Si Camar Yang Berjasa
-
Upload
ping-lik-ling -
Category
Documents
-
view
283 -
download
23
description
Transcript of Si Camar Yang Berjasa
Si Camar yang Berjasa
Di dalam sebuah lautan, ada dua ekor ikan yang bernama Cik
Kembung dan Cik Tamban sedang mencari makanan. Kedua-dua ekor
ikan ini memakan alga dan organisma kecil lain.
Sewaktu makan, Cik Tamban terlihat seekor burung camar
berlegar-legar di angkasa.
“Cik Kembung! Cik Kembung! Lihat burung camar itu berlegar-legar
di angkasa sambil memerhatikan kita berdua,” kata Cik Tamban.
“Lebih baik kita berenang ke dasar laut. Jika tidak, kita pasti menjadi
mangsa Si Camar,” kata Cik Kembung.
“Di mana kita nak makan? Hendak makan pun susah kalau ada Si
Camar,” rungut Cik Tamban.
“Cik Kembung, bagaimana jika kita bunuh kesemua burung camar
itu supaya tiada sesiapa lagiyang mengganggu kita mencari makan,” Cik
Tamban memberi cadangan kepada Cik Kembung.
“Bagus juga cadangan itu, Cik Tamban,” sokong Cik Kembung
sambil mengangguk-angguk.
Perbualan mereka didengari oleh Sang Penyu yang kebetulan
berenang berhampiran mereka berdua.
“Siapa yang awak hendak bunuh, Cik Tamban? Kenapa marah
sangat?” tanya Sang Penyu.
“Oh, Sang Penyu. Terkejut saya tiba-tiba sahaja awak muncul,” kata
Cik Tamban.
“Kami sedang berbincang bagaimana hendak membunuh haiwan
yang mengganggu kami mencari makanan,” Cik Kembung pula bersuara.
“Si Camar sering berada di tempat kami mencari makanan.
Bagaimana kami hendak makan kerana takutkan Si Camar menangkap
kami pula?” terang Cik Kembung.
“Jadi awak hendak bunuh Si Camar?” tanya Sang Penyu.
“Cara paling mudah ialah memberi racun kepada kaum camar,”
jawab Cik Tamban.
“Jika awak memberi racun kepada Si Camar, awak akan turut
terkena racun. Racun itu akan mengalir ke dalam ekosistem laut kita. Kita
juga yang susah,” kata Sang Penyu.
“Mungkin kita akan sakit atau lebih teruk lagi kita mungkin mati,”
sambung Sang Penyu lagi.
Cik Tamban dan Cik Kembung terdiam mendengar kata-kata Sang
Penyu. Mereka tahu apa yang dikatakan oleh Sang Penyu adalah benar.
“Adakah awak tahu Si Camar yang membolehkan kamu mendapat
makanan?” tanya Sang Penyu pula.
“Kami makan alga. Apa kaitan alga dengan Si Camar?” kata Cik
Kembung.
“Burung camar tinggal di kawasan berbatu di tepi laut. Mereka
makan, membuang najis dan tinggal di kawasan tersebut. Maka najis
burung camar yang membolehkan alga-alga itu membiak dan subur,”
terang Sang Penyu.
“Kalau begitu, tanpa najis burung camar mungkin alga sukar hidup?”
Cik Kembung bertanya lagi.
“Tiada burung camar maka tiadalah alga. Tiada alga kita juga tidak
akan mendapat makanan,” tambah Cik Tamban pula.
“Bijaknya Sang Penyu. Nasib baik awak mendengar perbualan
kami. Jika tidak, kami semua akan mati kelaparan,” puji Cik Kembung.
“Bukan awak berdua sahaja, saya juga akan mati. Penyu juga
bergantung kepada alga untuk terus hidup dan membesar,” balas Sang
Penyu.
Cik Kembung dan Cik Tamban sedar bahawa setiap organisma
yang dijadikan Tuhan mempunyai peranan masing-masing. Mereka tidak
boleh pentingkan diri sendiri.
Mereka hidup di dalam sebuah ekosistem yang sama dan
mempunyai kaitan dalam rantaian makanan. Kepupusan salah satu sistem
rantaian makanan akan menyebabkan organisma lain turut terjejas.
a
c
b