SEL HAIWAN DAN TUMBUHAN
description
Transcript of SEL HAIWAN DAN TUMBUHAN
SEL HAIWAN DAN TUMBUHAN
PERBEZAAN SEL HAIWAN & TUMBUHANSTRUKTUR SEL
Prepared by: Miss Norazlina Kambali
Subtopik:2.1 Struktur dan fungsi sel
2.2 Organisasi sel2.3 Menghargai keunikan sel
PENGENALANSel merupakan unit asas semua hidupan
hidup. Secara amnya setiap sel terdiri daripada :-
- membran sel - sitoplasma - nukleusSel tumbuhan biasanya lebih besar
berbanding sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap,
sedangkan sel haiwan tidak mempunyai bentuk khusus.
Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam sel haiwan.
Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.
SEL HAIWAN & SEL TUMBUHANSEL HAIWAN SEL TUMBUHAN
MEMBRAN PLASMAMembran plasma: membran yang
menyelaputi suatu selMembran plasma berfungsi untuk
mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Ia juga dapat mengawal pergerakan bahan ke dalam dan keluar sel.
Ia telap kepada air dan lipid tetapi tidak telap kepada bahan-bahan tidak berpola. Molekul-molekul kecil dan bahan larut lipid dapat melalui lapisan lipid dengan mudah.
Contoh molekul-molekul kecil ialah: - air - oksigen - karbon dioksidaContoh molekul-molekul larut lipid ialah: - gliserol - asid lemak - vitamin- A, D, E, KSelain itu, membran plasma berfungsi
untuk melindungi organel-organel di dalam sel.
MEMBRAN SEL
DINDING SELLapisan luar tumbuhanBerfungsi sebagai penyokong,
pelindung.Terdapat pada tumbuhan,
fungi, dan bakteria. Tidak terdapat pada sel haiwan.
Strukturnya tersusun atas selulosa sehingga kaku, kuat dan keras.
Mengatur keluar masuknya H2O, O2, CO2
SITOPLASMASitoplasma ialah bahan seperti jeli yang
mengisi sel dan yang melarutkan makanan serta menukarkan makanan menjadi tenaga dalam tindak balas kimia.
Sitoplasma didapati di dalam membran plasma sel dan mengelilingi nukleus dan menyelubungi organel-organel.
Sitoplasma ialah bahagian sel yang paling penting. Sitoplasma menampung semua organel sel di luar nukleus dan juga mengekalkan bentuk sel.
Skematik sel haiwan tipikal yang menunjukkan komponen-komponen subsel.
organel(1) nukleolus (2) nukleus (3) ribosom(4) vesikel (5) jalinan endoplasma kasar (6) jasad Golgi(7)sitorangka(8) retikulum endoplasma licin (9) mitokondrion(10) vesikel (11) sitoplasma (12)lisosom(13) sentriol
Stimulus minda:
NUKLEUSNukleus sel, pusat kawalan bagi sesebuah sel
yang mengandungi DNA kromosom sel.Fungsi
Menyimpan gen dalam kromosom. Membuat RNA sebagai protein pengkod
(mRNA). Memproduksi ribosom di nukleus.
NUKLEUS
JALINAN ENDOPLASMAJalinan endoplasma merupakan suatu
bahagian yang terdapat di dalam sesebuah sel. Jalinan endoplasma diperhatikan sebagai pasangan membran selari yang merentasi sitoplasma
Jalinan endoplasma bertindak sebagai satu sistem lalu lintas dan pengangkutan di dalam sel. Selain itu, ia berfungsi mengangkut kepada protein yang disentesis di dalam ribosom.
Jalinan endoplasma licin berfungsi sebagai tempat sintesis lipid.
JALINAN ENDOPLASMA
JALINAN ENDOPLASMA
JASAD GOLGIJasad Golgi merupakan suatu bahagian yang
terdapat di dalam sesebuah sel. Jasad golgi terdiri daripada kantung-kantung pipih halus berselaput membran yang terletak selari di antara satu sama lain.
Jasad golgi mempunyai fungsi iaitu dapat mengangkut dan mengubahsuaikan bahan kimia yang kemudiannya dibungkus dalam vesikel lalu dirembeskan. Bahan-bahan kimia tersebut ialah: glikoprotein karbohidrat hormon
JASAD GOLGI
RIBOSOMRibosom merupakan suatu bahagian yang
terdapat di dalam sesebuah sel. Terdapat di jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas di dalam sitoplasma.
Fungsi Sebagai tapak sintesis protein. Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada
jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon.
Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.
LISOSOMMerupakan organel yang
memakan bahagian sel.Mengandung enzim
pencerna.Struktur: bersaizkecil,
dilapisi membran.Fungsi: memecah
molekul besar menjadi molekul kecil; menghancurkan organel sel yang sudah tua.
LISOSOM
MITOKONDRIONMitokondrion merupakan suatu bahagian yang
terdapat di dalam sesebuah sel. Mitokondrion adalah suatu organel berbentuk rod dan sfera di dalam sitoplasma. Mitokondrion mempunyai dua membran iaitu:1- Membran dalam2- Membran luar
Mitokondrion berfungsi sebagai rumah sel, iaitu pusat penghasilan tenaga di dalam sel. Adenosil trifosfat (ATP) akan dihasilan dalam mitokondrion semasa tindak balas respirasi aerob.
MITOKONDRION
VAKUOLVakuol merupakan suatu bahagian yang
terdapat di dalam sesebuah sel iaitu ruang berisi teras sel yang terdiri daripada air dan zat terlarut.
Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol yang tiada pada sel haiwan kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah.
Vakuol merupakan rongga-rongga besar sitoplasma yang berisi bendalir. Tumbuhan yang matang mempunyai vakoul yang besar.
VAKUOLSetiap vakuol dikelilingi oleh membran yang
dikenali sebagai tonoplas. Tonoplas ialah dinding separa telap yang tebal, kuat dan kenyal yang dibina daripada selulosa karbohidratpolisakarida.
Vakuol berfungsi untuk mengawal keseimbangan osmosis dan tekanan segah sel
KLOROPLASOrganel yang menghasilkan
klorofil.Hanya ditemui di sel tumbuhan
atau alga.Berwarna hijauBerisi klorofil (pigmen hijau)Berfungsi untuk menyerap
tenaga cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis.
KLOROPLAS
Latihan 1:
Latihan 2:a) Nyatakan persamaan sel haiwan dan sel tumbuhan. b) Nyatakan perbezaan antara sel haiwan dan
sel tumbuhan.Ciri-ciri
perbezaanSel haiwan Sel tumbuhan
Bentuk
Dinding sel
Kloroplas
Vakuol
Granul simpanan
sentriol