SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal...
-
Upload
duonghuong -
Category
Documents
-
view
279 -
download
13
Transcript of SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 50 … Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal...
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.
SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
50 KANAK-KANAK MALAYSIA
BAKAL MENIKMATI MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH
Dutch Lady Malaysia menyumbang dana sebanyak RM1.5 juta menerusi Dana Inspirasi
Masa Depan
Selangor, 26 Oktober 2013 – Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Milk Industries
Berhad (Dutch Lady Malaysia) yang telah berlangsung selama 10 bulan kini telah sampai ke
kemuncaknya. 50 kanak-kanak bertuah kini dihadiahkan polisi insurans berjumlah RM1.5 juta
bagi membantu merealisasikan impian mereka. Kempen murni ini bermatlamat untuk
mendorong rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk terus memberi inspirasi
kepada kanak-kanak di Malaysia.
Hasil kerjasama yang di jalankan bersama UniAsia Life Assurance Berhad, Dutch Lady Malaysia
menghadiahkan polisi insurans yang bernilai RM30,000 kepada setiap kanak-kanak yang telah
memenanginya dan polisi akan matang apabila mereka mencecah usia 18 tahun. Syarikat
tenusu gergasi ini yakin bahawa polisi ini akan memberikan satu pelaburan dalam masa depan
kanak-kanak dan membantu mereka mencapai impian yang dihasratkan.
Kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady Malaysia dilancarkan untuk merayakan ulang tahun
ke-50 Dutch Lady Malaysia. Sejajar dengan misi syarikat tenusu gergasi ini „Membantu rakyat
Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan tenusu yang dipercayai‟ , kempen ini bertujuan
untuk memberi inspirasi kepada generasi muda di Malaysia bagi mencapai impian dalam bidang
yang diminati mereka termasuk pendidikan, sukan, seni kreatif dan sebagainya.
Menerusi kempen ini, Dutch Lady Malaysia berharap dapat memberi impak yang besar kepada
masyarakat. Justeru, ia telah dirancang bagi membantu 50 kanak-kanak terpilih melanjutkan
pelajaran serta mengejar cita-cita dalam bidang yang diminati mereka. 50 kanak-kanak ini
dipilih melalui 3 kategori, iaitu 10 kanak-kanak dipilih menerusi kerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia, 10 dipilih dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala 30
yang lain dipilih secara terbuka kepada umum berdasarkan peraduan video yang paling memberi
inspirasi.
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) Level 5, Quill 9, 112 Jalan Semangat, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia t +60 (0)3 7953 2600 f +60 (0)3 7953 2700/ 79552985 www.frieslandcampina.com www.dutchlady.com.my
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.
“Kempen ini juga membuktikan kerjasama yang erat antara sektor awam dan swasta. Dutch
Lady Malaysia telah berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan serta Jabatan Kebajikan
Masyarakat bagi memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Malaysia,” kata Ramjeet Kaur
Virik, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia.
“Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus membuktikan bahawa
rakyat Malaysia amat mengutamakan masa depan generasi muda. Kami berbesar hati kerana
mampu mencetuskan impak yang positif kepada masyarakat di Malaysia menerusi kempen
Inspirasi Masa Depan. Kami berazam meneruskan usaha Dutch Lady Malaysia dalam memberi
inspirasi serta mengasah potensi generasi muda di Malaysia,” katanya.
Lebih 800 penyertaan yang telah diterima dari segenap lapisan masyarakat. Bagi kategori di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak156 penyertaan telah diterima dari Kelantan
dan Terengganu. Setiap guru besar sekolah telah mencadangkan hanya seorang kanak-kanak
untuk mewakili setiap sekolah.
Bagi 43 kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pula, nama mereka dikemukakan
oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pertubuhan amal. Setiap pertubuhan amal
hanya boleh mencadangkan lima calon sahaja. Profesor Madya Dr Mariani Mohd Nor, pensyarah
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling di Universiti Malaya, memainkan peranan penting
dalam menghasilkan kaedah penilaian serta pemilihan bagi kategori ini.
Beliau amat memuji usaha murni Dutch Lady Malaysia dalam memberi inspirasi kepada generasi
muda di Malaysia.
“Kita perlu memberi inspirasi kepada kanak-kanak bermula dari seusia kecil lagi, di samping
memupuk serta menggalakkan idea mereka, supaya mereka lebih gigih mengejar impian dan
tidak mudah berputus asa. Kempen ini membuktikan ramai kanak-kanak mengidamkan peluang
untuk menggapai potensi mereka. Maka, jika diberi asas kukuh, mereka pasti mampu
mengecapi kejayaan besar yang mengharumkan nama negara,” terangnya.
Masyarakat khasnya pihak ibu bapa dan penjaga dapat menyertai kempen ini dengan
menghantar video yang menggambarkan cara serta usaha mereka dalam memberi inspirasi
kepada anak-anak. Daripada 625 video yang diterima, 30 peserta dipilih oleh panel
penghakiman termasuk pegawai-pegawai tertinggi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Profesor
Madya Dr Mariani, duta kempen Ziana Zain serta Faizal Tahir dan kakitangan Dutch Lady
Malaysia.
Kempen ini juga mengajak semua rakyat Malaysia menurunkan cap tapak tangan sebagai tanda
ikrar inspirasi kepada kanak-kanak diseluruh Malaysia. Lebih 50,000 ikrar telah dikumpul dari
seluruh negara.
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.
“Kami yakin bahawa kempen Inspirasi Masa Depan Dutch Lady telah berjaya memberi inspirasi
kepada lebih 50,000 rakyat Malaysia dan menyampaikan mesej yang penuh bermakna ini.
Kempen ini mempertingkatkan lagi keyakinan kami bahawa ramai kanak-kanak mengharapkan
peluang untuk mencapai impian mereka. Oleh itu, jika diberi asas yang kukuh, mereka pasti
akan mencapai kejayaan yang memberangsangkan,” tambah Ramjeet.
Sambutan terhadap kempen ini telah mendorong Dutch Lady Malaysia melanjutkan kempen ini
dengan menganjurkan 50 Bengkel Inspirasi Masa Depan yang akan diadakan pada bulan
November dan Disember. Bengkel ini diadakan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik
dan diharap dapat menyampaikan mesej inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa dan kanak-kanak
di seluruh Malaysia.
50 kanak-kanak yang memperoleh manfaat menerusi kempen ini telah datang dari seluruh
negara dan berumur antara 4 hingga 12 tahun. Kempen ini menyaksikan pelbagai personaliti
kanak-kanak yang menakjubkan dan telah mengambil bahagian. Pelbagai cita-cita yang mereka
impikan termasuk ingin menjadi jurugambar, pembaca berita, pelakon, usahawan fesyen,
angkasawan, juruterbang, pakar wushu dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut tentang Dana Inspirasi Masa Depan Dutch Lady, sila layari laman
sesawang www.inspiretomorrow.my.
-tamat-
Dutch Lady Milk Industries Berhad (5063-V) a subsidiary of Royal FrieslandCampina N.V.
Mengenali Dutch Lady Milk Industries Berhad
Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) diasaskan pada tahun 1963 dan kini
merupakan syarikat hasil tenusu yang terkemuka di Malaysia. Syarikat pemegangnya ialah
Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat Belanda berbilang negara dan salah satu syarikat
kerjasama bahan tenusu yang terbesar di dunia.
Dutch Lady Malaysia menghasilkan dan menjual pelbagai produk tenusu yang berkualiti di
pasaran negara serta luar negara. Jenama Dutch Lady serta Friso-nya mendapat sambutan yang
amat baik. Dutch Lady Malaysia yakin terhadap inovasi produk dan sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan pelbagai prosesnya untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan
berkhasiat kepada pelanggannya.
Ia merupakan syarikat pertama di dunia yang memasarkan tepung Susu Untuk Membesar yang
dirumus khas untuk kanak-kanak sehingga tiga tahun. Pelbagai rangkaian ini kini dipasarkan di
Malaysia sebagai Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+.
Dutch Malaysia merupakan penyokong kuat industri hasil tenusu tempatan dan berganding
tangan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menggalakkan perkembangannya.
Sejajar dengan misi syarikat „membantu rakyat Malaysia terus maju dalam kehidupan dengan
tenusu yang dipercayai‟ kualiti produk yang dihasilkan amat dititikberatkan.
Dutch Lady mematuhi tahap kualiti, keselamatan makanan serta amalan global yang ketat,
sejajar dengan akreditasi pensijilan ISO9001, ISO14001, OHSAS 18001 (Kesihatan Pekerjaan
dan Siri Penilaian Keselamatan) dan HACCP (Analisis Bahaya dan Pengendalian Titik Kritis) yang
diperoleh. Dutch Lady juga mencapai rekod yang cemerlang sebagai jenama produk tenusu
yang utama, dan kecemerlangan ini dikesahkan lagi apabila ia memenangi anugerah Super
Brand Gold oleh Reader‟s Digest untuk 11 tahun berturut-turut sejak tahun 1999, di samping
diakui sebagai salah satu daripada 30 Jenama yang Paling Bernilai di Malaysia sejak tahun 2007.
2013 melambangkan satu pencapaian yang penting bagi Dutch Lady kerana ia telah mengecapi
kecemerlangan selama 50 tahun. Bagi merayakan ulang tahun ke-50, sambutan ini akan
memberi tumpuan kepada janjian syarikat menerusi Dana Inspire Tomorrow untuk mengilhami
golongan muda di Malaysia untuk mengejar cita-cita mereka dalam bidang yang dihasratkan
menerusi pendidikan, sukan mahu pun seni kreatif.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.dutchlady.com.my.
_______________________________________________________________
Dikeluarkan oleh: OgilvyAction
Bagi pihak: Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Lynn Koh
Account Executive
03 – 2718 8269 / 012 - 7702 809