Sekolah Rendah Unity
Transcript of Sekolah Rendah Unity
SEKOLAH RENDAH
UNITY
PROGRAM RENTAS CIPTA SEKOLAH RENDAH UNITY
PENGENALAN
Penguasaan kosa kata penting bagi meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Oleh itu, guru harus memastikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid serta memenuhi keperluan murid yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. Untuk memastikan guru menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Program Rentas Cipta dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca murid.
OBJEKTIF PROGRAM 2. Pada akhir program ini murid dapat:
a. memahami makna kosa kata mengikut konteks penggunaan; b. mengenal pasti isi utama dalam teks yang dibaca; c. mengumpul, menyusun dan mengalih maklumat dari bentuk asal ke genre
yang lain; dan d. membuat persembahan yang kreatif.
PERANCANGAN PROGRAM 3. Sebelum guru memulakan program KBS, guru telah mengenal pasti keperluan murid berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1. Guru mendapati murid mempunyai masalah untuk memahami teks yang dibaca. Di samping itu, murid juga mempunyai penguasaan kosa kata yang tidak kukuh. Oleh itu, program KBS ini diperkenalkan untuk memberi pembelajaran yang lebih menarik dan merangsang minda murid dengan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa murid. PELAKSANAAN PROGRAM 4. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan kebolehan mereka. Guru telah memilih novel dan cerpen yang sesuai berdasarkan keupayaan murid. Selain bahan bacaan, guru juga mendapatkan bahan audio dan video daripada Internet. Lembaran kerja yang disediakan juga dibina berdasarkan tahap keupayaan murid. PENILAIAN PROGRAM 5. Melalui penilaian yang dijalankan, guru mendapati matlamat utama telah dapat dicapai. Walaupun guru menghadapi masalah untuk mengumpulkan sumber pengajaran yang sesuai kerana keterbatasan waktu dan sumber yang terhad, guru berjaya menggabungkan bahan sedia ada dengan sumber-sumber baharu untuk menjayakan program ini. Suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang menyeronokkan telah dapat mengekalkan tumpuan murid pada pembelajaran. Murid dapat mengikuti pengajaran dengan mudah serta mengambil bahagian dalam
kerja berkumpulan secara aktif. Program ini berjaya meningkatkan motivasi murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, murid dapat membezakan antara prosa dan puisi. Murid dapat menggabungkan genre prosa dan puisi dalam karya kreatif mereka. PENAMBAHBAIKAN 6. Disebabkan program ini dijalankan pada Penggal 4, guru mempunyai jangka masa yang terbatas untuk mengumpulkan bahan. Guru juga memerlukan masa untuk memastikan murid mempunyai pendedahan tentang pelbagai genre, prosa dan puisi sebelum program ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Oleh itu, disarankan perancangan program dimulakan dengan lebih awal dan melibatkan lebih ramai guru agar program ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan. USAHA SUSULAN 7. Guru mendapati program ini amat baik dan mengesyorkan agar tema yang lebih luas dan relevan dapat digunakan. Selain itu, sumber lain seperti akhbar, komik dan grafik juga boleh dijadikan bahan pengajaran. RUJUKAN 1. Anis, 1996, Kasih Sayang. Angin Dari Gunung. Diselenggarakan oleh Abdullah
Tahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, hlm316 – 324. 2. Azimah Alis, 2003. Kotak Hitam Lijah. Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-
Kanak. Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan, 2003. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 68-72.
3. Kholilah Hj. Amin, 2003. Banjir. Sup Untuk Santapan Rohani Kanak-Kanak.
Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 16-19.
4. Sharifah Hasnah Abdullah, 2004. Ibu Yang Ku Sayang Edisi 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka. 5. Siti Norhafidza Razali, 2003. Ibuku Sayang. Sup Untuk Santapan Rohani
Kanak-Kanak. Diselenggarakan oleh Siti Eiasah Abd Rashid dan Azam Md Atan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm. 8-9.
6. Sedutan filem Mira Edora (1990). Didapatkan pada Oktober 29, 2010, dari
http://www.youtube.com/watch?v=VlRhYEG6K0Y&p=93FA740C4BF74070&feature=BFindex=7
7. Filem Sang Kancil. Didapatkan pada Oktober 25, 2010, dari
http://www.youtube.com/watch?v=BGgPQKqY8bQ
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM RENTAS CIPTA
SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS
Aspek
Catatan
Langkah 1: Meneliti Keperluan murid meneliti keputusan ujian/penilaian
Keputusan komponen kefahaman
Semester 1 menjejas markah keseluruhan pencapaian murid
menjalankan soal selidik
o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik
Kosa kata murid terhad Murid tidak dapat menjawab
soalan dengan bahasa yang gramatis
ujian diagnostik
Tidak dijalankan
Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif menentukan kemahiran yang hendak
dinilai
Meningkatkan kemahiran membaca dan memahami
menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran
Menyemai sikap bekerjasama dalam kalangan murid
Merangsang kreativiti murid
Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program
Program Rentas Cipta
menentukan jenis aktiviti
Pembelajaran bersama Drama dan bacaan kreatif
menentukan jangka masa program
10 waktu Dijalankan dalam jangka masa
dua minggu
Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran Menyediakan persekitaran yang
menggalakkan pembelajaran secara aktif
Membuat pementasan
berdasarkan teks di perpustakaan dan di bilik darjah
memastikan pengetahuan yang hendak
dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran
Melibatkan murid secara aktif Memberi peluang berinteraksi
dengan berkesan
Aspek
Catatan
Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina dapat
memenuhi kemahiran yang hendak dicapai
Membina kemahiran membaca dan memahami melalui penghayatan teks
memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran membaca dan
memahami
memastikan kriteria penilaian jelas
Alat Penilaian: Senarai semak,
borang refleksi Lembaran Kerja
SEKOLAH RENDAH UNITY LAKARAN PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
Mengenal Pasti Keperluan Murid Meningkatkan penguasaan kosa kata murid Meningkatkan kemahiran membaca dan
memahami teks Meningkatkan keupayaan murid mengumpul,
menyusun, mentafsir dan mengalih maklumat ke bentuk yang lain
Menetapkan Matlamat Memperkayakan kosa kata murid Membina pengetahuan kognitif melalui novel
dan cerpen Mengumpul, menyusun, mentafsir dan
mengalih maklumat ke bentuk yang lain Belajar secara berkumpulan dengan
melakukan aktiviti yang menyeronokkan
Menentukan Program Menggunakan novel dan cerpen dalam
pembelajaran Mendedahkan murid kepada pelbagai genre
penulisan seperti sajak dan dialog Jangka masa yang sesuai – 10 waktu Untuk murid Darjah 5
Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Memahami makna kosa kata mengikut konteks
penggunaannya Mengenal pasti tema dan watak utama dalam
cerita Mengalihkan maklumat dari satu genre ke
genre yang lain
Program Rentas
Cipta
Melaksanakan Aktiviti Memilih novel dan cerpen yang sesuai dengan
tahap keupayaan murid Membincangkan makna kosa kata yang sukar
mengikut konteks dengan menggunakan kamus Mendedahkan pelbagai genre penulisan
kepada murid Menjalankan pelbagai aktiviti seperti ’Readers
Theatre’
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Program Rentas Cipta
Kumpulan Sasaran Darjah 5
Jumlah Murid 3 kumpulan (HA – 25, MA – 35, LA – 26)
Fokus Kegiatan Pengayaan
Jangka Masa 10 waktu yang dijalankan dalam jangka masa dua minggu
Kemahiran Membaca dan memahami
Objektif Pembelajaran Pada akhir program murid dapat: 1. memahami makna kosa kata mengikut konteks
penggunaan 2. mengenal pasti isi utama dalam teks yang dibaca 3. mengumpul, menyusun dan mengalih maklumat dari
bentuk asal ke genre yang lain 4. mempersembahkan bahan bacaan dalam pembentangan
yang kreatif
Nilai Tambah Pembelajaran
Murid dapat: 1. membina kemahiran mengalih teks daripada satu genre
ke genre yang lain 2. meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi dan
mengasah minda 3. membina kemahiran membuat interpretasi
Nota Bahan boleh disesuaikan untuk buku cerita atau bahan bacaan yang berlainan tajuk dengan menggunakan tema yang sama.
Mari Membaca (Tuning-in)
Bahan/Catatan
Murid: a. membaca bahan bacaan yang diberi selama
seminggu sewaktu aktiviti bacaan senyap b. melengkapkan senarai semak c. mencatat maklumat penting dengan
menggunakan penyusun grafik
Bahan Senarai Semak 1 Senarai Semak 2 Lembaran Kerja 1 (T1-T3) Nota Guru menyediakan bahan bacaan
yang sama untuk satu kelas Kumpulan HA membaca novel Mira Edora, kumpulan MA membaca cerpen Ibuku Sayang, kumpulan LA membaca antologi cerpen ‘Sup untuk Santapan Rohani Kanak-kanak’
Dijalankan di luar waktu kurikulum Dikendalikan oleh 3 orang guru
Aktiviti 1
Bahan/Catatan
Tajuk: Gedung Ilmu
Induksi Murid: a. bermain permainan bahasa (“Hangman”,
silang kata) b. menyenaraikan perkataan-perkataan yang
diperoleh dari permainan “Hangman” di papan tulis/ kertas manila
Nota Guru menyediakan perkataan
berdasarkan bahan bacaan yang dipilih
Guru boleh memberi pembayang makna untuk membolehkan murid meneka
Permainan “Hangman” - Guru memberikan bilangan
perkataan di papan tulis cth: bagi perkataan masalah
guru menulis _ _ _ _ _ _ _
- Murid meneka huruf yang terdapat dalam perkataan itu. Jika huruf itu tidak ada dalam perkataan maka guru akan “menggantung” 1 “tulang”.
- Permainan berakhir jika semua tulang (1-7) sudah digantung atau murid berjaya meneka perkataan
Aktiviti Murid: a. menyenaraikan perkataan baharu b. mencari makna lima perkataan berdasarkan
konteks c. berkongsi jawapan mereka dengan rakan di
kelas d. membina lima potong ayat daripada
perkataan yang disenaraikan
Bahan Lembaran Kerja 2 (T1- T3) Nota Aktiviti T1 Guru menyenaraikan 5 perkataan
baharu Murid menggunakan kamus untuk
mencari makna Murid mencari ayat daripada teks
yang dibaca secara berkumpulan Aktiviti T2 Guru menyenaraikan 5 perkataan
baharu Murid mencari makna perkataan
menggunakan kamus Murid membina ayat tidak kurang
2
3
4 5
6 7
1
daripada 7 patah perkataan Aktiviti T3 Guru menyenaraikan 5 perkataan
baharu Murid memberi makna mengikut
konteks Murid semak jawapan mereka
menggunakan kamus Murid membina ayat tidak kurang
daripada 10 patah perkataan
Aktiviti 2
Tajuk: Irama dan Lagu
Induksi Murid: a. mendengar lagu yang dipilih guru b. memberikan pendapat mengenai lagu
tersebut
Nota Guru menyediakan lagu dan
menayangkan lirik di visualizer (T1) Adikku Manja (T2) Untukmu
Ibu (T3)Anak Rusa Nani Guru mendedahkan murid kepada
berbagai genre penulisan seperti puisi dan sajak (T2-T3) dan pantun (T1)
Soalan Panduan Apakah mesej yang disampaikan
dalam lagu itu?
Aktiviti Murid: a. bekerjasama dalam kumpulan untuk
menghasilkan 2 rangkap pantun atau sajak berdasarkan lagu tadi
b. meneliti hasil kerja rakan c. melengkapkan rubrik kerja kumpulan
Bahan Kertas Sebak Senarai Semak 3
Nota Guru mendapatkan murid
mengubah lirik lagu itu ke bentuk yang lain seperti sajak atau pantun
Guru menampalkan hasil kerja murid di dinding kelas
Guru menjalankan kegiatan Lintas Galeri
Aktiviti Pelajaran 3
Tajuk: Pandanglah, Lihatlah
Induksi Murid: a. menonton sedutan video lakonan drama
yang berkaitan dengan tema b. memberikan penerangan tentang drama
yang ditonton
Bahan Guru memilih buku yang ada dalam
bentuk drama Contoh: Si Tanggang, Mira Edora
dan Si Kancil
Nota Guru boleh mendapatkan wakil
kumpulan untuk membacakan sajak atau pantun yang telah mereka hasilkan pada Aktiviti 2
Soalan Panduan Apakah yang menarik mengenai
video itu? Bagaimanakah ekspresi muka
watak? Bagaimanakah intonasi suara
watak?
Aktiviti Murid: a. menghasilkan dialog berdasarkan senario
yang diberikan dan menggabungkan pantun/ sajak yang dibuat pada Aktiviti 2 secara berkumpulan
b. menyemak dialog bersama guru
Bahan Kertas Sebak Nota Guru mengajar murid format
menulis dialog Guru menyemak hasil kerja murid
Aktiviti Pelajaran 4
Tajuk: Jalan Ampas Kembali Lagi
Aktiviti Murid: a. membuat pementasan dialog yang dihasilkan
dalam Pelajaran 3 dalam bentuk “Readers Theatre”
b. menilai hasil kerja rakan
Bahan Senarai Semak 4 Nota Guru memberi murid masa untuk
berlatih Aktiviti boleh dijalankan bersama
kelas-kelas lain di AVA atau perpustakaan sekolah
“Readers Theatre”: Murid membaca berdasarkan skrip
yang mereka hasilkan tanpa menghafal
Murid memberi tumpuan pada intonasi dan nada suara
Penutup Murid: a. membuat refleksi b. memberi maklum balas kepada guru
Bahan Borang Refleksi Borang maklum balas program bagi
guru dan murid
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
BORANG MAKLUM BALAS MURID
Nama:_______________________________ Tarikh: ________ Kelas: ______________
Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut.
☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Sangat tidak
setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
No. Item ☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺
A Program Rentas Cipta
1. Program ini membantu saya dalam pembelajaran.
2. Saya dapat membaca dengan berkesan.
3. Saya dapat menggunakan bahan bacaan untuk membina kebolehan bahasa saya.
B
Aktiviti
4. Mencabar minda saya.
5. Menambah kosa kata saya.
6. Melatih saya menulis dengan cara berbeza.
7. Melatih saya mentafsir maklumat.
8. Menarik.
C Penilaian
9. Penilaian kendiri membina keyakinan saya.
10. Saya dapat menyemak kerja saya dengan lebih teliti.
Berikan pandangan kamu.
1. Apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan dengan menggunakan bahan bacaan. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
2. Apakah bahan bacaan lain yang boleh kamu gunakan untuk mencari maklumat?
Jelaskan. ________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
13
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
BORANG MENILAI KEBERKESANAN PROGRAM KBS
Nama Guru:_______________________________ Tarikh: ________
Arahan: Lengkapkan borang penilaian ini. SS- Sangat Setuju
S- Setuju TS- Kurang Setuju STS- Tidak Setuju
No Item SS S TS STS 1. Matlamat program memenuhi
keperluan murid.
2. Bahan dan sumber pengajaran mencukupi.
3. Aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan.
4. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik.
5. Program ini merangsang minda murid.
6. Program ini meningkatkan pelibatan murid di bilik darjah.
Perkara Lain: 7. Bagaimanakah program ini dapat diperbaik?
________________________________________________________
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
SENARAI SEMAK (1)
AKTIVITI SEMASA MEMBACA Nama:_______________________________ Tarikh: ________ Kelas: ______________
Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.
Semasa saya membaca saya akan ...
1. memastikan saya dapat memahami teks yang saya baca
2. membaca beberapa kali bahagian cerita yang kurang difahami
3. mencatatkan perkataan yang saya tidak faham
4. menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan itu
5. Mencatat frasa dan ayat yang menarik
6. menggunakan grafik untuk memahami teks itu
14
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY
PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
SENARAI SEMAK (2) AKTIVITI SELEPAS MEMBACA
Nama:_______________________________ Tarikh: ________ Kelas: ______________
Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.
Selepas aktiviti membaca saya dapat ...
1. mempelajari kosa kata yang baharu
2. memahami kosa kata mengikut konteks
3. memahami perkara yang terdapat dalam buku bacaan
4. menyusun maklumat mengikut urutan cerita
15
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 1 (T3)
Nama : _______________________________ Tarikh: _____________ Kelas : __________ Arahan: Berdasarkan cerita yang kamu baca, tulis masalah yang dihadapi oleh
watak dalam cerita itu.
Tajuk Cerita
Sinopsis masalah
Permulaan
Masalah yang dihadapi
Pertengahan Penutup
16
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 1 (T2) Nama : _______________________________ Tarikh: _____________ Kelas : __________ Arahan: lengkapkan petak di bawah ini berdasarkan cerita yang telah kamu
baca.
Tajuk:
Watak Bukti
17
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 1 (T1)
Nama : _______________________________ Tarikh: _____________ Kelas : __________
Arahan: Jawab soalan berikut berdasarkan watak dalam cerita ‘Kotak Hitam Lijah’.
Berikan tiga sifat baik yang ada pada watak Mas. 1.
____________________________________________________________
2.__________________________________________________________
__3.________________________________________________________
____
Arahan: Lukis gambar watak Lijah berdasarkan penerangan yang diberikan dalam cerita itu.
18
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 2 (T1)
Nama: ________________________________ Tarikh: _____________ Kelas: __________
APA MAKNANYA? Lima perkataan di bawah ini terdapat dalam petikan. Salin ayat di mana perkataan tersebut digunakan. Beri makna perkataan tersebut. Kemudian, semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. 1. Perkataan : peduli
Makna dalam Kamus: ____________________________________
____________________________________
Ayat : ______________________________________________
______________________________________________ 2. Perkataan : merayu
Makna dalam Kamus: ____________________________________
____________________________________
Ayat : ______________________________________________ ______________________________________________
3. Perkataan : berubah
Makna dalam Kamus: ____________________________________
_____________________________________
Ayat : ______________________________________________ ______________________________________________
19
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
4. Perkataan : sejati
Makna dalam Kamus: ____________________________________
____________________________________
Ayat : ______________________________________________ ______________________________________________
5. Perkataan : berdebar
Makna dalam Kamus: ____________________________________
____________________________________
Ayat : ______________________________________________ ______________________________________________
20
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 2 (T2)
Nama : ________________________________ Tarikh: _____________ Kelas : __________
APA MAKNANYA? Berdasarkan cerita yang kamu baca, cari makna perkataan di bawah ini. Semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. Kemudian, bina ayat berdasarkan makna tersebut. 1. Perkataan : lagak
Ayat : Mereka kata aku sombong, nak tunjuk lagak.
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
2. Perkataan : bengis
Ayat : Lijah pandang aku dengan bengis.
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
21
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
3. Perkataan : gugup
Ayat : Dengan gugup dan cemas, aku mengambil basikalku dan terus mengayuh dengan laju mengekori Din dan Man.
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________ _______________________________________________
4. Perkataan : remuk
Ayat : Basikal hitam yang berbakul putih di hadapannya telah remuk dihimpit tayar lori.
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
5. Perkataan : mengerumuni Ayat : Orang ramai mengerumuni tempat kejadian.
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
22
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
LEMBARAN KERJA 2 (T3)
Nama : ________________________________ Tarikh: _____________ Kelas : __________
APA MAKNANYA? Lima perkataan di bawah ini terdapat dalam cerita yang kamu baca. Berikan makna perkataan tersebut berdasarkan konteks ayat yang diberikan. Semak jawapan kamu dengan menggunakan kamus. Kemudian, bina ayat berdasarkan makna tersebut. 1. Perkataan : nyatakan (ms 316)
Ayat : Setelah itu aku nyatakan hasratku yang sebenar kerana mengganggunya itu.
Definisi saya : _________________________________________
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
2. Perkataan : mengalihkan (ms 317)
Ayat : Apabila doktor itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain, Rubiah kelihatan cemas.
Definisi saya : _________________________________________
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
23
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
3. Perkataan : lengang (ms 319)
Ayat : Oleh keranan suasana lengang maka bisikan Rubiah jelas kedengaran.
Definisi saya : _________________________________________
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
4. Perkataan : bendungan (ms 319)
Ayat : Kelopak matanya tertutup dan dua titik air mata terlepas dari bendungan.
Definisi saya : _________________________________________
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
5. Perkataan : rangkul (ms 322)
Ayat : Bila saya dapat bergerak, saya rangkul Fatimah.
Definisi saya : _________________________________________
Makna dalam Kamus: ____________________________________
Bina Ayat: _______________________________________________
_______________________________________________
24
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
SENARAI SEMAK (3)
PENYAMPAIAN SAJAK/PANTUN
Nama kumpulan rakan: __________________________________ Kumpulan yang menilai:___________________________ Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.
Rakan saya menggunakan sebutan baku semasa membaca.
Bacaan rakan saya baik.
Saya memahami apa yang dibaca oleh rakan saya.
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
25
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SENARAI SEMAK 4 AKTIVITI PEMBENTANGAN
Nama Kumpulan: ___________________________ Tarikh: _____________ Kelas: __________
Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.
Kami bekerja sebagai satu kumpulan.
Kami menggunakan sebutan baku.
Sebutan kami jelas.
Kami berasa seronok.
26
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
27
SEKOLAH RENDAH UNITY PROGRAM KBS RENTAS CIPTA
BORANG REFLEKSI MURID
Nama: ________________________________ Tarikh: _____________ Kelas: __________
Arahan: Lengkapkan borang refleksi ini.
1. Nyatakan pengetahuan baharu yang kamu dapati daripada aktiviti yang dijalankan.
2. Nyatakan bagaimanakah pengetahuan yang baharu itu telah menambah kosa kata kamu.