumrah – diterima sosial
➢ Prosedur cerai mudah, melalui undang-undang.
2. Keganasan famili – sekarang sudah menjadi urusan negara bukan lagi peribadi (dalam rumah tangga).
3. Alternatif bentuk famili
➢ Sudah ramai ibu/bapa tunggal
➢ Meningkatnya fenomena lelaki dan perempuan tinggal bersama -bersedudukan (cohabitation)
➢ Meningkatnya homaseksual (gays dan lesbian)
➢ Ramai yang tidak mahu berkahwin.
SKP2102 DR SARJIT SINGH
MASALAH INSTITUSI FAMILI DAN PERKAHWINAN
Terima Kasih