SENARAI KURSUS FAKULTI (STPD)
Transcript of SENARAI KURSUS FAKULTI (STPD)
Fakulti Sains dan Teknologi 63
SENARAI KURSUS FAKULTI (STPD) Kursus Fakulti (STPD) dikelaskan seperti berikut:
F1 : Sejarah/Falsafah Sains
STPD2013 Sejarah dan Falsafah Sains
STPD2143 Pengenalan Sains Tauhidik
F2 : Nilai Murni/Etika dalam Sains
STPD2023 Etika dalam Kegiatan Sains dan Teknologi
STPD3113 Bioetika
F3 : Keterampilan Komputer/Teknikal
STPD1113 Pengenalan Komputer dan Teknologi Maklumat
STPD2113 Aplikasi Komputer dalam Sains dan Teknologi
F4 : Pengurusan/Kepimpinan/Komunikasi
STPD2213 Keusahawanan Sains dan Teknologi
STPD3013 Komunikasi Saintifik*
STPD3313 Pengurusan Penyelidikan Sains
STPD4044 Warisan Tropika Lestari
* Terdapat juga kursus yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian/Program yang
diiktiraf setara dengan kursus STPD. Pelajar yang telah mengambil kursus
tersebut tidak dibenarkan mengambil kursus ini.
64 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
STPD1113 Pengenalan Mikrokomputer dan Teknologi Maklumat (Prasyarat: Wajib untuk semua pelajar FST kecuali pusat pengajian sains
matematik)
Tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar aspek-aspek
penting dalam sains computer dan teknologi maklumat sebagai alat untuk
membantu pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi.
Kandungan kursus merangkumi sejarah perkembangan computer, perkakasan dan
perisian mikrokomputer, sistem komputer, telekomunikasi dan jaringan serta
bahasa pengaturcaraan. Disamping itu, pelajar juga akan dibimbing melalui sesi
tutoran cara-cara memaksimumkan penggunaan perkhidmatan internet sebagai
sumber dan penyebaran maklumat.
Bacaan Asas Morley, D. & Parker, C.S. 2007. Understanding Computers: Today and Tomorrow,
11th Edition. Thompson Course Technology. Boston.
O’Leary T. & O’Leary, L. 2008. Computing Essentials 2008: Complete Edition.
McGraw Hill, New York.
Shelly, G.B., Cashman T.J. & Vermaat, M.E. 2007. Discovering Computers 2008:
Complete. Thompson Course Technology. Boston.
Williams J. 1997. An Introduction to Computing Infrastructure–Hardware and
Operating Systems. Que E & T Macmillan Computer Publishing. Indianapolis.
Quercia V. 1997. Internet in a Nutshell–A Desktop Quick Reference. O’Reilly &
Associates Inc. Cambridge.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berkebolehan menggunakan komputer dan teknologi-teknologi berkenaan
secara efektif dan beretika.
HPK2 Memahami pelbagai peralatan komputer dalam membantu pembelajaran
dan penyelidikan.
HPK3 Memahami kepentingan pelbagai sistem pengendalian serta peranan
mereka dalam perkembangan sains.
HPK4 Memahami asas bahasa komputer.
HPK5 Memahami asas telekomunikasi serta komponen-komponen asas rangkaian
komputer.
HPK6 Memahami teknologi internet dan berkemahiran melombong maklumat
atas talian.
HPK7 Memahami asas keselamatan komputer.
STPD2013 Sejarah dan Falsafah Sains (Prasyarat: Telah mengambil kursus tahun Pertama)
Kursus ini membincangkan asas falsafah yang mencorakkan skop perkembangan
dan pembangunan ilmu dan kaedah ilmu sains itu berkembang, bagaimana ilmu
sains bermula dan bagaimana pula ianya digunakan dalam menyelesaikan masalah
semasa. Kursus ini juga menyajikan kepada para pelajar bagaimana ilmu
dikembangkan dalam pelbagai peradaban dan hubungan ilmu sains kini dengan
Fakulti Sains dan Teknologi 65
ilmu sains masa lalu. Pendekatan yang digunakan dalam membentangkan kursus
ini adalah secara kronologi dan tematik, bermula dengan epistemologi dan kaedah
sains, diikuti dengan sejarah pertumbuhan tamadun, tinjauan aspek etika
kemasyarakatan dan budaya S&T, institusi S&T dalam negara dan dasar S&T bagi
tujuan pembangunan S&T dan pemindahan teknologi.
Bacaan Asas/References Chalmers, A. F. 1999. What Is This Thing Called Science? Open University Press.
Milton Keynes.*
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1989. Islam and the Philosophy of Science.
International Institute of Islamic Thought and Civilization. Kuala Lumpur.*
Shaharir Muhamad Zain. 2000. Edisi ke-2. Pengenalan Sejarah dan Falsafah
Sains. UKM, Bangi.*
Wan Fuad Wan Hassan. 1990. Ringkasan Sejarah Sains. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.*
Mohd Yusof Hj Othman, 2009. Sains, Masyarakat dan Agama, Kuala Lumpur,
Utusan Publications Sdn Bhd.*
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Mengetahui sifat pengetahuan dan ilmu sains moden.
HPK2 Menyedari dan mengetahui setiap bidang ilmu bermula dengan falsafah.
HPK3 Terdedah kepada asas pemikiran saintifik.
HPK4 Terdedah kepada sejarah tujuan dan peranan S & T dalam pembinaan
peradaban.
HPK5 Melihat secara kronologikal proses membina budaya ilmu.
HPK6 Menyedari peranan nilai-nilai dan etika dalam pembangunan S & T.
HPK7 Membina kemahiran mengumpul maklumat saintifik dan secara lisan dan
tulisan.
STPD2023 Etika dalam Kegiatan Sains dan Teknologi (Prasyarat: Terbuka kepada pelajar FST kecuali pelajar PPSSSA dan PPBsBt)
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan
berkenaan sifat ilmu sains serta konsep dan teori etika agar mereka dapat
menganalisis, memahami dan membina hujah yang tuntas mengenai isu-isu etika
dan sosial yang timbul hasil daripada kegiatan sains dan teknologi dalam konteks
masyarakat masani. Antara tema-tema utama bagi kursus ini adalah:
1. Makna dan sejarah perkembangan ilmu etika
2. Konsep, teori dan falsafah etika
3. Masalah-masalah etika dan nilai dalam kegiatan sains dan teknologi
Para pelajar akan menilai pelbagai faktor yang membentuk dan memacu
perkembangan ilmu sains dan teknologi seperti faktor intelek, sosial, politik dan
ekonomi bagi membuktikan bahawasanya ilmu sains sarat-nilai manakala hasil
teknologi tidak bersifat neutral. Keperluan untuk membangun ilmu sains dan
66 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
teknologi yang lebih secocok dengan fitrah manusia dan lebih harmonis dengan
alam persekitaran juga akan diterangkan.
Bacaan Asas Shaharir Mohammad Zain. 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains.
Akademi Sains Islam Malaysia. Petaling Jaya.
Winner, Langdon. 1986. The Whale and the Reactor: A Search for Limits in an Age
of High Technology. University of Chicago Press.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan
Pandangan Alam. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.*
Sidgwick, Henry. 1906. Outline of the History of Ethics. MacMillan and Co. Ltd.
London.
MacIntyre, Alasdair. 1966. A Short History of Ethics. New York.*
Sachs, Wolfgang. 1992. The Development Dictionary: A Guide to Knowledge as
Power. Zed Books. London.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu
Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. International Institute of Islamic
Thought and Civilization. Kuala Lumpur.*
Schumacher, E.F. 1973. Small is Beautiful: A Study of Economics as if People
Mattered. Blond and Briggs. London.*
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berkebolehan menghurai sifat, sejarah, tujuan dan nilai ilmu sains.
HPK2 Berkebolehan menghurai pengertian, sejarah, tujuan dan nilai ilmu
teknologi.
HPK3 Berkebolehan menerangkan hubung kait rapat di antara sains dengan
teknologi serta di antara sains dan teknologi dengan masyarakat.
HPK4 Berkebolehan menerangkan faktor-faktor kemasyarakatan yang mendasari
dan mempengaruhi perkembangan ilmu sains dan teknologi.
HPK5 Berkebolehan menghurai pengertian dan konsep asas dalam etika.
HPK6 Berkebolehan menghurai falsafah-falsafah etika yang lahir dalam
peradaban yang berbeza.
HPK7 Berkebolehan menerangkan peri penting etika dalam membimbing
kegiatan sains dan teknologi. HPK8 Berkebolehan menilai kesan kegiatan sains dan teknologi kepada manusia
dan alam sekitar dengan sistematis dan menyeluruh.
HPK9 Berkebolehan mengenalpasti kesesuaian andaian asas dan kaedah ilmu
sains yang bersifat sekular dengan pandang alam hidup masyarakat
tempatan yang beragama
HPK10 Berkebolehan menghuraikan alternatif kepada ilmu sains dan teknologi
moden yang bersifat lebih harmonis kepada manusia dan alam sekitar.
STPD2113 Aplikasi Komputer dalam Sains dan Teknologi (Prasyarat: Terbuka kepada semua pelajar FST)
Kursus ini adalah lanjutan kepada kursus STPD1113 dengan penumpuan lebih
Fakulti Sains dan Teknologi 67
kepada pembangunan aplikasi komputer dalam bidang sains dan teknologi. Pelajar
akan diperkenalkan kepada bahasa pengaturcaraan C dalam membangunkan
aplikasi mudah untuk masalah sains dan teknologi. Pelajar akan dibimbing secara
amali membangunkan aturcara di makmal.
Bacaan Asas/References Bronson, G.J. 2007, A First Book of ANSI C, 4th Ed., Thomson, Massachusetts.
Bronson, G.J. 2006, C++ for Engineers and Scientist, Thomson, Massachusetts.
Prata, S. 2004, C Primer Plus, 5th Ed., Sams.
Forouzan, B.A. dan Gilberg, R.F. 2001, Computer Science: A Structured
Programming Approach Using C, Brooke/Cole Thomson Learning, Australia.
Keith, J. 1995, C Programming for Electronic Engineers, MacMillan, London.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Pelajar boleh membangunkan aturcara C untuk kegunaan dalam pengajian
masing-masing.
HPK2 Pelajar boleh menyelesaikan masalah praktikal berkaitan pengaturcaraan.
STPD2143 Pengenalan Sains Tauhidik
Sains Tauhidik adalah sains yang berteraskan konsep tauhid dan konsep ketuhanan
sebagai pencipta. Yang demikian apa jua kegiatan sains yang hendak dilakukan
manusia adalah tertakluk kepada syariah. Kerangka konseptual sains tauhidik
memperlihatkan lima entiti; ketuhanan, kemanusiaan dan alam yang dilengkapi
dengan alQuran dan sunnah yang diterima oleh Muslim sebagai sumber rujukan
wahyu. Ia memperlihatkan hubungan di antara entiti-entiti seterusnya implikasi
terhadap ruang lingkup kegiatan sains yang boleh diusahakan oleh komuniti sains.
Kandungan alQuran diketahui mempunyai dimensi intelek dan rohani. Ia juga
mengandungi maklumat berkenaan dimensi kejiriman yang harus dijadikan kajian
sains. Ciri utama budaya kerja sains tauhidik adalah ia mengintegrasikan dimensi;
kebendaan, keintelektualan, kemanusiaan dan kerohanian dalam kerja-kerja sains.
Kegiatan dalam sains dilihat sebagai satu cara manusia mengenali Penciptanya,
sebagai ibadat yang boleh mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan seseorang
kepada Tuhan rabbul alamin. Kegiatan sains adalah juga satu strategi manusia
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah. Manusia
terdorong untuk membongkar rahsia alam bertujuan untuk memanfaatkan
kehadiran alam material bagi memenuhi keperluan hidup manusia tanpa bertindak
luar batasan yang boleh menggugat keselamatan dan kesejahteraan kehidupan.
Sains tauhidik mengutamakan prinsip berasaskan nilai kebenaran, keadilan,
keseimbangan dan kebaikan. Pertimbangan etika dalam sains tauhidik bersifat
pencegahan. Model sains kontemporari membatalkan entiti ketuhanan dan juga
sumber rujukan wahyu. Kaedah sains kontemporari terbatas kepada kaedah intelek
dan kaedah empirikal. Dalam sains kontemporari pertimbangan terhadap etika
diperolehi secara empirikal setelah terbukti secara nyata kesan-kesan negatif
aplikasi sains dan teknologi.
68 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
Bacaan Asas/References Bakar, Osman. (2008). Tawhid and Science Islamic Perspectives on Religion and
Science. Shah Alam: Arah Publications Sdn Bhd.
Cline, A. (2009, May 31). What is Epistemology? Philosophy of Truth, Knowledge,
Belief. Retrieved May 31, 2009, from About.com: Agnosticism / Atheism:
http://atheism.about.com/od/philosophybranches/p/Epistemology.htm
Khalijah, M. Salleh. (2008). Paradigma ketauhidan integrasi sains dan agama.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Pengajian Fizik Gunaan . Bangi:
Fakulti Sains dan Teknologi.
Othman, M. Y. (2009). Sains dan Teknologi dari Perspektif Islam. In M. Y.
Othman, Wacana Sejarah dan Falsafah Sains: Sains dan Masyarakat (pp. 364-
381). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusuf, A. A. (2002). The Qur’an Text, Translation and Commentary. Amerika
Syarikat. Tahrike Tarsile Qur’an Inc.
Fakulti Sains dan Teknologi 69
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Mengetahui dan memahami premis berserta skop amalan & batasan,
peraturan, garis panduan dan undang-undang sains kontemporari.
HPK2 Mengetahui dan memahami model kerangka konsep sains tauhidik, skop
kegiatan, epistemologi dan kaedah sains tauhidik.
HPK3 Mengetahui dan mengalami penggunaan alQuran dan sunnah sebagai
sumber rujukan dalam sains.
HPK4 Mengetahui dan memahami etika sebagai perkara yang implisit dalam
kegiatan sains tauhidik.
HPK5 Mengetahui dan memahami budaya kerja sains tauhidik yang
memperlihatkan cara kerja sains yang sistematik berasaskan kerasionalan
dan logik.
HPK6 Menyedari kegiatan sains sebagai cara mengenali Pencipta dan satu ibadah
untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
HPK7 Mengetahui dan mengalami penggunaan alQuran, sunnah dan literatur
semasa sebagai sumber rujukan untuk perkara mengenai alam sekitar,
bahan, kehidupan dan pembangunan, dan tenaga.
HPK8 Membina kemahiran insaniah/generik melalui kajian literatur, kerja
berkumpulan, persembahan dan penulisan.
STPD2213 Keusahawanan Sains Dan Teknologi (Prasyarat: Terbuka kepada pelajar FST kecuali pelajar program sains makanan)
Kursus ini membekalkan kepada pelajar mengenai konsep, teori dan kemahiran
asas keusahawanan dan penginnovasian hasil R & D dalam S & T, menerangkan
peranan S & T dan saintis dalam pengurusan, pengeluaran produk secara lebih
saintifik dan dalam pembangunan industri yang berlatarbelakangkan ekonomi
ilmu. Kursus juga menjelaskan kepada pelajar sains fahaman teori, konsep-konsep
asas organisasi, pengurusan dan kegiatan keusahawanan, Kursus turut memberi
peluang kepada pelajar membina perhubungan di antara industri dengan universiti
melalui tugasan berkumpulan yang melibatkan para pelajar berinteraksi dengan
saintis dan usahawan saintis tempatan yang mempunyai industri sendiri.
Bacaan Asas/References Finley, L. 1990. Entrepreneurial Strategies: Text and Cases. PWS-KENT
Publishing Co. Boston.
Blawatt, Ken. R. 1998. Entrepreneurship: Process and Management. Prentice Hall.
Ontario: Canada.
Halloran, J.W. 1994. Entrepreneurship. McGraw Hill:New York.
Drucker, P.F. Innovation and Entrepreneurship: Practice and Principles:
Heinemann: Oxford.
Nor Aishah Buang. 2002. Asas Keusahawanan. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berkebolehan memahami asas-asas keusahawanan.
70 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
HPK2 Memahami bidang sains dan teknologi dalam keusahawanan.
HPK3 Mengaplikasi ilmu sains dan teknologi bidang keusahawan.
HPK4 Memahami teknik dan strategi keusahawanan sains dan teknologi.
HPK5 Memahami perkembangan sains dan teknologi dalam bidang
keusahawanan.
STPD3013 Komunikasi Saintifik (Prasyarat: Terbuka kepada FST kecuali pusat PPBSBT)
Kursus melatih pelajar menulis laras penulisan akademik ikut gaya UKM dan laras
bukan akademik. Sejarah penerbitan juga akan dibincang. Teori asas mengenai
komunikasi dan faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi berkesan
merupakan bahagian penting kursus ini. Bahasa sebagai alat atau wahana untuk
pengurusan, permesyuaratan, perbincangan, penghujahan dan diplomasi diberi
perbincangan khusus. Bahasa Melayu sebagai bahasa utama untuk pengajaran dan
pengistilahan sains dititikberatkan.
Bacaan Asas/References Adair, J., 1989. The Effective Communicator. Petaling Jaya: Pelanduk Publication.
Beer, D.F. (Pnyt.), 2003. Writing and Speaking in the Technology Profession: A
Practical Guide. Hoboken, NJ: Wiley-Blackwell.
Lindsay, D., 1996. A Guide to Scientific Writing. Ed. ke-2. Melbourne: Longman.
van Emden J., 1998. A Handbook of Writing for Engineers. Ed. ke-2. New York:
Palgrave Macmillan.
Barras, R., 2002. Scientists Must Write. Ed. ke-2. London: Routledge.
Ismail Ahmad, 2001. Komunikasi Saintifik BH3442. Fakulti Sains dan Teknologi,
Program Jarak Jauh.
Hasil Pembelajaran Kursus HPK1 Berkebolehan memahami konsep komunikasi.
HPK2 Berkebolehan memahami konsep komunikasi berkesan.
HPK3 Berkebolehan memahami komunikasi sains untuk hal penerbitan dan
pentashihan.
HPK4 Berkebolehan memahami cara komunikasi berkesan dalam hal
penghujahan, diplomasi dan sebagainya.
HPK5 Berkebolehan menghargai peranan penting Bahasa Melayu dalam
pengajaran sains. HPK6 Berkebolehan membina kemahiran berfikir, berkomunikasi dan kerja
berpasukan.
STPD3113 Bioetika (Prasyarat: Terbuka kepada pelajar fakulti kecuali pelajar dari PPFG dan PPSM)
Kursus ini akan menitikberatkan aspek etika dan isu-isu semasa berhubung dengan
penggunaan hasil-hasil kemajuan sains dan teknologi seperti projek genom
manusia dan kejuruteraan genetik untuk manafaat kesihatan / perubatan, pertanian,
kualiti kehidupan manusia sejagat dan pengurusan alam sekitar dan sumber alam.
Tajuk-tajuk yang akan dibincang ialah teori etika, sains dan etika penyelidikan
Fakulti Sains dan Teknologi 71
yang menjurus kepada pembinaan insan saintis yang beretika dengan menyentuh
isu-isu bioetika semasa. Aspek etika berkaitan pengklonan manusia dan pemilihan
keturunan (eugenik) seperti gen kebijaksanaan dan prestasi fizikal akan diberikan
perhatian.
Bacaan Asas/References Baron, J. 2007. Against Bioethics. Cambridge ,Mass. London:MIT.
Charles, C. & Nigel de S.C. 2004. Human Dignity in the Biotech Century.
InterVarsity Press.
DeVries, R & Sudedi, J. 1998. Bioethics and Society: Constructing the Ethical
Enterprise. Prentice Hall, Upper Saddle River NJ. USA.
Rajaretnam, M.1994. Bioethics and Environmental Education. UNESCO. Institute
for Policy Research Malaysia.
Bulger, R.E., Heitman, E. & Reiser, S.J. 1993. The Ethical Dimensions of the
Biological Sciences. Cambridge University Press.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berkebolehan memahami konsep dan prinsip etika yang berkaitan dengan
sains dan teknologi.
HPK2 Mempunyai kesedaran tentang kepentingan etika dalam aktiviti sains dan
teknologi.
HPK3 Berkebolehan menilai impak penemuan baru dalam Sains Biologi.
72 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
HPK4 Berkebolehan membuat keputusan beretika dalam aktiviti sains.
STPD3313 Pengurusan Penyelidikan Sains (Prasyarat: Telah menamatkan kursus peringkat 1000 )
Pada tahun akhir pengajian pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dikehendaki
melaksanakan sebuah projek penyelidikan. Kejayaan projek tersebut bergantung
bukan sahaja pada pengetahuan pelajar dalam bidang khusus, bahkan juga pada
kemahiran menguruskan penyelidikan. Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi juga
digalakkan memasuki kerjaya sebagai seorang penyelidik. Kursus ini mengenalkan
pelajar kepada sistem pengurusan penyelidikan di universiti dan juga di peringkat
nasional, serta peluang dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang
penyelidikan. Kursus ini menjelaskan aktiviti-aktiviti kerja penyelidikan: pencarian
kepustakaan, menulis tinjauan kepustakaan, menulis cadangan penyelidikan,
merancang penyelidikan, melaksanakan penyelidikan dan menulis laporan
penyelidikan. Konsep inovasi dan pengkomersialan hasil penyelidikan juga
diperkenalkan. Peranan university penyelidikan juga dibincangkan.
Bacaan Asas/References Howard, K. & Sharp, J. A. 1983. The management of a student research project.
Hants: Grower Publishing Company.
Zimmerman, D. & Rodrigues, D. 1992. Research and writing in the disciplines.
Orlando: Harcot Brace Jovanovich, Inc.
Robert B. Harris, 1993. Teknik-teknik perangkaian andak panah dan keutamaan
untuk pembionaan. Kamarudin Mohd. Nor & Alexander Nautsch (Trns.).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ministry of Science, Technology and the Environment, Malaysia 1990. Industrial
technology development: A national plan of action. Kuala Lumpur.
Fakulti Sains dan Teknologi 73
Ministry of Science, Technology and Innovation, Malaysia 2003. Second National
Science and Technology Policy and Plan of Action. Putra Jaya.
http://www.mastic.gov.my (This is a compulsory-to-surf web site).
http://research.ukm.my. Boleh dapatkan maklumat berkenaan dengan pengurusan
penyelidikan di UKM.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berkebolehan melakukan pencarian kepustakaan berkenaan sesuatu tajuk
(Afektif)
HPK2 Berkebolehan membaca, memahami dan meringkaskan makalah jurnal
(Analisis)
HPK3 Berkebolehan menulis tinjauan kepustakaan tentang sesuatu tajuk
(Analisis-Sintesis)
HPK4 Berkebolehan berkerja secara berkumpulan semasa melakukan tinjauan
kepustakaan. (Afektif)
HPK5 Berkebolehan menulis cadangan penyelidikan berkenaan sesuatu tajuk.
(Pemahaman)
HPK6 Berkebolehan merancang jadual kerja menggunakan carta Gantt. (Sintesis)
HPK7 Berkebolehan mengenali kriteria sebuah universiti penyelidikan.
(Pengetahuan)
HPK8 Berkebolehan mengenal dan membezakan harta intelek, inovasi, reka cipta.
(Pemahaman)
HPK9 Berkebolehan menilai kebolehan sesuatu ciptaan untuk dipatentkan
(Pengetahuan)
STPD4044 Warisan Tropika Lestari
Konsep kelestarian telah menjadi pertimbangan yang semakin penting sebagai
agenda utama pembangunan oleh manusia ke arah kesejahteraan ekonomi, sosial
dan alam sekitar. Kursus ini menyediakan pemahaman yang mendalam terhadap
konsep pembangunan lestari melalui lima perkara asas iaitu a) evolusi sejarah
pembangunan lestari dan isu utama yang mendasari konsep tersebut, b)
perhubungan antara alam sekitar tabii dan masyarakat, dengan tumpuan terhadap
pembangunan lestari kemasyarakatan, c) sumber dan isu pembangunan mampan
dengan kaedah untuk beradaptasi ke arah pembangunan lestari, d) integrasi falsafah
dan pengetahuan untuk memahami sains kelestarian, dan e) kes kajian yang
berdasarkan praktikal yang memuatkan empat perkara ini ke dalam penyelidikan.
Bacaan Asas/References Redclift, M. 2005. Sustainable Development (1987-2005): An Oxymoron Comes
of Age." Sustainable Development 13: 212-227.
Ratner, B. D. 2004. ‘Sustainability’ as a Dialogue of Values: Challenges to the
Sociology of Development. Sociological Inquiry 74(1): 50-69.
Lafferty, W. M. (Ed.). 2004. Governance for Sustainable Development: The
Challenge of Adapting Form to Function. Cheltenham, UK: Edward Elgar.
74 Panduan Prasiswazah FST Sesi Akademik 2012-2013
Tietenberg, Tom, 2006. Environmental and Natural Resource Economics. 7th
edition. Addison Wesley Longman.
Becker, E., T. Jahn, et al. 1999. Exploring Uncommon Ground: Sustainability and
the Social Sciences. In: E. Becker and T. Jahn (Eds.), Sustainability and the
Social Sciences: A Cross-Disciplinary Approach to Integrating Environmental
Considerations into Theoretical Reorientation. New York: Zed Books, pp. 1-
22.
Komiyama, H. and K. Takeuchi. 2006. Sustainability Science: Building a New
Discipline. Sustainability Science 1: 1-6.
Hasil Pembelajaran Kursus
HPK1 Berupaya untuk memahami konsep pembangunan lestari dan dasar asas
yang menyokong pembentukan ini.
HPK2 Boleh membezakan dan mengenali isu polisi alam sekitar dan kelestarian.
HPK3 Boleh menilai pelbagai pendekatan terhadap kelestarian.
HPK4 Boleh menganalisis struktur, sistem dan proses ke arah kelestarian
governan.
HPK5 Boleh menggunakan dan mengintegrasikan konsep, pendekatan, kaedah
dan keperluan untuk mencapai kelestarian di dalam sumber dan proses.
HPK6 Boleh mengintegrasi kaedah sains konvensional dan sains sosial untuk
kaedah kelestarian yang padu.