Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

download Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

of 12

Transcript of Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    1/12

    RAMALAN 1

    SOALAN

    Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis

    blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang

    membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam

    konteks negara kita Malaysia.

    JAWAPAN

    Blog merupakan blog adalah website yang isinya berupa tulisan-tulisan yang merupakan

    pandangan peribadi dari pemilik blog. Kebiasaannya blod bersifat komentar di mana pembaca

    boleh memberikan tanggapan terhadap isu yang ditulis dan penulis blog akan membalas balik

    komentar tersebut. Kewujudan blog memang membawa banyak kebaikan dan juga keburukan

    kepada masyarakat di negara kita.

    Kebaikan blog ialah kita dapat menyuarakan pendapat kita tentang apa sahaja isu yang berlaku.

    Kita boleh melahirkan idea dan bakat yang terpendam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yangberkualiti dalam blog sendiri. Dalam hal ini, kadang-kadang apa yang kita suarakan dalam blog

    boleh diterima oleh para pembaca dan bermanfaat untuk mereka. Sebagai contohnya, jika kita

    berminat menulis rencana mengenai isu-isu semasa tetapi tiada ruang untuk kita berbuat demikian,

    maka kita boleh menjadikan blog sebagai medan untuk melahirkan idea kita. Tuntasnya, blog

    memang membantu kita dalam menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara.

    Selain itu, blog keusahawanan dan perniagaan di internet dapat membantu kita melahirkan lebih

    banyak usahawan internet yang berjaya di Malaysia. Sebagai contohnya, Irfan Khairi yang

    menjadi jutawan internet berkat dari kemahiran beliau menghasilkan blog berkaitan dengan

    perniagaan internet. Tambahan pula, dengan menggunakan blog tersebut kita boleh memberikan

    nasihat, bimbingan, dorongan dan panduan berguna kepada individu yang berminat untuk

    menceburi bidang perniagaan internet. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam

    meningkatkan pendapatan negara.

    Walau bagaimanapun, blog yang disalahgunakan boleh membawa pelbagai keburukan. Penularan

    budaya menfitnah individu tertentu menggunakan blog semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

    Fitnah yang tidak berasas tentang isu-isu sensitif seperti menyentuh mengenai hak keistimewaan

    orang Melayu di Malaysia boleh mencetuskan masalah polarisasi kaum jika dibiarkan berlarutan.

    Terdapat juga segelintir penulis-penulis blog yang begitu berani mengkritik dan mempersoalkanketuanan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara ini dalam blog mereka.

    Perkara ini harus diberikan perhatian yang serius.

    Kritikan terhadap kerajaan yang memerintah dan para pemimpin bagaikan cendawan tumbuh

    selepas hujan di alam maya. Pelbagai tomahan dan hasutan serta cacian dilontarkan tanpa bukti

    yang kukuh dan jelas. Pembaca-pembaca blog pula mudah percaya akan perkara yang mereka

    baca dalam blog sehingga terpengaruh. Akibatnya, kredibiliti dan kewibawaan seseorang

    pemimpin dan kerajaan yang memerintah selalu dipersoalkan oleh masyarakat. Fenomena ini jika

    dibiarkan boleh menghuru-harakan negara kita.

    Konklusinya, blog harus digunakan ke arah kebaikan bukannya cenderung kepada keburukan.

    Sesungguhnya, banyak kemaslahatan yang dapat kita peroleh jika blog digunakan untuk

    menyalurkan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Jadilah, masyarakat yang matang dan

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    2/12

    berilmu demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yng kita impi-impikan.

    RAMALAN 2

    SOALAN

    Gejala rasuah kian berleluasa dan semakin membimbangkan penduduk di negara kita kerana

    kesannya amat teruk kepada kesejahteraan negara serta keharmonian masyarakat. Bincangkan

    punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala rasuah di Malaysia.

    Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini

    membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar

    rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada

    kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi.

    Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk

    menanganinya.

    Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem

    pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana

    kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek

    lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu

    untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah

    menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini.

    Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam

    negara kita.

    Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidakpeka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap

    masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di

    dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan

    memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang tidak pernah dimalukan oleh sesiapa

    sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan

    masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar

    besar.

    Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti

    tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini

    dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan

    mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil

    rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya

    rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau

    menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil

    rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak

    yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima

    hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

    Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu

    kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa

    secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    3/12

    masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu

    mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum

    mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana

    yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

    Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau

    oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perluberlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk

    mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk

    dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya

    lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya.

    Karangan penting: Jenayah Komersial/kolar putih

    Jenayah kolar putih semakin berleluasa kini. Jenayah ini dilakukan oleh golongan

    profesional secara halus dan sukar dikesan.

    Bincangkan langkah-langkah yang dapat membendung jenayah kolar putih ini.

    Jenayah kolar putih dilakukan oleh golongan profesional.

    Jenayah ini dilakukan secara halus tanpa kekerasan.

    Misalannya pelesapan wang, penyelewengan kuasa dan rasuah.

    Jenayah ini akan menjejaskan imej negara dan keselamatan sosial.

    Jadi, langkah-langkah segera perlu diambil.

    1. Penguatkuasaan undang-undang amat penting dalam hal ini.

    Hukuman yang berat berkesan dalam hal ini..

    Penjenayah harus dikenakan hukuman penjara yang lama.

    Hukuman sebat juga perlu dikenakan.(pencegahan)

    Harta yang dilesapkan juga hendaklah dirampas balik oleh kerajaan.

    Dengan ini, golongan bakal penjenayah akan berasa takut.

    Mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.

    Sekiranya mereka tertangkap dan sabit kesalahan, mereka akan hilang segala-galanya.

    (Penjara min 14 hari hingga 20 tahun. Denda min RM 10,000 atau 5 kali ganda yang mana lebih

    tinggi)

    2. Didikan agama untuk melahirkan insan yang beriman juga penting.

    Agama akan mengajar kita berkelakuan baik.

    Agama membantu kita mengawal nafsu.

    Agama menjauhkan nafsu ghairah mementingkan keseronokan dan kekayaan.

    Sebaliknya mengajar kita hidup penuh kejujuran dan kesederhanaan.

    Kita juga akan takut kepada balasan di akhirat nanti.

    Jadi, kita tidak mudah digoda kebendaan mahupun wanita.

    Dengan ini, pegawai polis, imigresan dan sebagainya tidak tergamak melakukan rasuah dan

    sebagainya.(Pegawai-pegawai bank tidak akan melakukan jenayah melesapkan wang bank.)

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    4/12

    3. Kawalan prosedur kerja yang ketat juga boleh membendung masalah ini.

    Prosedur kerja awam yang ketat dapat mengelakkan menyalahgunakan kuasa.

    Kuasa kelulusan tender atau lesen harus melalui pelbagai peringkat. (Isu AP import kereta)

    Dengan ini, tiada pegawai tinggi yang berkuasa penuh dalam sesuatu kelulusan.

    Ketelusan kelulusan juga harus ada.

    Dengan ini, gejala rasuah dan pilih kasih dapat dihindari.

    Banyak kes lesapan wang bank berlaku kerana kawalan kerja yang longgar.

    Jadi, institusi kewangan harus mengawal ketat kakitangan bawahannya.

    Dengan ini pegawai bank yang mengendalikan wang yang banyak tiada peluang mencurinya

    4.Kakitangan yang menjalankan siasatan dan dakwaan jenayah kolar putih juga perlu ditambah.

    Kita memerlukan lebih banyak pegawai Polis atau Badan Pencegah Rasuah yang profesional.

    Hal ini kerana jenayah ini dilakukan oleh golongan profesional.

    Jenayah ini sukar dikesan dan penjenayah susah disabitkan kesalahan.Goay Teck Chong

    Misalnya dalam jenayah perdagangan, kita memerlukan pegawai penyiasat yang tahu selok-

    belok perakaunan dan undang-undang perdagangan.

    Bilangan pegawai Polis dan BPR yang ramai juga dapat mempercepatkan siasatan kes dandakwaan.

    Akta Pencegahan Rasuah 2005 yang memberi kuasa lebih kepada BPR juga penting.

    Tindakan BPR yang lebih bebas membolehkan tindakan segera diambil.

    5.Kempen kesedaran juga penting dalam hal ini.

    Kempen ini boleh dijalankan di peringkat sekolah mahupun kebangsaan.

    Misalnya seruan PM kita tentang kesan buruk politik wang penting.

    Melaluinya orang ramai didedahkan tentang betapa bahayanya jenayah ini.

    Dengan ini, orang ramai sedar bahawa akhirnya kita sendiri akan menjadi mangsa.

    Orang ramai juga akan lebih prihatin terhadapnya.

    Dengan ini orang ramai lebih bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung gejala ini.

    Pemimpin India yang terkenal, Mahatma Ghandi pernah berkata: Dunia ini cukup untuk semua

    orang kecuali mereka yang tamak haloba. Tempat yang terbaik untuk golongan ini ialah di

    penjara.

    Jadi sama-samalah kita menjauhi gejala buruk ini.

    Punca-punca:

    1 Kelonggaran undang-undang.

    2. Kekurangan keimanan

    3. Kelonggaran prosedur kerja.

    4. Penghasut dan penyogok.

    5. Budaya tradisi kaum tertentu

    6. Kuasa eksekutif tanpa sekatan.

    Contoh kes

    curi wang ATM

    lesap wang bank

    pegawai imigresen minta layanan seks

    polis menerima rasuahberi kontrak kepada syarikat sendiri

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    5/12

    1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

    Politik tak stabil.tunjuk perasaan, rusuhan, pembunuhan

    Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah.

    Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini.

    (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum) Thailand, Taiwan.

    Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah.

    Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos)

    Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.

    Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi.

    Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.

    2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.

    Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.

    Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat

    rasuah.(rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen projek)

    Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.

    Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita.

    Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.

    Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.

    3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.

    Di India/Indonesia, orang kaya mampu memberi rasuah.

    Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan.

    Bertambah kayalah golongan ini. Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah.

    Sebagai kesanya,jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku.

    Maka integrasi negara akan terjejas.

    Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.

    4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.

    Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah.

    Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya.

    Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja.

    Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi

    mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang dikeluarkan)

    (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh)

    Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.

    Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah.

    Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi.

    Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa.

    Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.

    5.Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)

    Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran.

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    6/12

    Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah

    mencemarkan maruah keseluruhan negara.

    Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman.

    Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.

    Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati.

    Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap. Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip

    Negara kita akan diketawakan.

    Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.

    Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

    RAMALAN 3

    SOALAN

    Masalah sosial yang paling kritikal dan hangat diperkatakan ialah masalah keganasan rumah

    tangga. Bincangkan punca-punca berlakunya masalah.

    Keganasan rumah tangga ditakrifkan sebagai tindakan ganas yang melibatkan fizikal yang

    dilakukan oleh suami terhadap isterinya sehingga membawa kemudaratan yang teruk. Tindakan

    penderaan fizikal ini boleh ditentukan melalui kesan-kesan calar, luka, lebam dan patah yang

    dialami oleh seseorang isteri itu. Terdapat pelbagai faktor penyebab yang perlu difahami dan

    langkah pencegahannya supaya masalah ini mampu dikawal penularannya terutama dalam

    kalangan pasangan muda negara.

    Penularan polemik sosial ini boleh dikatakan berpunca daripada corak pemikiran masyarakat kita

    terutama kaum lelaki yang menganggap diri mereka sebagai ketua rumah yang mutlak. Konsep ini

    dijelmakan menerusi semua arahan suami harus dipenuhi dan dilaksanakan dengan segera oleh

    isteri yang bakal menimbulkan kesan negatif jika gagal dibuat dengan sebaik mungkin. Sikap

    suami yang terlalu mendesak isteri supaya mematuhi arahannya menyebabkan gejala negatif ini

    mudah berlaku. Jelaslah, sikap lelaki yang ego menjadi penentu kemelut ini terus berlaku dalam

    kalangan masyarakat kita.

    Polemik ini turut menular kerana meningkatnya tekanan di pejabat yang menyebabkan ada

    golongan lelaki yang tidak berupaya untuk menahan impak psikologi bebanan ini. Masalah kerja

    yang dialami itu terus dibawa pulang ke rumah yang menyaksikan ramai yang menjadikan isteri

    mereka sebagai tempat meluahkan perasaan marah mereka itu. Tindakan mendera yang mungkin

    pada peringkat awal dilakukan tanpa sedar terus menjadi-jadi seiringan dengan bertambahnya

    tekanan yang dialami di pejabat. Mungkinkah kaum lelaki harus lebih peka dengan bijak

    mengawal tekanan pejabat daripada terus menjejaskan pertimbangan mereka?

    Selain itu, kemelut sosial ini turut meningkat saban tahun kerana kurangnya pendedahan wanita

    terhadap hak mereka dalam sesuatu perhubungan itu. Kegagalan wanita untuk memahami hak

    mereka sebagai pasangan menyebabkan mereka seolah-olah merelakan penderaan yang dialami

    itu. Keadaan ini pula diburukkan dengan keadaan ketiadaan tempat untuk mengadu masalah ini.

    Oleh itu, masalah yang memalukan ini terus wujud kerana wanita masih kabur tentang hak mereka

    dalam kehidupan zaman moden.

    Malah, kemelut ini turut dikaitkan dengan pandangan masyarakat yang menganggap masalah

    rumah tangga sebagai satu masalah peribadi seseorang. Persepsi ini menyebabkan masyarakat

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    7/12

    terus menyepi diri walaupun mengetahui wujudnya masalah ini dalam kalangan jiran mereka.

    Keengganan masyarakat untuk melibatkan diri secara serius dalam isu ini turut menyukarkan

    mangsa untuk mendapatkan nasihat dan panduan menyelesaikan masalah ini. Justeru, masalah ini

    terus wujud dalam diri seseorang itu seperti api dalam serkam yang secara senyap-senyap

    memusnahan kehidupan seseorang insan itu.

    Kesimpulannya, semua faktor di atas menjadi satu pemangkin yang mewujudkan kemelut sosial

    ini. Kegagalan individu untuk mengawal perasaan mereka menjadi penentu dalam menyelesaikan

    masalah yang tidak mengira kaum, umur dan tahap pendidikan ini. Kegagalan untuk membendung

    polemik ini berupaya untuk membawa kemusnahan institusi keluarga negara. Peribahasa 'sudah

    habis madu sepah dibuang' menghuraikan betapa mudahnya kasih sayang antara manusia

    menghilang.

    RAMALAN 4

    SOALAN

    Barah payu dara bagaikan pembunuh nombor satu wanita pada abad ini. Apakah faktor-faktoryang menyebabkan penyakit berbahaya ini.

    JAWAPAN

    Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang

    bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi

    kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel

    barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki

    saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah

    penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses

    penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.

    Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan

    terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan

    menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali

    ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. Untuk lelaki, risiko

    meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara.

    Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada

    laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang

    menghidapi kanser payudara.

    Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara.

    Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan

    pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah

    membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. Wanita yang gemuk selepas putus

    haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan

    pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi.

    Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko

    dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen

    dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser

    akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko

    meningkat 2.6 kali. Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor.

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    8/12

    Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin

    menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid

    seperti hot flush dan perubahan perasaan. Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati

    mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering

    melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan

    faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti. Penggunaan THG dipertimbangkan apabila

    faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya.

    Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan

    risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku Pendedahan

    kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi

    diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong

    uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi

    ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi

    untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy

    20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik

    Kesimpulannya, setiap wanita harus peka dengan masalah kanser payu dara dan berusaha untuk

    mencegahnya demi kesejahteraan diri dan keluarga. Amalan gaya hidup sihat dapat membantu kita

    daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya ini.

    RAMALAN 5

    SOALAN

    Malaysia merupakan antara sebuah negara membangun yang berjaya melaksanakan misi

    penerokaan angkasa lepas. Pada pendapat anda, apakah kepentingan misi ini kepada negara kita.

    JAWAPAN

    Malaysia telah berjaya mencipta sejarah dalam bidang aeroangkasa apabila angkasawan pertama

    negara, Datuk Sheikh Muzaffar Syukor memulakan misi penyelidikan di Stesen Angkasa

    Antarabangsa (ISS) pada tahun lepas sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.

    Penghantaran angkasawan pertama negara itu, sekali gus menempatkan Malaysia dalam kumpulan

    elit 37 negara di dunia yang berjaya menakluki angkasa lepas sejak kejayaan misi pertama

    manusia ke cakerawala oleh angkasawan bekas Soviet Union, Yuri Gagarin pada 12 April 1961.

    Sesungguhnya, program ini membawa banyak kemaslahatan kepada negara kita jika diteliti secara

    mendalam sehingga ke akar umbi.

    Pada hemat saya, sains angkasa dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap

    kewujudan alam dan keselesaan alam semulajadi. Sains dan teknologi angkasa boleh dibahagikan

    kepada dua aspek iaitu sains angkasa lepas dan industri penerbangan. Teknologi angkasa lepas

    boleh dilihat daripada tiga bidang iaitu kajian dan penerokaan angkasa lepas dari segi kefahaman

    kita tentang alam semulajadi. Aspek ini mempunyai dua bidang utama iaitu astronomi dan

    pengembaraan angkasa lepas untuk tujuan komunikasi. Khususnya penggunaan satelit

    perhubungan. Dalam mengeksploi angkasa lepas dari segi komunikasi akan melibatkan kemajuan

    sains dan nilai komersil.

    Sejumlah berbillion ringgit setiap tahun untuk industri angkasa. Industri angkasa berada pada era

    kemuncak teknologi baru dalam beberapa bidang. Penemuan-penemuan baru dalam bidang

    angkasa kerap menyumbangkan kearah banyak industri lain, termasuk oeronautik, komunikasi,

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    9/12

    kejuruteraan aeroangkasa, komputer. Malah kita tidak harus melepaskan peluang untuk menceburi

    malah memimpin industri angkasa. Walau bagaimanapun industri angkasa yang berjaya mestilah

    melaburkan suoser-suoser dalam aspek penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencari dan

    memperkenalkan keluaran dan kepercayaan.

    Kerjasama antarabangsa merupakan saluran utama dalam mengembangkan sains dan teknologi

    terutamanya dalam bidang penggunaan teknologi antarabangsa. Buat masa ini, bidang penerokaan

    angkasa merupakan contoh yang jelas dalam kerjasama antarabangsa dan sangat penting demi

    kepentingan semua negara. Di Malaysia amnya, memang tidak dinafikan lagi bahawa

    pembangunan sains dan teknologi angkasa mesti selaras dengan aktiviti angkasa antarabangsa.

    Faktor ini bukan sahaja dari segi pasaran untuk industri, tetapi sebagai jalan masuk kepada

    teknologi dan tenaga mahir.

    Industri angkasa menawarkan peluang untuk Malaysia membangunkan industri berkaitan dengan

    kepentingan sains dan tentera diangkasa. Pada alaf yang canggih ini, dengan kedatangan sistem

    komunikasi satelit, sistem pandu arah satelit dan penderiaan jauh, industri angkasa yang lebih

    kepada bidang komersil telah diperkenalkan. Pasaran buOleh itu kerjasama antara rakyat Malaysiaperlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan industri angkasa dinegara ini dalam

    melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan negara.

    Oleh itu kerjasama antara rakyat Malaysia perlu dipupuk untuk menstabilkan dan memantapkan

    industri angkasa dinegara ini dalam melahirkan generasi bijak dan berprestij untuk kecemerlangan

    negara. Sesungguhnya, program seumpama ini bukan pembaziran melainkan suatu lagi tanda

    kemajuan kegara dalam bidang sais dan teknologi.

    RAMALAN 6

    SOALAN

    Setiap kali menjelang hujung tahu kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia akan mengalami

    banjir. Bincangkan punca-punca dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

    JAWAPAN CADANGAN

    Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang

    luas.

    Banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sumatera pada bulan Disember

    2006 dan bulan Januari 2007 dianggap paling teruk dalam tempoh 100 tahun, menyebabkan lebihkurang 100,000 orang terpaksa tinggal di pusat pemindahan banjir di negeri Johor. Terdapat

    pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya banjir dan langkah-langkah yang wajar harus

    diambil bagi meminimumkan kesan banjir di negara kita.

    Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain

    itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar

    suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus

    hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada

    juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara.

    Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi. Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus

    turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air

    mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam

    jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    10/12

    Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula

    jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.Faktor semula jadi ini berlaku apabila hujan turun

    dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing

    akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi

    cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti

    sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan

    pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan

    semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak.

    Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku

    Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari menyebabkan

    tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan

    yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.

    Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah banjir. Hutan

    boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir terus ke

    bumi. Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan danmengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak sebagai penapis dalam

    menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu menyerap air hujan pada kadar 20%.

    Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya

    dengan ini sahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

    Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa

    industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran kepada masyarakat perlu

    didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai

    sungai dan sebagainya. Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai

    sentiasa bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah. Kejadian banjir merupakan

    malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya apabila membabitkan hujan lebat.

    Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus

    sentiasa berwaspada dengan kejadian ini.

    Konklusinya, banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, manusia

    yang mempunyai akal dan fikiran perlu berusaha untuk meminimumkan kesan banjir kerana

    pelbagai malapetaka boleh berlaku semasa banjir melanda.

    SUKAN

    1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara.

    2. Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik

    negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.

    3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan.

    4. Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?

    Intro :

    1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan dapat membina

    kesihatan kita.

    2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga, badminton, tenis,

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    11/12

    skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta.

    3. Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia. Berkembang

    sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan.

    Peranan :

    1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan individu dalam

    sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh badan. Kegiatan

    fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik.

    Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan

    ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi

    individu. Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi pembangunan

    negara.

    2. Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan

    kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti sukan ialah pembinaan

    sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan

    panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu

    menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang ungguldapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan semangat yang positif dan ingin

    berjaya serta perjuangan yang kuat.

    3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada berbagai kaum

    dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik menyediakan peluang

    untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan

    serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan

    negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin

    keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari

    dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat dikurangkan kalau

    seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4. Sebagai satu industri dan

    perdagangan. Sukan berkembang menjadi satu industri seperti yang terdapat di

    negara-negara maju. Contoh : Amerika Syarikat memperohlehi sebanyak RM135

    billion sebagai pendapatan negara kasar bagi pengeluaran alat-alat sukan pada

    1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran

    negara kasar di negara-negara perindustrian yang memperlihatkan kadar pertumbuhan

    yang lebih pesat. Malaysia pula memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada

    eksport alat-alat sukan baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut

    Reebok dan kasut bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan

    pasaran antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan,barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia untuk

    alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an. 5. Peluang pekerjaan.

    Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980,

    terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam

    French Federation of Sporting Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000

    orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan

    melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai

    perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka

    yang tidak pandai dalam bidang akademik.

    Kesimpulan :

    1. Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan simbiotik antara sukan,

    media dan pengiklanan. Televisyen telah mengeksploitasikan sukan sebgai nadi

    pengiklanan melalui sokongan kewangan.

  • 7/22/2019 Soalan Ramalan Pa (Contoh Esei)

    12/12

    Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta oleh

    Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah RM6.6

    juta. 2. Sukan boleh meningkatkan imej dan martabat negara. Sukan memainkan

    peranan penting dalam pembangunan negara. MAJULAH SUKAN UNTUK

    NEGARA mengikut Rahim Razali pengulas sukan negara.