Sinopsis Interlok Bergambar
description
Transcript of Sinopsis Interlok Bergambar
1
Sinopsis Novel Interlok
Bapa Seman kurus kering kerana sudah lama sakit. Sudah banyak dukun merawatnya tetapi tidak
sembuh juga. Pak Musa sendiri telah menyedari keadaannya sendiri lalu memesan anaknya
supaya memastikan matanya tertutup jika dia mati nanti dan dia juga meminta Seman membawa
ibunya meninggalkan rumah ini kerana semua harta mereka bukan milik mereka.
Selepas kematian Musa
Rumah, lembu-lembu dan bendang sawah menjadi milik Cina Panjang semenjak kematian bapa
Seman, Musa. Seman dan Mak Limah meninggalkan Kampung Nyiur Condong tanpa
pengetahuan orang-orang kampung.
Puncanya:
Menurut Penghulu Talib, memang ada penduduk kampung seperti Pak Musa membeli tanah
secara sah menurut undang-undang tetapi membuat perjanjian lain dengan orang lain seperti
Cina Panjang yang meminjamkannya wang untuk membeli tanah kerana tanah itu tidak dapat
dijual kepada bangsa asing.
Imbas Kembali Mak Limah masa silam dia bersama Musa:
(1)
Musa Limah
Seman Gayah +
+
Mereka tinggal berjauhan
daripada kaum keluarga
kerana perkahwinan mereka
tidak direstui/ kahwin lari.
Keluarga Seman
Pak Musa sudah 5 bulan
terbaring di tempat
tidurnya.
2
(2)
Penghijrahan Kim Lock & Cing Huat ke Rantau Selatan
Bagan Tuan
Kecil
Simpang
Empat
Kerja membersihkan hutan &
memasang peralatan perlombongan
bercadang membeli kebun
atau tanah di sini &
bertemu Kim Sui Hidup baru di sini
dengan berniaga
pelembahan
gunung
Cangcow Amoy
Swatow
Singapura
Maharani Kawasan
pedalaman
Lukut
Pulau Pinang
Kerja Penarik Lanca & kuli
mengangkut najis
Perjalanan memakan masa selama 13
hari dari desa ke Singapura
Peluang pekerjaan
seperti di Singapura
sepatutnya dibawa ke
Melaka.
naik tongkang ke Maharani
Bapa Seman menyorok anaknya daripada
ditangkap guru besar. Pak Musa hanya
membenarkan anaknya mengaji al-Quran
dengan Lebai Man
mengalami bebarapa kali
malapetaka. Kim Lock
mengambil kesempatan ini
mengikut Paman Kok Leng
ke Rantau Selatan dengan
membawa anaknya Cing
Huat.
3
Kerja pertama Kim Lock & Cing Huat di Singapura
Di Kawasan Pedalaman Lukut
Punca Kim Lock berhenti bekerja di kawasan lombong walaupun mereka suka bekerja di situ.
Kim Lock menyedari bahawa Paman Kok Leng merupakan rakan kongsi kawasan lombong itu
Kemudian Kim Lock dan Cing Huat pergi ke Pulau Pinang.
Kim Lock - Penarik Lanca Cing Huat – Pelayan
kedai makan Kim Lock - Pengangkut najis
Membuka &
membersihkan hutan di
kawasan lombong
membina jalan
“Gua sangat senang
lu datang kerja sini.
Lombong ini gua
ada kongsi.” ms159
Paman Kok Leng
Gua tak mahu kerja
dengan orang yang tipu
gua dulu.
Kim Lock
4
Di Pulau Pinang
Keadaan seperti di Singapura. Kerja kuli dan makan gaji sahaja tidak akan mencapai cita-
citanya.
Kim Lock dan Cing Huat ke Bagan Tuan Kecil
Kim Lock ingin membuka kebun getah tetapi semua tanah di situ sudah dibuka. Kim Lock putus
asa. Sebelum mereka balik ke Pulau Pinang. Dia bertemu dengan Kim Sui.
Apabila Kim Lock tiba di Simpang Empat, Kim Lock membuat penyelidikan tentang kedai yang
ada di situ dan penduduk di sekitar pekan. Dia sudah merancang membeli hasil pertanian dari
sekitar tempat itu untuk dijual ke Pulau Pinang dan membeli barang keperluan yang lain dari
Pulau Pinang.
Kim Lock sudah berumur 40 tahun. Dia sudah mempunyai wang. Namun, isterinya di Tung San
masih tidak dipanggil ke sini. Dia diperkenalkan oleh Kim Sui seorang perempuan, Mei Hwa.
Kedai yang dibeli daripada
orang Melayu di Simpang
Empat
Demi mendekati Mei Hwa yang menghisap candu, Kim
Lock pun ketagihan candu. Kim Lock tidak
mempedulikan hal kedai. Cing Huat kesal akan sikap
bapanya yang mabuk candu dan mahu membawa Mei
Hwa tinggal bersama-sama mereka.
Kim Lock Kim Sui
“Di pekan Simpang
Empat sekarang gua
dengar ramai
penduduk. Lu boleh
buka kedai ...
ms166
Nanti gua ada kedai
sendiri.
5
Cing Huat menerima berita kematian ibunya. Dia berasa sedih. Bapanya bersahaja setelah
menerima berita itu. Cing Huat membuat persembahan kepada ibunya pada keesokan pagi.
Cing Huat kemudian berkahwin dengan anak tiri Kim Sui, Tua Tao. Upacara perkahwinan
dijalankan dengan meriah. Sebulan selepas perkahwinan Cing Huat, Kim Lock meninggal dunia.
Isterinya Mei Hwa ditemui mati di dalam tandas sebelum suaminya sempat dikebumikan. Dia
dikebumikan bersama-sama suaminya.
Simpang Empat semakin besar dan maju. Orang-orang Cina di situ bermesyuarat untuk
mendirikan sekolah Cina. Mereka mahu mendidik anak-anak mereka menurut adat istiadat
mereka sendiri. Mereka mahu mengingatkan anak-anak mereka tentang bahasa dan budaya
mereka. 50 orang kanak-kanak masuk sekolah yang baru didirikan atas derma yang dikumpul.
kesian mak bersendirian. Mak hidup
miskin... gua mahu sedia rumah, kenderaan
dan wang supaya mak tak susah nanti. .....
Sekolah Cina di Simpang Empat
didirikan atas derma daripada
masyarakat Cina. 3 orang anak Cing
Huat bersekolah di situ.
Yew Seng
Poh Eng
Yew Hock
Cung Hwa Chinese School Simpang Empat
Isteri di Tung San
Isteri di Rantau
Selatan
Lim Bok Neo
Mei Hwa
+ Kim Lock
Cing Huat Lim Tua Tao
Poh Kheng Poh Eng Yew Seng Yew Hock
+
+
+
6
Anak-anak Cing Huat
Anak Sulung
Yew Hock
Berbadan kurus, tinggi, sebaya Seman
Pandai berniaga
Patuh kepada arahan bapanya
Anak kedua
Yew Seng Tidak disukai/ dimarahi bapanya
Suka berkawan dan bermain dengan anak-anak Melayu di kampung
Menyertai kumpulan anti-Jepun dan komunis
Anak ketiga
Poh Eng Ingin membela nasib abangnya Yew Seng, Suka menegakkan keadilan
Tidak disukai/ dimarahi bapanya
Menyertai kumpulan anti-Jepun dan komunis
Anak bongsu
Poh Kheng Disanyangi bapanya kerana rapat dengannya berbanding dengan ibunya
5 tahun, belum bersekolah
Muka bulat , buluh mata tebal , rambutnya lurus panjang
Rumah kosong yang ditinggalkan Seman telah didiami anak Pak Cin, Kadir. Pak Cin menjadi
orang tengah Cina Panjang sejak kematian Pak Musa, bapa Seman.
Cing Huat menempeleng muka anaknya dengan sekuat-kuat hati dan menghalau anaknya
daripada tinggal di rumah. Poh Eng menaruh kasihan terhadap abangnya pun mendiamkan diri.
Pada malam itu, Cing Huat sedih kerana anaknya melawan katanya.
Pa kejam pada Seman. Pa tak ada
perikemanusiaan. Bapa Seman sudah banyak
kerja dengan Pa. Mana boleh kita halau
mereka keluar.
Lu bukan anak gua.
Mana boleh anak lawan
kata bapa. Lu pergi dari
sini. Gua tiada anak ni!!
7
Penghijrahan Maniam ke Malaya
Selepas berbulan-bulan Maniam merayau dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya dia mendapat
kerja di kebun kelapa milik orang putih di Cangkat Lima.
Maniam datang dari Kerala,
India dengan kapal
Maniam bekerja di pelabuhan Pulau Pinang sebagai buruh
angkut barang. Dia berasa gembira hidup bebas bergaul di
sini dan suka akan kerjanya. Beberapa bulan kemudian, dia
menerima berita daripada Raman tentang isterinya hidup
melarat kerana tiada wang. Wang yang dikirimkan melalui
Pillay tidak sampai ke tangannya. Kemudian isterinya lari
mengikut Pillay. Maniam amat marah terhadap Pillay.
Maniam bertekad ingin mencari kerja di kebun seberang
kerana gaji lebih lumayan dan tempat tinggal disediakan.
Maniam bekerja di sebuah kebun getah yang baru dibuka, 15
batu dari pekan Bagan Tuan Kecil. Dia bekerja di sana selama
dua bulan sahaja kerana munculnya kenangan pahit setiap kali
melihat orang-orang dari kampungnya. Dia mahu melupakan
masa lalu.
Maniam berkahwin dengan Malini. Suppiah menceritakan
kisah Maniam yang tidak mempedulikan isteri di desa
sehingga hidup isterinya merana dan anak pun mati kerana
kelaparan kepada Mariama, janda yang becok mulutnya.
Kisahnya diketahui pekerja lain. Berita Maniam telah
berkahwin telah sampai ke telinga Malini. Maniam seperti
naik gila mencari Suppiah untuk membunuhnya. Selepas
kejadian ini, Maniam dipaksa Perumal meninggalkan kebun
itu walaupun Malini sudah sarat mengandung.
8
Pengembaraan Maniam
Dalam perjalanan keluar dari kebun kelapa, Maniam diserang dua orang. Dia diselamatkan
oleh Musa. Kemudian mereka berjalan bersama dan menceritakan kisah masing-masing. mereka
menuju ke pekan Cangkat Janggus untuk mencari kerja. Maniam mudah sahaja mendapat kerja.
Kemudian Maniam mendapatkan kerja kuli di kebun getah untuk Musa. Musa bekerja selama 6
bulan. Kemudian dia pulang ke kampungnya.
Perlabuhan
Nagapatam
Tricur,
Kerala Pulau
Pinang
Bagan Tuan
Kecil
Cangkat
Lima Cangkat
Janggus
menjadi kuli mengangkat
barang di pelabuhan
kerja di kebun kelapa.
berkahwin dengan anak
tandil, Malini
kerja di kebun
getah selama 2
bulan
- kerja di kebun getah selama
20 tahun.
- menjadi tandil kebun.
Maniam bertemu
dengan Musa
Insp Ramakrisynan
+ Malini Ambika Maniam +
Perumal
Isteri di India
Isteri di Malaya
Sekolah Tamil didirikan di kebun kelapa atas usaha
penduduk kebun yang diketuai Perumal. Raman menjadi
guru di sekolah itu
Raman bertemu dengan Suppiah dan mengetahui Maniam
pernah bekerja di situ dan menjadi menantu Perumal.
Melalui siasatan, Raman mengetahui Suppiah telah
membuat hasutan terhadap Maniam. Dia menceritakan
kisah sebenar kepada Perumal. Perumal berasa dukaciata
dan bersalah. Dia menyesal kerana tindakannya dahulu.
9
Interlok
Maniam bertemu dengan Seman di Cangkat Janggus. Seman meminta Maniam mendapatkan
kerja di kebun untuknya. Maniam berjanji berusaha menolongnya kerana bapa Seman pernah
menolongnya dan mereka kawan berkenalan selama 20 tahun dahulu.
Anak Malini, Ramakrisynan sudah 3 tahun.
Dia tidak pernah melihat bapanya.
Malini meninggal dunia kerana kesakitan.
Maniam sudah berumur 50
tahun. Sudah 21 tahun dia
berkhidmat di kebun getah
dan kini dia sudah menjadi
tandil. Kadang-kadang dia
teringat akan anaknya. Dia
tahu Malini sudah meninggal
dunia dan anaknya bernama
Ramakrisynan.
Aku tak nak pergi ke
Cangkat Lima mahupun
Simpang Empat. Malu
nanti aku bertemu dengan
orang-orang yang dikenali.
Dua hari kemudian, Seman bertemu dengan Maniam.
Maniam telah mendapatkan kerja di kebun getah untuk
Seman. Malam itu, dia balik ke Kampung Nyiur
Condong dan meminta ibunya berkemas supaya dapat
berpindah pada awal pagi keesokannya. Mereka
ditempatkan di rumah kuli kebun getah itu.
Yew Seng meninggalkan rumah
pada awal-awal pagi. Dia mecari
kerja di lombong di Cangkat
Janggus. Dia diterima kerja berat di
lombong baru itu. Kong Beng
menyuruhnya tinggal bersama
orang tua, Teck Hock.
Seman dan ibunya di rumah Kuli
Yew Seng kerja di kawasan lombong
10
Kemasukan Tentera Jepun
Berita kemasukan tentera Jepun telah menggemparkan penduduk kampung. Orang Melayu
gembira kerana terlepas daripada penjajahan. Manakala orang Cina takut ditangkap orang Jepun.
Mereka bimbang akan keselamatan diri, kaum keluarga dan harta benda mereka
Malam itu kedai Cing Huat dirompak. Poh Eng hilang. Mamat Labu mengajak Seman merompak
kedai orang Cina khasnya kedai Cina Panjang. Dalam kegelapan, dia tertangkap Poh Eng. Dia
membawa Poh Eng ke pondok ibunya. Kemudian Seman membawa mereka ke kebun getah
bahagian 2,Cangkat Janggus. Dia meminta Maniam memberi perlindungan kepada mereka.
Selepas dua tahun setengah Seman
meninggalkan kampung, kini dia kembali ke
kampung. Dia mengunjungi rumah Lemai Man.
Kawan lamanya Lazim sudah berkahwin. Petang
itu Lazim dan Seman bertemu dengan Gayah .
Lazim menyuruh Seman merisik Gayah. Mat
Ranggi dan Bedah Ranggi tidak menerima
Seman kerana dia miskin.
Seman dan ibunya kembali semula ke Kampung Nyiur
Condong setelah dia berkahwin dengan Gayah. Pada
mulanya, Mak Limah tidak percaya bahawa anaknya akan
berkahwin dengan anak orang kaya kerana mereka orang
miskin.
Bang, Anak kita
menanggis dan
termenung sahaja
Nanti anakku tak
dapat jodoh sampai
tua. Seman miskin
tapi rajin dan baik
orangnya.
Seman & Gayah berkahwin
Bedah Ranggi & Mat Ranggi
Surat siaran tentera Jepun memerintah
orang semua orang menjaga
keamanan dan tidak boleh merompak.
Orang-orang kampung berasa takut
dan memulangkan barang rompakan
pada waktu malam.
11
Nasib Maniam yang bekerja di kebun getah
Tentera Jepun meronda- ronda di kawasan
kebun untuk menangkap gerombolan hutan
Tentara Jepun mengawal rapi kegiatan
penduduk pekan yang menentang mereka.
Maniam diseksa untuk mendapatkan
maklumat mengenai kehilangan orang
Jepun
Air dimasukkan ke dalam perut
Maniam. Kemudian dipijak
perutnya
Anak Maniam, Inspektor Ramakrisynan
menyedari orang yang diseksa itu ialah
bapanya selepas soal-siasat latar
belakangnya.
Orang Jepun datang ke kedai Cing Huat untuk menjejaki
Yew Seng. Pada malam itu, Yew Seng pulang dengan
meminta makanan dan menyatakan bahawa dia sudah
masuk hutan untuk melawan tentera Jepun. Pada malam
yang sama, dia berjumpa dengan Lazim dan meminta
orang-orang kampung supaya tidak membantu orang
Jepun.
Kebun getah dan kebun kelapa bertukar pengurus.
Orang putih meninggalkan kebun setelah mendengar
berita tentera Jepun sudah masuk ke Malaya. Kemudian
orang Jepun mengambil alih kuasa pengurusan kebun.
Suppiah balik ke Cangkat Lima dan mengambil alih
kuasa tandil daripada Perumal. Di Cangkat Janggus,
Yew Seng datang mengambil adiknya Poh Eng. Di
samping itu, mereka juga menyerang dan menculik
orang Jepun, pengurus kebun.
12
Orang-orang pekan hidup susah
dalam pendudukan Tentera Jepun–
kekurangan barang keperluan,
harga melambung
Kepulangan tentera British
selepas tamatnya
pendudukan Jepun di
Malaya.
Orang-orang Melayu menentang
Malayan Union yang disuguhkan oleh
Inggeris. Kekejaman dan kezaliman
orang Jepun membuat orang Jepun
sedar dan berani.
Tentera Jepun Kalah.
Tentera British
berkuasa semula di
Malaya
Kong Beng dan Yew Seng kembali
masuk ke hutan. Mereka membunuh
pengurus orang-orang putih di kebun
dan kuli-kuli yang mempertahankan
kebun. Mereka juga merosakkan
pokok getah dan lombong-lombong
bijih.
Raman menganggap bahawa
masyarakat Malaya mesti dibentuk
kerana 3 kaum hidup dalam masyarakat
tersendiri.
13
Lazim menasihati Poh Eng supaya menyuruh abangnya Yew Seng keluar dari hutan kerana
perjuangan dengan kekerasan tidak memberi faedah kepada penduduk.
Abangnya menasihati adiknya segera meninggalkan hutan kerana Kong Beng mempunyai niat
jahat dalam perjuangan. Perjuangan mereka sudah hilang tujuan. Yew Seng mulai sedar akan
perasaan dan kedudukan orang-orang Melayu dan orang India yang tidak mahu pulang ke negeri
India jika mereka membentuk negeri China di sini.
Manakala Poh Eng juga menghadapi kesukaran
mendapat bantuan kerana ramai anggota min
yuen sudah ditangkap dan orang Cina yang
tinggal berhampiran hutan telah berpindah.
Mereka tidak dapat menjadi orang perantaraan.
Poh Eng dan guru muda masuk ke hutan. kedatangan mereka
disambut meriah. Walau bagaimanapun abangnya kurang
senang dengan kemasukan adiknya.Aabangnya menasihati
adiknya segera meninggalkan hutan kerana Kong Beng
mempunyai niat jahat dalam perjuangan. Perjuangan mereka
sudah hilang tujuan.
Rombongan orang Cina dari bandar
meminta orang-orang pekan
mempertahankan kedudukan orang
Cina supaya nama baik tidak musnah
seperti yang dilakukan oleh orang
komunis.
Kita perlu bekerjasama dengan
orang Melayu dan orang India
kerana orang Cina tidak akan
balik ke negeri China lagi.
Tidak lama kemudian, Suppiah membawa
Maniam kepada Kong Beng. Mereka bercadang
untuk membunuh Maniam esok. Poh Eng cuba
mencari jalan untuk membantu Maniam.
14
Inspektor Ramakrisynan tahu akan nasib bapanya akan dibunuh. Dia mengaturkan strategi untuk
membunuh pengganas.
Kemerdekaan
© Chin ,Disember 2010
Penduduk Simpang Empat
merayakan hari kemerdakaan
Lazim dan isterinya, Mamat Labu, Pak
Man, Yew Hock sekeluarga, Raman dan
isteri, pemimpin kaum buruh serta Seman
sekeluarga akan pergi ke Kuala Lumpur
menyaksikan perayaan itu. Bas percuma
dari persatuan buruh kebun Cangkat Lima
yang diketuai Raman akan disediakan.
Manakala Inspektor Ramakrisynan dan Poh
Eng menyediakan tempat penginapan. Bapa
Inspektor Ramakrisynan, Maniam dan
datuknya, Perumal juga ingin berjumpa
dengan mereka.
Dalam keadaan tembak-menembak, Suppiah cuba
menembak Maniam tetapi Poh Eng terlebih dahulu
menembak Suppiah. Akhirnya pasukan keselamatn
berjaya melumpuhkan gerakan parti komunis.