soalan peperiksaan
-
Upload
sarimah-emabella -
Category
Documents
-
view
34 -
download
4
description
Transcript of soalan peperiksaan
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3
MASA : 1 JAM 30 MINIT
ARAHAN :
1. Pilih satu soalan sahaja2. Anda dikehendaki menggunakan kertas lukisan bercop sekolah3. Bahan – bahan lain yang diperlukan hendaklah dibawa sendiri
SOALAN :
1. Lukiskan pemandangan Kampung Saya Warnakan lukisan anda dengan menggunakan mana-mana media yang anda mahir seperti pensel warna, krayon atau warna air.
2. Lukis dan hasilkan sebuah corak berulang tidak terancang menggunakan blok capan renyukan kertas. Sapukan latar belakang dengan warna gelap. Mulakan capan dengan warna-warna cerah berlapis-lapis.
3. Hasilkan sebuah model Rumah Idaman Saya dengan menggunakan pelbagai bahan kutipan seperti kotak, penutup minuman, cawan kertas, kertas warna dan sebagainya.
4 Hasilkan wau atau layang-layang dengan menggunakan lidi dan kertas yang sesuai.
Soalan Tamat
SULIT
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4
MASA : 2 JAM
ARAHAN :
1. Pilih satu soalan sahaja2. Anda dikehendaki menggunakan kertas lukisan bercop sekolah3. Bahan – bahan lain yang diperlukan hendaklah dibawa sendiri
SOALAN :
1. Hasilkan gambar “Sejambak Bunga” menggunakan teknik mozek. Bahan untuk kolaj boleh menggunakan perca-perca kain, keratan-keratan gambar dari majalah mahupun hasil-hasil guntingan.
2 Hasilkan corak tidak terancang yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai hiasan langsir. Corak tidak terancang boleh diperolehi dari kesan-kesan tarikan tali, tiupan, lipatan dan sebagainya.
3. Bina sebuah mobail ‘Serangga’. Binaan boleh menggunakan bahan-bahan guna semula ataupun bahan lain yang difikirkan sesuai.
4. Hasilkan corak batik yang sesuai digunakan sebagai alas meja.
Soalan Tamat
SULIT