Sop Penggunaan Plantbac Dan Gtr Chitosan
-
Upload
hernani-hamid -
Category
Documents
-
view
140 -
download
5
Transcript of Sop Penggunaan Plantbac Dan Gtr Chitosan
KAEDAH PENGGUNAAN PRODUK
Program rawatan tanahdan tanaman dengan
menggunakan Plantbac dan GTR chitosan
Tujuan rawatan
a)MERAWAT DAN MEMULIHKAN TANAH b)MENINGKATKAN TUMBESARAN TANAMAN DAN HASIL
Plantbac & Cecair GTR Chitosan
Pencegahan penyakit yang berpunca daripada : (i) Bakteria jahat (ii) Kulat jahat yang wujud di dalam tanah
Pemulihan tanah dengan menguraikan tanah dan nutrient baja untuk menambahkan kadar penyerapan nutrient dalam tanah oleh akar
Meningkatkan : (i) imuniti tanaman (ii) tumbesaran (iii) hasil tanaman
PENYEDIAAN LARUTAN PLANTBAC & CHITOSAN
Campurkan Plantbac dan chitosan ke dalam air
Kacau larutan Plantbac dan chitosan sehingga larut
Lakukan semburan larutan Plantbac dan chitosan ke tanah
Peringkat biji benih
Peringkat tapak semaian
Peringkat pembesaran dan matang
(A) Peringkat biji benih
Rawatan biji benih
Kaedah rawatan :
(i) Rendamkan biji benih di dalam larutan chitosan. (ii) Sukatan : pencairan 10~20 ml chitosan / liter air (iii) Masa : 8~12 jam (iv) Selepas selesai (v) Toskan sehingga kering
(B) Peringkat tapak semaian
Rawatan semasa menyemai dan pertumbuhan semaian
i. Campurkan kedua-dua Plantbac dan GTR chitosan ke dalam air dan kacau sehingga serbuk Plantbac larut .
ii. Untuk peringkat sebelum menanam biji benih, semburan dilakukan 5~7 hari sebelum menanam biji benih kedalam tanah di dalam polibag (contohnya untuk semaian anak pokok kelapa sawit atau pokok getah ,dalam anggaran 300~500ml isipadu semburan/polibeg)
iii. Untuk semaian sayuran lakukan semburan campuran Plantbac dan chitosan kepada peatmoss semasa biji benih ditanam ke dalam peatmoss tray semaian(cthnya semaian cili,terung,bendi,timun dll) .
iv. Untuk peringkat selepas percambahan, lakukan semburan pada tanah di dalam polibag pada anak semaian setiap 4 atau 6 bulan sekali untuk semaian tempoh sehingga 1 atau 2 tahun seperti anak semaian sawit atau pokok getah
v. Semburan terhadap anak semaian sebagai foliar daun selepas seminggu biji benih bercambah dan semburan seterusnya setiap minggu atau dilakukan setiap dua bulan sekali bergantung kepada tempoh semaian yang diperlukan sebelum dipindahkan anak semaian ke ladang.
vi. Semburan ke atas anak semaian di peringkat semaian boleh dilakukan dengan menggunakan: a)GTR chitosan sahaja(semburan daun/pokok) b)Gabungan Plantbac dan GTR chitosan(semburan ke media atau tanah)
(C) Peringkat pembesaran dan matang
Rawatan dan pemulihan tanah
(i) Sebelum menanam anak semaian atau tabur biji benih ke ladang
Cara I. Semburkan ke tanah 5~7 hari sebelum menanam anak semaian ke dalam tanah atau sebelum tabur biji benih ke tanah sawah dengan menggunakan gabungan campuran Plantbac dan GTR chitosan yang dilarutkan dalam air.
II Semburan meliputi pada jarak , R=2 kaki daripada batang anak semaian yang akan ditanam)
III Isipadu semburan ke atas tanah disekeliling pokok dalam anggaran 1~1.2 liter air
IV Untuk tanah sawah,semburan tanah dilakukan pada keseluruhan tanah sawah
(ii) Selepas tanam di ladang sehingga matang
Cara I. Untuk rawatan tanah,ulangi semburan ke tanah menggunakan campuran Plantbac dan GTR chitosan mengikut sukatan secara berkala setiap 4 bulan atau 6 bulan sekali bergantung kepada jangkahayat tanaman
II Untuk rawatan pokok/daun,lakukan semburan menggunakan GTR chitosan mengikut sukatan setiap 1 atau 2 minggu sekali untuk sayuran atau padi
Kaedah semburan tanah:
Lakukan semburan ke atas tanah meliputi (jarak ,R=2 kaki di sekeliling batang pokok dengan anggaran semburan 1~1.2 liter/pokok
Untuk anak pokok yang menghadapi masalah . Sukatan pencairan adalah :
30 gm Plantbac/liter air + 20 ml chitosan/liter air( anggaran semburan ke tanah dalam 1~1.2 liter/pokok )
Semburan ke atas tanah meliputi( jarak,R=2 kaki di sekeliling batang pokok )
NASIHAT PENGGUNAAN PRODUK
i) PASTIKAN larutan Plantbac TIDAK dicampurkan sekali dengan racun kulat atau serangga SEMASA SEMBURAN dilakukan.
ii) Penggunaan baja boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut jadual
iii) Penggunaan racun serangga boleh dilakukan ke atas pokok bila perlu tetapi : a)Penggunaan Plantbac keatas pokok/daun hendaklah sekurang-kurangnya 8 hari selepas penggunaan racun kimia
b)Penggunaan racun kulat ke atas tanah hendaklah dielakkan untuk memastikan bakteria baik berfungsi di dalam tanah c)Penggunaan GTR chitosan sebagai semburan ke atas pokok boleh dilakukan sekali dengan racun serangga ataupun secara berasingan
SUKATAN PENGGUNAAN PRODUK
CADANGAN KUANTITI PENGGUNAAN PLANTBAC DAN CHITOSAN PER SATU EKAR KAWASAN/TANAMAN
Produk Padi Kelapa Sawit
Getah Pisang Buah-buahan
Sayuran
PLANTBAC / ekar(Rawatan tanah)
1 kg 1 kg 1.5 kg 2 kg 1 kg 1 kg
Kekerapan rawatan tanah (Plantbac)
1 x /musim 2~3 x /tahun 2~ 3 x / tahun 2~3 x / tahun
2 x /tahun 1 x /musim
CHITOSAN / ekar
i)Kekerapan rawatan tanah(Chitosan)
0.6 liter / ekar
(1 x / musim)
1.8 liter / ekar
(2~3 x / tahun)
2 liter / ekar
(2~3 x / tahun)
2.1 liter/ ekar
(2~3 x/ tahun)
0.9 liter / ekar
(2 x / tahun)
1 liter / ekar
(1 x / musim)
ii)Semburan daun/pokok
0.6 liter /minggu Atau 1.2liter setiap 2 minggu @ 20ml/liter air (semburan daun)
Peringkat semaian sahaja:3 liter/ 2 bulan@ 30ml/liter(semburan daun untuk 10,000 anak semaian)
Peringkat semaian sahaja:3 liter/ 2 bulan@ 30ml/liter(semburan daun untuk 10,000 anak semaian)
Tiada penggunaan
Tiada penggunaan
0.6 liter / minggu @ 10 ml / liter air(Semburan daun)
Boleh juga dicampurkan chitosan dan plantbac untuk semburan daun dimana sukatan Plantbac adalah 1~2 gm/liter air
Rawatan tanah : Gabungan campuran plantbac dan chitosan
RINGKASAN PROGRAM PENGGUNAAN PLANTBAC DAN CHITOSAN UNTUK TANAMAN
Peringkat Kaedah rawatan Kekerapan Padi
Kelapa
sawit
Getah
Pisang
Buah-buahan
Sayuran
Biji benih Rendam biji benih
Chitosan:1x(sehari sebelum tanam biji benih)
o o o x x o
Anak benih atau semaian
i) Semburan tanah atau media dalam tray semaian atau polibeg
ii)Semburan daun/pokok
Campuran Plantbac dan chitosan:1x (semasa menanam biji benih )
1x / 4 atau 6 bulan(selepas anak benih 60 hari)
Chitosan:1x /4 bulan(anak benih sawit/getah)1 x / minggu(semaian sayuran seperti cili,terung,bendi)
x
x
x
o
o
o
o
x
o
o
o
x
x
x
x
x
o
o
o
x
o
x
x
o
Sebelum menanam atau tabur biji benih
Semburan ke tanah pada lubang anak pokok akan di tanam atau sebelum tabur biji benih padi
Campuran Plantbac dan chitosan:1 x (5~7 hari sebelum menanam anak pokok atau tabur biji benih padi)
o o o o o o
Pertumbuhan dan pembesaran
i) Semburan ke tanah
ii)Semburan ke pokok @daun
Campuran Plantbac dan chitosan:1x / 4 atau 6 bulan(pokok sawit,getah,pisang,nenas,ubi kayu,jagung ,pokok buahan dll)
Chitosan:1x / minggu atau 2minggu sekali(padi,sayuran berbuah seperti cili,terung,bendi,timun dll)
x
o
o
x
o
x
o
x
o
x
x
o