SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah

download SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah

of 40

  • date post

    08-Oct-2019
  • Category

    Documents

  • view

    23
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN KANDUNGAN GEREJA? SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA? anggupkah

  • 1

    SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEMIMPIN GEREJA?

    anggupkah kita untuk memilih-milih? Tidakkah kita menimbulkan banyak

    masalah jika kita mendesak supaya pemimpin “tidak bercela”? Atau adakah kita jauh lebih menderita dan kecewa jika gereja diserahkan kepada orang yang salah, atau pemimpin yang tidak layak untuk membuat keputusan bagi umat Tuhan? Untuk mengelakkan bahaya itu, penulis Dan Vander Lugt dan Kurt De Haan menolong kita dan berfokus kepada kelayakan berdasarkan Alkitab bagi kepimpinan gereja. Mereka akan menunjukkan sebab isu ini ada kena-mengena dengan kita semua. Martin R. De Haan II

    KANDUNGAN Mencari Orang Yang Sesuai . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

    Siapakah Layak Menjadi Pemimpin Gereja? . . . . . . 8

    Orang yang:

    Ada Nama Baik . . . . . . . 10

    Ada Pengawalan Diri . . . . 13

    Ada Nilai-Nilai Ketuhanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . 16

    Hatinya Mengasihi . . . . . . 19

    Keluarga Yang Sihat . . . . . 21

    Iman Yang Matang. . . . . . 23

    Minda Yang Rela Diajar . . 26

    Kajian Kes . . . . . . . . . . . 29

    Masalah dan Prinsip . . . . 34

    Standard Untuk Kepimpinan . . . . . . . . . . 37

    Adakah Anda Layak? . . . 38

    Buku Asli: “Who Qualifies To Be A Church Leader?” Reka bentuk kulit: Stephen Wilkes/Getty Images/Stone Petikan Alkitab daripada Alkitab Berita Baik, © 1996 Bible Society of Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. © 2009, 2010, 2015 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, Michigan. Dicetak di Malaysia E-mel: orders@dhdmalaysia.com

    SS

  • 2

    MENCARI ORANG YANG SESUAI

    rang yang merekrut Tentera Laut Amerika Syarikat

    memberitahu kami bahawa mereka sedang mencari orang yang sesuai. Bukan semua orang layak menjadi askar dalam pasukan yang berdisiplin tinggi dan sangat dihormati ini, serta sering mengetuai serangan dalam peperangan. Rekrut mesti berjaya melalui satu siri ujian berat secara fizikal dan mental sebelum mereka menjadi anggota yang mantap. Kristus sedang mencari orang yang layak untuk memimpin gereja-Nya dan menjadi teladan yang salih dalam sikap dan tindakan mulia yang patut menjadi ciri orang Kristian yang dewasa. Dia memilih orang yang sesuai untuk menjadi pemimpin tentera-Nya ke peperangan rohani dan

    menjaga serta memelihara umat-Nya. Kelayakan pemimpin ada banyak dan semua itu mustahak bagi kesihatan rohani jemaah. Jika kita bertolak ansur dengan standard pemilihan pemimpin gereja, ia bererti kita mengambil risiko untuk mengalami masalah keperibadian dan semangat dalam jemaah dan kesaksian yang semakin kurang kesannya di dunia. Banyak antara gereja kita menjadi kurang salih dan tidak berkesan kerana gagal melatih dan memilih pemimpin yang berkelayakan.

    Orang yang layak ini harus menjadi teladan yang salih dari segi sikap dan kelakuan kepada

    semua orang.

    OO

  • 3

    Apakah kedudukan kepimpinan yang ingin diisi oleh Kristus? Ada dua jenis pemimpin gereja yang diberi perhatian khusus di dalam Perjanjian Baru: pemimpin jemaah (penatua) dan penolong jemaah (diaken). Dalam surat-surat rasul Paulus kepada Timotius dan Titus, dia merangka kelayakan bagi orang yang akan memimpin dengan cara mengajar, mengarah, melengkapi, membimbing, menjadi teladan, menegur, mendorong, melindungi, mengasihi, dan melayani tanpa mementingkan diri sendiri. Sebelum menghuraikan kelayakan keperibadian bagi pemimpin jemaah dan penolong jemaah, mula-mula kita harus memeriksa peranan khusus bagi setiap jenis pemimpin dalam gereja tempatan.

    Siapakah seorang pemimpin (penatua)? Pemimpin pada zaman Perjanjian Lama ialah orang yang lebih tua dan berada dalam kedudukan kepimpinan atas keluarga atau suku. Misalnya Musa, dia dibantu oleh para pemimpin (Keluaran 3:16, 18; 24:1). Golongan orang ini menjadi pemimpin yang dihormati berdasarkan umur dan pengalaman mereka. Pada zaman awal Perjanjian Baru, ketika gereja baru bermula, umur seseorang juga menjadi dasar pertimbangan. Walaupun para pakar Alkitab tidak semuanya bersetuju dengan umur minima bagi seseorang yang layak menjadi pemimpin, namun ada beberapa orang mencadangkan umur 30 tahun. Yesus berumur 30 tahun ketika Dia mula pelayanan-Nya di khalayak ramai (Lukas 3:23). Dan pakar Perjanjian

  • 4

    Baru Merrill C. Tenney telah mencatat bahawa ahli majlis agama orang Yahudi, iaitu Sanhedrin, harus berumur sekurang- kurangnya 30 tahun. Tambahan pula, banyak antara ciri yang disenaraikan di dalam 1 Timotius dan Titus hanya kelihatan dalam hidup seseorang setelah keperibadian dan kedewasaannya terbukti benar selama beberapa tahun. Bagaimanapun, umur semata-mata tidak menjamin kedewasaan atau kerohanian. Seorang yang agak muda mungkin layak juga. Ketika Paulus memberitahu Timotius, “Jangan biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda” (1 Timotius 4:12), mungkin Timotius berumur dalam pertengahan tiga puluhan dan dia berada dalam kedudukan yang berkuasa atas gereja-gereja di wilayah Efesus. Timotius

    harus menunjukkan bahawa melalui kehidupan salih, dia boleh dicontohi. Orang muda yang berada dalam kedudukan kepimpinan di gereja-gereja kita pada masa ini mesti menunjukkan melalui hidup mereka bahawa meskipun mereka belum jadi warga emas, mereka bijak dan dewasa secara rohani. Apakah tugas seorang pemimpin gereja? Ada beberapa gereja menganggap pemimpin jemaah itu sama juga dengan pastor. Gereja-gereja lain memilih sekumpulan orang untuk melayani sebagai pemimpin jemaah, dan sering diketuai oleh ketua pemimpin jemaah atau pastor yang menjadi pemimpin dalam hal pengajaran dan penyampaian firman Tuhan (1 Timotius 5:1). Pemimpin jemaah, pastor (atau gembala), dan pengawas (juga diterjemah

  • 5

    sebagai biskop atau penatua) adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan beberapa ciri jawatan yang sama (lihat Kisah Rasul 20:17,28; Filipi 1:1; 1 Timotius 3:1; 5:17; Titus 1:5-9; 1 Petrus 5:1-2). Seorang pemimpin jemaah: • “Memerintah” jemaah

    dengan sikap hamba (1 Timotius 5:17; Ibrani 13:17; 1 Petrus 5:1-3).

    • “Melengkapi orang percaya” dengan mengajar firman Tuhan (Efesus 4:11-12;

    1 Timotius 4:6,11,13,16; 2 Timotius 4:2-4). • Menjaga kawanan

    daripada ajaran salah atau yang menyeleweng (Kisah Rasul 20:17,28;

    1 Timotius 1:3-4; 6:20-21; 2 Timotius 4:1-5;

    Titus 1:10-16). • Melindungi jemaah

    daripada perbuatan orang yang mengacau dan menimbulkan perpecahan (2 Timotius

    2:14-18, 23-26; Titus 3:9-11). Rasul Paulus berkata, “Seseorang yang ingin menjadi pemimpin jemaah, dia menginginkan pekerjaan yang sangat baik” (1 Timotius 3:1). Orang perorangan seharusnya didorong untuk menunjukkan kelakuan Kristian dan mengembangkan kemampuan kepemimpinan mereka. Tetapi rasul itu juga berkata, “Seorang pemimpin jemaah haruslah...” Memang baik untuk berkeinginan menjadi pemimpin, tetapi dia mesti memenuhi kelayakan. Senarai kelayakan tidak menuntut kesempurnaan tanpa dosa, tetapi standard kelakuan Kristian haruslah tinggi dan mempunyai iman yang matang dalam Kristus. Apakah peranan penolong jemaah? Diaken, istilah penolong jemaah yang diterjemahkan daripada perkataan

  • 6

    Yunani bererti “orang yang melayani.” Tujuh orang yang disebut dalam Kisah Rasul 6:1-6 berperanan sebagai penolong jemaah dalam beberapa tugas

    tertentu sementara mereka membantu dalam pembahagian makanan kepada balu. Berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam Kisah Rasul 6 dan apa yang dihuraikan di bahagian lain di dalam Perjanjian Baru, apabila gereja-gereja tempatan ditubuhkan dan bertumbuh, peranan rasmi penolong jemaah adalah membantu pemimpin jemaah agar mereka boleh menumpukan perhatian dalam tugas mengajar dan berdoa. Filipi

    1:1 dan 1 Timotius 3:8- 13 menerangkan bahawa peranan penolong jemaah hampir sama dengan peranan pemimpin jemaah, dan kita boleh andaikan bahawa para penolong jemaah adalah pengurus bagi banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan jemaah. Itulah sebabnya pada hari ini ramai gereja menyerahkan tugas penting yang berkaitan dengan kewangan dan keperluan kebendaan gereja kepada para penolong jemaah. (Ada beberapa gereja mempunyai “pemegang amanah” untuk mengisi peranan ini.) Apakah yang membezakan golongan orang ini daripada orang lain di gereja? Standard yang diberi dalam Alkitab bagi kepimpinan gereja adalah sifat peribadi, bukan berdasarkan ijazah universiti atau seminari, kemahiran pengurusan perniagaan, atau

    Bagi Paulus, kelayakan yang tinggi adalah wajib dalam

    kepemimpinan.

  • 7

    karisma peribadi. Mungkin kita cenderung memilih pemimpin berdasarkan kejayaan peribadi atau kedudukan sosial. Tetapi Paulus menyeru supaya mencari pemimpin dengan lebih mendalam, dan mencari sifat peribadi yang menyatakan iman yang teguh dan memantulkan kebolehpercayaan, kematangan, dan kestabilan. Standard bagi pemimpin gereja adalah tinggi kerana mereka harus menjadi “teladan kepada mereka” (1 Petrus 5:3). Oleh sebab penolong jemaah pun dalam kedudukan yang ada tanggungjawab, mereka harus menjadi contoh yang baik dalam pertumbuhan kehidupan yang semakin menyerupai Kristus. Bagaimana kelayakan ini diterapkan kepada setiap orang? Kelayakan bagi pemimpin gereja adalah orang yang

    sifatnya bersungguh- sungguh dalam iman kepada Kristus, bertumbuh dalam pengenalannya akan Tuhan, dan menjadi