Sekolah Rendah Kebangsaan Taun Gusi Kota Belud Sabah

download Sekolah Rendah Kebangsaan Taun Gusi Kota Belud Sabah

of 19

description

sk taun gusi kota belud dan pengurusan pusat sumbernya

Transcript of Sekolah Rendah Kebangsaan Taun Gusi Kota Belud Sabah

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TAUN GUSI KOTA BELUD SABAH

Pengenalan & sejarah S.K Taun Gusi Sekolah Kebangsaan Taun Gusi terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Kota Belud, Sabah. Nama sekolah Taun Gusi diambil bersempena nama Kampung Taun Gusi itu sendiri. Berdasarkan cerita penduduk lama di kampung tersebut, suatu ketika dahulu Kampung Taun Gusi merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi hutan. Di dalam hutan itu terdapat sebuah tempayan ajaib. Taun dalam bahasa Bajau bermakna hutan manakala gusi bermakna tempayan. Nama kampung tersebut telah diambil daripada perkataan bajau, suku kaum terbanyak di

kampung tersebut. Taun Gusi merupakan sebuah kampung yang agak besar dan sekarang ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Taun Gusi Peninting, Taun Gusi Padang dan Taun Gusi Keranjangan. Sejarah awal pendidikan penduduk Kampung Taun Gusi telah dikenalpasti semasa Perang Dunia Ke-2. Pada masa itu, sistem pendidikan telah didedahkan oleh orang Jepun dengan mempelajari bahasa Jepun di bangunan-bangunan yang tidak rasmi. Selalunya pengajaran disampaikan di rumah penghulu dan sentiasa berpindah randah mengikut cara hidup penduduk kampung. Menyedari akan kepentingan pendidikan di kalangan anak-anak kampung pada masa itu, penduduk setempat telah bermuafakat membina sebuah pondok kayu secara bergotong-royong. Pondok kayu beratap rumbia berukuran 20X30 adalah detik permulaan kelahiran cerdik pandai dan golongan terpelajar di Kampung Taun Gusi. Kesinambungan keprihatinan akan pentingnya ilmu di kalangan penduduk Kampung Taun Gusi dan penduduk kampung sekitarnya, maka Sekolah Kebangsaan Taun Gusi telah dibuka pada 01 hb Februari 1955, iaitu kira-kira 47 tahun yang lalu. Encik Abdul Wahid Bin Bukit adalah

merupakan Guru Besar yang pertama di sekolah itu dan berasal dari Kampung Kota Belud. Di bawah pentadbiran beliau terdapat hanya seorang guru dan 23 orang murid. Sampai setengah kurun sekolah ini ditubuhkan namun ia tidak pernah dirasmikan. Walaubagaimanapun, Sekolah Kebangsaan Taun Gusi cepat berkembang selari dengan kemajuan

negara. Sekolah ini tidak pernah terpinggir, malah perubahan demi perubahan telah dijalankan. Bermula dengan bangunan kayu ianya telah diganti dengan bangunan konkrit. Namun begitu, masih terdapat sederet bangunan kayu sehingga sekarang bersebelahan dengan bangunan konkrit dan sebuah bangunan Pra-Sekolah yang mula dibuka pada Tahun 1992. Bangunan Pra-sekolah ini telah dijadikan Kelas Pemulihan Khas dan Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling. Manakala Pra-sekolah telah mendapat bangunan konkrit yang baru dan terletak tidak jauh dari bangunan Sekolah Kebangsaan Taun Gusi. Sekolah Kebangsaan Taun Gusi juga mempunyai sebuah bangunan pusat sumber yang telah disumbangkan oleh Yayasan Insaf pada awal Tahun 1997 dan telah beroperasi sepenuhnya pada Tahun 1998. Dengan adanya pusat sumber ini, proses pengajran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan berkesan memandangkan terdapat banyak bahan rujukan dan maklumat yang tedapat didalam pusat sumber ini.

CARTA ORGANISASI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TAUN GUSI

Guru Besar En. Muan Bin Sipin Penolong Kanan 1 En Rodah Hj Awang

Setiausaha Kurikukulum Ms Lenny M. David

Pen.Setiausaha 1 Pn Norfaizah Ahmad

Pen. Setiausaha 2En Raimon Siran

Ketua Panitia Bahasa MelayuPn Yohana Mathias

Ketua Panitia Bahasa InggerisMs Lenny M. David

Ketua Panitia Matematik Pn Magdalen E. Jaimol

Ketua Panitia SainsPn Masinan Perag

Ketua Panitia Pendidikan IslamUst Arifulatrash Mohd Nor

Ketua Panitia Bahasa Arab Ust Khairulnizu

Ketua Panitia PJKPn Bainati Datu Jukuh

Ketua Panitia Pendidikan Muzik En Yakub Harun

Ketua Panitia Pendidikan Seni En Raimon Siran

Ketua Panitia Kemahiran HidupEn Madsari Anggau

Ketua Panitia Kajian Tempatan Pn Hjh Masnaweh

Objektif Sekolah i. ii. iii. iv. Semua murid menguasai 3M Lulus 100% sekurang-kurangnya pangkat C dalam semua ujian PKBS dan UPSR Semua murid bebas dari salah laku disiplin. Memenangi semua penyertaan kokuruikulum di peringkat daerah.

Visi Sekolah Sekolah Kebangsaan Taun Gusi terbilang dari segi pengurusan, pencapaian akademik dan kokurikulum di Daerah Kota Belud.

Misi Sekolah Memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada warga sekolah melalui pengurusan yang berkualiti dan berkesan untuk membentuk generasi cemerlang.

Slogan Sekolah i. ii. iii. Berusaha Berkerjasama Bersaing

Matlamat Sekolah i. Melahirkan murid-murid global, berketrampilan, cintakan Negara dan mempunyai keperibadian unggul. ii. iii. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keceriaan sekolah. Member bimbingan kurikulum dan kokurikulum yang bermutu lagi berkesan kepada pelajar bagi meningkatkan prestasi pelajar. iv. Meningkatkan permuafakatan antara warga sekolah bagi merealisasikan budaya sekolah dan konsep sekolah penyayang.

v.

Membantu meningkatkan kecemerlangan sosial, aqidah dan rohaniah di kalangan warga sekolah.

Moto Sekolah Kualiti Keutamaan Kami.

Piagam Sekolah 1. Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah bersistem , cekap dan berkualiti. 2. Mewujudkan permuafakatan dan kerjasama dikalangan stakeholder, warga sekolah komuniti. 3. Mempastikan sekolah selamat , selesa dan kondusif. 4. Menyediakan pendidikan bertaraf dunia. 5. Mengamalkan demokrasi pendidikan. 6. Mewujudkan kakitangan berdedikasi , komited dan amanah. 7. Mempastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak kehendak dan keperluankeperluan pelanggan, murid guru, masyarakat dan negara. dan

Logo sekolah

Bendera sekolah

Maksud Warna: Hijau = jujur dan amanah

Kuning = sentiasa menerima perubahan ke arah kecemerlangan Biru Putih = berilmu = ikhlas

PUSAT SUMBER SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TAUN GUSI

Pengenalan Dan Sejarah Pusat Sumber

Bangunan pusat sumber Sk Taun Gusi telah disumbangkan oleh yayasan insaf pada tahun 1997 dan telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1998. Kewujudan pusat sumber ini telah banyak memberi faedah kepada murid-murid dalam mencari bahan dan maklumat yang bermanfat dan berguna dalam proses pembelajaran mereka. ianya sekaligus dapat membantu dalam melahirkan pelajar yang penuh dengan ilmu pengetahuan dan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bangunan pusat sumber ini telah mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa dan sehinggalah kini pusat sumber Sk Taun Gusi ini telah berjaya menjadi sebuah pusat sumber yang cemerlang. (Sila rujuk lampiran untuk gambar rajah pusat sumber Sk Taun Gusi).

Visi Menjadikan pusat sumber yang cemerlang menjelang tahun 2012. Misi Menjadikan pusat sumber sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran ilmu kepada warga sekolah.

Kemudahan Yang Disediakan Koleksi Buku Secara amnya, buku adalah merupakan kemudahan dan sumber utama yang terdapat didalam semua pusat sumber.Pusat sumber Sk Taun Gusi telah menyediakn pelbagai koleksi buku dan juga sumber bahan rujukan yang telah disusun dengan rapi mengikut kategori bahasa dan bidang. Berikut adalah senarai koleksi-koleksi buku yang terdapat didalam pusat sumber Sk Taun Gusi : i. ii. iii. iv. v. Koleksi buku fiksyen Koleksi bukan fiksyen Koleksi buku Bahasa Melayu Koleksi buku Bahasa Inggeris Koleksi bahan rujukan

Secara keseluruhannya, jumlah kesemua buku yang terdapat di pusat sumber ini adalah sebanyak 650 buah buku dan telah disusun di atas rak yang telah disediakan mengikut kod buku dan juga jenisnya. Menurut guru penyelaras pusat sumber, iaitu puan Sufiyah Binti Seling, pusat sumber ini masih dalam proses untuk menambahkan lagi jumlah buku yang ada. Astro kampus Selain dari pelbagai koleksi buku, pusat sumber Sk Taun Gusi juga turut menyediakan kemudahan astro kampus yang menayangkan rancangan pendidikan secara terus daripada astro untuk dijadikan bahan tontonan murid-murid. Astro kampus ini telah beroperasi di pusat sumber Sk Taun Gusi bermula daripada Jun 2010. Astro kampus ini beroperasi mengikut jadual kelas yang telah ditetapkan. Dengan adanya ruangan kemudahan astro kampus ini, murid-murid akan lebih berminat untuk menjalankan aktiviti pembelajaran di pusat sumber disamping dapat mempelbagaikan sumber bahan pengajaran dalam membantu meluaskan pengetahuan muridmurid. (Rujuk lampiran ).

Ruang konti Ruang konti juga turut disediakan di dalam pusat sumber Sk Taun Gusi. Ruangan ini telah mula beroperasi di pusat sumber sekolah pada Feb 2010 dan diselaraskan oleh Encik Mohd Fairuz Bin Mohd Kassim yang juga merupakan guru penyelaras utama bagi ruangan konti ini. Ruang konti ini beroperasi sebagai radio yang menyampaikan pelbagai maklumat mengenai aktiviti sekolah dan pelbagai perkara yang lain. Ianya akan beroperasi pada awal pagi iaitu sebelum bermulanya sesi pengajaran dan pembelajaran dan juga waktu rehat. Aktiviti ruangan konti ini dikendalikan oleh beberapa orang murid yang berbakat dalam menjalankan operasi konti ini. Murid-murid yang terpilih ini telah di bawa ke stesen radio RTM Kota Kinabalu Sabah pada 5 Mac 2010 bagi mengikuti rakaman rancangan kanak-kanak oh kanak-kanak (rujuk lampiran). Sebelum itu mereka juga telah didedahkan tentang cara-cara bagaimana untuk mengendalikan ruang konti tersebut. Bilik tayangan Kemudahan bilik tayangan juga turut disediakan di pusat sumber ini. Kegunaan bilik tayangn ini adalah untuk menonton rakaman ataupun cerita-cerita teladan yang boleh menarik minat muridmurid. Walaubagaimanapun, bilik tayangan ini masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Jan 2011. Sudut nilam Ruangan Sudut nilam ini adalah bertujuan untuk menempatkan anugerah-anugerah nilam yang telah diperolehi oleh sekolah seta gambar-gambar anugerah tokoh nilam dan juga aktiviti yang berkenaan dengan nilam. Sudut ini juga digunakan untuk menempatkan buku rekod bacaan nilam murid-murid. (Rujuk lampiran)

Sudut bertema Sudut bertema ini adalah sudut yang akan berubah tema mengikut masa. Contohnya, sekiranya tema pada bulan tersebut adalah mengenai 1 Malaysia maka tema yang akan digunakan pada sudut tersebut adalah mengenai tema 1 Malaysia. Maklumat yang berkisarkan mengenai tema tersebut akan ditampal pada subut bertema. Dengan ini pengetahuan murid-murid akan lebih berkembang mengikut keadaan semasa. Sudut bercerita Sudut bercerita ini digunakan untuk pertandingan bercerita ataupun sebarang aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah. Dengan adanya sudut ini, kreativiti dan bakat pelajar dapat diasah dan dibentuk dengan baik. (rujuk lampiran) Anggaran kos pengurusan pusat sumber Setiap tahun, pihak Kementerian akan memberikan peruntukan khas kepada pusat sumber Sk Taun Gusi untuk membeli segala keperluan dan bahan yang tidak mencukupi serta membaik pulih segala kerosakan dan mengganti bahan-bahan dan peralatan yang telah rosak di pusat sumber. Pusat sumber ini membuat perubahan dari tahun ke tahun demi meningkatkan mutu dan perstasinya sebagai sumber rujukan utama di sekolah. Sepanjang tahun 2010, pusat sumber Sk Taun Gusi telah membelanjakan sebanyak RM 5210.00 bagi membaiki segala kerosakan dan memenuhi keperluan dan kekurangan bahan di pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah ini juga mewajibkan setiap pelajarnya untuk membeli kad peminjaman buku yang berharga RM 0.20. Kad ini akan digunakan dalam proses peminjaman dan

pemulangan buku. Murid yang melakukan kesalahan menhilangkan buku pusat sumber akan dikenakan denda bayaran mengikut harga buku yang telah dihilangkan. Bagi kelewatan dalam memulangkan buku pula, murid dikehendaki untuk membayar denda sebanyak RM 0.10 bagi kelewatan selama sehari.

PENGURUSAN DI DALAM PUSAT SUMBER SK TAUN GUSI Jadual tugasan guru dan pengawas pusat sumber Guru dan pengawas pusat sumber bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Antara tugasan yang terdapat dipusat sumber adalah seperti pengurusan ruangan konti, bahagian

peminjaman dan pemulangan buku, menjaga pusat sumber, dan juga aktiviti nilam. Setiap tugasan ini dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dan setiap jadual adalah berbeza mengikut tugasan yang diberikan. (rujuk lampiran). Prosedur dalam pengurusan pusat sumber Pengurusan yang sistematik dalam sesuatu proses atau organisasi amat penting dalam memastikan setiap pengurusan dan prosedur dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. Bagi prosedur peminjaman buku, pusat sumber Sk Taun Gusi menggunakan sistem manual dimana pelajar yang ingin meminjam buku, mereka diminta untuk menulis nama didalam buku khas yang telah disediakan iaitu di dalam buku rekod peminjaman buku. Kad khas peminjaman buku adalah diperlukan semasa proses peminjaman dan pemulangan buku. Oleh itu, setiap pelajar adalah diwajibkan untuk membeli kad khas peminjaman buku. Bagi pelajar yang tidak mempunyai kad tersebut, maka pelajar tersebut tidak akan dibenarkan untuk meminjam buku yang terdapat di pusat sumber. Berikut adalah rangka dan prosedur yang perlu dipatuhi pelajar ketika meminjam buku di pusat sumber sekolah: i. Pelajar dikehendaki untuk menulis nama, nombor kad, tarikh peminjaman dan juga tajuk buku yang dipinjam didalam buku rekod peminjaman buku. ii. Pelajar hendaklah menyerahkan kad peminjaman buku mereka kepada pengawas pusat sumber yang bertugas untuk disimpan sehingga tarikh pemulangan buku. iii. Tarikh pemulangan buku akan dicop pada helaian slip tarikh pemulangan buku yang ada pada setiap buku oleh pengawas pusat sumber yang bertugas. Walaupun prosedur ini kelihatan agak ketinggalan, namun ianya sangat sistematik dan dapat membantu dalam memastikan kelancaran dalam proses peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber ini.

KAEDAH PENYUSUNAN BAHAN

Keseluruhan koleksi buku di pusat sumber disusun mengikut kategori atau jenis yang sama dan dilabelkan mengikut kod yang telah ditetapkan. Berikut adalah senarai kod mengikut kategori dan jenis buku: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Kod 000-099 (Bidang Karya Am) Kod 100-199 (Bidang Falsafah) Kod 200-299 (Bidang Keagamaan) Kod 300-399 (Bidang Sains Kemsyarakatan) Kod 400-499 (Bidang Bahasa) Kod 500-599 (Sains Tulen) Kod 600-699 (Bidang Teknologi) Kod 700-799 (Bidang Kesenian) Kod 800-899 (Kesasteraan) Kod 900-999 (Bidang Sejarah & Geografi)

Setiap buku disusun di dalam rak mengikut kod yang telah ditetapkan. Bagi maklumat, data-data dan sumber yang lain, ianya akan disusun mengikut jenis data dan maklumat. Bagi laporan dan aktiviti yang berada dibawah anjuran pusat sumber, laporan-laporan aktiviti dan program akan disusun pada rak dan fail yang sama. Begitu juga dengan maklumat lain yang berkaitan dengan pusat sumber, segala maklumat akan disusun mengikut kategori pada rak yang sama. Pengkelasan dan pengkatalogan Kesemua buku yang berada dipusat sumber Sk Taun Gusi mempunyai rekod masing-masing. Setiap buku dikelaskan mengikut kod kategori buku tersebut. Bagi buku-buku yang baru, ianya hendaklah menjalani proses pengkelasan dan pengkatalogan sebelum diletakkan di dalam rak sebagai bahan yang boleh digunakan. Setiap buku yang baru diterima hendaklah direkodkan didalam buku perolehan sebelum digunakan. Setiap butir maklumat yang diisi didalam buku perolehan hendaklah ditulis

menggunakan pen bermata bulat. Buku perolehan hendaklah dijaga dengan rapi dan disimpan ditempat yang selamat. Nombor perolehan i. ii. Guru pusat sumber hendaklah mencatat nombor di ruangan ini dengan teliti. Nombor perolehan hendaklah dicatat mengikut urutan walaupun berpindah ke buku perolehan yang baru. iii. Satu nombor perolehan yang berlainan hendaklah diberi kepada setiap naskhah buku walaupun juduk sama : Contoh : M 00001 Belajar Tatabahasa Dan Bahasa Malaysia M 00002 Pekerja dan Pekerjaan M 00003 Nyawa Di Hujung Pedang.) Tajuk Sama M 00004 Nyawa Di Hujung Pedang.) M 00005 Elektrik E 00006 Tel Me Why Nota : M = Bahasa Melayu E = Bahasa Inggeris C = Bahasa Cina L = Bahasa Lain-lain

Judul Butiran yang hendak diisi di ruang ini hendaklah berdasarkan kepada judul seperti yang tercatat di muka surat judul. Sekiranya tidak terdapat di muka surat judul boleh dirujuk pada bahagianbahagian lain di buku tersebut. Judul utama dan juga judul kecil hendaklah ditulis dengan lengkap jika ruang mengizinkan. Nombor Panggilan Untuk mengelaskan sesuatu buku itu mestilah berdasarkan kepada sisitem pengelasan perpuluhan Dewey. Pengarang Maklumat untuk ruang ini biasanya boleh diperolehi dari muka surat judul buku. Pada ruang ini sila catatkan nama pengarang atau nama pengarang yang pertama jika buku tersebut mempunyai lebih daripada seorang pengarang. Selain itu, buku yang mempunyai lebih tiga pengarang, yang tiada pengarang atau hanya dinyatakan penterjemah, penyunting, penyusun tidak perlu dicatatkan di ruangan ini. Nama pengarang haruslah ditulis mengikut kaedah penyediaan pengkatalogan. Selesai sahaja proses tersebut, buku tersebut hendaklah menjalani proses seperti berikut: i. Buku-buku itu hendaklah di cop dengan cop rasmi sekolah di muka surat judul dan muka surat rahsia (muka surat ganjil dalam lingkungan 1-10). ii. Bagi buku-buku untuk pinjaman sediakan kad buku, poket, label dan juga slip tarikh pulangan yang telah diisi dengan lengkap. iii. Kad buku, poket buku, label dan slip tarikh pemulangan mestilah diletakkan di tempat tempat yang telah ditentukan. iv. v. Bagi buku rujukan yang bertanda merah, ianya hanya perlu disediakan label buku sahaja. Sediakan katalog, entri utama di bawah pengarang, entri tambahan di bawah judul dan di bawah PERKARA. Bagi buku yang tiada pengarang, hanya nama penterjemah, penyunting, penyusunan atau mempunyai lebih daripada tiga orang pengarang maka sediakan entri utama di bawah judul, entri tambahan di bawah PERKARA.

vi.

Susun buku-buku yang telah diproses di rak-rak yang berkaitan berdasarkan nombor pengelasan dan kategori buku seperti rujukan/bertanda merah/fiksyen dan sebagainya.

vii. viii.

Semua kad disusun di kabinet katalog berdasarkan susunan abjad. Sediakan senarai rak ( salinan entri utama ) untuk rujukan pusat sumber disusun berdasarkan nombor pengelasan.

Contoh nombor panggilan dan pengelasan : 1.Biar Putih Tulang Oleh Kept. Janan Ahmad 2.The Stupid Mule By Christopher Dawson MF( M = Melayu , F = Fiksyen ) JAN( diambil tiga huruf dari nama penulis) F DAW