Slide Perbankan Islam

download Slide Perbankan Islam

of 34

description

Sistem Kewangan Islam

Transcript of Slide Perbankan Islam

PPPM 3163 PENGURUSAN KEWANGAN ORGANISASI ISLAM

PPPM 3163PENGURUSAN KEWANGAN ORGANISASI ISLAMTAJUK:PRINSIP-PRINSIP PERBANKAN ISLAM DI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA

PEMBENTANG:NUR KAMILAH BINTI ALI (A138315)HAFAWATI BINTI WAHAB (A138365)NUR FATEHAH BINTI ZAKARIA (A135878)

PENGENALANPerbankan Islam merupakan suatu sistem yang menjalankan pelaksanaan berdasarkan hukum Islam dan tidak membenarkan pembayaran dan penerimaan faedah tetapi menggalakkan perkongsian keuntungan.Bank-bank dan institusi institusi kewangan Islam dikehendaki mewujudkan atau menubuhkan sebuah jawatankuasa penasihat Syariah untuk menasihatkan mereka mengenai peraturan Syariah dan memastikan mereka mematuhinya.Terdapat 10 prinsip perbankan Islam yang diamalkan perbankan Islam di Malaysia yang mana ianya akan dibincangkan iaitu prinsip Wadiah, Mudharabah, Musyarakah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil, Wakalah, Ijarah, Qard al-Hasan, Bai al-Inah dan Hibah.

WADIAHKontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanahDalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai simpanan di bank.Bank akan menjamin keselamatan barang yang di simpan oleh pelanggannya.Sekiranya berlaku kerosakan kepada barangan, pihak yang menjaganya tidak diminta membayar gantirugi kecuali ia disebabkan oleh kecuaiannyaWadiah bentuk amanah(Yad al-Amanah) ini boleh berubah menjadi bentuk jaminan(Yad al-Dhamamah) apabila pemegang amanah barang atau wang menggunakannya dengan syarat telah memperoleh kaizinan dari tuannya seperti yang berlaku dalam industri kewangan.Rukun wadiah ada 4 : Penyimpan, Orang yang menerima simpanan, barang simpanan dan akad.MUDHARABAHAkad yang telah dikenal oleh umat Islam sejak zaman nabi, bahkan dipraktikkan oleh bangsa Arab sebelum turunnya agama Islam lagi.Ketika Nabi Muhammad saw sebagai peniaga, beliau menjalankan akad mudharabah dengan Siti Khadijah.Oleh yang demikian, ditinjau dari segi hukum Islam, maka mudharabah dibolehkan, baik menurut Al-Quran, Sunnah dan IjmaRukun-rukun mudharabah yang harus ada dalam akad mudharabah adalah mesti ada pelaku iaitu pemilik modal, barang mudharabah (modal dan kerja), persetujuan kedua-dua belah pihak (ijab dan qabul), dan nisbah keuntungan.

MUSYARAKAHBerasal dari bahasa Arab yang diambil dari kata syaraka yang bermaksud bersekutu, menyetujui.Menurut istilah, musyarakah adalah akad kerjasama antara dua pihak memberikan kontribusi dana dengan kesepakatan bahawa keuntungan dan risiko akan ditanggung bersama sesuai dengan kesepakatan(Lewis & Algoud) musyarakah sebagai sebuah bentuk perkongsian dimana dua orang atau lebih menggabungkan modal atau kerja mereka untuk membahagi keuntungan, menikmati hak-hak dan tanggungjawab yang sama. Rukun musyarakah ada lima iaitu pemegang-pemegang saham dan rakan-rakan kongsi, modal, projek, untung dan sighah iaitu ijab dan qabul. MurabahahSalah satu skim fiqah yang paling diminati & digunakan oleh perbankan Islam. Bermaksud penjualan barang tersebut ditambah keuntungan yang disepakati.Contohnya, seseorang membeli barang kemudian menjual semula dengan mendapatkan keuntungan tertentu.Nilai keuntungan tersebut dapat dinilaikan dengan nilai ringgit dan sebagainya.Oleh itu, murabahah adalah akad jual beli barang dengan menyatakan harga pembelian barang dan keuntungan yang disetujui oleh penjual dan pembeli.Dalam definisi juga ada disebut keuntungan yang disepakati, murabahah adalah penjual harus memberitahu pembeli tentang harga pembelian barang dan menyatakan jumlah keuntungan yang ditambah pada pembayaran tersebut. Contohnya, si Fulan membeli unta 30 dinar, pembayaran yang dikeluarkan 5 dinar, maka ketika menawarkan untanya, ia mengatakan, saya jual unta ini 50 dinar, saya mengambil keuntungan 15 dinar.Para ulama berbeza pendapat tentang pembayaran apa sahaja yang dapat dibebankan kepada harga jual barang tersebut.ulama Mazhab Maliki membolehkan pembayaran yang berkait dengan transaksi tersebut, namun memberikan nilai tambah pada barang itu. Ulama mazhab Hanafi juga membenarkan membebankan pembayaran yang secara umum timbul dalam suatu transaksi jual beli, namun mereka tidak membolehkan pembayaran yang memang semestinya dilakukan oleh si penjualUlama mazhab Hambali pula berpendapat bahawa semua pembayaran langsung ataupun tidak langsung dapat dibebankan pada harga jualan selama pembayaran itu harus dibayarkan kepada pihak ketiga dan akan menambah nilai barang yang dijual.Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa keempat mazhab membolehkan pembebanan pembayaran langsung yang harus dibayarkan kepada pihak ketiga.Keempat mazhab bersepakat tidak boleh membebankan pembayaran langsung yang berkaitan dengan pekerjaan yang memang semestinya dilakukan penjual mahupun pembayaran langsung yang berkaitan dengan perkara-perkara bermanfaat.

BAI BITHAMAN AJILDikenali sebagai jualan harga tertangguh.Urus niaga ini melibatkan proses menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang dan ditangguhkan pembayarannya sehingga ke satu waktu atau tempoh yang telah ditetapkan.Satu kontrak perjanjian oleh pembiaya untuk membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan tersebut dengan harga pokok dan keuntungan. aktiviti perniagaan jual beli tangguh yang diharuskan sama seperti jual beli biasa. Perbezaan antara jual beli tangguh dan jual beli biasa dan harga jualan itu meningkat mengikut tempoh masa penangguhan yang dikehendaki oleh pelanggan. Asas bagi al-Bai Bithaman Ajil adalah merujuk kepada hukum yang berdasarkan nas yang terkandung dalam al-Quran surah Al-Baqarah(2) ayat 275 Rukun al- Bai Bithaman Ajil = rukun yang digunakan dalam muamalah jual beli.Terdapat tiga rukun jual beli dalam Islam iaitu yang pertama dua pihak yang beraqad iaitu penjual dan pembeli, yang kedua ilah dua aset barang yang diaqadkan iaitu harta jualan dan harga bayaran dan rukun yang ketiga ialah dua lafaz sighah aqad iaitu ijab dan kabul. WAKALAHMewakilkan suatu urusan kepada orang lain, pemberian amanah dari seseorang kepada orang lain atas sesuatu pekerjaan agar orang yang menggantikan melaksanakan pekerjaan tersebut.juga bermaksud kekuasaan oleh seseorang kepada orang lain.Al-wakalah dari segi bahasa bermaksud memelihara, menjaga, menjamin dan mengganti.Contohnya, apabila seorang mewakilkan seorang yang lain, bererti orang yang menerima perwakilan itu tetap bertawakal kepada Allah, ianya bermaksud menyerahkan urusannya kepada Allah.Dari segi pengertian syara pula, Wakalah ialah satu pihak menyerahkan sesuatu urusan yang boleh diwakilkan mengikut syara kepada pihak lain ketika pihak yang pertama itu masih hidup. Pelantikan seseorang mengambil tempat seseorang dan mewakilinya bagi melaksanakan sesuatu tugas bagi pihaknya seperti membuat perjanjian, memberi dan memungut hutang dan lain-lain lagi semasa orang yang diwakili masih hidup.Akad ini memberi kuasa kepada wakil atau agenmenjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang diwakilinya. Konsep Wakalah atau perwakilan adalah diharuskan mengikut peruntukan yang digariskan oleh Islam dan ianya terpakai di dalam pelbagai urusan kehidupan manusia sama ada yang menyentuh hak-hak Allah ataupun yang berkaitan dengan hak-hak manusia.Kewujudan konsep perwakilan sangat mustahak kepada manusia di mana ianya sangat meluas dipraktikkan di dalam urusan seharian mereka. Sebagai contohnya, pada hari ini, pelbagai aktiviti yang berlaku di dalam urusan perdagangan yang melibatkan aktiviti pelaburan, penanaman modal, pembelian saham, perniagaan dan tidak kurang juga dalam aktiviti-aktiviti pemasaran Rukun-rukun wakalah ada empat: Wakil, pihak yang berwakil, perkara yang diwakili & kontrak(lafaz).Jenis Wakalah pula ada dua iaitu yang pertama ialah Wakalah Mutlaqah dan yang kedua ialah Wakalah Muqayyadah.Wakalah Mutlaqah tialah idak terikat dengan syarat tertentu selain dari syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian.Wakalah Muqayyadah iaitu diikat dengan syarat tertentu, dihadkan masa atau keadaan.

QARD AL-HASANMerupakan pinjaman tanpa bunga yang diberikan untuk tujuan kebaikan.Peminjam hanya mengharapkan pembayaran balik sejumlah pinjaman pokok.Tetapi peminjam boleh memberi hadiah atau hibah kepada pemberi pinjaman.Penerima wang atau barang wajib mengembalikan pinjaman atau membayar hutang pada masa atau tempoh yang sesuai dengan perjanjianPemberi pinjaman dibenarkan untuk menerima kelebihan pembayaran secara sukarela dari penerima pinjaman sebagai tanda terima kasih.Al-qard al-hassan gabungan dari dua kata, al-qard dan al-hassan. al-qard berasal dari kata al-qatu yang berertipotongan iaitu harta yang dibayarkan kepada muqtarid iaitu yang diajak qard,.Dinamakan dengan qard karena pemilik memotong sebahagian hartanya untuk diperdagangkan dan memperoleh sebahagian keuntungannya. Al-qard dari segi bahasa ialah sebahagian pinjaman atau hutang, sedangkan al-hassan ertinya baik. Apabila digabungkan al-qard al-hassan bererti pinjaman yang baik.Al-qard adalah suatu aqad perjanjian antara penghutang dengan peminjam yang melakukan hutang dan piutang. Rukun Qard al-Hasan ada empat : (1) Pemiutang, (2)Tiada unsur paksaan, (3)berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat, (4)Sighah.IJARAHMemberi penyewa kesempatan untuk mengambil pemanfaatan dari barang sewaan untuk jangka waktu tertentu dengan membayar upah yang sepatutnya telah dipersetujui bersama atau akad pemindahan hak guna atas barang melalui pembayaran upah sewa, tanpa diikuti dengan pemindahan pemilikan barang itu sendiri. Ijarah juga berasal daripada perkataan Arab Al-ajr yang membawa maksud upah atau ganjaran kepada apa yang dilakukan. Menurut istilah fuqah, ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tertentu. Ijarah juga bermaksud untuk menggunakan manfaat bagi harta dari segi ciri fizikal seperti bangunan atau dari segi pekerjaan seperti buruh. Kontrak Ijarah mempunyai tiga rukun iaitu (1)dua pihak yang berkontrak, (2)sighah, (3)perkhidmatan (manfaat) yang diberikan sewa atau upah. Terdapat dua jenis kontrak sewa iaitu sewa barangan dan sewa jaminan. Sewa barangan ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh daripada barangan tertentu,.Sewa jaminan pula ialah sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperoleh melalui jaminan pemilik. BAI AL-INAHMerupakan penjualan asset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh dan seterusnya asset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun.Dr Azizi Abu Bakar menyatakan didalam jurnal beliau bahawa al-Bai merupakan satu kontrak penukaran harta dengan harta melalui prosedur tertentu iaitu yang mengandungi penawaran dan penerimaan (ijab dan qabul) yang mana ianya melibatkan pemberiaan dan penerimaan milik serta mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.al-Inah diambil daripada perkataan al-Ain yang bermaksud al-Naqd iaitu wang tunai. diantara definisi atau takrifan yang masyhur bagi Bai al-Inah ialah satu keadaan dimana seseorang yang berkehendakkan wang tunai datang kepada seseorang yang lain untuk memohon pinjaman. Sebagai Pemiutang pula enggan memberikan pinjaman kecuali beliau mendapat keuntungan daripada pinjaman itu dan dalam masa yang sama beliau menyedari bahawa keuntungan itu akan membawa kepada riba yang mana ianya jelas diharamkan didalam Islam.HibahHibah merupakan sagu hati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi atau manfaat yang diterima. menurut penulisan Nasrul Hisyam Nor Muhamad di dalam Jurnal beliau, Hibah merupakan perkataan Arab yang berasal daripada kata kerja wahaba yang bermaksud tabarru atau pemberian tanpa balasan. Ibnu Manzur mentakrifkan hibah suatu pemberian yang bukan untuk mendapatkan sebarang balasan dan tidak juga mempunyai sebarang tujuan.

Perkataan Hibah sebenarnya telah diterima sebagai perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa arab. Dalam kamus dewan, hibah ataupun hibbah ditakrifkan sebagai pemberian hak yakni harta secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik. Secara umumnya prinsip hibah bukanlah satu prinsip utama dalam pembangunan atau pembinaan produk perbankan Islam.Prinsip atau kontrak yang dianggap sebagai prinsip utama dalam membentuk sesebuah produk perbankan Islam adalah seperti kontrak-kontrak jual-beli (al-Bai), sewaan (Ijarah), gadaian (al-rahn), perkongsian atau bersekutu (Syarakah), perkongsian untung rugi (mudharabah), dan simpanan (wadiah). Manakala prinsip hibah hanya digunakan sebagai suatu prinsip sampingan di dalam kontrak-kontrak utama yang telah disebutkan tadi.Oleh kerana matlamat utama perbankan Islam adalah untuk menjalankan perniagaan yang berorentasikan keuntungan, maka prinsip hibah yang bersifat tabarru iaitu sumbangan atau pemberian budi bicara daripada pihak bank adalah merupakan sesuatu yang tidak diberi penekanan.Namun prinsip ini tetap boleh dijadikan sebagai satu prinsip sokongan kepada produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam. KESIMPULANKonsep dan objektif penubuhan perbankan Islam adalah berlandaskan kepada dua faktor iaitu faktor agama dan faktor keuntungan. Berbeza dengan konsep perbankan konvensional yang mana ianya hanya berdasarkan faktor keuntungan semata-semata.Oleh yang demikian, sistem perbankan Islam yang komprehensif bukan sahaja menumpukan aspek larangan riba tetapi juga perlu meliputi aspek perundangan yang akan menjadi asas untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan.

Sebagai kesimpulan, kepelbagaian bentuk kontrak-kontrak atau prinsip-prinsip yang ada menunjukkan keunikan system muamalat dalam Islam. Setiap kepelbagaian bentuk kontrak atau prinsip adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh setiap manusia dalam kehidupan di dunia ini.