senikini#16

download senikini#16

of 36

  • date post

    27-Oct-2014
  • Category

    Documents

  • view

    165
  • download

    3

Embed Size (px)

description

Cover ART for senikini#16 by Amron Omar'Pertarungan', (2007)Oil Pastel on paper74 cm x 54 cmCollection of Bingley Iskandar & Ima Norbinsha

Transcript of senikini#16

PERTARUNGAN : AMRON OMARMEDIUM, TUBUH DAN AIDA REDZAHENRY BUTCHER MALAYSIANART AUCTION 2012 BATIK AND ANN DURHAMS LEGACYART & CULTURE AS AN INTERDISCIPLINARY PROCESSTHE PRIMORDIAL AND FANTASTICALWORKS OF CHANG YOONG CHIAEXIT FROM MANDALAY16#Ambassador Dato Mohd Yusof AhmadEditor-In-ChiefSalam Sejahtera dan salam 1Malaysia!Selamat bertemu kembali dalam.Kita telah pun mencecah pertengahan tahun ini dan kami di BSVN telah berjaya mengusahakan pelbagai program, pameran dan aktiviti berkaitan seni seperti yang dirancang.Saya sukacita mengumumkan bahawa kami sedang dalam usaha menubuhkan Galeri Potret Negara yang pertama di Malaysia yang akan bertempat di bahagian tambahan BSVN. Ia akan mempamer potret tokoh-tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan kepada perkembangan Malaysia moden, yang dikaryakan oleh pelukis-pelukis terkenal dan pelukis-pelukis yang sedang mengukir nama.Saya berterima kasih kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terutamanya kepada Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim diatas sokongan berterusan dan juga kepada Dato Ghafar Thamby, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) diatas bantuan kewangan diawal penubuhan dan pengubahsuaian Galeri ini. Pembentukan galeri ini merupakan satu lakaran sejarah seni moden Malaysia sekaligus membentuk perkembangan seni potret sebagai satu genre yang lebih serius di Malaysia pada masa hadapan.Alhamdulillah, khidmat sebagai Ketua Pengarah BSVN telah dilanjutkan dan ini memberi saya lebih masa untuk membuat lebih perubahan didalam hala tuju BSVN untuk terus member khidmat kepada pelanggan dan pihak yang berkepentingan kami. Banyak yang telah dirancangkan, dan izinkan saya berkongsi sedikit tentang apa yang sedang dijalankan pada masa ini. BSVN akan menerbitkan semula buku atau katalog penting yang kehabisan stok seperti katalog Visions and Ideas, Rupa Malaysia, Semangat Pelapor Seni, Photography:History and Beyond, Young Contemporaries in Review dan lain-lain di dalam format yang bersesuaian. Katalog ini akan diterbitkan di dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang boleh diperolehi pada hujung tahun ini.Kami juga akan melihat kemungkinan mendapatkan hak untuk menerbitkan semula sebuah penerbitan yang amat penting berkait rapat dengan seni moden Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjudul Rupa dan Jiwa oleh Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal dan Modern Malaysian Artist yang diedit oleh T.K Sabathy dan Redza Piyadasa. BSVN juga didalam proses mengumpul terbitan rangkaian penulisan-penulisan seni dan dokumen diantara tahun 1960-an - 2000 untuk diterbitkan semula sebagai Malaysian Modern Art: A Reader. Ia mengandungi antara lain tulisan terpilih yang diambil daripada dua peristiwa yang monumental iaitu Asas Kebudayaan Kebangsaan (1971) dan Akar-Akar Kesenian Pribumi (1979) yang ditakrifkan sebagai watak seni moden Malaysia hari ini.BSVN dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) akan menerbitkan beberapa siri monograf berkenaan seni kontemporari Malaysia lanjutan dari perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani oleh BSVN dan Universiti Malaya (UM). Bahagian Penyelidikan dan Bahagian Pendidikan pula akan menganjurkan siri kuliah/diskusi ilmu sebagai penghormatan kepada tokoh intelektual utama dalam dunia seni tempatan dan antarabangsa iaitu Ismail Zain. Dengan tajuk Siri Kuliah Ismail Zain, program ini menampilkan beberapa penceramah yang merupakan tokoh-tokoh utama di dalam bidang seni, sastera, sosio-politik dan budaya sepanjang tahun ini dan akan datang. Kuliah tersebut akan diadakan di BSVN dan dibuka kepada golongan profesional yang mempunyai latar belakang ilmiah. Segala maklumat akan dipaparkan melalui laman web dan Facebook BSVN.Bulan Ogos ini, BSVN akan mencatat usia 53 tahun. Telah sampailah masanya untuk BSVN mewujudkan pameran tetap karya seni yang bertindak sebagai dokumen/bukti sejarah 60 tahun Seni Moden Malaysia. Pameran karya yang dipilih dari koleksi tetap BSVN akan memperlihatkan kronologi seiring dengan rancangan kami untuk menamakan setiap galeri BSVN dengan nama tokoh-tokoh dari tiap era masing-masing. Saya amat sedar akan kepentingan mengadakan pameran tetap ini dengan mempamerkan karya ulung negara. Ini secara efektifnya akan mendidik, memupuk kesedaran dan penghargaan orang ramai kepada rakyat, sejarah, pertubuhan dan pelukis. Ia juga akan menanam kebanggan negara, menggalak pemikiran yang kreatif yang sekaligus meraikan ekspresi masyarakat yang menyumbangkan kepada kewujudan negara.Dua tahun yang berlalu ini adalah perjalanan dan pengajaran yang amat berguna bagi saya dan kakitangan saya, dan saya berharap dengan penyambungan khidmat saya serta sokongan dari kakitangan dan juga masyarakat, BSVN akan lebih maju khasnya dari sudut penyelidikan, kuratorial sekaligus pameran.Terima-kasih sekali lagi diatas sokongan berterusan anda.Greetings and Salam 1Malaysia!Welcome once again to the latest installment of.We have now reached the frst half of the year and have successfully carried out the programs, exhibitions and art-related activities as planned.I am also pleased to announce that we are in the midst of setting up the countrys 1 st National Portrait Gallery which will for now, be located at an extended section of the NVAG. It will feature portraits of prominent fgures who had contributed to the developments of modern Malaysia, painted by equally prominent and up coming and past Malaysian artists.My sincere thanks to the Ministry of Information, Communication and Culture, especially to our Minister Dato Seri Utama Dr. Rais Yatims continual support and Dato Ghafar Thamby, the Deputy Secretary of Culture for the fnancial assistance in the initial set up and renovation of this Gallery. The formation of this gallery is a milestone in the history of modern Malaysian art and will set standards in the further developments of portraiture as a serious genre in Malaysia for years to come.Alhamdullilah, my tenure as Director-General of the NVAG has recently been renewed allowing me more time to carry out more changes in the direction and running of the Gallery to better serve our clients and stakeholders. There is plenty in store but allow me to share with you some of the plans that are currently underway. The NVAG will republish important seminal books/ catalogs that are already out of print such as Visions and Ideas, Rupa Malaysia, Semangat Pelapor Seni, Photography:History and Beyond, Young Contemporaries in Review among others in formats that are affordable. The catalogs will be printed in both Bahasa Malaysia and English and will be available to the public by the years end.We will also look into the possibility of obtaining the rights to republish important publications related to modern Malaysian art by Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) namely Rupa dan Jiwa by Malaysias Art Laureate Datuk Syed Ahmad Jamal and Modern Malaysian Artists edited by T.K Sabapathy and Redza Piyadasa . We are in the process of compiling art writings and documents published between 1960s-2000 to be republished as Malaysian Modern Art:A Reader. It contains among others, selected writings taken from two monumental events namely the Dasar Kebudayaan Kebangsaan (1971) and Akar-Akar Kesenian Pribumi (1979) which defned the character of Malaysian modern art today.We will also be publishing a series of monographs on contemporary Malaysian art in collaboration with the University of Malaysia (UM) following the recent signing of MOU between our two institutions. Our research department, supported by the education division is organizing a series of talks/ lectures in honor of the key intellectual fgure in local and international art scene, Ismail Zain . Entitled the Ismail Zain Lecture Series, it will feature a host of speakers who are prominent fgures in the felds of art, literature, socio-politics and culture throughout this year and next. The lectures to be held at NVAG are open to professionals with diverse intellectual background. Information will be made available through our website and Facebook.In August, the Gallery will be 53 years old. It is timely that the Gallery establish a permanent display of artworks that serve as documents/testaments to the 60 year old history of Malaysias Modern Art. This exhibition of selected artworks from the Gallerys permanent collection will be presented in a chronological order and will coincide with our plan to offcially designate each of our exhibition gallery the name of prominent fgures who have defned the era in which they operated. I am fully aware of the importance of having a permanent display of master artworks for a country. It is an effective means of educating, inculcating awareness and appreciation for our people, history, society and artists. It instills national pride, promotes diverse and creative thinking as well as celebrates the expression of the peoples that makes a nation.The last two years have been a great learning curve for me and my staff, and I hope with my extension of service and with the support of my staffs and the public, the Gallery will see more improvements in terms of research, curatorial as well as exhibitions.I thank you again for your continual support.16PUBLISHER Balai Seni Visual Negara (BSVN)National Visual Arts Gallery Malaysia(NVAG)Ministry of Information, Communications and Culture MalaysiaNo 2. Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak 53200 Kuala Lumpur MALAYSIAP : 603 4026 7000F : 603 4025 4987www.artgallery.gov.mywww.facebook.com\artgallery.gov.my|EDITOR-IN-CHIEFAmbassadorDatoMohdYusofAhmadlEDITORTanSeihon |ASSISTANTEDITORSHasimahNyok,OsmihamidyOsman,Norsharzeela Shaharuddin|HEADDESIGNERShamizarRahim|DESIGNERNorhaslinaAhmad Kamsin | PHOTOGRAPHY Mohd Khazrul Sharuddin, Mohd Yuzaini Ahmed, Mohd Adzim AbdWahab,IntanIdarinaMohammadKusaiirry&MohammadHisyamuddinRamli| Translation of Editor's Notes by Zuriyadi Sarpinsenikini is designed by Nuzaihan Mustapa Medium, Tubuh dan Aida Redza | Intan Rafza10Batik And Ann Durham's Legacy/ Shing Yi TanArt & C