Simbol Dalam Seni Rupa 1
Transcript of Simbol Dalam Seni Rupa 1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
TAJUK
Disediakan oleh:
MD ZAID BIN HASHIMD20031016344
PROGRAM: AT 23
Untuk Perhatian
EN ROSKANG BIN JAILANIFAKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISTANJONG MALIM
SIMBOL DALAM SENI RUPA
SIMBOL DALAM SENI RUPA
Simbol atau perlambangan mempunyai nilai dan kesan yang tersendiri terhadap
penciptaan atau kepada masyarakat yang menghasil dan menerimanya sebagai wadah
kehidupan seharian. Dalam hubungan kewujudanya, ia mempunyai suatu nilai estetika
yang dapat dipertanggungjawabkan. Apatah lagi kadang-kadang kita tidak menyedari
bahawa kewujudannya itu merupakan suatu hasil seni yang dapat dibanggakan.
Simbol juga dapat dikatakan sebagai suatu pemberian semula jadi terhadap
perkembangan imej manusia. Ini bererti dengan adanya kesedaran tujuan dan
kegunaan, bentuk simbolik itu mempunyai maksud tersendiri yang mewakili imej si
pencipta seni. Dalam perkembangan seni rupa, unsur begini tidak boleh diabaikan. Ia
merupakan satu fungsi dari imej itu sendiri.
Menurut Rudolf Arnheim dalam bukunya bertajuk Visual Thinking berbunyi;
….images can serve as pictures,are as symbols; they can also be used as mere signs.
(halaman 138)
Dalam kegiatan seni rupa, ketiga-tiga bentuk iaitu gambar, lambang dan tanda
merupakan ciri penting bagi seseorang seniman dalam mewujudkan imejnya untuk
penghasilan sesebuah karya seni. Kewujudan ini adalah berdasarkan kemampuan
mencipta, mengolah seluruh imaginasi dan pengalaman emosi serta
intelektual.Berdasarkan ketiga-tiga bentuk tadi, simbol lebih ketara mencakupi nilai
psikologi dan sosiologi dalam pertumbuhan jiwa manusia.
Sebenarnya simbol atau lambang berfungsi sebagai mengadakan dan
menampilkan sesuatu yang lain. Simbol dengan benda yang disimbolkan tidak
mempunyai maksud yang sama. Ianya mempunyai erti atau maksud yang lain dari
bentuk asal atau makna yang lebih mendalam. Contohnya warna merah tidak lagi
bermaksud darah tetapi ianya boleh melambangkan keberanian, ketangkasan dan
kemarahan.
Simbol dapat dibahagikan kepada 3 sifat iaitu:
1. Bersifat universal dimana pemakaian dan fahamannya tidak terbatas. Ianya
dapat diketahui oleh sesiapa sahaja walaupun di mana kita berada. Walaupun
apa yang dilakukan, ianya sendiri telah mengemukakan bentuknya. Contohnya
apabila seseorang itu ketawa atau menangis, kita akan dapat memaklumi tanpa
ditanya sebabnya walaupun ketawa itu tidak semestinya bermaksud gembira
atau sebaliknya.
2. Simbol melambangkan perjanjian iaitu pengertian yang hanya dimaklumi oleh
sesuatu masyarakat atau kaum dan biasanya berkaitan dengan ucapan atau
gambaran.Contohnya orang Malaysia yang membeli belah di Thailand sudah
tentu menjadi kelam kabut kalau masih menggunakan bahasa ibunda masing-
masing walaupun perkara yang diperkatakan menyentuh hal yang sama. Maka
istilah simbol yang tepat ialah sebagai bahasa perjanjian itu sendiri iaitu
menggunakan bahasa yang standard yang boleh difahami kedua belah pihak.
3. Simbol bersifat peribadi. Ianya berkaitan dengan peristiwa yang dapat
menimbulkan kesan yang berbeza antara individu walaupun benda atau
suasana yang disimbolkan itu adalah sama. Muzik yang rancak tidak
semestinya menimbulkan kesan yang sama bagi X dan Y. Si X mungkin
bergembira dengan irama muzik tersebut kerana kesannya mempunyai kaitan
dengan peristiwa gembira yang pernah dialaminya tetapi tidak pula pada Si Y.
Apa yang ditekankan disini ialah peranan simbol lebih kepada unsur kejiwaan.
Dalam penciptaan seni rupa sama ada dalam bentuk seni halus atau seni
gunaan, bentuk simbolik digambarkan melalui aspek elemen seni halus itu sendiri
yang diwakili oleh garisan, rupa, bentuk, jalinan, warna dan ruang. Penciptaan seni
rupa boleh juga berlaku secara terpisah dan berdiri dengan sendiri terutamanya
melalui bentuk. Malah kegiatan seni rupa ini dapat membantu secara efektif sekali
pada keseluruhan penciptaan seni dalam kehidupan.
language symbols alone are not enough, even for highly literate people…………the
abstract power objective reality as an art form.
June Mc Fee, Preparation For Art ( halaman 22)
Melalui unsur seni halus inilah pengkarya mencipta dan menggunakan simbol
atau tanda untuk mencapai atau memenuhi keperluan asalnya. Dalam seni lukis realis,
pelukis tidak menggambarkan simbol dalam bentuk lahiriah tetapi lebih menekankan
kepada paduan warna dan susunan garis subjek. Picasso contohnya telah
menggunakan pemakaian simbol warna sebagai lambang perjanjian yang sifatnya
telah dikenali umum.
…..the ideal flower, he must not draw too clearly the specific image of a rose or lily,
but must confuse the two images so that the essence of them both may be perceived.
Charles Chadwick, Symbolism ( hal: 125 )
Disini sekali lagi letaknya peranan simbol yang menggambarkan imej dan
kekreatifan seniman dalam mencipta.
Dalam seni rupa kraftangan Melayu, penggunaan simbol banyak kita jumpai.
Seni rakyat yang masih lagi wujud dengan penggunaan bahan yang sederhana dari
alam sekeliling telah berkembang dari fahaman anamisme, iaitu kepercayaan kepada
roh halus dan alam dipindahkan kepada motif-motif yang disimbolkan dengan
kepercayaan itu sendiri. Ini jelas dapat kita lihat pada seni ukiran dan anyaman seperti
‘awan larat’ dan ‘pucuk rebung’ dan kemudiannya berkembang dengan simbol daun
dan bunga-bunga desa.
Peranan simbol dalam kehidupan penciptaan seni amat berpengaruh walaupun
ianya wujud tanpa kita sedari. Simbol telah berjaya menciptakan hubungan manusia
bukan sahaja dengan sesama manusia bahkan dengan dunia sekelilingnya. Tanpa
simbol, perhubungan tidak mungkin akan terjadi kerana jelas manusia sendiri adalah
animal symbolism dan juga men are the animals using dominant signs.
Bibliografi
Arnheim, Rudolf, 1980. Visual Thinking. University Of California Press.
Chadwick, Charles, 1971. Symbolism. London: Methuen Company Ltd.
McFee June, King, 1970. Preparation For Art Second Edition. USA: Wadsworth
Publishing.
Siti Zainon Ismail, 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa & Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman, Esei-esei Seni Halus, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Karangan Jenis Perbincangan
Kesihatan yang baik menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup
kita. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang mengabaikan
aspek ini. Bincangkan kesan yang timbul ekoran pengabaian aspek
kesihatan.
Setiap orang pasti sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kesihatan yang baik membolehkan kita melakukan apa jua kegiatan yang disukai, seterusnya menjamin kebahagiaan hidup kita.
Malangnya terdapat segelintir masyarakat di negara kita yang masih mengabaikan aspek kesihatan.Mereka membiarkan kawasan rumah dikelilingi semak samun. Sampah sarap dibiarkan berlonggok di kawasan rumah sehingga menyebabkan pembiakan serangga pembawa penyakit seperti tikus dan lalat. Akibatnya mereka terdedah untuk dijangkiti penyakit.
Seseorang yang mengabaikan kesihatan, iaitu tidak mengambil berat terhadap aspek pemakanan dan kebersihan diri serta tempat tinggal akan mudah diserang penyakit. Akibat menghadapi pelbagai jenis penyakit, pergerakannya terbatas.Dia juga tidak dapat melakukan aktiviti yang digemarinya lagi.
Kesejahteraan dan kebahagiaan hidup juga akan tergugat sekiranya kita mengabaikan kesihatan.Kesannya kita kan menghabiskan hayat dengan terbaring di atas katil di hospital untuk menjalani pelbagai jenis rawatan, di samping terpaksa bergantung kepada pelbagai jenis ubat untuk meneruskan hidup.
Keadaan diri dan tempat tinggal yang tidak terjaga turut menyebabkan masyarakat membuat tanggapan yang negatif terhadap diri kita. Ekoran itu, kehadiran kita tidak disenangi kerana masyarakat telah mengecap kita sebagai seorang yang pengotor dan tidak tahu menjaga kesihatan diri.
Selain itu kita juga terpaksa membelanjakan wang untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang berpunca daripada sikap kita yang memandang remeh terhadap penjagaan kesihatan. Hakikatnya, peruntukan kewangan untuk merawat penyakit ini boleh dielakkan jika kita tidak mengabaikan kesihatan.
Jelaslah bahawa kita perlu mengambil berat terhadap aspek kesihatan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan mengambil berat aspek akan kebersihan diri serta tempat tinggal.
Penulisan : Surat Kiriman Rasmi 1. Surat kiriman rasmi ditulis dan ditujukan kepada pihak tertentu dengan tujuan
rasmi seperti membuat permohonan, membuat pesanan, jemputan, rayuan, dan sebagainya.
2. Surat kiriman rasmi mempunyai format atau susun aturnya yang tersendiri.3. Fahami tajuk dan tujuan surat serta kepada siapa surat hendak ditujukan.
Contoh Format Surat Kiriman Rasm
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI YANG LENGKAP
Kompleks Penghulu,Mukim Jorak,12, Pekan Pagoh,84600 Muar,Johor Darul Takzim.
Ketua Polis,Balai Polis Daerah Muar,Jalan Petrie,84600 Muar,Johor Darul Takzim. 12 MAC 2008.
Tuan,
Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh
Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.
2. Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.
3. Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk.
4. Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain.
5. Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada cadangan saya ini..Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin.
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
(MOHIDDIN BIN OSMAN) Penghulu Mukim Jorak
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DARULAMANJALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL( 2611 / 3 )
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA2008
MARKAH KERJA KURSUS
TUGASAN 5REKA BENTUK PAPAN TANDA KEDAI
JUMLAH CALON : 58
--MALE--Hey hey hey hey, aa aa aa aaLa la la la, aa aa aaMain agar saamne aa bhi jaaya karoonLaazmi hai ke tum mujhse parda karoApni shaadi ke din ab nahin door haiMain bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo
--FEMALE--Badi mushkil hai, yeh mera dil hai - 2Tum hi kaho kaise main chup rahoonTum agar saamne aa bhi jaaya karoLaazmi hai ke main tumse parda karoonApni shaadi ke din ab nahin door haiMain bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo
--MALE--Badi mushkil hai, yeh mera dil hai - 2Tum hi kaho kaise main chup rahoon
--FEMALE--Tum agar saamne aa bhi jaaya karoLaazmi hai ke main tumse parda karoon
--MALE--Hey hey, eh hey, aa aa, la la la la laSataane ke manaane keYeh din hai aazmaane keZara samjha karo dilbar, tumhe meri kasam
--FEMALE--Yehi meri hai majbooriSehi jaaye na ab dooriMera kya haal hai kaise bataaoon main sanam
--MALE--Zameen hogi, gagan hogaTera mera milan hogaMain agar tumse nazrein milaaya karoonLaazmi hai ke tum mujhse parda karo
--FEMALE--Aa aa aa aa aa aa, la la la la, aa aa aa
--MALE--Main duniya se chala jaaoonKabhi na lautke aaoonKarogi kya akele tum, bataao dilrooba
--FEMALE--Main rab se chheen laaoongiTujhe apna banaaoongiChalegi saans jab tak yeh na honge hum judaa
--MALE--Na apni yeh kasam tooteJo rab roothe to rab rootheMain agar tumko milne bulaaya karoonLaazmi hai ke tum mujhse parda karoApni shaadi ke din ab nahin door haiMain bhi tadpa karoon, tum bhi tadpa karo
--FEMALE--Badi mushkil hai, yeh mera dil haiTum hi kaho kaise main chup rahoon
--MALE--Main agar saamne aa bhi jaaya karoonLaazmi hai ke tum mujhse parda karo
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL (KRSV SPM)
TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 642 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 683 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 724 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 765 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 847 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 888 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 929 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 9610 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100
TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 642 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 683 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 724 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 765 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 847 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 888 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 929 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 9610 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100
TAHU IMA/NILAI IDEA ALAT PROSES PRODUK1 20 1 10 8 47 6 40 9 50 6 24 16 642 40 2 20 9 53 7 47 10 56 7 28 17 683 60 3 30 10 59 8 53 11 61 8 32 18 724 80 4 40 11 65 9 60 12 67 9 36 19 765 100 5 50 12 71 10 67 13 72 10 40 20 80
6 60 13 76 11 73 14 78 11 44 21 847 70 14 82 12 80 15 83 12 48 22 888 80 15 88 13 87 16 89 13 52 23 929 90 16 94 14 93 17 94 14 56 24 9610 100 17 100 15 100 18 100 15 60 25 100