sektor pertanian di Malaysia
-
Upload
esyraqfaiq -
Category
Documents
-
view
80 -
download
3
Transcript of sektor pertanian di Malaysia
PenghargaanSyukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan
keizinan dari-Nya,maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus bahasa melayu dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepadasaya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masahadapan.Saya, ********* ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru bahasa melayu saya iaitu Pn. ****** *****kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar cara – cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantumenyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengancemerlang.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda *******dan bonda ******* yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya iaitu ******** yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangatsetia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan.Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepadasemua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian
1
PENGENALAN Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan
ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan
tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila
benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah
pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar
utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an.
Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada
RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu
peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat
daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan
tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah
mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping
mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu,
penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM)
(1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
(1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan
Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan
pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan
mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.
2
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian
telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-
ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada
RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat
daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang
merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%.
3
OBJEKTIF KAJIAN pelaksanaan aktiviti pertanian daripada pendekatan tradisional kepada pengaplikasian
teknologi terkini
sektor ini juga memberikan banyak peluang dan telah berkembang bermula daripada
proses pengeksportan bahan mentah kepada penghasilan barangan separuh siap,
barang telah diproses dan barang siap, di samping menghasilkan lebih produk nilai
tambah bagi meningkatkan pasaran.
Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
Sektor Pertanian boleh menjadi enji kedua yang menyumbangkan kepada
pertumbuhan ekonomi negara serta menghapuskan kemiskinan di kalangan para petani
4
KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA
Sektor pertanian pernah menjana pendapatan penting kepada negara sebelum
kebangkitan era kegemilangan perindustrian yang dibawa oleh arus pemerintahan Tun
Dr Mahadhir Mohamed melalui Dasar Perindustrian. Sebelum tampuk pemerintahan
bertukar tangan, Malaysia mengerjakan pelbagai tanaman komersial seperti padi
sawah, kelapa sawit, lada hitam dan nanas. Walaupun begitu, kepentingannya tidaklah
diabaikan sepenuhnya kerana beliau telah melancarkan Dasar Pertanian Negara yang
sebenarnya menjadi garis panduan kepada pembangunan sektor ini. Persoalannya,
apakah kepentingan sektor pertanian kepada negara sehingga mendesak kerajaan
memajukannya?
Kepentingan perdana sektor ini adalah untuk menjadi sekuriti bekalan makanan yang
cukup kepada masyarakat. Malaysia antara negara yang menjadikan beras sebagai
makanan ruji. Oleh hal yang demikian, kerajaan berusaha menghasilkan padi dua kali
setahun untuk menampung permintaan masyarakat, selain berusaha mengurangkan
import beras dari Thailand. Realitinya, kerajaan mahu mengurangkan kebergantungan
kepada negara luar, memandangkan padi sawah boleh ditanam di negara ini. Maka,
tidak menghairankan apabila kerajaan telah berusaha bagai air mencari jenisnya
supaya padi dapat ditanam lima kali setahun sejak tahun ini. Tambahan pula, kadar
pertumbuhan penduduk negara kita yang semakin pesat mendesak sektor ini tidak
boleh dipandang enteng.
5
Selain itu, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang cukup besar kepada
rakyat di negara kita. Sejak zaman nenek moyang kita, pertanian merupakan pekerjaan
warisan yang menjana ekonomi keluarga, khususnya. Di negara membangun seperti
Malaysia, sektor pertanian menyumbang 50 peratus peluang pekerjaan. Perlu diingat
bahawa definisi pekerjaan dalam sektor pertanian bukan sahaja bekerja di ladang,
malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Realitinya, masyarakat desa
sememangnya bergantung harap kepada sektor ini memandangkan mereka
mempunyai tanah yang luas untuk dikerjakan dan tenaga buruh yang mudah didapati.
Lagi pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi berbanding kerja
profesional dan separuh profesional. Tegasnya, sektor ini boleh diibaratkan bulan jatuh
ke riba kepada golongan kurang terpelajar untuk tidak bergelar penganggur.
.Bukan itu sahaja, yang lebih penting lagi ialah sektor ini mampu menjana pendapatan
yang besar kepada negara dan petani. Seperti yang kita sedia maklum, iklim dan tanih
yang sesuai mampu memberikan pulangan yang lumayan. Hasil tani yang dituai oleh
petani kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan
untuk dijadikan penyambung rezeki. Bagi tanaman komersial pula, negara akan
menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeskportan tanaman
seperti kelapa sawit dan lada hitam. Secara tidak langsung, pengaliran wang ke luar
negara dapat dikurangkan, di samping menimbangi imbangan pembayaran negara
melalui hasil eskport yang semakin bertambah. Ringkasnya, dengan adanya sinergi
yang hebat, industri ini mampu menjadi penyumbang terbesar seperti suatu ketika
dahulu.
6
Konklusinya, sektor pertanian perlulah digerakkan kembali dengan menaruh beberapa
strategi yang mampan supaya segala kemaslahatannya dapat dinikmati masyarakat
Malaysia keseluruhannya. Saya begitu optimistik dengan segala kelebihan yang kita
ada, industri pertanian pasti mampu memberi sumbangan yang besar terhadap
pembangunan negara. Realitinya, dijangkan pada tahun 2050 sekiranya telaga minyak
yang baharu tidak dijumpai, maka hasil petroleum akan kehabisan seterusnya
menganggu pengeluaran dalam sektor perindustrian. Akhir kata, slogan ‘Pertanian Satu
Perniagaan’ perlulah diselami maknanya dengan lebih mendalam.
7
SKOP KAJIAN
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), pertanian menjadi satu sektor utama
yang diberi tumpuan. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor
pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan kompetitif. Sejumlah RM4.4 bilion
diperuntukkan untuk permodenan sektor pertanian, terutama pembangunan wilayah
dan penanaman semula serta program baik pulih tanah. Sementara itu RM2.6 bilion
untuk menyokong perkhidmatan pertanian dan RM1.5 bilion lagi untuk program
pengairan pertanian. Pertambahan peruntukan dan kadar pertumbuhan ini juga
menandakan sektor pertanian akan meningkat dari segi guna tenaga dan pelaburan
sektor swasta. RMK-9 turut menyediakan insentif dan peluang yang lebih luas kepada
sektor swasta dan komuniti petani untuk mengusahakan pertanian secara komersial
berskala besar bagi meningkatkan produk berkualiti dan tambah nilai. Peningkatan ini
boleh dilakukan dengan penggunaan kaedah moden, terutama bioteknologi dan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan adanya dasar dan pelbagai insentif
yang menyokong sektor pertanian dijangka dapat mengubah imej dan citra sektor
pertanian, seterusnya menarik minat lebih ramai usahawan tani dan petani mahir
Dari segi perkembangan pada peringkat global, sektor pertanian sebenarnya
mengalami pelbagai perubahan dan permodenan drastik. Dengan menggunakan
pengetahuan bioteknologi, produk pertanian boleh dipertingkatkan dari segi kualiti dan
ketahanan. Sebagai contoh, manipulasi genetik boleh dilakukan untuk mengelakkan
8
tanaman dimusnahkan serangga perosak. Selain itu, produk pertanian juga boleh
direka bentuk secara biologi agar tahan lama dan tidak mudah busuk. Biarpun
penggunaan bioteknologi sering dikritik terutama di Eropah, khususnya terhadap produk
makanan (makanan diolah secara genetik (GMF), permintaan terhadap produk
berkenaan terus meningkat. Hal ini begitu ketara di jaringan pasar raya utama di
seluruh dunia. Antara strategi dalam perlaksanaan rancangan RMK-9 ialah
menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan, memajukan sumber pertumbuhan
baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-
bungaan,meningkatkan industri asas tani, pematuhan Piawaian dan Kualiti
Antarabangsa dan Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan
sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan
sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport
serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah
untuk meningkatkan sekuriti makanan (food security), meningkatkan produktiviti dan
daya saing sektor pertanian, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain,
mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memulihara
dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampam. Justeru itu, DPN3
memperkenalkan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani
(agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach).
9
Pendekatan perhutani bertujuan untuk memberi perhatian kepada masalah kekurangan
sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah. Di bawah pendekatan ini,
kegiatan pertanian dan perhutanan dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling
melengkapi. Pendekatan strategik baru yang kedua ialah pendekatan berasaskan
produk. Melalui pendekatan ini, produk-produk dan pasaran-pasaran utama dikenalpasti
berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Dengan
menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia akan memberi penekanan kepada
keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh dunia. Ini akan
mewujudkan peluang untuk menambah pengeluaran dan meningkatkan keupayaan
pemasaran hasil-hasil pertanian.
Di dalam tempoh DPN3, pertumbuhan pertanian dijangka akan terus meningkat melalui
penggunaan tanah yang lebih intensif. Tanaman getah, padi, kelapa dan koko masing-
masing dijangka akan berkurangan iaitu seluas 494,000 hektar, 302,600 hektar, 73,400
hektar dan 30,700 hektar. Kebanyakan kawasan ini akan ditanam semula dengan
perhutani, kelapa sawit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pembukaan tanah baru pula
akan hanya dilaksanakan di Sabah dan Sarawak di mana masih terdapat kawasan
tanah yang luas. Dengan itu, peningkatan keluasan guna tanah dijangka meningkat
hanya pada tahap 0.5% setahun iaitu daripada 5.7 juta hektar kepada 6.2 juta hektar.
2.2 Data Dan Stastistik Perkembangan Pertanian Malaysia
Jadual 1.0: Sumbangan Sektor Pertanian 2000, 2005 dan 2010
10
No Butiran 2000 2005 20101.0 Sumbangan kepada KDNK
1.1 Pertanian (RM juta)1.2 Pertanian (%)1.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)1.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
186628.9135846.5
215858.2169286.5
275187.8222216.3
2.0 KDNK (%)Pertanian
1.2% 3.0% 5%
3.0 Sumbangan Kepada Eksport3.1 Pertanian (RM juta)3.2 Pertanian (%)3.3 Industri Berasaskan Pertanian (RM juta)3.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
228926.1246866.6
374217.0374427.0
549926.8606607.6
4.0 Sumbangan kepada guna tenaga4.1 Pertanian (bil‘000)4.2 Pertanian (%)4.3 Industri Berasaskan Pertanian (bil‘000)4.4 Industri Berasaskan Pertanian (%)
1423.015.3844.09.1
1405.713.3981.99.3
1323.810.91110.29.1
(Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia )
Sektor pertanian, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada tahun 2000,
menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup 7.8%
(RM27,518 juta) pada tahun 2010. Sektor pertanian hanya mencatatkan purata kadar
pertumbuhan sebanyak 1.2%, paling rendah dalam tempoh RMKe-7; menokok kepada
3.0% bagi tempoh RMKe-8 dan dalam tempoh RMKe-9 dianggarkan mengukuh pada
5.0%. Sektor pertanian pula hanya menyumbang 6.1% (RM22,892 juta) kepada eksport
pada tahun 2000 dan 7.0% (RM37,421 juta) pada tahun 2005. Peratus sumbangannya
diunjurkan menguncup kepada 6.8% (RM54,992 juta) pada tahun 2010 Guna tenaga
dalam sektor pertanian pula adalah yang terendah iaitu hanya menyumbang sebanyak
15.3% (1.423 juta) pada tahun 2000 dan mengalami penguncupan pula kepada 1.406
juta (13.3%) pada tahun 2005. Sumbanganya dianggarkan terus merosot kepada 1.323
juta (10.9%) pada tahun 2010.
11
Jadual 2.0 : Pengeluaran Bagi Hasil Tananaman Terpilih 2002 hingga 2008Hasil Pertanian (tan metrik ‘000)
2002 2004 2006 2008
Getah Asli 889.8 1168.7 1283.6 1072.4Minyak Sawit Mentah 11909.3 13 976.2 1580.8 17734.4Isirong Sawit 3268.6 3661.4 4125.1 4577.4Biji Koko 47.7 33.4 31.9 28.1Minyak Kelapa 39.1 42.4 27.8 42.3Dedak Kopra 13.6 11.4 8.7 8.3Teh 20.6 15.6 11.1 11.6Nenas 70.1 774 843 66.3Beras 1415.1 1467.1 1385.3 -Tembakau 11.3 12.9 6.1 6.3
Antara hasil pertanian terpilih ialah minyak sawit mentah, getah asli, biji koko, beras ,
teh nenas, isirong sawit, dedak kopra, biji koko dan tembakau. Bagi tanaman getah,
berlaku peningkatan hasil pertanian sepanjang tahun sehingga 2006. Manakala bagi
tahunn 2008, berlaku penurunan kepada 1072.4 tan metrik, berbanding dengan tahun
2006 iaitu sebanyak 1283.6 tan metrik. Berlainan dengan tanaman tembakau yang
mengalami peningkatan pada tahun 2008 menjadi 6.3 tan metrik. Namun begitu, hasil
pertanian ini adalah lebih baik pada tahun 2002 dan 2004 iaitu masing-masing
sebanyak 11.3 tan metrik dan 12.9 tan metrik
Jadual 3.0 : Jadual Guna Tanah Bagi Sektor Pertanian.Jenis Tanaman 2000
(hektar ‘000)
2005(hektar ‘000)
2010(hektar ‘000)
Target Guna tanah bagi RMK-8 (%)
PencapaianGuna tanah bagi RMK-8 (%)
Target Guna tanah bagi RMK-9 (%)
Kelapa Sawit 3317 4049 4555 3.2 3.7 2.4Getah 1431 1250 1179 -2.7 -2.7 -1.2Padi 478 452 450 -0.5 -1.1 -0.1Buah-Buahan 304 330 375 5.1 1.7 2.6Kelapa 159 180 150 -0.6 2.5 0.0Koko 76 33 455 -2.4 -15.2 6.2Sayur-sayuran 40 64 86 4.2 9.9 6.1Tembakau 15 11 7 2.5 -6.0 -7.4Lada Hitam 13 13 14 2.1 0.0 0.6Jumlah 5893 6383 6891 1.5 1.6 1.5
12
(Sumber : Laman web Kementerian Asas Tani)
JADUAL 4.0 : RINGKASAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI BAHAN MAKANANPERKARA 2003
(RM Juta)2004(RM Juta)
2005(RM Juta)
2006(RM Juta)
2007(RM Juta)
2008(Jan-Jun)(RM Juta)
Jumlah Eksport Sektor PertanianJumlah Import Sektor PertanianImbangan Perdagangan Sektor Pertanian
53,14325,80827,335
61,79735,41226,385
62,59636,25026,346
71,19740,31230,885
84,93647,19437,742
53,84128,83725,004
Jumlah Eksport Bahan Makanan
8,348 9,942 10,669 11,392 13760 8,241
Peratus Eksport Bahan Makanan
15.7 16.1 17.04 16.0 16.2 15.3
Jumlah Import Bahan Makanan
12,687 16,440 17,733 19,950 23,374 13,731
Peratus Import Bahan Makanan
49.2 46.4 48.9 49.5 49.5 46.3
Imbangan Perdagangan Bahan Makanan
-4,339 ‐6,498 ‐7,065 ‐8,559 ‐9,614 ‐5,491
( Sumber : Buku Perangkaan Pertanian Malaysia)
Jumlah keseluruhan eksport pertanian Malaysia sepanjang tahun 2003 ialah RM 53,143
juta. Manakala pada tahun 2008, jumlah eksport adalah sebanyak RM53,841juta. Ini
bermakna terdapat peningkatan eksport yang agak kecil dari tahun 2003 hingga tahun
2008 iaitu sebanyak RM698 juta. Bagi jumlah eksport bahan makanan pada tahun 2003
ialah RM8,348 juta yang mewakili 15.7%. Jumlah eksport bahan makanan meningkat
dari tahun ke tahun, walaupun peningkatan hanya kecil sehingga tahun 2007. Manakala
pada tahun 2008 jumlah eksport bahan makanan berkurangan kepada RM8241 juta
yang mewakili 15.3%. Jumlah imbangan sektor pertanian ialah pada tahun 2003 ialah
RM2,733 juta, dan pada tahun 2008 pula RM25,004 juta.
Manakala jumlah import sektor pertanian pula pada tahun 2003 ialah sebanyak
RM25,808 juta. Jumlah import ini meningkat sepanjang tahun sehingga tahun 2007.
13
Manakala pada tahun 2008, jumlah import menurun kepada RM2,8237 juta. Jumlah
import bahan makanan bagi tahun 2003 ialah RM 1,2687 juta yang mewakili 49.2%,
manakala bagi tahun 2008 pula ialah RM13,371 juta yang mewakili 46.3% dari jumlah
keseluruhan import bahan makanan.
PROGRAM PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PRODUKTIVITI BAGI SEKTOR
PERTANIAN
Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
Kos pengeluaran telah meningkat dengan ketara mulai tahun 2007. Komponen utama
yang mengalami kenaikan ialah baja dan racun, sebagai contoh, dalam tempoh 2003
hingga 2007 sahaja, kos baja sebatian untuk pengeluaran sehektar telah naik sebanyak
85.5%, iaitu daripada RM868/t.m. kepada RM1,610/t.m. Racun perosak untuk
pengeluaran buah-buahan pula meningkat daripada RM96 kepada RM156. Bermula
pada bulan Jun 2008, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi insentif pengeluaran
kepada yang menghasilkan bahan-bahan pertanian bagi menampung sebahagian
peningkatan kos. Pelaksanaan pembayaran insentif ini adalah melalui pendaftaran
pengusaha-pengusaha dengan pihak Kementerian sahaja. Oleh yang sedemikian,
sebanyak RM513 juta telah diluluskan bagi tahun 2008.
14
Mengukuhkan FAMA Bagi Memastikan Pasaran Dan Pengagihan Hasil-Hasil Pertanian
FAMA akan meningkatkan keupayaan pemasaran hasil-hasil pertanian melalui
pembangunan pusat pengedaran, pusat pengumpulan dan peningkatan bilangan pasar
tani sebanyak 50 buah di seluruh negara sebagai tambahan kepada 230 yang sedia
ada. Bagi tujuan ini, sebanyak RM39 juta telah diluluskan bagi tahun 2008. Tambahan
lagi, daripada jumlah ini, wang pusingan urus niaga sebanyak RM25 juta disediakan
untuk membolehkan pembelian hasil pertanian.
Pelaksanaan Program Bumi Hijau 3
RM25.9 juta diluluskan bagi program ini bagi tahun 2008. Ia meliputi kawasan bandar
dan desa bagi menggalakkan penduduk bercucuk tanam dan menternak ayam serta
ikan, atau dengan kombinasi yang sesuai untuk menampung keperluan keluarga dan
selebihnya dijual. Ia dilaksanakan di halaman rumah dengan mengambil kira konsep
“kitchen garden” dan “edible landscape”. Pihak Kementerian akan mengedarkan biji
benih sayuran terpilih, baja serta manual pelaksanaan kepada seluruh lapisan
masyarakat.
15
Pengurusan Kawasan Terbiar Untuk Meningkatkan Pengeluaran Komoditi Sekuriti
Bagi meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian, tanah terbiar boleh dibangunkan
dalam masa yang singkat. Tumpuan diberikan terhadap tanah hak milik perseorangan
yang terletak berhampiran di antara satu sama lain melalui kaedah “profitsharing”
dengan pihak swasta yang dikenal pasti. Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi tahun
2008 untuk membangunkan kawasan pertanian dan kolam terbiar. Jumlah peruntukan
yang disediakan bagi tahun 2008 sebanyak RM2,500 juta. Oleh yang sedemikian, pelan
tindakan pelaksanaan bagi setiap program secara menyeluruh dan terperinci telah
digubal agar peruntukan sejumlah RM2,500 juta kepada Kementerian dapat
dibelanjakan kesemuanya dalam tempoh lapan bulan dalam tahun ini.
16
Konsep Ladang Merdeka
Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara
komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil
menjadi lot-lot besar. Sehingga kini sebanyak 16 projek sedang beroperasi melibatkan
sawah seluas 708 hektar dengan penyertaan 2,609 petani. Mini Estet Padi dan
perladangan kelompok pula menumpukan kepada pemuafakatan sekumpulan petani
mengusahakan sawah di sesuatu kawasan bendang dengan bimbingan intensif
daripada KADA dan kemudahan kredit input pertanian daripada Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) yang dibayar balik setelah selesai musim penuaian. Sebilangan petani
maju diberikan bimbingan intensif di bawah projek 10 tan/hektar bagi meningkatkan
kadar pengeluaran padi ke arah 10 tan/hektar.
Antaranya program yang dijalankan oleh KADA ialah permodenan sistem pengairan
rumah-rumah pam dan peningkatan kecekapan dan keberkesanan bekalan air dan
penekanan kepada penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian baik. Program
lain termasuklah pengurusan rumpai, perosak dan penyakit tanaman secara bersepadu.
KADA mensasarkan pada akhir RMKe-9, kadar pengeluaran padi dari seluruh kawasan
KADA akan ditingkatkan daripada 4.28 tan/hektar kepada 5.30 tan/hektar bagi
membolehkan sumbangan KADA kepada pengeluaran padi negara ditingkatkan
225,000 tan setahun kepada 307,000 tan setahun.
3.6 Memperluaskan Fungsi Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Tujuan memperluaskan Kementerian Pertanian dan Asas Tani ialah supaya sektor
pertanian dan industri asas tani dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan
17
rantaian bekalan. Selain itu, bagi meningkatkan pengeluaran dan kecekapan
pengeluaran, kerajaan telah merancang pembangunan kawasan-kawasan pengeluaran
berteraskan ‘Cluster’ seperti Zon Pengeluaran Buah-buahan, ‘Target Area
Concentration’, Zon Industri Akuakultur dan beberapa pendekatan seperti Projek
Pertanian Moden dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Ini bertujuan bertujuan
untuk membangunkan komoditi dan produknya yang berteraskan ‘Industrial Districts.
Kerajaan, menerusi Kementerian Petanian dan Asas Tani juga memperkenalkan
sebuah jenama iaitu ‘Malaysia Best’.
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Kementerian Pertanian wujud sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas pertanian (termasuk perikanan dan ternakan) pada tahun 1978.
Terdahulunya semua urusan atau aktiviti pertanian dipertanggungjawabkan di bawah
Jabatan Pertanian sejak tahun 1905. Selepas pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004,
Kementerian Pertanian telah bertukar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani (MOA). Dengan struktur organisasi yang mantap, MOA bersama sebelas (11)
Jabatan dan agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Bank Pertanian Malaysia
(BPM), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga kemajuan Pertanian
Muda (MADA) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), menggembleng
seluruh pemikiran dan tenaga organisasinya secara terancang dan bersepadu untuk
18
merealisasikan visi nya sebagai “Peneraju Transformasi Pertanian’ dan ke arah
pencapaian matlamat utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan Rancangan
Malaysia ke Sembilan.
Mardi
Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diluluskan
penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan matlamat
memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam
industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan
keberkesanan, dengan itu memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan
pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka jalan untuk penubuhan MARDI pada
28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan MARDI berfunsi secara
bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi pada
tahun 1971.
Risda
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ataupun RISDA - Rubber
Industry Smallholders Development Authority, adalah sebuah Badan Berkanun
Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)
Malaysia yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Dengan pelancaran RISDA, nyatalah
bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor
Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi
negara.
19
Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (bahasa Inggeris: Federal Land Development
Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan
semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun
agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk
orang Melayu yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun
2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya
ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan
kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang
kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.
Felcra
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah
ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar
bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi
negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA telah ditukar nama kepada
FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada
sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan. FELCRA Berhad kini sedang mempelbagaikan
bidang kegiatannya bagi menyertai sektor perindustrian dan perkhidmatan serta bidang
perniagaan yang sedang berkembang.
20
MAHA 2006
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA 2006)
merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia
(MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang,
Selangor. Lebih 100 jenis orkid dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua
spesies hibrid orkid baru yang akan dilancarkan iaitu Dendrobium Abdullah Badawi dan
Ascorahnis Datuk Seri Najib. Kerajaan Malaysia akan menarik lebih banyak penyertaan
sektor pertanian berteknologi tinggi dari luar negara pada Pameran Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang bakal dilengkapkan
dengan tapak dan dewan ekspo yang lebih luas dan canggih.
MPOB
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) adalah sebuah agensi utama kerajaan yang
dipertanggunjawabkan meneraju dan membangunkan industri sawit negara. MPOB
berperanan penting dalam mewujudkan objektif, polisi dan keutamaan negara bagi
memastikan perkembangan industri ini dengan sempurna dan teratur.
MPOB mempunyai pelbagai kemudahan penyelidikan terdapat di ibu pejabat MPOB
dan di luar kompleks penyelidikan di Bangi seperti Pusat Teknologi Minyak dan
Lelemak, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka, Pusat Maklumat Sawit, Loji
Rintis Penggorengan, Loji Rintis Biodiesel, Loji Rintis Alpha SME dan Loji Rintis ‘High
Oleic’. Bahagian Penyelidikan Teknologi Oleokimia, Pusat Kejenteraan Ladang, Pusat
Teknologi Biojisim, Pusat Teknologi Metharizium dan Pusat Teknologi Kilang Sawit.
Pelbagai penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan termasuk bahan
21
tanaman, penjenteraan ladang, integrasi tanaman dan ternakan, kawalan serangga dan
penyakit, kegunaan makanan dan bukan makanan, pengilangan dan pemprosesan,
penggunaan biojisim dan biodiesel.
22
BATASAN KAJIAN ISU DAN CABARAN SEKTOR PERTANIAN Masalah Tenaga Buruh
Masalah utama dalam pertanian ialah maalah tenaga buruh. Penghijrahan tenaga buruh dari
sektor pertanian ke sektor bukan pertanian ini mengakibatkan kekurangan tenaga buruh di
sektor pertanian. Mengikut kajian Persatuan Peladang Bersatu Malaysia (UPAM), bilangan
ladang di Semenanjung Malaysia yang mengalami masalah tenaga buruh telah meningkat tahun
demi tahun. Sektor ini kini masih menghadapi pelbagai cabaran, antaranya ialah tenaga kerja
yang semakin tua, iaitu 21.4% adalah berumur 55 tahun ke atas. Saiz tanah yang diusahakan
adalah kecil dan kurang ekonomik, iaitu 65% darlpada pesawah padi mempunyai saiz sawah
kurang daripada satu hektar
Tanah Terbiar
Pada tahun 1996, kekurangan tenaga buruh adalah salah satu faktor pengurangan keluasan
tanaman getah. Keluasan tanaman getah dijangka berkurang sebanyak 10 ribu hektar, iaitu 6
ribu hektar di kebun kecil dan 4 ribu hektar bagi estet. Sektor pertanian menghadapi masalah
tanah terbiar yang serius. Pada 1981, di Semenanjung Malaysia, tanah terbiar adalah seluas 890
000 hektar, iaitu terdiri daripada tanah sawah seluas 160 863 hektar dan tanah bukan sawah
seluas 728 127 hektar. Keadaan ini telah berkurang pada tahun 1986, iaitu kepada 553 372
hektar yang terdiri daripada 125 256 hektar tanah sawah dan 428 117 hektar tanah bukan
sawah. Pada 1987, tanah terbiar meningkat semula, iaitu kepada 654 413 hektar yang terdiri
daripada 89 399 hektar tanah sawah dan 565 014 hektar tanah bukan sawah (Abd. Malik dan
23
Mohaini, 1992). Pada 1990, tanah terbiar telah merosot kepada 57 597 hektar (Jabatan
Pertanian Semenanjung Malaysia 1994).
Cabaran di peringkat Luar Negara
Pada peringkat antarabangsa kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar
dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan
persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia
meningkatkan daya pengeluaran untuk memperolehi daya saing yang lebih tinggi. Semenjak
krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit
sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun
1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada
tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan
peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan
ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.
Liberalisasi perdagangan di bawah WTO dan AFTA juga akan menyebabkan hasil pertanian
negara menghadapi persaingan lebih sengit daripada negara-negara pengeluar yang lain yang
mempunyai kelebihan kos pengeluaran yang. Import makanan negara turut meningkat setiap
tahun kesan dari pertambahan bilangan dan taraf hidup penduduk. Pada tahun 1996, import
makanan (termasuk makanan ternakan) dan input pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding
dengan RM4.6 bilion pada 1990. Pada tahun 1997 (Januari-Oktober) importnya adalah RM9.1
bilion. Malaysia mengalami defisit dalam perdagangan makanan (termasuk makanan binatang)
dan input pertanian. Ini bermakna terdapat lebihan aliran keluar wang negara bagi membiayai
import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak RM4.2 bilion, dan pada 1997 (Januari-
24
Oktober 1997) adalah RM4.5 bilion. Ini bermakna defisit dalam perdagangan makanan dan
input pertanian ialah RM6.3 bilion pada 1996, dan RM4.6 bilion pada 1992
25
KAEDAH KAJIAN
KAEDAH PERPUATAKAAN
Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-
bahanliteratur seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana
melaluikaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip,
konsep,kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka
bentuk kajian. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama,
iaitumengumpulkan data dan menganalisis,.Selepas mendapatkan data dengan
menggunakan satu kaedah di atas, iaitu kajiankepustakaan pengkaji akan mengumpul
data yang dikumpulkan oleh ahli kumpulandan menggunakan data tersebut dalam
dapatan kajian. Penyelidik mencatatkan notayang diperlukan semasa membuat
penyelidikan dan mencari bahan rujukan
di perpustakaan. Penyelidik juga menggunakan matlumat Keluaran Dalam NegaraKasa
r (KDNK) dan sumbangan setiap sektor daripada internet seperti LaporanKewangan
Malaysia.Penyelidik menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulkan oleh
ahlikumpulan. Penyelidik akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang
siapakan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam
penyelidikankajian tersebut.Rujukkan bahan baca dari perpustakaan dan laman
sesawang menjadisumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar
perubahan peratusanguna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di
Malaysia dari tahun
26
Kaedah analisis dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen dari pejabat pertanian untuk memastikan kesahihan
fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan
kebenarannya.
Muat turun internet
Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan
melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang
terdapat sebagai rujukan.
6. Kaedah Audio visual
Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat rancangan e- jurnal
Dengan maklumat yang diperolehi akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini
27
Dapatan kajian Sumber Bekalan Makanan Negara
Sektor pertanian kembali dihargai dalam keadaan terdesak lebih-lebih dalam
situasi kejatuhan nilai ringgit kerana makanan merupakan keperluan manusia untuk
terus hidup.Dalam kegawatan ekonomi, peranan sektor pertanian dijangka bertambah
penting, malah kekal sebagai satu daripada penjana utama ekonomi negara. Sektor
pertanian boleh membantu negara memulihkan ekonomi dan seterusnya
mengurangkan import bahan makanan untuk keperluan tempatan.
Kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak Julai 1997 telah meninggalkan
kesan yang penting dan menyedarkan pelbagai pihak termasuk kerajaan terhdadap
kepentingan peranan sektor pertanian. Kejatuhan nilai ringgit telah menyebabkan kos
mengimport bahan makanan meningkat dengan ketara walaupun kuantiti import bahan
makanan tidak mengalami pertambahan yang jauh beza dari sebelumnya. Jumlah nilai
import bahan makanan pada tahun 1997 ialah RM10.035 billion iaitu meningkat
sebanyak 10.7 peratus daripada tahun 1996. Begitu juga dengan import minuman dan
tembakau serta minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran meningkat sebanyak
32.6 dan 87.6 peratus masing-masing berbanding tahun 1996.Sejak penghujung tahun
1997 dan 1998, sektor pertanian mula diberi perhatian semula dan penekanan setelah
lama detenggelami oleh kepesatan sektor perkilangan.
Masalah kekurangan bekalan makanan negara wujud disebabkan oleh
pengeluaran sektor pertanian yang masih ditahap sederhana dan boleh ditingkatkan
lagi serta kes tanah terbiar yang masih tinggi di seluruh negara.Secara ringkas, takrifan
tanah terbiar ialah tanah ada pemilik tetapi tidak diusahakan.Tanah terbiar perlu
digembleng untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Negara dapat
menjimatkan sekurang-kurangnya RM1 billion import bahan makanan setahun dengan
mengusahakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada tanah terbiar di Semenanjung
yang dianggarkan seluas di antara 800,000 hektar dan sejuta hektar.
28
Sumber Bahan Mentah Kepada Sektor Perkilangan
Masa telah membuktikan pembangunan sektor perkilangan di Malaysia telah
menyebabkan merosotnya sumbangan sektor pertanian terhadap KDNK dan
gunatenaga negara.Kepentingan sektor pertanian tidak boleh diperkecil dan harus
digerakkan seiring dengan kemajuan sektor perkilangan. Pandangan yang
menganggap sektor pertanian terpisah daripada sektor lain haruslah dinilai kembali
kerana sektor pertanian mempunyai kedudukan, fungsi dan peranan yang istimewa
dalam arus pembangunan sesebuah ekonomi.
Kebanyakan industri berasaskan sumber pertanian terletak di bandar kecil atau
di luar bandar sebagai tanda keperluan industri tersebut tidak boleh beroperasi jauh dari
kawasan pertanian.Jarang bagi industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan
pertanian beroperasi di bandar-bandar besar yang jauh dari sumber bahan mentahnya.
Bila lokasi industri jauh dari kawasan pertanian, kos pengeluaran industri tersebut
cenderung lebih tinggi berikutan peningkatan kos pengangkutan, persaingan dan
kesukaran memperolehi bahan mentah dan upah gunatenaga yang lebih mahal.
Kelebihan bagi industri berasaskan pertanian beroperasi berhampiran dengan kawasan
pertanian adalah kebaikan daripada masalah yang dihadapi oleh industri yang
beroperasi jauh dari kawasan luar bandar. Industri berasaskan pertanian yang
beroperasi di kawasan hampir atau di luar bandar mudah memperolehi gunatenaga
yang mempunyai asas kemahiran bidang pertanian yang hampir sama dengan
keperluan bidang kerja di kilang yang memproses bahan mentah. Tambahan pula, IKS
berasaskan pertanian berpeluang memperolehi pekerja yang kos upahnya murah.
Sumbangan IKS ialah menyerap lebihan gunatenaga di sektor pertanian serta menjadi
alternatif kepada belia-belia di luar bandar yang ingin mencari kerja di sektor industri
tanpa perlu berhijrah ke bandar-bandar yang mana mempunyai pelbagai masalah
seperti perumahan dan kos hidup yang tinggi.
Sektor pertanian sememangnya bergantung kepada pada industri kimia yang
membekalkan racun serangga dan baja. Kebanyakan daripada input perantaraan sektor
29
pertanian terdiri daripada industri kimia. Sektor pertanian banyak menggunakan bahan
kimia sebagai racun serangga dan baja di lading kelapa sawit, getah, teh dan kebun
kecil lain seperti kopo, koko, lada, nanas, pisang dan tanaman buah-buahan yang lain.
Industri secara berterusan menerima permintaan penggunaan baja dari sektor
pertanian yang bererti industri dapat berkembang dan pada masa yang sama memberi
faedah kepada pertanian. Mengikut dakwaan Arthur Gaitskell, kaedah merangsang
pembangunan pertanian adalah melalui membangunkan sektor perindustrian terlebih
dahulu.Dakwaan beliau berasaskan kepada kemajuan teknologi di sektor pertanian
berhubung rapat dengan ‘subsidi’ oleh sektor industri tempatan yang maju.Beliau tidak
bermaksud hanya sektor industri sahaja yang penting dan perlu dibangunkan. Negara
yang mengabaikan sektor pertanian dan asyik menitikberatkan sektor industri akan
menghadapi masalah bagaimana hendak menjual keluaran industrinya yang
mempunyai kos pengeluaran yang tinggi. Ini akan mengurangkan daya saing keluaran
industri negara tersebut di pasaran antarabangsa.
Dasar pertanian dan perindustrian negara dapat dilihat sebagai dua dasar yang
tidak terpisah dan tidak saling bertentangan malah kedua-duanya saling melengkapi
dalam dasar peralihan negara ke arah negara perindustrian.Sektor pertanian
menawarkan bekalan makan dan bahan mentah untuk industri pemprosesan tempatan
manakala sektor perkilangan membantu memodenkan pertanian dan menawarkan
barang pengguna.Perkembangan sektor perkilangan berasaskan sumber pertanian
membantu perkembangan sektor pertanian dari segi permintaan dan pasaran hasil
pertanian yang tinggi dan luas, tawaran harga komoditi yang lebih baik dan insentif
dalaman untuk meningkatkan produktviti dan kualiti. Perkembangan sektor pertanian
membantu perkembangan sektor perkilangan berasaskan sumber pertanian dari segi
harga input atau bahan mentah yang rendah, meningkatkan daya saing industrii
domestik, memperluaskan bidang dan peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai
ditambah dalam ekonomi. Justeru itu, sektor pertanian tidak harus diabaikan
kepentingannya setelah mencapai perkembangan yang pesat dalam sektor
perkilangan, malah kedua-dua sektor tersebut perlu dimajukan secara searah dan
seiring untuk menggandakan kuasa enjin ekonomi negara menjadi lebih mantap dan
kukuh dalam menghadapi arus turun naik ekonomi dunia dan serantau.
30
Sumbangan Kepada KDNK
Perkembangan sektor perindustrian telah mengelamkan kepentingan sektor
pertanian yang pada masa dahulu adalah penyumbang utama kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK). Jika sebelum tahun 70-an sektor pertanian menyumbang lebih
30 peratus kepada KDNK, pada tahun 1997 sektor pertanian menyumbang lebih 30
peratus. Pada masa sekarang, sektor perkilangan telah menjadi penjana utama kepada
pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
Walaubagaimanapun, sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dari segi nilai
mutlak masih meningkat dari tahun ke tahun sejak 1995 kecuali pada tahun 1998.
Namun begitu, peningkatan sumbangan dari segi nilai mutlak dari tahun ke tahun
adalah tidak begitu besar, contohnya pada tahun 1997 sebanyak RM17, 077 juta
meningkat RM 0.497 juta atau 2.9 peratus daripada tahun 1996. Ini bukan bererti sektor
pertanian sudah tidak penting lagi kepada pertumbuhan ekonomi tetapi memberi
petunjuk bahawa sektor pertanian masih lagi boleh diperbaiki prestasinya dari semasa
ke semasa seperti dibuktikan oleh peningkatan sumbangan nilai mutlaknya. Sektor
pertanian mampu menjadi salah satu sektor yang berpengaruh dan penting kepada
pertumbuhan ekonomi negara sepertimana peranannya di era 1970-an dan awal 1980-
an jika mengalami proses perubahan kepada aktiviti pertanian komersil, moden dan
intensif secara menyeluruh di Malaysia. Peratus sumbangan sektor pertanian kepada
KDNK benar yang semakin menurun berikutan kepesatan relative perkembangan
sektor lain adalah lebih pantas menyebabkan sumbangan sektor pertanian relative
mengecil.
31
Gunatenaga Sektor Pertanian
Perubahan yang tinggi dan berterusan di kalangan penduduk dalam lingkungan
umur bekerja menyebabkan tenaga buruh meningkat 2.9 peratus pada 1996 dan 2.8
peratus setahun pada 1997. Gunatenaga telah berkembang dengan kadar yang
menggalakkan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang kukuh terutamanya di sektor
pembuatan dan pembinaan. Kadar pertumbuhan tenaga buruh sebanyak 2.9 peratus,
gunatenaga telah berkembang dengan kadar yang lebih cepat iaitu 3.1 peratus pada
1996 tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam tahun 1997 kerana berlaku spekulasi
matawang lalu membawa kepada krisis matawang pada Julai 1997 dan berlarutan
sehingga kini. Kadar pengangguran telah turun dari 2.9 pada 2.8 peratus pada tahun
1995 dan terus turun kepada 2.5 peratus pada 1996. Pada tahun 1997, kadar
pertumbuhan tenaga buruh lebih tinggi daripada pertumbuhan jumlah gunatenaga iaitu
masing-masing 2.8 peratus dan 2.6 peratus. Ini telah menyebabkan kadar
pengangguran telah naik kepada 2.7 peratus pada 1997 berbanding pada tahun 1996.
Gunatenaga dalam sektor pertanian telah berkurangan pada kadar 4.9 peratus
setahun daripada 1.34 juta dalam tahun 1996 kepada 1.27 juta dalam tahun 1997
berikutan pertumbuhan output yang lebih perlahan dan peningkatan penggunaan
mekanisasi dalam sektor ini. Menurut G. Sivalingam, pengurangan gunatenaga dalam
sektor pertanian dipengaruhi oleh faktor kecekapan mekanisasi mengganti tenaga
manusia, peningkatan migrasi keluar akibat mempunyai pendidikan yang baik dan daya
tarikan pekerjaan di bandar-bandar. Kekurangan tenaga pekerja yang berlaku sekarang
boleh menjadi lebih genting jika proses penggunaan mekanisasi yang perlahan,
pengaliran buruh tempatan ke sektor ekonomi yang lain ynag menawarkan upah dan
prospek yang lebih baik dan keadaan ini akan bertambah buruk dengan keengganan
32
generasi belia bekerja dalam sektor pertanian serta masalah umur petani yang semakin
meningkat dan majoriti daripada mereka adalah berumur melebihi 45 tahun. Masalah ini
mempengaruhi tingkat produktiviti pertanian dan tingkat daya usaha menyelenggara,
mengawal dan mengurus seluruh aktiviti pertanian yang diusahakan.Bagi menangani
masalah kekurangan tenaga pekerja, khususnya dalam estet getah dan kelapa sawit,
majikan diminta meningkatkan kemudahan perumahan dan sosial supaya dapat
mengekal serta menarik buruh ke sektor pertanian.
Fenomena kekurrangan tenaga pekerja, pertumbuhan peluang pekerjaan yang
tidak disertai oleh pertumbuhan tenaga kerja tempatan terutama dari lapisan generasi
belia dan kemampuan sektor perkilangan menawarkan pulangan lebih tinggi dan
berkeupayaan meningkatkan taraf hidup tenaga pekerjanya memburukkan lagi krisis
tenaga kerja di sektor pertanian. Kecenderungan bekerja di sektor perkilangan telah
membentuk satu pola baru dalam pemikiran dan gaya hidup tenaga pekerja tempatan di
kalangan generasi belia pada masa kini. Sektor perkilangan menawarkan suasana kerja
yang lebih tersusun, selesa, banyak pilihan, gaji tetap serta pelbagai faedah sampingan
berbanding di sektor pertanian.Perubahan-perubahan ini membentuk satu anjakan
paradigma baru dalam suasana bekerja.Pertanian dianggap serba buruk, manakala
sektor perkilangan dipandang lebih berprestij dan global.Bayangan bekerja di sektor
pertanian begitu memeritkan dengan suasana kerja yang kotor, cuaca panas serta
kekuatan fizikal mungkin menghantui generasi belia kini yang sudah biasa dengan
kehidupan serba selesa di sektor perkilangan.Persepsi sebegini terus menghakis minat
untuk bertani terutama di kalangan generasi belia.
33
Rumusan Secaratuntasnya di sini, pertanian Malaysia sebenarnyasemakinmerundumsejakakhir-
akhirini.Denganisupeningkatanhargamakanandankrisismakanan yang melandaini,
sektorpertanianmenghadapicabaran yang
lebihbesarlagidalammencapaikeseimbangandarisegimenjaminbelakanmakananmencuk
upi yang memerlukanpertambahankawasantanamandanpadamasa yang
samamemastikanaktivitiinitidakmemburukkanlagikeadaaniklimdunia. Oleh yang
demikian, pemahamanterhadapimpakpositifdannegatifamalan-
amalanpertanianadalahamatpenting.
Dalammenjanapertumbuhanbaru di bidangpertanian,
kitajugaperlumewujudkanpersekitaran yang
sihat.Faktorinimerupakanperkaraasasbagipembangunansesebuahnegarauntukterusmaj
udalammeningkatkanproduktivitidanhasilpertaniandalammemenuhikeperluanrakyatnya.
Persekitaranpembangunan yang sihatmelaluipengurusansumberalam yang efisyen,
terjaga, berterusandan di lengkapi pula dengansumbermanusia yang
terlatihadalahasaskepadapembangunanpertanian yang
produktifdaninisudahtentumenjadipemangkindalammenjanapertumbuhanpelbagaiindust
ri lain yang diperlukanolehnegara.
Dalamdunia yang serbabersaing, kepentinganmembangunkan modal
insantelahmenjadikemestian.Baik di bidangapa pun yang kitaterokai, dayapemikiran,
kreativitidaninovasirakyatsesebuahnegaraitulahmenjadipenentuuntukkejayaan. Dari
pemikirandan idea makalahirlahpenemuan yang
34
bolehmerubahsesuatukeadaankepadasesuatu yang
lebihbaikdansempurna.Dalambidangpertanian, inovasi yang
menambahbaiksesuatuteknologiakanmembawaperubahankepadapeningkatanproduktivi
tidankualitihiduptanpamencemaralamsemulajadi.
Faktorinimenjadipenentukepadakelangsungansesebuahekonomidandapatmeletakkanny
aketahap yang stabildanselamatdalamjangkapanjang.Baginegara yang
mementingkanpembangunanpertanianmampandankualitikehidupan yang
harmoniakansentiasamemupukrakyatnyauntukmeningkatkantahappenguasaandanpeng
hayatanilmu demi kebaikanmanusiasejagat.
35
Penutup Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan
sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa itu adalah pertanian sara diri dan tradisional. Tanaman industri iaitu getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 apabila benih getah ditanam di Kuala Kangsar, Perak. Penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mencapai matlamat membasmi kemiskinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA(1965), Bank Pertanian Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.
Sejak pelaksanaan DPN1 mulai 1984 dan DPN2 mulai 1992, sektor pertanian telah mencatat kadar pertumbuhan purata tahunan sebanyak 3.2%. Jumlah nilai-ditambah pertanian telah meningkat dari RM11.9 bilion pada tahun 1985 kepada RM16.2 bilion pada tahun 1995. Nilai eksport barangan pertanian pula telah meningkat daripada RM 13.9 bilion tahun 1985 kepada RM 35.4 bilion pada tahun 1995 yang merupakan pertumbuhan purata tahunan sebanyak 9.8%
36