Sem2 dinamika nota2

Click here to load reader

  • date post

    13-Apr-2017
  • Category

    Education

  • view

    518
  • download

    6

Embed Size (px)

Transcript of Sem2 dinamika nota2

  • DINAMIKA MALAYSIAUHAS 1172

    FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    Oleh:

    HAMIDAH BINTI AB. RAHMAN

  • KONSEP SEJARAH

  • Konsep Sejarah

    SEJARAH (bahasa Melayu) dan HISTORY

    (bahasa Inggeris) berasal daripada perkataan

    Greek-HISTORIA yang bermaksud penyelidikan

    atau penyiasatan.

    Matlamat untuk menggambarkan kejadian-

    kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku.

  • Konsep Sejarah

    Ia perlu dilakukan berasaskan fakta-fakta dan

    dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

    Namun begitu fakta yang diperoleh boleh

    dimanipulasi oleh pengkaji menjadi propaganda

    dan tidak benar.

    Oleh itu masyarakat moden perlu meneliti dan

    menilai semula setiap penulisan sejarah yang

    dihasilkan agar ia benar-benar bersifat objektif

    dan terkini.

  • Tanggapan Salah Tentang Sejarah

    Pelaksanaan pengajaran dan isi kandungannya

    dikatakan klasik dan bersifat tradisional.

    Dilihat sebagai hanya sesuatu yang berlaku pada

    waktu silam yang tidak ada kaitan dengan realiti masa

    kini.

    Dilihat sebagai catatan berbentuk tarikh-tarikh yang

    beku dan mati/ketiadaan fungsi.

  • Mengapa Sejarah Penting

    Penting untuk menghasilkan pemahaman mendalam

    tentang keperibadian negara dan peradaban

    masyarakat.

    Membantu kita untuk mengenali dan memahami latar

    belakang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku.

    Dapat mengaitkan sesuatu peristiwa dengan peristiwa

    yang lain, di samping menempatkan peristiwa itu ke

    tempat yang sewajarnya serta memberi makna yang

    lebih meluas.

  • Mengapa Sejarah Penting

    Sejarah yang berlaku pada masa lalu meninggalkan

    banyak pengalaman yang boleh diteladani.

    Contoh : Peristiwa 13 Mei 1969

    Kefahaman tentang sejarah membolehkan kita

    memahami keadaan masa kini bagi menyusun

    perancangan di masa hadapan.

  • Mengapa Sejarah Penting

    Keperibadian yang luhur dan semangat cintakan

    Negara hanya dapat dipupuk jika semua rakyat

    memahami luki-liku sejarah pembinaan Negara dan

    bekerjasama untuk membina sebuah Negara bangsa

    Malaysia yang bersatu padu dan cemerlang pada masa

    akan datang.

  • Takrifan Sejarah

    E.H. Carr :

    Sejarah adalah suatu proses interaksi yang berterusan

    antara sejarawan dan fakta-faktanya, serta dialog yang

    tidak putus-putus antara masa kini dengan masa lalu.

  • Takrifan Sejarah

    Ibn Khaldun :

    Sejarah adalah maklumat tentang organisasi sosial

    manusia .... Merangkumi semua kegiatan

    manusia dan merupakan satu proses ilmu pengetahuan

    yang mencari kebenaran (tahqiq)

  • DEFINISI MASYARAKAT

  • Definisi Masyarakat

    Terdapat banyak definisi yang kesemuanya dapat menjelaskan hakikat kewujudan

    masyarakat. Contoh definisi:-

    1. Lucy Mair (1965)

    Masyarat adalah satu gagasan yang terdiri daripada manusia yang saling

    berhubungan secara kolektif dengan mempunyai hak dan tanggungjawab yang saling

    mengiktiraf

    - Mair menekan:

    (i) persoalan obligasi di kalangan manusia

    contoh: berhubungan dan berperanan di antara satu sama lain

    (ii) Setiap individu mempunyai pemilikan dan kuasa (hak) serta peranan yang

    saling difahami.

    Contoh: hak pada harta benda dan hak di dalam masyarakat (penting kerana ia

    boleh memandu anggotanya berhubung dan bekerja sama)

  • Definisi Masyarakat

    2. Ralph Linton (1936)

    Masyarat adalah kelompok manusia yang telah cukup lama hidup bersama dan

    saling bekerja sama hingga dapat mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka

    sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu

    - Ini menunjukkan:

    (i) Pembinaan sesebuah masyarakat itu memakan masa yang lama

    (ii) Mempunyai manusia yang ramai

    (iii) Dapat menunjukkan rasa bersatu dalam masyarakat (kesatuan sosial)

    - Daripada definisi-definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

    masyarakat:

    (i) Terdiri daripada manusia

    (ii) Berhubungan dan bekerja sama

    (iii) Mempunyai kesatuan sosial

    (iv) Membina kebudayaan

    - Hanya MANUSIA yang layak di gelar sebagai MASYARAKAT. Haiwan tidak layak

    digelar masyarakat kenapa?

  • CIRI-CIRI MASYARAKAT

    1. Masyarakat adalah manusia yang hidup dalam satu kelompok

    Manusia mesti hidup berkelompok kerana:

    (i) Fitrah semulajadi manusia (Al-Quran) (berpasangan, siang-

    malam, lelaki-perempuan)

    (ii) Perlu pada orang lain. - masalah gangguan mental

    (iii) Lemah

    2. Masyarakat melahirkan kebudayaan

    Tiada masyarakat, maka tiadalah kebudayaan

    Masyarakat kebudayaan (benda dan bukan benda)

    Masyarakat dan kebudayaan tidak boleh dipisahkan

    3. Masyarakat mengalami perubahan

    Meliputi jumlah kelahiran, ekonomi, politik, sosial

  • Ciri-Ciri Masyarakat

    4. Anggota masyarakat itu berinteraksi

    Dalam masyarakat mesti ada perlakuan berhubunga dan bekerjasama

    di antara ahli-ahlinya mencetuskan interaksi

    Bahasa memainkan peranan penting (lisan / bertulis)

    Penggunaan peralatan (telefon, telegram, komputer, mesin faksimili

    dll)

    5. Dalam masyarakat terdapat kepimpinan

    Mengikut bidang dan peringkat dalam masyarakat: (keluarga,

    kampung, daerah, negeri, negara pertubuhan sukarela dll)

    6. Stratifikasi Sosial

    Merujuk kepada susunan lapisan sosial dalam masyarakat:

    Dapat dibahagi kepada 3:

    (a) kelas

    (b) status

    (c) kasta

  • 6a. Kelas

    Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan

    harta

    Contoh: kelas atasan (hartawan), kelas menengah, kelas rendah

    6b. Status

    Jangkaan peranan dimainkan oleh individu dalam masyarakatnya

    Status tinggi jika memainkan peranan penting dlam masyarakat

    Contoh: pegawai daerah, wakil rakyat dll

    Status juga merujuk kepada peranan individu pada masa / waktu

    yang berlainan.

    Contoh: anak, suami, guru dll

    Faktor yang dapat memberi status dalam masyarakat di sini

    Contoh: gelaran Haji, lebai, Dato, Tan Sri dan lain-lain

    Ciri-Ciri Masyarakat

  • Pembahagian stratifikasi sosial dalam masyarakat:

    - Golongan Atasan (Pemerintah)

    - Golongan Pertengahan (pelaksana tugas Pemerintah)

    - Golongan Bawah (diperintah)

    Contoh Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional (Sejarah Melayu)

    - Raja

    - Bangsawan

    - Rakyat

    - Hamba

    Moden:

    berlaku mobiliti sosial atau sama ada dalam kelas / status

    e.g - anak petani (miskin) boleh dapat status tinggi jika berjaya dalam pelajaran

    - orang yang berasal daripada kelas rendah boleh naik ke kelas atasan, misalnya

    kita berjaya dalam perniagaan

    Ciri-Ciri Masyarakat

  • Kelas dan status saling berkaitan

    e.g Kelas tinggi mungkin boleh capai status tinggi dan sebaliknya

    Status pekerjaan mewujudkan kelas sosial

    menyebabkan wujudnya perbezaan tingkahlaku berpolitik, sosial dll

    6c. Kasta

    Wujud dalam masyarakat India tradisional ke hari ini

    Brahmin

    Ksyatria

    Vaisya

    Sudra

    Ciri-ciri

    Keahlian ditentukan melalui kelahiran tidak boleh berubah tempat

    Perkahwinan hanya dibenarkan dalam kasta sendiri

    Terdapat peraturan yang ketat dalam mengawal perhubungan &

    tingkahlaku ahli-ahli

    Ciri-Ciri Masyarakat

  • Ciri-Ciri Masyarakat

    Stratifikasi sosial dalam masyarakat tidak boleh dielakkan kerana

    setiap anggota masyarakat. Mempunyai kebolehan dan peluang yang

    tidak sama antara satu sama lain

    7. Sistem Sosial

    Dalam masyarakat, terdapat Sistem Sosial

    Sistem Sosial ialah satu set rol sosial yang mempunyai nilai, norma

    dan matlamat yang sama

    Ia menekankan kepada struktur hubungan bentuk-bentuk hubungan

    dan kesan sosial secara umum

    Sistem Sosial boleh dibahagikan kepada beberapa yang saling

    berhubungan:

    - keluarga dan kekeluargaan

    - sistem ekonomi

    - pendidikan

    - agama & kepercayaan

    - kesenian dll

  • MASYARAKAT ISLAM

    1. DEFINISI

    Masyarakat Islam dibentuk bersumberkan Al-Quran & Al-Sunnah dan

    berasaskan aqidah, syarak & akhlak

    Masyarakat umum memahami bahawa masyarakat Islam adalah

    kelompok manusia beragama Islam yang selalu disebut sebagai

    ummah

    Mengikut Piagam Madinah (fasal 25-35) ummah dimaksudkan orang-

    orang Islam dan Bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Ini bermakna

    masyarakat Islam juga meliputi golongan bukan Islam yang hidup

    bersama-sama orang Islam di dalam satu kelompok

    CIRI-CIRI utama masyarakat ini ialah mengamalkan sistem Islam

    (undang-undang Islam)

  • Masyarakat Islam

    2. Dari segi sejarah, Masyarakat Islam mula wujud dan dibentuk oleh Nabi

    Muhammad s.a.w pada tahun pertama Hijrah (622m) seiring dengan

    penubuhan negara Islam Madinah

    3. Penduduk Madinah pada ketika itu terdiri daripada orang Islam dan juga

    penganut agama lain

    4. Orang bukan Islam dikenali sebagai Ahli Zimmah (Zimmi) bermaksud

    golongan yang dijaga keharmonian mereka.

    5. Orang bukan Islam menerima konsep negara Islam kerana dasar-dasar

    Islam itu sendiri bersifat adil & menyeluruh untuk semua pihak ternyata

    berjaya dan selamat

  • KEDUDUKAN DAN HAK RAKYAT

    BUKAN ISLAM

    kerakyatan terbahagi kepada 2 Orang Islam yang beriman

    Orang Bukan Islam

    Golongan kafir

    Syariat Islam memberi layanan yang cukup adil terhad