SITI NORBAIZURA BINTI HJ. AWAD - fp.utm.my · kuliah dengan PBL menurut pandangan pelajar dan...
Transcript of SITI NORBAIZURA BINTI HJ. AWAD - fp.utm.my · kuliah dengan PBL menurut pandangan pelajar dan...
KAJIAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENDEKATAN
“PROBLEM-BASED LEARNING” (PBL)
(SUATU KAJIAN TINJAUAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
KUBANG KERIAN, KELANTAN)
SITI NORBAIZURA BINTI HJ. AWAD
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
i
KAJIAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR TERHADAP
PENDEKATAN “PROBLEM-BASED LEARNING” (PBL)
(SUATU KAJIAN TINJAUAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
KUBANG KERIAN, KELANTAN)
SITI NORBAIZURA BINTI HJ. AWAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
iii
DEDIKASI
Buat insan yang disayangi
Abah dan Ummi,
Tuan Haji Awad b. Sheikh Omar
Puan Hajjah Sharifah Badariah bt. Syed Ahmad
Terima kasih atas doa dan sokongan.
Sekalung budi atas kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan ku
Saudara Kembar ku
Siti Norbahiyah bt. Haji Awad
Terima kasih kerana amat memahami diri ini
Adik ku
Muhammad Saddam Hussein Al-Abas b. Haji Awad
Semoga naskhah ini boleh menjadi panduan dirimu kelak
Atok dan Tok Pah
Terima kasih atas segala pertolongan
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan
mulia Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn.Sanitah bt. Md.
Yusof dan Cik Hadijah bt. Jaffri yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta
bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan sekalung terima kasih
juga kepada pihak Universiti Sains Malaysia, terutamanya Pengerusi Jawatankuasa Fasa
Dua, Dr. Fuad b. Abd. Rahim di atas kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Penghargaan tidak terhingga saya buat para pelajar yang sudi meluangkan masa dan
memberi kerjasama yang baik dalam menjawab soal selidik ini.
Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai
yang banyak membantu dan memberi idea serta membakar semangat untuk terus
berjuang ketika menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada
individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini memberi tumpuan kepada persepsi pelajar terhadap pendekatan
pembelajaran berasaskan masalah iaitu “Problem-Based Learning” (PBL). Bagi tujuan
tersebut satu kajian telah dijalankan ke atas 54 orang sampel yang terdiri daripada para
pelajar tahun dua, tiga dan empat yang mengambil jurusan perubatan di Universiti Sains
Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Penyelidikan yang telah
dijalankan menggunakan soal selidik dengan cara mengemukakan 24 item yang
berkaitan dengan objektif kajian iaitu pandangan pelajar mengenai PBL, faktoryang
dominan bagi mendorong mereka terlibat aktif dalam PBL, perbezaan antara pendekatan
kuliah dengan PBL menurut pandangan pelajar dan kelebihan serta kelemahan PBL
menurut pandangan pelajar. Nilai bagi Cronbach Alpha ialah 0.8070. Data prima yang
dikumpul dianalisis dengan komputer menggunakan perisian khas iaitu “ Statistical
Package For The Social Sciences” Versi 13.0 (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan
para pelajar bersetuju bahawa PBL menggalakkan mereka belajar secara kendiri.
Interaksi dan komunikasi yang baik di antara rakan dalam kumpulan amat mendorong
mereka untuk terlibat aktif dalam kumpulan. Para pelajar juga bersetuju mereka
memerlukan lebih komitmen terutamanya dari segi masa untuk PBL berbanding kuliah.
Pelajar juga menyatakan bahawa PBL menggalakkan mereka untuk berdikari dalam
pembelajaran dan juga menjadi individu yang analitikal dan kritis.
vi
ABSTRACT
The focus of this research is to study students’ perceptions regarding Problem-
Based Learning (PBL) approach. The research has been carried out to 54 students of
second, third and fourth year medical students, University Science of Malaysia, Health
Campus, Kubang Kerian, Kelantan. The research was conducted through a survey by
giving questionnaires of 24 items related to the objectives of this study which are to
identify students’ perception regarding PBL, to identify dominant factor that motivate
them to get involve actively in PBL, to identify the difference between lectures method
and PBL and the advantages and disadvantages of PBL method from students’ point of
view. The value of Alpha’s Cronbach is 0.8070. The data was analysed using the
Statistical Package for the Social Sciences Version 13.0 (SPSS) software. From the
result, it was found that they agree PBL help them to self-regulate their learning. Good
interaction and communication among group members greatly motivate them to involve
actively in PBL. Based on the findings, the students state that PBL demands their
commitment in terms of time as compared to lecture. The students agree that PBL
encourages them to be independent in their learning as well as to be analytical and
critical individual.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Halaman Abstrak Dalam Bahasa Malaysia v
Halaman Abstrak Dalam Bahasa Inggeris vi
Halaman Kandungan vii
Halaman Senarai Lampiran xi
Halaman Senarai Jadual xii
Halaman Senarai Rajah xiii
Halaman Senarai Singkatan xiv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Istilah / Definisi 11
1.8.1 Persepsi 11
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Pendekatan 12
1.8.4 “Problem-Based Learning” /
Pendekatan Berasaskan Masalah 12
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pendekatan Pengajaran 15
2.3 Sejarah Latarbelakang PBL 16
2.4 Kaitan PBL Berkaitan Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 17
2.4.1 Kepentingan KBKK dalam Proses P&P 17
2.4.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif 18
2.5 Pendekatan Berasaskan Masalah /
“Problem-Based Learning” 21
2.6 Prinsip dalam PBL 24
2.6.1 Konstruktivisme 24
2.6.2 Teori Pembelajaran Konstektual 25
2.6.3 Pembelajaran Secara Inkuri atau Diskoveri 26
2.6.4 Pembelajaran Berorientasikan Maklumat 26
2.6.5 Teori Pembelajaran Koperatif 27
2.7 Konsep Pendekatan PBL 27
2.8 Ciri-Ciri Pendekatan PBL 29
2.9 Proses Dalam Pendekatan PBL 30
2.10 Kemahiran Dalam PBL 31
ix
2.11 Peranan Pendidik Dalam Pendekatan PBL 31
2.12 Peranan Pelajar Dalam Pendekatan PBL 33
2.13 Kelebihan / Kebaikan Dalam Pendekatan PBL 34
2.14 Kelemahan Dalam Pendekatan PBL 35
2.15 Perbezaan Pendekatan PBL Dengan Pendekatan
Tradisional 37
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian 40
3.4 Instrumen Kajian 41
3.5 Prosedur Kajian 44
3.6 Kajian Rintis 45
3.7 Analisis Data 45
3.8 Penutup 47
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Data Bahagian A 48
4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina dan
Tahun Pengajian 49
4.2.2 Analisis Responden Mengikut
Kaum 50
x
4.2.3 Analisis Responden Mengikut
Umur 51
4.2.4 Analisis Responden Mengikut
Kelayakan Tertinggi 52
4.3 Analisis Data Bahagian B 53
4.3.1 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 1 54
4.3.2 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 2 57
4.3.3 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 3 59
4.3.4 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 4 61
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 65
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 68
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 70
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 72
5.3 Rumusan Kajian 74
5.4 Cadangan Kajian 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
Rujukan 78
Lampiran 86
xi
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Perkara Muka Surat
A Surat Pengesahan Dari Fakulti Pendidikan,UTM 86
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Pihak
EPRD 88
C Instrumen Kajian ( Soal Selidik) 91
D Kajian Rintis (Kesahan dan Kebolehpercayaan Ujian) 97
E Analisis Data Bagi Kajian Sebenar 100
xii
SENARAI JADUAL
No. Jadual Tajuk Muka Surat
2.1 Perbezaan Di Antara Pendekatan PBL dan Kuliah 38
3.1 Bilangan Populasi Dan Sampel Kajian 41
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 43
3.3 Ringkasan Cara Permarkatan 44
3.4 Kaedah Analisis Data Bahagian A dan Bahagian B 46
3.5 Penunjuk Nilai Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian
Terhadap Responden 47
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Tahun Pengajian 49
4.2.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Mengikut Kaum 50
4.2.3 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Umur 51
4.2.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Bagi
Kelayakan Ter tinggi Responden 52
4.3.1 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 1 54
4.3.2 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 2 57
4.3.3. Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 3 59
4.3.4 Analisis Data Bagi Persoalan Kajian 4 61
xiii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
5.1 Carta Bar Taburan Nilai Min Setiap Item Bagi
Persoalan Kajian 1 65
5.2 Carta Bar Taburan Nilai Min Setiap Item Bagi
Persoalan Kajian 2 68
5.3 Carta Bar Taburan Nilai Min Setiap Item Bagi
Persoalan Kajian 3 70
5.4 Carta Bar Taburan Nilai Min Setiap Item Bagi
Persoalan Kajian 4 72
xiv
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PBL - “Problem-Based Learning”
PPSP - Pusat Pengajian Sains Perubatan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menyusuri peredaran masa, diperhatikan bahawa pelbagai percubaan dan usaha
dibuat untuk membangun dan memperbaiki sistem pendidikan sedia ada yang berbentuk
tradisional seperti kaedah mengajar dan menulis sahaja. Menurut Whitman (1996),
penggunaan pelbagai jenis pendekatan pembelajaran boleh membantu untuk memenuhi
gaya pembelajaran para pelajar yang sememangnya agak berbeza-beza antara satu sama
lain. Ini kerana tidak semua pelajar selesa dengan pendekatan pembelajaran berbentuk
pasif.
Sejak kebelakangan ini, salah satu dari cabang kajian dalam bidang pendidikan yang
sering menjadi tumpuan para penyelidik ialah pendekatan atau kaedah pembelajaran
yang berasaskan masalah atau lebih disebut sebagai ‘Problem-Based Learning’ (PBL).
Menurut Barrows & Tamblyn (1980), PBL terlebih dahulu digunakan dalam kurikulum
pendidikan jurusan perubatan di Universiti McMaster, Kanada dan Universiti Western
Case, Amerika Syarikat.
2
Menurut Marin Covinch (2001), pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dan
kes sebenar atau lebih dikenali sebagai “Problem-Based Learning” (PBL) merupakan
salah satu inovasi kurikulum yang sangat popular di dalam bidang pendidikan.
Berdasarkan pemerhatian dari perubahan yang telah dibuat, didapati bahawa aspek yang
ditekankan dalam pendekatan ini dapat menggalakkan pelajar supaya lebih telus,
fleksibel dan dapat mempelbagai cara berfikir. Selain itu, paradigma PBL juga dilihat
dapat merentasi pelbagai disiplin pelajaran. Tambahan pula, integrasi di antara isi
kandungan pembelajaran dengan aplikasi kehidupan sebenar wujud dalam pendekatan
ini melalui konteks penyelesaian sesuatu masalah atau kes yang diberi adalah
berdasarkan realiti kehidupan.
Tan (2000), menyatakan rekabentuk PBL sebenarnya melibatkan beberapa aspek
yang menjadi tumpuan dalam pendidikan, iaitu aspek yang pertama dilihat adalah dari
segi liputan pembelajaran di mana ia lebih menumpu kepada penyelesaian masalah yang
dikemukakan kepada pelajar. Aspek kedua yang dilihat dari segi tenaga pengajar iaitu
fokusnya adalah peranan, kepakaran dan bimbingan seorang fasilitator. Seterusnya, jika
dilihat dari segi peranan pelajar pula, fokus utama ialah penglibatan pelajar iaitu
seharusnya berubah dari kelompok pelajar yang pasif kepada kepada pelajar yang aktif
untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
Fincham & Schuler (2001), juga menyatakan perkara utama yang wujud dalam
pendekatan ini adalah menguasai penyelesaian masalah atau kes yang diberi dan bukan
hanya semata-mata menguasai fakta pembelajaran sahaja. Apa yang lebih penting para
pelajar harus bekerjasama di dalam satu kumpulan dengan menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dari situ, para
pelajar sudah pasti dengan sendirinya dapat mengenalpasti apa yang mereka perlu tahu
dan menentukan arah tuju pembelajaran mereka dengan sendirinya.
Menurut Schmidt (1999), PBL juga merupakan satu inovasi dan pendekatan yang
baru lagi terkini bagi membantu mengatasi masalah yang timbul akibat penggunaan
kurikulum tradisi di kebanyakan institusi pengajian tinggi. Menurutnya melalui PBL
3
beberapa objektif pembelajaran dapat direalisasikan seperti dapat menyediakan satu
pengetahuan yang lebih mudah untuk dikekalkan dalam minda pelajar dan pengetahuan
tersebut relevan digunakan apabila menceburi bidang pekerjaan kelak.
Selain itu, menerusi PBL juga dilihat dapat memberi peluang kepada para pelajar
untuk meluaskan pengetahuan dan menjadi lebih kreatif. Mereka juga akan sentiasa
prihatin terhadap sebarang perubahan situasi semasa di alam pekerjaan. PBL juga
berpotensi untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar
bagi situasi tertentu yang mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran-
kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang positif dan emosi yang stabil, maka ini
akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara. Kualiti
sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah
negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.
1.2 Latarbelakang Masalah
Menurut Wood (1997), satu perspektif yang sering tergambar mengenai
pembelajaran di peringkat institusi pengajian tinggi ialah perlaksanaan kurikulumnya
sudah tentu melibatkan sesuatu yang abstrak dan memerlukan daya pemikiran aras tinggi.
Dalam erti kata lain, misi institusi pengajian tinggi supaya ilmu dapat disampaikan melalui
sesuatu yang berbentuk fakta kepada pengaplikasian pengetahuan dalam satu situasi yang
berkaitan dengannya. Menurut Pellgrino et.al (1995), melalui cara ini, ia mungkin dapat
membantu para pelajar agar berjaya dalam bidang yang diceburi terutamanya bidang kerja
pada masa hadapan dan dalam kehidupan seharian.
Menurut de Sanchez (1995), secara logiknya, aktiviti berfikir secara kritis dan kreatif
sepatutnya terdapat di dalam setiap kursus di universiti di dunia ini. Tetapi para ilmuan
4
dan ahli professional berpendapat bahawa peluang untuk menerapkan pemikiran aras
tinggi adalah sangat terhad kerana kebanyakan institut pengajian tinggi (IPT)
menggunakan kaedah kuliah sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
utama. Dengan ini, telah wujud satu kepercayaan bahawa kaedah syarahan atau kuliah
yang berorientasikan tenaga pengajar adalah elemen utama dalam P&P.
Menurut Cooper (1995), pengajaran berorientasikan guru semata-semata telah
memberi seribu satu kepercayaan bahawa pembelajaran adalah satu proses penukaran
yang sangat mudah untuk diperolehi. Para pelajar hanya akan menerima sahaja kesahihan
dan kejituan maklumat-maklumat disampaikan tanpa perlu berfikir dengan lebih lanjut
mengenainya.
Brandt (1993), menyatakan apabila isu ini menjadi persoalan, pihak fakulti hanya
menyatakan antara faktor utama menjadi kekangan untuk mencari insiatif bagi
menggunakan kaedah pengajaran lain ialah faktor masa yang sangat terhad. Pihak fakulti
berpendapat tenaga pengajar perlu menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan.
Akan tetapi, maklumat-maklumat yang penting tidak dapat disampaikan dengan begitu
komprehensif dan pernyataan fakta tidak sama dengan pecahan konsep yang sepatutnya
dikuasai oleh pelajar.
Menurut Nelson (1997), satu lagi kesan jangka pendek mengenai kurikulum
tradisional yang disediakan oleh fakulti ialah kegagalan untuk membuat model
pembelajaran yang melibatkan pemikiran kritikal untuk para pelajar. Realitinya fakulti
sememangnya mahu menilai tahap pencapaian pemikiran pelajar di tahap yang tinggi.
Tetapi malangnya, langkah yang diambil sangat mudah iaitu dengan hanya mendedahkan
pelajar dengan menggunakan kaedah pengajaran tradisional yang sememangnya
mengandungi tahap pembelajaran yang rendah dari segi pengetahuan dan pemahaman.
Menurut King & Kitchener (1994), sekiranya aktiviti di dalam kelas hanya
bersandarkan pengaplikasian aras rendah yang mana hanya menuntut pelajar mendengar
secara pasif dan mengingati semula maklumat, maka ini sudah semestinya menyebabkan
5
pemikiran kritikal tidak wujud. Keadaan seperti ini hanya menyebabkan kolej-kolej dan
universiti-universiti tidak dapat melahirkan para graduan yang mempunyai daya pemikiran
yang tinggi seperti yang diharapkan oleh mereka dan semestinya tidak dapat memenuhi
kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan yang akan mengambil mereka bekerja kelak.
Fiacone et. al (1996), menyatakan seandainya pemikiran kritikal memainkan peranan
penting dalam objektif pendidikan, maka sepatutnya perubahan dalam kurikulum
sepatutnya dipertimbangkan. Intitusi pengajian tinggi dan fakulti seharusnya menawarkan
kursus dengan pendekatan yang lebih sesuai kepada pelajar. Pendekatan tersebut haruslah
dimuatkan dengan asas-asas pemikiran tahap tinggi dan dapat memberi peluang
‘memanipulasi maklumat dan idea’di kalangan pelajar. Ini bagi menggalakkan mereka
supaya dapat mencari makna dan implikasi seperti cuba mengaitkan antara fakta dan idea
dalam usaha pelajar untuk mensintesis, membuat generalisasi, menerangkan sesuatu,
membuat hipotesis atau mencapai sebahagian dari kesimpulan mahupun mengintepretasi
maklumat tersebut.
Perlaksanaan pendekatan “Problem-Based Learning” (PBL) adalah salah cara yang
paling strategik di mana melibatkan penyelesaian masalah secara berkumpulan yang
boleh dikaitkan dengan kehidupan sebenar (kes atau senario masalah sebenar).
Perlaksanaan kaedah pengajaran melalui PBL sememangnya memerlukan pelajar
berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan masalah yang diberi. PBL yang sebenar
juga adalah satu proses penyelidikan, dengan itu para pelajar akan mempelajari konsep
atau kandungan melalui bekerja menerusi aktiviti, dalam kata lain kandungan pelajaran
dipelajari dengan sendirinya secara berkumpulan. PBL biasanya dilakukan dalam
kumpulan yang sederhana dan dikendalikan dengan kadar waktu yang kerap berbanding
kuliah biasa.
Pengenalan terhadap masalah yang diberi akan dibincangkan untuk menerangkan
konflik situasi yang berlaku tetapi hanya melibatkan pengenalan pada peringkat asas
sahaja, tidak dengan lebih mendalam. Cara untuk menyelesaikan masalah adalah
terpulang kepada setiap kumpulan untuk mengenalpasti asas isu tersebut dan menentukan
6
apakah informasi tambahan yang mereka perlukan. Melalui proses perbincangan dan
penyelidikan berkumpulan sudah semestinya dapat menyelesaikan tersebut. Semasa
proses mencari penyelesaian itu, tanpa disedari akan muncullah proses pemikiran secara
kritikal dimana ciri tersebut adalah ciri yang perlu ada dalam diri setiap individu yang
bergelar pelajar.
Kesimpulannya PBL diperlukan bagi memastikan graduan masa depan :
dapat memacukan diri dan mempunyai kemahiran pembelajaran sepanjang
hayat
berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran analitik dan
kritis
mempunyai integrasi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai disiplin
bekerja dalam pasukan dan mempunyai kemahiran antara insan
(interpersonal)
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Sale (1997) dalam Wee (2004) PBL adalah salah satu cara terbaik bagi
menggalakkan penggunaan berfikir secara kritikal dalam semua bidang kurikulum.
Sekiranya dilakukan dan diuruskan dengan baik PBL mampu untuk menyediakan :
tugasan pembelajaran yang sebenar yang menggambarkan kehidupan realiti.
integrasi aktiviti pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri semulajadi untuk
menghubungkan pengetahuan, cara berfikir dan proses kemahiran yang lain.
7
peluang untuk membuat penilaian berdasarkan cara persembahan individu
yang membolehkan penilaian kompetensi sebenar daripada penilaian yang
hanya berdasarkan ‘kertas dan pensel’ sahaja.
satu kaedah di mana kombinasi koloboratif dan pembelajaran aktif, di mana
pelajar perlu menyelesaikan masalah menerusi sumber informasi, analisis dan
pengaplikasian.
Berdasarkan pernyataan di atas berkenaan PBL dan latar belakang masalah yang
telah dihuraikan, pengkaji tertarik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap
penggunaan pendekatan PBL sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang
sememangnya ada dilaksanakan di sesetengah institusi di Malaysia. Selain itu pengkaji
juga akan mengkaji faktor yang dominan bagi mendorong mereka untuk terlibat dalam
PBL, kebaikan dan kelemahan PBL menurut pandangan pelajar serta mengetahui
pendapat mereka mengenai perbezaan di antara pembelajaran berdasarkan PBL dengan
pendekatan kuliah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dilakukan untuk :
(i) Mengetahui persepsi atau pandangan pelajar terhadap pendekatan PBL
(ii) Mengetahui pendapat pelajar mengenai perbezaan di antara pembelajaran
berdasarkan pendekatan PBL dengan pembelajaran berdasarkan kaedah
kuliah
8
(iii) Mengenalpasti faktor yang dominan bagi mendorong pelajar untuk terlibat
aktif dalam PBL
(iv) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pendekatan PBL menurut
pandangan pelajar
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan yang dikaji adalah :
(i) Apakah persepsi pelajar terhadap pendekatan PBL?
(ii) Apakah pendapat pelajar mengenai perbezaan di antara pembelajaran
berdasarkan pendekatan PBL dengan pembelajaran berdasarkan kaedah
kuliah?
(iii) Apakah faktor yang dominan bagi mendorong pelajar untuk terlibat aktif
dalam PBL?
(iv) Apakah kelebihan dan kelemahan pendekatan PBL menurut pandangan
pelajar?