Sindrom Down
description
Transcript of Sindrom Down
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Apa itu Sindrom Down? Ramai pernah mendengar namun ,ramai juga cetek pengetahuan mengenainya.Ia
bukan penyakit moden atau orang kaya malah Sindrom Down (SD) tidak tepat di katakan
penyakit.Sindrom Down tidak boleh di ubati.Ia terjadi pada kadar satu bagi setiap 650
kelahiran .Perkembangan mantel dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down lambat berbanding
kanak-kanak biasa.Oleh itu kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal
mungkin agar dapat membantu mereka berdikari.Sindrom Down terbahagi kepada 3 iaitu
Trisomi,Traslocation dan Mosaic.Tidak kira jenis apa Sindrom Down,kanak-kanak Sindrom
Down boleh di kenali melalui wajah mereka yang hampir sama.
Sindrom Down ialah penyakit konginetal apabila seseorang di lahirkan mempunyai 3
salinan kromosom 21.Bagi seorang yang normal mereka sepatutnya hanya mempunyai 2
salinan kromosom ini.Atas sebab itu jugalah ,Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi
21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai satu kromosom terlebih yang menyababkan
mereka di kategorikan Sindrom Down.Lain-lain kromosom mereka adalah normal.
Apa itu Kromosom ?
Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus sel-sel hidup yang mengandungi
maklumat yang di warisi daripada ibu dan bapa.Ia mengandungi kod genetik yang mengawal
dan mengarah pembahagian,pertumbuhan dan gungsi sel.
Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom ,setiap 23 di warisi daripada ibu,
manakala bakinya di warisi daripada bapa.
Setiap individu mempunyai kod genetik yang unik (kecuali kembar seiras) .Keunikan
inilah yang menyebabkan penampilan fizikal setiap individu berbeza-beza.
1.2 Objektif
i. Untuk mengetahui sejarah bermulanya Sindrom Down.
ii. Untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang ciri-ciri Sindrom
Down agar mereka boleh mengetahui cara untuk mengawal dan mendidik
kanak-kanak Sindrom Down.
iii. Untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang punca-punca terjadinya
Sindrom Down agar boleh mencagahnya.
1
iv. Memberi pendedahan dan langkah-langkah untuk merawati kanak-kanak Sindrom
Down agar masalah mereka berkurangan dan nisbah kelahirannya menurun.
1.3 Definisi Konsep
1.3.1 Sindrom Down (Buku Biologi)
Satu contoh anauloidi yang terkanal pada manusia.Aneuploidi ialah suatu
keadaan bagi kromosom berlebihan yang kurang lebih sedikit misalnya
trisomi 3 kromosom dan bukannya 2 kromosom bagi sesuatu jenis tertentu.
Juga di namakan “Mongolism” kerana mata seseorang itu nampaknya
mempunyai mata sepet seperti aris mata orang Mongol. Tetapi perkataan ini
tidak lagi digunakan.
1.3.2 Sindrom Down (Berita Harian :24 Ogos 2003 AHAD)
Sindrom down ialah penyakit konginetel apabila seseorang mempunyai 3
salinan kromosom 21.Bagi seseorang yang normal ,mereka sepatutnya hanya
mempunyai 2 salinan kromosom ini.Atas sebab ini,Sindrom Down di rujuk
dengan nama Trisomi 21.Dengan erti kata lain ,mereka mempunyai 1
kromosom terlebih yang menyebabkan mereka di kategorikan Sindrom
Down.
1.3.3 Sindrom Down (Internet)
Sindrom Down di sebabkan kelainan pada kromosom .Sindrom
Down yang kerap terjadi ialah di sebabkan oleh kelebihan kromosom
21 di mana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua ialah 47
kromosom.
1.3.4 Sindrom Down (Kamus Dewan)
Kecacatan kelahiran yang di sebabkan oleh ketidaknormalan bilangan
kromosom 3 trisomi bilangan kromosom 21 wujud.
2
2.0 SINDROM DOWN
2.1 SEJARAH
Penyakit ini sebenarnya sudah diketahui sejak 1860 oleh Dr. Langdon Down dari
Inggeris,tetapi baru pada awal tahun 60-an ditemukan diagnosisnya secara pasti iaitu dengan
pemeriksaan kromosom. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau
Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti
bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.
Tetapi setelah diketahui bahawa penykit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan
adanya tuntutan dari pemerintah Negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap
pemberiaan nama tersebut, maka dianjurkan untuk menganti nama tersebut dengan Sindrom
Down.
Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara. Pada
tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris,John Langdon Haydon Down (1828-1896)
telah menerbitkan penerangan pertama di daalm dunia perubatan mengenai individu yang
dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome
Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada
kromosom yang ke-21. Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi
penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah
kromosom yang pertama dirajahkan secara penuh.
2.2 CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN
2.2.1 Sifat Pada Kepala, Muka Dan Leher.
Kanak-kanak Sindrom Down, mempunyai cirri-ciri fizikal yang unik dimana
mereka mempinyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Monggol.
Mereka juga mempunyai pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata jauh
dan berlebihan kulit di sudut dalam. Mata mereka sentiasa berair dan merah serta
mempunyai mata yang sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan
pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian daalm mata.
Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat . Saiz
lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan
gigi mereka adalah lambat dan tidak teratur . Paras telinga adalah lebih rendah.
3
Kebiasaannya, kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke
belakang manakala lehernya agak pendek.
2.2.2 Sifat Pada Tangan Dan Lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang
pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam dimana tangan yang lebar dan
pendek.Kebiasaannya,tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat
dinaamkan “Simian Crease”. Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta
berbonggol.
2.2.3 Sifat Pada Kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak
jauh terpisah dan tapak kaki.
2.2.4 Sifat Pada Otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan
mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor
kasar.
2.2.5 Ciri-Ciri Lain
Kanak-kanak Sindrom Down juga mempunyai ciri-ciri lain seperti berbadan
gempal dan rendak serta agak bongkok. Mereka juga majoritinya berambut lurus dan
lembut. Kebiasaannnya, kanak-kanak ini juga suka bermanja, bermain dan gembira
dimana mereka mudah mesra serta dapat bergaul dengan baik. IQ mereka pula adalah
di antara 30-80. Kebiasaannya, kecacatan mereka dapat dikesan sebaik selepas lahir.
2.3 PUNCA-PUNCA KEJADIAN.
2.2.1 Pengenalan.
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko
yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan
oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh “kon-dysjustion” kromosom
yang terlibat iaitu kromosom 21 di mana semasa proses pembahagian sel secara mitosis
pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.
4
Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang
dinamakan “translocation”. Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik
dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang
atau jumlah kesemua 46 kromosom.
Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda.
Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mosaic”.
2.3.2 Jenis-Jenis Sindrom Down.
2.3.2.1 Trisomi.
Kanak-kanak Sindrom Down adalah kanak-kanak yang menghadapi
masalah fizikal, emosi dan intelek.Kanak-kanak sindrom down jenis trisomi
berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada
kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah
keluarga. Menurut kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25
tahun ialah 1:2000 kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang
berusia 35-39 tahun adalah 1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40
tahun nisbah kelahiran adalah pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan
Sindrom Down jenis trisomi ini ialah antara 50%-80%.
2.3.2.2 Translocation.
Kelahiran sindrom down jenis translocation tidak membabitkan
lebihan kromosom dalam darah ibu hamil. Sindrom down (translocation) ini
terjadi dalam dua cara. Cara pertama ialah apabila secebis kromosom
nombor 14 bercampur dengan kromosom nombor 21. Jika ibu pembawa
kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 10%-25%. Jika bapa
pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down adalah 3%-
5%.
Cara kedua terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur
dengan nombor yang sama. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat
anak sindrom down adalah 100% melibatkan semua kelahiran dalam
keluarga. Darjah kecerdasan bagi sindrom down ini ialah di antara 50%-
80%.
5
2.3.2.3 Mosaic.
Sindrom Down jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak ketara
pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental
bagi murid-murid ini tidak teruk. Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.
2.4 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
2.4.1 Perkembangan Kognitif
Perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif
ialah mereka mempunyai daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta
tidak dapat bertindak dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus
mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari segi kognitif juga, mereka
kurang daya penaakulan dalam pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka
adalah berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi bolah mencapai 90
sekiranya diberi latihan yang baik.
2.4.2 Perkembangan Fizikal
Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang
lembik tetapi akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka
juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat
bertutur atau bermasalah pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang.
Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru
dan posisi tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka
juga lemah dalam koordinasi motor iaitu mata,tangan, koordinasi seluruh tubuh tidak
memuaskan dimana ianya masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka
adalah lambat dan tidak normal.
2.4.3 Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku
Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya
mereka berkelakuan tidak menentu iaitu agresif ,pasif dan meminta perhatian yang
lebih daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti
kompleks dimana perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak
balas tidak sama . Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian
6
terhadap diri mereka sangat singkat . Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan
mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah.
Walau bagaimanapun, mereka juga bersifat pengasih dan mudah mesra.
2.4.4 Perkembangan Bahasa
Dari segi perkembangan bahasa , penggunaan bahsa mereka adalah terhad
dimana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul (pelat). Ini kerana
mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat
bertutur iaitu bermasalah pertuturan.
2.5 MASALAH SAMPINGAN.
2.5.1 Masalah Jantung.
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti
Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan
kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan
kanan.
Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus
Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung
berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan susah bernafas.
2.5.2 Masalah Usus.
Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti :
A. Salur esofagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di
bahagian tertentu esofagus. Biasanya ia dapat dikesan semasa berumur 1-2 hari
di mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau
jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut
semasa baru lahir.
B. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang
dinamakan “Hirshprung Disease”. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang
tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada
hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah
untuk buang air besar.
C. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak
7
terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan “Hirshprung Disease”.
Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.
Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas
kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.
2.5.3 Masalah-Masalah Lain.
Kanak-kanak Sindron Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu
kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom
Down.
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di
bahagian leher boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability)
di mana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil
mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.
Selain itu kanak-kanak Sindrom Down mudah mendapat selsema, radang tenggorok
dan radang paru-paru. Mereka juga menghadapi masalah kurang pendengaran dan
penglihatan yang kurang jelas.
2.6 LANGKAH – LANGKAH PENCEGAHAN
Walaupun Sindrom Down sejenis penyakit yang dianggap serius tetapi ia boleh
dicegah. Terdapat beberapa langkah dalam pencegahannya, pencegahan tersebut meliputi ibu
– ibu yang sedang mengandung.
Para ibu sememangnya tidak digalakkan untuk tidak mengandung setelah usia mereka
mencecah atau melebihi 35 tahun. Tetapi keadaaan ini sememangnya menjadi masalah pada
masa akan kini keranan kebanyakan golongan wanita lebih cenderung ataupun lebih
mementingkan kerjaya daripada memikirkan tentang rumah tangga. Oleh itu, mereka telah
mengambil langkah untuk berkahwin lebih lambat. Keadaan ini telah menyebabkan mereka
lewat mengandung dan kesuburan mereka akan terjejas . Oleh itu, bila terdapatnya pelbagai
informasi yang disiarkan oleh media massa kita hendaklah mengambil berat tentangnnya
kerana ia boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berkeluarga.
Jika seseorang ibu yang pernah mengalami masalah keguguran atau pernah
melahirkan anak yang cacat, mereka hendaklah merujuk kepada doktor atau pakar. Cara yang
sebegini adalah untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat
ataupun Sindrom Down. Melalui pemeriksaan ini juga, kita dapat mengetahui penyebabnya,
8
seterusnya ibu itu boleh mengambil langkah pencegahan yang segera. Kita mementingkan
pencegahan adalah disebabkan
Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawatnya tidak mungkin lagi dapat
dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan
ketuban serta ari-ari seseorang seperti yang telah dinyatakan.
Di samping itu, dengan adanya kemudahan teknologi yang canggih dalam bidang
perubatan sekarang, ibu-ibu yang mengandung kini boleh menjalani ujian untuk mengesan
gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya. Kaedah ujian ini adalah satu langkah
pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat iaitu dalam tempoh 3 bulan
pertama ketika kehamilan sedang berlaku. Prosedur ujian ini tidak mendatangkan kesan serta
meyakitkan si ibu. Ia juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini
juga tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam rahim ibu. Namun begitu, wanita yang
berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan mendapat anak atau bayi Sindrom Down
adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di dunia. Oleh itu, prosedur terbaru yang
dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan Pertama, atau FTPS dapat
memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini
boleh dijalankan oleh ibu – ibu mengandung dari minggu 11 hingga minggu 14
kehamilannya.
2.7 UJIAN MENGESAN ANAK YANG CACAT.
Jika seseorang wanita itu, mengalami kehamilan, maka mereka boleh
melakukan ujian untuk diuji selnya bagi bagi bayi yang sedang membesar dalam
kandunganya. Ia merupakan satu kaedah yang baru dan ia juga dinamai sebagai
Pensempelan Vilus Korion, kaedah ini membolehkan seseorang doktor mengambil sel ini
pada minggu yang kelima kehamilannya.
Kaedah tersebut dilakukan dengan memasukkan, satu tiub pig yang halus serta
melalui vagina ibu seterusnya ke dalam uterus. Dengan bantuan ultrasound juga, ia dapat
memberikan gambaran tentang kandungan uterus serta tiup pig yang telah diletakkan diantara
pengalas uterus dan korion, iaitu satu membran yang melingkungi bayi dalam kandungan
yang sedang membesar itu.
Seterusnya penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sampel Vilus Korion,
melaluinya sambungan bak pokok bagi Korion dapat dilihat. Sel – sel ini adalah merupakan
sel yang mengandungi kromosom dan genetik yang sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi
9
pengesanan sebarang kecacatan genetik. Contohnya, satu Kariotip akan menunjukkan sama
ada bayi yang akan dilahirkan pengidap Sindron Down atau sebaliknya.
Di samping itu, terdapat 2 lagi kaedah ujian yang lain boleh digunakan untuk
mengumpul sel bagi melakukan ujian. Amniosentesis boleh dilakukan pada kira - kira
minggu keenam belas kehamilan si ibu. Manakala bagi amniosentesis, sebatang jarum
panjang yang digunakan untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amniun dan sel fetus. Selepas
sel dikultus, maka analisis serta ujian kromoson yang boleh mengesan kekurangan biokimia
boleh dijalankan. Dalam fetoskopi, satu periskop yang kecil dengan satu sumber cahaya sejuk
disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus. Melalui kaedah ini ia
membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus didalam kandungan dan mengambil sampel
kulit serta darah bagi tujuan untuk dilakukan ujian.
2.8 SUASANA MEMBESARKAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Suasana persekitaran yang sesuai amat penting untuk membesarkan kanak-kanak
Sindrom Down. Antara suasana yang sesuai untuk kanak-kanak ini ialah:-
Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak Sindrom
Down. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan
pembelajaran lebih cepat.
Alat permainan yang digunakan perlu sesuai dengan teknik pengajaran yang ingin
digunakan. Ia perlu ditambah untuk mengelakkan kebosanan mereka.
Kanak-kanak Sindrom Down perlu berasa selamat, disayangi dan diterima
keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan
mendorong mereka belajar.
Disiplin perlu diterapkan pada usia awal mereka. Dalam disiplin tersebut perlu
dinyatakan had tingkah laku yang dibenarkann dan tidak dibenarkan.
Kanka-kanak ini perlu diberi pujian diatas setiap kecemerlangan yang dicapai oleh
mereka.
2.9 CARA MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN BERTUTUR
Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Oleh itu mereka wajar
10
dibantu pada usia awal mereka. Antara langkah yang perlu diambil ialah:-
Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
Dalam permainan ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan
dengan gambar yang berwarna-warni
Sebelum bercakap dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan perhatian terlebih
dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan kanak-kanak teresbut berjalan
lancar.
Semasa bercakap dengan kanak-kanak ini, jangan terlalu banyak bertanya.
Tunggu tindak- balas mereka dan beri peluang mereka menjawab setiap persoalan
Untuk berkomunikasi dengan mereka gunakan ayat pendek dan bahasa yang
mudah difahami.
Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil bertutur
lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka
Dalam mengajar mereka latihan yang berterusan perlu diterapkan agar nereka
lebih mahir dan tidak mudah lupa
Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif untuk
menjalankan sesi pengajaran supaya kanak-kanak ini dapat menerima pengajaran
yang hendak disampaikan
Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada satu-satu perkara
sahaja. Kanak-kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan sebelum beralih
kepada latihan baru
Setipa masa yang terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka supaya
wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini
Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas untuk merangsang kanak-
kanak ini untuk belajar bertutur
2.10 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBANTU
KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Kepentingan Permainan
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu kanak-kanak ini
ialah dengan memperkenalkan pelbagai jenis permainan kepada mereka. Permainan
penting untuk membantu pembesarkan setiap kanak-kanak ini. Ia membantu
pemahaman mereka mengenai kehidupan. Melalui permainan juga, kanak-kanak
11
Sindrom Down menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait, sebab dan
akibat. Permainan ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringak bayi dan
peringkat kanak-kanak. Antara jenis-jenis permainan yang sesuai dipraktikan ialah :-
A) Peringkat Bayi
Pada peringkat umur 0-6 bulan , alat permainan yang sesuai diberikan ialah
loceng, alat permainan bergerak, tangan Sendiri atau alat permainan yang boleh
dipegang dan digigit
Pada peringkat umur 6-12 bulan, alat permainan yang berbunyi dan boleh ditarik
serta permainan cantum bina sesuai diberikan contohnya “lego”
Pada peringkat umur 12-19 bulan, alat permainan yang memerlukan IQ kanak-
kanak perlu diberikan, contohnya kotak boleh disusun tinggi, kepingan kad bod
bercorak, bol, ai dan buku bergambar
Pada peringkat umur 18 bulan dan ke atas, jenis permainan yang sesuai diberikan
contohnya permainan kotak, kepingan kad bod bergorak, permainan cantum Dua
tahun bina, buku bergambar dan boneka. Permainan ini dapat membentuk IQ
kanak-kanak Sindrom Down
B) Peringkat Kanak-Kanak
Permainan selidik dan jelajah, dalam permainan ini kanak-kanak dapat mengenal
pelbagai jenis objek yang dilihat mereka. Ini dapat membuatkan kanak-kanak
tertarik kepada semua benda
Permainan Fizikal, dalam permainan ini kanak-kanak dapat dilatih merangkak dan
bertatih serta berminat membuka almari, laci, bakul dan kotak
Permainan membina dan kognitif, dalam permainan ini kanak-kanak dapat
mencantum gambar berdasarkan corak, bentuk atau warna. Dalam permainan ini
IQ kanak-kanak ini dapat diuji
Permainan sosial, dalam permainan ini kanak-kanak akan lebih aktif kerana
permainan sorok-sorok sesuai dijalankan, disamping itu kanak-kanak dapat
bergembira. Kanak-kanak ini juga akan ketawa apabila digeletek
Permainan khayalan, dalam permainan ini kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi
orang lain dalam suasana yang berbeza, contohnya bermain masak-masak
Permainan merangsang pergerakkan otot, dalam permainan ini kanka-kanak diajar
latihan fizikal seperti berlari, melompat, memanjat, menari dan mengayuh basikal
12
Permainan bahasa, dalam permainan kanak-kanak Sindrom Down diajar latihan
bahasa seperti meniru gaya bercakap, latihan nyanyian dan bercerita.
3.0 KESIMPULAN
Setiap ibu bapa menginginkan anak yang sihat dan comel. Namun takdir tuhan
tidak dapat kita lawan. Walaupun Tuhan mengurniakan anak yang Sindrom Down
namun kita tidak seharusnya merasa malu ataupun menyalahkan takdir.
Setelah mengkaji mengenai Sindrom Down dapatlah disimpulkan bahawa
ianya merupakan masalah genetik yang tidak boleh berjangkit melalui sentuhan
ataupun melalui perpindahan darah. Sindrom Down terjadi akibat ketidaknormalan
kromosom yang ke 21 di mana terdapat tiga kromosom.Sindrom Down tidak boleh
diubati, tetapi mereka yang dilahirkan sebagai Sindrom Down boleh dilatih untuk
menguruskan diri sendiri. Walaupun perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak
Sindrom Down lambat berbanding kanak-kanak biasa, namun dengan latihan dan
bimbingan yang sempurna mampu mengubah kehidupan mereka agar menjadi lebih
baik.
Apa yang disarankan oleh doktor bagi mengelakkan berlakunya
kehamilan Sindrom Down ini adalah dengan tidak melahirkan anak pada usia 35
tahun ke atas. Walaupun ini hanyalah satu langkah pencegahan awal tetapi tidak
semestinya mendapat anak yang Sindrom Down berlaku kepada ibu-ibu yang sudah
lanjut usianya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Doktor Ann Tan dari Pusat
Perubatan Mount Elizabeth, setiap ibu yang hamil tidak mengira umur berisiko
mendapat anak yang Sindrom Down. Justeru, menurut beliau lagi ujian awal adalah
penting lebih-lebih lagi memandangkan semakin ramai wanita menangguhkan
rancangan untuk mempunyai anak.
13
4.0 BIBLIOGRAFI
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2000. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
http://www.downsnet.com/genesee/pics.htm.
Neil Izenherg. 2000. Human Diseases and Conditions. New York: Charles Seribner’s Sons.
Sylvia S.Mader.1995. Biologi Evolusi,Kepelbagaian Dan Persekitaran.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
14