SENARIO VOO.doc

22
A AAA TAJUK AKTIVITI

Transcript of SENARIO VOO.doc

A

AAA

Pendidikan adalah suatu proses perkembangan serta bersepadu. Ia merupakan suatu proses transmisi secara formal dan tidak formal ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku antara satu generasi kepada generasi yang lain ataupun dalam generasi yang sama. Institusi pendidikan tinggi adalah struktur sosial yang berperanan sebagai tempat transmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkenaan. Dalam kehidupan moden ini, pendidikan adalah penting bagi menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan untuk pembangunan masyarakat itu. Sejak kelahiran, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa ke semasa, samada secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran merupakan proses yang penting dalam kehidupan kita khasnya dalam bidang pendidikan.

Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal. Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan.

Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu suatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Mengikut kajian tokoh-tokoh mazhab kognitif, pembelajaran hanya boleh berlaku jika pelajar mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru, di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Adalah diketahui umum bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan juga bakat dan potensi yang berbeza di dalam proses pembelajaran. Malangnya, pelajar hari ini menghadapi masalah dalam pembelajaran. Ini kerana, pelajar tidak mempunyai pengetahuan dari segi teknik, strategi, cara, kaedah dan gaya belajar. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap pelajar adalah tidak sama antara satu dengan yang lain. Ini kerana tahap penerimaan dan kecerdasan mereka adalah berbeza. Misalnya ada yang suka belajar dengan diri sendiri, ada yang suka belajar dengan rakan karib atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar melalui syarahan atau perbincangan, ada yang suka belajar melalui pemerhatian, kajian atau rujukan bahan dan pelbagai gaya belajar beraneka ragam yang lain. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

AKTIVITI GOTONG ROYONG SEMPENA HARI GURU SJK(C)PAI WEN, RANAU.

Rasional sambutan ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru , murid-murid dan ibu bapa. Ini kerana kesibukan guru-guru tentang tugas-tugas yang telah diamanahkan maka jarang bertegur sapa dan tentu akibatnya kurang mesra dengan masyarakat sekeliling. Pertemuan hanya akan berlaku apabila ada masalah ataupun majlis-majlis rasmi maka dengan aktiviti yang dirancang ini akan memberikan impak yang positif dan membuka minda tentang tugas-tugas guru di sekolah. Selain itu, masyarakat perlu tahu bahawa tugas seorang guru itu sangat luas dan bukan setakat mengajar baca dan tulis di sekolah sahaja tetapi juga merangkumi persekitaran atau boleh dikategorikan sebagai role model yang akan menjadi panduan masyarakat sekeliling. Inilah yang menjadi kesilapan masyarakat kerana sangat mendesak untuk para pendidik mengikut kehendak mereka. Kita sedia maklum bahawa tugas guru nampal tenang tetapi ianya menggunakan otak untuk bekerja dan akibatnya kalau dikira manusia yang paling banyak terkena penyakit mental ialah guru kerana tidak dapat menanggung bebanan di otak dan di hati.Aktiviti ini juga dapat membantu ibu bapa untuk mengetahui tugas-tugas guru yang merangkumi keseluruhan tugasan. Bermula dengan mengajar murid-murid, menjalankan tugas-tugas pentadbiran sehinggalah kepada tugas-tugas am yang dilakukan oleh pekerja-pekerja am. Ibu bapa sering kali menyalahkan guru tanpa mengetahui tugas sebenar guru. Dengan adanya aktiviti seperti ini maka ibu bapa akan dapat menyelami betapa beratnya tugas seorang guru. Guru juga terikat dengan masyarakat sehingga sedikit kesalahan sahaja akan membuat personaliti guru itu dipertikaikan. Sebenarnya guru hanyalah manusia biasa tetapi kerana guru merupakan insan yang dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling maka status guru sangat penting dijaga dan dimuliakan.

Dalam aktiviti ini, melihat kepada keadaan yang melibatkan tenaga dan peralatan yang agak merbahaya maka pihak sekolah telah menentukan untuk memberi tugas ini kepada murid-murid yang berada di tahap 2 dan Tahun 3. Murid-murid ini akan diberikan tugas yang agak ringan iaitu menarik dan membuang sampah-sampah atau mengangkat kayu-kayu yang telah dipotong.Bilangan murid yang terlibat adalah 40 orang bersama dengan ibu atau bapa yang mewakili anak-anak mereka. Ini kerana bukan setakat gotong royong tetapi ada aktiviti sukaneka yang dibuat untuk hiburan selepas penat bekerja. Murid-murid dilibatkan dalam aktiviti ini supaya mereka lebih memahami apa yang dikehendaki oleh para guru kepada mereka iaitu ingin mereka menyayangi sekolah seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlibat adalah dalam kalangan murid-murid yang umurnya dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun.Guru tidak melibatkan murid-murid dalam kalangan umur 7- 8 tahun kerana kanak-kanak dalam usia ini masih belum dapat membezakan yang mana boleh dimain dan tidak boleh dimain. Tidak tahu membezakan keadaan bahaya dengan tidak bahaya malahan mereka akan menganggap semua benda adalah permainan walhal ianya boleh mengancam nyawa mereka.

Selain itu, aktiviti ini dapat memberikan pengajaran kepada murid-murid agar dapat membantu guru untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah. Dengam cara ini juga, murid-murid akan lebih bersemangat menjaga kebersihan sekolah daripada membuat perkara-perkara yang tidak diingini. Aktiviti ini dimulakan oleh guru dan murid-murid akan melihat dan mengikuti apa yang mereka nampak. Justeru itu, murid-murid perlu disedarkan bahawa jika keadaan persekitaran sekolah kotor maka semua penduduk akan mudah dijangkiti penyakit.

1. Gotong-royongAktiviti ini dilakukan untuk sama-sama membersihkan kawasan sekolah dan mencantikkan persekitaran serta membasmi nyamuk. Semangat bekerjasama dan tolong-menolong amat penting dalam aktiviti ini. Dalam aktiviti ini juga, kita dapat mengeratkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Ini kerana ibu bapa asyik sibuk dengan mencari nafkah untuk anak-anak serta keluarga. Dengan melalui aktiviti ini, anak-anak lebih rapat dengan ibu bapa, bekerjasama dengan melakukan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Melalui gotong royong ini juga, ibu bapa lebih banyak berkomunikasi untuk menanyakan hal-hal pelajaran. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid akan merasakan bahawa mereka serasi dan boleh beramah mesra.2. Sukaneka

Aktiviti ini santai dan dapat memupuk semangat bersatu hati dan bersatu padu dalam satu pasukan. Ini aktiviti yang sesuai untuk riadah serta dapat menghilangkan sebarang ketegangan setelah penat bekerja. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat berpasukan dan setiakawan dalam menyelesaikan semua masalah. Dalam aktiviti ini, jika melakukan kerja secara bersendirian tentu tidak dapat menghasilkan kepuasan yang dikehendaki. Begitu juga dengan aktiviti yang dilaksanakan , seorang tidak akan mampu menarik tali tetapi jika beramai-ramai , sudah pastinya permainan tarik tali boleh dilakukan.

Bersamaan Sambutan Sempena Hari Guru maka terlaksanalah aktiviti tersebut dengan penuh meriah dan gembira. Tepat pukul 8.00 pagi, semua kumpulan yang telah siap dibahagi-bahagikan melalui pendaftaran sedang berkumpul untuk menerima taklimat tugasan dari Puan Elie Ng Moi Lee selaku pengerusi gotong-royong tersebut. Jelas tergambar pada setiap wajah ahli kumpulan begitu bersungguh-sungguh mendengar taklimat dan meninjau tempat-tempat yang telah diarahkan kepada mereka untuk dibersihkan. Program inilah yang dinanti-nantikan untuk mengintegrasikan warga SJK Pai Wen yang berbilang kaum dan agama demi menyahut seruan 1 Malaysia.

Program ini juga dapat menyatupadukan hubungan yang selama ini dibentengkan dengan gelaran guru , ibu bapa dan murid-murid. Oleh itu, melalui aktiviti ini mereka dapat bersama-sama berdepan dengan kerja yang diamanahkan kepada mereka. Melalui aktiviti ini juga, mereka akan dapat mengenali sikap dan perangai guru-guru , ibu bapa dan juga murid-murid. Tidak ada lagi benteng yang membuat mereka merasa segan dan tidak mahu bercampur kerana tidak sama status.Oleh yang demikian, aktiviti ini akan lebih diingati oleh masyarakat setempat dan mereka akan berasa sangat gembira kerana berpeluang beramah mesra dengan guru-guru. Di sini juga, ibu bapa akan dapat melihat perangai anak-anak mereka agar tidak menyalahkan guru-guru seratus-peratus. Disiplin yang ditunjukkan oleh anak-anak juga adalah hasil pengajaran guru-guru dan ibu bapa khasnya. Ini kerana tanpa kerjasama semua pihak maka aktiviti ini tentunya tidak dapat dilaksanakan dan sekiranya murid-murid tidak mahu berdisiplin maka tidak ada sebarang kerja yang dapat dilakukan.

Kumpulan yang sedang kita lihat ini adalah Kumpulan A yang bertugas membersihkan kawasan dalam bahagian pagar masuk ke sekolah. Kelihatan wajah ceria dalam menjalankan aktiviti walaupun ketika ini adalah hari rehat mereka. Mereka adalah dalam kalangan AJK PIBG sekolah dan bekas pelajar. Senyuman manis terpancar di wajah mereka kerana dapat menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap bekas sekolah yang pernah mereka duduki sebagai pelajar.

Kumpulan B sedang berusaha mencantas dan memotong pokok-pokok yang menghalang jalan turun ke kawasan padang yang mana juga merupakan jalan keluar ibu bapa setelah menghantar ke sekolah dan mengambil anak-anak mereka apabila pulang sekolah. Ibu bapa sedang berusaha membersihkan semak-samun dan rumput lalang yang begitu cepat tumbuh liar walaupun telah dibersihkan oleh bahagian pembersihan sekolah. Idea untuk mencari jalan membersihkan kawasan dilakukan bersama-sama walaupun baru sahaja berkenalan ketika itu. Mereka sangat perihatin terhadap persekitaran sekolah yang semak walaupun sekolah mempunyai pekerja yang membersihkan sekolah tetapi apa salahnya bersama-sama berkerjasama dan ini tentu lebih mempercepatkan kawasan sekolah bersih dan selamat dari sebarang binatang berbisa yang mana mungkin akan menyakiti anak-anak mereka di sekolah.

Kumpulan yang sedang kita lihat ini adalah Kumpulan C yang mana sedang membersihkan kawasan padang dalam pagar dan jelas semak-samun,rumput lalang dan pokok-pokok bunga yang tidak terurus. Para guru juga tidak ketinggalan berusaha bersama-sama murid dan ibu bapa yang lain untuk mencantas pokok bunga dan memotong rumput lalang yang telah tumbuh liar. Dengan cara ini dapat menyemai kerjasama dan saling bantu-membantu serta menyayangi alam sekitar.Selain dari itu, aktiviti ini juga dapat membantu kita mengeluarkan peluh dan dengan cara itu tanpa kita sedari , kita seperti bersenam untuk mengeluarkan peluh yang mungkin mengandungi banyak toksik. Lagi banyak peluh keluar maka lagi banyak bahan bahan yang tidak diperlukan oleh badan terbuang tanpa kita memerlukan wang ringgit untuk melakukan sebarang rawatan yang mana memakan belanja yang banyak.

Guru Besar SJK(C) Pai Wen,Ranau yang memakai baju lengan panjang jingga yang berada di belakang bapa murid yang bertopi juga tidak ketinggalan bersama-sama ibu bapa membersihkan kawasan-kawasan yang pokok-pokok bunganya telah dicantas dan rumput lalangnya yang juga telah dipotong. Murid-murid juga tidak dinafikan bersama-sama berusaha membersihkan kawasan jalan ke padang yang juga merupakan laluan keluar. Dengan cara ini, kita dapat melihat betapa eratnya hubungan tanpa mengira darjat dan pangkat. Alangkah bangganya kita kerana dapat membantu sekolah untuk menjaga keselamatan anak-anak kita sendiri. Selain itu, kita dapat bersama-sama dengan guru untuk membantu mereka dalam menangani kebersihan sekolah. Jika semua menjaga kebersihan maka tidak akan timbul masalah nyamuk aedes yang semakin meningkat menimpa anak-anak dan juga orang dewasa.

Walaupun dalam keadaan sibuk membersihkan kawasan yang semak , masih jelas ternampak di wajah mereka satu kepuasan dapat bekerjasama dengan Guru Besar SJK (C) Pai Wen iaitu Puan Nor Elmi Lo Abdullah.

Guru-guru SJK( C) Pai Wen nampak ceria walaupun penat ditambah pula cuaca ketika itu sangat panas. Inilah yang dikehendaki oleh kerajaan untuk melihat rakyatnya bersatu dan harmoni dalam satu nama iaitu Malaysia. Guru-guru sangat berpuas hati dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan murid-murid.Hilang segala penat dan lelah apabila melihat semua orang bersatu hati melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Inilah yang hendak diterapkan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Tun Najib Abd Rahman. Beliau inginkan semangat perpaduan yang dipupuk dalam kalangan pemimpin kita yang terdahulu. Walaupun mereka sudah kembali ke rahmatullah tetapi generasi yang baru dapat melanjutkan impian mereka untuk menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama dan suku kaum. Malaysia merupakan negara yang banyak menunjukkan nilai-nilai murni. Saling hormat-menghormati, saling bantu membantu, saling sayang-menyayangi dan saling menghargai segala pertolongan yang diberikan.

Beginilah keadaannya setelah penat bekerja. Guru-guru dan ibu sedang santai melepaskan penat lelah sementara menunggu lori yang mengangkat dahan-dahan.rumput larang dan batang-batang kayu yang telah selesai dicantas dan dipotong. Masih mampu tersenyum walaupun panas matahari yang sedang membahang. Tanpa ada rasa perbezaan sama bangsa , agama dan kaum. Inilah uniknya negara kita Malaysia mampu bersama-sama walaupun bukan dalam kalangan satu keturunan.A. Acara Tarik Tali

Setelah penat bekerja maka inilah yang sedang dinanti-nantikan iaitu acara sukaneka. Pertarungan ini adalah di antara ibu bapa dan murid-murid. Namun kemenangan tidak menyebelahi murid-murid kerana yang menang ialah ibu bapa. Walau bagaimanapun, guru-guru tidak dapat mengikuti acara ini kerana tali yang digunakan untuk acara ini telah putus maka hanya ada dua pemenang sahaja.

B. Acara Bowling Kelapa

Acara seterusnya adalah acara bowling kelapa dan kelihatan murid-murid, ibu-ibu dan guru-guru sedang bertarung untuk merebut pusingan akhir kerana acara ini dinilai secara berperingkat-peringkat.

Para guru juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat dalam bowling kelapa. Masing-masing menunjukkan teknik yang tersembunyi dalam merebut gelaran juara bowling kelapa.

Inilah aksi peserta-peserta dalam merebut pusingan akhir namun nasib tidak menyebelahi Cikgu Hong Chooi Chooi dan Cikgu Liong Chun Chien. Ibu dan guru-guru mempunyai semangat berpasukan yang tinggi walhal mereka baru berkenalan ketika itu. Nampak semangat 1 Malaysia itu sangat tinggi.

Inilah aksi anak kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang tidak ketinggalan untuk bersaing menunjukkan bakat dalam acara bowling kelapa . Murid-murid dan guru mempunyai hubungan mesra seperti kakak dan adik , bersama-sama bersatu merebut hadiah dan peluang yang ada.Upacara terakhir ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang dan kelihatan wajah guru-guru ,murid dan ibu bapa yang hadir menampakkan kegembiraan walaupun penat bekerja tetapi berasa puas ditambah pula dengan acara sukaneka yang benar-benar menarik dan dapat menyatukan mereka dalam sama-sama membersihkan dan menjaga keselamatan alam sekitar untuk anak-anak.Rumusan

Aktiviti Gotong Royong Sempena Hari Guru telah berjalan dengan baik . Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,kita dapat melihat ibu bapa dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dapat berinteraksi dengan mesra,bersatu hati, saling berbincang dan bersama-sama menjalankan aktiviti gotong-royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah. Selain itu, kita juga ingin menghapuskan masalah denggi dan malaria yang semakin membimbangkan bukan hanya setakat di kawasan Ranau tetapi juga di seluruh negara Malaysia.Dari aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan,dapat dilihat ibu bapa, guru-guru dan murid-murid bersama-sama menuju ke arah perpaduan. Semoga matlamat mengintegrasikan setiap individu untuk perpaduan dapat kekal selama-lamanya .Bibliografi

Abdul Halim EI-Muhammady (1991). Pendidikan Islam Falsafah, Disiplin,

Peranan Pendidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru.

Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.Bucher, C.A. 1979. Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. 1986. Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Elliot, L. 1993. Quality in education and training. Studies in Higher Education, 19(3),383-84.

Harmon, P. 1978. The measurement of affective education. Journal of Physical Education and Dance. Vol 67 (8): 41-44

Hattie, J., Marsh, H.W., Neill, J.T. & Richards, G.F. 1997. Adventure education and outward bound: Out of class experiences that make a lasting difference. Review of Education Research, 67(1):48-87 Lawson, H.A. dan Placek, J.H. (1996) Physical education curricular alternatives. Allyn Bacon:BostonIsmail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat. Akademik Khas, 1991.

Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Dewan Kosmik, Disember 1994.

TAJUK AKTIVITI

RASIONAL AKTIVITI

BILANGAN PELAJAR YANG TERLIBAT

DURASI AKTIVITI

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN

UNSUR KREATIF AKTIVITI SUKANEKA DAN NILAI-NILAI MURNI

PAGE