Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi...

41
Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc TEMA 5 (PENDIDIKAN) 1. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah (saw) ketika berada di Makkah dan Madinah. Pendahuluan Pendidikan Islam sering kali dikaitkan dengan beberapa istilah iaitu tarbiyyah, ta’dib, ta’lim, irsyad dan tadris. Kesemua istilah ini memiliki maksud tersendiri yang melambangkan taraf dan tahap pendidikan itu sendiri. Tujuan pendidikan Islam ialah membentuk keperibadian yang sempurna sehingga sampai ke tahap manusia dapat berhubung dengan pencipta. Pendidikan pada zaman permulaan Islam bermula selepas turunnya surah al-Alaq yang bermula dengan “ bacalah”. Ayat ini menuntut umat manusia agar mempelajari ilmu tanpa mengira usia dan jantina. Perkataan “bacalah” menjadi asas permulaan yang baik dalam proses pembelajaran. Pendidikan pada zaman Rasululah (saw) merangkumi tiga perkara asas iaitu pendidikan akidah,pendidikan akhlak dan pendidikan syariah. Isi i.) Pendidikan di Makkah. a) Rasulullah (saw) telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat seperti isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abi Talib dan beberapa orang yang rapat dengan baginda. b) Kaedah yang digunakan ketika penyampaian ilmu adalah secara lemah lembut supaya orang ramai tertarik untuk belajar. c) Rumah al-Arqam ialah tempat pendidikan Islam pertama. Baginda dan sahabatnya sering bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah. d) Hampir tiga tahun baginda menyampaikan ilmu secara sulit, lalu diturunkan ayat yang meminta baginda menyampaikannya secara terbuka. Rasulullah (saw) telah menggunakan kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar Ukaz dan di sekitar Kaabah ketika musim haji. e) Pendidikan di Makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya. Rasulullah (saw) menyampaikan segala perintah Allah (swt) kepada manusia dan menyeru mereka menyembah Allah (swt) semata-mata tanpa melakukan penyekutuan terhadapNya. Selain itu perkara lain yang menyentuh akidah ialah kepercayaan kepada hari pembalasan, mempercayai malaikat, dan kepercayaan kepada untung nasib seseorang samada baik atau buruk. f) Manakala, aspek akhlak yang diberi penekanan oleh Rasulullah (saw) ialah menganjurkan manusia agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja dapat berdamping Allah (swt). g) Baginda mengajar manusia supaya mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong, dan selalu bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah (swt). 1

Transcript of Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi...

Page 1: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

TEMA 5 (PENDIDIKAN)

1. Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Rasulullah (saw) ketika berada di Makkah dan Madinah.

Pendahuluan Pendidikan Islam sering kali dikaitkan dengan beberapa istilah iaitu tarbiyyah, ta’dib,

ta’lim, irsyad dan tadris. Kesemua istilah ini memiliki maksud tersendiri yang melambangkan taraf dan tahap pendidikan itu sendiri.

Tujuan pendidikan Islam ialah membentuk keperibadian yang sempurna sehingga sampai ke tahap manusia dapat berhubung dengan pencipta.

Pendidikan pada zaman permulaan Islam bermula selepas turunnya surah al-Alaq yang bermula dengan “ bacalah”. Ayat ini menuntut umat manusia agar mempelajari ilmu tanpa mengira usia dan jantina. Perkataan “bacalah” menjadi asas permulaan yang baik dalam proses pembelajaran.

Pendidikan pada zaman Rasululah (saw) merangkumi tiga perkara asas iaitu pendidikan akidah,pendidikan akhlak dan pendidikan syariah.

Isii.) Pendidikan di Makkah.

a) Rasulullah (saw) telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat seperti isterinya Khadijah, sepupunya Ali bin Abi Talib dan beberapa orang yang rapat dengan baginda.

b) Kaedah yang digunakan ketika penyampaian ilmu adalah secara lemah lembut supaya orang ramai tertarik untuk belajar.

c) Rumah al-Arqam ialah tempat pendidikan Islam pertama. Baginda dan sahabatnya sering bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah.

d) Hampir tiga tahun baginda menyampaikan ilmu secara sulit, lalu diturunkan ayat yang meminta baginda menyampaikannya secara terbuka. Rasulullah (saw) telah menggunakan kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di pasar Ukaz dan di sekitar Kaabah ketika musim haji.

e) Pendidikan di Makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya. Rasulullah (saw) menyampaikan segala perintah Allah (swt) kepada manusia dan menyeru mereka menyembah Allah (swt) semata-mata tanpa melakukan penyekutuan terhadapNya. Selain itu perkara lain yang menyentuh akidah ialah kepercayaan kepada hari pembalasan, mempercayai malaikat, dan kepercayaan kepada untung nasib seseorang samada baik atau buruk.

f) Manakala, aspek akhlak yang diberi penekanan oleh Rasulullah (saw) ialah menganjurkan manusia agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja dapat berdamping Allah (swt).

g) Baginda mengajar manusia supaya mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong, dan selalu bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah (swt).

ii.) Pendidikan di Madinaha) Setelah terbina masjid Quba’ dan Masjid Nabawi, sistem pendidikan Islam

mengalami perubahan. Masjid telah menjadi sekolah yang pertama dalam sistem pendidikan lslam.

1

Page 2: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

b) Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada perkara ibadat dan syariah tanpa melupakan soal-soal yang lain.

c) Dalam pendidikan ibadah, terdapat perkara yang diwajibkan seperti solat Jumaat. Selain itu, terdapat juga perkara yang disunatkan seperti solat hari raya.

d) Pendidikan berpuasa telah bermula pada tahun ke dua Hijrah dan ibadat Haji pula bermula pada tahun keenam Hijrah. Selain itu, pendidikan zakat dan hukum perkahwinan turut diperkenalkan.

e) Selain itu pendidikan membaca dan menulis telah diperkembang. Rasullulah s.a.w telah memerintahkan para sahabat yang pandai menulis dan membaca supaya mencatit dan menulis ayat-ayat al-Quran yang diwahyukan. Mereka juga di minta supaya mengajar umat Islam yang tidak tahu menulis dan membaca.

Kesimpulan Pendidikan pada zaman Rasullulah s.a.w bersumberkan Wahyu yang menjadi tunggak

utama kepada perkembangan sistem pendidikan Islam. Kemajuan dalam pendidikan Islam telah menjadikan orang Islam sebagai satu umat

yang terulung dan dihormati.

2. Huraikan peranan pusat pendidikan Islam awal di Alam Melayu.

Pengenalan Alam Melayu pada tahap awal penerimaan Islam masih terikat dengan asas pendidikan

tidak formal yang berasaskan kepada pola kehidupan tradisional. Pendidikan lebih ditekankan kepada keperluan kehidupan semasa dan berkembang

kepada pendidikan sebagai asas kehidupan. Asas permulaan pendidikan di alam Melayu adalah dengan mempelajari al-Quran dan

juga hukum agama. Perkembangan pendidikan ini turut dimainkan oleh beberapa kerajaan Islam Melayu

utama seperti Pasai, Acheh dan Melaka.2

Page 3: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Isii.) Sistem pendidikan tidak formal

Pendidikan awal di alam Melayu adalah tidak formal. Ilmu diturunkan melalui proses pengalaman melalui kerja-kerja pertukangan

dan pertanian. Anak lelaki akan mempelajari dengan cara mengikut orang tua dan ilmu dipelajari secara tidak langsung.

Seni mempertahankan juga dipelajari. Anak perempuan diasuh dengan kerja-kerja berasaskan kepada pembentukan

peribadi bersopan, lemah-lembut dan persediaan sebagai seorang suri rumah dan ibu. Mereka diasuh dengan pendidikan memasak. Mengemas rumah dan kerja-kerja kraf tangan.

ii.) Sistem pendidikan Islam secara formal.a. Sistem sekolah pondok

Sistem sekolah pondok merupakan tempat pembelajaran agama yang berasingan daripada petempatan masyarakat. Di sini pelajar akan diajar dengan ilmu agama secara aktif dan menghafal al-Quran secara insentif selama beberapa tahun. Lulusan sekolah pondok ini akan menjadi pendakwah Islam dan apabila kembali ke kampung masing-masing akan bertindak sebagai guru.

Terdapat juga pelajar yang akan meneruskan pengajiannya ke sekolah pondok lainnya setelah tamat di sesebuah sekolah pondok untuk mendalami ilmu agama dengan guru lain.

Kitab agama karangan tokoh Islam dan ulama digunakan sebagai bahan pendidikan.

Sekolah pondok dapat dianggap sebagai sebuah sekolah berasrama pada waktu sekarang kerana dilengkapi dengan rumah murid, rumah guru agama, tempat beribadat dan tempat untuk menghadiri kuliah agama.

Sistem sekolah pondok yang terawal di alam Melayu adalah di Perak yang dikenali sebagai Dayah dan yang terkenal seperti Dayah Cot Kuala.

Di alam Melayu sekolah pondok dikenali dengan beberapa nama seperti di Tanah Melayu dan di selatan Thai dikenali dengan pondok, di Minangkabau dikenali sebagai surau, di Jawa dikenali sebagai pesantren, di Sulawesi dikenali sebagai pengajian, di Acheh dan Pasai dikenali sebagai dayah

b. Sistem pendidikan madrasah Perkembangan sistem pendidikan Islam di Alam Melayu berkembang

dengan wujudnya madrasah. Pelajar masih dikekalkan dengan sistem pelajaran agama dan teras

pendidikan adalah sebagai asas sebelum pelajar melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

Madrasah terkenal adalah seperti madrasah al-Masriyyah di Bukit Mertajam, Madrasah Iqbal di Singapura, Madrasah al-Ahmadiyah di Riau, Madrasah Muhammadiyah Melayu di Kelantan, Madrasah al-Mashur al-Islamiyyah di Pulau Pinang dan Madrasah Ma’ahad Mahmud di Kedah.

c. Pengajian Islam di Istana Peranan Istana sebagai pusat perbincangan pelbagai ilmu termasuk

ilmu agama banyak disentuh di dalam kitab sastera Melayu, seperti sejarah Melayu.

3

Page 4: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Kerja menyalin sastera asing telah dilakukan terutama terhadap kitab Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka pernah menjadikan istana Melaka sebagai pusat pendidikan bukan sahaja kepada kerabat diraja tetapi juga kepada wakil di jajahan takluknya untuk mempelajari agama di istana Melaka.

Sultan Mansur Syah juga telah menjemput ulama untuk ke istana bagi menyampaikan ajaran termasuk Tasawuf. Baginda sendiri telah memerintahkan agar kitab Darul Mazlum yang dibawa oleh Maulana Abu Bakar dari Jeddah dihantar ke Pasai untuk diterjemahkan bagi memudahkan dibaca oleh golongan yang tidak memahami bahasa Arab.

d. Peranan masjid Masjid juga berperanan sebagai pusat kegiatan ilmu di Alam Melayu

seperti yang terdapat di dalam catatan Ibn Battuta yang menjelaskan masjid di Pasai berperanan sebagai tempat pengajian pelbagai ilmu dan Sultan Pasai sendiri datang ke masjid untuk memperdalami ilmu agama.

e. Peranan rumah ulama Ulama turut menjadikan mereka sebagai tempat untuk menyampaikan

pengajaran agama. Hal ini terbukti dalam sejarah Melayu apabila Sultan Mahmud Syah telah mendatangi rumah Maulana Yusuf untuk mempelajari agama.

Kesimpulan Sistem pendidikan awal Islam di Alam Melayu berkembang mengikut masa. Tahap awal pendidikan lebih bersifat tidak formal dengan pendidikan lebih didasarkan

kepada pengalaman dan bersifat tradisional dengan lelaki akan belajar untuk menjadi seorang petani atau sebagai tukang sementara wanita pula persediaan sebagai suri rumahtangga.

Pendidikan Islam di alam Melayu berkembang dengan kesedaran terhadap pentingnya penghayatan terhadap ajaran Islam sehingga wujud sistem pendidikan Islam berteraskan kepada sistem pondok, sistem madrasah, pengajian agama di Istana, dan peranan masjid yang bertindak sebagai pusat pengajian.

3. Bandingkan sistem pendidikan pada zaman Umaiyah dan Abbasiyah

Pendahuluan Zaman Bani Umaiyah dan zaman Abbasiyah merupakan zaman yang

berlangsung selepas zaman kulafah Al-Rasyidin dan berlaku perkembangan pesat dalam pendidikan.

Antara faktor yang membawa kepada perkembangan pesat ini termasuklah sokongan pemerintah, dasar Islam yang mementingkan ilmu dan sebagainya.

Terdapat persamaan dan perbezaan di dalam sistem pendidikan zaman Umaiyah dan Abbasiyah antaranya institusi pendidikan, tenaga pengajar, mata pelajaran dan sistem pengajaran.

Isia. Sistem pendidikan zaman Umaiyah

i. Institusi pendidikana. Masjid dijadikan institusi pndidikan utama seperti masjid Kufah

dan Basrah.

4

Page 5: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

b. Istana khalifah dijadikan tempat belajar dan perpustakaan yang menyimpan segala bahan bacaan.

c. Bahan bacaan Yunani diterjemahkan dalam kesusasteraan Arabd. Terdapat juga Khuttab iaitu sekolah permulaan.e. Terdapat dua jenis khuttab ;

Untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian. Khuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin yang tidak

dikenakan yuran pengajian.f. Pengajian al-Quran dan asas ilmu agama ditekankan di khuttab.g. Kaedah pengajian berbentuk Halaqah,iaitu seseorang guru

duduk di tengah dan dikelilingi oleh murid-murid. ii. Tenaga pengajar

a. Guru-guru di masjid mpunyai ilmu pengetahuan yang kukuh dan memiliki pelbagai pengetahuan lain.

b. Mereka mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan gaji.c. Guru-guru di Istana di gelar Muaddib dan kurang

berpengetahuan berbanding guru-guru di masjid.d. Mereka bukan sahaja mengajar ilmu tetapi mendidik anak-

anak khalifah.e. Antara ulama yang terkenal yang menjadi guru di masjid ;

Abdullah bin Abbas ; ahli tafsir, Hadis, Fekah dan Sastera.

Hassan al-Basri ; ahli fekah, usuluddin, dan murid beliau yang terkenal ialah Wasil bin Ata’ iaitu pengasas mazhab Mu’tazillah.

iii. Mata pelajaran yang diajara. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di Makkah dan

Madinah.b. Pengajian kesusasteraan dan ilmiah berpusat di Kufah dan

Basrah. Khutbah, syarahan, dan puisi menjadi subjek yang utama untuk menyampaikan propaganda kerajaan Bani Umaiyah.

c. Semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz, ilmu falsafah telah diajar.

d. Ilmu Qiraat (ilmu membaca al-Quran) dikembangkan.e. Ilmu diajar di masjid-masjid di Damsyik, Madinah, Kufah,

dan Basrah.f. Al-Quran juga diletak titik dan tanda serta tanda tanwin

dan syaddah. Tugas tersebut dilakukan oleh Nasir bin Asim iv. Sistem pengajaran

a. Pendidikan secara terbuka di Khuttab dan masjid telah menjadikan rakyat berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan.

b. Penyebaran agama Islam telah meluas dan perlu kepada sistem pendidikan bagi mengajar penganut-penganut baru agama Islam.

c. Kemunculan ilmu falsafah yang menjadi senjata untuk mematahkan hujah orang Yahudi dan Nasrani.

d. Ilmu sejarah juga membantu perkembangan sistem pendidikan untuk memahami ilmu ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta memahami peristiwa masa lalu.

b. Sistem pendidikan zaman Abbasiyahi.) Institusi pendidikan

Pada zaman khalifah Al-Makmun, Baghdad menjadi pusat pendidikan yang masyhur di dunia.

5

Page 6: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Pada zaman khalifah Harun Al-Rasyid, di dirikan Baitulhikmah pusat pengajian dan terjemahan.

Di Kaherah terdirinya Dar Al-Hikmah. Di Syria wujudnya madrasah Nuriyah Al-Kubra.

Pada tahun 459 Hijrah, sebuah institusi pendidikan tinggi di Naisabur, iaitu Madrasah Nizamiyyah yang didirikan di zaman pemerintahan Bani Saljuk di bawah pimpinan Perdana Menteri Nizam Al-Muluk.

Terdapat juga pusat pengajian yang lebih rendah disekitar Baghdad seperti Khuttab dan tempat pengajian umum seperti perpustakaan, istana, kedai-kedai buku dan sebagainya.

ii.) Tenaga pengajar Guru dipandang tinggi oleh masyarakat serta diberi gaji

yang tinggi. Kebanyakan Khalifah Bani Abbasiyyah mencintai ilmu

pendidikan dan kesusasteraan serta menjadi penaung. Pada zaman ini lahir beberapa orang tokoh ulamak seperti

Imam Abu Hanifah( 150 Hijrah), Imam Malik( 178 Hijrah), Imam Syafie ( 204 Hijrah), Imam Ahmad ( 241 Hijrah) dan lain-lain.

iii.) Mata pelajaran yang diajar Di Khuttab, diajar menulis, membaca, mengira serta

mengaji dan membaca Al-Quran Di peringkat menengah, semua bidang diajar seperti

falsafah, matematik,kimia, dan astronomi.iv.) Sistem pengajaran

Terbahagi kepada dua, iaitu sistem bersekolah dan sistem halaqah.

Murid-murid di peringkat sekolah rendah menggunakan batu tulis dan pena batu.

Bahan bacaan ialah Al-Quran, beberapa rangkap syair, dan bahan-bahan yang mudah serta kitab nahu dan sastera.

Peringkat menengah, peralatan pengajian lebih moden.

Kesimpulan

Zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah telah memperlihatkan kepentingan sistem pendidikan Islam hingga Islam terus berada dalam zaman kecemerlangannya.

Pendidikan pada kedua-dua zaman ini telah mencakupi pelbagai disiplin ilmu samada berkaitan keagamaan ataupun keduniaan.

Perkembangan tersebut banyak dibantu oleh sikap khalifahnya yang cinta akan ilmu malah mereka juga telah memperuntukkan satu perbelanjaan yang besar untuk memajukan sektor pendidikan.

6

Page 7: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

4. Bandingkan institusi pendidikan dalam tamadun Mesir purba dan Islam .

Pendahuluan Institusi pendidikan berperanan dalam mengurus dan mentadbir pendidikan secara

sistematik. Tamadun Islam dan Mesir melahirkan banyak institusi-institusi pendidikan yang

berperanan dalam melahirkan golongan cendekiawan. Antara institusi pendidikan dalam tamadun Islam ialah rumah ulama, masjid, madrasah,

perpustakaan, sekolah, istana dan universiti. Institusi-institusi pendidikan di Mesir ialah rumah guru, istana, kolej atau akademi,

sekolah perkukangan dan pusat latihan profesional.

Isii.) Institusi pendidikan Mesir

a) Rumah guru Pada peringkat awal, rumah guru memainkan peranan sebagai institusi

pendidikan. Kanak-kanak dihantar ke rumah guru ketika berumur empat tahun.

b) Istana Anak-anak Firaun menerima pendidikan di istana raja. Tutor diraja akan mengajar anak-anak raja Terdapat sekolah-sekolah khas untuk anak raja dan golongan bangsawan.

c) Kolej atau akademi Institusi pendidikan Tinggi dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan

dan skriptoria. Ditadbir oleh rumah-rumah berhala. Didirikan khas untuk anak-anak raja dan golongan bangsawan Subjek-subjek yang diajar adalah kesusasteraan, pendidikan ,falsafah,

undang-undang, matematik, sejarah, agama, astronomi dan perubatan. d) Sekolah pertukangan

Melatih pelajar dalam bidang pertukangan. Terdapat sekolah-sekolah khas untuk melatih anak-anak kakitangan

kerajaan. Sekolah-sekolah ini khas untuk pelajar lelaki.

e) Pusat latihan profesional7

Page 8: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Melatih golongan profesional seperti doktor,jurutulis, pendeta dan arkitek. Perlu menerima latihan praktikal daripada pakar-pakar.

ii.) Institusi pendidikan Islama) Masjid

Masjid memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran. Pada zaman keagungan Baghdad terdapat 300.000 masjid yang digunakan

untuk pembelajaran. Antara masjid penting ialah Jami, al Mansur dan Masjid Jam,ah Amru b, Ash.

b) Madrasah Madrasah mengambil alih peranan masjid kerana berlaku pertambahan

pelajar. Madrasah terawal dan terkenal adalah Madrasah Nizhamiyah . Subjek agama dan sekular diajar.

c) Rumah ulama Rumah Arqam Ibn Arqam di gunakan pada zaman awal perkembangan

Islam. Rumah Nabi Muhamad S.A.W dan rumah Ulamak seperti Ibnu Sina dan

Imam al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran .

d) Istana Pada zaman khalifah Muawiyah, istana di gunakan untuk pembelajaran. Ruangan dalam istana yang dikenali sebagai Shalunatul Adabiyah

digunakan untuk tujuan perbincangan agama.e) perpustakaan

perpustakaan awam dan persendirian didirikan pada zaman Abbasiah. Perpustakaan ini memainkan peranan dalam peminjaman buku, penerbitan,

penulisan, penterjemahan dan penjilidan. f) Sekolah

Institusi sekolah memainkan peranan dalam menjalankan penyelidikan serta penemuan sains.

Institusi sekolah yang terkenal adalah sekolah Baghdad.g) universiti

Universiti seperti Nizamiyah, Mustansiriyah, Al-Azhar, Rasyidiah dan Al-Zaitouna berperanan dalam penyebaran ilmu pengetahuan.

Universiti terkenal di Sepanyol adalah Cordova, Sevilla, Malaga dan Granada.

Kesimpulan

Tamadun Mesir dan Islam melahirkan banyak institusi pendidikan . Kemunculan institusi-institusi pendidikan menyebabkan berlaku perkembangan ilmu

yang sistematik dan terancang. Perkembangan ini juga telah menyebabkan lahir ramai golongan cerdik pandai yang

memberi sumbangan dalam pelbagai lapangan ilmu.

8

Page 9: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

5. Bandingkan matlamat pendidikan dalam tamadun Islam dan tamadun Eropah dari zaman Yunani hingga zaman pertengahan.

Pendahuluan Tamadun Islam dan Eropah telah memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan dalam tamadun Islam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. manakala

dalam tamadun Eropah dapat di kesan sejak zaman Yunani. Sistem pendidikan dalam tamadun Islam menekankan kepentingan dunia dan akhirat. Dalam tamadun Eropah, matlamat pendidikan mengalami perubahan mengikut zaman

berasaskan keperluan masyarakat dan negara.

Isii.) Matlamat pendidikan dalam tamadun Islam.

a. Bertujuan untuk melahirkan insan yang kamil, beriman, bertakwa dan beramal soleh. Pendidikan juga melibatkan proses sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad.

b. Pendidikan Islam juga bermatlamat melahirkan anggota masyarakat yang sempurna, bermanafaat dan berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara.

c. Menurut Hassan Langgulung, tujuan pendidikan islam adalah untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi rohaniah, psikologikal, intelektual, jasmaniah dan membuat persiapan bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

d. Pendidikan juga bertujuan mendapat keredaan Allah (swt) dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangaNya serta mengabdikan diri dengan tulus iklas kepadaNya.

e. Untuk memperkenalkan kepada manusia akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri serta mendedahkan mereka akan hubungan-hubungan sosialnya.

f. Untuk meningkatkan semangat ilmiah dan cintakan ilmu pengetahuan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dapat berkecimpung di dalam kerjaya hidup.

g. Pendidikan juga bertujuan merangsang dan mendorong seseorang itu mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan dan akhirnya dibuat penilaian tentang pencapaian pendidikan itu sendiri.

ii.) Matlamat pendidikan dalam tamadun Eropaha) Pendidikan di Sparta bertujuan melahirkan individu yang boleh bertindak dan

pembentukan warganegara tentera yang sempurna.b) Pendidikan di Sparta menekankan latihan fizikal sebagai persediaan untuk

melahirkan individu yang setia kepada negara, sebagai tentera dan pahlawan yang hebat.

c) Pendidikan di Athens bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda secara harmoni.

d) Pendidikan di Rom, bersifat utilitarian iaitu menekankan nilai-nilai yang dapat menanamkan semangat kebangsaan untuk kepentingan negara.

e) Pada zaman pertengahan awal, pendidikan bertujuan menyediakan individu bagi menghadapi kehidupan selepas mati.

9

Page 10: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

f) Matlamat pendidikan zaman ini adalah mendekatkan diri kepada tuhan dan menanamkan nilai-nilai moral dalam pembelajaran.

Kesimpulan

Matlamat pendidikan dalam tamadun Islam adalah melahirkan insan yang sempurna, berakhlak mulia, beriman dan membuat persiapan bagi menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.

Dalam tamadun Eropah matlamat pendidikan mengalami perubahan selaras dengan kehendak negara.

10

Page 11: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

6. Terangkan sistem pendidikan Islam di Acheh abad ke 18.

Pendahuluan Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia1. Bentuk dan corak sistem pendidikan berbeza ikut masa tempat,adat resam masyarakat2. Proses bermula sejak kelahiran berterusan hingga akhir hayat3. Terdapat pelbagai istilah dalam pengertian terhadap pendidikan islam – contohnya

tasbiyyah, ta’lim , ta’dib, irsyad, & tadris.

Isi

-proses pengislaman bawa perubahan besar dalam konteks pendidikan islam di Nusantara khususnya di Acheh

-Terdapat persamaan dgn perkembangan pendidkan islam di asia barat-Sejarahnya bermula sejak zaman kerajaan Perlak & Pasai, kemuncaknya pada abad 17M & 18M-Institut pendidikan di Acheh

-organisasi yg di rancang, di susun baik oleh pemerintah

a) Zaman kerajaan islam Perak

-Tempat-tempat pendidikan didirikan & dinamakan Zawiyah pd awal abad ke 10M-Tujuan mengajar rakyat Perlak untuk mendalami ilmu pengetahui mengenai islam-Pusat pendidikan tinggi Dayak Cot Kala-Pusat pendidikan islam tinggi yg pertama di Asia Tenggara

b) Dayah-Disamakan dgn sekolah mengah atas -Terhadap hampir di setiap daerah-Berpusat di masjid bersama sangkang-Kebanyakannya di luar masjid :

Semua pelajaran dlm bahasa arab Bersifat umum @ khusus (untuk wanita sahaja) Ilmu yang di ajar seperti fiqh, tauhid, tasawuf, pertanian, pertukangan Contohnya Dayak Cot Kala, Dayah Terungku Chik

c) Rangkang -Pondok-pondok didirikan di sekeliling masjid sebagai asrama & dinamakan sangkang-Di Acheh pendidikan peringkat menengah pertama = sangkang -Ilmu-ilmu yg diajar fiqh, ibadat, tauhid, tasawuf, sejarah islam-Kitab-kitab bahasa melayu & Arabd) Meunsah @ Madrasah-sekolah permulaan @ sekolah dasar-di setiap kampung / desa-diajar tulis, baca Al-Quran, bahasa Arab, ibadat, akhlak-Kitab melayu seperti perukunan, Masail Muhtadin

e) Jamiah Baiturrahman (Universiti)-pendidikan di masjid contoh ; masjid Bayt, Rahim, Masjid Bayt-al Rahman-berperanan sebagai pusat pendidikan tinggi-mempunyai beberapa das / fakulti. Contoh ; Darul Tafsir wal Hadis-pendidikan dijalankan oleh guru-guru & ulama

11

Page 12: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

-orang asing seperti Arab, Turki, Parsi, India-guru & ulama tempatan yg terkenal seperti Abdul Samad Falimbani, Shamsuddin al Sumaterani-menjadi penasihat sulta, dapat naungan, dorongan sultan untuk keg. Ilmiah-pelajar terdiri daripada golongan bangsawan, raja, & rakyat jelata-pelajar dari luar seperti Melaka, Pattani, Jawa

Kesimpulan

-Sepanjang keagungan kerajaan Acheh ia telah mempunyai satu sistem pendidikan yg baik dari peringkat rendah, menengah & peringkat tinggi

-Pemerintah-pemerintah Acheh cintakan ilmu & kehadiran ramai ulama yg mengarang kitab-kitab terkenal menjadikan Acheh sebagai Serambi Makkah.

12

Page 13: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

7. Bincangkan institusi Pendidikan yang terdapat dalam sistem Pendidikan Islam di Alam Melayu .

Pendahuluan

1. Institusi Pendidikan merujuk kepada tempat di mana proses pengajaran dan pembelanjaran di jalankan

2. Institusi Pendidikan terdiri daripada sekolah ,kolej , universiti ,istana , madrasah,pondok ,surau, dan sebagainya.

3. Institusi Pendidikan islam di alam melayu tidak banyak berbeza antara satu negeri satu negeri dengan yang lain .

Isi

Institusi Pendidikan di alam melayu .

1. Pondok-merupakan institusi Pendidikan tertua di Asia tenggara .-bermula di petani pada abad ke –12 masihi-menyerupai institusi Pendidikan tertinggi di Acheh (Rangkang)-antara pondok terkenal di patani –dala ,barmin ,similar,dual ,dan telok manok .-korikulum tidak sahaja berfokus kepada ilmu akhirat tetapi juga ilmu2 dunia yang lain .-tenaga pengajar terdiri daripada ulama (tok guru)

2. Dayah -merupakan institusi Pendidikan yang di amalkan di Acheh-merupakan kompleks Pendidikan yang mengabungkan beberapa buah “balee” dan

“rankang” .-bermula pada abad ke 10 masihi,diasaskan oleh Tengku Chik Mohammad ,yang menubuhkan Dayah Lok Kala-antara Dayah terkenal ialah :

Dayah Kot Kala –Acheh timur Dayah Seuruleu-Acheh tengah . Dayah Belang Peria –Samudera- Pasai

3. Pesantren-merupakan institusi Pendidikan di jawa dan madura.-terdiri daripada rumah Kiyai,masjid,surau,pondok -pendidikan dijalankan secara berkelompok dalam satu lingkaran dengan beberapa

Santari(sistem halaqah)-mengajar kitab-kitab Arab yang terjemah dalam bahasa jawa .

4. Istana-merupakan institusi Pendidikan yang penting di Melaka , Pasai ,dan Acheh.-di pasai istana raja merupakan pusat perbincangan dan perdebatan tentang isu-isu agama yang di sertai oleh raja dan ulamak -di melaka istana berfungsi sebagai pusat perbincangan ilmu agama, pusat pengajian anak-anak raja dan sebagai perpustakaan serta tempat penyalinan dan penterjemahan .-di Acheh istana menggalakkan perkembangan ilmu tasauf hingga lahir beberapa orang tokoh tasauf terkenal spt Hamzah Fansuri ,Samsuddin al- sumatrani ,dan Nuruddin al-raniri -secara umumnya istana berfungsi sebagai

Tempat perbincangan ilmu agama Tempat perbincangan ahli bijak pandai dan ulamak . Pusat Pendidikan bagi anak-anak raja dan bangsawan . Pusat penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab agama .

13

Page 14: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Pusat pengumpulan dn penyimpanan kitab-kitab agama .

5. Masjid-merupakan institusi Pendidikan formal di melaka ,dan johor-tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama yang berkhidmat secara sukarela .-mata pelajaran yang di ajar ailah fekah,usuluddin ,tasauf ,hadis, tafsir dn lain-lain--para pelajar terdiri daripada golongan bangsawan kerabat di raja dan rakyat jelata .

Kesimpulan Institusi Pendidikan seperti pondok ,dayah ,istana dan masjid menjadi saluran penting dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada masyarakat .

14

Page 15: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

8. Bincangkan dasar pendidikan, institusi pendidikan, dan kurikulum pendidikan yang wujud dalam Tamadun Alam Melayu.

Pengenalan1. Pendidikan adalah satu disiplin yang berkaitan dengan kaedah pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dan persekitarannya. Ia merupakan satu kegiatan terancang dan sistematik bertujuan untuk memantapkan perkembangan jasmani dan rohani untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

2. Alam Melayu adalah terdiri daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesi, Filipina dan Brunei. Dalam bidang pendidikanwalau bagaimanapun ianya mempunyai dasar, institusi dan kurikulum pendidikan yang tersendiri.

Isi

A. Sistem Pendidikan di Alam Melayu.

1. Dari segi dasar dam matlamat pendidikan dapat dilihat daripada dua sudut iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam ia merujuk kepada pengaruh Hindhu-Buddha. Pendidikan ada zaman tersebut bertujuan untuk mendewa-dewakan golongan pemerintah dan bangsawan. Kesannya, pendidikan lebih dimonopoli oleh golongan bangsawan dan kerabat diraja. Dkalangan rakyat biasa, pendidikan diberi secara tidak formal, dimana institusi keluarga memainkan peranan mendidik anak-anak mereka tentang nilai-nilai budaya, adat ostiadat, pantang larang serta kemahiran pertukangan.

2. Pendidikan pada zaman tersebut juga bertujuan mengaja bahasa Sanskrit yang yang digunakan sbg bahasa istana dan penulisan rekod-rekod rasmi.penemuan inskipsi-inskipsi Sanskrit dibeberapa tempat di Indonesia seperti kutei bertarikh 400m mengandungi bukti bahawa bahasa Sanskrit dipelajari oleh golongan Brahmin di Nusantara.

3. Pendidikan pada zaman tersebut telah memberi tumpuan kepada agama Hindu-Budha kerana ia merupakan prasyarat untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.Untuk tujuan ini epik-epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata diterjemahkan kepada bahasa Jawa Kuno dan bahasa Bali.Karya-karya yang dihasilkan berdasarkan epik Ramayana dan adalah Sumana-Santaka.Harisraya dan Arjunavijaya.Manakala karya yang dihasilkan berdasarkan epik mahabrata adalah Arjuna Vivaha dan Bharatayuddha.Hasil kegiatan ini telah melahirkan karya bercorak mitos,sastera dan roman seperti Harivamsa,Smaradahana dan Bhomakavya.

4. Matlamat pendidikan pada zaman tersebut juga bertujuan melahirkan lebih ramai golongan pendeta agama Budha.Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan I-Tshing bahawa Srivijaya yg terletak di Sumatra yang merupakan pusat pengajian agama Budha yg terkenal di alam melayu pd abad 6 masihi.Juga terdapat lebih drp1 ribu pelajar mempelajari pelbagai bidang ilmu agama budha dibwh pengawasan pendeta Dharmakirti.

5. Selepas kedatangan islam wujud pendidikan yang menekankan konsep nasionalisme dan pengetahuan akliah.Pengetahuan rasionalisme merupakan satu cara falsafah berdaarkan alam semesta yang menggunakan cara tatatertib akal.Sebelum kedatangan islam tudak wujud satu system ilmu yang bersifat resionalisme.Sebaliknya pemikiran masyarakat sebelum islam dikongkong oleh kepercayaan karut dan tahyul.Pendidikan pada masa itu bukan sahaja bertumpu di istana malah di perluaskan kepada rakyat jelata.Ini selaras dengan ajaran islam yang menekankan konsep persamaan dan kewajiban menuntut ilmu tanpa mengenal batas jantina.

6. Institusi pendidikan yang memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan juga dapat dilihat semasa ajaran hindu –budha dan selepas kedatangan islam.Semasa alam

15

Page 16: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

melayu mpenganut agama hindu budha istana dan karton memainkan peranan sebagai pusat pendididkan secara formal yang banyak dimonopoli oleh golongan kerabat diraja dan bangsawan.Disamping itu institusi keluarga juga memainkan peranan dalam memdidik rakyat biasa tetapi proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal.

7. Selepas kedatangan Islam , pusat pusat Ibadat seperti masjid , surau dan madrasah memainkan peranan dalam pendidikan dan ianya sudah mula di gunakan sejak zaman kerajaan Pasai lagi . Manakala istana memainkan peranan penting sebagai pusat pendidikan sejak zaman Pasai lagi , Melaka dan Acheh .Pendidikan di istana lebih difokuskan kepada golongan istana dan bangsawan .Contohnya istana Melaka bukan sahaja sebagai tempat perbincangan ilmu agama juga berfungsi sebagai perpustakaan dan tempat penyalinan dan penterjemahan .Rumah guru agama juga memainkan peranan dalam pendidikan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , cth : rumah Maulana Yusof

8. Di Acheh pelajar pelajar lulusan madrasah akan meneruskan pengajian mereka di Rangkang atau Kolej mata pelajaran yang diajar meliputio semua bidang ilmu seperti ilmu kalam ,Fikah, Tasawuf,Al-Quran ,Hadis dan bahasa Arab . Pelajar pelajar lulusan RAngkang akan melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi yang dikenali sebagai Jamiah Bait Ar – Rahman

9. Akhir sekali , sekolah pondok yang dikenali dengan pelbagai nama . Di Tanah Melayu dan selatan Thai di kenali dengan pondok , di Acheh dipanggil Dayah , di Minangkabau sebagai surau , di Jawa sebagai pesantran manakala di Sulawisi sebagai pengajian . Sekolah pondok terawal ( tempat pengajian ) , rumah guru , sebuah masjid atau surau yang berfungsi sebagai tempat berjemaah dan asrama untuk pelajar .Pelajar lulusan sekolah pondok berpeluang melanjutkan pelajaran ke Makkah dan setelah menamatkan pengajian mereka bertugas sebagai guru guru agama

10. Kurikulum pendidikan adalah berbeza2 mengikut peredaran zaman .Pada zaman Hinddu – Buddha , kitab agama banyak digunakan dlm pendidikan .Pengajaran yg di ajar di rumah lebih di kenali dgn pendidikan tak formal .Pendidikan formal dijalankan di Istana

11. Selepas kedatangan Islam ,kurikulum pendidikan lebih menekankan tentang agama iaitu Usuluddin , Fekah ,Tasawur , tafsir Al – Quran ,Hadis , bahasa Arab dan kanak kanak juga di ajar lagu Qasidah , sejenis puisi nyayian bercorak agama .Pendidikan Islam diberikan oleh guru guru yang dibawa dari Arab ,Parsi,Turki dan India .Guru guru ini membaca kitab kitab suci dan murid muridnya duduk secara halaqah iaitu dalam bulatan .Pada peringkat universiti pula selain bidang agama, pelajar di ajar ilmu perubatan,pentadbiran,matematik,kewangan,undang undang dan ilmu perang

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan , dapatlah dikatakan bahwa matlamat pendidikan adalah berbeza mengikut zaman iaitu sebelum Islam dan selepas kedatangan Islam .Malah intitusi dan pusat pendidikan juga adalah berbeza beza .Begitu juga dengan kurikulum pendidikan juga berbeza .Ini menunjukkan pengaruh agama adalah penting dalam perkembangan pendidikan di Alam Melayu

TEMA 5 –( PENDIDIKAN )

1. Bincangkan sistem pendidikan dalam tamadun India pada zaman klasik.

Pendahuluan Masyarakat India mempunyai sistem pendidikan yang sistematik pada zaman klasik.

16

Page 17: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Sistem pendidikan di India meliputi matlamat pendidikan, peringkat pengajian, proses pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan institusi pendidikan.

Isi-isi penting

a) Matlamat pendidikan Pendidikan bertujuan membebaskan manusia daripada ikatan duniawi dan mencapai

moksha (nirvana) Melahirkan insan yang menjalankan tugas-tugas keagamaan. Melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku, nilai moral dan personaliti yang

baik.

b) Peringkat pendidikan Terdapat dua peringkat, iaitu peringkat rendah dan tinggi. Pendidikan rendah dijalankan di rumah guru (gurukula) dan agrahara. Pendidikan tinggi dikendalikan matha dan monastri yang merupakan kolej

berasrama penuh.

c) Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan formal bermula selepas upacara upayana. Sistem monotorial dipraktikkan di mana guru-guru dibantu oleh pelajar-pelajar

senior. Pelbagai kaedah seperti kaedah lisan, hafalan, pemahaman, diskusi, perdebatan dan

amali digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

d) Institusi pendidikan Pada peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah guru. Guru-guru terdiri daripada golongan Brahman. Mereka tidak dibayar gaji. Institusi kedua adalah sekolah yang didirikan atas tanah yang dikurniakan oleh raja. Terdapat juga institusi yang dikenali sebagai matha. Terdapat juga pusat-pusat pengajian tinggi seperti universiti Vikramasila dan

universiti Nalanda. Universiti ini menawarkan subjek seperti teologi, falsafah, logik dan ilmu ketenteraan.

e) Kurikulum Kurikulum pendidikan dalam tamadun India berbeza mengikut keperluan dan kasta

seseorang. Terdapat empat jenis ilmu pengetahuan yang utama iaitu falsafah, Veda, pertanian,

penternakan, perdagangan dan politik Selain itu, bidang pembelajaran yang penting pada zaman klasik ialah astronomi,

politik, perubatan dan nahu.Kesimpulan

Matlamat akhir pendidikan ialah pencapaian nirwana, pembentukan akhlak dan memelihara warisan budaya.

17

Page 18: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

2. Jelaskan sistem pendidikan negara kota Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani.

Pendahuluan Tamadun Yunani terletak di tepi sungai Tibet di Lembah Latium. Dua buah kota yang terletak pada zaman Yunani ialah Athens dan Sprata. Kedua-dua mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri. Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya

melahirkan cendekiawan.

Isi-isi pentingi.) Sistem pendidikan Athens

Dasar pendidikan Pendidikan bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari

segi perkembangan tubuh dan minda harmoni. Penekanan diberikan kepada ilmu, seni, muzik dan kesukanan. Athens mahu melahirkan warga yang serba boleh dalam pelbagai

bidang pendidikan. Kurikulum

Kurikulum negara kota Athens berbeza mengikut usia pelajar. Kurikulum di sekolah rendah menekankan latihan fizikal, muzik,

pembacaan, ucapan, mengira dan retorik. Kurikulum peringkat menengah bagi pelajar berusia 18 hingga 20

tahun menekankan latihan fizikal dan sukan pentathlon. Kurikulum bagi pelajar berusia 20 hingga 30 tahun meliputi subjek

sains, aritmetik, geometrid dan astronomi.18

Page 19: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Institusi pendidikan Institusi pendidikan di Athens terdiri daripada;

Institusi pendidikan lama Athens. Institusi pendidikan baru Athens.

Institusi pendidikan lama Athens adalah seperti berikut; Sekolah bagi kanak-kanak berusia 7 tahun. Kanak-kanak

diberi latihan fizikal yang ringan dan permainan. Sekolah bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15

tahun.Kanak-kanak diberi latihan gimnastik. Sekolah bagi kanak-kanak berusia 15 tahun. Kanak-kanak

mempelajari pentathlon dan kemahiran membaca dan menghafal.

Univeristi bagi pelajar berusia 18 tahun.Pelajar mempelajari muzik, membaca, menulis dan mengira.

Institusi pendidikan baru terdiri daripada ; Sekolah yang menekankan pembelajaran bacaan, penulisan,

aritmatik dan menghafal sajak serta syair. Akademi atau sekolah pendidikan tinggi.

Tenaga pengajar Pada zaman Solon, pengajar di sekolah dikenali sebagai sofis. Sofis terkenal adalah Protogoras dan Gorgias. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre. Pelajar juga dibimbing oleh hamba yang dikenali sebagai

poedagogus. Guru-guru akan mengajar pelajar menulis dan menyalin serta

menghafal tanpa memahami maksud. Peringkat sekolah

Sekolah rendah Pelajar belajar tinju dan muzik Waktu belajar dari pagi hingga petang Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta

menghafal tanpa mengetahui maknanya. Peringkat menengah

Pelajar berusia 15 tahun. Pelajar belajar di gimnasium Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal

ialah Protogoras dan Gorgias. Kurikulum meliputi aspek tatabahasa, retorik dan pidato.

Tahap pendidikan Tahap lama (abad kelima hingga keenam S.M.)

Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik. Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca,

mengira dan menulis.

Tahap kedua (abad keempat hingga 338 M) Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara

kehidupan awam. Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik. Solon mengasaskan Cynossarges. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre. Pada umumnya sekolah di Athens di bawah penyeliaan

negara, khususnya Majlis Areopajus.

19

Page 20: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

ii.) Sistem pendidikan Sparta Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik

kanak-kanak agar berani. Institusi pendidikan awal ialah keluarga. Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera. Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka

diajar aktiviti sukan. Kurukulum Sparta menekankan latihan fizikal Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan. Peperiksaan setiap 10 hari. Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar. Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin. Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat,

kuat, dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.Kesimpulan

Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui pendidikan.

Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat dan berguna kepada

bangsa.

20

Page 21: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

3. Bandingkan dasar pendidikan dalam tamadun Mesir purba dan Mesopotamia.

Pendahuluan Tamadun Mesopotamia dan Mesir purba mempunyai sistem pendidikan yang

terancang. Tamadun Mesopotamia dan Mesir purba merupakan antara tamadun awal yang

membangunkan sistem pendidikan. Perkembangan sistem pendidikan jelas dalam aspek kurikulum, institusi, matlamat

pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan tenaga pengajar.

Isi-isi pentingi.) Dasar pendidikan Mesopotamia

a. Matlamat pendidikan Pendidikan bertujuan melatih jurulatih bagi melaksanakan

pentadbiran dan menguruskn ekonomi ladang-ladang milik rumah berhala dan istana.

Pendidikan juga bertujuan untuk mencapai kemahiran yang tinggi dalam tulisan Cuneiform.

b. Institusi pendidikan Pendidikan formal bermula pada pertengahan abad ketiga s.m. Muncul sekolah yang dikenali sebagai “ Adubba”. Sekolah berperanan sebagai pusat intelektual. Sekolah-sekolah terdapat di rumah-rumah berhala yang ditadbir

oleh golongan pendeta.

c. Kurikulum pendidikan Terdapat dua kumpulan subjek iaitu bercorak semi saintifik dan

sarjana serta bercorak sastera dan kreatif. Buku-buku tentang botani, zoologi, geografi dan mineralogi. Terdapat sifir-sifir matematik dan kamus bahasa Sumeria. Menyalin semula hasil-hasil sastera berbentuk metos, cerita-cerita

epik, lagu-lagu suci dan pepatah.

d. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sampai ke sekolah pada waktu pagi. pelajar dikehendaki

membaca teks klasik. Pelajar-pelajar menyalin teks tersebut pada kepingan tanah liat. Pelajar-pelajar menghafal karya-karya klasik. Semua bahan pembelajaran disediakan oleh guru. Guru besar dan guru-guru akan memeriksa tugasan pelajar.

e. Tenaga pengajar Guru-guru terdiri daripada golongan pendeta. Antara tugas guru atau pendita adalah ;

Menguruskan pentadbiran sekolah.21

Page 22: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menghasilkan dokumen tentang sejarah dan teknologi Mengumpulkan teks-teks klasik. Menulis latihan pada kepingan tanah liat untuk pelajar

salin semula. Memeriksa hasil kerja pelajar. Menguji pemahaman pelajar. Pengetua atau guru besar sekolah dikenali sebagai

Ummie.

f. Dasar pendidikan Masyarakat Mesopatami memberi keutamaan kepada

pendidikan . Berperanan sebagai pusat kebudayaan dan pembelajaran di

Mesopotamia. Pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan akan dilantik menjadi

pegawai-pegawai kerajaan. Sekolah diuruskan oleh rumah-rumah berhala. Sekolah juga berperanan sebagai pusat penilian kreatif.

ii.) Dasar pendidikan Mesir purbaa. Matlamat pendidikan

Memberikan pengetahuan dan pelajaran tentang kehidupan sehari-hari.

Melahirkan individu yang boleh membaca dan menulis supaya mereka dapat pekerjaan.

b. Institusi pendidikan Kanak-kanak mula pergi ke sekolah semasa umur empat tahun. Belajar selama 12 tahun. Sekolah diuruskan oleh rumah-rumah berhala dan istana. Selain sekolah terdapat juga kolej( House Of Lifes) Keistimewaan kolej.:

Akademi pengajian tinggi Kemudahan Skriptorial dan perpustakaan Menawarkan kursus pendidikan dan perubatan. Memberikan perkhidmatan kepada Firaun dan kerajaan.

c. Kurikulum pendidikan Subjek-subjek seperti geografi, matematik, bahasa asing,

perdagangan dan keagamaan diajar. Mata pelajaran sastera diutamakan. Kemahiran bertulis ditekankan. Pelajar menyalin teks-teks klasik pada Ostrada iaitu serpihan batu

dan tembikar. d. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Peringkat permulaan penghafalan huruf. Peringkat ke dua mempelajari perkataan-perkataan dalam teks

kesusasteraan. Peringkat ke tiga menyalin teks-teks klasik. Menterjemahkan teks-teks ke dalam bahasa Vernakular.

e. Tenaga pengajar Kanak-kanak kampung diajar oleh jurutulis dirumah sendiri. Anak-anak Firaun diajar oleh tutor di istana. Sekolah khas untuk anak-anak kerabat diraja dan bangsawan. Anak-anak tukang mahir dan pegawai kerajaan dihantar ke

sekolah-sekolah khas menjadi pelatih.22

Page 23: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Tidak terdapat satu set sukatan yang sama atau sistematik.f. Dasar pendidikan

Peringkat rendah Bermula semasa kanak-kanak berumur 6 tahun. Golongan kaya mengundang guru-guru khas ke rumah. Di sekolah pelajar-pelajar diajar membaca dan menulis.

Peringkat tinggi Untuk golongan bangsawan sahaja. Sekolah terdapat di rumah-rumah berhala di pekan-pekan

besar. Mata pelajaran yang diajar berkaitan dengan minat dan masa

depan pelajar. Undang-undang falsafah, muzik, sejarah, matematik, agama,

lukisan dan kitab agama diajar.

Kesimpulan Tamadun Mesopotamia dan Mesir purba memberi sumbangan besar dalam bidang

pendidikan dan melahirkan ramai cendikiawan. Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemajuan dalam bidang intelektual seperti

astronomi, matematik, dan falsafah.

4. Bandingkan institusi pendidikan dalam tamadun Mesir purba dan Islam .

Pendahuluan Institusi pendidikan berperanan dalam mengurus dan mentadbir pendidikan secara

sistematik. Tamadun Islam dan Mesir melahirkan banyak institusi-institusi pendidikan yang

berperanan dalam melahirkan golongan cendekiawan. Antara institusi pendidikan dalam tamadun Islam ialah rumah ulama, masjid, madrasah,

perpustakaan, sekolah, istana dan universiti. Institusi-institusi pendidikan di Mesir ialah rumah guru, istana, kolej atau akademi,

sekolah perkukangan dan pusat latihan profesional. Isi-isi penting

iii.) Institusi pendidikan Mesira) Rumah guru

23

Page 24: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Pada peringkat awal, rumah guru memainkan peranan sebagai institusi pendidikan.

Kanak-kanak dihantar ke rumah guru ketika berumur empat tahun.b) Istana

Anak-anak Firaun menerima pendidikan di istana raja. Tutor diraja akan mengajar anak-anak raja Terdapat sekolah-sekolah khas untuk anak raja dan golongan bangsawan.

c) Kolej atau akademi Institusi pendidikan Tinggi dilengkapi dengan kemudahan perpustakaan

dan skriptoria. Ditadbir oleh rumah-rumah berhala. Didirikan khas untuk anak-anak raja dan golongan bangsawan Subjek-subjek yang diajar adalah kesusasteraan, pendidikan ,falsafah,

undang-undang, matematik, sejarah, agama, astronomi dan perubatan. d) Sekolah pertukangan

Melatih pelajar dalam bidang pertukangan. Terdapat sekolah-sekolah khas untuk melatih anak-anak kakitangan

kerajaan. Sekolah-sekolah ini khas untuk pelajar lelaki.

e) Pusat latihan profesional Melatih golongan profesional seperti doktor,jurutulis, pendeta dan arkitek. Perlu menerima latihan praktikal daripada pakar-pakar.

iv.) Institusi pendidikan Islama) Masjid

Masjid memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran. Pada zaman keagungan Baghdad terdapat 300.000 masjid yang digunakan

untuk pembelajaran. Antara masjid penting ialah Jami, al Mansur dan Masjid Jam,ah Amru b, Ash.

b) Madrasah Madrasah mengambil alih peranan masjid kerana berlaku pertambahan

pelajar. Madrasah terawal dan terkenal adalah Madrasah Nizhamiyah . Subjek agama dan sekular diajar.

c) Rumah ulama Rumah Arqam Ibn Arqam di gunakan pada zaman awal perkembangan

Islam. Rumah Nabi Muhamad S.A.W dan rumah Ulamak seperti Ibnu Sina dan

Imam al-Ghazali digunakan untuk pembelajaran .

d) Istana Pada zaman khalifah Muawiyah, istana di gunakan untuk pembelajaran. Ruangan dalam istana yang dikenali sebagai Shalunatul Adabiyah

digunakan untuk tujuan perbincangan agama.e) perpustakaan

perpustakaan awam dan persendirian didirikan pada zaman Abbasiah. Perpustakaan ini memainkan peranan dalam peminjaman buku, penerbitan,

penulisan, penterjemahan dan penjilidan. f) Sekolah

Institusi sekolah memainkan peranan dalam menjalankan penyelidikan serta penemuan sains.

Institusi sekolah yang terkenal adalah sekolah Baghdad.g) universiti

Universiti seperti Nizamiyah, Mustansiriyah, Al-Azhar, Rasyidiah dan Al-Zaitouna berperanan dalam penyebaran ilmu pengetahuan.

Universiti terkenal di Sepanyol adalah Cordova, Sevilla, Malaga dan Granada.

24

Page 25: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Kesimpulan Tamadun Mesir dan Islam melahirkan banyak institusi pendidikan . Kemunculan institusi-institusi pendidikan menyebabkan berlaku perkembangan ilmu

yang sistematik dan terancang. Perkembangan ini juga telah menyebabkan lahir ramai golongan cerdik pandai yang

memberi sumbangan dalam pelbagai lapangan ilmu.

5. Bandingkan matlamat pendidikan dalam tamadun Islam dan tamadun Eropah dari zaman Yunani hingga zaman pertengahan.

Pendahuluan Tamadun Islam dan Eropah telah memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan. Pendidikan dalam tamadun Islam bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. manakala

dalam tamadun Eropah dapat di kesan sejak zaman Yunani. Sistem pendidikan dalam tamadun Islam menekankan kepentingan dunia dan akhirat. Dalam tamadun Eropah, matlamat pendidikan mengalami perubahan mengikut zaman

berasaskan keperluan masyarakat dan negara.

Isi-isi pentingiii.) Matlamat pendidikan dalam tamadun Islam.

h. Bertujuan untuk melahirkan insan yang kamil, beriman, bertakwa dan beramal soleh. Pendidikan juga melibatkan proses sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad.

i. Pendidikan Islam juga bermatlamat melahirkan anggota masyarakat yang sempurna, bermanafaat dan berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara.

j. Menurut Hassan Langgulung, tujuan pendidikan islam adalah untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi rohaniah, psikologikal, intelektual, jasmaniah dan membuat persiapan bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

k. Pendidikan juga bertujuan mendapat keredaan Allah (swt) dengan mentaati segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangaNya serta mengabdikan diri dengan tulus iklas kepadaNya.

25

Page 26: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

l. Untuk memperkenalkan kepada manusia akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing terhadap diri sendiri serta mendedahkan mereka akan hubungan-hubungan sosialnya.

m. Untuk meningkatkan semangat ilmiah dan cintakan ilmu pengetahuan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dapat berkecimpung di dalam kerjaya hidup.

n. Pendidikan juga bertujuan merangsang dan mendorong seseorang itu mencapai nilai-nilai murni dalam kehidupan dan akhirnya dibuat penilaian tentang pencapaian pendidikan itu sendiri.

iv.) Matlamat pendidikan dalam tamadun Eropaha) Pendidikan di Sparta bertujuan melahirkan individu yang boleh bertindak dan

pembentukan warganegara tentera yang sempurna.b) Pendidikan di Sparta menekankan latihan fizikal sebagai persediaan untuk

melahirkan individu yang setia kepada negara, sebagai tentera dan pahlawan yang hebat.

c) Pendidikan di Athens bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda secara harmoni.

d) Pendidikan di Rom, bersifat utilitarian iaitu menekankan nilai-nilai yang dapat menanamkan semangat kebangsaan untuk kepentingan negara.

e) Pada zaman pertengahan awal, pendidikan bertujuan menyediakan individu bagi menghadapi kehidupan selepas mati.

f) Matlamat pendidikan zaman ini adalah mendekatkan diri kepada tuhan dan menanamkan nilai-nilai moral dalam pembelajaran.

Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan

6. Terangkan dasar dan kurikulum pendidikan negara kota Athens dan Sparta di dalam tamadun Yunani.

Pendahuluan -Pendidikan merupakan satu proses sosial dalam memberikan pengetahuan kepada seseorang melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melalui institusi pendidikan formal dan tidak formal.

-Dasar dan kurikulum pendidikan tamadun-tamadun dunia berbeza antara satu sama lain. Ia selaras dengan matlamat dan falsafah pendidikan sesebuah tamadun itu sendiri.-Dasar pendidikan di Sparta bermatlamt untuk membentuk warganegara tentera yang sempurna manakala pendidikan di Arthens pula bermatlamat melahirkan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi rohani dan jasmani.

-Kurikulum merupakan skop atau isi kandungan yang terkandung dalam mata-mata pelajaran yg. diajarkan oleh institusi-institusi pendidikan seperti sekolah dan akademi.

Isi Jawapan

A. Dasar pendidikan negara kota Athens

1. Dasar pendidikan di Athens lebih bermatlamatkan kepada melahirkan warganegara atau individu yang boleh bertindak dan pembentukan warganegara yang sempurna.Dasar pendidikan Athens juga memberikan penekanan kepada latihan fizikal khususnya bagi melahirkan tentera dan pahlawan yang handal.Dasar pendidikannya lebih memberi penekanan kepada hasrat dan keinginan kerajaan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ilmu pengatahuan yang cukcp serta mampu mempertahankan negara.

2. Dasar pendidikan di Sparta pula lebih kepada melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan mental ,tubuh secara harmoni.Dasar

26

Page 27: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

pendidikannya adalah selaras dng matlamat utk mewujudkan warganegara yg kuat dari segi fizikal dan mentel utk mempertahankan dan melindungi negara.Salah satu aspek penting adalah latihan fizikal.

Kurikulum Pendidikan Sparta

1. Kurikulum pendidikan dalam masyarakat Sparta berasaskan kpd prinsip kehidupan masyarakatnya yg mendukung hasrat utk berkorban demi mempertahankan kebebasan dan kedaulatan tanah air. Oleh itu kurikulum pendidikannya mementingkan kekuatan seseorang warganegara mempertahankan negara.Kanak-kanak Sparta yang berumur 7 th keatas di wajibkan menjalani latihan ketenteraan untuk menjadi tentera yg berani dan handal.

2. dalam usaha melahirkan tentera atau warganegara yg kuat.Kanak-kanak dalam lingkungan 8-18 th akan melalui perbagai jenis latihan fizikal yg amat lasak dan ganas.di antara aktiviti lasak itu termasuklah melempar cakra,bergusti,melempar lembing dan pertandingan bertempur dgn musuh.Ia bertujuan utk menjadikan kanak2 tersebut lasak dan mempunyai nilai2 yg baik.

3. Di awal umur 19 tahun kanak-kanak ini di latih menggunakan senjata dan cara bertempur.Bahkan diadakan peperiksaan / pemeriksaan setiap 10 hari. Kanak – kanak itu juga disebat di tempat penyembahan dewa untuk menguji ketahanan , ketabahan dan kekuatan fizikal . Ia bertujuan untuk menyiapkan diri sebagai warganegara yang lasak dan berguna.

4. Dalam usia 20-an , warganegara diterapkan dengan nilai dan kehidupan ketenteraan /militer yang sebenar . Mereka dikehendaki berkhidmat dan menjalani 10 tahun dalam dunia peperangan dengan memburu binatang dan mengawal sempadan .Ia selaras dengan kehendak kerajaan sebagai persediaan untuk menjadi warganegara yang benar-benar lasak.

5. Kaum wanita juga diberikan latihan fizikal atau jasmani untuk meningkat taraf kesihatan mereka . kerajaan Sparta menganggap latihan ini penting untuk membolehkan kaum wanita melahirkan bayi yang sihat. Biasanya bayi yang baru dilahirkan dibiarkan beberapa lama di tanah lapang dan jika tahan dan sihat akan diambil untuk dilatih sebagai tentera.Kaum wanita akan dilatih dengan , berlari, melompat , melontar cakera dn lembing, bertinju disamping menari dan menyanyi. Ia bertujuan untuk menanamkan semangat patriotic dan melahirkan ibu yang sihat serta berketurunan baik.

Kurikulum Pendidikan Athens

1. Kurikulum pendidikan di Athens boleh di bahagikan kepada kurikulum zaman lama dan zaman baru. Kanak-kanan yang berusia 7 hingga 14 biasanya dihantar kesekolah dan menjalani latihan , belajar muzik dan pembacaan mengikut kandungan atau kurikulum zaman lama. (abad ke 6 S.M hingga 5 S.M).

2. Kanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai usia 12 hingga15 tahun , kurikulum dan latihan gimnastik akan di perkenalkan kepada mereka.

3. Kurikulum pendidikan bagi kanak2 yang berusia 15 tahun keatas pula lebih memberikan penumpuan kepada latihan/kemahiran dalam kursus lima bahagian yang dipanggil

27

Page 28: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

penthathlon. Ia meliputi lompatan,larian,tinju,lumba lari,membaling cakera dan tarian, termasuk juga kemahiran membaca dan menghafal .

4. Pada usia 18 tahun atau pada peringkat Universiti / Institusi awam pula, mereka diberikan kemahiran asas dalam muzik,membaca,menulis dan mengira. Individu perlu mengangkat sumpah untuk menjadi warganegara yang baik.Mereka juga diberikan pendidikan dalam kursus2 tugas2 ketenteraan untuk menjadi warganegara yang dikenali sebagai Ephebus(youth)

5. Manakala kurikulum zaman baru yang bermula dari pertengahan abad ke 5 S.M hingga ke 4S.M lebih memberi penekanan kepada membaca,retorik , ucapan , mengira, (aritmetik) dan tatabahasa. Kanak2 juga diajar menghafaz sajak dan syair di peringkat sekolah rendah. Diperingkat akedemi ( Sekolah Pendidikan Tinggi) pelajar2 bebas memberikan pendapat . Motifnaya adakah untuk menyediakan individu kepada kejayaan awam.

6. Pada masa usia antara 20-30 tahun , kurikulum seperti sains , aritmetik , geometri dan astronomi diperkenalkan dan diajar untuk mengasah berfikir dan mencari kebenaran serta melahirkan taat setia kepada negara. Pada usia 35 hingga 50 tahun , individu akan mengabdikan diri kepada kerja2 kebajikan dan kepentingan negara.

Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan

28

Page 29: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

7. Sejauh mana sistem pendidikan China menjurus ke arah menyediakan pelajar untuk peperiksaan awam?

Pengenalan

-Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia -Bentuk dan corak system pendidikan berbeza ikut masa,tempat dan adat

resammasyarakat -Berterusan sejak kelahiran sehingga akhir hayatSatu seni yg membolehkan manusia mengumpulkan segala pengalaman yg diperolehi dalam kehidupan dan menyampaikan pengalaman itu kpd generasi baru

Isi Jawapan

1) Sejarah Peperiksaan Awam China -bermula pada zaman Maharaja WuTi Dinasti Han –dikenali peperiksaan awam Chinapemerintahan berpusat perlukan pegawai-pegawai kerajaan yg cekap dan terlatih utk

mentadbir-sistem pendidikan tradisional Chna dimajukan utk lahirkan pegawai-pegawai cekap-mempengaruhi kebudayaan China selama 2000 tahun

2)Tujuan Pendidikan China-bukan utk memajukan individu @kehidupan social rakyatnya-tujuan memungkinkan murid lulus peperiksaan mengikut keperluan tertentu-mempunyai hbgn erat dengan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui

peperiksaan

3)Dasar Pendidikan China -menyediakan pelajar utk tiga peringkatijazah akademik dam 3 tahap peperiksaan iaitu

Tahap 1-peperiksaan kelayakan didaerah iaitu:-peperiksaan rasmi pertama di bandar utama kounty jika lulus, ijazah Hsiu Tsai

Tahap 2 -Peperiksaan Diperingkat ibukota Provin Si/wilayah-Jika lulus memperolehi ijazah Chun Jen

Tahap 3 -Peperiksaan Di ibu Kota Empayar/d istana dgn kehadiran Maharaja-Memperolehi ijazah Chin Shih-ahli-ahli akademik ini dilantik menjadi ahli Han-Lin (Imperial Academy)-3 ahli akademi paling tinggi diberi gelaran Chuang Yuan

4)Institusi pendidikan China-Sekolah Rendah -di rumah guru,pagoda lama,rumah berhala,pondok,rumah penaung yg

kaya -Sekolah Menengah -tajaan kerajaan,persendirian dibiayai golongan kaya atau pegawai-pegawai awamSekolah Tinggi -Maharaja Wu Ti dirikan sekolah tinggi di ibu kota

5)Peraturan/ Syarat-syarat Menduduki Peperiksaan -Peperiksaan diduduki setelah tamat pendidikan menengah untuk layak memegang

jawatan kerajaan -Tiada had umur utk duduki peperiksaan (contoh :anak,ayah,datuk-serentak)-peraturan ketat sepanjang waktu -peperiksaan peringkat daerah- 3 hari-peperiksaan peringkat wilayah-3 tahun sekali

29

Page 30: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

-penipuan dlm peperiksaan –hukum mati-ada amalan tidak jujur seperti pljr menipu dan pegawai kerajaan terima rasuah

6) Kurikulum Peringkat awal

- Belajar dirumah- Teks digunakan san Tzu Ching iaitu ringkasan cerita pendek falsafah Confucias

dan sejarah Cina *Sekolah rendah

- belajar tulis huruf penting- hafal 9 buku suci antaranya Five Classics,The Four Books dll.

Sekolah Menengah - Dibekalkan latihan karangan,kesusasteraan dan esei Sekolah Tinggi

-terjemahkan buku2 suci ke dlm bahasa cina moden- jelaskan kandungan buku suci - penulisan esei.

KESIMPULAN

-Pendidikan rasmi China berkembang melalui dikri yang ditentukan oleh orentasi kebudayaan China

-Walaupun system pendidikasn China menjurus kepada peperiksaan awam tetapi ia masih bersifat intelekual dan praktikal

8. Institusi Pendidikan merupakan satu saluran penting dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada masyarakat . Galurkan perkembangan institusi Pendidikan Tamadun India dan Tamadun Eropah sehingga Zaman Pertengahan .

Pendahuluan onsep institusi / institusi Pendidikan Contoh2 institusi Pendidikan dan peranannya

30

Page 31: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

Isi Jawapan

A. Tamadun India

1) Zaman Klasik / Vedik-Sistem Pendidikan India diperkenalkan pada zaman vedik (1500 SM)-Institusi Pendidikan terawal bermula di rumah Brahmana (guru) – pelajar2 mempelajari cara untuk menjalankan pelbagai upacara keagamaan dan subjek / pengajian utama dalam Veda , Vedanga (6 cabang ) dan Purana (8 jenis )-Pendidikan rendah lazimnya dikendalikan oleh sekolah2 yang ditadbir keluarga Brahmana . dan tanah2 untuk tujuan membina dan mengurus sekolah2 dianugerahkan oleh raja .-Institusi Pendidikan yang dikenali sebagai Matha di Kashmir – kuliah dalam pelbagai subjek dikendalikan oleh pakar dan diikuti oleh soal jawab .-Institusi pengajian lain – Varanasi , Chitor , Sarasvati Mandira , Bodh-Gaya , Valabhi dll.-2 universiti yang terkenal – Vikramasila dan Nalanda sarjana berkumpul secara formal untuk membahaskan tentang pelbagai subjek seperti syair, muzik dan kesenian .Perhimpunan sarjana dikenali sebagai Gosti dan Pandita Sabha yang dinaungi oleh raja .

2) Tamadun India –Zaman Petengahan -Terdapat 3 institusi Pendidikan utama iaitu maktab ,sekolah (digabungkan dengan masjid dan khanqah) dan madrasah-Maktab dan sekolah menyediakan Pendidikan peringkat rendah –membaca dan menulis ilmu kira2 manakala madrasah pusat pengajian tinggi . Sistem Pendidikan dibiayai dan dikawal oleh kerajaan .-Pemerintah Babur (Zaman Moghul) menubuhkan madrasah di Delhi untuk mengajar mata pelajaran teologi islam ,matematik ,astronomi dan geografi .semasa pemerintahan Akhbar semua pelajar dikehendaki belajar buku2 mengenai moral, matematik,pertanian,geometri,,astronomi lojik ,peraturan kerajaan,sains,sejarah,dan lain2.-Pendidikan mengalami perkembangan yang berterusan dan banyak madrasah menjadi pusat2 pengajian dan budaya yang penting di India di dirikan .

B. Tamadun Eropah

1) Zaman Yunani -Di kota Sparta pendidikannya adalah untuk melahirkan warga negara yang lasak dan berani menyebabkan institusi pendidikannya terdiri daripada berek2 tentera untuk melatih belia2 menjadi tentera.-Di Athens institusi sekolah untuk mengadakan latihan gimnastik dan muzik selain membaca menulis dan mengira.Pada kurun ke-5 M akibat perubahan ekonomi dan politik lahir bentuk Pendidikan baru di Athens.-Pendidikan baru ini ,disiplin yang ketat telah dilonggarkan dan wujud golongan guru yang dikenali sebagai sofis yang melengkapkan diri dengan ilmu untuk memenuhi keperluan Pendidikan.Tumpuan gurunya untuk mengajar membaca,menulis ,aritmetik menghafal sajak2 Homer dan hasil2 karya penyair lain .-Belia diajar untuk mengambil bahagian dalam kehidupan awam – cara untuk bercakap . hasilnya pada abad ke-4 lahir sekolah2 pendidikan tinggi yang menawarkan kursus yang tetap dan kaedah kritikan dan perbincangan yang routine.

31

Page 32: Soalan 1 · Web viewKanak- kanak yang berusia 7 tahun , kurikulum sekolah lebih bersifat memberi latihan fizikal yang ringan dan permainan bola . Apabila kanak2 tersebut mencapai

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B – Tamadun Islam mrazman.co.cc

2). Tamadun Eropah –Zaman Graeco- Roman -Sekolah stoic dan epicurean diasaskan oleh zeno dan epicurus mengikut asas yang sama seperti academy dan lyceum.Sekolah2 ini menekankan kehidupan berasaskan pengetahuan dan penelitian.-Kebudayaan Hellenistik berkembang ke timur dan barat Greek sebagai pusat pendidikan menemukan pelajar dari semua bahagian dunia.Di Alexandria muncul perpustakaan agung yang didirikan oleh Ptolemy Soter.-Muzium Alexandria dikenali sebagai The Temple Of The Muses didirikan untuk meneruskan kerja sebagai pertemuan ahli akademik dan penyelidik yang mengabadikan diri mereka untuk penyelidikan melalui perbelanjaan diraja.

3) Tamadun Eropah- Zaman Rom -Keluarga sebagai institusi pendidikan pertama dan mereka menerima latihan dalam bentuk perlakuan yang baik dan keperluan kepada obligasi social.-Kanak2 lelaki belajr dengan tekun tentang kehidupan secara formal daripada bapa dan kanak2 perempuan akan mendapat latihan dirumah daripada ibu.-Zaman Republik muncul institusi sekolah yang menekankan pembacaan dan latihan yang diperlukan untuk kehidupan tentera dan pengkajian tentang undang2 Twelve Tables.-Pendidikan Rom sebelumZaman Empayar adalah praktikal dan untuk memenuhi kehendak pekerjaan dengan matlamat untuk melahirkan warganegara dan tentera yang cekap.-Warganegara diperlukan untuk mentadbir negara menyebabkan institusi sekolah ditaja oleh kerajaan untuk memenuhi aspirasi tersebut.

4) Tamadun Eropah- Zaman Pertengahan

-Zaman Gelap tidak menjanjikan sebarang harapan kepada masyarakatnya-institusi gereja melalui sekolah2 monastri muncul sebagai institusi pendidikan yang penting.Pendidikan lebih menekankan kepada soal agama dan bertujuan menyediakan individu untuk kehidupan selepas mati.

-Monastri Monte Cassino di kuil Appolo-7 jam kerja manual dan 2 jam pembacaan.

-Frank Charlemagne menjadikan istana sebagai pusat pendidikan dengan mewajibkan setiap monastri mempunyai sekolah untuk kanak2 belajar menyanyi,mengira dan tatabahasa.Beliau menarik ahli akademik ke istananya-Peter dari Pisa dan Alcuin dari York.

-Kestabilan plitik pada kemuncak Zaman Pertengahan telah merintis kepada penubuhan Universiti .Sekolah bertambah dan lebih bersifat secular-dikenali sebagai studia generelia dan kemudianny universiti.Universiti2 awal diEropah Oxford dan Canbridge.-Subjek2 diajar seperti bidang perubatan,undang2 dan teologi.

Kesimpulan (2m)

-Institusi pendidikan di Eropah berkembangmengikut keperluan politik,ekonomi dan sosial.-Di India asas institusi pendidikan bermula pada Zaman Vedik dan berkembang menjadi kompleks sehingga Zamann Pertengahan India.

32