Sop Typing (Blood Bank))
Transcript of Sop Typing (Blood Bank))
CARTA ORGANISASI MAKMAL TABUNG DARAH
PEGAWAI PERUBATAN UD48
DR. SURESHKUMAR A/L KUMARASINGAM
JTMP U36
PN. HALIZAH MOHAMAD
JTMP U32
EN. SULAIMAN NGALIM
JTMP U29
EN. MARVEN
DONIL
JTMP U29
EN. IDHAM
SHARIF
JTMP U29
EN. ED RAMLEE
BAHTIAR
JTMP U32
PN. NOOR
AKMANIZA
KETUA UNIT TRANSFUSI DARAH
DR. SITI AINI SYAZRAH
1. UJIAN PENAKSIRAN ARAS HEMOGLOBIN DONOR
OBJEKTIF :
Untuk menganggar paras hemoglobin penderma secara semikuantitatif, iaitu
melebihi 12.5 g/dl atau kurang dari 12.5 g/dl.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah kapilari (cucukan jari dengan lanset).
Swab alkohol
Haemoglobin Automated Analyser
PRINSIP UJIAN :
Tahap hemoglobin darah ditentukan dengan kaedah kalorimetri pada analyser.
KAEDAH UJIAN :
i. Jari donor di swab dengan swab alkohol.
ii. Cucukan cari dilakukan menggunakan lanset pakai buang.
iii. Titisan darah pertama dilap terlebih dahulu. Titisan darah seterusnya dititis
pada kit plastik analyser, dan dimasukkan ke dalam analyser.
iv. Bacaan yang terhasil pada analyser dicatat.
INTERPRETASI UJIAN : 12.0 - 15.0g/dL (aras hemoglobin normal)
2. PENYEDIAAN KNOWN CELLS
OBJEKTIF :
Untuk menyediakan ampaian sel darah ABO yang telah diketahui antigennya, untuk
digunakan semasa melakukan pengumpulan ABO serum.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah di dalam segmen beg darah yang telah digunting (kumpulan A, B, dan O).
Normal saline
Pipet pasteur
Penggempar
Tabung uji plastik/kaca
KAEDAH UJIAN :
i. Tiga tabung uji dilabel sebagai A, B dan O.
ii. Darah daripada segmen dimasukkan ke dalam tabung uji (mengikut label
kumpulan darah).
iii. Sel dicuci dalam setiap tiub dengan salin normal sebanyak tiga kali. Cara
mencuci sel adalah dengan sebatikan sel padat dengan salin normal dan
diempar pada kelajuan 3000 rpm selama satu minit.
iv. Tiga tabung uji baru disediakan dan dilabel dengan A, B dan O. Setitis sel
darah padat dimasukkan dan 19 titis normal saline ditambah untuk
menghasilkan suspensi sel 5%.
v. Suspensi sel kemudiannya diuji dengan sampel serum (menggunakan teknik
tiub) untuk memastikan ketepatan kandungan antigennya.
3. PENYEDIAAN CCC (COOMBS CONROL CELLS)
OBJEKTIF :
Untuk menyediakan CCC yang akan digunakan untuk mengesahkan keputusan
negatif ujian penyaringan antibodi.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah kumpulan O rhesus positif
Normal saline
Pipet pasteur
Penggempar
Tabung uji plastik/kaca
Reagen AHG (anti-human globulin)
PRINSIP UJIAN :
Sel darah merah yang tersensitasi dengan serum globulin adalah digunakan
sebagai kontrol positif untuk menguji fungsi AHG. Ia mengandungi IgG yang mana
akan bertindak balas dengan AHG(mengandungi Anti-IgG). Anti-IgG di dalam AHG
akan mengikat molekul IgG seterusnya membentuk agglutinasi.
KAEDAH UJIAN :
i. Satu tabung uji disediakan dan dilabel ‘CCC’.
ii. 19 titis normal saline ditambah ke dalam tiub.
iii. Setitis anti-D (yang telah dilakukan pencairan 1/20) dimasukkan dan
disebatikan.
iv. Empat titis SDM padat dari kumpulan O Rh(D) positif ke ditambah dalam
tabung uji dan disebatikan.
v. Tabung uji dieram pada suhu 37°C selama 15 – 30 minit.
vi. Hasil eraman tadi dicuci 3 – 4 kali dengan normal saline. Semua larutan normal
saline dibuang dengan sempurna pada cucian yang terakhir.
vii. 36 titis larutan normal saline dimasukkan ke dalam tabung uji hasil cucian sel
tadi.
viii. CCC yang disediakan diuji dengan reagen AHG.
INTERPRETASI UJIAN : Agglutinasi gred 2+ terhasil setelah CCC diuji dengan reagen
AHG.
4. UJIAN PENGUMPULAN ABO DAN RHESUS (TEKNIK TIUB)
OBJEKTIF :
Untuk mengenalpasti jenis kumpulan darah dan rhesus.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah di dalam tiub EDTA (berantikoagulan Ethylenediaminetetraacetic acid).
Tabung uji kaca (bersaiz kecil)
Antisera anti-A, anti-B, anti A,B, dan anti-D
Known cells tersedia
Pipet pasteur
Penggempar
PRINSIP UJIAN :
Agglutinasi langsung sel darah merah dengan reagen tertentu menentukan
kehadiran antigen tertentu. Secara umumnya, tiada agglutinasi menunjukkan
ketidakhadiran antigen tersebut. Kumpulan ABO dan rhesus D ditentukan dari corak
reaksi dengan reagen yang diuji (anti-A, anti-B dan anti-AB serta anti-D). Serum
kebanyakan individu berusia lebih dari enam bulan menghasilkan antibodi terhadap
antigen ABO yang tidak dimiliki oleh individu berkenaan. Pengumpulan serum,
menggunakan known cells tersedia digunakan untuk mengesahkan keputusan
pengumpulan ABO sel.
KAEDAH UJIAN :
a) Pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung
i. Suspensi sel 5% disediakan daripada sampel sel darah merah.
ii. Setitis antisera anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D ditambah ke tiub yang telah
dilabelkan.
iii. Setitis ampaian sel ditambah ke dalam tiub dan disebatikan.
iv. Sebatian kemudiannya diemparkan pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.
Setiap tiub digoncang (kaedah tilt and turn) untuk melihat agglutinasi (sekiranya
ada). Agglutinasi digredkan dan keputusan direkodkan.
b) Pengumpulan ABO dan Rhesus D tidak langsung
i. Dua titis serum atau plasma dimasukkan ke dalam tiub yang telah dilabelkan
sel A, sel B, dan sel O
ii. Setitis known cell A, B, dan O ditambah ke tiub dan disebatikan.
iii. Sebatian kemudiannya diemparkan pada kelajuan 3000 rpm selama 15 saat.
Setiap tiub digoncang (kaedah tilt and turn) untuk melihat agglutinasi (sekiranya
ada). Agglutinasi digredkan dan keputusan direkodkan.
INTERPRETASI UJIAN :
POSITIF : Ada agglutinasi/+
NEGATIF :Tiada agglutinasi/-
ANTI-A ANTI-B ANTI-
A,B
ANTI-
D
SEL A SEL B SEL O KUMPULAN
DARAH
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
5. UJIAN PENGUMPULAN ABO DAN RHESUS (TEKNIK JUBIN)
OBJEKTIF :
Untuk mengenalpasti jenis kumpulan darah dan rhesus. Kebiasaannya teknik jubin
dilakukan semasa mobile blood bank di luar kawasan hospital.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah di dalam tiub EDTA (berantikoagulan Ethylenediaminetetraacetic acid).
Plat jubin kumpulan darah
Antisera anti-A, anti-B, anti A,B, dan anti-D
Known cells tersedia
Pipet pasteur
Kayu aplikator
Penggempar (untuk memisahkan SDM dan serum di dalam tiub EDTA).
PRINSIP UJIAN :
Agglutinasi langsung sel darah merah dengan reagen tertentu menentukan
kehadiran antigen tertentu. Secara umumnya, tiada agglutinasi menunjukkan
ketidakhadiran antigen tersebut. Kumpulan ABO dan rhesus D ditentukan dari corak
reaksi dengan reagen yang diuji (anti-A, anti-B dan anti-AB serta anti-D). Serum
kebanyakan individu berusia lebih dari enam bulan menghasilkan antibodi terhadap
antigen ABO yang tidak dimiliki oleh individu berkenaan. Pengumpulan serum,
menggunakan known cells tersedia digunakan untuk mengesahkan keputusan
pengumpulan ABO sel.
KAEDAH UJIAN :
a) Pengumpulan ABO dan Rhesus D langsung
i. Plat jubin dilabel terlebih dahulu.
ii. Setitis antisera anti-A, anti-B, anti-AB dan anti-D dititis pada plat jubin yang
telah dilabelkan.
iii. Setitis darah ditambah pada plat jubin dan disebatikan dalam bentuk bulatan
sebesar syiling 50sen menggunakan kayu aplikator.
iv. Kehadiran agglutinasi diperhatikan (sekiranya ada). Agglutinasi digredkan dan
keputusan direkodkan.
b) Pengumpulan ABO dan Rhesus D tidak langsung
i. Plat jubin dilabel terlebih dahulu.
ii. Dua titis sampel serum dititis pada plat jubin yang telah dilabelkan.
iii. Setitis known cell A,B, dan O ditambah pada plat jubin dan disebatikan dalam
bentuk bulatan sebesar syiling 50sen menggunakan kayu aplikator.
iv. Kehadiran agglutinasi diperhatikan (sekiranya ada). Agglutinasi digredkan dan
keputusan direkodkan.
INTERPRETASI UJIAN :
POSITIF : Ada agglutinasi/+
NEGATIF :Tiada agglutinasi/-
ANTI-A ANTI-B ANTI-
A,B
ANTI-
D
SEL A SEL B SEL O KUMPULAN
DARAH
+ 0 + + 0 + 0 A+
0 + + + + 0 0 B+
0 0 0 + + + 0 O+
+ + + + 0 0 0 AB+
6. UJIAN Du
OBJEKTIF :
Untuk mengesan antigen D yang lemah dalam sampel darah.
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah di dalam tiub EDTA (berantikoagulan Ethylenediaminetetraacetic acid).
Normal saline
Reagen anti-D
Reagen AHG
Reagen CCC
Tabung uji
Pipet pasteur
Penggempar
PRINSIP UJIAN :
Du merupakan antigen D yang lemah. Sel D memberikan reaksi lemah/negatif
dengan Anti-D.
KAEDAH UJIAN :
i. Sel darah dicuci sebanyak tiga kali dengan saline dan suspensi 5% darah
disediakan
ii. Dua titis anti-D dan setitis suspensi 5% darah dimasukkan ke dalam tabung uji
yang dilabelkan.
iii. Tiub tersebut diempar pada kelajuan 3000rpm selama 15 saat dan agglutinasi
diperhatikan.
iv. Tiub dieram pada suhu 37°C selama 15 minit.
v. Tiub dikeluarkan dari inkubator dan sel darah dicuci sebanyak tiga kali.
vi. Dua titis reagen AHG ditambah dan tiub diempar pada 3000rpm selama 15
saat. Agglutinasi diperhatikan.
vii. Sekiranya keputusan didapati negatif, tambahkan setitis CCC untuk
mengesahkan ujian dan reagen AHG adalah berkeadaan baik.
INTERPRETASI UJIAN :
POSITIF : Ada agglutinasi di mana-mana peringkat.
NEGATIF :Tiada agglutinasi yang terhasil.
7. UJIAN COOMBS (DIRECT DAN INDIRECT) MENGGUNAKAN GEL CARD
OBJEKTIF :
Untuk mengesan cold antibodies (IgM) dan warm antibodies (IgG).
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
Darah di dalam tiub EDTA (berantikoagulan Ethylenediaminetetraacetic acid).
Tabung uji
Coombs gel card with AHG
Mikropipet
Penggempar (untuk memisahkan sel darah merah dan serum di dalam tiub EDTA)
Penggempar gel card
PRINSIP UJIAN :
Cold antibodies terdiri daripada IgM yang hanya boleh dikesan pada suhu bilik
sahaja. Pengesanannya adalah berdasarkan antibodi yang tersensitasi pada
permukaan sel darah merah. Warm antibodies pula trdiri daripada IgG yang perlu
dikesan pada suhu badan (37°C), maka ia perlu dieram dalam inkubator.
Pengesanannya adalah berdasarkan antibodi yang terbebas di dalam serum. Teknik
terkini seperti penggunaan gel card digunakan di mana kawalan penggemparan
serum/sel darah merah adalah melalui gel dextran akrilamida.
KAEDAH UJIAN :
a) DIRECT COOMBS :
i. 10μL darah dimasukkan ke dalam tiub yang mengandungi 1000μl DG solution.
Sebatian tersebut akan menghasilkan suspensi darah.
ii. Coombs gel card yang mengandungi reagen AHG dilabel dengan nombor ID
pesakit. 50μl suspensi darah dimasukkan ke dalam satu mikrotiub gel pada gel
card.
iii. Gel card diempar pada kelajuan 990rpm selama sembilan minit.
iv. Hasil agglutinasi sel darah merah dibaca dan digredkan.
b) INDIRECT COOMBS :
i. 50μL sel panel I, II, dan III dimasukkan ke dalam 3 mikrotiub berbeza pada gel
card (yang telah dilabel terlebih dahulu).
ii. 25μl serum dimasukkan ke dalam semua mikrotiub tersebut.
iii. Gel card dieram pada suhu 37°C selama 15 minit.
iv. Gel card diempar selama pada kelajuan 990rpm sembilan minit.
v. Hasil agglutinasi sel darah merah dibaca dan digredkan.
INTERPRETASI UJIAN :
POSITIF : Ada agglutinasi di permukaan/tersebar di dalam mikrotiub gel card.
NEGATIF : Sel darah merah termendap di dasar mikrotiub gel card.
8. UJIAN KESERASIAN/ CROSSMATCH (GXM) MENGGUNAKAN GEL CARD
OBJEKTIF :
Untuk melihat keserasian antara darah penderma dan penerima
BAHAN/RADAS/PERALATAN/SPESIMEN :
10 μl sel darah merah penderma yang telah dilarutkan dengan 1000μl DG Solution
untuk mendapatkan suspensi darah.
Serum pesakit
Gel card with AHG
Mikropipet
Penggempar (untuk memisahkan sel darah merah dan serum di dalam tiub EDTA)
Penggempar gel card
PRINSIP UJIAN :
Darah antara penderma dan pesakit adalah tidak serasi apabila terdapat agglutinasi
di mana antibodi di dalam serum pesakit akan tersensitasi dengan antigen yang
terdapat pada permukaan sel darah merah penderma. Teknik terkini seperti
penggunaan gel card digunakan di mana kawalan penggemparan serum/sel darah
merah adalah melalui gel dextran akrilamida.
KAEDAH UJIAN :
v. Gel card yang mengandungi reagen AHG dilabel dengan nombor ID pesakit.
Hanya satu mikrotiub sahaja yang digunakan.
vi. 50μl suspensi darah penderma dimasukkan ke dalam mikrotiub gel pada gel
card tersebut.
vii. 25μl serum pesakit dimasukkan ke dalam mikrotiub gel yang sama.
viii. Gel card dieram pada suhu 37°C selama 15 minit.
ix. Gel card diempar pada kelajuan 990rpm selama sembilan minit.
x. Hasil agglutinasi sel darah merah dibaca dan digredkan.
INTERPRETASI UJIAN :
POSITIF : Ada agglutinasi di permukaan/tersebar di dalam mikrotiub gel card.
Darah tidak serasi.
NEGATIF : Sel darah merah termendap di dasar mikrotiub gel card. Darah
adalah serasi.