Simetri New
-
Upload
lau-siew-yung -
Category
Documents
-
view
103 -
download
1
Transcript of Simetri New
Rancangan Pengajaran Harian (KSSR) MATEMATIK
Mata Pelajaran : Matematik
Tarikh : 01 Apr 2014
Masa : 8.40 pagi – 9.40 pagi
Tempoh : 60 minit
Tahun : 3 Merah
Bilangan Murid : 40 orang (22 lelaki) (18 perempuan)
Bidang Pembelajaran : Sukatan dan geometri
Tajuk : Ruang
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:
14.4 Mengenal pasti paksi simetri
Standard Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk :
i) Mengenal pasti dan melukis paksi simetri bagi bentuk dua dimensi
Pengetahuan Sedia Ada : Pada P&P yang lepas, murid telah dapat:
i) Mengenal bentuk 2-dimensi, poligon, bukan poligon dan poligong sekata.
Penerapan nilai : Berdikari, kerjasama, berhati-hati.
Bahan Bantu mengajar : Power Point , Kad, gambar gambar objek di sekeliling (daun, layang-layang, rama-rama), gambar-
gambar bentuk 2-Dimensi, gambar-gambar bentuk huruf, lembaran kerja.
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
2
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI
1. Persediaan
(5 minit)
Teori Kecerdasan
Pelbagai
- Logikal Matematik
- Interpersonal
- Musik
Kaedah
- Soal jawab
Memperkenalkan konsep garisan
simetri.
1. Guru menunjukkan sekeping kad
yang besar kepada murid-murid.
2. Guru menunjukkan tunjuk cara
dengan melipat kad tersebut.
3. Guru memberitahu murid- murid
bahawa garisan yang terbentuk
apabila melipat kad tersebut dikenali
sebagai garisan simetri.
4. Guru memperkenalkan tajuk.
i) Apakah bentuk kad ini?
ii) Apakah yang kamu
faham tentang paksi
simetri?
BBM: Kad
Nilai: Memberi perhatian
Garisan simetri
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
3
2. Imaginasi
(20 minit)
Teori Kecerdasan
Pelbagai
- Logikal Matematik
- Visual
- Kinestatik
- Interpersonal
Strategi
- Membuat
keputusan
Mengenal garisan simetri dalam
keadaan sekeliling.
Contoh (di sekeliling):
1. Guru menjelaskan bahawa garisan
simetri dapat dikenalpasti pada objek
di sekeliling murid.
2. Guru mengedarkan contoh gambar
yang mempunyai garisan simetri yang
wujud di sekeliling murid kepada
setiap kumpulan murid.
3. Murid mengikut arahan guru dengan
melipat contoh-contoh gambar yang
diberi untuk menunjukkan garisan
simetri yang terbentuk.
i) Bagaimanakah anda
dapat menentukan paksi
simetri yang dibentuk
adalah betul?
BBM : Gambar-gambar objek
di sekeliling seperti daun,
layang-layang, rama-rama,
bendera, gunting
Nilai : Kerjasama
garisan simetri
garisan simetri
garisan simetri
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
4
Mengenal garisan simetri pada
bentuk- bentuk 2- Dimensi.
Contoh
(pada bentuk 2- Dimensi ):
- segiempat sama
- segitiga sama sisi
- segiempat tepat
- poligon sekata
Aktiviti 1: (individu)
1. Guru menjelaskan bahawa garisan
simetri dapat dikenalpasti pada
bentuk- bentuk 2 – Dimensi.
2. Guru mengedarkan contoh gambar
bentuk 2 Dimensi yang mempunyai
garisan simetri kepada setiap
kumpulan murid.
3. Murid mengikut arahan guru dengan
melipat contoh-contoh gambar yang
diberi untuk menunjukkan garisan
simetri yang terbentuk
4. Guru meminta murid mengenalpasti
bilangan garisan simetri yang
terbentuk bagi setiap bentuk dan
menulisnya dalam bentuk jadual.
i) Bagaimanakah anda
tentukan paksi simetri
bagi bentuk 2-Dimensi?
ii) Bagaimanakah cara
untuk anda mengira paksi
simetri yang ada bagi
bentuk 2-Dimensi dengan
pantas dan cepat?
BBM : Gambar-gambar
bentuk 2 - Dimensi.
Nilai: Berdikari
Bentuk Bil. Garisan Simetri
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
5
3. Perkembangan
( 20 minit )
Teori Kecerdasan
Pelbagai
- Interpersonal
- Logikal Matematik
- Kinestatik
- Muzik
Memperkukuhkan aktiviti
mengira paksi simetri melalui
latihan pada laman web.
Langkah 1 :
Permainan “Pandora Box”
Permainan
1. Murid akan diberikan “Pandora Box”
sambil lagu dimainkan.
2. Murid akan buat hantaran kepada
rakan-rakan yang lain mengikut
iringan muzik yang dipasang.
3. Selepas lagu tersebut dihentikan,
murid yang terakhir memegang
“Pandora Box” tersebut diminta untuk
menjawab soalan yang terdapat pada
laman web,
http://www.innovationslearning.co.uk/subj
ects/maths/activities/maths_activities_ho
me.htm
4. Setelah itu, permainan “ Pandora Box”
akan dimainkan sebanyak sepuluh
pusingan.
i) Berdasarkan soalan yang
diberi, bagaimanakah
anda dapat menentukan
nilai perpuluhan yang
telah dilorek dengan
betul?
BBM: Pandora Box
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
6
Strategi
- Kolaboratif
- Perbincangan
Langkah 2 :
Aktiviti kumpulan
- Melakar garisan paksi simetri
Contoh:
Soalan :
Jawapan :
Aktiviti (Berkumpulan)
1. Guru menunjukkan tunjuk cara
melakar garisan simetri.
2. Guru meminta murid membuat aktiviti
secara berkumpulan.
3. Setiap kumpulan diberi gambar
bentuk 2 – Dimensi dan gambar huruf
yang berbeza.
4. Murid diminta melakar garisan simetri
yang telah dikenalpasti pada setiap
gambar yang diberi.
i) Bagaimanakah cara
untuk mendapatkan
paksi simetri pada bentuk
atau huruf yang
diedarkan?
BBM: Gambar bentuk 2 –
dimensi dan gambar
huruf.
Nilai: Kerjasama
KBKK:
Menjana idea.
Paksi simetri
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
7
4. Tindakan
( 10 minit)
*Pelaksanaan
*Amalan Berterusan
Edarkan lembaran kerja kepada
setiap murid
Lembaran kerja.
- Murid dapat menyelesaikan
sekurang-kurangnya 5 soalan
dengan betul.
Contoh :
Soalan :
Jawapan :
1. Setiap murid akan diuji dengan
lembaran kerja yang diberikan.
2. Guru membuat pemantauan dan
memberi bimbingan jika diperlukan.
3. Guru membincangkan jawapan
dengan murid-murid.
BBM: Lembaran kerja.
Nilai: Berhati-hati
KBKK:
Membuat keputusan
RPH (KSSR)MATEMATIK TAHUN 3
8
Bincangkan hasil kerja murid
5. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja yang diberi. Murid perlu betulkan
kesilapan yang dilakukan
YA