Sistem Respiratori Tingkatan 5
description
Transcript of Sistem Respiratori Tingkatan 5
ANATOMI DAN FISIOLOGI
Unit 5:
SISTEM RESPIRATORI
Komponen Utama
i. Salur Pernafasan
Membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh.
Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiul
Komponen Sistem Respiratori
ii. Paru-paru
Lembut dan beronggaBerat lebih kurang 1kgBahagian kiri terdapat 2 lobus dan kanan
3 lobusTerdapat banyak alveolus yang
membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan
Struktur Paru-paru
6.1 Respirasi LuarSemasa respirasi luaran, darah melalui paru-paru
memerangkap oksigen.Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan.
Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus menerus menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus.Dengan itu oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.
Sel-sel tisu badan menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah.Kandungan karbon dioksida yg tinggi dlm kapilari pulmonari meresap ke dlm alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi.
Darah yg melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yg tinggi dan karbon dioksida yg rendah.Oleh itu pertukaran gas berlaku.
Pertukaran gas antara darah dan paru-paru
6.2 Proses pengangkutan gas oleh darah
Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan.Sel-sel ini akan menggunakan oksigen.Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.
Pengangkutan Oksigen
2 Carai) Oksigen larut di dalam plasmaii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.
Pengangkutan Karbon dioksida
3 Cara
i) Pelarutan dalam plasma
ii) Bikarbonat
iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin
6.3 Respirasi DalamMelibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara
darah dan sel-sel tisu.Pemindahan oksigen drpd darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida drpd sel-sel tisu kpd darah.
Oksigen dlm bentuk oksihemoglobin oleh darah dibebaskan dari sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu.Pada masa yg sama karbon dioksida meresap ke dalam darah membentuk asid karbonik.Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dlm plasma darah diangkut oleh sistem peredaran darah utk dikumuh.
Menyebabkan darah pd vena lebih kaya dgn karbon dioksida berbanding dgn darah yg meninggalkan paru-paru utk ke jantung.
Pertukaran gas antara darah dan sel-sel tisu